TANG! TING! TING! TANG!
Raimie pelik. Masuk saja ke dalam rumah, dia dengar bunyi bising dari dapur. Siapa lagi yang bertarung dengan segala jenis periuk di dalam sana kalau bukan Syazan. Langkah kaki diatur menuju ke dapur.
“Apa awak buat ni?”
“Hey! You’re back!” Syazan teruja. Dia mendapatkan Raimie yang tayang muka berkerut tanda tak puas hati. Island table yang kotor dengan tepung dan sinki yang dipenuhi dengan perkakas memasak yang bertimbun. Ditambah lagi dengan keadaan dapur yang bersepah. Agaklah, pasti makin serabut Raimie tengok pemandangan yang tak berapa cantik macam ni.
“Awak tak jawab lagi soalan saya. Apa yang awak buat?” Pipi Syazan dicium kiri dan kanan. Pipi pun comot habis dengan tepung!
“Kira nak buat chicken pie. Tapi….” Syazan kembali ke island table.
“Tapi….?” Raimie bercekak pinggang.
“Tak nak buatlah. Macam tak menjadi. Doh saya lembik. Tambah tepung banyak-banyak pun masih sama. Saya rasa resipi tu salah.” Jari Syazan naik mengetuk dagu sendiri lagak sedang berfikir.
Pecah tawa Raimie. Tak jadi nak marah. Typical Syazan sangat! Semangat nak cuba macam-macam dekat dapur tu tinggi. Tapi tak pernah menjadi. Setiap kali kalau epic fail, Syazan menyalahkan resipi dari Google. Nak salahkan diri sendiri memang taklah.
“So sekarang kita nak makan apa?” Raimie menduga. Dia mendepakan tangan di island table di hadapan Syazan.
“Kita makan luar, please.” Syazan sengih.
Raimie ketawa lagi, kali ini lebih kuat. Bab bersemangat tinggi, dia puji Syazan. Keyakinan diri tu pun boleh tahan tinggi. Dia akan buat apa saja yang dia nak makan, tapi tak pernah menjadi. Bukan nak pandang rendah pada Syazan, tapi bab memasak memang Syazan tak pernah lulus.
“Anything for you.” Raimie kenyit mata. Buat Syazan makin terasa disayangi.
Biarpun mereka berdua berkahwin atas aturan keluarga, tapi masing-masing saling mencintai. Layanan Raimie mengalahkan layanan untuk tuan puteri, itu yang buat Syazan makin jatuh sayang. Apa saja yang dia nak, Raimie tunaikan. Ke mana saja dia nak pergi, Raimie izinkan.
“Kita pergi rumah abah nak?” Raimie cuba memancing.
“Ada sanak saudara awak yang lain tak?”
“Ada. Kak Jee datang satu family. Sheila dengan husband bawa baby dorang. Sheila kan baru deliver bulan lepas. Uncle Thalid dengan Aunty Kinah pun ada sekali.”
“Tak naklah. Banyak budak, bising.” Lincah tangan Syazan mengelap permukaaan island table yang kotor.
“Dorang bukan kacau kita kan? Ada parents dorang yang tolong jagakan.” Raimie masih mencuba.
“Tak nak. Kalau awak nak, awak pergi sorang.” Syazan tayang muncung panjang.
Nak hadap saudara mara Raimie waktu Jumaat malam begini bukanlah cadangan yang baik. Dia memang jenis yang tak suka budak-budak. Jadi kalau pergi sana memang mood dia akan jatuh merundum. Budak-budak berlari sana-sini. Nak harapkan ibu bapa masing-masing tolong tengokkan? De’. Dorang buat tak kisah punya. Belum lagi kalau ditadah dengan soalan-soalan luar alam padanya.
Bila nak ada anak?
Tak sunyi ke tak ada peneman?
Usaha lebih sikit, nanti umur dah naik susah nak dapat anak.
Gosh! Malas nak layan soalan-soalan yang tak penting macam tu. Dia mana kisah isu anak, dia tak pernah terfikir pun nak ada seorang.
“Dengar tak ni?”
Syazan terkejut. Jauh mengelamun sampai tak dengar apa yang Raimie cakapkan.
“Kita makan luar. Tapi lepas tu kita singgah kejap rumah abah. Okey?” Raimie ulang balik soalan yang sama.
“No! Saya tak nak. Either kita keluar makan sama lepas tu kita balik terus atau awak pergi rumah parents awak sorang.”
Raimie diam. Dia tahu dia kalah.
TENGAH malam, Syazan terbangun. Rasa tekak yang mual tiba-tiba memaksanya untuk bangun dan meluru ke bilik mandi. Habis salad Ceaser yang dimakan dimuntah keluar.
“Darling, are you okay?”
Muncul Raimie di pintu bilik mandi. Mata masih belum terbuka sepenuhnya sebab tak mampu melawan rasa kantuk.
“Entahlah. Makanan tadi tu tak bagus rasanya.”
Syazan yang masih tertunduk di sinki masih muntah. Terasa lega sedikit bila isi perut dimuntah keluar. Saat dia mengangkat wajah, kepala terasa pening.
Haish! Sakit apalah menyerang masa nak tidur macam ni? Dengan penuh hati-hati Raimie memapah tubuhnya naik semula ke katil.
Raimie dah risau tahap petala. Tak pernah-pernah Syazan muntah begini. Syazan kan jenis yang makan apa saja sumbat masuk mulut dan tak memilih bab makan. Jadi memang jarang perut atau tekak Syazan meragam.
“Wuek!”
Damn! This is not good! Risau Raimie jadi berganda. “Kita pergi klinik jom.”
Syazan menggeleng. Mata terpejam rapat.
“Nanti-nanti okeylah ni.” Dia tepuk tempat kosong di sebelah menyuruh Raimie baring temankan dia.
“Syaza, please. Kita pergi klinik ya.” Kepala Syazan diurut Raimie perlahan. Entah apa motif urut kepala Syazan walaupun Syazan tak mengadu sakit kepala. Tindakan spontan kot. Tubuh Syazan dibawa dekat padanya dan berbantalkan lengannya.
“Tak nak. Muntah baru sekali. Jangan risaulah.”
Raimie merengus. Tahap degil Syazan kadang-kadang tak mampu dilawan. Degil tahap kepala batu. Dia terpaksa mengalah dan tangan masih terus mengurut kepala Syazan dengan harapan Syazn rasa lega sedikit.
Kepala Syazan mula berfikir. Kalau nak cakap salah makanan yang mereka berdua makan malam tadi, kenapa Raimie sihat walafiat aje tak muntah macam dia? Nak kata keracunan makanan, dia sorang aje yang tak sihat. Rasanya pelanggan di kedai tadi tu mesti tak ada masalah macam dia. Namun saat dia terfikirkan kemungkinan yang satu itu, jantung Syazan terasa berhenti berdegup seketika.
Dah berapa lama tak datang bulan?
Argh! Tak mungkin!
p/s : Pre order sudah dibuka sehingga 16 Januari 2019. Boleh wassap 018-391 3947 untuk pembelian :)