Monday, July 1, 2013

Jangan Pernah Lupa (JPL) 2

RAIN menoleh pada temannya yang sedang memandu di sisi. Muka Remy serius dari tadi, tak berani dia nak kacau. Tahu sangat Remy angin satu badan lepas terserempak dengan Valley di pusat serivs kereta.  Dalam banyak-banyak manusia yang datang servis kereta, boleh pulak Valley jadi salah satu daripadanya.
            “Remy, screw her lah. She’s nothing for you to get angry with.” Rain cuba tenangkan Remy. Dah sedia kena libas dengan belakang tapak tangan Remy dah ni. Ye la, bunyi macam senang aje cakap bla bla macam tu harus Remy senang-senang nak bagi ‘backslap’.
            Remy diam. Sekejap laju, sekejap brek, sekejap pelan. Cuak pula Rain di sebelah. Tak bersedia lagi nak jadi arwah, amal dia sepanjang 27 tahun hidup di muka bumi ni seciput aje. Tak cukup pun dibuat bekalan.
            “Pool jom. Nak challenge kau, tak puas hati kalah hari tu.” Rain tukar topik. Walhal mood nak bermain pool tu sebenarnya ke laut. Mana best kalau Remy angin macam ni.
            “Dia dapat kereta tu dari sugar daddy dia lah tu. Yang dia pancing dari mana entah. Yang dia pikat sampai lemas. Yang dia cukur sampai botak.” Suara Remy perlahan tapi kedengaran tegang. Mana Valley nak cekau duit untuk tukarkan Myvi kepada Mazda 6 macam kereta dia? Ada ‘extra pocket’ la jawabnya.
            Laaa..masih terfikirkan tentang Valley lagi rupanya. Rain memperlahankan volume radio.
            “Maybe, got possibility,” kata Rain.
            Terkejut juga mereka berdua melihat Valley ada di pusat servis, nasib muka cantik tu tak disimbah Remy dengan hot chocolate yang baru dibeli dari vending machine. Mana tidak, elok dia dan Remy melepak di sofa yang disediakan, Valley selamba datang dan duduk di sebelah dengan muka paling seksi yang boleh buat dua-dua seksa.
            Padan sangat nama bekas kekasih Remy tu Valley. Body meletup. Muka umph. Lembah yang Valley banggakan sangat tak payah cakap. Tertonjol hingga boleh buatkan bebola mata memang melekat tak boleh nak elak. Kalau dulu memang Rain curi-curi tengok, mahu tak kena lempang dengan Remy kalau cuci mata dekat kekasih hati kebanggaan Remy. Tapi sekarang tak ada lagi istilah curi-curi tengok. Dia guna prinsip ‘dah mata aku, suka hati aku nak tengok ke tak’.
            “Wait. Wait. Kau angin sebab dia dapat kereta tu ke?” Rain pandang wajah Remy.
            “Sort of.”
            “Laa...” Rain rasa nak tergelak. Dah timbul idea nak kenakan Remy.
            “Patutnya kau bangga. Sama kereta. Warna aje lain-lain.”
            “Cisin mamat ni.”
            Pecah tawa kedua-duanya. Tak susah mana pun nak kembalikan mood ceria Remy. Tubuh Rain mula menari-nari di sebelah bila lagu Pitbull bermain di radio.
            “Aku angin tengok muka dia bangga sangat. Nasib aku tak ambik jadi bini.”
            “Now you know. Dulu aku sound tak dengar.”
            “That time I was already in the zone, bro.” Kalau dah nama angau tahap lupa dunia apa pun nasihat orang di sekeliling memang tak masuk ke dalam telinga Remy.
            “Dari dulu lagi aku tengok Valley tu memang tak boleh pakai. She can never stick to only one guy, bro. That’s the worst part.
            “You don’t say. Very the tak boleh diguna pakai. Very the ngam untuk kena dumped.”
            Rain tergelak. Ni kes dah terhantuk baru tersedar kan? Tapi sekurang-kurangnya Remy masih belum terlambat. Bayangkan kalau disunting jadi isteri seperti mana yang Remy rancang dulu, hancurrrr...
            “Tak payahlah fikir hal Valley lagi. Nak harapkan lembah aka valley dia tu aje tak cukup. Hati tak bersih mana cantik.”
            Chewah! Bunyi Rain bercakap macam pernah mengikuti ceramah yang ala-ala ‘kenali hati wanita’, tak padan dengan gaya yang macam good boys gone bad.
            Remy sekadar tersenyum. Memang tak dinafikan, sebab utama dia tertarik dengan Valley dulu adalah kecantikan Valley. Aset Valley? You don’t say, yang tu memang boleh buat dia cair sampai tak bernafas.
            Malas nak fikir pasal Valley lagi. Valley tu cerita lama, dosa lama. Kalau asyik teringat, bukan dapat diubah pun kisah lampau. Pandang depan aje terus, cuba menjadi yang lebih baik dan sedar diri sikit.
And yeah, here I am trying to become a better person!
“Rain, do you still remember the chick that bumped into me yesterday? The one with yellow shirt.”
“What’s with her?”
Harus Rain ingat, gadis cantik yang duduk di meja sebelah sementara menunggu Remy di The Coffee Bean & Tea Leaf semalam. Agak jual mahal juga bila dia perkenalkan diri si cantik buat tak layan. Takkan tak tertarik langsung kut dengan muka dia yang stok idaman wanita. Angkat bakul tapi seriously...
“Cantik kan? Kalau jumpa lagi aku cuba terus.”
Terangkat sebelah kening Rain. Ingatkan dah bertukar kulit jadi baik sahabatnya ini, macam masih sama aje pun. Pantang tengok yang cantik lalu, mula nak usha.
“Kau try tengok, dapat ke tak. Aku dah try semalam, epic fail,” Rain berkata selamba. Dia pun tertarik sebenarnya dengan si cantik, tapi dah kena reject dengan cara halus takkan masih nak cuba lagi. Tolonglah sikit, bunga bukan sekuntum.
Remy ketawa kecil. Muka Rain memang tak boleh pakai. Perempuan tengok pun boleh lari. Muka kasanova. Muka kuda belang. Muka buaya darat. Andai berjumpa semula, Remy dah simpan siap-siap soalan yang akan ditanya.
Single?
Name?
Phone number?
Address if you don’t mind?
Tak payah main pusing-pusing soalan, direct aje terus. Kadang-kadang perempuan tak suka lidah yang terlampau bercabang, karang berbelit sangat perempuan tak faham. Lagipun yang ni dia ada rasa sedikit kelainan, yang buat hati dia tertarik. Yang buat jantung dia berdetak. Yang buat mata dia tak lepas pandang. Yang buat dia rasa nak usha. Yang buat dia rasa mahu memiliki.
Singgah di 7 Eleven, Rain bagi pandangan WTF. Ye la, macho kemain tapi Remy ajak singgah sebab nak beli losyen Nivea. Ni adik kesayangan Remy yang suruh belikan, malas dia nak cari mana-mana Watsons terdekat. Tolong sikit nak pakai losyen Nivea, warna kulit yang tanned macam Enrique Iglesias inilah yang buat Remy bangga.
Baru nak melangkah masuk semula ke dalam perut kereta, mata Remy terarah pada kereta di seberang jalan.
Macam kenal!
            “Rain, tunggu sini jap.”
            Panjang langkah Remy di atur ke arah Benz berwarna kelabu di seberang jalan itu. DK 123. Mana boleh lupa nombor plat kalau dah tuan punya pun dia tak boleh lupa.
            “Pok. Nak ke mana wei?!”
Laungan Rain tak dipedulikan. Dalam kepala Remy dah susun ayat bunga-bunga untuk mengayat. Kira ada jodohlah ni dengan si cantik berbaju kuning. Baru semalam berjumpa, hari ni dah muncul balik.
Tingkap kereta di bahagian pemandu diketuk Remy perlahan. Siap sedia nak tayang senyuman umph biar bagi ‘melting’ si cantik. Bila cermin kereta dibuka dari dalam...gulp!
Tubuh Remy statik. Senyuman jadi keras. Lain wajah yang terbayang di ruang fikiran, lain yang berada di depan mata.
“Yes?”
“Err..”
“I’m listening.” Serius muka lelaki di dalam kereta buat Remy makin gagap.
“Nak reverse ke? Saya tolong assist. Side mirror tak ‘makan’ sangat kan?” Idea menipu dari planet mana dia korek, Remy tak pasti. Yang pasti tu aje ayat nak ‘cover’ malu dengan lelaki yang memberinya pandangan tajam kini.
Si cantik bertukar jadi lelaki botak? Atau ni kereta si cantik tapi pakcik botak ni yang pinjam? Tak pun ini kereta pakcik botak tapi si cantik yang pinjam. Kekasih gelap? Mistress?
Oh no!




“SYIRA, nak ke mana tu?”
Langkah Insyirah terhenti. Toleh belakang. Tersenyum segaris. Senyuman jadi keras bila mama di pintu dapur pandang dengan wajah serius.
“Nak pergi yoga. Dengan Chiko.”
“Pukul 9 malam pun ada yoga ke?”
Uhuk! Insyirah buat-buat terbatuk. Melangkah ke arah mama kesayangan dan mencium pipi ratu hatinya itu sebelum mencapai botol air di dalam peti sejuk. Kan dah kantoi dengan mama. Yoga lah sangat padahal nak duduk lepak temankan Chiko yang sedang patah hati ditinggalkan Burn tanpa sebab.
“Syira pergi keluar kejap aje, mama. Nanti sebelum pukul 11 Syira balik. Please. Please. Please.” Insyirah buat muka comel dan melentokkan kepalanya di bahu mama. Dengan mama kena manja-manja sikit, senang nak pujuk. Kalau dengan papa tu yang payah. Jadi lebih baih angkat kaki sebelum papa balik.
“Kalau papa tanya mama nak jawab apa?”
“Cakap Syira pergi yoga. Pleaseee.”
Tubuh Insyirah dipandang mamanya dari atas sampai bawah.
“Macam ni nak pergi yoga?” Jari telunjuk mama terarah pada tubuh Insyirah.
Ehem. Cermin mata hitam dengan sweater berwarna hitam, siap pakai hood lagi di atas kepala. Mana mama tak bising. Insyirah tersenyum. Ni fesyen mama. Fesyen orang masuk air. Kut terserempak dengan papa di luar, tak lah papa kenal anak sendiri.




“I’m back.”
Ibrahim muncul di dapur dengan senyuman lebar. Laaa...papa dah balik. Macam mana nak cabut keluar? Insyirah meneguk air dari dalam botol air.
“Syira, semalam ada pakai kereta papa kan?”
“Hmm.” Kembung pipi Insyirah dengan mulut penuh air.
“Patutlah tadi ada kumbang hinggap kejap.”
Burrrr! Tersembur air dari mulut Insyirah.
“Kumbang? You mean the guy that wore the pink colour T-shirt yesterday?” Mulut yang basah dilap Insyirah dengan belakang tapak tangan. Euwww! Gaya macam pengotor pulak.
“Which guy?” Mama pandang tajam.
So you met him before? Kat mana?” Kening papa terangkat.
Gulp! Kan dah kantoi dengan mama dan papa.  Soalan spontan macam tu mana terfikir nak susun soalan ‘cover’ sikit babe!



PANJANG leher Insyirah toleh kiri kanan. Chiko tak sampai lagi. Memang dah tahu yang janji Chiko tak boleh pakai, yang dia nak juga datang on time apa kes? Insyirah merengus sambil berpeluk tubuh. Angin yang sedikit sejuk malam ini buat tubuhnya menggigil sedikit walaupun tubuh tingginya disarungkan sweater siap dengan hood di atas kepala. Nak hujan dah ni, kalau Chiko tak muncul juga dia blah terus.
“Sherry.”
Insyirah kaku. Suara yang dia kenal. Satu-satunya suara yang dia rindu walau sudah bertahun lama. Suara yang cuba dia lupakan dengan paksa rela. Perlahan-lahan Insyirah menoleh ke kiri.
Seraut wajah yang dia benar-benar rindu tapi terpaksa dilupakan. Aiman!
Dua pasang mata itu bertaupan. Kalau boleh Insyirah nak peluk kuat-kuat. Kalau boleh dia nak teriak ‘I miss you’ kuat-kuat bagi dengar satu dunia. Hakikatnya, dia tak mampu.
“I guessed you must be here. And my instinct was right.” Aiman masih berdiri beberapa kaki dari Insyirah seperti tadi. Tangan yang berada di dalam poket seluar digenggam kuat. Rindu pada Insyirah tahap petala, tapi takkan nak diterkam bekas kekasih di depan mata.
Mata Insyirah masih tak berkedip.
Mata Aiman masih menatap wajah cantik yang dirindui.
“Sherry.”

Damn! Mata Insyirah sudah berair. 


p/s : I'm back on track and will share my memorable moments soon dearies! Hope you all enjoyed reading JPL :) Tanpa Limit (TL) will be published this year hopefully. Miss me not! Thank you so much and love you all loads! 

11 comments:

  1. Oh em geee apa akan jadi after this!???? Nk lagii

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak baca JPL next episode...

    ReplyDelete
  3. hai..lm nk tgu update ni hehehee..pa2pun ttp best.. ;-)

    ReplyDelete
  4. Hi Emy,

    just finished reading Bab 1 & 2 - i did not realize tat u hv published a new enovel.
    But it's ok ... at least i can read at one go ... tak sakit waiting yooo
    Waahhh all names are gaya anak omputih hehehee ... well tat's the trend nowadays yeah!
    Valley mak ngaiiii ... can imagine how she dressed :P
    A nice n kinda entertaining story Emy ... thanks!

    ReplyDelete
  5. yeah TL dh nk publish!! suka suka suka ^^ congratz tau. and this JPL mmg AWESOME!! thumbs up emy! haha. cpt cpt smbung kay :)

    ReplyDelete
  6. cool!! emy i am hooked with your writing! semua pun bestt!! will there be sambungan for KTDM? Wish everything in here will be publish!

    ReplyDelete
  7. best!!! kumbang tersalah hinggap pulak... ngeee...

    ReplyDelete