Wednesday, June 7, 2017

DI ANTARA SEMUA BINTANG (BAB 5)




SOULED OUT.

Muzik yang bergema. Suasana yang santai. Relaks. Tak formal sampai buat dia sesak nafas. Inilah suasana yang Eva nak. Tak payah ada lilin di tengah meja siap dengan kelopak bunga yang bertaburan. Bagi Eva, cara begitu dah klasik. Setakat makan aje pun cukuplah. Dan yang paling penting, Nashrah ikut sekali.

“Tell me more about you.” Tony di hadapan bertanya. Kalau di tempat kerja, jarang dapat tanya soalan macam ni. Paling standard pun tanya berapa sales yang Eva dapat untuk hari itu. Apa target sales Eva untuk bulan ni. Next roadshow nak join sekali ke tak.

Eva tergelak. Siang tadi pun Red bertanyakan soalan yang sama. Mungkin hari ni memang hari ‘mari-kenal-Eva-Chandra’. Dia jeling minta tolong Nashrah di sebelah. Huh...harapan tinggal kenangan. Sedap Nashrah kunyah stik ayam yang tinggal separuh di atas pinggan. Tak faham dengan kawan sorang ni. Dia ajak sekali bukan sebab nak Nashrah makan sampai seluar jeans tu sempit. Tapi supaya Nashrah boleh tolong jawab soalan yang menjurus ke arah ‘I-love-you-jom-couple’.

“Orphan. Tinggal kat Seri Kasih sampai dah cukup besar. Lepas tu keluar dengan Nashrah, sama-sama cari rezeki. Dah cuba banyak kerja. So far kerja dengan you sekarang kira bolehlah. Bertahan jugak sampai sekarang.” Eva berterus-terang.

Perjalanan dia dan Nashrah sangat panjang. Sebaik saja keluar dari rumah anak yatim sepuluh tahun yang lalu, mereka berdua susah senang bersama. Cuci piring. Jadi tukang sapu lantai shopping mall. Cashier di Parkson. Gadis tol di mana-mana tol yang berdekatan. Jadi salesgirl dari rumah ke rumah jual produk Electrolux. Banyak lagi kot tapi kalau disenaraikan, sampai esok pun tak habis. \

Hidup mereka berdua umpama kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dapat gaji hari sebanyak RM15  sehari pun dah cukup bersyukur. Pernah mereka berdua berkongsi dua pek Maggi kari sehari selama seminggu. Memang kurus giler kot masa tu. Susah  tak usah cakap. Tapi itu semua sudah berlalu. Yang penting adalah kehidupan mereka berdua sekarang. Yang sudah jauh berubah berbanding dulu. Malah lebih bagus dan lebih cerah.

“You asal mana sebenarnya?” Tony mula tertarik. Kalau Eva minta tolong untuk menjejaki ahli keluarga Eva, satu Malaysia pun dia sanggup cari. Demi Eva...ya, demi Eva!

Eva senyum. Entah soalan cepumas manalah dia korek untuk tanya aku malam-malam macam ni.

“I tak pernah kenal dan tak pernah tahu asal usul I.” Sedih. Pahit. Tapi itulah realiti.

Takkan nak tipu kata dia anak raja Siam yang hilang dibawa arus dan dijumpai oleh penduduk tempatan di Selat Melaka. Confirm Tony terkejut sampai pengsan kalau dia jaja cerita dongeng macam tu.

Tony masih setia memandang wajah mulus Eva. Cantik. Bersahaja. Tak banyak songeh. Tak bitchy. Itulah yang menarik hatinya pada pekerja yang bernama Eva Chandra. Kalau boleh dia ingin memiliki. Niat hati nak melamar Eva. Tapi selalu tertangguh. Tak pun Eva sengaja tukar topik sebab mahu mengelak daripada tujuan utamanya untuk ‘tackle’ sang cinta. Dan cara paling ‘common’, Eva akan ajak Nashrah keluar sekali macam sekarang. Nak keluar berdua dengan Eva memang tunggu bulan jatuh ke riba ajelah.

“How about love then?”

“Sorry?” Eva mengangkat kening.

“Takkan tak ada crush.”

Oh! Baru Eva faham. And ya...dah ku agak, pasti soalan luar alam akan ditanya juga.

“Crush lama jangan cerita. Itu hal lama. Yang penting, sekarang hidup aman bahagia.” Nashrah di sebelah menyampuk.

Eva tergelak. Serius....aci sangat kalau dia kata inilah pertama kali dia rasa Nashrah ‘berguna’ bila dia ajak keluar jadi tiang lampu. Nashrah menjawab terlebih dahulu bagi pihaknya.

“Crush lama dia, saya harap dah crush sampai lumat. Jangan muncul cukuplah. Seram.” Nashrah menambah. Acah je sebenarnya. Dia tak lah sejahat itu nak mengharapkan Shark lumat sampai ke sudah.

S.H.A.R.K.

Serius dengar nama pun buat Nashrah seram. Kalau lelaki itu muncul sekarang, dia yakin yang dia akan mendapat serangan jantung.

Pecah ketawa Eva. Ayat Nashrah paling ‘win’. Tony di hadapan dah terkebil-kebil memandang dia dan Nashrah silih berganti.

“Tak faham. Cuba cerita sikit.” Tony tak puas hati. Dia tak suka kalau cerita tergantung.

Eva yang masih dengan sisa ketawanya menggelengkan kepala. Tak payahlah nak tahu cerita tentang aku dengan dia. Biar simpan aje sorang-sorang.

“Kalau sales naik tahun ni, nak minta bonus tiga bulan gaji boleh tak?” Berbalik semula kepada topik berkenaan hal kerja. Eva tak nak dia menjadi topik utama malam ini.

“Tiga bulan gaji tu sikit aje untuk you. Lagipun pekerja tak banyak, it won’t affect that much. Sikit bagi you tapi banyak bagi kami.” Eva mengenyitkan mata. Biasanya apa saja yang dia minta, Tony akan cuba tunaikan. Dalam situasi sekarang, kelebihan yang ada tu patut diguna pakai. Sekurang-kurangnya untuk sebab yang betul.

Wajah blur Tony mengukir senyuman juga akhirnya. Dia hanya mampu menggelengkan kepala. Tak tahu nak komen apa. Niat yang tadi nak melamar Eva terjunam ke dalam gaung.

“You’re really one of a kind, Eva.” Dan itulah yang buat Tony semakin tertarik dengan Eva.

“Memang pun. Sebab tu siapa yang sangkut kat dia takkan dapat move on. Macam Shark.” Mulut Nash gatal menjawab.

“Macam siapa?” Tony sedikit terkejut. Nama yang disebut tu macam spesis ikan jerung.

“Nash!” Eva mencubit paha Nashah di bawah meja dan menyebabkan teman baiknya itu mengaduh sakit.

“Chill, babe.” Fuh! Kalah semut api. Dahi Nashrah berkerut menahan sakit. Pahanya digosok lama. Dia tak berani membuka mulut bila Eva menjelingnya geram.

Nashrah...jangan sesekali buka cerita tentang aku dan dia. Yang sudah tu biarlah berlalu aje....





EVA tarik nafas dalam. Dia melunjurkan kaki bila sudah terasa lenguh duduk bersila lama sangat.

Nak buka ke tak?
Buka ke tak?
Kalau buka nanti luka lama berdarah kembali.
Kalau tak buka nanti rindu terlampau berat.

Argh buka ajelah!

Kotak kayu sederhana besar itu dibuka perlahan-lahan. Kalaulah kat dalam ni ada emas dua puluh empat karat seberat dua kilogram, dia lah manusia paling gembira di dunia.

Pandangan matanya jatuh pada segala harta karun di dalam kotak. Dah dua tahun lebih tak buka benda alah ni, tapi hari ni entah hantu mana yang merasuk jiwa untuk melihat semula lembaran lama.

 Gambarnya yang dipeluk lelaki itu berlatar belakangkan puncak Gunung Kinabalu dicapai. Oh my....ini zaman kegemilangan masa stamina masih kuat macam burung unta kot. Mampu mendaki gunung yang tertinggi di Asia Tenggara itu, bukan sekali dua tapi tiga kali.  Kerja gila tapi dia gembira dan puas hati. Pendek kata, apa yang dia buat bersama lelaki itu semuanya adalah indah belaka.

S.H.A.R.K.

Kalau dengar nama memang sebijik macam gengster area Kuala Lumpur. Tapi seriously...he is a gangster...cuma kalau sebut nama penuh Shark aka Shakir, tak kedengaran macam ketua kongsi gelap.

Shark dan dia kenal lama. Bayangkan tujuh tahun hidup bersama. Sebumbung. Sekatil. Makan satu pinggan. Pendek kata, kategori pasangan 'you jump, I jump'.

“Rindu pulak...” Ayat itu terpacul keluar dari bibirnya. Pedih. Sakit. Berat gila menanggung rindu.

“Dah tau rindu, yang kau bukak juga peti puaka tu apasal? Makin parahlah nanti.”

Suara yang menyapa di belakang mengejutkan Eva. Hailaaaa...baru nak feeling emo minah sorang ni datang potong line. Nashrah yang mengambil tempat di sebelah dipandang sekilas.

“Shark sihat je kat rumah tu. Paling tak pun dia hisap rokok sampai habis satu kotak. Paling parah pulak dia hisap weeds lepas tu naik bulan kejap, esok dia okeylah." Nashrah menyedapkan hati Eva.

Dia tahu Eva risaukan Shark. Dan dia tak hairan kalau Shark di sana pun risaukan Eva. Tapi dah memang jodoh tak ada nak buat macam mana. Takkan dia nak paksa pasangan dua sejoli ni nikah depan tok kadi kat Masjid Besar tengah bandara raya kot.

“Kau rasa dia masih ingat kat aku ka, babe?” Mata Eva masih setia pada gambar di tangan.

“Kau ingat kau tukang tilik nasib ke? Bak sini air sebaldi, aku tolak tengokkan.” Selamba gila ayat Nashrah. Ingat dia Nujum Mak Belalang ka.

Oh gosh! Serius minah ni tak membantu langsung. Ikut hati Eva nak halau aje Nashrah keluar dari biliknya. Baru nak mulakan sesi meluah perasaan, tapi kehadiran Nashrah amatlah tak bermakna.

“Kau dengan dia lama bersama. Mestilah dia masih ingat kau. Melainkan kalau kepala dia terhantuk kat tiang gol basketball kat belakang rumah dia.” Nashrah tak sampai hati nak bergurau sampai tahap membuatkan Eva bertambah sedih.

Bayangkan kalau dia di tempat Eva, entah-entah sekarang dah jadi penghuni tetap HospitalTanjung Rambutan.

“Kau pernah terfikir nak cari dia balik tak?” Nashrah ingin tahu isi hati Eva. Kalau Eva nak, dia sanggup menjejaki Shark. Senang aje. Rumah Shark. Pejabat Shark. Semua mereka berdua tahu. Cuma tak nak telenovela sangat berjumpa semula dengan Shark sebab yang memilih untuk meninggalkan asalah Eva, bukan Shark.

Eva diam. Dia capai lagi album sederhana besar. Satu persatu dibelek. Diamati. Haila...air mata sila jangan menitis.

“Aku takut nak cari dia balik. Dia mesti dah benci kat aku.” Pergi meninggalkan Shark bukanlah jalan terbaik tapi hanya itu saja jalan yang dia pernah ada.

“Belum cuba belum tahu, babe. Aku tak hairan kalau dia masih tunggu kau.”

Eva senyum nipis. Mustahil lah...

“Aku ada penawar untuk semua ni. Daripada kau rindu-rinduan. Then belek-belek album lama kat dalam peti puaka ni.”

“Apa dia?”

Pergi rumah Shark sekarang?
Telefon Shark suruh datang ke sini?
Minta maaf lepas tu ajak Shark berjumpa di tempat lama?
Tak ada satu pun yang dia berani buat...

“Kau bakar aje peti puaka ni. Habis cerita.” Nashrah tersengih.

Oh my...bertuah punya kawan.

Dush!

“Ouch! Sakit wei!” Nashrah kesakitan. Dia bergurau aje pun, tak pasal-pasal bahu kena tumbuk. Tak makan lawak la Eva aka minah grumpy ni.

“Sekali lagi kau bagi idea luar alam macam tu aku libas dengan chopping board." Kotak kayu ditutup Eva. Kehadiran Nashrah di dalam bilik ini amatlah 'membantu'.

“Kau nak pergi mana pulak?” Melihat Eva bangun dengan kotak kayu di tangan, Nashrah rasa bersalah. Takkan merajuk pulak. Kang dia telefon minta Shark pujuk kecut pula Eva.

“Nak simpan balik dalam almari. Lepas tu kunci.”

“La...kenapa pulak?”

“Takut orang tu bakar.” Eva berlalu ke almari.

Cis! Bertuah aku dapat kawan macam ni doh! Nashrah bangun dan menuju ke arah pintu.

“Yang kau nak ke mana pulak?” Eva bertanya. Takkan nak ambik mancis kot. Kalau betul Nashrah bakar kotak ajaib ni, sampai bulan depan lha dia menangis air mata darah.

“Nak cari Shark.”

“Weiiiiii.....”

Eva kalah! Nashrah keluar dengan tawa yang mengekeh. Namun tak lama kemudian Eva menyimpul senyum. Ada-ada saja perangai Nashrah. Menggeramkan. Mencuit hati.

Ya, satu-satunya yang dia ada adalah Nashrah. Tanpa Nashrah, dunianya pasti sunyi dan semakin gelap.




p/s : Eva. Shark. Red. Hopefully semua enjoy baca kisah mereka bertiga. I'm trying to finish Bintang on time (my own target duration) ;) Good night and love loads!


No comments:

Post a Comment