NADIA duduk di ruang lobi pejabat.
Nak lunch dengan Maya hari ini. Kata
teman baiknya itu ada berita yang nak dikongsikan bersama. Mata melilau melihat
sekeliling. Namun kelibat Maya tak muncul lagi.
Majalah di bawah meja dicapai Nadia.
Tak ada Chloe ke? The Edge buat apa? Nak baca majalah
tentang bisnes memang akan buat dia muntah darah. Oh terlupa! Ini bukan salon
kecantikan Cik Nadia. Majalah diletakkan semula di tempat asal.
“Belum apa–apa lagi dah kikis duit
bos.” Tiba-tiba telinga Nadia menangkap satu suara sumbang.
“Biasalah, bos kan masih single. Mestilah dia senang nak tackle.” Balas satu suara lain.
Nadia menjeling. Dua orang perempuan
sedang sibuk menganyam ketupat dan duduk bertentangan dengannya.
“Dengar–dengar dia masuk bilik bos,
goda–goda. Sebab tu dapat gaji awal.”
“Ye ke? Cheh! Sahlah dia ada buat something
dengan bos tu.”
Berderau darah Nadia mendengar
umpatan tersebut. Rancaknya mulut! Memang sah mengata Maya ni.
“Biasalah, perempuan murah memang
macam tu. Ada anak tapi tak ada suami. Nampak sangat tak ada maruah.”
Fuh! Makin panas telinga Nadia. Memang
nak kena tenyeh hidup–hidup nampaknya.
Nadia bangun dan mendekat. Berdiri betul–betul di hadapan dua minah
mulut becok dengan tangannya naik bercekak pinggang.
“Seronok mengata kawan aku nampak,” sindir
Nadia.
Keduanya tersentak, berpandangan
sesama sendiri sebelum memandang Nadia tanpa kedip.
“Korang pernah merasa kena lempang
tak?” tanya Nadia berani. Dia black belt
dalam taekwando, setakat nak patahkan
sebatang dua tulang jari minah dua orang ni tak susah mana pun.
Kedua–duanya menggeleng dengan muka blur. Agaknya teramam dengan soalan tak
terduga dari Nadia.
“Lain kali, jangan main lepas cakap kalau tak
tau cerita sebenar. Kutuk lagi sekali, aku hentam sorang–sorang,” ugut Nadia.
Perlahan tapi cukup tegas. Hoyeah!
Ini Nadia okey!
Berubah terus riak dua minah mulut becok.
Siapa tidak takut. Dress paras lutut
yang dipakai Nadia bercorak harimau bintang. Muka serius macam nak cari gaduh. Sebijik harimau jadian!
“Babe!”
Nadia menoleh bila bahunya ditepuk
perlahan. Maya tersenyum memandangnya.
“Jom. Jom. Blah.” Lengan Maya ditarik Nadia. Lagi cepat keluar lagi bagus.
Maya tertoleh–toleh ke belakang. Ni
mesti ada yang tak kena. Wajah dua orang rakan pejabatnya kelat semacam. Kena fire Nadia kot.
“Ni apasal muka macam nak berperang
ni? Did someone step on your tail?”
tanya Maya.
“Not
exactly on my tail. Tapi cukup untuk buat aku mendidih,” jawab Nadia.
Maya tergelak. Bukan dia tak kenal
Nadia. Bab marah memang Nadia nombor satu. Tak ubah macam Wayne Rooney.
Kalaulah Nadia pemain bola sepak, sah takkan terlepas dari kad merah.
“Patutnya kau ikut kelas Anger Management, babe. Kurang sikit
panas baran kau tu,” sakat Maya.
Nadia memberi jelingan tajam. “Yeah, right!”
“Makan kat mana? Aku ada banyak benda nak share ni,” tanya Maya. Mereka berdua bergerak ke arah kereta Nadia yang
diparking di seberang jalan.
“About what?”
“Syazwi.”
Nadia angguk kepala. Syazwi dah masuk
line? Nampak gaya harapan Syazwan
memang tipis macam kulit bawang.
“Nak makan mana?” tanya Maya lagi.
Laju saja dia menerobos masuk ke
dalam kereta Nadia. Mak oi, panas! Sebaik enjin kereta dihidupkan Nadia, cepat–cepat
Maya memasang penghawa dingin. Full blast
terus.
“KFC,
idamanku selalu.”
Maya menoleh dengan muka menyampah.
Apa kes KFC tengah hari buta? Siap
menyanyi lagu tema lagi teman baik di sebelahnya ini.
“Please,
Maya. Aku nak makan Sundae.” Nadia
tayang senyuman lebar. Kaca mata hitam Bonia
disarungkan penuh gaya. Sepasang dengan kaca mata hitam Maya, warna saja yang
berbeza sedikit.
“Soto ayamlah, Nad. Aku mengidam ni,”
pujuk Maya.
“Soto ayam malam nantilah. Panas–panas
ni sedap nak makan Sundae.” Kereta
Nadia sudah mula mengundur keluar dari petak parking.
“Malam nanti ada plan. Syazwi ajak keluar.”
Brek kereta ditekan Nadia. Tak jadi reverse. Wajah Maya dipandang di sebalik
kaca mata hitamnya.
“Cepatnya dia potong line,” kata Nadia. Syazwan, habislah awak!
SYAZWAN memanjangkan lehernya di
sebalik pintu pagar. Myvi Maya yang
punya. Perdana Nadia yang punya. Bermaksud
kedua–duanya ada di rumah.
Ting! Ting! Ting! Pagar diketuk dengan
menggunakan kunci keretanya.
“Maya!!” Syazwan memanggil namun,
senyap tanpa jawapan.
“Maya!! Maya!!” Sekali lagi Syazwan
mencuba nasib. Makin lama, makin kuat ketukannya diselang–selikan dengan
laungan nama Maya.
Pintu rumah dibuka dari dalam.
Ketukan pada pagar terhenti. Di dalam hati, mengharap sangat agar Maya yang
membuka pintu.
Melihat sesusuk tubuh yang tercegat
di muka pintu. Syazwan terkedu. Harimau yaw!
Bukan kekasih hati.
“Awak nak apa?” tanya Nadia dengan
suara yang sedikit kuat.
“Errr..saya nak jumpa Maya,” jawab
Syazwan.
Haish! Kalau dengan Nadia memang dia
kecut perut sikit. Dari dulu sampai sekarang tak pernah surut rasa takutnya
pada harimau jadian anak Datuk Sulaiman itu.
“Maya tak ada. Dia keluar.”
“Then
kenapa kereta dia ada kat sini?”
“Dia keluar dengan kawan,” jawab
Nadia.
Malas nak panjangkan cerita. Syazwi
ajak keluar, Maya tapau Mia sekali. Bla bla bla...Biarlah Maya sendiri yang
membuka mulut. Bagi Syazwan melopong sikit. Menyampah dengan Syazwan. Dulu bukan main nak buang
Maya, sekarang datang cari balik buat apa?
Syazwan termangu di depan pagar. Maya
keluar dengan siapa? Setahunya, hanya Nadia saja kawan yang Maya ada. Yang lain
dia tak kenal sangat. Nak bertanya dengan harimau di depan pintu, dia tak
berani.
“Awak baliklah dulu. Agaknya tengah
malam nanti baru dia sampai,” kata Nadia lagi, dengan niat mahu menghalau.
“Lagi satu. Lain kali jangan pandai–pandai
nak ketuk pagar tu. Ni bukan zaman cintan cintun awak macam kat Sheffield
dulu.”
Terkedu Syazwan. Terpukul dengan kata–kata
Nadia. Mulut Nadia tak pernah berubah. Penuh dengan cili padi.
“Awak tau tak bila dia balik?” tanya
Syazwan.
Nadia yang baru hendak menutup pintu
menjenguk semula ke luar. Berdiri bercekak pinggang dengan pandangan tajam.
Tahap sabarnya sudah semakin nipis.
“Entah,” jawab Nadia pendek.
“Dia bawak Mia sekali tak?”
Nadia mengeluh sambil berpeluk tubuh.
Encik Syazwan yang sedang berdiri di depan pagar rumah sekarang ini betul–betul
tak reti diam. Banyak tanya!
“Dah Mia tu anak dia, mestilah dia
bawak sekali. Why? Ingat dia macam
awak ke? Main tinggal ikut suka. Sekarang baru sibuk nak kutip balik,” jawab
Nadia sinis. Puas hati.
Pang! Syazwan terasa seperti kena tampar
di pipi. Tajam giler sindiran Nadia. Sakit dan memeritkan.
“Awak tunggu apa lagi? Blah lah.”
Dum! Pintu rumah teres dua tingkat itu
terus ditutup Nadia.
Syazwan masih setia di depan pagar
rumah. Kotak rokok di dalam poket seluar dicapai. Tabiat buruk yang masih belum
dibuangnya hingga ke hari ini. Masih muda lagi. Nanti–nanti pandailah dia
berhenti sendiri.
Badannya disandarkan pada bonet
hadapan kereta. Sebelah tangan diselukkan ke dalam poket seluar, yang sebelah
lagi memegang batang rokok dengan asap yang berkepul–kepul.
Nampak macho? Of course! Tapi
padah merokok tu langsung tak macho.
Memudaratkan kesihatan dan boleh membunuh.
Jam di tangannya dikerling sekilas.
Sudah pukul 10 malam tapi Maya masih belum pulang. Takkan Maya nak keluar
sampai tengah malam. Mia pula dibawa sama. Mahunya Mia letih nanti.
Habis sebatang rokok dihisap Syazwan.
Puntung dibuang ke atas jalan dan dipijaknya dengan sebelah kaki. Saat
kepalanya mendongak, sebuah kereta berhenti di depan pagar rumah Maya.
Bersebelahan dengan keretanya.
Pasti Maya! Fikirnya sendiri. Pintu
di sebelah pemandu dan penumpang sama–sama terbuka. Melihat Maya yang keluar dari perut
kereta, dia mengukir senyum. Tapi senyumannya mati tatkala pemandu yang keluar
adalah lelaki.
Untuk seketika pandangan Syazwan dan
Maya bertaupan. Tetapi tidak lama. Selamba saja Maya berpaling dan membuka
pintu belakang.
“Nak saya tolong angkat Mia ke?”
lelaki berbaju merah itu bertanya dan berdiri betul–betul di sebelah Maya.
Syazwan terus bangun dari duduknya di
bonet kereta. Boleh–boleh Maya buat tak nampak sedangkan dia di depan mata.
“It’s
okay. Mia tak berat mana pun,” jawab Maya.
Mia yang sudah tertidur diangkat dari
tempat duduk belakang dan didukungnya. Sedikit pun tidak peduli dengan Syazwan
yang memandangnya tajam.
Syazwi menoleh. Pandangannya kemudian
beralih pada Maya. Bibirnya didekatkan ke telinga Maya.
“Who is he?”
Maya angkat bahu.
“Entah, salah rumah kot,” Maya
berbohong. Nak mengaku yang Syazwan ni suami dia? Oh please, never!
“Thank you for the wonderful dinner,”
ucap Maya dengan senyuman paling manis, dan penuh ikhlas. Dalam masa yang sama, sengaja nak tunjuk depan–depan,
bagi Syazwan rasa terhenyak sedikit.
Syazwi terenyum. Yang si Syazwan di
kereta sebelah pula terpana. Ni lelaki mana yang usung isteri dia malam–malam
macam ni?
“My
pleasure. Lain kali awak pulak belanja saya,” jawab Syazwi.
Pipi Mia dielus perlahan. Anak kecil
yang menawan hatinya. Kalaulah Mia itu anak dia. Dan Maya pula adalah
isterinya.
Oh! Syazwan rasa makin tercabar.
Drama di depannya ini menggoncang kuat egonya sebagai suami.
“Maya.” Syazwan mendekat. Maya dan
Syazwi menoleh serentak.
“Salah orang ke?” soal Maya.
Pang! Syazwan tertampar kali kedua. Tadi
tertampar dengan ayat Nadia, sekarang tertampar dengan ayat Maya.
“Shaz, awak baliklah dulu. Seriously saya tak kenal siapa dia ni,”
kata Maya lagi.
Pang! Syazwan tertampar lagi kali ketiga.
Manakala Syazwi pula masih ragu–ragu. Tak kenal ke buat–buat tak kenal?
“Shaz, please just leave. I can handle this.” Maya sudah menggesa.
Urusannya dengan Syazwan, dia tidak
mahu Syazwi masuk campur. Biarlah dia selesaikan sendiri.
Syazwan sudah berdiri bercekak pinggang.
Hati marah, tapi lidah kelu untuk mengeluarkan kemarahan.
“And you, Shaz. We need to talk.” Maya
berpaling pula pada Syazwan yang membatu di sebelah.
Syazwi tersentak. Sama nama geng! Dan
ya, Maya kenal! Matanya beralih pada Syazwan, kemudian pada Maya semula.
“Awak pasti awak okey?” tanya Syazwi.
Maya angguk kepala.
“Call me tonight.” Syazwi memberi
isyarat tangan.
Syazwan rasa geram tiba–tiba. Siap
pesan suruh telefon? Sabarnya sudah hilang. Dia mendekat lagi, terpacak tegak di
depan Syazwi. Tanganya dihulurkan untuk bersalam.
Maya sudah resah semacam. Dan bila dua tangan
sasa itu bersalaman, dia rasa bagai nak tumbang.
“Saya suami Maya.” Ucapan Syazwan
yang memperkenalkan dirinya begitu buatkan Tangan Maya hampir terlepas memeluk
Mia. Oh! Dia lupa siapa sebenarnya seorang Syazwan Imad.
Takut kena potong line la tu sip kenalkn diri. Mmg sawan tul si syaz ni hahahaha. Wpun x suka dia tgalkn maya gitu tp ttp gk nk diorg bsama huhuhu
ReplyDeleteHai kak ton...
Delete;) ehem. hero yang sengal ni suka ye, yang aladin nya x suka. wuhaaaaa :p...hugsss!
Tercabar yerr bro!!! Padan muka..hahhahaa..
ReplyDeleteGeram ngan sawan pon ku tetap nak depa berdua gak ending dia..
Tq emy..xsabar nk baca versi cetak punye :)
Hai kak ayu...
Delete;) hahahahaha! ni geram2 sayang ke apa nih? ;p glad u like it kak ayu! kita tunggu sama2 tahun dpn k ;) hugsss!
walllaaaaaaaaa 2 hero sawi sawan..hahah..mai sorang kt kite lah..haha..best2...nk lgi cik writer
ReplyDeletehai ano...
Delete;) yang maya tak nak nanti dia bagi k ;p hugsss!
Hai emy....
ReplyDeleteBila nak publish ni?x sabar nak tau ending ni....;-)
Cam biasa nak sawan no sawi k...hihihi;-)
Cam biasa nak nasi tambah emy....lagi & lagi & lagi:-)
thumbs up n good nite + biggggg hug;-)
Hai kak ani...
Delete;) ni masih kekal team daddy lagi lah ni kan :p mudah - mudahan tahun depan kak. nanti kalau ada berita emy sound k. good night and big hugsss! *masa kita sama ;)
suka suka suka...
ReplyDeleteberharap dpt next n3 scepatnyee..kihkih
sayang kak emy <3 <3
Hai whitecoklat91...
Delete;) glad u like it babe. esok akak up entry baru k ;) sayang u more. hugsss!
bestnya.. hehe, siap pekenal diri lgi tuh.. hehe, cpt la siap nvl nih.. thun dpn bulan 2 harap2 dah keluar.. hehe
ReplyDeleteHai Ruunna...
Delete;) bulan 2 tu cepat sangat babe. hahaha! sama2 kita tunggu k ;) hugsss!
Kita tengok ya siapa yang x sabar ... Sawan ke Maya.... Sawi cool ja...
ReplyDeletecepat sambung....
Hai kak sue..
Delete;) sawan dah sedia kena tibai anytime tu ;p hugsss!
hehe... syazwan nape?tercabar ke?mencabar?itu lh sendri mau ingt lh bro...tanggung jawab suami disisi isteri biar pun seribu rintangan...so skrng jawap sndri tepuk dada tanya diri sendiri!!!!!!!!!!
ReplyDeleteHai kak norihan...
Delete;) hahahaha! kak norihan emo tetiba ngan sawan ;p tak kesian dia ke ;) hugsss!
hope syazwan ngan maya..biarlah hepy ending
ReplyDeletehai zue...
Delete;) doakan yang terbaik utk MMS k. hugsss!
Emy dear,
ReplyDeleteMMS versi baru, no more tear...kalu tak susah plak nanti. Sape nak jawab bila blog awak banjir.
Rindu kat KTD, bila next n3? Luv you dear..
Hai has laling...
Delete;) how r u dear? so sorry lama sgt emy tak reply! MMS nanti kita jumpa tahun depan kalau xda aral melintang k ;) kalau banjir ok lagi has, jangan je kena bakaarrrr ;p
KTD finale dah up has, oh please jangan benci al okkk ;p love u more! big hug!