MEMANDANG diri sendiri di sebalik cermin, wajah Aylin pucat tak bermaya. Suhu badan dah mula rasa panas, kepala pun dah pening. Tekak dari tadi buat hal, mual lepas tu muntah. Nak cakap sebab perut kosong memang taklah. Ferit paksa dia habiskan satu mangkuk besar salad ayam dan buah betik. Sekarang, habis keluar semua isi perut. Automatik fikiran mencerna semula apa yang Jess cakapkan semalam.
“Bagus kau bagitau Ferit tentang kandungan kau, babe. Mana tahu dia sejuk hati sikit. Which husband would kill his pregnant wife?”
Ferit would do that, no doubt at all!
Tapi dia pilih untuk berdiam diri buat masa sekarang. Memang bukan masa yang sesuai pun untuk berkongsi berita dengan Ferit. Kalau Ferit gembira okeylah. Tapi kalau Ferit mengamuk lepas tu minta dia gugurkan kandungan, tamatlah riwayat hidup dia dan bayi yang baru mulai membesar di dalam rahimnya.
Habis berkumur dan mencuci mulut, Aylin keluar dari bilik mandi. Ferit yang baru masuk ke dalam bilik dipandang sekilas. Tak payah bagi senyuman lebar sebab muka Ferit sejuk beku aje pandang dia dari atas sampai bawah. Tinggi dia dan Ferit tak banyak beza pun, jadi T-shirt Ferit yang tersarung di tubuh hanyalah sampai paras atas paha. Itulah kot yang buat mata helang Ferit tak berganjak daripadanya.
“Kenapa tak tidur lagi?” Ferit kunci tombol pintu. Butang kemeja hitam yang dipakai dibuka satu persatu.
“Nak tidurlah ni.”
Dahi Ferit berkerut. Aylin nampak tak sihat di matanya. Wajah Aylin pucat dan langkah Aylin tak bermaya memanjat naik ke atas katil. Kemeja di tubuh dibuka dan diletakkan ke dalam bakul di tepi pintu bilik mandi sebelum dia mendapatkan Aylin. Dahi Aylin disentuh dengan belakang tapak tangan.
“Nanti makan ubat. Kejap saya ambik.” Dah agak Aylin mesti jatuh sakit. Basah di dalam hujan tadi dan entah berapa lama Aylin dah duduk di kubur papanya.
“It’s okay. Lepas tidur ni okey dah.”
Ferit buat tak dengar. Dia keluar dan kembali semula dengan dua biji Panadol di tangan.
“Bangun dulu, makan ubat kejap then baru tidur.”
Aylin tak ada pilihan. Dia paksa juga diri untuk bangun. Huluran tangan Ferit disambut. Namun saat dia baru nak telan ubat yang diberi, tekak yang masih mual memuntahkan semula air dan ubat di mulut. Haish, hampeh!
Basah t-shirt yang tersarung di tubuh dan belum sempat Aylin bangun untuk meluru ke bilik air, dia muntah semula. Kali ini yang keluar hanyalah air yang diminum sejak tadi.
“Aylin, awak okey tak ni?” Ferit panik. Soalan luar alam sangat yang dia tanya pada Aylin, orang yang okey takkan tiba-tiba muntah. Belakang Aylin ditepuk perlahan.
Aylin mengangguk kepala yang terasa pening memaksa dia untuk terus baring. Apa yang Ferit cakap dah tak masuk ke dalam kepala.
“Mari kita pergi hospital, awak sakit sangat ni.” Risau Ferit dah berlipat kali ganda. Bila dia tunduk untuk mendukung tubuh Aylin, sang isteri menolak dengan sekuat tenaga siap dengan dahi yang berkerut dan mata tertutup.
“Tak payah. Esok okeylah ni.”
“Jangan degil boleh tak? Nanti makin….”
“Saya cakap tak payah, tak payahlah. Jangan paksa. I’m a doctor, I know when I need to go to hospital.” Aylin membuka mata. Pitch suara pun dah makin tinggi.
“Heran aku dengan perempuan, ini ke timing yang sesuai untuk jadi degil tahap kepala batu?” Ferit bercekak pinggang. Pandangan masih melekat di wajah Aylin yang jelas tak puas hati.
“Cakap apa?”
Ferit buat tak dengar. Biarpun marah, dia sabarkan hati. Kang dia jerit jugak seoktaf dengan suara Aylin, dia risau Aylin terasa hati. Dia bukanlah langsung tak berhati perut, masa orang sakit juga dia nak mengamuk macam naga lapar. Dia menapak ke arah almari. Main rembat aje baju t-shirt yang ada.
“Bangun kejap. At least tukar baju tu dulu.” Lengan Aylin dicapai, memaksa Aylin untuk bangun semula. Biarpun Aylin menolak, tapi Ferit paksa juga.
“I can change it my own.”
“Jangan degillah. Angkat tangan.”
Aylin terpaksa menurut. Kedua belah tangan diangkat untuk memudahkan Ferit membuka bajunya. Rasa geram dia tolak tepi. Dalam keadaan tak bermaya begini, dia biarkan saja buat apa yang patut. Sesekali deruan nafas Ferit yang dekat dengannya dan sentuhan lelaki itu buat dia rasa terbuai. Dengan tubuh Ferit yang terdedah tak berbaju tu boleh buat mata dia juling sampai ke awan tinggi.
“Dah macam tak ada baju lain nak pakai.” Aylin merungut sendiri. Sejuk macam ni mana padan dengan singlet hitam Ferit yang sudah tersarung ke tubuh.
“Sakit macam ni pun masih nak cari gaduh.” Ferit membaringkan tubuh Aylin. Comforter ditarik naik menyelimuti sang isteri yang masih tunjuk muka masam. Baru dia nak duduk di tepi katil, Aylin sengaja beralih ke arahnya supaya tak ada ruang untuknya.
Ferit mengetap bibir. Ikut hati nak aje dia panjat naik di ruang kosong di sebelah sana tapi dia malas bergaduh. Sudahnya dia berdiri bercekak pinggang.
“Esok masih cuti lagi kan? Kalau masih sakit, saya bawa pergi hospital.”
Tak ada respons dari Aylin.
“Aylin, dengar tak ni?” Tubuh Aylin digoncang perlahan. Tak payah buat-buat tidur mati. Kelopak mata tu masih bergerak walaupun tertutup, ketara sangat masih belum tidur.
“Hmmm.”
Ferit mengalah. Dia berlalu ke arah tingkap besar tak jauh dari situ. Mata sendiri pun tak mengantuk lagi. Fikiran masih memikirkan tentang masa depan dia dan Aylin yang belum tentu cerah sekarang.
Telefon bimbit Aylin yang berbunyi di atas meja kecil menarik perhatiannya. Berkerut kening Ferit bila nombor yang tak dikenali tertera di skrin telefon. Dia kerling Aylin di atas katil, takkan secepat itu Aylin dah terbuai di alam mimpi. Butang hijau di slide ke kiri.
“Hello, Aylin, please. Please. Jangan letak phone dulu. Dengar dulu apa I nak cakap. Please!”
Ferit diam. Mata masih menala pada Aylin yang diam tak berkutik. Dia berlalu semula ke tingkap untuk menjauh. Suara lelaki di hujung sana lebih menarik perhatiannya.
“You don’t have to say anything. Dengar aje apa yang I nak cakap.”
Ferit masih diam. Otak cuba memproses suara yang sangatlah tak familiar.
“I masih cintakan you. I masih tak dapat lupakan you. I kahwin dengan isteri I sebab keluarga yang suruh. I tak pernah ada sesiapa kecuali you. Please, Aylin. Kita lari sama-sama nak ya. I bawa you jauh dari sini.”
Menyirap darah ke wajah Ferit. Dengar saja luahan cinta yang buat dia rasa macam nak muntah dan keluar asap dari telinga, dia dapat agak empunya suara adalah bekas kekasih Aylin yang masih tak sedar diri. Agaknya inilah contoh definisi lelaki yang tak tahu malu.
“Aylin, you pun kenal I macam mana kan? I only love you and I don’t….”
Klik!
Ferit putuskan talian sebelum dia mengamuk besar dan ajar Zack dengan cara dia. Kalau cakap cara baik pun Zack tak faham bahasa, mungkin dia berkasar macam dulu baru fikiran Zack boleh mencerna apa maksud ‘jangan-ganggu-bini-aku’.
*****
PUG ternganga mendengar arahan dari Ferit.
“Bawa balik semua pakaian Aylin yang masih ada dekat hotel tu ke sini. Jangan pulak kau buat benda lain dekat belakang aku.”
Ya lah, beberapa hari lalu Ferit mengamuk sebab dia angkut semua pakaian Aylin dari rumah agam. Cakap dia tak tolong Aylin apa-apa, tapi kantoi juga. Kalau dengan Ferit memang susah sikit. Setakat nak tunjuk muka toya buat-buat tak tahu susah juga, Ferit tahu bila dia menipu atau tak.
“Mana Aylin sekarang?” Pug memberanikan diri bertanya. Takkan dia main redah ambik pakaian Aylin di bilik hotel tanpa pengetahuan Aylin.
“Ada dekat atas.”
Membulat mana Pug. Mohon salah dengar, please. Jantung terasa berdegup lebih laju. Sumpah dia terkejut. Nak sangat melindungi Aylin dari Ferit dan Jay Jazley. Baru seminggu Aylin pergi, senang aje Ferit jumpa balik.
“Aku tak tahulah kau dengan Tyco memang tak dapat jejak Aylin atau korang berdua tolong dia.” Ferit bersahaja.
Jenis macam Aylin, sesiapa pun akan jatuh suka. Perwatakan Aylin. Budi bahasa Aylin. Wajah cantik Aylin. Takkan ada sesiapa yang sanggup mengapa-apakan Aylin kecuali papa. Damn!
Teringatkan papa, dia naik bingung. Dia sekarang tersepit di antara papa dan isteri sendiri.
“Sorry, bro. Kami betul-betul tak jumpa Aylin lepas aku hantar beg dekat dia.” Pug terpaksa menipu. Tapi bila dia fikir balik, ada baiknya Aylin di sisi Ferit. Sekurang-kurangnya Jay tak berani buat apa-apa selagi ada Ferit.
Ferit diam. Malas nak tanya lebih-lebih sebab nanti makin terserlah kesalahan Pug yang terang-terang menipu.
“Jantan tu masih cari dia dekat rumah lama dia?” Ferit tukar topik. Dia berdiri membelakangi Pug dan membuang pandang ke luar sana.
“Masih lagi. Hampir setiap hari.”
Ferit menggepal penumbuk. Nampak gaya dia memang perlu ajar Zack cukup-cukup. Tak padan dengan perangai yang dah ada isteri.
“Bro, apa plan kau dengan Aylin?”
Ferit melepaskan keluhan. Sejujurnya dia tak ada jawapan untuk soalan Pug. Hati ingin membenci tapi masih mencintai pada masa yang sama. Dia nak hapuskan Aylin tapi hati tak mampu kehilangan. Cinta dan sayang pada Aylin masih berada di tangga teratas.
“Mungkin kau perlu bagi dia masa sedikit. Bagi dia peluang untuk buat apa yang dia nak buat. Have heart at least, even if it’s just for few days. Aku pasti dia ada sebab sendiri,” sambung Pug. Jangan apa-apakan Aylin, itu saja yang dia minta buat masa ini.
“Kau tahu kenapa dia nak tembak papa, kan?” Ferit berpaling dan saat itu Pug yang tergamam dipandang. Biarpun Pug akhirnya menggeleng, dia tahu Pug menipu.
“You know I hate betrayal, bro.” Bahu Pug ditepuk sebelum dia meninggalkan Pug yang tak terkata. Tak nak cakap tak apa, lambat-laun dia akan tahu juga.
P/s : Pre-order dibuka sehingga 20 October dan pengeposan bermula pada 30 Oktober. Boleh PM saya melalui FB Page Emy Roberto atau hubungi cik admin di 018-391 3947 :)