Saturday, October 6, 2012
Cerpen : Isteri Tersayang
“ AFZA pergi dulu, Tok.”
Afza menyarungkan selipar sebelum melangkah meninggalkan rumah Tok.
“ Jangan lupa singgah rumah maksu Afza. Dia pesan nak seringgit,” laung Tok dari pintu dapur.
“ Orait!”
Menyampah sebenarnya dengan maksu. Nak jugak minta dihantar kuih donut ke rumah. Walhal jarak rumah maksu dengan Tok bukan jauh pun.
Sampai di rumah maksu, cepat – cepat Afza menghulurkan kuih yang dipesan. Kalau bukan sebab Tok, memang sorrylah dia nak tunjuk muka. Panas telinga mendengar sindiran maksu.
“ Tak guna belajar tinggi – tinggi. Nanti akan berhempas pulas di dapur juga. Makan minum suami kena jaga. Takkan nak harapkan orang gaji.”
Whatever maksu! Like I care! Hal hidup dia maksu nak busybody apa kes? Dia pulang ke kampung untuk temankan Tok sementara masih belum mendapat kerja. Kata papa, di kampung banyak yang boleh dibuat. Daripada dia duduk di rumah tengok tv 24 jam.
Seronok juga tinggal di kampung dengan Tok. Bangun awal pagi, tolong Tok buat nasi lemak. Tak pun kuih penyaram dengan donut. Kemudian jaja satu kampung. Petang – petang main basikal di tengah sawah padi. Tak pun main layang – layang dengan anak – anak muda yang lain. Di bandar mana nak rasa semua ni.
I’m not a girl,
Not yet a woman,
All I need is time,
A moment that is mine,
While I’m in between
Seronok si gadis bernyanyi sambil lenggang kangkung dengan bakul berisi donut di tangan. Dulu – dulu Briteny Spears adalah idola Afza. Comel, pandai menyanyi, famous bagai nak rak. Sampaikan dia pun terpengaruh.
Konsert Britney di Hawaii boleh kata dua puluh kali dia hadap, tak muak pun tengok benda yang sama. Gaya Britney menari, semua dia ikut. Fesyen? Fuh! Nak terkeluar biji mata papa melihat. Nak tercabut tekak mama menjerit. Terbelah sana terkurang sini, mahunya papa dan mama tak bising.
Pit! Pit! Pit!
Afza berpaling ke belakang. Bulat mata hitam bila melihat sebuah motosikal berada betul – betul di belakang.
“ Opocot ko siot!”
Afza melatah mengalahkan Tok. Terkejut punya pasal, spontan bakul yang dipegang terlambung jatuh. Si empunya badan melompat ke tepi jalan.
Oh my! Melopong mulut Afza. Donut – donut bergolek di atas jalan raya. Jatuh semua!
“ Dik, jalan tepilah sikit. Tengah jalan macam ni macam mana nak lalu?”
Afza tidak menjawab. Matanya tertacap pada donut – donut yang sudah mencium tanah. Bukan lagi sugar coated, warna pasir terus! Nampak gaya hari ni memang tak ada rezeki untuk Tok.
“ Dik.”
Ikram menegur, turun dari motosikal mahu membantu. Namun niat baik Ikram tidak kesampaian. Cepat saja tangan Afza mencapai sebiji donut dan dilemparkan tepat ke wajah Ikram.
“ Ouch! What the?!”
“ Ni semua awak punya pasal!”
*******************************************************************
“ KALAU papa dan mama rasa itu yang terbaik, Afza on je.”
Mudah saja jawapan Afza. Papa dan mama memang pernah menyuarakan hal yang sama, cuma dia saja yang belum memberi kata putus. Yelah, tak terlintas pun nak berkahwin sekarang. Baru habis belajar, rasa masih mahu berjoli tahap tertinggi.
Buat kerja gila – gila. Sebut apa saja, semua Afza pernah cuba. Belajar di luar negara memang tak ada yang tak boleh dibuat. Semua bebas. Cuma kena pandai bawa diri.
Bak kata pepatah. Masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang harimau, mengaum. Kalau tak, kena terkam hidup – hidup. Dia tak kena terkam, selamat sampai di bumi Malaysia dengan Master di tangan.
“ Are you really okay with it?,” tanya Latifah sambil merenung wajah selamba anak tunggal.
Pelik juga Afza senang – senang angguk kepala dan bersetuju. Ni bukan soal main – main. Soal kahwin sampai ke tua, sampai ke mati.
Afza tersenyum sambil angguk kepala. Penuh teliti dia mengecat kuku dengan warna hitam. Nampak emo tapi seksi. Sekarang cuti – cuti Malaysia, sedap – sedaplah dia cat kuku.
“ Afza setuju mama. Taste mama dan papa memang boleh caya punya,” jawab Afza.
Dia yakin dengan pilihan papa dan mama. Kalau nak harapkan pilihannya sendiri, memang ke lautlah. Izad yang menaruh hati padanya ditolak mentah – mentah.
“ Masa puasa boleh je merokok. Asalkan tak makan dan tak minum.”
What the fudge punya jawapan. Hukum agama dari celah mana agaknya yang Izad pakai. Memang tak layak nak dibuat calon suami. Nanti jalan sama – sama tempang.
Gerard lelaki kacukan Cina – Serani yang satu kelas dengannya? Tak ada masa depan langsung.
“ I tak nak convert, Afza. Let’s just go somewhere else, far way from home and get married.”
Senang cakap! Mahunya nanti papa tak cari sampai ke lubang cacing bila anak tunggalnya kahwin lari. Anak – anak membesar nak ikut ajaran agama yang mana satu? Animisme? Gerard layak kena reject awal – awal.
Haikal. Shidi. Khaleel. Bersusun nama hero – hero lelaki satu universiti. Tapi tak ada pun yang dia berkenan di hati.
Afza bangun dan duduk di sebelah Latifah. Kepalanya dilentokkan ke bahu mamanya.
“ Mama, nama dia siapa?”
“ Ikram.”
Afza angguk kepala.
“ Bila datang masuk meminang?”
“ Petang ni.”
Afza angguk lagi.
“ Nanti pakai sopan sikit. Gaya ala – ala Britney Spears tidak dibenarkan sama sekali,” sampuk Mohamed.
Afza tergelak. Tahulah papa. Tak adanya dia nak pakai baju rasmi kalau ada rombongan masuk meminang. Nanti tak pasal – pasal kena kutuk. First impression tu penting okay!
********************************************************************
“ CANTIK anak mama,” Latifah memuji anaknya yang siap berbaju kurung.
Jarang – jarang dapat melihat Afza memakai baju kebangsaan. Hari Raya sajalah tu. Nak paksa – paksa bukan cara dia untuk mengajar si anak. Nanti – nanti pandailah Afza berubah.
“ Mama, handsome tak?,” tanya Afza tidak sabar. Lengan mamanya dipaut erat.
Latifah tergelak. Soalan cepumas Afza, memang tak lari ke mana.
“ Patutnya Afza tanya dia warak ke tak.”
Pecah ketawa Afza. Mama pandai nak kenakan dia dengan cara halus. Agaknya dia tak layak pun nak tanya soalan begitu. Diri sendiri pun bukannya bagus sangat. Layakkah dia menjadi seorang isteri dan ibu yang baik? Tak kot.
Bila rombongan pihak lelaki sampai, Afzalah yang paling gelabah. Bising giler bunyi di dalam dapur walhal kerjanya cuma menyusun gelas – gelas di atas tray. Bancuh air. Susun kuih – muih di atas pinggan. Semua bibik yang buat.
“ Jangan sampai jatuh, tau. Nanti pihak lelaki lari,” gurau bibik.
Afza menjeling tajam. Yeah, right bibik! That’s not helping! Makin nervous okay!
Alih – alih, bibik juga yang terpaksa menghantar semuanya ke depan. Afza tertinggal di dapur, ulang – alik kiri kanan sambil mematah – matahkan jari jemarinya.
“ Afza, kenapa tak keluar? Semua nak tengok, nak jumpa.”
Mama muncul di pintu dapur dengan gelas berisi air oren di tangan. Tinggi, badan besar sedikit dan rambut diikat satu. Sebijik Queen Latifah! Cuma bezanya mama berbaju kurung.
“ Afza takut, mama.”
Latifah tersenyum dan melangkah ke arah anak gadisnya.
“ Come.”
Tangan Afza dipimpin menuju ke ruang rehat. Sejuk tangan si anak, digenggam Latifah erat. Teringat pengalaman sendiri dulu – dulu. Perkahwinannya dengan suami juga diatur keluarga. Benarlah kata orang, pilihan orang tua selalunya tepat.
Satu – persatu wajah di depan mata dipandang Afza. Dia tersenyum dengan senyuman paling lebar. Hingga matanya terhenti pada lelaki yang duduk di sebalik tiang besar di tengah ruang rehat.
“ Awak?”
“ Awak?”
Kedua – duanya serentak bersuara. Mata terbeliak dan mulut melopong.
*********************************************************************
“ APA khabar?,” tanya Ikram. Tunang di sebelah dipandang sekilas.
“ Baik.”
“ Dah lama balik dari kampung?”
“ Baru minggu lepas.”
Ikram angguk kepala. Kepala menghala ke arah tasik di depan tapi sesekali mata menjeling Afza di sebelah.
Gadis yang menghempuknya dengan donut di kampung tempoh hari. Walaupun hanyalah sekadar donut, tapi kalau dah kena hempuk sekuat hati sakitlah jawabnya. Terpaksa dia membayar ganti rugi jualan Afza untuk hari itu. Lagipun cantik kan. Tutup sebelah mata je, tak kisah kena hempuk!
“ Awak pulak orangnya,” kata Afza.
“ Kalau dah jodoh tak ke mana.”
Afza tersenyum lebar. Ballet flat shoes yang dipakainya menguis – nguis rumput. Malu – malu kucing bukan gaya dia. Boleh saja dia buat selamba depan tunang sendiri biarpun baru kenal.
“ I like red roses,” kata Afza lagi.
Ikram menoleh dengan kening terangkat sebelah. “ Is that a hint or what?”
“ Kind of.”
Pecah ketawa Ikram. Straight to the point nampak! Memang taste dia!
“ What else should I know about you?,” tanya Ikram mula berminat.
“ How many boards, Could the Mongols hoard, If the Mongol hordes got bored?”
Tercengang Ikram.
“ Apa tu?”
“ If Stu chews shoes, should Stu choose the shoes he chews?”
Berkerut dahi Ikram.
“ What on earth are talking about, Afza?,” tanya Ikram lagi. Satu hapak pun dia tak faham.
Afza tergelak. Matanya merenung tepat mata Ikram yang membulat.
“ I like Tongue Twisters,” jawab Afza.
Sesaat kemudian, baru Ikram tersedar. Ceh! Tertipu ke apa? Patutlah laju giler mulut Afza bercakap. Ingatkan tengah baca jampi apa entah.
Ikram tersenyum nipis sambil menggelengkan kepala.
“ Teach me one of them. The easiest one,” pinta Ikram.
“ Seventy seven benevolent elephants.”
“ What elephants?!”
Dua – dua tergelak. Ikram kalah!
*********************************************************************
“ IKRAM Naufal bin Iskandar.”
“ Ya, saya.”
“ Saya nikahkan engkau dengan anak perempuan saya, Afza binti Mohamed dengan mas kahwinnya seratus dua puluh ringgit tunai.”
“ Saya terima nikahnya Afza binti Mohamed dengan jumlah tersebut.”
Dengan sekali lafaz, Afza sudah menjadi milik Ikram yang sah. Menitis air mata Afza. Ditolehnya mama kesayangan, mama mengesat air mata dengan hujung baju kurung.
Afza menoleh semula ke hadapan, mencari wajah papa. Papa tersenyum memandangnya. Anak tunggal papa sudah selamat diijabkabulkan.
“ Dengan ini saya melepaskan tanggungjawab saya terhadap anak perempuan saya kepada Encik Ikram Naufal.”
Bergetar suara Mohamed melafazkan sebaris ayat itu. Dia tunduk sejenak. Panas rasa tubir matanya. Setelah dua puluh enam tahun, mulai hari ini Ira bukan lagi tanggungjawabnya. Sebak dan sedih bercampur dengan gembira. Itulah yang dirasakan oleh seorang bapa.
*********************************************************************
KRIK krik krik~~~bunyi cengkerik di malam hari menemani Afza yang berdiri di balkoni bilik.
“ Buat apa kat luar? Takut nak masuk ke?”
Afza menoleh bila disapa. Ikram berdiri di depan pintu lungsur balkoni. Afza tersenyum. Pandangannya dihalakan semula pada halaman rumah di bawah. Kanopi –kanopi masih lagi terpasang.
“ Nak takut apanya. Bukannya awak tak ada lesen pun nak sebilik dengan saya,” jawab Afza selamba.
Ikram tergelak. Dia berdiri di sebelah Afza dan bersandar pada pemegang besi balkoni. Cool saja mulut comel Afza menjawab.
“ Afza, you forgot something.”
Afza menoleh ke arah Ikram yang turut memandangnya.
“ What?”
“ Bukan ‘awak’, tapi ‘abang’.”
Afza tersenyum sumbing. Tersedar silap sendiri.
“ Sorry,” Afza meminta maaf.
Ikram tersenyum sambil menggeleng kepala.
“ Ehem.”
“ Ehem.”
Serentak kedua – duanya berdehem. Kemudian sama – sama tergelak. Ikram berpeluk tubuh. Wajah Afza ditatap lama.
“ Sampai bila nak berdiri kat luar ni?,” tanya Ikram.
Afza terdiam sejenak.
Create some jokes. Jangan diam aje.
Jangan jadi tunggul kayu, Afza. Tunjuk gaya seksi macam yang kau selalu buat masa menari.
Main teka – teki. Kill the awkward moment.
Otak Afza dipenuhi dengan tips pelik Hani dan Nurul. Siapa yang tidak berdebar – debar? Dia pun tidak terkecuali. Nak buat gaya selamba macam Ikram. Cool habis suami di sebelahnya ini.
“ Ikram.”
“ Abang.” Ayat Afza dipintas Ikram.
Afza tersengih malu.
“ Sorry. Abang, nak main teka – teki tak?,” tanya Afza. Dia berdiri betul – betul di hadapan Ikram.
Ikram ketawa kecil. Nampak sangat Afza gelabah. Main teka – teki malam ni apa kes?
“ Main lain abang nak.”
Erk?! Afza telan liur. Kelat. Masih cuba tersenyum manis.
“ Haiwan apa yang paling banyak masalah?,” Afza teruskan juga teka – teki basinya.
Ikram tergelak. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Mata masih menatap wajah cuak Afza.
“ Cicak,” jawab Ikram.
Afza tersenyum dan mengangguk kepala. Teka – teki senang sangat.
“ One more. Buah yang paling banyak tahi lalat.”
“ Tembikai.”
“ No. Dragon fruit.”
Ikram tergelak lagi. Dia mendekati Afza. Tangan Afza dicapai dan digenggam erat. Tubuh isteri dibawanya rapat dan dipeluk lama.
“ Jangan takut, I will start it first,” bisik Ikram ke telinga Afza.
Afza terdiam. Kemudian lambat – lambat kepalanya mengangguk. Kedua – dua belah tangan Ikram menyentuh pipi Afza.
“ Tongue twister, please. The easiest one,” pinta Ikram.
“ Seventy seven benevolent...”
Bibir isteri dikucup Ikram. Elephants tak habis sebut!
*********************************************************************
“ WAKEY wakey!”
Ikram membuka matanya perlahan – lahan bila wajahnya terasa seperti ditiup. Afza di depan mata sedang tersenyum lebar.
“ Bangun, time for prayer.”
Ikram menutup matanya kembali. Comforter ditarik naik sampai ke kepala tetapi diselak Afza semula.
“ Five minutes,” kata Ikram.
Five minutes lah sangat bila tubuhnya sengaja dihimpit Afza. Selagi tak bangun, selagi itulah Afza mengganggu ketenteraman tidur pagi. Nak tak nak terpaksa juga Ikram bangun. Mata yang separuh terbuka menatap wajah Afza yang tersenyum lebar. Pelik benar Afza pagi ini.
“ Abang pergi dulu, lepas tu Afza.”
Ikram hanya menurut. Berjalan ke arah bilik mandi dengan gaya zombie. Baru saja mahu mengambil wuduk, matanya tertacap pada benda berwarna putih di atas sinki.
“ Afza memang, thermometer selalu salah letak,” rungut Ikram sendiri.
Knowing Afza, kadang – kadang pandai terlupa. Awal pagi Afza akan ukur suhu sendiri. Kan tengah berusaha, cuma rezeki masih belum ada.
Ikram menunduk sedikit di depan sinki, mahu mencapai ‘thermometer’ Afza. Dan saat itulah matanya terbuka luas. Otak lagging beberapa saat.
Oh my!
“ Afza!”
Ikram bergegas keluar dari bilik mandi dengan pregnancy kit di tangan. Afza baring di atas katil dengan kaki dan tangan digerakkan lagak seperti lompat bintang. Gaya macam starfish pun ada.
Ikram mendekat, duduk di birai katil dan menunduk memaut pipi Afza.
“ Should I say that the third person is on the way?,” tanya Ikram dengan perasaan yang berdebar – debar.
Afza tersenyum dan spontan mencium pipi suami.
“ Preggy! Preggy! Preggy!,” jerit Afza.
Yuhuuuu! Tubuh isteri dibawa rapat ke dada dan dipeluk erat.
*********************************************************************
“ TIA! Bagi mama!”
“ No, give papa.”
Terkebil – kebil si anak kecil. Toleh papa di sebelah kiri dan toleh mama di sebelah kanan. Selamba Tia melontarkan ke arah papanya.
“ Mama kalah!” Jerit Ikram. Panjang muncung Afza.
“ Tak naklah main freezebie dengan Tia lagi, selalu tak bagi mama,” Afza buat – buat merajuk.
“ Mama!”
Anak kecil itu berlari dan menerpa ke arah mamanya. Tubuh Tia dipeluk dan didukung Afza penuh sayang.
“ Love you.”
“ Love you, too,” jawab si kecil.
Ikram tersenyum lebar. Dia mendekat dan mencium pipi Afza, kemudian beralih pula pada Tia.
Tiana Afza, nama yang dipilihnya untuk anak mereka berdua. Bukan main Afza membantah, nama macam Nissan Teana. Tapi lama – lama Afza bersetuju juga, manis katanya. Andai ada rezeki lagi, biar Afza yang carikan nama.
“ Kalau Tia dapat adik lelaki, Afza nak letak nama apa?,” tanya Ikram.
“ Ronaldo.”
Membuntang mata Ikram. Ronaldo datang dari kamus mana?
“ Ishh! I don’t want,” bantah Ikram.
Afza tergelak. Saja nak kacau Ikram. Pipi tembam Tia dicium. Tangan kecil Tia menggapai – gapai bermain dengan telinga papanya di sebelah.
“ Nazril,” kata Afza lagi.
Wajah isteri yang masih tersenyum lebar dipandang.
“ Cantik nama tu.”
“ Tak nak tahu kenapa?,” duga Afza.
“ Why?”
“ Ariel Peterpan.”
“ Arghhhh! Tidakkkk.”
Kenapa semua pun nama lelaki yang Afza minat. Laju saja kaki Ikram mengejar Afza yang sudah menjauh sambil mendukung tubuh Tia. Gelak besar nampak!
*********************************************************************
“ AFZA, where’s your car key? Nak reverse, abang tolong cucikan kereta.”
Muncul Ikram di depan pintu dapur sambil mendukung tubuh Tia.
“ Ada kat...” Ayat Afza terhenti. Menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal. Dia terlupa.
“ Cari atas kabinet tv, mungkin ada sana,” jawab Afza.
Sempat Ikram mengenyitkan mata sebelum keluar. Afza terduduk di kaunter. Cuba memerah otak. Argh! Dia tak ingat!
Malam itu, Afza bersandar di kepala katil sambil merenung Ikram yang sedang menonton perlawanan bola sepak.
“ Abang, tengah tengok apa?”
Ikram berpaling memandang Afza. Soalan pelik.
“ El Classico, your favourite. Tak join ke?”
Afza terdiam sejenak. Kepalanya menggeleng perlahan. Berkerut dahi Ikram. Selalunya bila Real Madrid lawan Barcelona Afza takkan pernah ketinggalan. Sanggup bersengkang mata semata – mata nak melihat favourite teams. Kadang – kadang dia pun boleh kalah.
Afza bergerak ke arah sofa dan duduk bersila di sebelah Ikram, menghadap suaminya yang masih kusyuk menatap skrin tv.
“ Abang, ada benda nak bincang.”
“ Apa dia?”
Mata Ikram masih lagi di skrin tv.
“ Lately I started forgetting small things.”
Ikram menoleh. Wajah risau Ira ditatap.
“ Examples?”
“ I forgot where I put my bag. Keys. Phone.”
Seketika kemudian Ikram tersenyum. Tubuh Afza dibawa rapat padanya.
“ Warm hug for you, darling. Afza letih sangat ni, sebab tu cepat lupa. Kan abang dah pesan banyak kali, just quit your job and take care of Tia.”
Afza geleng kepala. Dia sayangkan kerjanya. Dia masih mampu menguruskan Tia dan karier pada masa yang sama.
*********************************************************************
“ SAYANG!”
Tubuh Tia yang menerpa ke arahnya dipeluk dan didukung Afza erat.
“ I miss you.”
Afza tersenyum. Pipi Tia dikucup seperti biasa.
“ I miss you too, sayang.”
“ Afza pergi mana sampai sekarang baru balik?”
Afza menoleh. Tegang saja riak wajah Ikram. Senyuman Afza mati perlahan – lahan.
“ Sorry, abang. Afza overtime sebab..”
“ Sampai lupa nak ambik Tia dari nursery?,” mendatar tapi tegas suara Ikram.
Berkerut dahi Afza. Berfikir sejenak. Oh my! Tangan naik menepuk dahi sendiri.
“ Sorry, abang. Afza betul – betul...”
“ Takkan anak sendiri pun boleh lupa? Tahu tak Tia tunggu sampai pukul lima Afza tak datang – datang. Puan Rohani called telling me that you didn’t pick her up. Susah sangat ke nak call abang bagitau yang Afza balik lambat? Tia tunggu mama dia tahu tak?”
Afza tersentak. Pertama kali suara Ikram naik satu pitch sejak empat tahun mereka berdua berkahwin.
“ Afza lupa, abang,” jawab Afza lembut.
“ Nonsense. It’s Tia, Afza. How can you forgot?”
Marah benar dia dengan Afza. Cuba ditelefonnya berkali – kali tapi Afza tidak menjawab. Mujur Tia tidak banyak songeh nak merengek mencari papa dan mamanya bila dibiarkan terlampau lama di nursery.
“ Lain kali bagitau abang awal – awal. Supaya Tia tak tertunggu – tunggu.”
Ikram mengambil tubuh Tia dari dukungan Afza dan berlalu ke tingkat atas, meninggalkan Afza yang sudah tercalar hati.
Selepas menidurkan Tia malam itu, Afza berlalu ke bilik tidur utama. Lampu bilik sudah ditutup, lampu tidur saja yang terpasang. Afza bergerak ke katil. Baring di sebelah suami yang membelakanginya.
Bahu Ikram disentuh Afza lembut.
“ Abang, I’m sorry.”
Tiada jawapan dari pihak Ikram. Afza cuba menahan air mata yang sudah bergenang. Dia tahu Ikram masih belum tidur.
“ Never go to sleep with an argument unsettled, abang,” kata Afza lagi.
Terkebil – kebil mata Ikram. Masih bersisa rasa marah dan geramnya pada Afza.
“ Just sleep, Afza. Abang maafkan.”
Tup! Jatuh air mata Afza. Dia tahu Ikram tidak ikhlas.
*********************************************************************
“ SEKARANG dah pukul berapa?”
Suara garau itu menyapa sebaik saja Afza melangkah masuk ke pintu utama. Ikram berdiri di tepi tingkap dengan wajah menyinga. Afza terkaku di depan pintu.
“ Sekarang dah pukul berapa?,” ulang Ikram lagi.
Afza mengerling jam di tangan.
“ Ten.”
“ Baru nak balik rumah? Kenapa tak tunggu sampai pukul 12 terus? Macam Cinderella,” sindir Ikram.
Dia mendekat, berdiri betul – betul di depan Afza. Menatap tajam wajah Afza yang tampak bingung.
“ Pergi mana tadi?,” bergetar suara Ikram menahan marah.
Akhir – akhir ini perangai Afza semakin pelik. Suka bersendiri dan tidak banyak bercakap. Semalam sekali lagi Afza terlupa mengambil Tia dari nursery. Mana dia tak marah.
“ Answer me, Afza. Where the heck did you go?,” tengking Ikram.
Terjungkit bahu Afza. Oh my! Encik suami meninggikan suara lagi. Afza benar – benar terluka.
“ Afza terlupa jalan nak balik rumah,” jawab Afza.
Berkerut dahi Ikram sebelum bibir mengukir senyuman sinis.
“ Parah sangat tu kalau jalan balik rumah pun dah lupa,” sindir Ikram.
Jawapan Afza sangatlah tak logik. Siapa yag terlupa jalan balik ke rumah sendiri? Orang gila? Agaklah.
“ Apa masalah Afza ni sebenarnya? Jawapan apa entah. Ingat abang bodoh ke nak percaya?”
Afza makin terluka. Ikram tak percaya langsung. Afza merenung dengan mata berkaca.
“ Abang, serius Afza lupa. Afza...”
“ Jangan merepeklah, Afza. Takkan dah hilang ingatan tiba – tiba.”
Afza terdiam. Ikram meninggalkannya termangu seorang diri.
I lost my memory, abang. Slowly and slowly.
*********************************************************************
KELUAR dari bilik mandi, Afza berlalu ke meja solek. Sapu losyen, sikat rambut. Kemudian berlalu ke katil. Serius saja wajah Ikram membaca Reader’s Digest sambil bersandar di kepala katil.
Afza duduk menghadap Ikram. Suami menjeling sekilas.
“ Abang, let’s play Tongue Twisters.”
“ Not interested.”
“ Abang, please.”
Ikram mengeluh. Reader’s Digest diletakkan di atas meja kecil sebelah katil. Berpeluk tubuh sambil merenung Afza tajam. Tengah orang tak ada mood, boleh pulak isterinya ini mengajak berTongue Twisters.
“ You start first,” kata Afza.
“ There those thousand thinkers were thinking how did the other three thieves go through,” kata Ikram lancar dan laju.
Empat tahun beristerikan Afza, dia sudah menjadi Tongue Twister expert. Hampir tiap malam bermain dengan Afza, haruslah hebat terus.
“ Did Dick Pickens prick his pinkie pickling cheap cling...cling..peaches...”
“ You lose,” potong Ikram.
Afza terdiam. Dia terlupa.
“ Next. Gobbling gorgoyles gobbled gobbling goblins,” kata Ikram.
“ Six sleek swans s...swam..”
“ Again. You lose,” potong Ikram.
Pelik melihat Afza yang tergagap – gagap. Sejak bila isterinya slurred speech?
“ Afza, say the easiest one.”
Afza merenung Ikram lama. Otak ligat berfikir.
“ Seventy seven bene..bene..bene..”
Tersentak Ikram. Riak sedih Afza membuatkan dia tidak sedap hati. Dia merapati Afza dan memaut kedua – dua belah bahu isterinya.
“ Sayang, kenapa ni? Sakit ke?,” tanya Ikram cemas. Suaranya tidak lagi menengking seperti akhir – akhir ini.
Berair mata Afza. Kepalanya menggeleng berkali – kali. Tidak dapat menerima kenyataan.
“ Afza, what happened?”
Pipi Afza disentuh Ikram. Mata kedua – duanya bertaup lama sebelum Afza membuka mulut dengan suara bergetar.
“ Abang, I think I lost my memory.”
Ikram tersentak.
*********************************************************************
IKRAM duduk bertinggung di depan pintu. Air mata lelakinya jatuh juga. Lama – lama bertukar sendu.
Familial Alzheimer’s. Typically affects those in their 30’s and 40’s. It is so rare and it only accounts for about 5% of all cases.
Dan Afza termasuk di dalam 5% yang dimaksudkan. Makin lebat air mata Ikram mengalir jatuh. Lagi – lagi bila mengenangkan sikap tenang Afza bila berita mengejut itu dimaklumkan oleh doktor pakar.
“ You have to be strong, abang. Everything will be fine. I’m okay with it.”
Dia tahu Afza tidak okey. Saja menuturkan ayat yang menyedapkan hati. Membuatkan dia makin tidak cukup kuat.
“ Stay strong for the three of us. I love you.”
Rasa bersalah pada Afza tak payah nak kata. Selama ini memandang ringan jawapan Afza setiap kali dia memarahi isterinya itu. Afza tidak pernah bersalah. Afza tidak pernah sengaja tinggalkan Tia di nursery. Afza tidak menipu bila Afza terlupa jalan untuk balik ke rumah. Dia saja yang terlepas pandang.
Bila diberitahu pada umi dan abah, umilah yang paling bising.
Tulah, tak nak dengar kata umi. Nak sangat kahwin dengan anak Mohamed tu. Umi memang tak pernah setuju.
Umi tak pernah sukakan Afza. Walau beribu kebaikan pun yang dibuat Afza, umi tak pandang. Dendam sangat sebab abah tak jodohkan dia dengan anak Datuk. Umi dah lupa asal usul agaknya. Dulu tinggal di kampung, atap pun bocor sana sini. Bila dah kahwin dengan abah baru umi merasa hidup di bandar.
Sembahyang banyak – banyak, nak. Kuatkan semangat.
Jangan tinggalkan Afza. She needs you.
Jangan patah semangat, awak masih ada Tia.
Jangan sedih. Kalau sedih, Afza lagi sedih.
Kata – kata semangat yang diberikan padanya bila ahli keluarga dapat tahu. Tapi umi?
Ceraikan saja. Menyusahkan betul.
Sampai hati umi!
*********************************************************************
AFZA melihat di sekeliling rumah. Kertas nota kecil bertampal di sana sini. Di atas meja. Di dinding. Di fridge. Di skrin tv. Di tangga. Semua Ikram yang buat.
Kisah cinta mereka berdua. Tarikh lahir Tia. Nama penuh Ikram. Nama penuh Afza sendiri. Nombor telefon Ikram. Semuanya ditulis.
Baca tiap kali Afza tengok semua ni, tau. Supaya Afza tak lupa.
Menitis air mata Afza. Dia tidak berdaya. Nak ingat semua semula. Semakin hari ingatannya semakin teruk. Sudah lama dia berhenti kerja supaya dapat menumpukan perhatian pada Tia dan Ikram. Tapi sia – sia sebenarnya. Dia sendiri sudah semakin lemah.
Tidak dapat menerima kenyataan yang semua rasa gembira selama ini akan ditarik perlahan – lahan darinya.
Afza bergerak ke ruang rehat bila enjin kereta Ikram kedengaran. Muncul Ikram dan Tia di muka pintu.
“ Mama.”
Seperti biasa, anak kecil itu menerpa dan menciumnya, minta didukung.
“ Mama jangan nangis. Mama mesti sihat.”
Makin lebat air mata Afza. Tubuh Tia dipeluk erat. Mama takkan dapat sihat seperti biasa, Tia. Mama akan pergi juga satu hari nanti.
Ikram mendekat dan memeluk tubuh dua puteri kesayangannya.
“ Don’t cry, Afza. She will be very sad,” bisik Ikram ke telinga Afza.
Afza angguk kepala, mengetap bibir cuba menahan tangis. Kepalanya rebah di dada Ikram dengan tangan yang Tia yang masih didukungnya. Rasa selamat bila kepala diusap dan dahi dikucup suami lama.
“ Even if one day I might lose my memory, just so you know. I love you both, so much,” ucap Afza.
“ We love you more,” balas Ikram.
Pelukan dieratkan. Oh my Afza!
*********************************************************************
WAJAH polos Afza yang tidur nyneyak ditatap Ikram. Tangan naik membelai rambut isteri yang sedikit kusut.
Her frontal, parietal and temporal lobes have all shrunk. She lost her memory and her emotions.
Itulah perkembangan terbaru Afza. Pahit tetapi terpaksa diterima Ikram. Afza sudah tidak kenal dia dan Tia. Afza menyendiri dan banyak termenung. Mereka bertiga bagaikan orang asing yang tinggal sebumbung.
Dan Afza? Ibarat sudah berumur 80 tahun yang perangainya seperti budak lima tahun. Afza perlukan dia 24/7. Afza hilang rasa gembira, sedih, ketawa. There’s no more my cheecky and bubbly Afza.
Menitis air matanya bila satu pagi Afza bangun sambil merenungnya tanpa perasaan.
“ Siapa awak?”
Rasa seperti kena hempap batu besar di atas kepala. Paling dia tak dapat tahan bila balik dari kerja Tia menangis di depan pintu sambil memeluk patung Pink Bunny kesayangan.
“ So sad. Mama tak kenal Tia lagi.”
Afza hilang semua ingatannya walhal baru sembilan bulan diagnosis disahkan oleh doktor.
Even if one day I might lose my memory, just so you know. I love you both, so much.
Ayat Afza yang tersemat di hati. Ikram baring dan memeluk tubuh Afza. Bibir Afza dikucup lama. Hajat mahu menimang cahaya mata yang kedua tidak kesampaian. Takkan wujud lagi Ronaldo atau Nazril seperti yang diinginkan oleh Afza.
No one can predict life and the curve balls it throws unfortunately, all you can do is manage with what you have.
Be strong, Ikram! Ikram memberi semangat pada diri sendiri.
*********************************************************************
“ CERAIKAN saja Afza tu, Ikram.”
Berdesing telinga Ikram mendengar ayat umi. Tajam matanya merenung umi yang tayang muka menyampah. Kalaulah perempuan di hadapannya ini bukan umi, sudah lama dihalaunya keluar dari rumah.
“ Never, umi. Ikram takkan ceraikan Afza,” jawab Ikram.
Mencerun mata Khalida. Anak tunggalnya ini memang tak makan saman. Nak simpan bini yang macam Afza tu buat apa? Menambah susah. Leceh. Dan yang sewaktu dengannya. Ikram memang dasar anak tak dengar kata.Tengoklah sekarang. Susah payah menjaga bini yang sakit entah apa entah itu.
“ Habis tu takkan Ikram nak simpan dia sampai mati?”
“ Umi!”
Ikram menggepal penumbuk. Tahap kesabaran sudah semakin menipis. Umi sudah melampau. Hal mati jangan disebut. Perkataan yang membuatkan dia alah sejak akhir – akhir ini.
“ Hal rumahtangga Ikram, umi tak payah masuk campur. Susah senang Ikram dengan Afza, itu hal kami!” tengking Ikram. Rasa berdosa menengking ibu sendiri tetapi sabar manusia ada hadnya.
Khalida tersenyum sinis. Dulu pandai melawan kata, sekarang pandai menengking. Nak bertukar jadi anak derhaka agaknya Ikram. Khalida bangun dari sofa dan berdiri di hadapan Ikram.
“ Fine. Kalau Ikram tak nak ceraikan dia, hantar dia ke tempat lain. Palliative Centre for example. Then you have time for Tia,” cadang Khalida.
Ikram merengus. Cadangan umi memang boleh blah. Dia masih lebih dari mampu, tak adanya dia nak hantar isteri tersayang ke tempat lain. Afza tanggungjawab dia. Nak hantar ke Palliative Centre apa kes?
“ Papa.”
Ikram dan Khalida menoleh ke arah pintu dapur. Tia tegak di situ sambil memeluk patung Pink Bunny kesayangan.
“ Kenapa sayang?,” soal Ikram.
“ Mama shi shi lagi.”
Ikram terkejut. Laju saja kakinya menuju ke arah dapur. Oh my dear Afza! Sampai di dapur, Afza sedang berdiri tegak sambil merenung lantai. Mata Ikram terarah pada lantai yang sudah basah. Dia berpaling, menunduk pada si anak.
“ Tia, pergi bilik sayang. Nanti papa datang.”
Tia angguk kepala dan menurut arahan papanya. Anak kecil itu menaiki anak tangga satu persatu.
Tangan kanan Ikram naik memicit kepala. Afza. Afza. Matanya bertaup dengan mata Afza. Hati Ikram tersentuh.Tubuh Afza terus dipeluknya erat. Kepala Ikram mendongak cuba untuk menahan air mata sendiri dari jatuh.
“I love you,” ucap Ikram.
Tangan Afza dipimpin keluar dari dapur untuk naik ke tingkat atas. Lalu umi di ruang tamu, dia dan Afza diberi pandangan sinis.
“ Huh, tak nak dengar nasihat umi. Tengoklah apa jadi sekarang. Tandas dengan dapur pun dah tak tahu nak beza.”
Ikram tarik nafas panjang. Laju saja langkah kaki menaiki anak tangga, hinggakan Afza di belakang terkial – kial mengikut rentak langkahnya.
“ Bini macam tu tak payah simpanlah, Ikram. Nak pakai pun tak dapat,” laung Khalida dari tingkat bawah.
Masuk saja ke dalam bilik, pintu dihempas Ikram kuat. Tangan Afza dipimpin ke dalam bilik air. Dia duduk bertinggung di depan Afza. Membuka seluar yang dipakai Afza dengan linangan air mata, ingin digantikannya dengan seluar baru.
“ Awak, Palliative Centre tu apa?”
Makin laju air mata Ikram mengalir. Hingga bertukar menjadi sendu. Dia berdiri dan memeluk tubuh Afza. Ubun – ubun kepala Afza dicium berkali – kali.
Susah mana pun menjaga Afza, dia tidak akan berputus asa. Biarpun Afza yang sekarang berbeza dengan Afza yang dulu. Cinta pada Afza masih kuat lagi. Sindiran dan hasutan umi tidak akan mengubah fikirannya.
Afza tidak terencat umi. Afza sakit.
Afza tidak menyusahkan. Afza adalah tanggungjawab Ikram.
Afza tidak akan diceraikan. Afza akan bersama Ikram sampai bila – bila.
*********************************************************************
“ TIA, mama mana? Kenapa duduk sini?”
Ikram mendukung tubuh kecil Tia. Balik dari kerja, terkejut melihat Tia duduk di depan pintu dengan patung Pink Bunny yang menjadi teman setia anaknya itu. Air mata Tia diseka Ikram.
“ Mama tak kenal Tia.”
Oh my Tia! Pipi Tia dicium lama. Setiap kali balik dari kerja, itulah yang Tia akan katakan.
Bibik yang diupah untuk menjaga Tia dan Afza hanya mampu memandang dari jauh. Air mata jatuh okey!
“ Mama bukan tak kenal Tia. Mama kan sakit,” kata Ikram.
Tangan Tia melingkari leher papanya. Menangis tanpa bunyi, itulah yang membuatkan jiwa Ikram meruntum hancur. Umur baru nak masuk lima tahun, tapi sudah kenal erti sedih.
Tubuh Tia didukung masuk ke dalam rumah. Mata mencari – cari kelibat Afza. Panjang leher menjenguk ke tepi rumah. Afza dilihatnya duduk di tepi kolam renang.
“ Mari sayang. Jangan ganggu mama. Tia teman papa masak k. Mama kan suka tomyam,” pujuk Ikram pada Tia.
Tia angguk kepala. Rambut Tia yang kusut dan diikat dua itu dikemaskan sedikit. Kasihan Tia. Anaknya sudah tidak terurus sedikit sejak keadaan Afza makin teruk.
Carikan isteri baru. Nak harapkan Ikram sorang mana larat. – umi
Kalau Ikram dah tak larat nak jaga Afza, pulangkan dia pada kami nak. – mama
Masih teringat kata – kata umi dan mama akhir – akhir ini. Tapi tak adanya dia nak putus asa menjaga Afza.
*********************************************************************
“ Hai, sayang.”
Ikram menyapa Afza. Afza menoleh dan kemudian melemparkan semula pandangannya ke arah kolam renang.
Ikram duduk di sebelah Afza. Dua – dua diam. Tiba – tiba Afza merebahkan kepalanya di bahu Ikram, membuatkan Ikram tersentak. Perlahan – lahan bahu Afza dipaut erat. Hinggalah Afza tertidur, tubuh Afza didukung Ikram ke bilik tidur.
Bila Afza terbangun semula, Ikram melopong mendengar ayat yang terpacul keluar dari bibir Ira.
“ Saya nak tidur dengan awak dan budak perempuan yang cantik tu.”
Malam itu ketiga – tiganya tidur sekatil. Tia dipeluk Afza dan Afza dipeluk Ikram. Terkebil – kebil mata Ikram. Haruman bau rambut Afza menusuk hidung, mendamaikan hati. Dia mengangkat kepala, mahu menilik wajah isteri yang disayangi separuh mati.
Tenang saja wajah Afza. Pipi Afza dikucup Ikram. Lama bibirnya dibenamkan di pipi Afza. Hinggalah dia akhirnya tersedar. Tiada lagi hembusan nafas tenang Afza. Ikram terdiam. Air matanya jatuh membasahi pipi isteri.
Sudah tiba masanya Afza pergi.
*********************************************************************
IKRAM dan Tia duduk di sebelah pusara Afza yang masih bertanah merah, membacakan surah Al – Fatihah untuk arwah yang tersayang.
Lama Ikram merenung pusara Afza. Menerima segalanya dengan redha. Tia di sebelah dipandang. Mengalir air mata anaknya sampai terhenjut – henjut bahu.
“ Tia mesti kuat. Macam mama,” kata Ikram perlahan.
Tia angguk kepala. Memang berat untuk Tia yang baru berumur sepuluh tahun.
Balik ke rumah, surat yang ditulis Afza diambil dan dibaca Ikram. Surat yang ditulis Afza ketika ingatannya masih belum hilang sepenuhnya.
My dear hubby,
Ngeee~~~smile sayang ;) Thank you for being such a good husband of mine. Marrying you is the best thing that happened in my life. One thing I cherish the most with you is curling up with you on the bed before sleeping, and you kissing me on my head and lips ;) Bare that in mind ;p..The cheeky and bubbly me ;)
The love in your heart is far outweighed and the beauty of your soul shone through. I wish we were together a bit more longer so I could show you just how much you mean to me. I love you, abang. Through the years I’ve asked a great deal of you, therefore it should surprise you little that I have another favor to ask. Stay strong for the sake of Tia. Just remember that no matter how far I go, I always love you both. So much.
-Afza-
Ikram tersenyum di dalam tangisan. Surat yang sudah entah berapa kali dibacanya sejak Afza jatuh sakit.
Afza, abang akan berdoa pada Ilahi untuk satukan kita semula di syurga nanti.
* No one can predict life and the curve balls it throws unfortunately, all you can do is manage with what you have – Ikram Naufal.
Everyday I woke up next to an angel
More beautiful than words can say
They said it wouldn’t work but what did they know
Cause years passed by and we’re still here today
Never in my dreams did I think that this would happen to me
As I stand here before my woman
I can’t fight back the tears in my eyes
Oh how could I be so lucky
I must have done something right
And I promise to love her for the rest of my life
Alzheimer’s Disease
AD affects the 3 processes that keep neurons healthy: communication, metabolism, and repair. Certain nerve cells in the brain stop working, lose connections with other nerve cells, and finally die. The destruction and death of these nerve cells causes the memory failure, personality changes, problems in carrying out daily activities, and other features of the disease. The time from diagnosis to death varies from as little as 3 years to as long as 10 or more years.
p/s : ngeee~~~;)
Me : Sa tulis cerpen memang epic faillah.
Naga : Oklah, rajin –rajinkan tulis cerpen....kena siap sediakan air banyak – banyaklah nak padamkan api...
Whatever you wanna spill my dear readers, drop me comments k ;) dah sedia nak siram air kalau blog kena bakar ;p..love u all so much and big hug everyone. Good night and have a good rest ;)