Wednesday, July 10, 2013

Jangan Pernah Lupa (JPL) 3

“LAPAR tak ni?”

“Tak.”

“Yeah, right. Have some.” Macamlah tak dapat mengagak maksud ‘tak’ Sherry, Aiman dah kenal dia lama.

Sherry tersengih macam dapat gula-gula bila Aiman hulurkan sweet corns. 

“Aaa...” Sherry ngangakan mulut. Makin berbunga  hati bila Aiman suapkan sesudu ke dalam mulut.

Zaman bercinta, semua manis. Perut lapar tahap gaban pun tak terasa sebab dah kenyang dibelai Aiman dengan kata-kata cinta. Laaa..jangan hairan kalau setakat lovey dovey main suap-suap jagung manis macam tu di antara Sherry dan Aiman. Lebih dari itu pun pernah buat.

Menari-nari di dalam hujan.
Main jongkang-jongket di dalam hujan.
Piggy back dari hujung sini ke hujung sana di dalam hujan.

Kenapa semua di dalam hujan? Jawapan senang. Sebab lebih romantik. Ceh! Kalau zaman cintan cintun mereka berdua bolehlah Insyirah mengaku semua itu romantik. Tapi sekarang? Muntah hijau!

Wajah tenang Aiman di hadapan sekarang ini kalau boleh Insyirah rasa nak wachaaa, tapi tak sampai hati. Kalau boleh dia nak cekik sampai tinggal nyawa-nyawa ikan, tapi dia tak sampai hati....sebab apa? Sebab dia masih sayang...

“Sherry.”

Wajah yang sudah bertahun Aiman rindukan. Ikut hati, nak peluk cium macam dulu. Tapi sendiri kena sedar status dia di mana.

Isnyirah buat de’. Tayang muka mono macam ‘Like I care’ walhal dalam hati dah nak cair bila lembut dan tenangnya suara Aiman memanggil namanya. Mata dikedipkan berkali-kali, kut dia bermimpi di malam hari tubuh Aiman tiba-tiba muncul tidak jauh dari pintu masuk Zouk.

“I  miss you, Sherry.”

Oh I miss you, too.

Sah bukan mimpi! Masing-masing masih tegak di tempat tadi.

Sorry, rindu-rindu ni dah tak ada dalam senarai perasaan. You know,  the soft-hearted me is now the cold-hearted me.” Insyirah menipu. Tak payah nak tunjuk muka sadis putus cinta di depan Aiman, dia tak suka minta kesian. Hood yang tersarung di atas kepala dibetulkan sedikit.

Aiman tersenyum nipis. Berapa lama dia kenal Insyirah? Berapa lama dia menyemai kasih bersama Insyirah? Lima tahun...lama tu!

So don’t lie, baby. Just say you miss me, too!

Aiman mendekat, hingga jarak di antara mereka berdua hanya tinggal beberapa inci saja lagi. Kiranya tak rugi dia nak datang ke Zouk malam ini, terjumpa kekasih lama sekurang-kurangnya buatkan  rindu Aiman terlerai.

Jangan salah faham, dia datang nak melepak kosong. Bukannya nak mabuk sampai tak ingat dunia. Saja nak tukar suasana, nak melepak di tempat yang bising dan ramai orang. Sambil tu boleh la cuti mata tengok ragam manusia yang dah tak sober. Datang melepak di kelab besar tapi sedap aje minum Coke. Boleh macam tu? Boleh aje, lantaklah orang nak gelak ke tak. Yang penting dia tak pernah lupa yang dia sebenarnya tak pernah pun meneguk air haram.

Insyirah? Oh...Isnyirah tak pernah berubah agaknya...

“I love you, Sherry.”

Oh I love you, too. So damn much, Aiman!

“Crazy!” Insyirah oh Insyirah. Mulut cakap main lepas, tak ikut kata hati pun!

Aiman mengukir senyuman nipis sekali lagi. Tak pandai menipu tu, buatlah gaya tak pandai wahai Insyirah. Aiman dekatkan wajahnya, berbisik perlahan ke telinga Insyirah dengan tangan kanannya menyeluk poket seluar.

“I know you miss me, too. I know you love me, too. And the minute I go, please don’t cry but just in case if you cry...you have this at least.”

Sapu tangan kegemaran yang diseluk dari poket seluar diletakkan Aiman ke dalam poket jumper milik Insyirah. Haruman Insyirah yang menusuk hidung buat jantungnya bergetar seperti dulu kala tapi...yeah! I know the boundary, Sherry!

Insyirah terkedu. Walau dia berlagak tenang atau kuat di hadapan Aiman sekalipun dia takkan dapat mengaburi mata lelaki itu tentang perasaannya yang sebenar. Tengah malam nanti confirm menangis sampai lebam mata!

Why on earth did you leave me in the first place, Aiman?!

Inilah kata orang...kalau dah saling jatuh cinta tak semestinya akan kekal bersama. Anggap saja tiada jodoh, itulah jawapan yang paling positif untuk diri sendiri.




RAIN tayang muka tegang di sebelah. Malas nak layan Remy kalau tanduk dah keluar di atas kepala. Bukan dua-dua pun dah berkira nak bertaubat ke? Sama-sama mahu meninggalkan ‘sarang’ lama yang menjadi tempat melepak sambil bertenggek dan mencuci mata yang ‘very the keranjang’. Nak pergi Zouk. Nak melepak di Zouk. Taubat pekebende, bro?!

“Malam ni je, Rain. I won’t drink.  I won’t get drunk. Lepak kejap, then blah.”

“Don’t talk shit la, you. Won’t drink it seems.”

Pecah ketawa Remy memenuhi ruang kereta. Muka Rain dahla macam nak tak nak, pandu kereta pun macam Speedy Gonzales. Tu memang gaya Rain nak tayang protes.

Betullah ni, wei. Dia ajak melepak sebab masih tak biasa dengan suasana  ‘sarang’ baru mereka berdua. Dulu Zouk, sekarang Kopitiam. Tak ke jauh beza? Kenalah gerak slow-slow. Siapa yang tak nak bertaubat? Siapa yang tak nak ‘bersalin’ kulit?

Last two, Rain. This will be our last two. Next time will be the last one. Lepas tu janji aku takkan ajak kau clubbing lagi. Chill la, bro!” Bahu Rain ditepuk Remy perlahan.

Rain hanya diam. Last two konon, ni kalau balik nanti accident sampai nyawa melayang, bila nak bertaubatnya? Ke laut!

Mujur ada tempat kosong, laju saja kereta Rain menyusup masuk. Memang sengaja dia memarkir kereta agak jauh dari pintu masuk Zouk. Ni pun salah satu cara nak tunjuk protes juga pada Remy.

Baru selangkah dua keluar dari perut kereta, mata Remy tertancap pada sesusuk tubuh yang berjalan ke arah mereka berdua dengan wajah tertunduk. Terteleng-teleng kepala nak mencuri pandang, macam kenal. Makin dekat makin kenal!

“Sherry. Sherry. Wait!”

Langkah Insyirah terhenti bila suara Chiko memanggil namanya. Tak sedar pulak langkah kaki membawanya entah ke mana bila dia mengelakkan diri dari renungan Aiman yang semakin membuatkan dia lemas. Insyirah mengangkat muka dan berpatah balik semula. Tujuan sebenar malam ini nak temankan Chiko yang patah hati dengan Tyco, ni dah jadi terbalik. Nampak gaya terpaksalah Chiko melayan dia yang berdarah jiwa raga selepas pertemuan yang tak disangka dengan Aiman.

Sah! Memang dia! Remy teruja.

“There she is. There she is. There she is.”

Ternganga mulut Rain. Tiga kali Remy ulang ayat yang sama, dia serius tak faham. Nak ke mana mamat ni? Dia sudah ditinggalkan jauh di belakang.

“Wei, pok. Kejap. Kejap.”

Oh...dah faham! Ni mesti Remy tersalah orang lagi. Pagi tadi pakcik big-shot mana entah Remy ingatkan si cantik. Malam ni siapa pulak? Malu, pok!

“Hi, pretty.” Selamba Remy memaut lengan gadis di hadapan. Bila si empunya badan berpaling, lebar senyuman Remy.

Hoyeah, jumpa juga akhirnya! Seketika Remy terdiam. What’s with your red eyes, pretty?

Insyirah terkedu. Hidung merah macam Rudolph, jumpa mamat handsome ni lagi. Oh no! Tak cantik!

Chiko yang baru sampai tercengang di tepi kereta. Who the hell is that, Sherry? Matanya menala pada Aiman yang sudah membatu tidak jauh cari situ.


You never changed, Sherry. Never. Aiman kecewa...


p/s : Thanks for dropping by and hope you all enjoyed reading my dearies :) Have a good day and love you all loads! 

7 comments:

  1. Finally! rndu kt insyirah and remy! Haha. Nxt nxt :)

    ReplyDelete
  2. Hi Emy, waah at last JPL, always it never fail to interest me dear on your write up.. keep it up make it simple straightforward tapi with emotion intact.. love you Doc, - Kak Mona Haslina yr FB fren

    ReplyDelete
  3. Akhirnya...JPL....ada ceta berdarah eh antara sherry ngn aiman tok...rindu ngn kitak Emy....
    Hihihi...ermmmm..remy-sherry-aiman...
    Sik sbr nggu nxt n3...
    »Leen«

    ReplyDelete
  4. Whoahhhhh da boomm!!!! Best2....remy& insyirah ek? Bye2 je la dekat aiman tu

    ReplyDelete
  5. Aiman ada aku kisah dgn kecewa kau...
    besttt

    ReplyDelete
  6. Alamak Aiman ni baik ke jahat niiii.... & Raimy cool baby gelojoh bebeno leee awak.....

    ReplyDelete
  7. aiman x mau la... remy.. sabaq nooo...

    ReplyDelete