Wednesday, December 26, 2012

Mama Mia Shaza 14 & 15


BAB 14

TUBUH  Mia dibaringkan Syazwan di atas katil. Sempat pipi Mia dicium sekali sebelum dia berpaling menghadap wajah tegang Maya. Marah? Oh! Dia lagi marah. Selamba Maya layangkan penampar sebijik bila dia mengaku sebagai suami di depan lelaki yang tidak tahu timbul dari celah mana di dalam hidup Maya.
“Awak nak apa?” tanya Maya.
Wajah Syazwan ditatap tajam. Bila Syazwan mendekat, Maya masih tegak berdiri di tempat tadi sambil berpeluk tubuh. Tak takut pun. Syazwan takkan sampai tangan. Dulu nak cubit dia pun Syazwan tak sanggup.
“Who is he, Maya?” Syazwan membuka mulut. Syazwi Imad. Masa bersalam tadi, lelaki itu siap bagi nama penuh sekali.
Mata Maya terarah pada tubuh si comel yang bergerak–gerak. Mesti Mia tidak selesa. Baju tidur belum ditukar.
“Lima minit,” pinta Maya.
Pijama Mia di dalam almari dicapai Maya. Dengan penuh hati–hati dia menukar pakaian Mia. Bimbang si jantung hati terjaga. Payah nak pujuk untuk tidur semula kalau Mia terjaga dan menangis.
“Nak minta tolong tak?”
Tangan Syazwan mengelus rambut Mia ditepis Maya. Sempat dihadiahkannya jelingan tajam. Menyibuk melebih!
“Kita bincang di luar,” bisik Maya.
Syazwan sekadar menurut. Mata tidak lepas memandang wajah Mia. Hidung dan mata Mia sebijik tempek wajahnya! Itulah yang buatkan dia lagi jatuh sayang pada Mia.
Melangkah ke ruang tamu dan menunggu Maya di situ, Syazwan kumpul sebanyak mungkin soalan-soalan yang ingin ditanya.
Tidak lama menunggu, kelihatan Maya keluar dari bilik si kecil dan melangkah ke arahnya yang duduk menunggu di sofa.
Suasana di ruang tamu diam dan tegang. Maya di hujung sana manakala Syazwan pula seberang sini. Nadia sudah lama menghilangkan diri ke tingkat atas. Tak nak masuk campur hal suami isteri.
“Siapa dia?” tanya Syazwan kali kedua.
“Shaz. I mean another Shaz,” jawab Maya bersahaja.
Syazwan tarik nafas dalam. Sama nama. Pandai Maya pilih pengganti.
“What do you mean by another Shaz?”
“Yalah, another Shaz. Kenapa? Awak ingat awak sorang saja Shaz kat dalam dunia ni?” Maya menjawab selamba.
Kalau difikirkan betul–betul, dia yang bersalah. Keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suami. Balik pula hampir tengah malam. Mahunya Syazwan tak marah. Salahkah Syazwan mengaku sebagai suami? Dan dia yang terkejut dan marah membuatkan tangan rasa ringan hinggap di pipi Syazwan. Serius dia dihimpit rasa bersalah.
Syazwan tersenyum nipis. Pahit. Shaz versi Papa Mia hanya ada seorang saja Maya. Takkan dah lupa. Hati Syazwan berkata sendiri.
“Awak dah lupa awak isteri saya ke Maya?”
Aik! Ingat pulak Syazwan ni yang dia masih isteri yang sah. Habis tu lebih tiga tahun lalu tak ingat ke? Terangkat sebelah kening Maya.
“Oh! Saya masih isteri awak ke? Ingatkan awak yang dah lupa.”
Pang! Syazwan tertampar lagi. Untuk kali keempat. Dia melepaskan keluhan. Bersandar pada belakang sofa dengan rambut dilurutkan ke belakang. Rambut kusut, fikiran pun turut sama kusut.
“Jangan nak cari gaduh, Maya.”
Datang untuk berjumpa malam ini bukanlah dengan niat nak bertekak. Dia datang mahu memujuk Maya. Mama teringin nak jumpa Mia. Kalau diikutkan hati, boleh saja kiranya dia ‘culik’ Mia sejam dua dari nursery tanpa izin Maya.
Mama nak jumpa cucu mama.
Umur dia berapa?
Iras siapa? Shaz ke Maya?
Itulah soalan-soalan Maya yang menghujaninya. Kalau boleh, malam ini juga dia nak bawak Mia balik rumah mama.
“Kita berpisah, Shaz.” Permintaan Maya buatkan Syazwan rasa terhenyak teruk. Lain yang diharap, lain yang menjadi. Maya sekarang sudah semakin berani.
“Pernah dengar cerai fasakh tak?” tanya Maya perlahan. This is totally not good, Maya!
Oh gosh! Syazwan betul–betul rasa tertekan. Maya sudah merepek yang bukan–bukan. Wajah ditunduk  memandang lantai dengan kedua–dua belah tangan diletakkan di belakang tengkuk. Rasa takut, resah dan sedih kini bertamu di dalam hati.
Takut untuk kehilangan Maya. Resah kerana tidak dapat memujuk Maya dengan cara baik. Dan sedih jika satu hari dia harus menjauh dari kehidupan Maya dan Mia.
Ops! Saya terlupa. Awak kan cetek ilmu agama, agaknya awak tak tahu pun maksud cerai fasakh tu. Dah berapa lama awak tinggalkan saya Shaz?”
Fuh! Panas telinga Syazwan. Menyindir tahap tertinggi. Wajah selamba Maya ditatap. Cetek agama tak semestinya dia tak faham apa itu cerai fasakh.
“Selama  ni saya sorang yang besarkan Mia. Tak pernah ada masalah pun. So just let us go, Shaz. Tak ada guna saya bersuamikan lelaki macam awak. Ketua keluarga yang tak dapat membimbing keluarga sendiri.” Lancang mulut Maya meluahkan kemarahan di hati.
Syazwan terdiam. Kerdilnya dia! I’m sorry Maya. I can’t be perfect!


SYAZWAN ketawa sendiri. Gelas di atas bar diputar–putarnya dengan tangan. Soal kepala pening ditolak tepi. Bayang–bayang Maya dilihatnya di mana–mana. Habis ketawa, dia tertunduk lama.
     ‘Jangan minum lagi, Shaz. Nanti awak makin mabuk.
Syazwan mendongak. Toleh kiri kanan. Tiada Maya. Syazwan tersenyum nipis. Memang dah sah dia gila bayang dengan isteri sendiri.
Shaz, baliklah sekarang. Saya tunggu awak. Dah lambat dah ni. Esok kita ada kelas.’ Suara lembut Maya ketika memujuk waktu dulu-dulu menerpa anak telinganya.
Syazwan tersenyum lagi.  Itulah ayat tetap Maya yang memujuk dia balik setiap kali dia bertukar menjadi Badman ketika di Sheffield dulu.
Kalau dulu, Maya akan setia menunggunya di muka pintu. Bila muntah, Maya yang akan tolong bersihkan. Bila pening, Maya yang akan tolong urutkan kepala. Pendek kata, seteruk mana pun dia, Maya tetap bersabar.
Tapi kini? Nak balik apartment pun tiada sesiapa yang akan menyambut kepulangannya. Perabot yang kaku dan ikan Arawana yang berenang kiri kanan di dalam akuarium saja yang menjadi peneman. What a pathetic life I have, Maya!
If you go hard you gotta get on the floor,
If you’re a party freak, then step on the floor,
If you’re an animal then tear up the floor,
Break a sweat on the floor, yeah we work on the floor.
Syazwan bangun dan bergerak keluar. Dalam hati nak balik dan melontarkan tubuh ke katil. Lagu J. Lo langsung tidak menarik perhatiannya. Dance floor di depan mata hanya dipandang sekilas. Biasanya itulah yang menarik perhatiannya. Lenggok mana–mana perempuan yang menari sampai lupa dunia yang menggetarkan keinginan lelakinya. Tapi hari ini, dia rasa jijik. Nak pandang pun dia tak lalu.
Perjalanan yang sepatutnya sekejap saja terasa begitu lama. Lagi–lagi hujan sudah mula renyai–renyai. Hati terasa makin sunyi dan sedih. Oh! Takkan nak menangis. Tak macho!
Pedal minyak ditekan Syazwan. Makin laju keretanya membelah jalan. Benarlah kata orang, don’t drink and drive. Sampai di traffic light, Lexus IS250 berwarna putih Syazwan tidak sempat berhenti. Stereng kereta dipusingkan ke kanan tanpa sedar.
Boom!
Airbag di depan stereng terbuka.
“Arghh!”
Syazwan menjerit melepaskan geram. Bawalah lagi laju–laju. Sedap–sedap langgar tiang traffic light!


BAB 15

Syazwi intai ke bilik papanya yang sedikit terbuka. Lampu yang masih terpasang memudahkan matanya menangkap bayang papanya yang duduk di kerusi rotan di balkoni bilik. Lantas, Syazwi atur langkah masuk menuju ke arah papanya.
“TAK tido lagi ke?” Syazwi menegur.
Kamal berpaling. Anak terunanya berdiri di sliding door dengan muka segar. Dapat agak. Syazwi baru lepas mandi.
“Papa bosan,” jawab Kamal.
Berkepul–kepul asap cerutnya di udara. Syazwi mengambil tempat duduk di kerusi rotan sebelah. Wajah Papanya dijeling sekilas. Tebalnya asap. Cerut dari celah mana yang papa hisap ni?
 “Nak try ke?” Kamal membuat tawaran.
Syazwi tergelak sambil mengeleng. Pandangannya dilontarkan ke hadapan. Malam ini katak aktif menyanyi. Hujan renyai–renyai yang membasahi bumi membuatkan tubuhnya yang terdedah terasa sedikit dingin.
“Camelia apa khabar?” Soalan cepumas papa memang tak boleh blah.
“Entah. Don’t know don’t care,” jawab Syazwi acuh tak acuh. Camellia sihat ke tak, terjun laut ke tak, bukan urusan dia.
“Kalau Shaz tak nak Camelia, papa boleh cari lain.” Kamal menawarkan diri.
Taste papa semua tak boleh haraplah.” Jawapan Syazwi membuatkan Kamal terbatuk kecil.
Syazwi menoleh ke sisi. “Kan dah pesan jangan hisap lagi benda alah tu,” rungut Syazwi. Orang tua memang selalu degil macam papa ke?
Kamal sekadar tersenyum. Omelan Syazwan umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
“Pa, tak nak kahwin baru ke?”
“What?” Terjegil mata Kamal mendengar soalan si anak.
Syazwi tayang senyum segaris.
“Dah tua dah pun,” jawab Kamal. Kambing tua siapa yang nak. Dulu–dulu masa badan masih bergetah pun siap kena tinggal isteri sendiri. Salah siapa? Bekas isteri atau dia sendiri?
“Mana tau. Belum cuba belum tau, pa. Poket kan penuh. Siap ada pangkat lagi,” sakat Syazwi.
No. No. Papa dah expired. Shaz bila nak cari calon? Papa boleh masuk meminang terus.” Kamal mengubah topik.
Cadangan Syazwi memang tak boleh pakai. Nanti apa kata orang Datuk Kamal yang dah berumur 60 tahun berkahwin baru. Iskh, tak naklah!
Tawa Syazwi mati perlahan–lahan. Maya. Maya. Maya. Itulah calon yang ada di hatinya ketika ini. Tapi, nak menggapai Maya memang mustahil. Hati retak seribu bila mendapat tahu yang Maya rupanya masih isteri orang.
Janda beranak satu? Ku terima dengan rela hati.
Perempuan tanpa suami? Mia anak luar nikah? Ku tutup sebelah mata.
Balu? Ku terima dengan rela hati.
Isteri orang? Pet! Pet! Boleh blah!
Mana dia tak geram. Rasa tertipu tahap songoku supersaya. Maya kata tak ada suami. Bla bla bla...Tup–tup suami Maya muncul di depan rumah sewa Maya. Siap perkenalkan diri penuh sopan. Sangat memalukan diri sendiri yang sedang mengusung hak milik lelaki lain.
“Shaz jatuh cinta dengan isteri orang, pa. Silap,” luah Syazwi.
“Laaaaa..ye ke?”
Syazwi angguk kepala. Haruslah nak luah dengan papa. Takkan nak luah dengan Makcik Nora pembantu rumah. Malu!
“Pa, ada add mama kat FB tak?” tanya Syazwi tiba–tiba.
Berkerut dahi Kamal. “Kenapa pulak?”
Syazwi tidak menjawab. Dia angkat punggung menuju ke arah meja di sudut bilik. Dan melabuhkan punggung di kerusi yang terdapat di situ.
“Kenapa dengan FB mama?” laung Kamal dari balkoni luar.
Senyap! Laju saja tangan Syazwi meneruskan melarikan mouse sana sini. Dia ingin mencari kepastian tentang keraguan di kepalanya.
Log in. Rafaniah Harun. Search! Syazwan Iman. Son.
Syazwi mengeleng kepala. Tangan naik meraup wajahnya kasar. Sah! Syazwan Imad! Bingo!
“Papa, why did she leave us?”Soalan Syazwi dari dalam dibiarkan pergi oleh Kamal. Tak nak jawab. Tak akan jawab. Andainya masa boleh diputar semula......



Tuesday, December 18, 2012

Mama Mia Shaza (MMS) 13


NADIA duduk di ruang lobi pejabat. Nak lunch dengan Maya hari ini. Kata teman baiknya itu ada berita yang nak dikongsikan bersama. Mata melilau melihat sekeliling. Namun kelibat Maya tak muncul lagi.
Majalah di bawah meja dicapai Nadia. Tak ada Chloe ke? The Edge buat apa? Nak baca majalah tentang bisnes memang akan buat dia muntah darah. Oh terlupa! Ini bukan salon kecantikan Cik Nadia. Majalah diletakkan semula di tempat asal.
“Belum apa–apa lagi dah kikis duit bos.” Tiba-tiba telinga Nadia menangkap satu suara sumbang.
“Biasalah, bos kan masih single. Mestilah dia senang nak tackle.” Balas satu suara lain.
Nadia menjeling. Dua orang perempuan sedang sibuk menganyam ketupat dan duduk bertentangan dengannya.
“Dengar–dengar dia masuk bilik bos, goda–goda. Sebab tu dapat gaji awal.”
“Ye ke? Cheh! Sahlah dia ada buat something dengan bos tu.”
Berderau darah Nadia mendengar umpatan tersebut. Rancaknya mulut! Memang sah mengata Maya ni.
“Biasalah, perempuan murah memang macam tu. Ada anak tapi tak ada suami. Nampak sangat tak ada maruah.”
Fuh! Makin panas telinga Nadia. Memang nak kena tenyeh hidup–hidup nampaknya.  Nadia bangun dan mendekat. Berdiri betul–betul di hadapan dua minah mulut becok dengan tangannya naik bercekak pinggang.
 “Seronok mengata kawan aku nampak,” sindir Nadia.
Keduanya tersentak, berpandangan sesama sendiri sebelum memandang Nadia tanpa kedip.
“Korang pernah merasa kena lempang tak?” tanya Nadia berani. Dia black belt dalam taekwando, setakat nak patahkan sebatang dua tulang jari minah dua orang ni tak susah mana pun.
Kedua–duanya menggeleng dengan muka blur. Agaknya teramam dengan soalan tak terduga dari Nadia.
 “Lain kali, jangan main lepas cakap kalau tak tau cerita sebenar. Kutuk lagi sekali, aku hentam sorang–sorang,” ugut Nadia. Perlahan tapi cukup tegas. Hoyeah! Ini Nadia okey!
Berubah terus riak dua minah mulut becok. Siapa tidak takut. Dress paras lutut yang dipakai Nadia bercorak harimau bintang. Muka serius macam nak cari gaduh. Sebijik harimau jadian!
“Babe!”
Nadia menoleh bila bahunya ditepuk perlahan.  Maya tersenyum memandangnya.
“Jom. Jom. Blah.” Lengan Maya ditarik Nadia. Lagi cepat keluar lagi bagus.
Maya tertoleh–toleh ke belakang. Ni mesti ada yang tak kena. Wajah dua orang rakan pejabatnya kelat semacam. Kena fire Nadia kot.
“Ni apasal muka macam nak berperang ni? Did someone step on your tail?” tanya Maya.
Not exactly on my tail. Tapi cukup untuk buat aku mendidih,” jawab Nadia.
Maya tergelak. Bukan dia tak kenal Nadia. Bab marah memang Nadia nombor satu. Tak ubah macam Wayne Rooney. Kalaulah Nadia pemain bola sepak, sah takkan terlepas dari kad merah.
“Patutnya kau ikut kelas Anger Management, babe. Kurang sikit panas baran kau tu,” sakat Maya.
Nadia memberi jelingan tajam. “Yeah, right!”
 “Makan kat mana? Aku ada banyak benda nak share ni,” tanya Maya.  Mereka berdua bergerak ke arah kereta Nadia yang diparking di seberang jalan.
“About what?”
“Syazwi.”
Nadia angguk kepala. Syazwi dah masuk line? Nampak gaya harapan Syazwan memang tipis macam kulit bawang.
“Nak makan mana?” tanya Maya lagi.
Laju saja dia menerobos masuk ke dalam kereta Nadia. Mak oi, panas! Sebaik enjin kereta dihidupkan Nadia, cepat–cepat Maya memasang penghawa dingin. Full blast terus.
KFC, idamanku selalu.”
Maya menoleh dengan muka menyampah. Apa kes KFC tengah hari buta? Siap menyanyi lagu tema lagi teman baik di sebelahnya ini.
Please, Maya. Aku nak makan Sundae.” Nadia tayang senyuman lebar. Kaca mata hitam Bonia disarungkan penuh gaya. Sepasang dengan kaca mata hitam Maya, warna saja yang berbeza sedikit.
“Soto ayamlah, Nad. Aku mengidam ni,” pujuk Maya.
“Soto ayam malam nantilah. Panas–panas ni sedap nak makan Sundae.” Kereta Nadia sudah mula mengundur keluar dari petak parking.
“Malam nanti ada plan. Syazwi ajak keluar.”
Brek kereta ditekan Nadia. Tak jadi reverse. Wajah Maya dipandang di sebalik kaca mata hitamnya.
“Cepatnya dia potong line,” kata Nadia. Syazwan, habislah awak!

SYAZWAN memanjangkan lehernya di sebalik pintu pagar. Myvi Maya yang punya. Perdana Nadia yang punya.  Bermaksud kedua–duanya ada di rumah.
Ting! Ting! Ting! Pagar diketuk dengan menggunakan kunci keretanya.
“Maya!!” Syazwan memanggil namun, senyap tanpa jawapan.
“Maya!! Maya!!” Sekali lagi Syazwan mencuba nasib. Makin lama, makin kuat ketukannya diselang–selikan dengan laungan nama Maya.
Pintu rumah dibuka dari dalam. Ketukan pada pagar terhenti. Di dalam hati, mengharap sangat agar Maya yang membuka pintu.
Melihat sesusuk tubuh yang tercegat di muka pintu. Syazwan terkedu. Harimau yaw! Bukan kekasih hati.
“Awak nak apa?” tanya Nadia dengan suara yang sedikit kuat.
“Errr..saya nak jumpa Maya,” jawab Syazwan.
Haish! Kalau dengan Nadia memang dia kecut perut sikit. Dari dulu sampai sekarang tak pernah surut rasa takutnya pada harimau jadian anak Datuk Sulaiman itu.
“Maya tak ada. Dia keluar.”
Then kenapa kereta dia ada kat sini?”
“Dia keluar dengan kawan,” jawab Nadia.
Malas nak panjangkan cerita. Syazwi ajak keluar, Maya tapau Mia sekali. Bla bla bla...Biarlah Maya sendiri yang membuka mulut. Bagi Syazwan melopong sikit. Menyampah  dengan Syazwan. Dulu bukan main nak buang Maya, sekarang datang cari balik buat apa?
Syazwan termangu di depan pagar. Maya keluar dengan siapa? Setahunya, hanya Nadia saja kawan yang Maya ada. Yang lain dia tak kenal sangat. Nak bertanya dengan harimau di depan pintu, dia tak berani.
“Awak baliklah dulu. Agaknya tengah malam nanti baru dia sampai,” kata Nadia lagi, dengan niat mahu menghalau.
“Lagi satu. Lain kali jangan pandai–pandai nak ketuk pagar tu. Ni bukan zaman cintan cintun awak macam kat Sheffield dulu.”
Terkedu Syazwan. Terpukul dengan kata–kata Nadia. Mulut Nadia tak pernah berubah. Penuh dengan cili padi.
“Awak tau tak bila dia balik?” tanya Syazwan.
Nadia yang baru hendak menutup pintu menjenguk semula ke luar. Berdiri bercekak pinggang dengan pandangan tajam. Tahap sabarnya sudah semakin nipis.
“Entah,” jawab Nadia pendek.
“Dia bawak Mia sekali tak?”
Nadia mengeluh sambil berpeluk tubuh. Encik Syazwan yang sedang berdiri di depan pagar rumah sekarang ini betul–betul tak reti diam. Banyak tanya!
“Dah Mia tu anak dia, mestilah dia bawak sekali. Why? Ingat dia macam awak ke? Main tinggal ikut suka. Sekarang baru sibuk nak kutip balik,” jawab Nadia sinis. Puas hati.
Pang! Syazwan terasa seperti kena tampar di pipi.  Tajam giler sindiran Nadia. Sakit dan memeritkan.
“Awak tunggu apa lagi? Blah lah.”
Dum! Pintu rumah teres dua tingkat itu terus ditutup Nadia.
Syazwan masih setia di depan pagar rumah. Kotak rokok di dalam poket seluar dicapai. Tabiat buruk yang masih belum dibuangnya hingga ke hari ini. Masih muda lagi. Nanti–nanti pandailah dia berhenti sendiri.
Badannya disandarkan pada bonet hadapan kereta. Sebelah tangan diselukkan ke dalam poket seluar, yang sebelah lagi memegang batang rokok dengan asap yang berkepul–kepul.
Nampak macho? Of course! Tapi padah merokok tu langsung tak macho. Memudaratkan kesihatan dan boleh membunuh.
Jam di tangannya dikerling sekilas. Sudah pukul 10 malam tapi Maya masih belum pulang. Takkan Maya nak keluar sampai tengah malam. Mia pula dibawa sama. Mahunya Mia letih nanti.
Habis sebatang rokok dihisap Syazwan. Puntung dibuang ke atas jalan dan dipijaknya dengan sebelah kaki. Saat kepalanya mendongak, sebuah kereta berhenti di depan pagar rumah Maya. Bersebelahan dengan keretanya.
Pasti Maya! Fikirnya sendiri. Pintu di sebelah pemandu dan penumpang sama–sama  terbuka. Melihat Maya yang keluar dari perut kereta, dia mengukir senyum. Tapi senyumannya mati tatkala pemandu yang keluar adalah lelaki.
Untuk seketika pandangan Syazwan dan Maya bertaupan. Tetapi tidak lama. Selamba saja Maya berpaling dan membuka pintu belakang.
“Nak saya tolong angkat Mia ke?” lelaki berbaju merah itu bertanya dan berdiri betul–betul di sebelah Maya.
Syazwan terus bangun dari duduknya di bonet kereta. Boleh–boleh Maya buat tak nampak sedangkan dia di depan mata.
It’s okay. Mia tak berat mana pun,” jawab Maya.
Mia yang sudah tertidur diangkat dari tempat duduk belakang dan didukungnya. Sedikit pun tidak peduli dengan Syazwan yang memandangnya tajam.
Syazwi menoleh. Pandangannya kemudian beralih pada Maya. Bibirnya didekatkan ke telinga Maya.
“Who is he?”
Maya angkat bahu.
“Entah, salah rumah kot,” Maya berbohong. Nak mengaku yang Syazwan ni suami dia? Oh please, never!
“Thank you for the wonderful dinner,” ucap Maya dengan senyuman paling manis, dan penuh ikhlas. Dalam  masa yang sama, sengaja nak tunjuk depan–depan, bagi Syazwan rasa terhenyak sedikit.
Syazwi terenyum. Yang si Syazwan di kereta sebelah pula terpana. Ni lelaki mana yang usung isteri dia malam–malam macam ni?
My pleasure. Lain kali awak pulak belanja saya,” jawab Syazwi.
Pipi Mia dielus perlahan. Anak kecil yang menawan hatinya. Kalaulah Mia itu anak dia. Dan Maya pula adalah isterinya.
Oh! Syazwan rasa makin tercabar. Drama di depannya ini menggoncang kuat egonya sebagai suami.
“Maya.” Syazwan mendekat. Maya dan Syazwi menoleh serentak.
“Salah orang ke?” soal Maya.
Pang! Syazwan tertampar kali kedua. Tadi tertampar dengan ayat Nadia, sekarang tertampar dengan ayat Maya.
“Shaz, awak baliklah dulu. Seriously saya tak kenal siapa dia ni,” kata Maya lagi.
Pang! Syazwan tertampar lagi kali ketiga. Manakala Syazwi pula masih ragu–ragu. Tak kenal ke buat–buat tak kenal?
“Shaz, please just leave. I can handle this.” Maya sudah menggesa.
Urusannya dengan Syazwan, dia tidak mahu Syazwi masuk campur. Biarlah dia selesaikan sendiri.
Syazwan sudah berdiri bercekak pinggang. Hati marah, tapi lidah kelu untuk mengeluarkan kemarahan.
“And you, Shaz. We need to talk.” Maya berpaling pula pada Syazwan yang membatu di sebelah.
Syazwi tersentak. Sama nama geng! Dan ya, Maya kenal! Matanya beralih pada Syazwan, kemudian pada Maya semula.
“Awak pasti awak okey?” tanya Syazwi.
Maya angguk kepala.
“Call me tonight.” Syazwi memberi isyarat tangan.
Syazwan rasa geram tiba–tiba. Siap pesan suruh telefon? Sabarnya sudah hilang. Dia mendekat lagi, terpacak tegak di depan Syazwi. Tanganya dihulurkan untuk bersalam.
 Maya sudah resah semacam. Dan bila dua tangan sasa itu bersalaman, dia rasa bagai nak tumbang.
“Saya suami Maya.” Ucapan Syazwan yang memperkenalkan dirinya begitu buatkan Tangan Maya hampir terlepas memeluk Mia. Oh! Dia lupa siapa sebenarnya seorang Syazwan Imad.

Saturday, December 15, 2012

Mama Mia Shaza (MMS) 11 &12


BAB 11


SYAZWAN masih tayang senyum. Ingat dia dan Maya buat maksiat dalam kereta ke? Huh! Maya isterinya. Istilah maksiat tu tak ada dalam kamus suami isteri.
Maya disebelah dikerling sekilas. Monyok saja mak singa, tapi masih nampak cantik di mata Syazwan Imad.
“Hantar saya balik,” ucap Maya. Nada tegas.
Mahu tak luruh jantungnya kena tangkap pencegah maksiat malam–malam begini. Parking lot depan taman jam 11.30 malam. Cermin kereta gelap semacam. Lampu jalan tak terpasang. Pandai Syazwan cari port untuk ‘diserbu’.
“Balik mana? Rumah kita?”
Maya menoleh. Bibirnya bawahnya diketap. Selamba saja riak Syazwan yang sedang memandu di sebelahnya. Lawak di malam hari begini memang dia takkan ‘makan’ okey!
“Rumah sayalah,” jawab Maya geram.
Syazwan sembunyi senyum. Saja nak menyakat Maya.
“Awak kerja kat mana sekarang?” tanya Syazwan yang meneruskan permanduan dengan tenang.
Maya diam. Dijelingnya Syazwan di sebelah.
“Maya?”
Diam lagi.
“Kalau awak tak jawab, saya tak hantar awak balik. Mana tau Mia nak tambah adik.” Syazwan mengugut.
“Bangi,” laju Maya menjawab mengundang ketawa Syazwan. Tau pun takut!
“Shaz, awak dan saya. Tak mungkin akan bersama semula,” kata Maya tiba–tiba. Pandangannya dilontarkan ke luar tingkap.
“Jangan yakin sangat, Maya. Nanti diri sendiri yang merana,” balas Syazwan bersahaja.
Maya tersenyum nipis. Rasanya lebih baik merana hidup tanpa Syazwan daripada merana menahan kecewa melihat Syazwan berkepit ke hulu ke hilir dengan perempuan yang bukan dirinya.
“Kalau bukan demi kita, at least demi Mia,” kata Syazwan lagi.
“Mia tu anak saya seorang, Shaz. Awak tak ada hak.”
“Mia tu bukan hak saya? Habis tu Mia berbintikan nama siapa? Another Syazwan Imad? Ada ke lelaki lain yang sama nama dengan saya?” tebak Syazwan.
Terdiam terus Maya. Syazwan memang. Kalau berlawan kata memang nombor satu. Manis mulutlah katakan.
“Awak buat apa kat nursery Mia? Sampai anak saya menangis?” sengaja Maya menukar topik lain.
Correction, please. Anak kita.” Syazwan membuat pembetulan.
Maya hanya diam saja, malas mahu berlawan kata. Sebabnya, dia sudah tahu yang dia memang akan kalah.
“Entah jantan mana yang tak pandai jaga anak sampai kurang ajar sangat dengan Mia. Dah langgar kepala Mia, tak tahu nak minta maaf. Sakit kena langgar, tu yang Mia menangis. I was trying to calm her down, tapi awak pulak main ikut sedap je ketuk kepala saya,” jelas Syazwan panjang lebar.
Maya masih diam. Rasa bersalah? Adalah sikitlah.
“Shaz, Mia tak kenal papa dia. Boleh tak kalau awak jangan muncul terus dalam hidup Mia?” permintaan Maya buatkan Syazwan tersentak. Namun, dia masih tayang riak tenang.
“Dia tak pernah cari papa dia ke?” tanya Syazwan.
“Dia tak pernah tahu awak wujud pun, buat apa dia nak cari?”
Syazwan  terus terhenyak dengan kata–kata Maya. Pedas! Tetapi dia harus akur. Silap sendiri, tanggunglah sendiri.
Suasana jadi diam semula. Masing–masing  hanya melayan perasaan sendiri.  Maya dengan perasaan geram. Syazwan dengan perasaan bersalah.
Sebaik tiba di depan rumah sewa Maya, Syazwan menoleh ke arah Maya di sisi. Wajah Maya yang sangat-sangat dirinduinya dipandang penuh sayang.
“Maya, saya tidur sini boleh?” tanya Syazwan dengan sengihan di bibir. Mode menyakatnya datang lagi.
“Ni bukan rumah tumpangan, so the answer is no.” Jawapan Maya memag menghampakan tetapi Syazwan masih mampu mengukir senyum.
Then izinkan saya masuk kejap, saya nak jenguk Mia.”
“Mia dah tidur, tak payahlah nak jenguk,” balas Maya pantas.
Syazwan tarik nafas dalam.
“Sekali je Maya, lepas tu saya balik.” Syazwan masih cuba memujuk. Badannya dipusingkan menghadap Maya di sebelah. Makin tegang riak wajah Maya.
Tanpa suara, Maya terus membuka pintu kereta dan mahu melangkah keluar tapi tangannya sempat disambar Syazwan.
“Please, Maya. Only this one time,” rayu Syazwan lagi.
“Jangan paksa saya, Shaz. Semua ni terlalu cepat untuk saya dan Mia,” jawab Maya.
Syazwan akhirnya mengalah. Perlahan–lahan pegangannya pada tangan Maya dilepaskan.
Okay. Take your time. Tapi jangan lama sangat, saya nak mulakan hidup baru dengan awak dan Mia,” ucap Syazwan ikhlas.
Maya tidak menjawab. Terus saja dia keluar dari perut kereta dan bergerak ke pagar utama. Beberapa saat kemudian, langkahnya terhenti. Berpaling semula dan menuju ke arah bahagian pemandu. Cermin kereta Syazwan diketuk dari luar.
“Boleh. Tapi lima minit saja. Tak lebih dari tu,” ucap Maya.
Syazwan senyum segaris. Oh Maya! Cepat–cepat pintu kereta dibuka. Dia mengekori Maya dari belakang dengan hati berbunga–bunga. Mia sayang, papa datang nak bagi good night kiss!

SYAZWI termenung di meja kerja. Papa memang, tak habis–habis lagi dengan isu nak jodohkan dia dengan Camelia anak datuk mana entah.
Kalau papa nak sangat dengan perempuan tu, baik papa aje yang kahwin. Kan senang, habis cerita terus. Dia pun boleh dapat ibu tiri. Pakej lengkap untuk keluarga yang lengkap. Tak payah nak tunggu mama. Mama kan dah pergi tinggalkan dia dan papa.
Huh! Dasar perempuan materialistik.  Tak dapat duduk jenuh dengan satu lelaki. Bila ada yang lebih bagus, terus blah angkat kaki tinggalkan yang lama.
Mama menghilangkan diri bila usianya baru tiga tahun. Menangis mencari–cari wajah mama dari pagi sampai ke malam. Dan papalah yang memujuknya tanpa putus asa. Sampai hati mama!
Tibat-tiba dia teringatkan misinya untuk mecari mama di facebook. Zaman sekarang kan dah moden. Friendster dah pupus entah di mana.
Segera jemarinya bergerak mencari mouse di atas meja. Rafaniah Harun. Profile mama diklik.
Syazwi tersenyum sinis. Facebook mamanya berjaya dijejaki. Wajah yang masih sama seperti dulu. Cuma nampak tua sedikit. Kali terakhir melihat wajah mama pun lebih kurang sepuluh tahun yang lalu. Gambar mama yang dijumpai di bawah bantal papa. Agaknya menjadi peneman tidur papa.
 Mouse digerakkan lagi ke bawah. Matanya menangkap sebaris nama. Syazwan Imad. Son.
Jadi inilah adik tirinya. Yang dibela mamanya penuh kasih, sedangkan dia ditinggalkan tanpa kasih sayang ibu sendiri.
Lama Syazwi termenung di situ sebelum bangkit berdiri. Ah! Kenapa nak fikirkan masa lalu. Baik dia fikirkan masa akan datang. Atau, baik dia fikirkan bagaimana cara untuk mendekati Maya.
Sebut saja nama Maya, bibir Syazwan terus mengukir senyum. Langkah diatur menjenguk di sebalik pintu. Melihat kelibat Maya yang sedang tekun membuat kerja di mejanya, senyuman makin lebar terhias di bibir. Rajinnya mak singa!
Kemeja biru muda yang tersarung di tubuhnya dibetulkan agar nampak kemas. Lengan baju dilipat naik sampai ke paras siku.  Tali leher yang sedikit bengkok dibetulkan.
Sebelum mengatur langkah, Syazwi tarik nafas dalam–dalam. Dengan gaya ala–ala lelaki Melayu terakhir, dia bergerak ke arah meja Maya.
“Ehem.”
Maya mendongak.  Wajah Syazwi yang berdiri di tepi mejanya menjadi sasaran mata. Senyuman Syazwi dibalas mesra oleh Maya.
“Sibuk ke?” tanya Syazwi.
 “Kan dah nampak saya tengah bekerja ni. Maksudnya, sibuklah tu.”
Ouch! Senyuman Syazwi bertukar kelat. Maya ni tengah buat lawak ke tengah menyindir?
“Mia apa khabar?” tanya Syazwi lagi.
“Awak tak bosan ke tanya soalan yang sama tiap hari?” kata Maya dengan senyumannya yang masih lebar seperti tadi. Dia tak marah pun sebenarnya, makin suka adalah. Ada juga yang mengambil berat tentang Mia.
Syazwi tersengih lagi. Kedua–dua belah tangannya mendarat di atas meja Maya. Dia menunduk sedikit, mendekatkan wajahnya ke wajah Maya yang mendongak memandangnya.
“So, should I change my question then? Instead of how’s Mia, maybe I should change it to how’s Mia’s mum?”
Gulp! Tengah mengayat ke Syazwi ni? Tiba-tiba Maya rasa rasa mukanya berubah warna merah. Wajhnya ditunduk memandang kertas kerja yang bertaburan di atas meja. Janganlah Kak Zah di sebelah meja dengar kata-kata Syazwi tadi.
“Duit gaji tu, terima kasih.” Maya mengubah topik. Pagi dia minta tolong, petangnya akaun bank sudah berduit. Magik!
Syazwi ketawa kecil. Tubuhnya ditegakkan semula. Tabiat seperti biasa. Tangan bermain dengan hujung necktie. Jantung dup dap dup dap setiap kali berdepan dengan Maya. Hatinya dah jatuh sayang dengan Mama Mia!
No hal. Asalkan semua dah settle. Kalau perlukan pertolongan lagi, jangan segan nak bagitau. Saya boleh bantu,” kata Syazwi.
Maya single mother, nak jaga Mia seorang memang susah. Jadi dia tak kisah nak hulurkan bantuan. Niat di hati memang nak sunting saja Maya terus jadi isteri. Tapi mak singa di depannya ini liat sangat.
Bila bawa keluar bertiga, Maya ajak Nadia ikut sekali. Jadilah berempat. Kemudian bila bawa lunch bersama, Maya ajak Kak Zah sekali. Tak pun Faizal. Kesimpulannya, keluar berdua dengan Maya memang tak pernah.
 “It’s okay Shaz. So far I can  handle all these by myself,” jawab Maya tenang. Dia sudah biasa dengan kehidupannya sekarang. Lagipun dia ada Nadia. Kalau teruk sangat masalahnya, Nadia sentiasa membantu.
Maya merenung wajah Syazwi yang masih berdiri di depannya dengan senyuman masih mekar di bibir.
Kacak? Ya.
Muka kasanova? Tidak.
Muka macam orang yang beriman? Ya.
Baik? Memang.
Agaknya lelaki macam Syazwilah yang papa mahukan untuk menjadi suaminya. Bukan lelaki seperti Syazwan.
 “Awak tau pasal Expo Oil and Gas and Plantation tu kan?”  Syazwan bersuara mengubah topik tentang kerja.
Maya angguk kepala sebagai jawapan.
“Saya nak awak terlibat sama.”
Maya angguk lagi. Faham dengan kehendak ketuanya.
“But not in oil and gas, get involved in plantation part,” sambung Syazwi lagi.
Melopong mulut Maya. Salah dengar? Cotton bud tersumbat di lubang telinga ke? Tak mungkin.
“Kenapa plantation?” tanya Maya, terkejut.
Syazwi senyum lagi. Ah! Senyuman yang boleh mencairkan hati Maya jika selalu sangat dilihat.
“Nak awak merasa bidang baru,” jawab Syazwi ringkas dan mudah.
Erk! Maya terdiam. Bidang baru apanya. Ni tak ubah macam chef restoran kena suruh menjahit baju. Bidang yang jauh menyimpang. Argh! Syazwi sengaja nak mendera ke apa?


BAB 12


“ASSALAMUALAIKUM papa, mama.”
“Waalaikumsalam,” jawab Arshad dan isteri serentak.
Mala muncul di depan pintu dengan senyuman lebar. Mencium tangan mama dan papa yang sedang duduk di ruang rehat. Punggungnya dilabuhkan di sebelah mamanya.  Sempat mata menjeling sekilas ke arah papanya yang memandangnya tajam. Ni mesti kes akan kena goreng dengan papa tak lama lagi.
“Baru balik? Dah pukul 11 dah ni.” Arshad membuka mulut.
Mala tayang senyuman lebar. Bantal kecil di sebelahnya dicapai dan dipeluk.
“Ada hal dengan kawan kejap tadi,” jawab Mala.
“Ada hal dengan kawan ke dengan Maya?” Arshad menyerkap jarang.
Gulp!
Mala telan liur. Dah agak dah! Ni mesti Pak Ali yang bagitau papa. Menyesal minta tolong pemandu papanya itu hantarkan.
“Kejap aje pun,” balas Mala. Tangan memintal–mintal hujung bantal.
 Arshad merengus. Wajah selamba Mala ditatap tajam.
“Kan papa dah pesan jangan jumpa Maya lagi. Dia bukan keluarga kita.”
Mala sekadar diam. Senang papa tuduh kak long macam–macam. Gatal sangat nak kahwin awal. Anak luar nikah. Menconteng arang di muka papa dan mama. Bla bla bla.... Tapi baginya kak long tak salah langsung. Cuma nasib saja yang tidak menyebelahinya.
“Jangan jumpa lagi Maya tu, Mala. Nanti lama–lama Mala pun akan jadi macam dia,” kata Arshad lagi.
Dia mengangkat punggung dan beredar untuk ke tingkat atas. Malas mahu berbalah dengan anak bongsunya. Kalau muncung dah panjang seinci, haruslah jangan diteruskan juga ceramah tetapnya. Nanti Mala makin tunjuk protes.
“Mala, Maya apa khabar?”
Mala menoleh ke wajah mamanya di sebelah. Diam dari tadi, tup–tup sekarang buka mulut bertanyakan khabar kak long. Kena sampuk ke?
“Maya apa khabar?,” tanya Maimunah untuk kali kedua.
“Sihat,” jawab Mala sepatah.
Maimunah angguk kepala. Matanya tertacap semula pada skrin tv di hadapan. Diam sejenak sebelum menyambung kata.
“Mama rindu kak long.”
Mala terpana. Wajah mamanya dipandang lama. Tak salah dengar ke dia? Betul ke mama rindukan kak long?
“Dah lama tak jumpa kak long. Mama rindu,” kata Maimunah lagi dengan suara yang sedikit bergetar.
Hati Mala tersentuh. Faham dengan perasaan mama. Kepalanya dilentokkan ke bahu mama. Dan bila kepalanya diusap lembut, Mala pejam mata. Air mata menitis keluar.
“Mala pun rindu kak long,” jawab Mala.
Mata Maimunah kabur. Sejak akhir–akhir ini murah sangat air mata tuanya. Maya. Maya. Maya. Nama anak sulungnya itu selalu menjengah minda, tak kira siang atau malam.
Tipulah jika dia katakan yang sayangnya pada Maya sudah pupus. Sayang pada Maya masih seperti dulu. Bak kata orang, ibu mana yang tak sayangkan anak. Tapi marahnya pada Maya masih menebal. Nak maafkan Maya? Hati masih belum terbuka lagi.
“Maya dengan anak dia tinggal mana sekarang?” tanya Maimunah ingin tahu.
“Kota Damansara. Sewa dengan Kak Nadia.”
Oh anak mama! Maimunah menahan air mata daripada jatuh. Ada rumah sebesar ini tapi anaknya terpaksa menyewa di luar. Argh! Dia dan suami juga yang menghalau Maya keluar dulu.
“Mama tak nak jumpa kak long ke?,” duga Mala. Soalan-soalan Maya tentang kedua ibu bapa mereka bergegas masuk ke kepalanya.
‘Mama dan papa apa khabar? Sihat?’
‘Papa ada makan ubat hypertension dia tak? How bout mama? Kolesterol masih tinggi?’
‘Papa dan mama tak nak jumpa Mia ke adik?’
Kasihan kak long. Tiap kali berjumpa, tak pernah walau sekalipun kak long lupa bertanyakan khabar mama dan papa. Tapi apa saja yang dia mampu buat? Takkan nak dipaksanya mama dan papa untuk terima kak long semula.
Not now, Mala. Mama tak sedia lagi,” jawab Maimunah.
Orait. Bila–bila mama dah sedia, let me know.”
“Anak Maya tu comel je kan?” Maimunah memuji ikhlas. Terbayang–bayang wajah comel Mia tempoh hari.
Mala mengangkat kepalanya dan memandang mama dengan senyuman lebar. Lega hatinya mendengar pujian tersebut.
“Comel sangat–sangat,” balas Mala.
Mama sudah terpikat dengan Mia. Anak secomel Mia, siapa–siapa pun akan tertarik hati.That innocent little Mia!

ARSHAD duduk di kerusi rehat di balkoni bilik. Menghembus asap paip sambil memandang kosong di luar halaman rumah dari tingkat atas. Kalau isteri masuk bilik ketika ini, mesti pok pek pok pek mulut isteri menegur.
“Tak sayang nyawa ke, abang? Sudah–sudahlah menghisap paip tu. Nanti mudah hinggap penyakit.”
Arshad tersenyum sendiri. Lebih dua puluh tahun beristerikan Maimunah, dah lali dengan teguran si isteri. Dia cuma berserah saja. Dia akan pergi juga satu hari nanti andai ajalnya tiba.
“Maya sayang papa. Kurangkan paip dan rokok, okey.” eringat ayat Maya yang menegurnya dulu–dulu.
Haih! Maya. Arshad tarik nafas dalam–dalam. Rindu pula pada  Maya. Maya yang lincah. Maya yang petah bercakap. Maya yang periang. Maya yang manja. Tapi perginya Maya adalah sebab salah Maya sendiri.
Lebih tiga tahun yang lalu, bukan main lagi Maya menyuarakan hasrat mahu berkahwin dengan pilihan sendiri melalui telefon. Lelaki satu universiti kata Maya. Mahunya dia tak terkejut. Anak dihantar jauh untuk menyambung pelajaran, bukan mencari jodoh.
Pertama kali berjumpa dengan Syazwan, memang dia tak berapa berkenan. Lelaki yang tidak menepati ciri–ciri yang diingininya langsung. Dia taklah mengharapkan ustaz atau pak lebai untuk menjadi suami Maya. Tapi sekurang–kurangnya berperwatakan menarik. Hormat orang tua, berkelakuan sopan dan boleh membimbing Maya nanti.
Tapi Syazwan? Sekali pandang memang tak ubah macam muka kasanova. Kalau pertama kali jumpa pun tak reti nak bersalam, macam mana dia nak berkenan.
 “Yo, papa! What’s up?”
Itu ke cara bertegur sapa dengan bakal mertua. Entah kenapalah Maya boleh terpikat Arshad tidak pernah mengerti.
Sedang termenung di situ, pintu bilik tiba-tiba ditolak dari luar membuatkan Arshad berpaling. Isterinya melangkah masuk dengan mata memerah menuju ke katil. Menangis lagilah tu.
Paip di tangan diletakkan di atas meja sebelum Arshad bergerak masuk ke arah isteri yang bersandar di kepala katil.
“Rindu Maya lagi ke?” soal Arshad.
Maimunah memandangnya sekilas dan menganggukkan kepala. Arshad mengambil tempat di sebelah isteri. Lengan isteri dicapai dan digenggam erat.
“Abang pun.”
Dua–dua diam. Air mata yang mengalir diseka Maimunah dengan tangan kanannya.
“Kenapa Maya sanggup malukan kita, bang?”
Arshad tersenyum kecil. Soalan isteri yang dia sendiri tiada jawapannya. Maya yang ditatang dengan penuh kasih sayang. Maya yang cukup ajaran agama. Menghancurkan hati mama dan papanya dalam sekelip mata.
“Anak dia hari tu cucu kita kan bang?”
Arshad tidak menjawab. Anak luar nikah itu. Layakkah dipanggil cucu?
“Mari tidur. Esok kena bangun awal. Mah nak pergi Palliative Center kan?” Arshad mengubah topik.
Maimunah angguk kepala. Bila lampu utama ditutup dan hanya bertemankan lampu tidur, mata Arshad masih berkedip–kedip.
“Abang, agaknya Maya ada rindu kita tak?” tanya Maimunah sayu.
Arshad mengetap bibir.
“Entahlah, Mah. Tak kot. Dia dah pilih untuk hidup begitu.” Jawapan Arshad bagai mengguris hati sendiri. Benarkah begitu?


Wednesday, December 12, 2012

Mama Mia Shaza 9 & 10


BAB 9


SYAZWAN bersandar pada belakang seat kereta. Maya di sebelah diam saja dari tadi. Dia tahu Maya marah. Tapi dia perlu pujuk dan pulihkan keadaan.
“Jadi awak dan Mia tinggal di rumah tu?” tanya Syazwan.
Maya tidak menjawab. Buat apa nak tanya kalau dah tahu? Kan dah escort keretanya sejak pulang dari nursery tadi. Siap jerit–jerit lagi memanggil namanya di depan pagar. Tak malu ke orang sebelah–sebelah dengar? Agak–agaklah kalau nak buat drama sekalipun. Nak tak nak, terpaksa dia tinggalkan Mia dan Nadia di rumah malam itu.
Nasib baik Nadia memang menyewa dengannya. Nak tinggal berdua saja dengan Mia,  dia tak berani dan tak mampu.
“Maya?” Syazwan bersuara lagi.
Maya masih diam. Syazwan menoleh, wajah di sebelahnya tampak tegang.
“Kenapa baru hari ni awak cari kami?” tanya Maya.
Giliran Syazwan pula terdiam. Jawapan yang dia memang ada tapi tidak pasti jika Maya percaya atau tidak.
“Saya nak kita mula lagi dari awal,” Syazwan berkata dengan nada tenang. Soalan Maya dibiarkan saja tanpa jawapan.
Maya menoleh ke kanan. Biarpun di dalam samar–samar cahaya, wajah Syazwan dilihatnya beriak selamba.
“Senang awak cakap. Awak pergi macam tu saja, kemudian datang balik. Awak ingat awak Chipsmore ke? Kejap ada kejap tak ada,” balas Maya. Badannya teras hangat menahan geram.
Syazwan diam lagi. Riak wajahnya tenang sekali. Pandangannya dilontarkan ke hadapan tetapi yang dia nampak hanyalah warna-warna kelam.
“Saya nak jaga awak dan Mia, Maya. Saya dah berubah,” jawab Syazwan. Not fully, but partially Maya. Kurang turun naik kelab, tidak lagi cari makan di luar dan yang sewaktu dengannya. Mencuba untuk menjadi yang terbaik supaya dia layak di samping Maya dan Mia.
Maya tersenyum pahit. Syazwan berubah? Hanya sekadar mimpi atau kenyataan? Maya seperti tidak percaya.
“Bukan awak tak nak ke Mia tu dulu?” Maya membuka mulut.
Oh! Syazwan makin terkedu. Tak ada isi nak menjawab balik kalau kisah lama diungkit semula.
“Mia tu, awak suruh saya gugurkan. Awak dah lupa?” kata Maya lagi. Badannya dipusingkan sedikit, menghadap Syazwan yang kini turut menghadapnya. Sampai bila – bila dia akan ingat.
Tak sedia lagi. Masih muda lagi.
Tak nak ada komitmen. Kita cuba lain kali.
Semua alasan yang boleh blah. Buat pandai, nak bertanggungjawab tak pandai pulak. Syazwan memang tak pernah fikir panjang. Fikir sekerat–kerat, hubungan mereka berdua pun kena kerat separuh jalan.
I know Maya. Saya salah, 100% salah. Tapi saya nak minta peluang kedua dari awak. Saya papa Mia. Awak pula...,” terhenti di situ ayat Syazwan.
Dia menghela nafas kasar. Stereng kereta dihentak kuat. Kalaulah masa boleh diputar semula, tak adanya dia membuat keputusan bodoh begitu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya Encik Syazwan!
“Awak papa Mia? Kenapa sekarang baru awak nak mengaku? Mia tu anak saya, bukan awak.”
Jari telunjuk Maya menekan–nekan dada sendiri, emo tiba–tiba. Memang Mia anak dia seorang. Dari kecil sampai sekarang dia yang menjaga Mia seorang diri. Payahnya hanya Tuhan saja yang tahu. Itu belum lagi bercerita tentang cemuhan orang sekeliling.
“Dia pun hak saya juga Maya. Kalau tak ada saya, tak adanya Mia tiba–tiba ada,” jawab Syazwan mudah. Jadi bijak pula Syazwan tiba–tiba. Tiga tahun menghilang, tup–tup  muncul balik sentuh pasal hak. Hak konon! Memang patut Maya kecewa dengannya.
“Jadi sekarang awak nak saya terima awak semulalah ni?” soal Maya, merenung tepat anak mata Syazwan.
Syazwan angguk kepala. Betul–betul mengharap.
“Bagi saya sedikit masa lagi, Maya. Saya sedang mencuba yang terbaik. Untuk awak dan Mia,” rayu Syazwan.
Kata orang, hati perempuan ni keras macam kerak nasi. Harapannya semoga hati Maya juga begitu.
Maya mengeluh. Dia tidak membenci, tetapi hati dikuasai rasa marah. Dan ayat Syazwi terngiang–ngiang di kepala. ‘Then let me be the one.’ Dia mula menimbang baik buruk di antara Syazwan dan Syazwi.
Tak payah timbanglah, Maya. Memang Syazwi jauh lebih bagus.
“Shaz. Awak dengan perangai lama awak, saya tak boleh terima. Girls linging around you, saya tak nak Mia tahu papa dia jenis yang macam ni. Banyak mana lagi masa yang awak nak, Shaz? Tiga tahun tak cukup ke?” sembur Maya.
Syazwan setia mendengar.
“And I can’t wait any longer. Just let us go, Shaz,” sambung Maya.
Gedebuk! Syazwan rasa tertumbuk.
Tok! Tok!
Tiba-tiba cermin tingkap kereta diketuk dari luar. Kedua–duanya menoleh serentak memandang ke satu arah.
“Siapa tu?” soal Maya panik.
“Entah.”
Sebaik saja cermin kereta dibuka, lampu picit disuluh ke dalam kereta. Silau! Masing-masing menghadang mata dengan lengan sendiri.
 “Buat apa berdua–duaan dalam gelap ni? Tak ada tempat lain ke?” Satu suara menegur.
Berubah laju rentak jantung Maya. Spontan tangannya memegang lengan Syazwan yang turut terkejut.
“Tunggu apa lagi, keluarlah cepat.” Arahan diberi oleh orang tersebut.
Menggigil tubuh Maya mendengar suara itu yang kasar semacam. Ni apa pulak kali ni? Tangkap basah?
Come, jangan takut. Kita tak salah,” pujuk Syazwan. Tangan Maya digenggamnya erat sebelum keluar dari perut kereta.
Sebaik keluar, tubuh Maya yang menghampiri dan berdiri di sebelahnya dipeluk merapat. Moga pelukannya dapat menenangkan Maya.
“Memang tak kenal mana dosa mana pahala dah ni. Peluk depan–depan, buat muka tak bersalah. Apa nak jadi dengan awak berdua ni?” tegur lelaki yang berkopiah putih. Di belakangnya ada beberapa orang yang lain.
Syazwan masih berlagak tenang. Dompet di dalam poket belakang seluar diseluk keluar. Kad yang tersemat kemas diambil dan dihulurkan pada lelaki yang berkopiah putih itu.  Awal–awal sudah dimasukkan ke dalam dompet beberapa hari yang lalu sebab hati tergerak nak mengusung kad itu ke hulu ke hilir.
“Nah!” Kad di tangan dihulur membuatkan mereka yang berada di situ berpandangan sesama sendiri.
Syazwan came to the rescue yaw!





















BAB 10


Memandang wajah maya yang mencuka, Syazwan Imad tarik nafas panjang-panjang. Berdekatan dengan Maya begini buatkan dadanya jadi sesak dengan pelbagai rasa.
Maya... saya sayang awak. Sayang sangat-sangat dan sayang saya ini tak pernah berubah dari saat kali pertama saya meluahkannya sehinggalah kini. Bertahun berlalu, walau tanpa awak di sisi, rasa sayang itu tetap mekar.’ Bisik hati Syazwan sendiri.
Dan... kenangan di Sheffiled menjengah lagi. Saat kali pertama dia mengucapkan kata sayang pada Maya dan melamar Maya dengan cara tersendiri.
TING! Ting! Ting!
Pemegang besi di balkoni diketuk Syazwan berkali–kali dengan menggunakan botol. Sambil kepala naik mendongak ke arah balkoni apartment di tingkat empat. Curi idea dari Tan Sri P. Ramlee yang mengetuk tingkap.
Seminit berlalu. Dua minit. Lima minit. Tiada sesiapa yang muncul dan Syazwan mengetuk lagi.
Ting! Ting! Ting!
“Shaz! Baik kau panjat aje terus bilik dia tu. Bising–bising tengah malam macam ni apahal? Nanti mengamuk lagi balik makcik kat sebelah tu,” laung Hakimi dari dalam.
Jiran sebelah rumah pantang sangat dengar bunyi bising. Bunyi bising blender pun dah mengamuk. Kalau nak berparty sakan, apartment mereka memang tidak boleh diguna pakai. Silap hari bulan nanti kena halau tuan rumah sebab jiran mereng tu selalu sangat komplen.
“Aku memang nak panjat, tapi dia yang tak kasi,” jawab Syazwan selamba.
Hakimi tersenyum sumbing.
Syazwan dan Maya. Nak describe macam mana? Merpati dua sejoli. Maya yang cantik itu, Syazwan yang dapat. Kalau muka memang jenis hot market, mana–mana perempuan pun akan tertarik. Baik ke tak, belakang kira.
“Maya tu bukan anak ikan biasalah, Shaz. Kau give up ajelah dengan dia tu,” Vijay menyampuk.
Syazwan menjenguk ke dalam. Kurang asam punya kawan dua ekor. Perempuan sehebat Maya Laila, tak adanya dia nak lepaskan begitu saja. Alang–alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Dia sayang Maya, okey!
Maya bukan calang–calang perempuan yang dia pernah cuba selama ini. Maya Laila jinak–jinak merpati. Nampak saja jinak. Tapi bila ditangkap, terbang lari. Membuatkan dia selalu kempunan dan merasa di dalam mimpi.
Ting! Ting! Ting!
Syazwan masih tidak berputus asa, semakin lama semakin kuat dia mengetuk botol.
Tiba-tiba Nadia muncul di depan muka pintu balkoni dengan muka yang bertampal mask di muka. Terhenti terus gerak tangan Syazwan.
“Awak nak apa?” tanya Nadia dengan suara mono. Berpeluk tubuh di depan pintu balkoni dengan gaya pengetua zaman sekolah menengah dulu.
“Errr..Maya ada?”
Hakimi dan Vijay di dalam sudah ketawa mengekek. Kalau Syazwan tiba–tiba gagap begitu, bermaksud harimau yang keluar.
“Maya mandi. Awak tunggulah kejap lagi,” jawab Nadia nak tak nak.
“Okey. Bagitau dia saya tunggu sini,” balas Syazwan.
“Hmmm....” Nadia masuk semula ke dalam apartment, meninggalkan Syazwan yang masih terkaku.
Fuh! Lega hati. Biasanya Nadia akan marah–marah.

‘Janganlah memekak malam–malam. Tak senonoh.’
‘Sabarlah dulu, tak payah nak ketuk–ketuk botol. Nanti pandailah Maya keluar.’
Tapi hari ini okey sikit. Dengan Nadia memang dia takut. Teman baik Maya yang garang mengalahkan harimau beranak tiga. Senyum tak pernah, bertegur sapa pun jarang–jarang. Sayang, wajah cantik itu patutnya lebih selalu senyum. Bukan tayang iron face.
“Hai.” Suara Maya kedengaran menyapa mematikan lamunan Syazwan tentang Nadia.
Syazwan mendongak. Maya berdiri di balkoni sambil tersenyum. Di atas kepalanya berbungkus tuala kecil. Oh! Kekasih baru lepas mandi, wajah cantik yang teramatlah segar bugar.
“Hai,” balas Syazwan dengan senyuman juga.
“Bising sangat awak malam ni. Ketuk sekali pun dah cukup, bukan saya tak tahu.”
Syazwan tergelak. Tangannya ligat memusing–musing botol kaca yang dipegang.
“Hari ni rindu sangat,” jawab Syazwan jujur.
Terhambur ketawa Maya. Itu memang ayat buaya Syazwan.
“Kan tadi baru jumpa. Takkan tak puas lagi.”
“Tu tadi, petang. Sekarang dah malam, mestilah rindu lagi,” balas Syazwan dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.
Maya berdiri sambil menongkat dagu di pemegang besi. Ralit matanya menatap wajah Syazwan. Wajah yang berjaya mencuri hatinya sejak kali pertama berjumpa. Sempoi dan pandai menjaga hati. Dua perkara saja yang dia tidak berkenan.
Syazwan enjoy memanjang.
Iman Syazwan sangat cetek. Mengalahkan ceteknya Sungai Ganges ketika kemarau.
Akan berubahkah Syazwan? Itulah yang dia harapkan dan menjadi doanya saban hari. Dalam diam juga dia mengimpikan agar satu hari nanti Syazwan akan menjadi suaminya yang sempurna dan membimbing keluarga mereka berdua. Adakah impian dan doanya termakbul?
“Maya, awak menung apa? Dengar tak soalan saya?”
Lamunan Maya terhenti. Dia mengukir senyum.
“Awak ni tak romantiklah. Tiap–tiap malam awak ketuk besi dengan botol. Call ajelah saya, tak pun awak missed call. Saya akan keluar,” kata Maya.
Bagi hadiah bunga. Mr. Teddy untuk peluk tidur malam. Candle light dinner. Menari dalam hujan. Itu semua bukan cara Syazwan. Pendek kata, dia tak romantik. Dan itulah yang Maya sangat senangi. Kalau romantik sangat, dia sendiri pun boleh semput.
Syazwan jenis lelaki yang sempoi dan chillax. Makan di kafe biasa, pujuk pun setakat bertelefon. Dating pula di balkoni bilik, sambil menyanyikan lagu–lagu yang digemarinya pada Maya. Membuai perasaan Maya yang makin dilamun cinta.
“Cara ni jimat. Macam zaman P. Ramlee. Nak dating ketuk aje tingkap,” jawab Syazwan selamba.
Pecah lagi ketawa Maya mendengar jawapan Syazwan.
“Ini bukan zaman 60–an,  Shaz. Orang dulu–dulu tak ada handphone, bolehlah buat macam tu. We do have handphones, so next time just call,” kata Maya.
Bukan dia tak suka, tapi bimbang jika Syazwan mengganggu Nadia. Ketuk–ketuk besi hampir setiap malam, lama–lama nanti kepala Syazwan yang diketuk Nadia kalau orang tu dah tension sangat.
Syazwan menyandarkan tubuhnya pada pemegang besi. Matanya tidak lepas memandang wajah segar Maya di tingkat atas sebelah kanan.
“Sing me one song tonight,” pinta Maya.
“Lagu apa?”
“Any song.”
Syazwan tersenyum. Berlalu masuk sebentar dan muncul semula dengan gitar di tangan.

I'll be your dream, I'll be your wish I'll be your fantasy,
I'll be your hope, I'll be your love be everything that you need,
I love you more with every breath truly madly deeply do,
I will be strong I will be faithful 'cause I'm counting on A new beginning,
A reason for living. A deeper meaning.
I want to stand with you on a mountain,
I want to bathe with you in the sea,
I want to lay like this forever,
Until the sky falls down on me.
Maya menongkat dagu di balkoni. Menghayati persembahan Syazwan. Suara merdu Syazwan seolah mendodoikan dia untuk terlena.
Baru menyanyi separuh, Syazwan berhenti. Memandang tepat ke dalam anak mata Maya.
“Maya, tidur dengan saya malam ni,” ujar Syazwan selamba.
Maya ketawa lagi. Senangnya jantung hati ajak tidur sama! Ingat dia bantal peluk ke apa?
“No.”Maya menolak tegas.
Why? Awak kata awak sayangkan saya, then prove it,” duga Syazwan.
Maya dengan sisa ketawanya menggelengkan kepala. Ini memang cara pasangan bercinta zaman sekarang ke? Semua nak bukti, bila menyesal kemudian hari nanti tak ada siapa pun yang peduli.
“Ada banyak lagi cara lain nak buktikan cinta, Shaz,” balas Maya.
Syazwan tayang senyum. Maya memang susah untuk didekati. Pergi kelab, Maya tak nak. Lepak di rumahnya pun Maya tak nak. Inikan pula nak tidur sama.
Okay, fine. Saya takkan buat apa–apa. Cuma datang dan tidur dengan saya. Boleh?” Syazwan masih cuba untuk memancing.
Maya geleng kepala lagi. Senyumnya masih di bibir. Syazwan! Syazwan! Semua pun hanya diambil mudah. Bagi lelaki, mereka takkan rugi apa–apa. Tapi perempuan? Kalau lubang dah ditebuk tupai siapa yang nak? Parah.
Hakimi dan Vijay yang duduk di sofa di ruang tamu berpandangan sesama sendiri. Syazwan dah mula naik daun. Selama ni ingatkan dah give up dengan Maya.
“I bet she won’t agree.”
“I bet she will.”
Dua–dua membuat andaian sendiri di dalam sana.
“Maya, jangan main tarik tali dengan saya. Dah hampir enam bulan, Maya. Bila lagi awak nak cair dengan saya?” tanya Syazwan terus terang.
Kadang–kadang, terbit juga rasa putus asa dengan Maya. Tetapi tarikan Maya terlampau kuat. Jantungnya sentiasa bergetar saat nama maya terlintas di minda. Gembira? Dia sentiasa gembira bila bersama maya.
Maya menggeleng lagi. “Saya bukan perempuan murah, Shaz. Saya membesar dengan didikan yang cukup. Dan cara awak ni, seriously I don’t like it,” kata Maya tenang.
Nadia di dalam memasang telinga. Puas hatinya bila Maya berkata begitu. Dalam banyak–banyak lelaki, entah kenapalah teman baiknya itu boleh tersangkut dengan buaya bermata helang yang bernama Syazwan.
Syazwan diam sejenak. Bukan dia tidak tahu Maya jenis perempuan yang begitu. Cukup didikan agama dan kasih sayang keluarga.
Tapi dia? Ketandusan kasih sayang. Mama sibuk, papa lagilah. Batang hidung cuma nampak sebulan sekali. Nak sembahyang, nak hidup bermoral, semua dia tak reti. Tiada siapa yang ajar. Dan hasilnya adalah dia yang sekarang.
“Okey. Saya hormat awak. Saya takkan paksa awak. Tapi saya nak tahan sampai bila? Tengok awak aje pun saya rasa macam nak ngap.” Syazwan berterus terang. Jujur sungguh seorang Syazwan Imad.
Memang! Lelaki kalau tengok perempuan cantik depan mata mana tahan. Lebih–lebih lagi macam Maya yang miliknya tapi tidak sepenuhnya. Giler susah nak menahan!
Hakimi dan Vijay di ruang tamu menggelengkan kepala. Straight forwardnya Syazwan. Mana tidak, selama ini semua perempuan pun cair dengan Syazwan. Tapi bila dengan Maya, Syazwan kalah teruk. ‘A perfect guy will lose to a perfect girl, Syazwan.’
Maya tersenyum lagi. Masih dalam posisinya tadi, menongkat dagu pada pemegang besi sambil memandang wajah Syazwan yang sudah berubah tegang.
“Saya lelaki biasa Maya. Ada sembilan akal dan satu nafsu,” sambung Syazwan lagi.
Maya tergelak besar. Ya, lelaki ada sembilan akal dan satu nafsu. Perempuan pula, sembilan nafsu dan satu akal. Sebab itulah ramai yang mudah terpedaya dengan lelaki sehebat Syazwan. Sanggup menyerah diri asalkan diberi apa yang diingini.
“Shaz, awak kena pandai kawal satu nafsu awak tu. Awak kena..”
“Kalau tak dapat kawal macam mana?” Syazwan memintas ayat Maya.
Maya mengeluh. Menasihati Syazwan memang susah. Umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
“Then when can I get you?” tanya Syazwan setelah Maya lama diam.
“The day when you become my husband and I become your wife,” jawab Maya.
Terangkat sebelah kening Syazwan. Semudah itu?
“Then marry me, Maya,” kata Syazwan.
Melopong mulut Maya. Nadia di sebalik langsir juga begitu. Hakimi dan Vijay pula sampai ternganga mulut. Syazwan dah gila ke apa?
“Maya, will you marry me?” tanya Syazwan lagi.
“Shaz, marriage is not a joke.”
Maya, I’m being serious now. Saya tak buat lawak. Tunggu kejap.” Syazwan menghilang di sebalik pintu.
Maya terkaku di balkoni. Bagaikan tidak percaya dengan ayat power Syazwan. Gembirakah dia? Ya!
 Syazwan muncul semula dengan sehelai baju di tangan.
“Nah, ambik ni.” Jersi Germany yang berwarna putih itu dilempar penuh hati-hati pada Maya di balkoni atas.  
“Saya tak ada cincin nak lamar awak. Nak beli pun tak sempat, kedai dah tutup. Kalau awak terima, pakai jersi tu. Then you’re mine. Kalau tak, awak buang  je terus jersi tu ke bawah. It’s up to you and I’m waiting.” Syazwan berdiri mendongak ke arah Maya dengan kedua–dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar pendeknya.
Pandangan Maya jatuh pada jersi di tangan yang sempat di sambut tadi. Kemudian beralih pula pada Syazwan yang masih memandangnya.
“Maya, I’m waiting,” kata Syazwan lagi. Mengharapkan jawapan positif dari Maya. Mana nak letak muka kalau proposal kena tolak?
Maya cintakan Syazwan sepenuh hati. Dan berkahwin dengan lelaki yang dicintai adalah impian setiap perempuan. Tetapi andai dia terima, betulkah keputusannya itu nanti? Bersuamikan lelaki seperti Syazwan, tinggi risikonya.
Argh! Sekarang dia masih mampu bertahan. Tapi bagaimana jika nanti–nanti? Bila sudah semakin intim, lain jadinya. Hasutan syaitan pun tak kira masa, akan terus menggoda hinggalah manusia tergoda. Silap hari bulan, dia termakan pujuk rayu Syazwan. Makinlah parah.
“Maya,” panggil Syazwan lagi.
Pandangan mereka berdua bersabung.
“Kalau awak tak nak, saya tak paksa. Awak boleh buang aje baju saya tu ke bawah,” ulang Syazwan. Give up? Agaklah. Rasanya sudah hampir lima minit Maya berdiam diri.
 Baju Syazwan dipandang Maya lama. Pelbagai perkara harus diambil kira sebelum membuat keputusan berani mati.
“Shaz,” panggil Maya.
“Hmm.”
Maya menyarungkan baju jersi milik Syazwan ke tubuhnya yang masih dibaluti t–shirt longgarnya. Syazwan menyimpul senyum.
“I’m yours,” kata Maya.
“Hah?!”
Serentak itu, Nadia, Hakimi dan Vijay menjerit dengan kepala ketiga–tiganya terjengul di sebalik pintu.
“Thank you,” ucap Syazwan.
Maya tersenyum lebar. Dia mahukan hubungan yang halal. Dan jalan yang terbaik adalah keputusan yang dibuatnya kini.