Saturday, July 20, 2013

Jangan Pernah Lupa (JPL) 4

CHIKO pandang wajah teman baik di sebelah. Wajah cantik itu hujan renyai-renyai dari tadi. Padan sangat bawa ke Kopitiam, duduk pula di meja paling hujung yang jauh dari orang ramai. Pelik aje kalau melepak di Zouk tapi air mata meleleh. Kira tadi mengajak Insyirah keluar sebab nak luahkan perasaan selepas ditinggalkan teman lelaki, tapi sekarang? Dalam banyak-banyak orang, kenapalah boleh terserempak dengan Aiman. Pulak di depan pintu Zouk.

            Chiko toleh pula meja di sebelah. Dua mamat yang dia tak kenal selamba ikan duduk sambil mata tak lepas memandang mereka berdua. Dua-dua muka ‘market’, ikut hati nak juga dia jeling-jeling tapi control lah sikit, babe! Takkan perigi nak ‘usha’ timba, tak padan dengan diri yang baru putus cinta.

            “Of all people, why did we meet again after for so long?”

            “It was just a coincidence, babe.”

            “Was it? Or was it fate? We broke up and get back together.”

            “Oh please la, Sherry. Jangan berangan. Kau tau dia siapa kan?” Chiko mengingatkan Insyirah. Maaf dia tak anggap pertemuan itu sebagai jodoh pekebende, itu hanyalah kebetulan. Lagi pula tak nak bagi harapan pada Insyirah yang masih mengharap.

            “Dah jadi suami orang, apa lagi yang fate nya?” Sengaja Chiko tekankan perkataan suami, bagi Insyirah sedar sedikit.           

            Insyirah tersenyum nipis. Kenyataan pahit yang dia terpaksa terima dan rasanya sampai sekarang pun masih tak dapat dilupakan. Kisah lama pahitnya lebih banyak berbanding manis.

            ‘Sherry, let’s have a break. You..me...we need time.’ – Dia setuju saja bila Aiman nak bagi ‘pause’. Yeah, an awesome yet a complicated relationship needs a break.

            ‘Sherry, our relationship won’t work out.’ – Ayat keramat Aiman yang satu tu mana dapat lupa. Brain freeze. Mental breakdown.

            Bila ditanya, Aiman kata hati dah tak sehaluan. Pandai Aiman cari alasan...

            Terasa bagaikan terpaksa merangkak melalui hari-hari tanpa Aiman di sisi hinggalah dia mampu berdiri semula tanpa mengenang kisah Romeo And Juliet mereka berdua yang tak sehebat mana. Sangkanya dia kuat. Sangkanya dia kental. Sangkanya hati dah kosong. Tapi kenapa pula masih menangis bila Aiman muncul di depan mata?

            “Ni, babe. Hot stuffs dua ketul sebelah tu, do you know them?

            Terhenti lamunan Insyirah. Soalan Chiko buat dia tersenyum nipis.

            “I don’t know them but I know them.”

            Berkerut dahi Chiko. Berbelit jawpan Insyirah tu, mana dia faham. Baru mahu bertanya lebih, kerusi kosong di meja mereka berdua ditarik. Chiko dan Insyirah mendongak.

            “Mind if we join you both?”

            Insyirah tersenyum nipis. Tak payah minta kebenaran la kalau punggung dah elok berlabuh di atas kerusi. Mata Chiko dah tak berkedip. Hot stuffs, hot stuffs!

            “Perempuan cantik kalau menangis jadi tak cantik.” Remy pandang wajah Insyirah.

            “What the...”

            “Chiko.”

            Ayat Chiko yang dah nak keluar ayat mencarut tak habis bila Insyirah potong line. Muka handsome kemain yang berkepala botak ni tapi mulut...kalau dia Insyirah, dah melayang pelempang sebijik.

            Insyirah mengukir senyum. Tu menyindir ke menegur?

            “Saja cuci mata, kabur sebab masuk habuk.”

            “Biasalah tu kalau mata masuk habuk  bila berjumpa dengan ex.”

            Insyirah tergelak. Lelaki di sebelah ni boleh tahan poyo. Straight forward tak bengkang-bengkok. Insyirah keluar dengan kemungkinan sendiri. Mr. Hot Stuff nak usha.

            “People come and go, pretty. And for those who have left us, there are two possibilities and you have to choose only one of them. They will be missed...or they will be hated.”

            Ayat Remy buat tiga pasang mata itu memandang tepat padanya. Pandangan bersabung dengan mata si cantik yang berjaya menambat hati dari kali pertama mereka berdua berjumpa. Tapi sayang, cantik macam ni pun ada yang sanggup tinggalkan? Gila!

            Tak susah nak mengagak lelaki yang datang menegur dan bagi pandangan cari gaduh di depan Zouk tadi.

            “Sherry...” Bibir sebut nama sang bekas kekasih tapi mata pandang dia yang memaut lembut lengan si cantik.

            “Lama tak jumpa.” Remy lawan pandangan lelaki yang dah tampak kecewa, tapi ayat ditujukan pada Sherry. Hoyeah, tak payah tanya pun dah tahu nama . Lagi dia rasa ada kemenangan di situ bila Sherry kenalkan dia sebagai kawan.

            Diperkenalkan sebagai kawan pun okey apa walaupun sebenarnya masing-masing saling tak kenal. Yang penting, muka pihak lawan dah cemberut. Sherry tak marah pun, komen apa-apa pun tak bila dia dan Rain selamba mengikut kereta yang dipandu Sherry dan temannya dari belakang menuju ke sini.

            Muka secantik Sherry. Gaya yang ‘mahal’. Bahasa kasar kata tampak ‘bitchy’ tapi bagi Remy definisi itu tak sesuai untuk Sherry.

            She is pretty.
            She is hot.
            She is sexy.
            She is vogue.
            But she is definitely not bitchy.

            Mata Insyirah berkedip-kedip. Otak terasa macam bergegar menyerap ayat bermakna Mr. Hot Stuff di sebelah. Sudahnya dia senyum sahaja. Senyuman paling manis.

            “I guess you like me.”

            Hoyeah! Alang-alang awak nak seluk perkasam, eloklah sampai ke pangkal lengan. Kuat Mr. Hot Stuff ketawa. Ingat awak sorang aje boleh main straight forward? I can do twice better than you, mister!

            “Women’s instincts are always right, pretty.”

            Insyirah tergelak. Duduk dengan lelaki ini buat rasa patah hati dia terbang jauh. Soal ‘Oh-Aiman-I-miss-you’ dibuang ke parit dalam buat masa ini. Mata kedua-duanya masih berlawan pandang.

            “Be my baby.”

            Insyirah tergelak lagi. Wow wow wow! Baru dua kali berjumpa dah berani nak minta naik satu pangkat? Nak kata berkawan pun belum lagi. Jangan kan kata berkawan, nama Mr. Hot Stuff ni pun dia tak tahu! Insyirah dekatkan tubuhnya pada lelaki yang menarik perhatiannya ini.

"Senang cakap...tapi..trust me...susah nak dapat." Bisikan Insyirah buat Remy tersengih lebar. 

Laaa..Insyirah buat gaya jual mahal walhal hati macam nak terlompat keluar 'dilamar' lelaki yang memiliki Samsung S Advance berwarna pink itu. Kepala yang hampir licin ala-ala Wentworth Miller dengan muka market mahu dia tak terpana.

Bald guys are sexy! Bald guys are hot! Bald guys are just awesome! 

Rain tersengih lebar. Remy betul-betul nak usha nampaknya. Kau try la, bro tengok dapat ke tak!
Chiko tersenyum sinis. Dua lelaki i ni dah la tak tahu malu, dah tu usha tanpa berkias-kias.
Remy tersenyum sambil kenyitkan mata. Bibir mendekat ke telinga Sherry.

“You never know, pretty. I take that as a challenge.”



REMY RAHMAN, 30 TAHUN
Mummy suruh cari calon isteri cepat-cepat sebab nak ada cucu. Kawan-kawan mummy semua dah ada cucu comel-comel, mummy bising. Daddy tak kisah. Daddy faham perasaan anak lelaki dia ni jenis yang macam mana. Enjoy dulu. Hirup udara puas-puas, baru fikir nak ada tanggungjawab.

Mummy paksa suruh cari juga sebelum mummy carikan sendiri. Okey. Sebagai anak yang baik dan mendengar kata, dia puaskan hati mummy. Bawa calon-calon yang ada.

Tapi semua pun mummy tak nak. Muka tak ada ‘cahaya’. Pakaian tak senonoh. Make up macam Geisha zaman batu. Ketawa mengilai macam Cik Ponti. Pening dengar komen mummy. Ini bukan lagi zaman Uda dan Dara, mana nak cari perempuan yang menepati citarasa mummy. Sopan santun. Menutup aurat. Hormat orang tua. Duh...susah nak cari tu mummy! Kalau senang, dah lama dia jadikan bini. Bukan satu, dia pasang empat aje terus.

Lagi mummy gelak bila dia ditinggalkan Valley, perempuan yang mummy sangatlah tak berkenan dan menjadi tangga terakhir di dalam senarai mummy. Padan juga dengan muka sendiri, ada ke muka spesis macam Valley tu nak dibuat bini? Merana sampai nafas terakhir agaknya.



INSYIRAH  IBRAHIM, 23 TAHUN
Hidup Insyirah senang saja. Makan. Tidur. Belajar. Enjoy. Shopping. Tak ada serabut. Kasih sayang orang sekeliling mencurah-curah, buat Insyirah terasa bagaikan seorang puteri alaf baru.

Tapi dia kenal erti kecewa bila kekasih tinggalkan dia tanpa sebab. Pelik bukan? Kalau dianalisis, dia adalah gadis yang sempurna. Siapa yang akan sanggup lukakan hati puteri seperti dia? Siapa yang berani buat dia menangis sampai lebam mata? Aiman...

Insyirah tersedar satu perkara. Ditinggalkan oleh orang tersayang bermakna dia tak lah sesempurna seperti yang disangka.

Lupakan kisah dia dan Aiman. Walau hati masih cinta, dia abaikan. Walau hati masih rindu, dia abaikan.

Papa kata dia akan jumpa putera alaf baru yang seribu kali lebih baik.

Mama kata dia akan jumpa lelaki yang menerima dia seadanya dan menjaga dia sampai bila-bila.


Papa dan mama tak pernah menipu, apatah lagi nak bagi harapan palsu. Insyirah percaya dengan kata-kata papa dan mama. Satu hari nanti, putera dia akan datang juga...


p/s : So sorry dearies, emy MIA ke bulan sampai tak balik-balik.Sorry for pending comments yang emy tak reply lagi, will do that shortly ya :) Hope you all enjoyed readings and thank you so much for droppping by. Love you all loads! 

8 comments:

  1. oo la la! thumbs up emy!

    ReplyDelete
  2. Hi Emy,
    MIA ... ke bulan nape x stopby kat Krypton bole jimba sama2 ... hehehee :P

    so will Remmy able to meet the challenge?
    yeah once someone left u better find another ... hehehe ... don waste ur time Sherry grab wat is infront of u ... oppsss!

    ReplyDelete
  3. Best as always :) thumbs up emy!

    ReplyDelete
  4. Huuu best&sempoi! Agagaga next....

    ReplyDelete
  5. x payah ingat lagi si Aiman tu...
    bestttt...

    ReplyDelete
  6. all my dearies....

    :) thank u so much for the support! emy baca semua komen and so sorry emy tak dapat balas satu2 sebab masa sangat jealous tahap gaban. huhuhu :(
    Hope u all enjoyed reading! Love and big hug everyone!

    ReplyDelete
  7. perrghh.. selamber x agak2 si remy ni mengusha sherry... chaiyokkk remy!!!

    ReplyDelete