Sunday, November 4, 2012

Cerpen : Sayangku Kira (End)


RAZIE mengeluh panjang. Kepala sekadar menggeleng bila suara Kira memecah ruang rumah orang tuanya.

            “ Nenek, nenek. Follow Kira. Dance. Shake your bon bon. Shake your bon bon.

            Boleh – boleh si cucu mengajar si nenek bergelek di ruang tamu. Yang si nenek pula sampai pecah ketawa sebab terhibur. Dikerlingnya Nina di sebelah. Sedang memotong buah tembikai dan disusun di atas piring sederhana besar.

            “ Nina.”

            Nina menoleh, mengangkat kening memberikan isyarat soalan ‘what.’

            “ Tu. Kira. Nanti dia besar awak nak dia jadi retis ke?”

            Nina tergelak. Menyindir dengan cara halus nampak. Tembikai sudah tersusun cantik di atas piring. Dia berlalu ke sinki unttuk mencuci pisau dan chopping board.

            “ Tak. Gimnast perhaps.”

            Huh? Membulat mata Razie. Ditolehnya Nina di belakang. Kalau bagi Nina ajar memang makin teruklah si Kira. Dia merapati isteri di sinki.

            “ Nina. I think I should train not only Kira, but also you.”

            Nina tersentak. Terhenti gerak tangan yang mencuci pisau, matanya berlaga dengan mata Razie.

            “ What do you mean?”

            “ We grew up in two different ways, Nina. And honestly speaking I don’t like the way you raise up Kira. You and Kira...”

            “ Kira tak spoiled pun, Jie. Jangan pulak pandai tuduh yang saya tak pandai ajar dia.” Ayat Razie dipintas Nina.

            Tahulah Razie tak suka. Upbringing mereka berdua memang berbeza. Dia kan orang putih celup. Tapi tak semestinya Kira tu budak rosak. Apa yang rosaknya? Setakat menari Shake Your Bon Bon sekali sekala. Razie jarang ada di rumah. Haruslah tak nampak perkara lain yang dia ajar Kira. Jangan judge hanya dari luaran Razie!



****************



            Nina keluar dari bilik air dengan badan segar. Sepetang bersama Kira di dalam dapur. Ajar Kira buat biskut cincin. Bukan saja bentuk cincin, banyak bentuk terus. Bintang. Epal. Bunga. Aiskrim. Semua ada.

            Jam di dinding dikerling sekilas. 11 malam. Batang hidung Razie tak nampak lagi. Kasihan Kira. Beria – ia nak tunggu papa balik, bagi try biskut hasil tangan si comel. Sampaikan Kira tertidur di sofa di tingkat bawah tadi.

            Baru saja Nina menghempaskan tubuhnya di atas katil, pintu bilik dikuak dari luar. Razie muncul dengan wajah kepenatan. Senyuman Nina dibalas hambar.

            “ Lambat lagi malam ni,” tegur Nina.

            “ Devan ajak lepak kejap. Layan dia frust dengan Gayathri.” Bibir kedua – duanya bertaup seketika.

            “ Kira?”

            “ Dah tidur. She was waiting for you the whole night.”

            Kaki Razie melangkah ke arah pintu yang memisahkan di antara bilik tidur utama dengan bilik Kira. Mencium pipi si comel sebelum melangkah ke bilik air. Badan melekit amatlah tidak selesa.

            Telefon Razie di atas meja kecil dicapai Nina. Nak ambik gambar, tukar wallpaper suami. Baru saja nak snap gambar sendiri, ada panggilan masuk ke telefon Razie. Berkerut kening Nina. Kartina? Minah dari planet mana ni?



********************************



            Razie melemparkan senyum pada gadis di hadapannya ini. Senyuman plastik. Tak sangka Kartina mencarinya sampai ke pejabat. Dia tidak buta untuk menilai hati Kartina. Takkan baru beberapa kali berjumpa dengannya Katrina sudah terpikat?

            Berkenalan dengan Katrina bila kereta Devan dilanggar dari belakang. Mentang – mentang boleh tahan cantik, Devan bagi lepas terus. Tak minta ganti rugi pun. Siap nak offer tolong baiki kereta Katrina sekali.

            “ Buat apa kat sini?,” tanya Razie ramah.

            “ Nak jumpa you. Lunch?

            “ Sorry. Dah janji dengan anak nak bawak dia pergi Baskin,” Razie cuba mengelak.

            “ Oh! Good! I pun teringin nak makan aiskrim. Can I join?

            Erk! Razie terdiam. Perempuan ni tak faham isi tersirat ke? Razie teragak – agak menjawab.

            “ Sure. Why not?”

Fuh! Kalau Nina tahu, naya!



*************************



“ NAK lagi ke sayang?,” tanya Katrina pada Kira yang duduk di hadapannya.

Kira menggelengkan kepala sambil tayang muncung bangau. Perlahan – lahan aiskrim disuapkan ke dalam mulut.

Katrina tersenyum. Sempat tangannya mencubit lembut pipi Kira. Tak berkenan langsung dia dengan Kira. Budak comot yang mengada – ngada. Mulut kotor dengan aiskrim. Tangan pun lebih kurang. Euwww!

Dari tadi lagi Kira membuatkan dia naik angin. Singgah di nursery nak ambil Kira, Kira memberontak nak duduk depan dengan Razie. Dia terpaksa maniskan muka dan mengalah dengan budak kecil macam Kira.

Sampai di sini, Kira tak senyum langsung. Semua yang dia tanya, Kira geleng kepala. Bisu ke tak pandai jawab? Tapi demi mengambil hati Razie, Kira dilayan dengan baik. Kalau tak, tak adanya dia nak melayan songeh budak – budak.

“ Anak you ni tak reti menjawab ke Razie?,” tanya Katrina.

Razie mendongak sambil tersenyum sebelum matanya beralih pada Kira di sebelah.

“ Dia memang macam ni. Tak banyak bercakap kalau dengan orang yang dia tak biasa.”

“ Kira sayang, kenalah biasa dengan aunty lepas ni. Kena selalu jumpa.”

Razie hampir tersedak air liur sendiri. Makin naik bulu nampak. Apa kes nak selalu berjumpa?



***************************



KIRA masuk ke dalam rumah dengan hidung dan mata yang merah. Langsung tidak menyapa mamanya yang sedang duduk di atas sofa.

“ Kira. Kira.”

Nina melangkah menaiki anak tangga, mengekori langkah si comel yang memanjat tangan perlahan – lahan. Tubuh Kira dicempung dan didukung Nina. Jatuh muka Kira dengan air mata yang lebat. Membuatkan Nina panik.

“ Kenapa ni sayang? Kira sakit ke?” Badan Kira dibelek – belek. Mana tau ada sakit di mana – mana.

“ Papa beat Kira.”

Nina tersentak? Razie pukul Kira? Suami yang baru melangkah masuk dipandang tajam. Kaki Nina menuruni anak tangga semula.

“ Jie, apa jadi? Kenapa Kira nangis?”

Serius saja riak muka Razie. Tali leher dilonggarkan sedikit. Dia berdiri bercekak pinggang di depan Nina dan Kira.

“ Memang Kira patut kena ajar sikit.”

Marah benar dia bila Kira bangun dari tempat duduk dan menuju ke arah Katrina. Sedap – sedap Kira mengelap tangan kotornya di blaus putih Katrina. Jadi perisa coklat terus! Kemudian selamba saja Kira menconteng beg Gucci putih Katrina dengan marker pen. Warna merah dengan corak apa entah. Melampau betul.

Setakat pukul tangan Kira sedikit saja pun, nak ajar si anak. Tapi Kira dah menangis diam – diam di tempat duduk belakang. Nak pujuk tapi terbatal niatnya. Kira tak boleh diberi muka sangat.

Membuntang mata Nina. Jadi betullah Kira kena pukul? Malas nak bertekak dengan suami di depan Kira, Nina mendukung Kira ke tingkat atas. My baby Kira!

“ Kira sayang, can you tell mama what happened?,” tanya Nina ketika sedang memandikan Kira. Tangisan anaknya sudah reda. Tapi monyok saja muka si comel.

“ Kira don’t like Aunty Nana.”

Terangkat kening Nina. Watak mana lagi ni?

Siapa Aunty Nana?”

Awan papa. Makan aisklim kat Bashkin. Kira don’t like her.”

Melopong mulut Nina. Budak sekecil Kira takkan pandai menipu! Dari A sampai Z Kira bercerita. Hampir terduduk Nina di lantai bilik air.


Thanks for the treat, Razie. Next time will be my turn.

How are today? Busy ke? I don’t fell like taking my car with Devan. Shall we go together?

Hi Razie, I’m somewhere near your office. Lunch?


Jadi Katrina dan Nana adalah orang yang sama. Yang menghantar SMS ke telefon suami sejak seminggu yang lalu. Skandal ke encik suami? Lepak malam – malam dengan Devan, boleh caya ke? Balik lambat sebab projek di Port Dickson tak settle lagi, boleh caya ke?

“ Jangan sedih lagi k sayang. Malam ni kita tengok Madagascar.”

Kira tersenyum sambil menepuk – nepuk tangannya.




***************************



RAZIE sekadar melihat saja Kira dan Nina berkejar – kejaran di sekeliling rumah. Fikiran ke lain, hati tak tenang. Jiwa kacau. Akhir –akhir ini Katrina semakin menjadi – jadi. Datang office tiap – tiap hari apa kes? Konon nak tolong ushakan untuk Devan. Alih – alih hati Katrina tersangkut dengan bapa beranak satu ini. Otak mula berkira – kira, nak bagitau Nina ke tak.

Argh! Nanti – nantilah. Biar dia selesaikan dulu, then baru bagitau Nina. Kalau diberitahu sekarang, mahunya Nina tak mengamuk.

“ Kira. Kira.”

Kira menoleh bila papanya memanggil namanya. Nina juga begitu.

“ Nak makan aiskrim tak? Papa belanja.”

Kira geleng kepala. Menoleh semula pada mamanya yang berdiri tidak jauh darinya.

“Mama. Catch Kira. Catch Kira.” Si comel berlari – lari seperti tadi.

Nina hanya menurut. Kasihan juga pada Razie. Sudah tiga hari Kira ‘mogok’ dengan papanya. Tak mesra alam. Nak bertanyakan tentang Razie pun tak. Merajuk besar si Kira. Yelah, tak pernah – pernah kena pukul. Nak cubit pun tak sanggup okey! Lepas ni pandai – pandailah Razie pujuk.  Dia tak nak masuk campur.


Got to love you, got to love you, got to love you, got to love you...


Nina memandang sekilas ke arah Razie yang sudah mencapai telefon dan berlalu masuk ke dalam rumah. Tak lain tak bukan. Katrina? Nana? Perempuan yang entah muncul dari celah mana. Razie takkan pernah berterus – terang. Dah nama pun skandal kan. Siapa nak buka pekung di dada sendiri?

“ Kira. Come to mama.” Nina sudah duduk bertinggung dan mendepakan tangannya. Terkedek – kedek Kira menerpa dan memeluk mama kesayangan. Kalau Razie dah tak nakkan dia, dia masih ada Kira. My one and only Kira!

“ Nina. Nak kuar jap. Malam nanti bersiap k. Kita makan luar. Need to win Kira’s heart.”

Razie muncul dengan kunci kereta di tangan. Pipi KIra dan Nina dicium sebelum dia berlalu ke kereta.
“ Keluar dengan siapa?”

            “ Devan.”

            “ Jie.”

            Langkah Razie terhenti di tepi kereta, berpaling dan bertaup mata dengan si isteri.

            “ Apa dia?”

            “ About my question that day. Shall we have another baby?”

            “ Not for now, Nina.”

            Nina kecewa dalam diam. How can you expect us to get another baby when we can’t even handle Kira? Jawapan Razie yang hanyalah alasan semata – mata.



******************************



            “ JIE, we need to talk.”

            Nina melabuhkan duduk  di sebelah Razie. MU lawan Arsenal. Tak payah tengok pun tak apa. Prediction Razie selalu betul, MU akan menang.

            “ Pasal Kira lagi?,” teka Razie.

Akhir – akhir ini Kira sudah semakin pasif. Tidak lagi selincah dulu. Sepatah ditanya, sepatah dijawab Kira. Kira tidak lagi menari – nari setiap kali dia balik dari kerja. Cuma duduk di depan tv hadap Disney Channel sambil minum susu botol. Rasa bersalah memang sudah lama bertamu di hati. Berubahkah Kira sebab dipukul tangan tempoh hari?

“ No. About us.”

Razie menoleh ke sisi. Tenang wajah Nina, tapi tidak setenang biasa.

“ What about us?”

“ Nana. Katrina. Whatever her name is. Siapa dia, Jie?”

Pap! Razie tersentak. Dah agak dah! Nina memang sudah tahu. Semua SMS Katrina, whatssap Katrina. Mustahil Nina tak baca semua tu. Cuma Nina saja yang buat – buat tak tahu. Razie mendepakan tangan pada belakang sofa. Van Persie di hadapan sudah tidak menarik perhatian.

“ She’s nobody, Nina.”

Nina tersenyum tawar. Dah kantoi ada skandal pun Razie masih tayang muka selamba. Kalau boleh sekarang rasa macam nak tenyeh si suami dengan Teddy Bear Me To You Kira. Tapi itu bukanlah caranya untuk selesaikan masalah.

Never both be angry at the same time. Nasihat  mama padanya petang tadi masih tersemat kemas di fikiran. Nina membiarkan saja tangan Razie membelai rambut lurusnya.

“ Kira kata dia tunjal kepala Kira tengah hari tadi. Betul ke?”

Membuntang mata Razie. Biar betul! Mulut  melopong tanpa sedar. Otak berputar – putar cuba untuk mengingati kejadian siang tadi.


“ Kira, kenapa nangis sayang?”

“ Anak you ni. You tinggalkan kejap aje pun dah nangis. Manja terlampau.”

Kira yang ditanya, Katrina yang menjawab. Tubuh Kira didukung dan dibelek kiri kanan. Tak tercalar walau sedikit pun tubuh si comel.

“ Sakit ke, sayang?”

“ I don’t think so. She started crying the minute you and Devan left.”

Lagi! Kira yang ditanya, Katrina yang menjawab. Matanya menjeling sekilas Katrina di sisi. Puas dipujuknya si comel. Barulah tangisan Kira reda.


Tak pulak dia terfikir Katrina sampai tangan! Huh!

“ Apa lagi Kira bagitau? Dia ada cubit tak? Pukul? Tengking?”

Nina tersentak sedikit. Bunyi tanya soalan tak ubah macam Eminem sedang rapping.

How would I know. Tanyalah kekasih gelap awak tu,” tebak Nina.

Baru Nina mahu mengangkat punggung meninggalkan Razie, tangannya dicapai dan digenggam Razie kemas.

“ Duduk dulu. Kita tak habis lagi.”

Nina sekadar menurut. Duduk semula dengan muka mono.

“ First. Katrina is nobody.” Razie menceritakan dari awal sampai akhir perkenalannya dengan Katrina. Tak ada lebih tak ada kurang. Nina? Tak ada respons. Hanya mendengar.

“ Second. I’m truly sorry for not telling you bout her. Knowing you. Kalau tahu dari awal memang dah calar muka Katrina tu awak kerjakan.”

Nina menahan senyum. Lucu? Agaklah.

“ I plan to settle it myself. Only between me and her, without getting u involved,” sambung Razie lagi.

Bukan Katrina tak tahu. Tapi sengaja buat – buat tak tahu. Makin mengelak, makin Katrina nak menempel. Dia tak berminat langsung nak pasang dua okey! Tak akan!

When you have done something wrong, be ready to admitand ask for forgiveness, Razie. Nasihat untuk diri sendiri.

“ Sorry, Nina. So so sorry.”

Lama Nina diam. Kemudian mengukir senyum dan genggaman tangan suami dibalas.

“ I hate it when you keep everything to yourself. It makes me think of you as my another Jie, the one having that bad side inside of you.”

Ternganga Razie. Telinga tak masuk air, haruslah tak salah dengar.

Meaning selama ni awak ingat saya curang ke, Nina?”

Nina tergelak. Tahu pun!



**********************



KATRINA menjeling anak kecil di sebelahnya ini. Rasa macam nak tarik rambut Kira yang diikat dua. Rasa macam nak pijak kaki kecil Kira yang sedang memakai kasut D&G Junior Mary - Janes. Dan rasa macam tunjal lagi kepala Kira seperti tempoh hari.

Dalam hati sempat dia memuji. Anak Razie ni memang high maintainance. Hari ini dari bawah sampai atas semua D&G. Skater skirt dipadankan dengan Tee berwarna putih yang bercetak gambar perfume bottle di hadapan. Budak masih berhingus ni dah pandai bergaya nampak.

Mata Katrina mula mencari – cari kelibat Razie dan Devan. Kiri. Kanan. Depan. Belakang. Line clear. Matanya beralih semula pada Kira yang masih berdiri di sebelahnya sambil bernyanyi kecil.

Sebab budak berhingus nilah date dengan Razie tak pernah menjadi. Setiap kali ajak berjumpa, Razie akan tapau Kira dengan Devan sekali. Tak ada peluang langsung nak lovey dovey. Dah tu pulak selalu kena suruh tolong tengokkan si Kira setiap kali Razie dan Devan ke tandas. Paling parah, semalam Razie telefon kata Devan tak berkenan. WTF? Tak berkenan dengan gadis secantik Katrina? Whatever! Yang dia mahukan bukan Devan, tapi Razie.

Katrina mendekat. Tubuhnya membongkok sedikit sambil bercekak pinggang. Memandang Kira tajam. Masa nak balas dendam dengan budak comot ni.

“ Mary had a little lamb, little lamb, little lamb. Mary had a...”

Tak habis lagu Kira bila kepalanya ditunjal Katrina berkali – kali hinggakan Kira hilang pertimbangan badan dan terjatuh. Apa lagi? Speaker semulajadi Kira dah mula terpasang. Kuat dan nyaring.

Masih belum berasa puas, kepala Kira ditunjal sekuat hati. Tok! Kepala si comel terhantuk dinding. Speaker naik lagi satu pitch. Katrina tersenyum lebar. Puas hati!

“ Bitch!”

Katrina menoleh dan belum sempat dia mengelak, tubuhnya ditolak Razie kasar. Adedeh! Terpeleot kaki yang memakai platform berwarna merah. Rasa takut dan bersalah sudah menjadi satu. Lagi – lagi bila melihat pandangan tajam Devan dan Razie padanya.

Tubuh Kira dicempung dan didukung Razie. Perempuan gila ke apa? Patutlah Kira menangis setiap kali berjumpa dengan minah berambut celup ini.

“ Jangan cuba ganggu hidup kami lagi. Not even Devan!

Katrina ternganga.



*************************



NINA membelai rambut Kira yang sudah terlena. Pucat dan tidak ceria saja wajah di anak. Bunyi pintu yang dikuak dari luar langsung tidak menarik perhatian Nina. Razie mendekat, duduk di birai katil bersebelahan Nina dan membelai pipi Kira.

“ Ouch!”

Not her cheeck. Nanti dia terbangun,” tegur Nina.

Razie menggosok tangan yang ditampar Nina. Tegurlah cara baik sayang, bukannya main pukul – pukul.

“ Saya makin risau dengan Kira. Dia bukan lagi Kira yang dulu,” kata Nina. Mata masih lagi setia dengan wajah si comel yang sedang lena.

“ Whose fault was it in the first place?”

Razie terdiam. Soalan Nina tidak berjawab. Memang salah dia. Nina berpaling, menatap wajah bersalah Razie.

“ Kira was never spoiled. Kira was always on the right track.That cheecky and playful Kira,” luah Nina.

“ Just let me raise her up according to my way, Jie. Not yours.”

Lama Razie berfikir sebelum mulutnya ringan menjawab.

“ My way and your way. Let’s raise her up together. A combination of our ways,” balas Razie.



**********************



“ MAMA, Kira don’t want baju kurung.” Panjang muncung Kira di depan bilik.

You have to, sayang. Kalau tak papa tak nak beli D&G baru.”

Is it? Bulat mata Kira. Muncung mulut sudah jadi tumpul semula. Laju saja langkah Kira bergerak ke arah mamanya di meja solek.

“ Papa said that?,” tanya Kira tidak percaya.

“ Ya, papa said that. Mesti pakai baju kurung baru papa beli D&G baru.”

Razie yang baru keluar dari bilik air terkejut melihat Kira masih belum berpakaian.

“ Nina. What happened to her baju kurung?,” tanya Razie.

“ Papa, mama said you will get me new D&G if I  wear baju kurung. Is that true?”

Razie tergelak. Mulut Kira sudah petah seperti dulu. Tidak lagi murung dan diam. That cheecky and joyful Kira is back!

“ Ya, sayang. Only if you wear baju kurung.”

“ Can I have a new playsuit? Just like Mia’s one.”

Pecah ketawa Nina. Ambik tu Razie! Kira dah pandai memilih.

“ As you wish dear,” jawab Razie selamba.

“  Yeaaaa!”

Melihatkan tubuh Kira sudah menghilang di bilik sebelah, Nina dan Razie bertukar pandang.

“ Playsuit? What on earth is that? And how much does it cost?,” tanya Razie pada si isteri.

US$70 kot.”

Melopong mulut Razie. Namun senyuman kemudian terukir di bibir sambil menggelengkan kepala. Kira sudah dapat dibentuk sedikit demi sedikit. Cara Nina, apa yang Kira nak kena maintain. Cara dia, untuk dapat apa yang Kira nak, si comel mesti setuju dengan apa saja yang dia nak. Guess what? It worked! Rewards and punishment strategy berjaya.



****************************



“ PAPA, Kira don’t like mama’s car. Green colour.”

Razie dan Nina sama – sama tergelak. Tu bukan idea Kira ke dulu?

“ Then what colour do you want, sayang?,” tanya Nina.

“ Pink.”

“ Kalau nak pink, Kira jangan menari lagi tau. No more Vengaboys. No more Ricky Martin. No more Big Bang. No more 2NE1,” sampuk Razie.

Kira di tempat duduk belakang mengetuk – ngetuk dagunya. Lagak seperti sedang berfikir.

“ Okay. No more dancing. But I can yoga with mama?”

Razie dan Nina berpandangan sesama sendiri. Strategi menjadi lagi!

“ Boleh sayang, anytime you want,” jawab Nina.



********************



“ KIRA, jangan conteng buku atau beg kawan tau. Nanti papa marah. Papa tak nak belikan Puffball Dress untuk Kira,” pesan Nina.

“ Okay!” Laju mulut kecil menjawab berserta senyuman.

Dan seperti yang dijangka, Kira dari semasa ke semasa sudah semakin ada peningkatan. Semakin mudah dibentuk dan tidak memberontak biarpun keinginannya kadang kala tidak ditepati Razie.



“ Papa, can I get new shoes?”

“ Tapi kasut Kira tu okey lagi. Kenapa nak yang baru?”

“ Mine is pink. I want yellow.”

“ Okay. As you wish my girl, but no wall colouring in nursery.”

“ Okay!”



“ Mama, I  want new chiffon dress.”

Chiffon dress? Not now dear. Tak ada yang cantik.”

“ Roberto Cavalli cantik.”

“ Huh? Errrr...ok. Next time k. We’ll get something else for you. Tea set?”

“ Okay!”



“ Papa, can I dance? Shake your Bon Bon.”

“ No, Kira. But you can do yoga with mama.”

“ Okay!”



Rewards and punishment. Itulah cara terbaik untuk membesarkan Kira. Selama ini caranya seorang tidak berapa betul. Cara Razie lagilah. Disebabkan baru sekali kena pukul Razie dan berkali – kali ‘didera’ Katrina, Kira jadi pasif. Kalau sampai tangan, mana – mana budak pun akan takut.



***********************



MATA Razie tertacap pada Nigella yang sedang menyediakan ayam dengan resipi terbarunya. Biarpun baru lepas makan malam, perut minta diisi semula.

“ Nina, apa kata esok kita try resipi dia ni. Simple and healthy,” cadang Razie.

Ayam direndam di dalam air bergaram selama satu malam dan diletakkan di dalam peti sejuk. Esok pagi, keluarkan ayam dan panggang sampai masak. As easy as ABC!

Nina langsung tidak tertarik. Matanya menatap wajah suami yang tinggal nak meleleh air liur saja lagi.

“ Jie, Kira is under control. As I told you, she’s not spoiled and never get spoiled.”

“ Ya, maksudnya kita dah berjaya jadi parents yang bertauliah.”

“ So should we get a new baby?”

Razie tergelak. Mata melirik pada si isteri sambil tayang senyuman ulat naik bulu.

“ Why not?”

Wajah kedua – duanya semakin mendekat mencari sasaran.

“ Papa! Thank you for the dress. It looks nice on Kira.”

Selamba saja Kira menerjah pintu yang memisahkan biliknya dengan bilik papa dan mama dengan Pleated Leopard Print Dress Roberto Cavalli tersarung cantik di tubuh. Oh my Kira! Berpusing – pusing di depan mama dan papanya membuatkan Nina tergelak.

“ Ni apa kes pakai dress malam – malam ni Kira? Bukan Kira patut tidur ke?,” tanya Razie dengan dahi berkerut.

“ Later. Mama, do I look pretty?”

Makin kuat Nina ketawa sambil kepalanya mengangguk.

“ Kira. Kalau tak tidur sekarang papa tak nak belikan dress baru lagi. No dress, no shoes, no Barbie, no skirts, no everything.”

“ Okay! Good night!”

Zoom! Laju saja Kira berlari ke bilik sebelah dan menutup pintu. Razie tayang muncung bangau. Muka yang sebijik Kira!

“ She’s not spoiled, Jie. Its just that she has high maintainance,” kata Nina.

Ya. Kira tak spoiled pun. Kira anak yang penuh tata tertib. Hormat orang tua. Tak pernah kurang ajar. Tak pernah melawan. Dan yang sewaktu dengannya.

“ Rewards and punishment, that’s the key. Not spank or anything,” kata Nina lagi.

Razie mengangguk setuju. Cukuplah sekali dia tersalah memukul Kira.

“ Jom. Buat projek baru.” 

Nina dipimpin Razie ke arah katil. Nigella dah kena tinggal sebelum sempat ayam panggang masak. Hati Nina sudah berbunga – bunga. Yippie! Sayangku Kira, baby is on the way!


-TAMAT –


p/s : ngeeee~~~;) simply santai and fun. That’s what I wanted and hope you guys enjoyed reading. To dear Humaira, Happy Graduation sayang! Lain kali whatssap aunty lagi k! Thank you so much and big hug everyone! Esok kat sini cuti, so KTD10 is on the way! Good night!


29 comments:

  1. okay so tats it reward & punishment - different people do raise up their kid differently - it may works or vice-versa - but in this case looks suit to Kira hehehee ....
    but most important - there shud b 'tolerance' & both mom&dad cooperate not blame one another yeah!

    thanks Emy ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak meen...

      ;) memang 100% suits Kira! slowly she'll get the hint and grow as unspoiled brat ;)

      different people have their own way kan. if me, which way would i use?hmmm... but definitely not nina's way of course! ;p

      soooo there we go another epic discovery! it's monday and it's holiday! ;) welcome and big hugsss!

      Delete
  2. Wow dasat anak diorang nih!! Mau meraung bakal suami si Kira nk support maintenance dia :p

    Sempoi & best..lain drpd org lain.. Gud job emy!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak ayu...

      ;) ni mesti nak yang ala - ala anak Kimora Lee untuk support Kira! erk...Kimora Lee ada anak lelaki ke kak ayu?

      glad u like it and thank u so much! hugsss!

      Delete
  3. Hoho. kesian kira. disebabkan aunty nana tak pasal2 jd pasif. Ish2.

    Haha, betul la tu Ayu, mau meraung husband to be dia bila tau bakal bini sikit punya high maintenance. :p

    Well done Emy. Lepas ni rajin2 lagi la eh? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Hajar....

      ;) patut Kira calitkan lebih banyak aiskrim coklat kat baju aunty nana tu ;p Kira ni baby D&G. sebab tulah aunty nana jealous. dia pun nak razie belikan ;p...

      glad u like it Hajar! ingat tak iman pernah kata "nanti papa ceritakan ttg kisah papa dan mama. one fine day." kat lila? so that will be next! ;) hugsss!

      Delete
    2. Yang tu nanti kena bersedia dgn tisu / face towel ek? :p

      Delete
  4. Hehehe.. Mannja betoiiii... Br pukull tgn je da panddai mogok.. Ish2..
    Btw, likeee the ending ;)
    Si taufan katrina tu ptt tunjall2 dahi ddia smpai lantai.. Br betul kih3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai acu...

      ;) hahahahaha! patutnya nina yang datang tunjal kepala dia kan. berani sentuh anak org!

      glad u like it babe and thank u so much!

      Delete
    2. mana hug hilang nihhh??? hugsss!

      Delete
  5. haha jahat betol katrina...nak baik ngan baoak aje ank dera, huhuhu... so sweet laaa kira ni , comelllll je..suke kira sume nak boleh dapattt degan mudah sekali, high maintenance laa si kira ni..saja jer si jie tu suh kira tdo awl sbb dia nak buat projek ngan nina... x nak kira kacau daun...best laa terbaikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai sweet dazzle...

      ;) rewards & punishment untuk kira memang berkesan! ;) glad u like it babe and thank u so much! hugsss!

      Delete
  6. Such a lovely story emy dear...

    Nanti bila emy dh ada anak jgn spoiled kan dia macam Nina did for Kira k.

    Secara jujur has suka dgn cara Jie yg cool dlm menangani masalah dgn Katrina. Nasib baik tak terpikat dgn minah langsuir tu, kalau tidak menangis tak berlagu Nina dgn Kira.heeheeee..

    Emy dear, thank you for this nice ending part. Luv you dear..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai has laling...

      ;)hahahaha! that's for sure babe! nanti bagi pakai kiki lala je ;p..

      ya, i like that part too tapi tak suka cara Jie salahkan Nina bila Kira jadi macam tu. patutnya sama2 didik kan? and guess what, it worked!

      glas u like it laling. love u more! hugsss!

      Delete
  7. huhuhu... dh lama sangat dh xkomen nie..

    bgs cara diorg besarkan KIRA.. hahaha

    btw, minat BB erk... vip ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai fatiah...

      ;) how are you babe? masih busy kuar masuk hutan ke? ;) kalau dua - dua kan menjadi, bukan sorang2 macam nina buat awal2 tu kan ;)

      BB? as in Burberry ke BlackBerry babe? atau Baby?;) hugsss!

      Delete
    2. dh berhenti dh masuk hutan.... betul 2, diorg sama melengkapi... BB 4 Big Bang

      Delete
    3. oh! hahahaha! Big Bang! semua tekaan kat atas salah! ;p...tak babe, suka lee min ho je ;) plus Running Man! suka Big Bang ke? baru2 tu ada konsert dorg kat msia kan?

      Delete
  8. huhuhu.. ingtkn BB.. saya pon ska jugak ah lee min ho elpas tgk BOF..

    yup, ada konset alive tour tpi xdpat pgi sbb blik braya dkt kg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha! tak minat Kpop babe. cuma minat cerita je, itu pun ikut pelakon ;) xpa, nanti kalau dorg dtg lagi boleh tgk kan! ;) hugsss!

      Delete
  9. love d story very much..ia sempoi ..mencuit hati..dan bottom line..ada pengajaran dalam cerpen ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai idA...

      ;) glad u liked it babe! 'ada pengajaran dalam cerpen ini' <--that line makes me smile ;) thank u so much! hugsss!

      Delete
  10. best gila la writer.. writer uat nvl smua best2 belaka.
    kalau boleh smbng lgi ya writer.. nak tau kisah lepa ada baby baru pulak.. hehe
    nak tngok kira mesti happy dpt adik..
    smbng ya.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Ruuna...

      ;) hohoho! cerpen pendek je ni babe, xda idea lagi nak sambung adik baru ;p glad u like it anyway! sangat2 menghargai ;) hugsss!

      Delete
  11. sempoi..
    heh.
    ur only one cerpen yg endingnya x mnx blog dibakar...haha.
    sgt best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai MiMi...

      ;) LOL! glad u like it babe. yang lain jgn sebut k, tu jenis yang kena bakar ;p big hug!

      Delete
  12. seriously...this is so good Emy. Love your flair of writing so much

    ReplyDelete
  13. Emy, kmk bok perasan yang Kira tok adalah kawan Mia Shaza which dalam novel MMS ya kan ada part Kira calarkan kereta Syazwan kan? Awwww. ya best nya cerita ada link. that's good. dapat org kaitkan ceritanya :) heee~

    ReplyDelete