Saturday, March 6, 2021

HAZEL (BAB 3)

 



BAB 3

 

 

“WOW! She’s here!”

Hazel tersenyum sinis bila Khairul bertepuk tangan. Dia mengelak bila abang sulungnya itu mara mahu memeluknya. Tak payah nak mesra sangat, saja nak tunjuk depan papa yang turut menunggu kepulangannya.

“My princess!”

Hazel mendapatkan papanya yang sudah mendepakan tangan. Pipinya dicium papa kiri kanan, lepas tu papa peluk lagi sekali seakan tak mahu dilepaskan. Gaya macam lima tahun tak berjumpa, sedangkan papa selalu aje datang menjenguk dia di Prague. Jelingan dan riak menyampah Khairul, dia abaikan.

“Kenapa lambat?” Tuan Bahrain bertanya. Mata berkalih ke arah A7 dan J7 yang berdiri tak jauh dari situ.

“Hazel ajak dorang singgah makan aiskrim.”

“Aiskrim? Why so sudden? Dekat Prague tak ada aiskrim ke?”

“Mana ada aiskrim potong dekat sana.” Hazel senyum.

Tipu ajelah, papa bukan tahu pun. Yang ajak singgah makan aiskrim sebenarnya adalah A9. Dia pun tak sangka A9 berani melencong ke tempat lain tanpa arahannya. J7 dah marah-marah pun A9 buat tak peduli.

 

“Kita tak boleh balik selagi awak masih bersedih, Hazel.”

“Jangan risaulah. Saya boleh cover walau tak adalah nampak happy sangat. It’s not like I can just simply be happy in split seconds when I’m sad.”

I can’t buy you happiness but I can buy you an ice-cream and you can’t be sad when you’re eating ice-cream. Kalau awak balik dalam keadaan begini, abang awak pasti suka. I’m sure you don’t want to look weak in front of those who don’t like you.

Sungguh dia tak terkata bila A9 cakap begitu. Mereka singgah di Seven Eleven, beli aiskrim potong perisa kacang merah. Lepas tu sedap makan sambil bersandar di bonet depan kereta. Betullah apa yang A9 cakap, dia rasa lebih okey dan sudah mampu tesenyum semula. Dia tak sangka sebenarnya pengawal peribadi yang disediakan untuknya boleh fikir tentang perasaannya, bukan hanya setakat keselematan dia saja.

 

 

“Ingatkan nak balik tahun depan. Tak sabar sangat nak dapatkan harta papa ya.”

Suara sumbang Khairul mematikan lamunan Hazel. Khairul mengambil tempat di depan papa yang sudah duduk di sofa. Dia pula duduk di sebelah papa. Papa tak cakap apa, mungkin dah malas nak layan perangai Khairul yang betul-betul menguji kesabaran.

“Hazel rehat dulu, minggu depan papa bawa masuk pejabat. Banyak nak kena passover dan bincang dengan Hazel.” Tuan Bahrain bersuara. Bila dia amati wajah Hazel, anaknya itu nampak macam baru lepas menangis. Nampak macam letih sangat pun ada juga. Tak tahulah kalau mata tua dia ni dah tak nampak sangat.

“Harta berpuluh-puluh juta kut, memanglah banyak nak kena bincang segala.” Khairul menyampuk. Dia tak puas hati sebab Hazel akan mengambil alih syarikat papa. Agensi keselamatan syarikat pun, dengar-dengar papa berikan pada Hazel. Habis tu dia dan Hielmi dapat apa? Habuk? Tak padan anak jutawan tapi tak dapat apa-apa.

“Kenapa? Kau nak join perbincangan jugak? Yang tu kau kena tanya aku. Kalau aku tak suka, papa takkan benarkan kau join sekali.”

Hazel tersenyum nipis bila Khairul merengus. Dia tahu ayat pendeknya pasti membuatkan Khairul tak tenang macam cacing kepanasan. Biasalah, gila harta dan kuasa macam Khairul takkan dapat duduk diam.

Tuan Bahrain diam tak cakap apa. Dia jeling saja anak sulungnya yang bermasam muka. Malas dia nak bertekak. Malah dia takkan ubah keputusan yang dibuat. Hazel akan mendapat sebahagian besar share dan mengetuai syarikat. Bukan sebab dia berat sebelah tapi sebab kedua orang anak lelakinya jenis yang tak boleh diharap.

“Pergilah berehat dulu. Nanti kita dinner sama-sama. Mak Juwi masak sedap-sedap untuk Hazel.” Tuan Bahrain senyum. Dia tak mahu kepala Hazel serabut dengan setiap kata-kata Khairul yang sangat sinis.

Hazel senyum, angguk kepala lepas tu bangun untuk pergi. Bila dia berpaling, A9 dan J7 turut membawa langkah ke pintu utama.

“A9 dan J7, nak ke mana?”

Terhenti langkah Azat dan Jai bila Hazel bertanya. Dua-dua saling berpandangan sebelum berpaling semula.

“Nak keluarlah. Awak dah selamat sampai kan?” Selamba Azat menjawab. Tali leher yang berlilit di leher dilonggarkan. Hazel nak dorang buat apa lagi? Kerja dorang dah settle.

“Tapi saya tak cakap lagi kamu dua boleh pergi.”

“We don’t need your permission to do so.”

Jai di sebelah menelan liur. Azat ni memang jenis yang hentam cakap, tak peduli sama ada yang dekat depan ini adalah bos besar sekali pun. Boleh pula saling berbalas cakap dengan Hazel begitu.

“Hahaha! Aku rasa bodyguard kau pun awal-awal dah tak suka kau, Hazel. Oh ya, kenapa papa bagi dorang ni untuk jaga Hazel? Takkan semua yang terbaik Hazel sapu?” Khairul menyilang kaki sambil mendepakan tangan di belakang sofa. Yang dia tak puas hati, A9 dan J7 adalah yang terbaik mereka ada. Selama ini dia minta A9 dan J7 untuk temankan dia ke Johor, papa langsung tak bagi.

Azat menarik nafas dalam. Dia dah bercekak pinggang sambil memandang Khairul tajam. Kalaulah Khairul bukan anak Tuan Bahrain, dah lama lelaki itu dia kerjakan. Sejak mula bekerja di sini lagi dia memang tak pernah sukakan Khairul.

“Khairul, kalau niat kamu memang nak menyakitkan hati semua kami dekat sini, eloklah kamu balik. Isteri kamu tunggu dekat rumah tu. Daripada kamu bising pong pang dekat sini tengok Hazel dah balik.” Tuan Bahrain terpaksa menyampuk. Terpaksa dia menghalau cara baik. Risau kalau tak habis juga, nanti Hazel dengan Khairul perang mulut.

Khairul merengus. Sebelum keluar sempat dia bagi Hazel pandangan tajam dan menyampah.

“Kau tunggu Hazel. Aku takkan berdiam diri,” Khairul berbisik ke telinga Hazel. Jangan ingat dia terima keputusan papa macam tu aje.

Hazel tak membalas. Dia dah penat satu hari ni, jadi kalau setakat nak buang tenaga berbalah dengan Khairul memang taklah. Saat itu pandangan matanya bertaupan dengan A9 dan J7. Dia yakin A9 dan J7 turut sama mendengar.

“Hazel, saya ikut awak naik kejap.”

Terkejut Hazel. Bulat matanya memandang A9. Lelaki ni memang tak tahu di mana ‘boundary’ di antara mereka ke? Dia boleh terima lagi bila A9 panggil dia dengan hanya panggilan nama. Tapi kenapa sampai nak ikut naik ke bilik sekali?

“Kenapa pulak? I thought you’re about to go.”

“Kejap aje. Just to make sure that everthing is okay.” Azat mula rasa tak sedap hati. Kut Khairul ada agenda lain.

Jai dah tak terkata. Apa lagi yang Azat nak buat kali ini? Bila dia mengerutkan dahi, Azat beriak biasa. Dia tak mampu menghalang bila Hazel sekadar mengangguk dan Azat membuntuti Hazel naik ke tingkat atas. Dia nak ikut sekali tapi Azat menggeleng. Sudahnya dia terpaksa tunggu di bawah macam tiang batu. Tuan Bahrain pun dah menghilang entah ke mana.

Sampai di depan pintu bilik, Azat menahan tangan Hazel yang mahu memulas tombol pintu. Tajam mata Hazel melawan pandangannya.

“Saya masuk dulu.”

Tak jadi Hazel marah bila lelaki itu menarik tubuhnya perlahan agar berdiri di belakang. Sebaliknya dia rasa lebih selamat dan dilindungi. Sebaik saja bila masuk, pelik dia tengok A9 melilau melihat sekeliling. Sama macam dia yang baru balik ini.

“Awak cari apa?”

Azat tak menjawab. Setiap pelusuk bilik diperiksa termasuklah di sebalik curtain railings. Seperti yang dia jangka, ada pita perakam kecil diletakkan di dalam bilik Hazel.

“Wh…wh..what is that?” Suara Hazel automatik menjadi perlahan. Dia tak pasti apa yang benda kecil berwana hitam yang Azat lontarkan di atas meja. Bukan di curtain railings saja, di belakang katil dan bahagian walk-in wardrobe pun ada juga. Terduduk dia di atas katil, cuba mencerna apa yang baru dilihat.

“Seteruk mana hubungan awak dengan adik-beradik sendiri?” Azat muncul dari bilik mandi dan kembali dengan satu lagi pita perakam kecil. Memang Khairul desperate sangat agaknya sampaikan bilik mandi pun tak terkecuali.

Hazel hanya mampu ketawa kecil. Tak payah tanya, dia dah tahu ini semua kerja siapa. Khairul dah mula main kotor nampaknya. Jangan ingat dia setakat perhati saja. Dia akan buat lebih teruk dari ini.

I can even kill them. Their wives, kids….everyone. Itu dah cukup teruk?”

Azat tak komen apa-apa. Terkejut juga dia bila Hazel menyebut anak isteri segala. Terbayangkan wajah anak-anak Khairul dan Hielmi yang masih kecil, takkan itu pun Hazel nak sentuh.

“Kau takkan tenang, Khairul,” Hazel bercakap sendiri. Bibirnya mengukir senyuman sinis dan kedua belah tangan digenggam erat.

Azat sekadar berdehem. Sekarang baru dah nampak drama di dalam keluarga ini. Tak sangka, kaya nak mampus tapi saling membenci. Saling mahu menjatuhkan sesama sendiri dan rasanya anak-anak Tuan Bahrain tak tahu erti kasih sayang. Wajah Hazel dipandang. Kalau tadi dia rasa kasihan dengan Hazel sampai ajak makan aiskrim, sekarang dia tengok sudut Hazel yang lain. Inikah Hazel sebenar yang dikatakan ‘the villain lady’?

 


p/s : Bagi yang sukakan Hitman Series sebelum ini, Hazel will be your next favourite <3 Happy weekend, stay safe and take care!