BAB
2
EAGIL bersandar pada belakang kerusi. Duduk di KFC dengan
Dian, Didi dan Kitty dari tadi tapi masing-masing tak bersuara. Dia biarkan
saja mereka bertiga melayan perasaan, sedih sangat agaknya sebab terlepas bas.
Nak tolong lebih, dia tak mampu. Kalau di Malaysia boleh aje dia telefon
pemandu Papa suruh tolong hantarkan ke destinasi yang ingin dituju.Tapi
Moscow-Kursk? 8 jam naik train? Patut
pun pelajar tak berapa berkenan.
“Chill, girls.
Esok sampai lah Kursk. Malam ni tidur dalam train.
Ada katil semua kan?” Eagil sedapkan hati.
Kes
macam dia senanglah. Elok mendarat di Domodedova International Airport, tinggal
nak naik teksi balik ke apartment saja lagi. Kalau gaya macam Dian dan dua
orang rakannya ini, skru badan dia pun boleh tercabut.
“Geram, wei!
Kami dah booked siap-siap bas tu,
boleh pulak tinggalkan kami macam
ni.” Didi melepaskan marah.
Nasib
belum bayar wang pendahuluan lagi, kalau dah bayar memang dia sesumpah bas tu jadi batu belah batu
bertangkup.
Eagil diam. Tak berani menyampuk lebih, karang Didi ‘sound’ lebih-lebih dia tak tahan
dengar. Mata Eagil menala pada Dian di hadapan. Tunduk sambil bermain telefon
bimbit di tangan. Kitty di sebelah Dian juga begitu.
Ini zaman moden, dunia dah maju. Manusia dah jadi zombie, 24 jam bermain gadgets dan kurang bercakap macam dulu.
Secara tak langsung hubungan sosial pun dah tak semesra mana.
Eagil kerling jam di tangan. Dah pukul 8.30 malam. Tak
silap dah 2 jam mereka berempat duduk di Kurskaya
Vokzal ini. Pukul 10 malam nanti baru keretapi yang dinaiki Dian, Didi dan
Kitty akan berangkat ke destinasi.
Tadi bukan main Kitty membantah kata tak nak naik
keretapi, tapi itu saja pilihan yang mereka bertiga ada. Kalau nak tunggu bas
atau mashrut seterusnya sampai,
tengah hari esok baru sampai ke sini. Basi dowh!
Sempat Eagil menelefon Tyco sebelum ke stesen keretapi
ini tadi, cukup sekadar beritahu yang dia membantu kawan yang terkandas di
Moscow. Nanti balik baru cerita dari awal sampai akhir dengan Arthur.
“Selalu datang Moscow tak?” Soalan Eagil diajukan pada
ketiga-tiganya.
“Jarang. Datang singgah masa winter break, tu pun singgah kejap,” Kitty menjawab sambil mata
masih tepat pada skrin telefon bimbit.
Kalau
jarak Moscow-Kursk macam Kajang-Shah Alam bolehlah singgah selalu. Tapi jarak
yang perjalannya berjam-jam lama mana larat nak berulang alik.
“Didi,
toilet jom.” Kitty meregangkan otot
badan.
Serius
rasa badan dah terlampau letih. Bayangkan perjalanan yang hampir dua hari dari
KL ke Moscow mana larat. Pulak
sekarang terkandas di sini.
Kitty dan Didi berlalu pergi, meninggalkan Dian dan Eagil
berdua-duaan di situ. Kitty dan Didi sengaja aje tu, nak bagi ‘ruang’ untuk
Eagil dan Dian. Dua-dua kekok. Tak payah tanya pun dah tahu. Mana-mana mata
kasar dapat mengagak renungan dan layanan Eagil pada Dian, jelas ada rasa minat
di situ. Dian aje yang tak nampak, dah nama pun blur yang teramat blur.
“Awak asal mana? I
think we should get to know each other more,” Eagil buka cerita.
Inilah peluang yang ada untuk mengenali Dian dengan lebih
dekat. Tak rugi dia menawarkan diri untuk membantu membawa mereka ke stesen
keretapi ini tadi.
Dian tersengih. Dari petang tadi berkenalan dan bercerita
panjang-panjang dengan Eagil, terlupa nak buka mulut tentang asal usul.
“Parents are both
from Perak. Awak?”
“My grandfather is
an Australian. Married to my grandmother, nyonya from Melaka. Then my mum
married to my dad, a Singaporean Malay. I was born in Johor and grew up in
Kuala Lumpur since small.”
Ternganga mulut Dian. Berbelit-belit salasilah keluarga
Eagil yang dia dengar. Sampai masuk bab datuk nenek segala, sikit pun dia tak
dapat ‘tangkap’. Ayat belakang saja yang masuk telinga.
“Owhhh...” Dian buat-buat faham.
Complicated sangat!
Patutlah hidung mancung dan mata berwarna perang tapi masih tampak macam Melayu
tulen. Nama pun kedengaran pelik tapi
unik. Eagil Ridzuan. Ala-ala nama Indonesia pun ada.
“What makes you
choose Kursk instead of Moscow?”
Coke yang dah nak habis dihirup Eagil.
Kalau
Dian belajar di M2 tadi, senang dia nak usha.
Tapi memandangkan Dian jauh daripadanya, kena berfikir banyak kali macam mana
nak mengeratkan hubungan persahabatan yang baru nak bercambah ini.
Dian ketawa kecil. Dah tak ada soalan lain ke? Itu soalan
tipikal yang pelajar dari bandar lain ajukan kepada mereka. Kursk kan bandar
tua, bandar bersejarah dan merupakan antara bandar di Russia yang mempunyai
kesan yang paling teruk akibat perang dunia kedua berbanding bandar-bandar yang
lain. Jadi dah nama pun bandar tua, pembangunan sedikit perlahan dan tak adalah
moden tahap ‘walawei’ macam Moscow.
Ia hanyalah bandar yang tenang dan tak sesibuk tempat lain.
“Sebab saya tak suka tempat sesak macam Moscow,” pendek
saja jawapan Dian.
Lagi satu, taraf hidup di Moscow tinggi tahap gaban. Mana tidak, antara metropolitan
yang termahal di dunia. Kalau duit tak banyak mana di dalam poket, baik jangan
berangan. Nak sewa apartment yang tak berapa besar pun boleh mencecah 40 ribu
Roubles, bersamaan dengan RM4 ribu ringgit. Gila harga mencekik! Yang average macam dia memang tak mampu dan
takkan mampu.
Bila Dian katakan yang dia pun tinggal di apartment
dengan Didi, ayat yang keluar dari bibir Eagil buat Dian terdiam sejenak.
“Bolehlah saya datang melawat kalau macam ni. I shall come in one of the weekends.”
Gulp! Awak nak
tinggal kat mana kalau datang Kursk? Jangan bermimpi nak tumpang tidur di
apartment kami.
Dian senyum sumbing seraya mengangguk kepala. Harap-harap
itu hanya sekadar ayat manis Eagil. Mustahil Eagil sanggup meredah perjalanan
jauh semata-mata nak datang ke bandar tua.
“I miss home.
Tak ke tahap homesick macam Kitty,
tapi...tsk...I miss home,” perlahan
saja suara Dian. Dia menongkat dagu di atas meja sambil mata mencari kelibat
Kitty dan Didi yang masih belum muncul.
Rindu Mama...Rindu Papa...Rindu kak long..rindu anak buah
yang comel macam anak patung...rindu Dila, adik kesayangan...rindu Kio, kucing
kesayangan. Rindu makanan Malaysia. Haih...menyesal tak habiskan nasi lemak
sewaktu bersarapan pagi semalam.
Mata Eagil masih setia pada wajah cantik di hadapannya.
Dianalisa dengan lebih terperinci. Hidung yang separa mancung, sekali tengok
macam muka Cina pun ada juga sebab mata Dian sedikit sepet. Bila Dian
tersenyum, menyerlahkan giginya yang tersusun rapi. Di dagu sebelah kanan Dian
ada tahi lalat. Tampak manis.
“Lagi kejap baliklah tu. Pejam celik pejam celik, dah
sepuluh bulan,” tutur Eagil.
Dian tersenyum. Senang cakap tapi nak menghadapi sepuluh
bulan terakhir dengan State Exams
yang akan diduduki nanti yang parah. Nak merasa udara Malaysia semula kenalah
habiskan dulu tujuan utama datang ke negara ini.
Masing-masing diam semula. Dian tak tahu nak panjangkan
perbualan. Tak naklah tanya soalan yang sama macam Eagil, kenapa pilih Moscow
bla bla bla...dia malas nak ambil tahu. Kitty dan Didi sampai sekarang tak
muncul lagi. Jangan saja mereka berdua melencong jauh. Tangan Dian bermain-main
dengan bracelet yang dipakai di
tangan kanannya. Tengok bracelet ni,
teringat pesanan Mama padanya.
‘Anak mama belajar rajin-rajin. Jangan selalu homesick. Hmmm...kalau rindu Mama tengok
bracelet ni. Dian dekat di hati Mama,
Mama pun dekat di hati Dian.’
Gelang tangan yang dihiasi charms berbentuk hati itu dihadiahkan oleh mama sempena hari
jadinya yang ke 24 beberapa hari yang lalu. Nak ‘show-off’ dengan adik, tak dapat pula sebab adik pun dapat hadiah
yang sama walaupun hari jadi adik jatuh pada akhir tahun nanti. Kiranya Mama
belikan sepasang dan dihadiahkan untuk dua puteri kesayangan. Untuk kak long
Mama belikan bracelet yang lain
sedikit. Kak long kan diva, harus tak sama.
“Boyfriend bagi
ke?” Soalan Eagil buat Dian mengangkat kepala.
Itu soalan tersirat Eagil sebab nak tahu jawapan
tersirat. Mustahil gadis macam Dian tak ada yang menyangkut.
Boyfriend? Someone
special?
“Tak.” Laju Dian menjawab.
“Mama saya yang bagi.”
Tolong sikit, pakwe
tak pernah ada pun setakat ni. Dian punya shortcut
terus, akan bertunang dengan Ameer waktu cuti musim sejuk nanti. Ameer tu Papa yang nak satukan dengan dia,
bukan atas kerelaan hati. Entah dari celah mana Papa boleh timbul idea nak
jadikan Ameer sebagai menantu. Hanya sebab ayah Ameer tu kenalan Papa bukanlah
alasan yang munasabah. Tak logik pun ada.
‘Lepas habis belajar, kita uruskan mana patut. Sekarang
kenal-kenal dulu dengan Ameer. Budak baik tu, Dian.’
Meremang bulu roma Dian mendengar ayat Papa. Apa maksud
‘budak baik’ dalam konteks papa?
Yang gaya berlagak cool?
Yang gaya perasan hebat?
Yang gaya nakalnya tak bertempat?
Haish! Boleh pening kalau difikirkan semula tentang
masalah besar Dian. Dah beribu kali dia kata tak nak, Papa masih dengan idea
luar alam. Muktamad kata Papa. Nak lawan kata Papa dia tak berani. Baik
sangatlah Ameer tu agaknya sampai nak kena ikut cakap Papa.
“Dian.”
Dian tersedar dari lamunan. Bila mendongak, Eagil
memandangnya tepat.
“Awak dah boleh balik dah, Eagil. Sekarang tunggu nak
naik train aje lagi, jangan risau.
Kami selamat kat sini,” kata Dian.
Geliga
juga otak dapat keluar dengan idea yang boleh tahan bernas untuk buka topik
daripada duduk diam dengan Eagil. Renungan Eagil buat Dian tak jenuh duduk.
“Lepak dengan awak lebih lama okey apa. Lepas ni tak tahu
bila lagi baru dapat jumpa semula.”
Dalam
hati Eagil dah tumbuh bunga kekwa sebaik mendengar jawapan Dian tadi. Mama yang
bagi, maksudnya tak ada pakwe.
Maksudnya ada chan. Maksudnya ada
harapan.
“Mana tau ada yang tunggu kat apartment sekarang. Risau
awak tak sampai lagi.”
Pecah ketawa Eagil. Tyco di apartment sekarang pasti
sedang menari Macarena sebab seronok sangat berseorangan di rumah. Lagi lambat
dia balik, lagi Tyco suka.
“Saya tak pernah pergi Kursk. Nak juga singgah nanti.
Tengok mana cycle yang free, saya akan datang. That’s the only way we can meet, Dian.”
Erk! Topik ni
lagi! Dian menghirup Coke perlahan.
Tak berani mengangkat muka. Aura pandangan mata Eagil sekarang ni aura ‘ku
jatuh cinta’. Perasannya kau Dian!
“Intervarsity Games
masih boleh jumpa lagi. I’m in the futsal
team.” Dian cuba mengelak.
Pleaselah
jangan datang ke Kursk. Nak melayan satu hal, kalau sampai ke telinga Papa
macam mana?
Eagil tergelak.
“Saya tak join
mana-mana sukan. Minat futsal tapi tak join.
Minat hockey tapi tak join. Saya lebih suka jadi penonton.
Kalau kat Malaysia belakang cerita.”
Bagi Eagil, hebat macam mana pun tak pernah terlintas di
fikirannya untuk mengikuti mana-mana sukan bagi mewakili universiti. Dia
sekadar bermain untuk suka-suka, untuk lepaskan tension. Setakat perlawanan di antara skuad di dalam universiti dia
tak kisah, tapi bertanding hingga ke peringkat di antara universiti bukan cara
Eagil. Dia tak sukakan perlawanan yang terlebih sengit, makin tertekan nanti.
“Sotong nya, awak.” Selamba Dian mengutuk.
Eagil tergelak lagi sambil menggeleng kepala.
“You’re so direct yet very
attractive and I’m already attracted to you.”
Yeah! Straight to the point!
Dian pandang dengan muka blur. Siapa yang attractive
dan siapa yang attracted?
“Again. Again.” Dian
minta diulang. Otak lagging tak dapat
menangkap maksud Eagil.
Eagil hanya mampu menyambung ketawa. Sayang seribu
sayang, Dian tak faham maksud tersirat yang dia sampaikan. Memang betul apa
yang Didi katakan tentang Dian.
‘Minah ni paling hopeless.
Blur yang teramat blur.’
I admit that she is
so damn blur, Didi!
Eagil masih bersandar di belakang kerusi. Sekarang otak
sedang mempertimbangkan cubaan kedua. Kalau Dian masih tak faham juga, macam
mana? Tapi kalau tak mencuba nanti menyesal pula. Singkat sangatkah perkenalan
mereka berdua dan terlalu awalkah dia mengakui tertarik dengan Dian?
Tak
ada istilah ‘singkat’ dan ‘terlalu awal’ bagi Eagil!
“Dian.” Eagil tegakkan tubuh dan kedua-dua belah tangan
diletakkan di atas meja.
“I know this is too
early but I’m kinda interested in...”
“Dah habis borak? How
was the ‘two-on-two’ session? Membantu tak?”
Duh!
Ayat Eagil tergantung. Suara Didi tiba-tiba menerjah telinga. Tiga soalan sekaligus, Eagil dan Dian tak
mampu menjawab. Mata saja yang kedip-kedip memandang Didi dan Kitty yang
mengambil tempat masing-masing.
“Washroom kat
sini macam hampeh, bayar mahal kemain tapi tahap kotor tak tahu nak
cakap apa. Yucks!” Kitty kompelin
dengan dahi berkerut.
Kalau
sebab tak tahan nak buang air kecil, tak adanya dia paksakan diri menggunakan washroom yang kotor nak mampuih.
Eagil berdehem. Salah timing
minah dua orang ni datang. Kacau daun. Tiang lampu. Dua gelaran yang sesuai
untuk Didi dan Kitty.
Dipandangnya Dian di hadapan. Rancak
menyambung cerita pasal washroom dengan
Didi dan Kitty. Sah Dian dah tak nak dengar sambungan ayat seterusnya.
Bagi Eagil, senang untuk berterus terang jika ia
melibatkan hati dan perasaan sebab dia tak main berkias sana sini. Tapi nak
cari timing yang sesuai tu yang
payah. Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Bila jam sudah menghampiri ke pukul 10 malam, mereka
berempat turun ke tingkat bawah untuk menunggu train. Sesekali Eagil jeling
Dian. Gaya Dian macam dah tak sabar nak sampai Kursk, dia saja yang gelisah
lagak macam tak nak Dian pergi.
“Dian...”
Dian berpaling, langkahnya turut terhenti bila Eagil
berdiri di anak tangga terakhir.
“What?”
“Don’t forget to add me on
Facebook.”
Ceh! Lain yang nak disebut, lain ayat yang terkeluar dari
bibir nipis Eagil. Hati dan mulut tak sekata agaknya bila bunyi keretapi sudah
mula kedengaran di hujung sana.
“Jangan risaulah, mesti akan add punya.” Dian mengangkat ibu jari dan mengukir senyum.
Keretapi
dah sampai. Dian bergerak ke arah Didi dan Kitty yang sudah tinggal nak
melompat naik ke dalam keretapi saja lagi. Terkial-kial tubuh tinggi itu
menarik bagasi besar. Yang lagi satu ditarik Eagil di belakang.
Melihat Didi dan Kitty sudah mencari gerabak yang tertera
di tiket keretapi, Eagil rasa berat hati.
Laju langkahnya menyaingi Dian.
“Dian, lepas ni singgah Moscow contact saya. Jap, saya bagi phone
number.”
Baru Eagil nak berikan nombor telefon, Dian
memintas.
“Facebook ada, so
we won’t lost contact.” Dian tersenyum.
Eagil terdiam, tersenyum dan mengangguk. I hope so, Dian!
Selesai membantu mengangkat bagasi ke dalam keretapi,
Eagil berdiri tegak di pintu gerabak. Ni kalau tengok gaya sekarang macam scene Kuch Kuch Hota Hai bila Kajol
tinggalkan Shah Rukh Khan seorang diri. Bezanya Kajol a.k.a. Dian tak menangis
atau bersedih, tapi tengah excited
tak sabar nak sampai Kursk.
“Thanks for your
accompany, Eagil. Let us know when you come to Kursk, okay,” ujar Didi.
Masing-masing
berpelukan sebagai tanda selamat jalan. Dah biasa main peluk sebagai tanda ‘adios’ sebab dah terbiasa dengan budaya
masyarakat di sini.
Tubuh Dian dipeluk Eagil lama. Sempat bertanya bila
haruman rambut Dian menusuk hidungnya.
“Dove ke?”
Dian tergelak dan mengangguk.
Bila keretapi sudah mula meningglkan stesen, hanya
pandangan mata Eagil saja yang menghantar tiga sekawan pergi. Hingga keretapi
hilang dari pandangan, Eagil tunduk. Hujung kasut menguis-nguis lantai simen
dengan sebelah tangan menyeluk poket seluar.
Nak telefon Dian tapi tak tahu nombor telefon.
Nak add Dian di
Facebook...damn! Macam mana nak cari? Berapa ramai orang yang bernama Dian di Facebook? Sudahnya Eagil hanya mampu
tersenyum nipis sambil merenung kosong skrin telefon bimbit sebab dah tak mampu
nak buat apa-apa lagi.
Nampak gaya tunggu Dian add ajelah!
p/s : Hope you all enjoyed reading dearies! TGIF coming morning ;) Terima kasih di atas sokongan pada MMS dan JBC. All I can say is thanks a million! Have a good rest and good night everyone.
Kesian Eagil.
ReplyDeleteHarap ada jodoh 💪
can't wait for the next entry
ReplyDeletenak lagi :D
ReplyDeletekutunggu dudamu x publish lagi...? still waiting... :( :( pleeeaaaassssseee
ReplyDeletebest 3x.
ReplyDeletethanks emy! miss your writing sooo much!
ReplyDeleteWhat happen to dian the story suddenly stop in yg dia mahu...a bit frustrating...
ReplyDelete