Monday, September 9, 2013

Jangan Pernah Lupa 8


“SHIRA, ada masak tak hari ni?”

“Ada, sup terjun. Are you hungry?

“That’s all?”

“Errr...ya.” Insyirah sengih.

Remy tak ada komen. Inilah masalah utama menantu Mummy dan Daddy ni. Insyirah tak pandai memasak. Nak masak maggi pun terkial-kial di dalam dapur, apatah lagi nak memasak untuk mereka berdua. Setakat sup terjun mana dapat penuhkan perut yang lapar tahap gaban sekarang ni.

Dalam kepenatan setelah habis waktu kerja, Remy ringankan juga tulang di dalam dapur. Kalau dia tak memasak, dua-dua kelaparan nanti.

“Awak masih nak memasak ke?” Insyirah mengambil tempat di atas kaunter.

Kecil hati sebenarnya. Apa tak cukup ke dia masak? Nak dia masak ayam masak merah? Kari ayam? Kirim salam.  Dia budak baru belajar, kena pelan-pelan. Adapt dengan suasana dapur. Kena biasa-biasa dulu baru nak expert semua tu.

Remy yang sedang memotong bawang berpaling dan tersenyum. Muka Insyirah monyok sedikit.

“Saya nak goreng telur dengan bawang. Then makan dengan sup terjun yang awak masak. Ok kan?”

Remy kena jaga hati isteri. Walaupun dia memiliki restoran yang maju tahap gaban tak bermaksud dia nak tunjuk kepakaran di depan isteri. Nanti Insyirah kecik hati. Kenalah buat-buat dia macam sama level dengan Insyirah. Nak tapau aje dari restoran tadi tapi tak nak pekerja bawa mulut.  Masa zaman masih bujang bolehlah dia selamba pok ye ye tapi sekarang dah ada isteri, kot nanti orang keluar statement ‘dah ada isteri pun masih nak tapau makanan balik’.

“Telur dengan bawang? Not bad.” Insyirah senyum. Elok dia duduk menongkat dagu di situ.

Remy jadi chef, Insyirah jadi pemerhati. Lincah tangan Remy memotong bawang dan sosej. Cili Benggali dipotong menajdi hirisan kecil.  Pukul telur, campur garam sedikit, dah settle semua dia letak tepi. Tunggu minyak panas saja lagi.

“Shira, apa makanan kegemaran awak?” Remy berpaling sekilas memandang wajah Insyirah.

Baru berkahwin kan, nak tahu lebih mendalam lagi tentang isteri kesayangan dia ni. Umur muda lagi, jangan heran perangai Insyirah pun masih ala-ala ‘big baby’. Ni nasib baik Insyirah isteri dia, jadi nak manja-manja macam mana pun dia tetap sayang. Kalau orang lain jangan ceritalah. Paling dia anti perempuan yang spesis manja terlebih dos. Sebab itulah hubungannya dengan mana-mana perempuan sebelum ini tak pernah kekal lama.

You’ll end up with the type of person you dislike the most.
‘Very the true?’
‘You don’t say.’

Dia tetap sayang Insyirah. Jangan risau punya. Cinta dulu, kini dan selamanya lah katakan kalau dah melafazkan janji di hadapan tok kadi dan para saksi lebih sebulan yang lalu.

“Hmm..banyakkkkk makanan yang saya suka. Semua jenis salad. Especially Greek cuisines. Olives, green pepper. Ada lagi satu. Kokoretsi. Mousakka made of eggplants , minced beef and tomatoes on top. Sedapppp...apa lagi. Haa..sup kacang putih dorang panggil apa....Fassolatha!”

Bersemangat Insyirah menyebut satu-persatu makanan Greek yang dia suka. Mak Su bekerja di sana, jadi dulu asal cuti di sanalah dia melepak. Don’t play-play. Sunbathing sambil menikmati pemandangan Laut Mediterranean dan cuci mata tengok mat saleh hensem tahap putera kayangan. Sangat heaven!

Remy ternganga. Pekebende semua nama makanan yang Insyirah sebutkan tadi? Satu ‘ketul’ pun dia tak sempat tangkap sebab Insyirah bercakap cepat sangat. Dalam otak cuma timbul satu soalan cepumas.
Bini aku ni orang Malaysia ke orang Greece?

Then how bout your favourite food? Ada sama dengan saya tak?” Insyirah senyum dan kenyit mata.

Kalau Remy pandai masak semua makanan kegemaran dia kan best. Another heaven!

Mine? Erm..saya suka makan ulam. Sambal belacan. Petai masak sambal. Kangkung masak sambal. Ketam masak cili padi. Bla bla bla...”

Krik krik krik krik...Insyirah blank. Remy suka makanan yang berbau ke? Oh...taste kampung sungguh suamiku ini!

Petai? Yucks!

Sambal? Oh no!

Ulam? Euwww!

Remy tergelak. Muka Insyirah kelat macam tertelan bubur tak cukup rasa. Apa lain sangat ke makanan pilihan dia?

“We both have different taste darling. So don’t make that kind of face if you don’t me to eat you before we eat for dinner.” Remy buat muka itchy.

Insyirah senyum-senyum. Spesis ulat bulu memang susah nak dijangka bila bulu terpacak naik. Matanya tak lepas memandang suami yang menggoreng telur untuk makan malam mereka berdua.

“Remyyyy..”

“What now?” Remy rasa nak gelak dengar suara Insyirah yang macam kucing minta untuk dibelai. Ni mesti ada udang di sebalik mi.

“Jom kita pergi Greece.”

What?! Aku salah dengar ke atau aku tengah tuli (pekak)? Remy pandang wajah Insyirah. Beria-ria dah riak Insyirah sambil menggigit jari telunjuknya dan kenyit mata. Oh my..seductive Insyirah!

Sayang, awak ingat Malaysia-Greece tu jauh dia macam KL-Nilai ke?

Selamba itik Insyirah main sebut. Duit tak mudah untuk dicari, sayang. Lain cerita kalau nama dia tersenarai di dalam jutawan muda tanah air.

“We’ll see to it, darling.” Remy senyum saja .

Jangan berjanji kalau tak pasti.

Jangan beri harapan kalau tak yakin.

Habis memasak, Insyirah meletakkan nasi ke dalam pinggan. Remy pula mengambil mangkuk sederhana besar, nak letak sup terjun Rafeeqa. Dan saat tudung periuk dibuka, terbeliak mata Remy.

Pandangannya beralih pada isteri yang sedang mengambil gelas di atas sinki.

“Shira, mana sup terjun awak?” De’. Soalan macam soalan orang yang tak dapat terima kenyataan bahawa makanan yang dilihatnya di dalam periuk saat ini adalah sup terjun.

“Ha..yang tu.”  Insyirah beriak selamba.

Hirisan timun terapung-apung di dalam air. Rupa macam timun-timun tu terjun ke dalam kolam dan berendam saja-saja. Hirisan bawang tak sekata. Ada yang kecik ada yang besar. Pulak ada sweet corns berlegar-legar sekadar mewarnai sup dengan warna kuning. Selain dari itu...Tak adaaa...

Oh my...Inikah definisi sup terjun Insyirah?

Remy hanya mampu geleng kepala. Apa nak jadi dengan bini aku ni? Sah kena asah dari bawah lepas ni.




MALAM yang pekat tanpa bintang. Remy dan Insyirah duduk di buaian di balkoni bilik. Masing-masing layan blues. Sesekali Remy nyanyikan lagu untuk Insyirah. Oh, dia peminat tegar Micheal Learns To Rock masa zaman dinasour dulu. Jadi sebut saja tajuk lagu, dia nyanyi setanding dengan vokalis MLTR.

“Shira.” Tangan Remy naik membelai kepala Insyirah yang sedang elok terlentok di dadanya.

“Hmm.”

“Ada soalan cepumas untuk awak.”

“Apa dia?”

“Kita kahwin bukan atas dasar cinta. Keluarga yang pilihkan.”

“So?”

“Awak dah dapat lupakan Aiman tak?”

Damn! Soalan yang macam menjerut leher sendiri tapi Remy tanya juga. Dah lama sebenarnya nak tanya Insyirah. Maklumlah, Insyirah macam selalu mengelamun. Kadang-kadang dia sapa pun Insyirah macam tak sedar. Jangan terkejut, dalam Facebook Insyirah masih ada Aiman. Takut Insyirah tak bahagia dengan pilihan keluarga macam dia.

Cemburu? Logik la sikit, siapa yang tak cemburu yaw.

Insyirah mendongak. Berlawan pandang dengan mata suami. Tangan kanannya naik menyentuh pipi Remy. Dibelainya lembut.

“Kenapa tanya soalan macam tu?”

Tidakkah Remy tahu yang dia terluka secara tak langsung?

Tidakkah Remy tahu bertanyakan tentang Aiman bermaksud mengungkit hal lama?

“I hope this is the last time you asking me this kind of question, Remy.” Insyirah tarik nafas dalam.

“I love you so badly to the point that there’s no more space for anyone else in here.” Tangan Remy dicapai dan dibawa dekat ke dada.

Dengarlah degupan jantungnya yang hanya ada bahasa cinta.

Cinta pada suami adalah ikhlas.

Cinta pada suami adalah sepenuh hati.

Cinta pada suami adalah tulus.

Dan sampai ke akhir hayat dia akan setia dengan cinta suami.

“Aiman adalah cerita lama saya. Dia ada hidup dia sendiri. Saya pun ada hidup saya sendiri.  Dan hidup saya adalah awak,” sambung Insyirah.

Dia tak pandai bermadah cinta. Nak tunjuk pun tak pandai. Tapi moga Remy faham isi hatinya.
Remy terdiam, beberapa ketika kemudian dia tersenyum. Dahi Insyirah dicium. Lama.

“I love you too. More than anything else, Shira,” balas Remy.

Dia tak romantik. Dia bukan Sheakspears. Tapi dia ikhlas dengan ayat cintanya yang singkat dan simple itu.

Insyirah dan Remy. Remy dan Insyirah. Masing-masing tak yakin untuk melalui alam perkahwinan ini namun mereka berdua mencuba yang terbaik untuk menjadi yang terbaik. Di mana kurang, terima dengan redha. Di mana lebih, terima dengan rasa bersyukur.

            “I need my work out, darling.”

            Insyirah senyum. Suara sang suami begitu menggoda di cuping telinga. Dia turuti saja bila Remy mendukungnya ke atas katil. Dan saat Remy mencapai paket kecil di dalam laci, tangan Insyirah menahan. Dia geleng kepala.

            “Saya nak ada baby.”

            Remy terkaku di situ.

Insyirah takkan tahan dengan komitmen. Ni jadi isteri pun Insyirah masih tak dapat handle lagi tanggungjawab seorang isteri, apatah lagi kalau dah bergelar ibu.


            No, not a right timing darling. 



p/s : Lama dah tak update, so sorry dearies :) Jangan risau, JPL akan habis di blog for sure. It's a gift for all remember? :) Nak cari entries yang lain scroll di tepi ya. JPL belum ada cover atau link lagi sebab seriously tak ada masa sekarang.   Thank you so much for dropping by and love you all loads!

10 comments:

  1. Kalau tak cuba tak tahu.. Never say that u r not ready for anything...

    ReplyDelete
  2. sup terjun huh? i wonder how its look like in real life . hihi.

    ReplyDelete
  3. Kawen dh nya duak eh. Sikpat nk mejin upa sup trjun dak Syira ya koh. Tp skrg2nya nya coba juak msk.
    Spt slalu terbaek Emy..

    »Leen«

    ReplyDelete
  4. 1st time juga tahu pasal sup terjun. wujud ker sup ni. hehe

    ReplyDelete
  5. hihi dah kawin.

    a'ah.. sup terjun tu mcm mana? ingat td campbell's soup.

    ReplyDelete
  6. sukanye dah kawin..

    sup terjun tu mcm mana? ingat td campbells's soup..

    ReplyDelete
  7. remy... belum cuba belum tahu... kdg2 bila dah ada baby kita akan lebih ada rasa tanggungjawab... ;)

    ReplyDelete
  8. kene terima seadanya...tq nak lagi ye.best

    ReplyDelete
  9. hai cik emy...lama i tak lepak kat sini...2013 bz amat tapi poket msh tebal tu jugak...kihkihkih...baru start bace JPL- bace dari bab ni den smbg dari 1 hahahahah weng tul...suke bab ni especially bab mkn2 tu hahahaha teringat seseorang hihihihii got my hands on ur MMS...msh bebungkus...tak tau bila dpt bace, hopefully dis wkend tak de roadshow duti hmmmmmmm all d best!

    ReplyDelete
  10. hey, its me again...just to ask if you knw any good sites to read about parkinson disease, its medication & care of patients???? tinkle me at azurabd@hotmail.com ya thks....

    ReplyDelete