Friday, August 23, 2013

MMS (Mama Mia Shaza) Contest

Hai all J Sunny and happy Friday. I would like to take this opportunity to thank all of you for the endless support on MMS and any of my e-novels in the blog. Sangat-sangat menghargai dan selagi berkesempatan, Emy akan terus berkongsi idea bersama semua J

            For any of my late entries, I’m sorry for that cos my commitment comes first and writing goes second. Nota cinta ini bukan entry tapi Emy ada pengumuman nak share dengan semua dearies.

            Ya, I know Mama Mia Shaza (MMS) has been published quite long a go when I wasn’t around tapi di sini ada contest kecil tentang MMS. Contest MMS senang saja and all you have to do is by following the instructions below :

            1. Send me a picture of your own MMS. As an example, here is my own copy of MMS .

            2. Jawab dua soalan mudah di bawah berkenaan MMS.
            i. – What are the two main things that describe Syazwan Imad?
            ii. – What are the two main things that describe Mia Shaza?

            Hantarkan penyertaan ke Page Emy Roberto (link is on your left side of this blog) di dalam inbox message. Penyertaan akan ditutup pada 1 September 2013 J Sesiapa yang menjawab dengan betul akan mendapat ‘buah hati’ dari Emy. It’s not biggie the walawei but I hope it’s something that will remind you of me J

            Terima kasih daun keladi all and do not hesitate to join ya *sorry Emy tak pandai tulis ayat bunga. Last but not least, enjoy reading my other pieces di blog dearies. Love you all loads!
           


Friday, August 2, 2013

Cerpen : Perfectly Imperfect


           
            “SYUD.”

            “I’m here.”

            “Malam ni jangan tunggu, okey. Kira nak stay-stay dengan member.”

            “Oh, okey.”

            Hanya mata saja yang menghantar suami ke muka pintu hinggalah tubuh tegap itu hilang dari pandangan. Syuhada mengeluh perlahan. Malas nak fikir banyak-banyak, mata beralih semula pada skrin tv di hadapan yang sedang menayangkan reality show Beauty and the Geek.

            Fadhullah. Syuhada. Mereka berdua berkahwin bukan atas dasar cinta. Bukan juga atas pilihan keluarga. Tapi atas dasar yang tiada siapa dapat sangka. Laaa..kisah mereka berdua Syuhada simpan untuk diri sendiri, tak nak buka mulut jaja kisah di sebalik perkahwinan.

            Bagi Syuhada, perkahwinan adalah satu ikatan yang suci. Bagi Fadhullah?

            Geek=Fadhullah? Nahhhh...Perfecto= Fadhullah? Yeaahh..Tapi sayang, perfecto itu taklah se perfecto mana ...

            Telefon bimbit di sebelah berbunyi, laju Syuhada menjawab bila nama Mummy tertera di skrin.

            “Mummyyyy..” Syuhada teruja sebaik salam Mummy dijawabnya mesra.

            “Prettyyyy. Mummy rindu. Bila nak datang sini?”

            Oh I miss you, too! Syuhada tergelak. Suara Mummy di hujung sana sedikit kendur. Tahu sangat dengan perasaan Mummy. Kalau baru seminggu tak singgah di rumah mertuanya itu, mulalah Mummy bising mencari menantu kesayangan.

            “Syud dan Fad sama-sama busy, Mummy. Syif pulak tak sama. Rindu sangatlah ni ya. Syud misssss you more.” Panjang ‘miss’ Syuhada, menggambarkan betapa dia rindukan ibu mertuanya itu.

            Kalau nak dikira, tak jauh mana pun rumah mertua dengan rumah mereka berdua. Tapi typical Fadhullah, asal diajak berjela alasan encik suami. Nak pergi seorang, takut pula kena ‘sound’ dengan Fadhullah.

            “Laaa..mintaklah cuti. Datang sini, temankan Mummy buat biskut. Kita cuba biskut makmur.”

            “Haip! Lusa Syud post-call. Syud singgah, kita buat sama-sama, okey.”

            “Lusa lama sangat. Datang petang ni. Kita berbuka kat sini. Mummy banyak cerita nak kongsi.”

            Syuhada tersenyum sendiri. Kalau dah Mummy pujuk macam-macam, harus dia iyakan saja. Tahu aje Mummy nak update cerita apa. Tak puas hati kenapa Dian disingkirkan dari The Apprentice. Tak puas hati kenapa jenayah di Malaysia semakin hari semakin meningkat. Tak puas hati kenapa Hancock dengan bekas isteri tak bersama di akhir cerita dan senarai terus panjang di belakang.

            “Ajak Fad sekali, ye. Anak Mummy tu nak kena tarik telinga baru datang sini.”

            Syuhada tak menjawab. Macam mana nak ajak kalau dah Fadhullah ada plan awal-awal dengan member kerja? Lagi pulak puasa ikut syif. Kalau terasa nak berpuasa, dia berpuasa. Kalau tak, memang taklah.

            Dear Fad, that’s what I call imperfection beneath your perfection.

            Fadhullah = Perfecto
            Fadhullah = Imperfecto

            Hakikat itu terpaksa diterima oleh seorang isteri yang setia dengan terbuka.




            “NO, you can’t.”

            “Pergi jumpa Mummy aje pun. Lagipun esok on-night.”

            “Syud.”

            Syuhada tenung mata suami yang memandangnya tajam. Kan dah agak dah, Fadhullah pasti tak kasi. Setakat nak pergi berbuka puasa dengan Mummy aje pun. Tahu diri takkan menang, Syuhada berpaling menaiki anak tangga. Ingatkan Fadhullah balik awal sebab stay-stay dengan member awal tadi dibatalkan. Nak mandi dan tukar pakaian rupanya.

            “Syud.”

            “Ya.” Syuhada berpaling.

            Fadhullah dihimpit rasa bersalah. Muka isteri yang sudah berubah mendung ditenung lama.

            “Okay, boleh pergi rumah Mummy. Tapi without me, will you?”

            “Tapi Mummy nak kita...”

            “Either you go without me or you don’t go at all, Syud.” Fadhullah memberikan dua pilihan kepada isteri. Malas sebenarnya nak berjumpa Mummy. Daddy okey lagi, tak banyak cakap. Mummy? Banyak sangat nasihat yang Mummy berikan sampai dia naik muak. Dia dah besar panjang tapi Mummy masih melayannya macam budak berumur 10 tahun. Lama-lama boleh ‘meletup’ sebab tak tahan. Mummy pun bukannya perfect sangat.

            Syuhada berfikir lama. Nak pergi ke tak..pergi ke tak...pergi ke tak...

            “Okay, I’ll go without you then.” Syuhada fikirkan tentang perasaan Mummy. Beria-ia Mummy mengajak untuk berbuka puasa. Tapi apa kata Mummy kalau mereka berdua tak datang? Sekurang-kurangnya dia datang tunjuk muka, jaga hati Mummy.

            “Nanti apa saya nak jawab kalau Mummy tanya pasal awak?”

            “Bagitau aje saya on-night. Senang cerita.”

            “Mummy sayang awak, Fad.”

            “I don’t think so. Pok pek tak habis. Belum masuk bab marah-marah. Kalau Mummy sayang, takkan ada istilah marah.”

            “Marah tandanya Mummy sayang. Mummy ambil berat. There is one saying. A mother’s arms are made of tenderness and children sleep soundly in them.”

            Fadhullah tergelak. Selamba dia melabuhkan duduk di atas sofa dan mencapai remote tv. Syuhada ni pun lebih kurang macam Mummy. Pok pek bagi ceramah sayang bla bla malas dia nak melayan. Layan CSI: Miami lagi bagus.

            “Mana awak tahu marah Mummy tu tandanya sayang? You never had one before.”

            Syuhada terkesima.

            Fadhullah tersentak. Baru tersedar ayat yang diucapkan membuatkan hati isteri terluka. Bila Fadhullah bangun dan berpaling mahu memujuk si isteri, Syuhada mengangkat kaki menaiki anak tangga.
            Syuhada terluka tapi bersabar adalah penawar terbaik.  

            Dear Fad, I have my own imperfecto beneath my perfecto.




            SYUHADA duduk di birai katil sambil menatap wajah suami yang sedang tidur lena. Tangan naik membelai rambut suami. Hujung jari telunjuk jatuh di hidung mancung Fadhullah. Bulu mata suami melentik mengalahkan bulu mata dia yang sedang-sedang sahaja. Jari telunjuk jatuh pula pada bibir suami yang sentiasa membuatkan dia tergoda.

            Kisah perkahwinan mereka berdua barangkali seperti kisah pasangan suami isteri yang lain dari mata kasar. Jatuh cinta. Bermadu kasih. Berkahwin. Hidup bahagia. Tapi jalan cerita begitu tak boleh ‘pakai’ untuk kisah mereka berdua.

            Baru masuk tahun kedua di universiti, Syuhada hilang ‘punca’ bila papa kerugian lebih daripada separuh wang pelaburan. Dalam bisnes kalau tersalah pilih rakan kongsi memang ditikam dari belakang lah alamatnya. Kasihan pada papa, terumbang-ambing sampai buntu. Jalan terbaik? Syuhada nak berhenti belajar. Separuh jalan pun separuh jalan, tapi apa nak buat dah duit tak ada.

            Di saat dia mahu berputus asa di saat akhir, Fadhullah menawarkan pertolongan. Syarat senang sahaja.

            ‘Saya tanggung awak sampai tamat belajar. Tapi andai awak nak balas budi, marry me. Be my wife and that’s it.’

            Macam kacang aje kan. Tapi alam perkahwinan tanpa rasa cinta taklah sekacang yang disangka. Syuhada ke hulu, Fadhullah ke hilir dan vice versa. Apa nak jadi dengan perkahwinan seperti itu?

            Prinsip Fadhullah senang. I can buy anything with money.
            Prinsip Syuhada pun senang. You can never buy love with money.

            Sayang seorang ibu.
            Sayang seorang isteri.
            Fadhullah memiliki semua itu tapi sayangnya dia tak menghargai. Jadi pendek kata, dia tak memiliki apa yang dia sudah miliki.

            “Fad. Wake up. Sahur.”

            Tubuh Fadhullah bergerak-gerak sebelum mata yang masih berat terbuka perlahan. Wajah cantik isteri menghiasi ruang mata.

            “Malas.”

            “Please. Temankan saya. Saya masak sedap.”

            “No, Syud. Ngantuk.”

            “Fad.” Syuhada masih memujuk.

            “Next time, Syud. Serius saya ngantuk.”

            Syuhada mengalah lagi. Kalau dah Fadhullah menjawab ‘next time’ bermaksud hari ini encik suami tak puasa lagi. Kalah orang datang bulan, dah masuk hari ke-20 bulan Ramadhan boleh dikira berapa hari Fadhullah berpuasa. Imperfecto tahap bertanduk dua dah tu.

            “Fad.” Syuhada mencuba untuk kali terakhir.

            “Syud. Jangan paksa boleh tak?” Fadhullah membuka mata semula. Jangan nak buat dia meletup awal pagi begini.

            “Okay. Fine.”

            Tak nak sudah!
           



            “FAD. Raya nanti Mummy ajak balik kampung. Lama tak merasa suasana kampung. You know, those olden days Tok Pah used to force me to help her making rendang and kari ayam. Rindu.” Syuhada rancak bercerita tentang kenangan lama dengan Tok Pah. Tahun ni tak dapat beraya dengan papa dan Tok Pah, giliran keluarga belah suami pula.

            “Pandai ke awak buat?”

            “Excuse me. Expert okey isteri awak ni.”

            Fadhullah tersenyum segaris. Muka Syuhada yang beria-ia siap dengan muncung unta buat dia terhibur. Bersandar di belakang sofa, tangannya didepakan di belakang.

            “Awak pergilah. Saya izinkan. Saya tak minta off pun Raya nanti.”

            What the?! Mata Syuhada membulat besar. Apa kes tak apply cuti Raya? Kena sampuk hantu Raya ke apa Fadhullah ni?

            “Faddddd...mana boleh macam ni. Raya sekali setahun. Awak ni kan...” Syuhada dah tak terkata. Nak apply cuti tak susah mana. Inform dengan MO yang in-charge, ketua akan aturkan jadual yang baru. Kena sign. Hantar ke pejabat. Lulus. Habis cerita. Apa yang Fadhullah tak boleh nak buat?

            Don’t tell me...

            Syuhada mengeluh kasar. Berdiri dan berpeluk tubuh menghadap suami yang masih tayang muka selamba.

            “Mummy akan kecik hati, awak tahu tak. Anak dia makin hari makin tak ‘makan’. Jangan sebab hal lama Mummy dulu awak dah jatuh benci dengan Mummy. Itu hal lama, Fad. Again I repeat, past is past. Never turn back. Look forward what is in front of you. Full stop. End of story.” Syuhada meletup juga akhirnya. Selama ni boleh lagi bersabar, tapi kalau hal Raya pun Fadhullah ambil ringan harus dia rasa nak rendam muka suami di dalam air akuarium.

            Fadhullah bengang. Sejak bila isteri pandai meninggikan suara? Dia bingkas bangun, menghadap tubuh Syuhada yang sedang memandangnya tajam.           

            “Don’t you dare raise up your voice, Syud.” Jari telunjuk Fadhullah singgah di bibir isteri. BIbir diketap menahan marah.

            “Sorry.” Syuhada tunduk. Dia mengalah lagi. Sepanjang enam tahun perkahwinan mereka berdua, ini kali pertama dia ‘kurang ajar’. Bila rasa marah menguasai diri, tak pasal-pasal buat dosa pada suami. Papa dan Tok Pah tak pernah ajar untuk teriak macam La Tarzan pada suami okey!

            “Hal Mummy dengan saya, awak jangan masuk campur. Saya benci Mummy ke. Saya sayang Mummy ke, there is none of your business. Judging me is the thing that you shouldn’t do. Ya, I know I’m not perfect but so do you.”

            Ayat terakhir Fadhullah buat Syuhada terdiam. Air mata yang hampir gugur ditahan.

            Dear Fad, everyone has their own imperfections. 
           


            SYUHADA kerling jam di dinding. Pukul 11 malam. Fadhullah masih belum pulang sedangkan syif di hospital sudah lama habis. Nak menelefon Fadhullah, dia tak nak dikata kepochi. Nak menunggu pula, dia bagaikan tak sabar.

            Sepotong kek yang berbentuk segitiga dipandang Syuhada lama. Dia tersenyum sendiri. Hari ini hari jadi Fadhullah. Percaya atau tidak sepanjang enam tahun perkahwinan mereka berdua, tak pernah pun hari jadi masing-masing disambut. Sendiri kena faham lah, bila perkahwinan yang terbina hanyalah atas dasar terhutang budi semata-mata dan tanpa rasa cinta, semua yang berkaitan dengan hati dan perasaan pun janggal.

            Pergaduhan kecil di antara mereka berdua beberapa hari lalu Syuhada dah tak ambil peduli. Suami sendiri, tak salah jika dia mengalah. Cinta pada suami sebenarnya sudah lama wujud. Cuma cinta itu hanya dari sebelah pihak, dari pihak yang lagi satu memang tak payah mengharap lah. Perempuan yang bagaikan ‘dibeli’ seperti dia sudah tentu Fadhullah takkan jatuh sayang.

            Syuhada berpaling bila pesanan WhatsApp  masuk ke telefon.

            Syud, sleep early. I’ll be late tonight. Sleep tight.

            Syuhada kecewa. Lama menatap skrin telefon, akhirnya dia letakkan semula telefon bimbit di atas sofa di sebelah. Kad hari jadi berbentuk hati di atas meja dibuka.

            Dear Fad,
            May Allah bless you. Love you always.
            Your one and only wife,
            Syud

            Setitis air mata gugur, mengenai kad yang bertulis tulisan Syuhada sendiri. Berlalu ke dalam dalam dapur, kek diletakkan semula di dalam peti sejuk. Naik ke tingkat atas, kad tadi diletakkan di dalam laci bersama lima kad hari jadi yang lain. Seperti tahun-tahun yang lalu, niat untuk memberi kad pada suami tersayang dan meluahkan rasa cinta secara tidak langsung tidak kesampaian.




            FADHULLAH ketawa sendiri. Gelas di atas meja dipusing-pusingkan sampai kepala sendiri pun naik pusing. Panggung kepala, wajah teman-teman yang lain dilihatnya sudah berlapis. Duh! Dah tahu tak tahan dengan Vodka, yang dia nak teguk juga apa cerita? Typical manusia. Bila hati dan naluri sudah dikuasai syaitan, memang main ‘ngap’ aje minum. Mana nak fikir badan tu tahan ke tak.

            “Bro, okey tak ni? Kalau balik macam ni, confirm kena ‘berus’ dengan Syud.” Ged di sebelah menepuk bahu Fadhullah. Mampus semua nanti kalau Syuhada dapat tahu yang mereka semua hangout dengan cara tak betul begini.

            Fadhullah ketawa lagi. Syuhada. Apa yang isterinya boleh buat? Paling tak pun pandang dia lepas tu buat kerja sendiri. Macam mana nak bahagia? Macam mana nak hidup sehaluan? Contoh terbaik, macam dia sekarang.  Jam dah nak dekat tengah malam pun Syuhada tak telefon bertanyakan tentang dia. Tu tandanya isteri tak ambil port sebab tak sayang kot.

            “Syud is fine. The very okay the wife.” Bahasa Inggeris Fadhullah dah tunggang terbalik.

            “Okey. Sekarang Syud okey ke tak belakang cerita. Tapi kau ni. Okey tak drive balik rumah? Jangan langgar tiang lampu sudah.”

            Fadhullah tergelak lagi, lebih besar berbanding tadi. Rasanya kalau dia jatuh ke dalam gaung sekalipun Syuhada takkan pernah kisah.

            Pertama, siapa yang tak sayang bini?
            Kedua, siapa yang tak pernah kisah pasal bini?
            Ketiga, siapa yang tak pernah mahu hidup bahagia di samping isteri?

            Jawapan terbaik : Orang yang tak berakal. Dan Fadhullah bukanlah tergolong di dalam orang sebegitu. Tapi sayang, cinta pada isteri terpaksa dikubur jauh. Syuhada cantik di luar namun di dalam tak seindah mana.

            “Syud never loved me.” Suara Fadhullah macam orang yang patah hati.

            “Mana kau tahu?”

            “Dia tak pernah mengaku.”

            “Kau ada mengaku tak?”

            “Tak.”

            “Not even once?”

            “Not even once.”

            “Laaaa..harus dia tak nak mengaku. You should start it first, then only she dares.”

            Fadhullah tersenyum sinis. Dia ada tahap ego yang tersendiri, tak pernah di dalam sejarah hidup seorang Fadhullah Ahmad dia mengaku mencintai perempuan. Lebih-lebih lagi perempuan yang diangkat menjadi isteri atas dasar ‘saja-saja’. Syuhada kering duit, dia pula  terasa ingin memiliki. Ajak kahwin, senang cerita.

            “Today is my birthday and it’s almost midnight yet she didn’t wish me, not to mention any warm greetings through phone,” ucap Fadhullah pilu.

            Sendiri tak faham dengan sikap isteri. Buat-buat tak kisah atau betul-betul tak kisah? Lelaki seperti dia, rasanya memang tak layak untuk diangkat menjadi suami oleh Syuhada. Jelingan isteri. Pandangan mata isteri. Bagaikan menyindir dia yang serba kekurangan. Again, who would marry a jerk-two-horned-guy like me! Kalau bukan sebab terpaksa, Syuhada takkan sanggup punya.

            Baki vodka di dalam gelas diteguk Fadhullah rakus. Kepala pusing-pusing pun dia dah tak ambil peduli.

            Solat tak pernah cukup waktu.
            Puasa tak pernah lengkap.
            Mabuk sampai tak ingat dunia.

            Dear wifey, I’m so sorry for my imperfections. Fadhullah rasa rendah diri.




            “NAH. Buka pakaian awak tu. Bau. Kalah bau najis.”

            Fadhullah tunduk membisu. Kepala yang terasa berat buat dia rasa macam nak muntah sekali lagi. Malu satu hal. Rasa dihina pun satu hal. Tak sanggup nak pandang wajah Syuhada yang memandangnya dengan pandangan jelik. Serius malam tadi satu hapak pun dia tak ingat. Bangun aje pagi dah terlantar elok di atas lantai di depan ruang rehat. 

            “Ambiklah. Lagi cepat awak mandi lagi cepat saya nak bersihkan muntah awak.” Huluran tuala yang dihulurkan Syuhada masih tak bersambut. Sudahnya dia letakkan di atas sofa.

            Marah. Geram. Rasa nak tampar muka suami sendiri. Tapi Syuhada banyakkan bersabar. Tang hantu celah mana yang merasuk Fadhullah sampai lupa dunia begini? Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia. Yang sebetulnya menambah pahala, bukan menambah dosa macam Fadhullah.

  Mabuk di bulan puasa, sah ada dua tanduk tumbuh di atas kepala Fadhullah. Fadhullah dah tak pandai bezakan mana dosa mana pahala. Main redah ikut suka, padanlah sangat perangai macam tu kalau memang nak menambah dosa yang dah bertimbun-timbun. Andai dipanggil pergi bila-bila masa, sah tak sempat nak bertaubat.

Adakalanya Syuhada rasa berputus asa dengan perkahwinan mereka berdua. Dia sendiri masih terumbang-ambing di dalam hal agama tapi suami yang diharapkan untuk membimbing pula patut dibuang ke laut dalam.

Berbalah sekarang bukan masa yang sesuai. Hati cuba bersabar walau rasa nak smackdown Fadhullah. Syuhada menyusun langkah ke arah dapur. Niat mahu menyediakan teh panas untuk Fadhullah yang hangover tahap gaban.

“Syud. Talking bout how imperfect I am...I admit that but so do you. We are both imperfect.”

Langkah Syuhada terhenti. Suara Fadhullah perlahan saja namun mampu membuatkan cuping telinga rasa nak tercabut dan detak jantung rasa nak berhenti.

Fadhullah gagahkan diri untuk bangun. Melangkah ke arah Syuhada dan berdiri betul-betul di depan tubuh tinggi itu. Dua mata itu bertaup lama.

“Awak jijik dengan saya. Nak tengok saya pun awak macam nak tak nak. Kalau nak dibandingkan siapa lebih jijik, rasanya awak lebih tahu.” Mata Fadhullah bertukar merah.

Syuhada terdiam. Matanya terasa kabur.

“I can never forget how disgusted you were on our first night, Syud. Whoever the guy was, he was lucky. More lucky than me.” Fadhullah dekatkan bibirnya ke telinga isteri.

“I’m not perfect either, nobody is perfect anyway. But you, Syuhada are perfectly imperfect,” bisik Fadhullah perlahan.

Gugur air mata Syuhada. Nak menjawab, hanya bibir saja yang bergetar-getar. Melihat riak muka suami yang seolah-olah mengejek, dia rasa terhina.

So sorry dear Fad....
                       
           


FADHULLAH AHMAD bukan jejaka pujaan satu Malaya. Tapi kalau nak kata jejaka pujaan zaman universiti dulu boleh lah. Duit banyak. Otak geliga. Muka market. Tak ada yang kurang. Sekali pandang memang perempuan akan jerit ‘Oh gosh!’

Meminati Syuhada sejak zaman universiti sudah pasti tapi kalau nak usha memang dia tak pernah mencuba. Kut kena reject mana nak letak muka. Lagi pula ego yang tinggi melangit menolak soal hati dan perasaan jauh ke laut dalam.

Belajar di dalam satu batch, tapi masing-masing setakat Hi Bye. Tang celah mana dia mendapat keberanian untuk menyunting Syuhada menjadi isteri, Tuhan saja yang tahu. Mahu Daddy dan Mummy tak terkejut. Ye la, kut anak bujang kesayangan kahwin ekspress sebab terbuntingkan anak perempuan orang.

Jauh di sudut hati memang nak menolong sebenarnya. Datang jauh-jauh ke Russia belajar tinggi-tinggi tapi hangkang separuh jalan tak ke rugi aje? Lagipun keinginan hati untuk memiliki Syuhada amat tinggi. Yang dia ingin buktikan adalah wang boleh membeli segalanya.

Money can buy everything. Everything can be bought with money.

Tapi prinsip dia jatuh berguling bila Syuhada menyangkal.

Money can’t buy everything. You can never buy love with money. Bla bla...

Selama ini mana pernah dia bertanyakan tentang kisah lama isteri. Nak dikongsikan bersama orang lain jauh sekali, tak mahu membuka aib isteri sendiri. Syuhada tidak suci. Apa kes? What the fudge? What the fish? Dia lelaki typical yang walau panjang macam mana pun tanduk di atas kepala, di akhir cerita pasti inginkan perempuan yang baik-baik untuk dibuat isteri.  Tapi Syuhada?  Sigh...

Syuhada ke hulu. Dia ke hilir. Syuhada ke kiri. Dia ke kanan. Enam tahun berkahwin hubungan mereka berdua tak pernah naik satu tangga, mono dari awal sampai akhir. Tinggal berdua. Tidur sekatil. Dimanjakan dan memanjakan sesama sendiri, mustahil rasa cinta yang terpendam tak pandai kembang mekar.

Namun sejak akhir-akhir ini hubungan mereka berdua bagaiakan retak menanti belah. Bukan sebab orang ketiga atau pasang sayap extra, tapi mereka berdua sudah semakin tidak sehaluan. Adakalanya memendam rasa adalah lebih baik daripada meluahkan. Guess what, it worked dear darling Syud!

NURUL SYUHADA bagaikan burung merpati. The very the friendly tapi bila ingin digapai dia cabut lari. Hal lama dia dah tak ambil kisah. Itu buatkan dia lebih kuat dan bersabar dengan dugaan yang sudah tersurat untuk seorang perempuan seperti dia. Mama lari ikut lelaki lain, meninggalkan dia dan papa. Papa tanpa kasih sayang seorang isteri dan dia tanpa kasih sayang seorang mama.

Jangan pernah mempertikaikan kenapa dia sudah tidak suci lagi. Hati terluka dalam bila setelah bertahun berkahwin, buat pertama kalinya Fadhullah menghina isteri sendiri. Selama ini Fadhullah tak pernah tanya apa cerita bla bla dan dia juga tidak pernah bersedia untuk menceritakan kisah lama yang memang takkan terpadam sampai bila-bila.

Kalau dah suami kata dia jijik, apa yang dia mampu katakan. Nak membela diri? Tak payahlah..nanti pergaduhan semakin lama semakin parah. Menyelami hati seorang suami seperti Fadhullah tidak mudah, nak ditebak pun susah.

La...senang cerita. Fadhullah tak sayang dia..




“MALAM ni on-night?”

“Ya. Awak?”

On-night juga. Farid minta tukar.”

“Okay.”

Perbualan seharian mereka berdua hanya berkisarkan tentang kerja. Syif sama ke tak sama ke, tak ada beza. Bekerja di satu hospital tapi kereta asing-asing. Boleh begitu? Mummy dah makin susah hati dengan perkahwinan yang on-off begini.

‘Mummy nak cucu. Sunyi. Lagipun anak tu boleh merapatkan hubungan Syud dan Fad.’

Tak nak bagi harapan tinggi pada Mummy. Mereka berdua tak pernah bincangkan soal anak, jadi anggap saja tak ada siapa yang nak.

Bersiap mahu pergi bekerja, Syuhada menaiki anak tangga menuju ke bilik tidur mereka berdua. Alamatnya berbuka puasa di hospital lagi malam ini seperti hari-hari biasa. Tinggal lima hari saja lagi untuk menyambut Hari Raya, tapi masih belum ada tanda-tanda Fadhullah menukar fikiran untuk mengikut dia dan Mummy serta Daddy balik beraya di kampung. Mereng sungguh, habis tu tinggal di sini seorang diri semasa Hari Raya nanti apa kes? Nak jadi forever alone la kut....

Telefon suami yang berbunyi di atas meja kecil bersebelahan katil menarik perhatian Syuhada. Pesanan Viber yang diterima suami buat Syuhada terdiam.

Fad, meet you tonight. XOXO. Love! Hugs!.

Siapa Jenny? Syuhada terduduk di atas katil. Takkan sebab hubungan mereka berdua yang tak stabil buat Fadhullah mencari lain di luar? Laa..tak payah hairanlah. Fadhullah dah hina dia. Kiranya dah tiba masa Fadhullah bosan dengan isteri seperti dia. Duh! Menyesal kepochi nak tengok privasi suami sendiri di dalam telefon.

“Syud.”

Pandangan Syuhada menala pada pintu bilik. Muka cantik yang sudah berubah mendung itu tidak dapat disembunyikan.

“Nanti nak pergi kerja sama tak? Erm..boleh berbuka sekali..I mean saya boleh temankan awak berbuka hari ni.”

Terhantuk kepala di dinding ke atau mimpi dikejar hantu laut Fadhullah tiba-tiba keluar dengan idea nak beramah mesra dengan isteri? Tipulah kalau dia kata yang dia tak rasa bersalah bila menghina isteri yang sepatutnya dipandang tinggi itu. Melihatkan telefon bimbitnya yang dipegang isteri, Fadhullah  berdehem. Buat-buat jadi Mat Cool. Muka Syuhada yang langsung tak teruja, dia dah dapat mengagak. Jenny lagi!

“Syud. Are you okay with my plan?” Fadhullah mendekat namun Syuhada menjarakkan diri.

“Siapa dia, Fad?” Syuhada beranikan diri bertanya dan menentang panahan mata suami.

“Answer me. Are you okay with my plan? Either it’s a yeas or no.” Fadhullah tak pedulikan soalan Syuhada. Dah sekarang ni dia mahu cuba memujuk hati isteri yang luka parah, jangan cuba nak buat dia berasap kepala pula.

“No.” Syuhada berlalu ke bilik air. Sensitif tak bertempat sungguh dia akhir-akhir ini. Sikit-sikit nak menangis, sikit-sikit nak merah hidung.

“Fine!”

Mendengar pintu bilik ditutup kasar, tubuh Syuhada melurut jatuh di lantai dan dia bersandar lemah di belakang pintu.

Dear Fad, I hate being ignored.
Dear Syud, I hate being judged.




HARI ini hari terakhir berhempas pulas di wad sebelum cuti Hari Raya. Syuhada termenung di meja kaunter. Tengah tunggu HO yang datang gantikan syif untuk pass over, sempat juga dia menyemak nak bermain Candy Crush di telefon.

Crush. Crush. Crush. Perkataan yang pendek sahaja tapi banyak maknanya bagi seorang Nurul Syuhada.

Crush = Patah hati
Crush = Kecewa
Crush = Terluka
Crush = Hati ditumbuk lumat

Beberapa hari ini dia dan Fadhullah sama-sama berat mulut untuk memulakan bicara. Fadhullah buat gaya tak kisah, dia pun boleh buat gaya ‘Like I care’. Nak berkomunikasi pun pakai peti sejuk di dalam dapur. Tulis apa yang ingin disampaikan, kemudian lekat memo pad di peti sejuk. Mudah aje tapi betapa susahnya menghadapi hari-hari seperti itu.  Fadhullah ni susah sikit, dah sakitkan hati dia secukup rasa memang tak ada harapanlah nak meminta maaf. Lagak macam orang yang tak bersalah pula.

Telefon di dalam poket white coat dicapai Syuhada. Laju tangan menghantar pesanan WhatsApp kepada suami.

Fad, I’m going back with Mummy and Daddy tonight. Sure you don’t wanna join?

Kasihan pada Mummy. Beria-ia mahu anak tunggal lelakinya itu turut serta tapi Fadhullah tetap Fadhullah,  ego tahap walawei. Setakat nak simpan di dalam hati rasa sakit hati dengan Mummy tu, tak payahlah. Buat tambah dosa aje.

Mummy pernah curang dengan Daddy tapi sekurang-kurangnya Mummy sedar kesilapan sendiri dan  memohon maaf menyesali semuanya.

Siapa yang tak pernah buat silap?
Siapa yang bersih sangat dari dosa?

Tak ada siapa kerana semua manusia di dunia ini adalah pendosa. Tapi Fadhullah mana faham. Yang dia nak, Mummy perfecto sangat sampaikan buat silap pun Fadhullah terus cop Mummy adalah ibu yang paling teruk di dunia. Typical Fadhullah..hates being judged but he can judge anyone!

Pesanan WhatsApp Syuhada dibalas.

No, it’s okay. I’m not joining. Safe trip malam nanti.

Syuhada mengeluh lemah. Dah tak mampu untuk memujuk Fadhullah. Nanti apa kata rakan sekerja yang lain di hospital? Isteri balik bercuti tapi suami selamba ayam kerja di Hari Raya. Memang dah nasib lah kalau kepincangan rumatangga mereka berdua dapat dihidu oleh orang luar.

Fad...please. Think about Mummy at least.

No forcing. No judging. Remember?

Okay, sorry. Meeting up before our trip tonight. Boleh?

Kat mana sekarang? Masih kat wad?

Ya, kat PAC.

Syuhada morning shift, Fadhullah on-night. Bila dia balik ke rumah nanti, pasti Fadhullah sudah meninggalkan rumah untuk ke hospital. Sekurang-kurangnya nak juga dia berjumpa dengan Fadhullah. Sedih okey. Ini kali pertama mereka berdua beraya berasingan.

Sorry, can’t make it. Take care nanti.

Syuhada kecewa. Lama dia menatap skrin telefon. Huhu...Fadhullah memang berhati kebal. Tak kesian ke dengan Mummy? Tak kesian ke dengan dia sendiri? Takkan tak dapat baca hint yang isteri ni akan rindukan suami yang jauh di mata.

Haish! That blunt Fadhullah!




MASUK ke dalam rumah. Sunyi. Melangkah ke dalam dapur. Sunyi. Naik ke bilik tidur di tingkat atas. Pun sunyi. Fadhullah rebahkan badan di atas katil. Rasa lain pula tanpa Syuhada di rumah.

Menyesal tidak bertemu dengan Syuhada sebelum isterinya itu balik ke kampung malam tadi. Ni kata orang, menyesal sekarang pun dah tak guna. Syuhada dah layan blues di kampung dengan Mummy dan Daddy. Dia di sini sorang-sorang macam pungguk rindukan bulan. Pungguk adalah dia, Syuhada adalah bulan.

Sepanjang enam tahun perkahwinan mereka berdua, inilah kali pertama masing-masing berjauhan dari sesama sendiri. Rindu pada Syuhada dah tak boleh dibendung. Padan dengan muka sendiri, jual mahal tak nak ikut serta tapi sekarang apa yang dia rasa? Rasa oren okey!

Fadhullah sedikit terkejut bila Azan berkumandang di seluruh bilik. Baru teringat yang Syuhada tak pernah biarkan PC di sudut bilik tidur ditutup. Cukup masa, Azan akan berkumandang mengingatkan hamba seperti mereka berdua untuk menunaikan kewajipan. Yang sebetulnya, meningatkan Syuhada seorang sebab dia yang dah masuk air ni susah nak dipimpin untuk ke jalan yang lurus.

Bilakah hamba seperti dia akan tersedar dari keseronokan duniawi?
Bilakah hamba seperti dia akan kembali ke jalan yang terang?
Bilakah hamba seperti dia akan dapat menjadi ketua keluarga yang baik?

Fadhullah melepaskan keluhan. Jawapan untuk semua itu dia sendiri pun tak pasti, kut sebab itu Syuhada tak pernah ambil kisah tentang rumahtangga mereka berdua. Kut Syuhada mengharap untuk dilepaskan oleh suami seperti dia. Kut Syuhada akan lebih bahagia andai rumahtangga mereka berdua berakhir dengan perpisahan.

Banyak sangat ‘kut’, Fadhullah rasa takut. Andai satu hari nanti jodoh mereka berdua tidak panjang...




SELESAI makan malam, Fadhullah berbaring berbantalkan lengan sendiri di atas katil. Rasa macam hidup solo pulak, setakat Maggi aje perut tak kenyang mana. Lagi pulak  doktor macam dia memang anti Maggi, lainlah kalau desperado macam situasi dia sekarang ini.

Hati terasa sayu tiba-tiba. Lagi dua hari nak beraya dia ‘bijak’ sangat sampai tak minta cuti. Tak pernah dibuat orang bekerja di hari yang mulia. Tangan kanan Fadhullah mencapai telefon di sebelah dan dibelek kosong.

Nak WhatsApp ke tak..nak WhatsApp ke tak...

Hi, enjoying your cuti?

Walaupun pendek, namun dia hantar juga pada Syuhada. Terbayang-bayang wajah isteri yang seronok bermain bunga api seperti tahun-tahun  yang lalu.


Fad, nak main bunga api. Sebatang aje.
Fad, one more please.
Fad, syokkk..nak lagi.
Fad, join me. Seriously syokkk.

Fadhullah tersenyum sendiri. Syuhada yang cantik. Syuhada yang tampak comel setiap kali bila marah. Syuhada yang playful. Syuhada yang serius.

Duh! Angau dengan isteri sendiri. Laju Fadhullah membaca WhatsApp yang dibalas Syuhada.

Salam. So far so awesome. Wish you were here. Ada teman nak main bunga api.

Fadhullah tergelak kecil. Kan dah agak dah, Syuhada dengan bunga api memang tak dapat dipisahkan bila tiba musim Raya.

Lonely.

Pathetic? Yeah! Tapi Fadhullah tolak tepi. Pendek tapi bermakna pesanan WhatsApp dia tu!

Now you know.

Bztttt! Kan dah kena ‘smashed’ dengan Syuhada secara halus. Malu pula Fadhullah tiba-tiba.

Yea...you’re right, Syud. Money can’t buy everything.

Fadhullah kalah juga. Mengakui betapa salahnya prinsip dia yang patut direndam di dalam air masin itu.

Dia tidak dapat memiliki cinta Syuhada walau dia menanggung pelajaran Syuhada sampai ke peringkat tertinggi sekalipun.

Dia tidak dapat memiliki cinta Syuhada walau duit yang dimiliki adalah setinggi gunung.

Balasan yang diterima dari Syuhada buat Fadhullah terdiam lama.

Money can’t buy happiness as well.

Fadhullah tewas dengan ego sendiri. Sekarang baru kepala yang keras itu terhantuk. WhatsApp Syuhada tidak dibalas. Lama dia menatap siling putih, mata kedip-kedip dengan hati rindu. Pusing ke kiri, haruman Syuhada menusuk hidung. Pusing ke kanan pun begitu juga.

Haish! Nak cakap yang dia rindu, dia rasa malu. Nanti Syuhada gelak sampai jatuh bergolek. Laa..gelak okey lagi. Kalau disindir macam mana?

Fadhullah bangun, menuju ke arah almari pakaian di hujung bilik. Barangkali sedikit saja pakaian yang Syuhada bawa untuk beraya. Baju Melayu milik Fadhullah tergantung elok di penyangkut baju. Huhu..teringat dua bulan yang lalu beria-ia Syuhada mengajak untuk menempah baju Melayu sebab nak tempah last minute, memang kirim salam. Manusia berebut nak memburu tukang jahit. Tema Raya tahun ini Syuhada cadangkan warna maroon. Dia on aje, lagipun maroon tersenarai di dalam senarai warna kegemaran.

Satu persatu laci almari dibuka Fadhullah, dia menarik nafas lega. Sah Syuhada tak lama di kampung sebab pakaian Syuhada masih tersusun elok. Hari Raya ketiga nanti baru Syuhada balik ke sini semula. Parah okey kalau Syuhada berlama di kampung. Lagi parah bila otak tadi mencerna situasi pelik-pelik. Syuhada nak pindah terus. Syuhada nak berpisah. Syuhada tak nak balik ke sini semula. Hishhhhh...

 Laci paling bawah dibuka Fadhullah. Gatal tangan nak melihat koleksi pakaian ‘kecik-kecik’ isteri. Macam pervert tapi lantaklah, tak salah kalau nak jadi pervert dengan isteri sendiri.

Fadhullah tersenyum sendiri. Pakaian ‘kecik-kecik’ Syuhada comel-comel. Tengok banyak kali sebelum ini pun dia tak pernah jemu, sentiasa tertarik dengan kecantikan isteri.

“Apa ni?” Fadhullah bercakap sendiri tatkala tangan menyentuh kad berwarna merah di sebalik pakaian ‘kecik-kecik’ Syuhada.

Kad berbentuk hati...ada enam kesemuanya...jantung Fadhullah berdetak laju. Isteri ada affair ke? Mamat mana yang bagi ni?

Bila dibaca satu persatu kandungan kad, Fadhullah rasa macam nak pengsan!




SYUHADA duduk menongkat dagu di atas meja di depan rumah. Seronok dia melihat anak-anak jiran sebelah rumah bermain bunga api. Rasa macam nak join tapi Mummy kata jangan perasan nak jadi budak kecik macam semalam.

Esok Hari Raya. Syuhada mendongak memandang bulan. Cantik. Ada kerlipan bintang-bintang menambahkan kecantikan alam di waktu malam. Jam di tangan dikerlingnya sekilas. Sudah pukul 12 tengah malam tapi suasana di kampung masih riuh.

Hmm...apa agaknya yang Fadhullah buat sekarang? Buat air liur basi? Atau sedang berhempas pulas di A&E yang tak ubah macam medan perang bila tiba musim perayaan begini? Kasihan? Nahhhh...rasa nak cakap ‘Padan muka’. Yang pandai-pandai tak nak minta cuti Raya apasal?

Berjauhan dari Fadhullah, Syuhada rasa ‘kosong’. Tak ada teman yang mendengar dia bercerita apa-apa entah. Tak ada yang nak temankan dia tidur malam. Agaknya inilah kata orang...bila dah jauh baru nak mencari.

Telefon di tangan dipandang Syuhada. Hari ini telefon bimbit sunyi. Encik suami tak WhatsApp. Viber pun tak. WeChat pun tak. Huhu...Jenny tu siapa dia tak kenal, nama pun tak pernah dengar sebelum ini tapi agaknya makhluk bernama Jenny itulah yang menemani suami sekarang ini. Tu yang Fadhullah langsung tak ‘menyapa’ di telefon.

Macam mana nak minta maaf dari suami esok? Bertelefon? Advanced sungguh. Skype? Lagi advanced.  Pintu suka hati Doraemon? How I wish! Nak bersalam dengan Fadhullah. Nak minta maaf dengan Fadhullah. Nak peluk Fadhullah. Huhu...

Maaf mungkin dia bukanlah isteri yang Fadhullah idamkan.
Maaf dia sungguh tak mampu membuatkan suami jatuh sayang pada isteri seperti dia.
Maaf kerana dia jijik seperti yang dikatakan oleh suami. Bukan pinta dia untuk menjadi mangsa rogol di usia muda.

Pettt! Pettt!

Terkejut my heart! Syuhada mengurut dada. Kereta yang berhenti di hadapan rumah buat dia menggaru kepala yang tidak gatal di sebalik tudung. SA 201. Biar betik...Fadhullah??

Melihat Fadhullah keluar dari perut kereta, Syuhada bingkas bangun. Mimpi ke realiti ni? Takkan pintu suka hati Doraemon betul-betul wujud.

“Fad...”

“Syud...”

Belum sempat berbuat apa-apa, tubuh tinggi Syuhada sudah berada di dalam dakapan suami. Dahi dan pipinya dicium berkali-kali. Oh okey. Ini bukan mimpi. Tapi apa mimpi Fadhullah speedy Gonzales dari KL ke Tanjung Malim malam-malam buta?

“Why didn’t you tell me that you love me? Why didn’t you, Syud? Why didn’t you?” Merah mata Fadhullah. Pipi isteri diusap dengan kedua-dua belah tangan. Serius dia tak sangka Syuhada memendam rasa selama ini.

Syuhada terkedu. Oh okey. Dari mana tahu, encik suami?

“Err..err..” Syuhada kehilangan kata. Rasa malu bila isi hati dah kantoi begini.

“Just so you know, I fell for you not because of the your wealth but because you’re my one and only husband, Fad.” Syuhada mengaku depan-depan. Dah kantoi tu ‘lajak’ aje terus. Tak payah lagi dipendam.

Fadhullah terkesima. Tubuh isteri dipeluk sekali lagi, kali ini lebih erat berbanding tadi. Terharu tahap tak tahu nak cakap apa.

“Six freaking years, Syud. Why did you just keep it to yourself?” Bergetar suara Fadhullah.

“Rather than to confess to someone who doesn’t love us, it’s better to just keep it to ourselves.”

Pekebende punya philosophy ni sayang? Dahi Fadhullah berkerut. Confident kemain muka Syuhada menuturkan teori luar alam. Ehem...dia pun menggunakan teori yang sama juga, teori yang patut ditimbus jauh ke dalam kerak bumi.

“Siapa cakap saya tak cinta? Siapa cakap saya tak sayang?” Mata Fadhullah memanah mata Syuhada.

Syuhada terkejut. Mata kedip-kedip macam tak percaya.

“Ja...ja..jadi..Jenny?”

She’s nobody, Syud. Kan dah bagitau hari tu.”

“Then hating me for not being imperfect inside?”

Shhhh....I’m so sorry for that. Past is past. Saya tak patut ungkit. Saya sayang awak. Cintakan awak. You being perfectly imperfect? Saya tarik balik statement tu.” Bibir Fadhullah singgah di dahi isteri lama.

Lidah Syuhada kelu. Telinga macam tak percaya dengan apa  yang didengari.

You love me? You love me not? You do love me!

Mummy keluar dan berdiri di depan pintu. Menunduk sedikit melihat dua batang tubuh yang berpeluk dan saling bermaafan di luar sana. Kereta macam kenal...Fadhullah! Mummy berlalu masuk semula dengan senyuman lebar. Biarlah anak dan menantu dengan sesi ‘jejak kasih yang hilang’. Dia tak nak kacau daun.

“Bang, ada Kuch Kuch Hota Hai di luar. Esok Raya!”

Daddy termangu. Tak faham dengan dua baris ayat isteri yang tergantung.

Dan di luar sana, Syuhada menyalami tangan suami sekali lagi dan tunduk mencium tangan kasar itu.

“Maaf di atas segala silap salah saya selama ini, Fad. Me being perfectly imperfect, maafkan saya.”

Menitis air mata Fadhullah. Isteri yang setia dan sebaik Syuhada, di mana kan ku cari ganti. Terasa sangat berdosa dan jahat bila menghina isteri tak lama dulu. Jijik? Duh! Perkataan yang dia sendiri tak suka!

“Masuk, jom. Mummy tentu happy.” Syuhada menarik lengan suami untuk masuk ke dalam rumah.

“Mummy okey ke dengan anak dia yang degil tahap batu bata ni?”

Syuhada tergelak kecil.

“Ibu mana yang tak sayang anak, Fad? Come.”

“Jap. Macam mana boleh dapat cuti last minute ni? Don’t tell me you took EL,” sambung Syuhada.

Fadhullah tersengih. Dah tak ada jalan lain, terpaksa dia mengambil emergency leave. Nasib baik ada member lain boleh tolong back-up, jadi tak susah hati nak tinggalkan A&E untuk sehari dua.

Fadhullah. Syuhada. Enam tahun bersama baru meluahkan hati dan perasaan masing-masing. Macam mana boleh bertahan selama itu? Dah dua-dua jalan asing-asing. Sorang terlampau kurang confident, yang lagi sorang terlampau ego. Ya, enam tahun itu lama tapi sekurang-kurangnya masih belum terlambat untuk mengukir cinta terindah.

“Fad..tentang saya dan kisah lama saya...”

“Awak sendiri cakap, past is past kan? Jadi jangan ungkit lagi, Syud.” Fadhullah memintas ayat Syuhada bila mata baru saja mahu terlelap. Memandu dari Kuala Lumpur ke Tanjung Malim mahu badan tak tercabut skru.

Syuhada tak jadi menyambung kata. One fine day, you will know dear Fad. Syuhada pejamkan mata dan mengeratkan pelukan di tubuh suami.

Dear Fadhullah, we are all sinners and trust me no one is perfect. Hoping that one  day you will realize how wasted and sinful a sinner is and by the time you get back on track to pray to Him and ask for forgiveness, you will realize how lucky you are for the chance you have to repent all your sins.

I hate misjudged.
I hate misunderstanding.
Means I hate Fad? Nahhhh...

Hope you all enjoyed reading dearies. Perfectly Imperfect adalah cerpen pendek santai dan simple untuk Raya dan kalau ada yang seronok membaca, I can smile over that. Tapi kalau tergantung macam rasa nak smcakdown emy, I can only tersengih-sengih. Hehe.. Sempena Hari Raya, sepuluh jari emy susun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki andai ada tersalah atau tersalah kasar bahasa selama ini. Will reply all the comments in a while dearies :)  Raya mode is on! Malay delicacies are waiting for me. Have a blessed Raya dearies and may He bless! Love you all loads!