Sunday, October 28, 2012

Cerpen : Sayangku Kira 1



             Ngee~~~~;) a special dedication for my dear ulat bantal aka ulat ayam ;) enjoy reading babes!  


  MERAH. MERAH. MERAH.

            Haish! Nina merengus. Masa nak berkejar masa beginilah traffic light bertukar merah. Nak jadi hijaunya berkurun menunggu. Jam di dashboard dikerling. Pukul 2 petang. Wahai traffic light tukar cepat sikit boleh tak.


-Mrs.Jie, Kira buat hal lagi.

            -Dia buat apa pulak kali ni?

            -Conteng beg kawan dengan marker pen. Nak cat jadi warna hijau.


            Rasa nak tergelak pun ada. Kira. Kira. Sejak dihantar ke nursery, Kira semakin aktif. Setiap minggu ada saja ‘kesalahan’ yang dibuat Kira.


            1. Letak telur dalam beg sekolah kawan.

2. Conteng dinding kelas dengan permanent marker.

3. Selamba pok ye ye tapau sebelah kasut kawan balik rumah.

4. Sengaja menukar susunan warna – warna di dalam kotak Luna kawan.


Perkara kecil kadang – kadang diperbesarkan. Dan dialah yang berulang – alik untuk menguruskan ‘masalah’ Kira.

Sampai di nursery, Nina tersenyum lebar melihat anak kesayangan menerpa ke arahnya.

“ I miss you.”

“ I miss you too,” balas Nina.

Tubuh si kecil dipeluk dan dipimpin masuk ke dalam pejabat taska. Ehem ehem, ni yang malas nak berjumpa dengan Madam Honey Bee. Pok pek pok pek boleh terkeluar topik. Kononnya datang mahu berbincang tentang masalah Kira. Tapi boleh – boleh melencong promote filter Diamond. Sekali dua tu adalah dia terkena jerat. Sekarang tidak lagi.

“ Mrs. Jie! Nice to meet you!”

Nina tersenyum lebar. Mestilah nice to meet you kalau mangsa dah ada di depan mata. Entah apa yang nak kena promote kali ni.

Don’t buy anything from her.

Dah kena sound suami awal – awal. Haruslah kali ini jangan termakan jerat Madam Honey Bee. Nina melabuhkan duduk di sofa dan memangku Kira di ribanya. Madam Honey Bee pula mengambil tempat di hadapan. Tersenyum lebar sambil jari bermain – main dengan hujung rambut  yang bergelung. Kena perm semalam, tu yang masih nampak cantik lagi tu.

“ Teruk sangat ke beg kena conteng?”

Nak berbincang dengan si lebah kena straight to the point terus. Jangan nak berbunga – bunga.

“ Kind of. She used permanent marker. Oh! This little Kira!.” Pipi Kira dicubit si lebah lembut.

Kira ketawa riang sambil menarik – narik  telinga Little Bunny kesayangan. Nina tersenyum nipis. Dan bila beg yang diconteng Kira ditunjukkan kepadanya, Nina menggelengkan kepala. Hampir separuh beg Barbie diwarna Kira. Merah jambu bertukar hijau. Rupa macam beg Tarzan and Jane pula.

Kata Madam Honey Bee, mak dan ayah budak yang menjadi mangsa Kira tak kisah sangat. Nanti boleh beli beg baru. Budak – budak kecil biasalah, nakal.

“ Esok saya bawakan beg yang baru. Rasa bersalah pula nak biarkan macam tu aje. Kesian...,” Nina berhenti sejenak. “ Nama budak tu siapa?”

“ Priya.”

“ Kesian Priya,” sambung Nina.

Madam Honey Bee masih lagi dengan senyuman. Nak juga Nina bertanya pada ibu beranak dua di hadapannya ini. Mulut tak cramp ke senyum dari tadi.

“ By the way, Mrs. Jie. Do you have any AMC utensils?”

Argh! Sudah! Nak jual pisau ke periuk? Nina menggelengkan kepala.

“ Well. Let me show you some of them.”

Hampeh! Patutnya dia angguk saja tadi. Nampak gaya tak balik awallah ni.



************************************



            KERETA Razie membelok masuk ke dalam porch. Berhenti di sebelah kereta Nina. Oh tidak! Ni sejak bila kereta bertukar warna. Hijau? Macam kereta kebal kena hias dengan rumput.

            Dubs! Dubs! Dubs!

            Dari dalam rumah sudah kedengaran bunyi riuh. Siapa lagi kalau bukan Nina dan Kira. Razie yang tercegat di depan pintu menggelengkan kepala. Dua puteri kesayangan sedang gelek – gelek di ruang tamu. Lagu? Vengaboys! Nak terkeluar biji mata Razie melihat gaya menari Kira yang diajar Nina.

            Tubuh membongkok dengan punggung goyang kiri kanan. Feather duster di tangan di kipas – kipas gaya nak buang habuk. Oh no!

            “ Nina!”

            Nina dan Kira menoleh serentak. Nina tersenyum dengan punggung yang masih bergelek. Kira berlari ke arah papa kesayangan.

            “ Jie! Come join us.” Nina mengajak.

            Razie sekadar geleng kepala. Tubuh montel Kira didukung menuju ke arah Nina yang masih menari. Pipi isteri dicium seperti biasa. Merah seluruh wajah Nina. Mana tidak, Vengaboys dari sejam yang lalu.

            “ Sejak bila Yaris tukar warna?”

            “ Dari semalam lagi.”

            Razie mengangkat kening. Haruslah dia tak perasan. Dua hari berturut – turut balik lambat. Sampai rumah, Nina dan Kira sudah lena diulit mimpi. Awal pagi, Nina dan Kira sudah keluar meninggalkan rumah.

            “ But why green?,” tanya Razie lagi. Tangan naik mengesat peluh Kira yang sudah membasahi dahi.

            “ Papa, dance.”

            Tubuh Kira diturunkan semula. Bergelek – gelek si comel mengikut rentak lagu. Membuatkan Razie tergelak. Rambut diikat dua, thigh – high socks berjalur biru kuning dengan baju Hello Kitty berwarna putih. Kira tampak sangat comel.

            Syazan Shakira lahir lebih tiga tahun yang lalu. Dia dan Nina berebut – rebut mahu mencari nama untuk puteri kesayangan. Nina yang beria – ia sangat nak letak nama Shakira. Dia tak berkenan langsung. Patutnya kalau diikutkan hati, dia nak letak nama Fatimah. Ayu gitu.

            Shakira ni sebijik nama Shakira yang gelek – gelek Waka Waka Eh Eh tu. Tapi kata Nina, nama Shakira tu cantik. Ada makna.


            Shakira = Syukur dan berterima kasih.


            Kalau tak ada maksud, memang dia takkan setuju. Isteri yang masih menari mengikut rentak lagu dipandang.

            “ Kira nak warna hijau,” jawab Nina dengan nafas yang termengah – mengah. Mata dihalakan pada anak kecil yang rancak menari di sebelahnya. That’s my daughter!

            Berkerut kening Razie. Ni mesti ada hal lagi di nursery.

            “ Apa yang Kira conteng kali ni?,” tanya Razie lagi.

            “ Beg sekolah kawan. Tu yang jumpa Madam Honey Bee semalam.”

            Razie menepuk dahi sendiri. Kira. Kira. Bila dia menunduk memandang si comel, Kira mendongak sambil tersenyum lebar.

            “ Papa. Dance. Dance.”

            Nina tergelak. Bersemangat benar Kira mengajak papanya menari. Tapi Razie buat tak peduli. Menatap wajah Nina tajam.

            “ Jangan manjakan dia sangat, Nina.”

            Ni kes terlampau manja dah  ni. Bila Kira menconteng buku kawan warna pink, seluruh bilik tidur Kira ditukar warna menjadi pink. Bila Kira menconteng dinding nursery, Nina belikan white board. Alih – alih di dinding rumah ada lukisan abstract. Terpaksa cat balik. Kira nak warna biru, jadi birulah dinding. Hari ni tak alang – alang. Kereta terus ditukar warna!

                “ Dia kan budak lagi. Manja to the max pun saya tak kisah. She’s our baby,” jawab Nina. Mencapai remote dan menekan butang off. Dah penat terkinja – kinja dengan Kira, agak – agak dah terbakar 700 kcals.

            “ Manja ada hadnya, sayang. Nanti dia spoiled susah.”

            Nina melepaskan keluhan. Berdiri bercekak pinggang di depan Razie. Malas mahu bertekak, tangan naik melingkari leher suami. Kira sudah menghilang ke dapur. Pasti si comel kehausan.

            “ Smile. Takkan nak gaduh – gaduh. Full House?,” Nina cuba memujuk.

            Razie jadi cair. Ngeee~~~ Bab romantik dengan Nina memang dia lemah. Malam ini cadangnya mahu meninggalkan Kira di rumah orang tuanya. Nak dating dengan Nina. Belum sempat Razie angguk kepala, bunyi bising di dapur mengejutkan kedua – duanya.

            “ Mama!”

            Dua – dua bergegas masuk. Membulat mata Razie. Senduk yang bertaburan di atas lantai dapur dipandang. Elok – elok Kira duduk  sambil bermain – main dengan senduk, dipegangnya satu persatu sambil mulut muncung bernyanyi kecil.

            “ Anak mama buat apa ni?”

            Nina duduk bertinggung dan mula mengutip senduk yang terkeluar dari kotak asal. Razie terdiam sejenak.


            Dari mana semua senduk ni muncul?

            Bila beli? Kat mana? Dari siapa?


            Argh! Tak payah tanya. Dia sendiri tahu jawapannya.

            “ Didn’t I warn you not to buy anything from Madam Honey Bee?,” tanya Razie tegas.

            Nina mendongak dengan muka bersalah. Nak senyum tak dapat. Buat muka kesian pun belum tentu Razie akan terima.

            “ Sorry. Saya tak nak beli pisau, jadi saya pilih yang ni.”

            Oh my! Tangan kanan Razie naik mengurut belakang tengkuk.

            “ Berapa banyak senduk awak nak Nina? Bukan kat rumah ni dah berlambak ke? Nak buat jadi pameran? ”

            “ But this one is AMC.”

            Mulut! Pandai menjawab.

            “ Papa, nah. For you.”

            Razie tunduk memandang si anak. Selamba saja Kira menghulurkan senduk sederhana besar padanya. This innocent Kira!



********************************



                NINA memisat – misat matanya yang baru terbuka. Apa benda yang bising pap pap pagi – pagi ni? Kepala terangkat sedikit melihat sekeliling bilik. There you go! Little Kira sedang menyelongkar laci almari di sudut bilik.

            “ Kira buat apa tu?,” tanya Nina dalam keadaan separuh mamai.

            Kira menoleh dan tersenyum dengan rambut yang kusut semacam. Si comel pun baru bangun jugak.

            “ Good morning, mama.”

            “ Morning. Kira tengah buat apa?,” tanya Nina lagi.

            “ Nak jadi prichess.”

            Berkerut dahi Nina. Penuh hati – hati bangun dari katil, bimbang mengganggu tidur si suami yang masih lena. Dia bergerak mendapatkan Kira yang sudah mencapai jersi England yang diambilnya dari dalam laci.

            “ Nak jadi princess mana satu, sayang?”

            “ Show White.”

            Nina tergelak kecil. Kira yang petah bercakap tapi pelat. Terkial – kial si comel cuba menyarungkan jersi ke badan sendiri. Nina duduk bertinggung dan mencium pipi Kira.

            “ Come. Snow White tak pakai baju macam ni.”

            Nina bangun semula dan  menolak pintu wardrobe besar. Tadaaaa! Pilih saja yang mana mahu. Semua ada!

            “ Waaa!”

            Kira melompat riang sebelum tangan sudah mula menarik – narik pakaian mamanya yang tergantung di depan mata.


Are you sleeping, are you sleeping,

Brother John? Brother John?

Morning bells are ringing! Morning bells are ringing!

Ding, dang, dong. Ding, dang, dong.


            Oh no! Razie membuka matanya yang terasa berat. Suara Kira dan Nina yang sedang menyanyi mengganggu tidur paginya. Tubuhnya berpaling ke kiri. Guess what? Kira sedang menari – nari gaya ballet dengan dress Teranova bercorak polka dot milik Nina. Kalau Nina yang pakai, paras atas lutut. Tapi kalau Kira? Tenggelam badan anak! Belum ditambah lagi dengan platform Nina yang sedang dipakai Kira.

            “Nina, kenapa bagi Kira dressed  up macam tu?,” tanya si suami dengan suara baru bangun.

            Nina dan Kira menoleh serentak dan tersenyum lebar.

            “ Papa, do I look nice?”

            Razie tergelak. Kira memang! Bila rasa nak marah, masa tulah Kira menyampuk. Marah bertukar menjadi rasa terhibur.

            “ Yes, you are darling.”

            “ Dia kata nak jadi princess. Snow White. So bagi dia try baju mana dia nak,” jawab Nina dengan senyuman.

            Razie mencapai bantal dan menutup muka sendiri. Oh my Nina! Do you have to follow whatever she says? Rosak anak kita nanti!       

        

*******************************



            NINA berpusing – pusing di hadapan cermin besar. Tak puas hati dengan penampilan diri sendiri. Tak biasa pakai tudung. Lagi – lagi pakai tudung segera. Nampak macam mak ayam.

            Kalau diikutkan hati, tudung bawal saja pun sudah cukup. Ringkas dan cantik. Bukan nak kata tudung segera tak cantik, tapi memang bukan taste dia. Tu yang nampak tak ubah macam mak ayam. Razie yang beria – ia sangat. Chiffon sutera bla bla bla...

            Kalau bukan sebab Razie, tak adanya dia nak pakai. Terasa hipokrit pulak dengan keluarga mertua. Hari ni ada majlis cukur jambul anak pertama abang dengan kakak ipar. Nak pakai selendang lilit simple atas kepala, Razie kata tak manis. Fine. Arahan suami dituruti juga.

            “ Dah siap?”

            Razie muncul di depan pintu dengan senyuman lebar. Si suami tampak sangat tampan.  Baju Melayu berwarna maroon tersarung cantik di tubuh tegap Razie. Sedondon dengan baju kurung yang dipakai Nina kini. Sehati sejiwa.

            “ Awak nampak cantik, Nina. Sangat cantik,” puji Razie. Mendekat dan memeluk pinggang isteri.

            Jarang – jarang dapat melihat Nina bertudung. Dia bukan jenis yang memaksa, sudah sampai masanya nanti Nina akan berubah juga. Hal begini tidak boleh dipaksa sangat biarpun dia mempunyai kuasa veto.

            Nina tersenyum kelat. Razie memang pandai mengambil hati. Kalau dia pakai baju kotor yang koyak rabak sekalipun Razie akan tetap memujinya.

            “ Nanti ramai tak orang?,” soalan cepumas untuk si suami.

            Yelah, dengan keluarga mertua memang dia malu tahap gaban. Dia membesar dengan cara moden. Dalam erti kata lain, omputih   sesat sebab membesar di New Zealand dengan papa dan mama.


            - Makan tak guna tangan, guna sudu dan garpu.

            - Tak biasa makan masakan kampung, bukan lidah Melayu tulen.

            - Baju kurung bukan baju rasmi, dia pakai dress dan jeans.

            - Dia tak pandai pakai kain sarung, pakai tuala je lilit di badan paras atas paha.

            - Dia bukan jenis yang control ayu, dia main lepas ikut sedap mulut.


            Keluarga Razie? Sangat penuh tata tertib dan beradat. Hoho! Haruslah dia rasa rendah diri. Bila kenduri makan, dialah yang paling useless. Satu hapak pun tak reti tolong. Sudahnya dia tukang cuci pinggan. Bila ada makan malam potluck style, dia bawa Shepherd’s pie. Yang lain bawa rendang, ayam masak merah, ayam masak lemak, kerabu mangga, pajeri nenas. Hoho! Parah!

            Satu yang dia rasa benar – benar bersyukur. Keluarga Razie terima dia seadanya. Disayangi dan disenangi, lagi – lagi selepas kelahiran Kira. Cucu sulung tu!

            Razie menahan ketawa. Nina kalau bab family gathering memang gelabah. Bibirnya melekat di pipi si isteri.

            “ You’re awesome just the way you are, darling.”

            Nina tersenyum. Dia tahu si suami ikhlas.

            “ Kira?”

            “ I’m here.”

            Si comel berdiri di depan pintu dengan gaya mulut jatuh.

            “ Mama, this dress is not nice,” komplen si kecil.

            Membuntang mata Razie. Terkedu sejenak. Mata dihalakan pada isteri di sebelah.

            “ Bukan Kira patut pakai baju kurung ke?,” tanya Razie tidak percaya.

            “ Dia tak nak. Dia nak pakai dress.”

            Dress Esprit tanpa lengan paras lutut yang berwarna maroon tersarung di tubuh montel Kira. Razie menggelengkan kepala.

            “ Nina, ini majlis cukur jambul. Bukan party hari jadi,” Razie membantah.

            “ Dia kan budak lagi. She can wear whatever she wants.”

            “ Mama, this dress is not nice,” Kira mencelah dan sudah berdiri di hadapan mama dan papanya.

            “ Cantiklah, sayang. Comel!,” Nina membongkok dan mencubit pipi si comel.

            Oh my Nina! Razie kehilangan kata.



**********************************



            RAZIE menutup pintu kereta. Hari ini gilirannya mengambil Kira dari nursery. Nina busy dengan tempahan kek di bakery. Sudah dicadangkannya pada Nina supaya mencari rakan kongsi tetapi Nina  menolak. Tak ada yang sesuai kata Nina. Kasihan melihat isteri bersusah payah menguruskan bakery sendiri.

            Sampai di depan nursery, Kira berlari mendapatkan papanya yang mendepakan tangan. Masa untuk balik, mestilah si comel gembira.

            “ How was your day, darling?,” tanya Razie pada si anak. Pipi Kira dicium seperti biasa.

            Dari kecil lagi Kira sudah disumbat Nina dengan Bahasa Inggeris. Kanak – kanak lebih senang diajar ketika masih kecil sebab otak sedang aktif berkembang. Yang kesiannya sekarang, susah untuk Kira berinteraksi dengan rakan – rakan sebayanya. Anak Melayu tulen ni tak reti sangat Bahasa Melayu!

            “ It was fun, papa.”

            Sampai di kereta, sempat Razie berborak dengan Syazwan, papa Mia merangkap satu – satunya teman rapat yang Kira ada di nursery.

            “ Kiranya hari ni daddy’s day lah ye. Papa dorang yang ambikkan,” seloroh Razie.

            Syazwan tergelak. Matanya sempat melihat Mia dan Kira yang berborak apa entah di bahagian tepi keretanya. Hak penjagaan Mia sekarang diserahkan padanya. Sekali – sekala saja Maya mengambil giliran untuk menghantar dan mengambil Mia.

            “ Nanti jemputlah datang rumah. Isteri saya buat jamuan kecil untuk birthday Kira,” pelawa Razie.

            Belum sempat Syazwan menjawab, Mia memanggil papanya membuatkan dua –dua menoleh serentak.

            “ Kira lukis kereta papa.”

            Terangkat kening Syazwan. Razie di sebelah sudah mengerutkan kening. Bila kedua – duanya bergerak ke tepi kereta. membulat mata papa – papa hot. Kira tersenyum sambil menunjukkan hasil tangannya di kereta papa Mia.

             “ Uncle, does it look nice?,” tanya si comel tanpa rasa bersalah.

            Panjangnya calar kereta Syazwan! Oh tidak!



**************



NINA tunduk diam di tengah ruang tamu. Hanya suara Razie saja yang memecah sunyi.

            “ Kira tu dah makin rosak, Nina. Makin tak terkawal. Awak manjakan dia sangat. So now this is the outcome. Congrats, darling.

            Pedasnya Razie! Nina menjeruk rasa. Nak muntah darah. Nak pengsan. Nak keluar air mata. Ditadahkan saja telinga mendengar marah Razie terhambur keluar.

            Razie mundar – mandir di depan Nina dengan tangan naik bercekak pinggang. Selama ini masih boleh lagi ditahannya dengan semua kesalahan kecil Kira.


-Buli kawan di sekolah. Conteng beg, conteng kasut, conteng dinding etc.

-Mencalarkan kereta papa Mia tanpa rasa bersalah.

-Menyembunyikan kasut Madam Honey Bee di dalam tong sampah.


Tapi hari ini memang kesalahan paling epic. Madam Honey Bee telefon kata Kira
hilang dari nursery. Mahunya dia dengan Nina tak risau. Sampai di nursery, puas dicari sana – sini. Rupanya Kira bersembunyi di dalam tandas d bilik pejabat Madam Honey Bee. Nak main hide and seek kata Kira.

            “ Dia kan masih budak lagi. Semua pun dia anggap permainan,” bela Nina. Tak adanya dia nak marah Kira. Dah nama pun budak – budak, main memanjang.

            “ Problemnya sekarang Kira makin melampau, Nina.” Razie tarik nafas dalam sebelum menyambung kata. “ Kira is so spoiled.”

            Membulat mata Nina. Tak salah dengar. Bangun dari duduk dan berdiri di depan Razie dengan muka tidak puas hati seribu kali.

            “ She’s not spoiled, Jie!”

            “ Yes, she is. You pampered too much that she ended up like how she is right now.”

            Nina mengeluh. Ni yang malas kalau nak bertekak dengan Razie pasal Kira. Razie saja yang menang. Dia yang salah sebab manjakan sangat Kira. Apa yang Kira semua diiyakan.

            “ Jie, budak – budak memang macam tu. Bagi dia sikit masa lagi, nanti dia...”

            “ Mama. Which one is nicer? Blue or pink?”

            Muncul Kira di anak tangga dengan skater skirts di tangan. Razie mengeluh sambil menggelengkan kepala.

            “ Blue is nicer, baby.”

            “ Okay.”

            Perlahan – lahan si comel menaiki anak tangga untuk berlalu semula ke biliknya. Toleh di sisi, suami merenung Nina tajam. Tembus terus sampai belakang.

            “ See. This is what I mean, Nina. She’s so spoiled. Damn spoiled! You want her to end up like Kimora Lee ke apa?”

            Nina terdiam. Salah siapa sekarang? Salah ibu mengandung? Haih. Apa kes Kimora Lee masuk line tiba – tiba? Dia bukannya nak Kira hidup dengan gaya Rich and Famous pun.  Dia cuma nak Kira tampak cantik dan comel. Ala – ala puteri seperti yang diidamkan oleh setiap kanak – kanak perempuan.

            “ So should we get a sister or brother for Kira?”

            Soalan Nina membuatkan Razie tergelak. Entah gelak menyindir ke gelak ikhlas.

            “ How can you expect us to get another baby when we can’t even handle Kira?”

            Nina kehilangan kata. Means the answer is no, right Mr. Razie?      


p/s : ngeee~~~;) tried to make it as sempoi as possible. takut pulak kalau ada readers allergic baca cerpen yang mencuci mata kat blog ni. naya kena fireeee ;p...  hope u guys enjoyed reading and rest well. good night and big hug everyone! ;) 
            

21 comments:

  1. nak lagi cepat sambung hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai ano...

      ;) kalau xda aral melintang hujung minggu ni k. hugsss!

      Delete
  2. Hailooo.. Xptt manjakan sgt bdk2.. Nti depa jd ketegaq!
    Better raziee train kira.. Hntr g umah family razie skali ngn nina...kih3

    ReplyDelete
    Replies
    1. setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

      Delete
    2. Hai acu...

      ;) dengan nina sekali ke yang nak kena train? hahahaha! agak2 mesti nina tak nak,nakkkkk jugak kira ikut cara dia ;p...hugsss!

      Delete
  3. maya , mia , syazwan .. mcm familiar jew nme tuh .. mamamia shanza ! .. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai cikzie...

      ;) harus! jawapan betul 200% ;) rindu sawan dan mia punya pasal ;) hugsss!

      Delete
  4. okay simple straight forward
    easy to digest but entertaining
    congratz & thanks Emy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak meen...

      ;)glad u like it kak meen! no bahasa bunga or belit2 whatever, but happy to know it did entertain you ;) hugsss!

      Delete
  5. sempoi...best dapat jumpa Abang Sawan n si kiut Mia tp dapat kete dapat hadiah contengan a.k.a calar terbaik...poor Sawan

    Yup, budak2 perlukan kasih sayang ketika membesar tapi kasih sayang berlebihan akan merosakan...anyway apa benda pun kalau berlebih2an akan membawa kemudaratan, xgitu Dr. Emy ;)

    adunan kek or bahulu kalau terlebih gula, akan jadi keras, so telebih kasih sayang, spoiled ler budak tue karang

    Aznati Mohd Nayan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak aznati...

      ;) jumpa kejap pun xpa kan, yang penting rindu tu lepas sikit ;p... betul2, kalau terlampau manja nanti lain jadinya ( peringatan untuk diri sendri yang belum bercahaya mata jugak ;))...

      suka perenggan akhir kak. salah adunan, spoiled macam resipi yang tak menjadi! hugsss!

      Delete
  6. Ahahaha. Memang spoiled la budak Kira ni. Harapnya anak dara ulat bantal tak macam tu. :p

    Hoho, Mia budak cimon bun pun ada dlm ni. Hihi. Thanks Emy. Takut eh kena bom? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Hajar...

      ;) at least yang ni xkuar air mata dan meleleh air hidung kan? jadi selamat tak kena bom;p..hahahaha! anak ulat bantal agaknya x macam ni kan.kalau x memang dah awal2 kena tenyeh dengan mak dia ;p..hugsss!

      Delete
  7. Nih mesti klon anakku sazali abad 21...

    Nina nih sebenarnya patut tambah lagi adik2 untuk kira sebanyak mungkin...
    Baru dia x da masa dah nak manjakan kira...

    En. Razie, sila buat plan elok2, tiap2 tahun sorang sampai cukup 1 team bola...
    Baru nina x da masa nak manjakan kira, sebab dia akan lagi sibuk menghitung hari...

    Kira Yamato

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Kira Yamato...

      ;) ni nama dari zaman mana ni? lee min ho faith ke? ;p hahahaha! speku awak memang! tak sah kalau tak tambah ahli sampai penuh satu team bola! ;p

      awak nak kena hantar ke padang pasir tak? bercanda ria dengan unta kat sana? ;p

      Delete
  8. hahaaaa... very funny. This story remind me of my dear friend who stay in Spore. Her lovely daughter about 4 yrs old, both mother and daugther when shopping. Daugther pick some cloth and tell her mom "mommy, pay!"

    Children zaman sekarang memang advance, so tak hairanlah. Mcm anak Tom Cruise, mmg superb. Dari pakaian hingga kasut, semuanya high taste.

    Emy dear, such a nice story.. luv you dear




    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai has laling...

      ;) yeke? hahahaha! can imagine that babe! budak2 zaman skrg lebih advance dari kita. macam niece emy, she can really log in my fb account and enjoying her pico world! ;p...
      glad u like it has. love u more! hugsss!

      Delete
  9. ni dah mcm bukan cepen jer......but i love the story line...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kalam cinta...

      ;) kenapa bkn cerpen pulak babe? ;p..glad u like it anyway! hugsss!

      Delete
  10. Mia, Syazwan yg jaga ? Maya acaner pulakkk ? -.-

    ReplyDelete
  11. apasal jd x sedab ati ye part papa mia 2? maya bpsah ngn sawan ke?....ohhhh...noooooo msti dia plih sawi.....x sukaaaaaaaaaaaa.........

    ReplyDelete