SAM membuka pintu bilik sebelah. Dua tubuh yang disayangi
tidur dengan pulas di atas katil. Dia melangkah masuk perlahan-lahan. Sempat
dia naikkan suhu penghawa dingin. Gila sejuk, kebal juga Bella dan Ara tidur
dengan gaya bebas, comforter pun dah
ditendang entah ke mana.
Rindu.
Itu adalah perkataan yang boleh menggambarkan rasa
hatinya kini. Rindu pada sang isteri dan anak.
Bella yang bubbly.
Bella yang sentiasa murah dengan senyuman. Bella yang lazy bump. Ya! Bella yang sentiasa lazy bump.
Ara yang comel. Ara yang perangai sebijik macam Bella.
Yang happy go lucky. Yang kuat
ketawa. Yang sentiasa menghiburkan hati.
Dua tiga hari ni Bella dan Ara tak berapa nak rapat
dengan dia. Bila dia balik kerja, Bella dan Ara buat-buat sibuk berkebun kat
belakang rumah. Tak pun ‘trip’ rajin
menggembur tanah dalam pasu bunga kat luar rumah. Makan malam pun tak seceria
dulu.
Tepuk dada sendirilah, bro. Bella dan Ara jadi ‘kecut’ dan tak mesra alam macam biasa
sejak kes ‘rumah macam tongkang pecah’ tempoh hari. Sam tahu dia salah. Masalah
kerja punya pasal, dia lepaskan pada Bella dan Ara di rumah. Memang tak patut
dicontohi oleh suami di luar sana.
Sam tunduk mencium pipi Ara. Dia tersenyum sendiri. Ara
memang comel. Sebijik macam Bella. Rambut Ara yang kerinting dibelai. Sesuai
sangat Ara diberi nama ‘anak patung bergerak’ oleh saudara mara lain. Dia
membetulkan comforter ke tubuh Ara
sebelum dia mendekati Bella.
Tubuh Bella didukung penuh hati-hati menuju ke bilik
mereka berdua. Bella memang jenis yang tidur mati, kalau bom meletup kat
sebelah telinga pun belum tentu Bella terbangun.
Di bilik mereka berdua, tubuh Bella dibaringkan di atas
katil dan Sam mengambil tempat di sebelah.
“Bella darling.
Bangun.”
Sam tersenyum sendiri. Kan dah cakap, memang Bella jenis
yang susah nak bangun. Berkali-kali dia mencuba dan siap meniup wajah Bella
sekuat yang boleh, barulah Bella membuka mata perlahan-lahan.
“Huh....” Dalam keadaan cahaya yang samar-samar, dahi
Bella berkerut. Wajah yang tersenyum betul-betul di hadapannya dipandang dengan
blur.
“Awak dah kenapa?” Suara Bella serak. Tengah mimpi kot
ni. Rindu sangat dengan Sam sampai bila terbangun tengah malam pun wajah Sam
juga yang memenuhi ruang mata.
Sam tergelak. Hancur harapan nak dengar Bella sebut ‘I miss you’ bila dia di depan mata.
Bibir Bella menjadi sasaran.
“Jom, bangun kejap.” Tubuh Bella ditepuk perlahan.
Dahi Bella berkerut. “Nak ke mana?”
Please lah
jangan cakap Sam ajak pergi jogging awal pagi. Bersenam awal pagi adalah ibarat
mimpi ngeri bagi Bella. Dah ada anak sorang pun takkan Sam masih nak paksa dia
berjogging macam zaman masih berdua. Gila punya kerja!
“Bangun dulu. Open
your eyes and look around you.” Sam bersemangat, dalam erti kata lain dia
nak paksa Bella bangun walaupun mata Bella berat mengalahkan lesung batu.
“Hish...” Like
seriously? Suami pilihan mama dan papa kat sebelah ni memang suka paksa
aku. Kes jealous kot tengok aku tidur
sampai tak ingat dunia.
Dalam terpaksa, Bella buka mata luas-luas dan memerhati
sekeliling. Dia terdiam beberapa ketika.
Kelopak bunga bertaburan di atas lantai. Di dinding ada
kuntuman bunga ros yang disusun disusun berbentuk hati. Satu persatu satu
perkataan di dinding dibacanya.
I’M SORRY. LOVE
YOU, BELLA.
Bella ulang baca untuk kali yang ke sepuluh. Dia kelip
mata berkali-kali. Memang tak salah baca, babe.
“I’m sorry. Love you so much.”
Suara Sam yang begitu dekat di telinganya buat Bella
makin blur. Bila dia menoleh,
senyuman Sam melebar sampai telinga. Spontan tangan kiri naik menyentuk dahi
suami. Mana tahu Sam demam. Tak pun kena rasuk jembalang laut.
“Tak demam pun.” Bella bercakap sendiri. Dia makin blur bila ketawa Sam pecah.
“You are not
dreaming and I’m really sorry. For real.” Sam kenyit mata. Hidung Bella
dicuit lembut. Dia buat semua ni ikhlas. Nak meminta maaf dari awal lagi tapi
susah sangat sebab Bella dan Ara berkepit dua puluh empat jam. Kalau nak minta
maaf depan Ara tak boleh pulak nak buat gaya romatik. Jadi terpaksalah kejutkan
Bella tengah malam macam sekarang.
Satu saat...
Tiga saat...
Lima saat...
“I think I’m
dreaming.” Bella baring semula sambil menutup mata. Kalau ni mimpi, baik
dia tidur balik. Kalau tak bangun-bangun sampai dua tiga hari pun tak apa. Mana
pernah Sam buat begini. Mana pernah Sam pujuk dengan ayat ‘fancy-romantic-melting’ yang boleh buat dia melayang sampai awan.
Aik? Macam tu aje? Sam tak tahu nak cakap apa. Dia
mendekat dan tiup semula wajah Bella. Bila Bella buat-buat tidur mati, dia
cubit pipi Bella.
“Ouch! Sam!”
“I told you, you’re not dreaming.”
Dah kena cubit sampai lebam baru tahu.
“Betul ni?” Mata Bella terbuka lebih luas berbanding
tadi. Kali ni memang dia percaya dia tak bermimpi. Melihat Sam angguk kepala
dan tersenyum lebih lebar, Bella speechless.
Bila Sam mendekatkan wajah dan bibirnya menjadi sasaran
Sam, Bella terasa macam terbang di awan tinggi. Hilang segala rasa rajuk dan
marah dan kecewa atau yang sewaktu dengannya sejak beberapa hari lalu.
Dear Sam,
You can really win my heart!
p/s : Ooh la la...esok Jumaat ;) Siapa pernah baca dan menghayati Dear Bella, I'm sure you will like Dear Sam. Best fiends for life; husband and wife. Thats the best sentence to describe their journey of marriage. And ya...you will like Sam's full name ;) Love loads!
No comments:
Post a Comment