Monday, December 25, 2017

Pre order Di Antara Semua Bintang

Hai semua!

Dengan ini saya ingin membuka pre order untuk buah tangan yang ke-7 daripada saya. Di Antara Semua Bintang akan saya print sendiri dan hanya sebanyak 1000 naskah sahaja. Pengeposan akan dilakukan selewatnya hujung Januari 2018.


Kisah Di Antara Semua Bintang mungkin hanyalah kisah yang biasa-biasa saja, tapi amat bermakna untuk saya. Saya tak pernah menyanjungi penagih dadah, tapi saya percaya mereka perlu diberi peluang kedua.


Untuk melanggan, boleh hubungi saya melalu Facebook Emy Roberto atau emel novel.emy@gmail.com.


*********

Blurb

“Shark."

"Hmmm..."

"We are in love with each other."

"I couldn't agree more."

"Tapi sampai bila kita nak hidup macam ni?"

"Yang macam mana? In love with each other? Forever and ever, Eva."

Shark dan Eva, merpati dua sejoli. Enam tahun hidup sebumbung tanpa pernah mengenal dosa dan pahala. Apabila mula menyedari keinginan mereka berbeza, Eva pergi meninggalkan Shark dengan satu pesanan.

"Berhenti mencintai saya. Jangan cari saya. Belajar untuk melupakan saya dan hidup tanpa saya." - Eva

Red hadir ketika Eva cuba untuk melupakan kisah lama yang hitam dan penuh dosa. Bagi Red, Eva adalah yang terbaik dan bintang paling dicintai sepenuh hati.

"Setiap orang ada kisah hitam sendiri. Keep that aside and live the new us." – Red

Baru sahaja mahu memulakan kisah baru, Shark muncul menuntut penjelasan. Hati yang terluka bertambah parah apabila mengetahui  Red, sepupunya sendiri mencintai bintang yang sama. Sedar dia bukan yang terbaik, Shark mengambil keputusan mengundur diri.

"Just so you know, nobody dreams of growing up to be an alcoholic, an addict, broken and depressed. If you choose not to stand with me through thick and thin, then I will leave for good. Red lelaki yang baik. Dia akan jaga awak." – Shark

Eva jadi keliru. Antara Red dan Shark, yang manakah terbaik untuknya? Mampukah Eva yang masih dibayangi kenangan lama membuat pilihan yang sewajarnya? Apa yang pasti, akan ada pihak yang terluka dengan pilihan yang dibuat.

Di Antara Semua Bintang membawa kita menyelami kisah yang penuh kekhilafan dan keinsafan.

Jangan pernah ungkit kisah lama, kerana kisah itu penuh dosa...


Tuesday, November 7, 2017

Di Antara Semua Bintang (Bab 13)




EVA membuka matanya perlahan-lahan bila terasa angin lembut menampar wajahnya. Shark tersenyum lebar di hadapan.

“Good morning.” Bibir  Eva menjadi sasaran Shark.

Macam tak biasa. Asal lambat bangun sikit mesti wajah berseri ni kena tiup ala-ala angin sepoi-sepoi bahasa oleh Shark. Eva tersenyum nipis namun dahinya berkerut bila kepala terasa pening semacam.

“Baring aje dulu. No rush.” Shark menahan tubuh Eva yang cuba untuk bangun.

“Awak sampai mana? Saya hantar sampai bulan, awak terbang sampai Marikh.” Shark kenyit mata.

Cet! Sedap mulut! Eva mencebik. Nak salahkan Shark pun tak boleh jugak. Semalam dia yang beria nak merasa weed yang baru biarpun ditegah Shark. Shark jarang ajak dia ‘smoking pot’ sekali. Kalau Shark ajak pun dia takkan sampai ke tahap tak sedar dunia sampai ke pagi macam hari ni. Paling ‘common’ dia terbang ke awan biru yang tinggi atau ke bulan, lepas tu masih kenal jalan untuk balik ke bilik tidur.

“Yang semalam awak dapat dari mana? Gila masih pening lagi.” Eva akhirnya bangun dan bersandar di kepala katil. Fuh! Serius kepala ringan dan berpusing-pusing macam spinning gasing. Weed spesis manalah yang dia cuba malam tadi. Dah bertahun hidup dengan Shark inilah weed paling kuat dia pernah rasa.

“Tahu pun. Sebab tu saya tak suruh awak cuba. Grape Ape. It can really knock you out and giving you some slightly silly vibe after a few puffs. Sekarang awak tahu kenapa awak boleh menari di dance poll tengah malam.”

“Seriously?!” Mata Eva terbeliak besar. Oh silalah rendam muka kat dalam kolam renang belakang rumah. Waktu macam ni rasa nak sumpah diri sendiri jadi mentadak sungai sebab letak otak kat kepala lutut.

“Kat rumah ni ada dance pole ke?” Eva seakan tak percaya. Dah lebih enam tahun hidup kat rumah atas bukit ni, belum pernah dia tengok dance pole. Tak tahulah kalau Shark ada ruang sendiri yang dia tak pernah tahu.

“Tu.” Shark muncungkan mulut ke arah tiang katil.

Oh mai....serius? Menari kat tiang katil yang berwarna putih tu? Gila kau, Eva! Nasib baik tiang tak patah. Dia akhirnya hanya mampu tersengih bila Shark di sebelah sudah ketawa terbahak-bahak.
“Dari mana awak dapat semua tu selama ni?” Eva masih ingin tahu.

Dia syak Shark bukan sekadar orang biasa. Mungkin ada share dengan bouncer kayu balak di Sarawak, dia tak pasti. Shark ada pengikut sendiri. Rumah besar macam ni tak ada siapa yang berani pecah masuk sebab takut pecah kepala. Kadang-kadang dengar Shark bercakap di telefon dengan ayat-ayat yang kurang difahami oleh orang macam dia.

Barang-barang tu bawa pergi site. Jangan bagi leak pergi luar. 
Yang tak boleh dipakai, buang aje terus. Nak simpan buat apa? Jadi koleksi bawah tanah?
Kalau tak bayar, jangan bagi barang. No money, no talk.

Entah apa barang, nak angkut ke mana, barang bernyawa ke tak Eva betul-betul clueless. Kalau betul Shark buat kerja kongsi gelap, dengan hidup dia sekali gelap kalau kena tangkap.

Melihat Shark ketawa, Eva blur. Part mana yang lawak sampai buat Shark ketawa dengan soalannya? Dia biarkan Shark yang sudah mengambil tempat di sebelah membelai rambutnya.

“Awak tak payah tahu semua tu. Asalkan awak gembira dan sentiasa di sisi saya,” jawab Shark.

Haiya....jawapan awak tak membantu langsung, Encik Shark. Eva akhirnya malas nak korek cerita. Ketara sangat Shark cuba untuk menyembunyikan apa saja yang dia tak pernah tahu.

By the way, there are a few weeds that you should know and try to avoid. Jack flash, kalau ambik berapa puffs dah boleh buat awak bercakap lebih kuat dari biasa dan sesuai untuk new beginners. Headband, extremely euphoric and uplifting so tak sesuai untuk awak. Blue dream, mainly for business and pleasure. Make sure I’m around if you want to try those.” Shark menerangkan satu persatu pada Eva.

Smoking pots adalah sesuatu yang agak biasa dia lakukan. Dan bermacam-macam jenis weed yang pernah dia cuba, jadi kiranya dia tahu mana yang power mana yang tak. Menyesal juga ajak Eva merasa kali pertama dulu. Sekarang bila Eva sudah semakin jinak dengan amalan yang tak sihat ini, dia jadi risau. Bukan niat untuk membawa Eva ke kancah gelap dan penuh dengan unsur duniawi. Tapi....entahlah! Yang dia tahu, cinta pada Eva sangat menggunung dan takkan pudar.

Eva hanya mengangguk. Tak faham tapi buat-buat faham. Dia mana tahu semua itu, setakat sedut lepas tu high pun dah cukup okey. Tapi serius, lepas ni tak nak ambik dah Grape Ape. Buat kepala bengong sampai matahari kat atas kepala.

“Lepas ni mandi. Bersiap. Saya nak bawa awak pergi lepak.” Tubuh Eva ditepuk perlahan.

“Pergi mana? Venice?” Eva angkat kening.

“Ya, I forgot Doraemon was my friend.” 

Eeee...Eva tak jadi tersenyum. Dia acah aje pun, lagipun tahun lepas dah pergi dengan Shark. Memang cantik yang teramat cantik. Nak menyuarakan hasrat ‘jom pergi lagi’ takut Shark bagi jelingan naga berapi pula.

“Fine. Jap. Give me ten minutes.” Eva melompat turun dari katil. Hilang segala pening lalat. Kalau ‘tempat lepak’ maksud Shark mesti tempat yang terasa damai dan jauh dari bunyi segala muzik yang bergema macam di kelab.

“Enam tahun saya kenal awak, tak pernah awak mandi sepuluh minit.” Shark bersandar di kepala katil dengan kedua-dua belah tangan diletakkan di belakang kepala. Dia tergelak bila Eva berpaling dan menjulingkan mata.

Eva yang mencuit hati. Sampai bila-bila pun dia takkan jemu mencintai seorang Eva Chandra. Tapi sejauh mana kepercayaan Eva padanya, dia tak pasti. Sekuat mana cinta Eva padanya pun dia tak pasti. Semalam dia dan Jay ada sesi meluahkan perasaan. Cerita zaman dinasour hinggalah dia bertemu dengan Eva, semuanya diluahkan pada Jay.

“Apa long term plan kau dengan Eva, bro?”

“Entah. Macam ni ajelah kot. Hidup bersama. Sampai ke tua.”

“Tak nak kahwin dengan dia? Settle cara baik. Aku bukan nak menyibuk hal kau dengan Eva. Tapi alang-alang dah bersama, kahwin aje dengan dia. Confirm takkan ada orang berani kacau Eva. Eva nak lari pun takkan dapat.”

“Apa beza kahwin dengan bercinta macam sekarang? Bagi aku tak ada beza. Asalkan dua-dua gembira, dah cukup. Aku tak perlukan lebih daripada itu.”

“Itu pendapat kau. Pernah kau tanya pendapat Eva? C’mon, logik sikit. Mana-mana perempuan pasti nak kahwin, ada keluarga sendiri. Nak jadi seorang ibu dan isteri.”

“Aku tak rasa Eva bersedia untuk komitmen macam tu. Aku rasa dia pun selesa dengan status sekarang.”

Topiknya dengan Jay semalam masih terngiang di telinga hingga pagi ini. Bayangkan, Jay yang merangkap teman rapat pun boleh keluar dengan sopan begitu, apatah lagi orang di sekeliling. Nak kata Jay jaga tepi kain memang tak patut, dia faham Jay ambil berat tentang dia dan Eva. Tapi....entahlah. Susah nak komen. Perkataan ‘kahwin’ tak pernah terlintas di fikiran seorang Shakir Jayden. Dia tak percayakan ikatan perkahwinan. Tak terikat dengan sesama sendiri adalah  jauh lebih selesa. Dan dia harap Eva pun begitu juga...




TIGA puluh minit berlalu. Siap! Eva tersenyum sendiri di hadapan cermin. Puas hati dan rasa sangatlah selesa selepas mandi. Tubuhnya terasa segar dan kembali bertenaga. Pintu bilik mandi dibuka dan Shark masih bersandar di kepala katil macam tadi.

“There goes your ten minutes.”

“Perli nampak.” Eva tersenyum juga. Acah aje cakap sepuluh minit. Kalau nak mandi bersih-bersih siap gosok sana sini, sepuluh minit tu mana cukup sebenarnya kecuali kalau nak mandi kerbau.

Dia melarikan matanya ke arah lain bila pandangan mata Shark tak lari dari wajahnya. Tuala paras paha dan tuala kecil yang berlilit di atas kepala, tak hairan naluri lelaki Shark bergetar.

“Nanti nak pergi mana?” Eva berlalu ke arah pintu walk-in wardrobe. Namun langkahnya terhenti di depan pintu dengan mulut melopong.

 Belon berisi gas helium menghiasi bilik pakaian. Siap dengan kelopak bunga ros biru yang ditabur di lantai berbentuk hati dan bertulis ‘Happy Women’s Day’. Spontan  kanan Eva menekup mulut. Matanya tak berkedip, masih cuba memproses di antara realiti dan mimpi. Takkan masih bermimpi lagi, ‘kuat’ tahap petala lah Grape Ape semalam.

“Happy Women’s Day to my special woman on earth.” 

Suara Shark berbisik ke telinganya dan pinggangnya dipeluk dari belakang. Dagu Shark mendarat di bahunya yang terdedah.

8 Mac setiap tahun di seluruh dunia aka hari ini adalah Hari Wanita Sedunia. Memang setiap wanita layak dirai sebab setiap wanita masuk kategori wonder woman bagi Shark. Dan salah satu wanita teragung yang patut diraikan adalah wanita yang kini sedang dipeluknya. Yang melalui hari-hari dan melakar setiap kenangan bersamanya sejak enam tahun lalu.

“Thank you for being by my side. Thank you for the love and care.” Bahu Eva dikucup penuh sayang. Bagi Shark, Eva adalah anugerah terindah yang dihadiahkan padanya. Eva layak disanjung tinggi. Eva layak mendapat apa saja yang Eva inginkan.

Air mata Eva menitis tanpa sedar. Tangan kanan naik membelai rambut Shark yang masih singgah di bahunya. Mata pula masih mengayati setiap hiasan di dalam bilik persalinan. Setiap tahun, Shark tak pernah lupa tarikh keramat itu. Hari Wanita Sedunia pasti akan disambut dengan penuh romantik oleh dia dan Shark.

“Thank you.” Suara Eva bergetar. Serius terharu.

“Mana awak dapat semua belon biru ni? Cantik.” Eva memuji. Cepat tangannya menyeka air mata yang terasa mengalir semakin laju.

Belon biru.
Kelopak ros berwarna biru.
Sejambak ros biru di atas meja kecil.

Semuanya biru! Sangat typical Shark dan biru adalah warna kegemaran Shark. Sampaikan dengan dia sekali terjebak dengan biru. Mula-mula dia ‘so-so’ aje  dengan wanra yang mampu mendamaikan hati dan minda itu. Tapi lama kelamaan dia pun suka.

Promise me that you will never leave me. Stay by my side. Grow old with me. Even till the day I die. Saya tahu saya tak sempurna. Mungkin bukan calon teman hidup yang baik. Tapi saya akan cuba yang terbaik.” Suara Shark perlahan saja.

Dia tak pandai meluahkan perasaan. Dia tak pandai mengambil hati. Tak pandai membuktikan cinta dan sayang pada Eva. Tapi dia harap Eva dapat faham dan selami hatinya yang betul-betul mencintai. Dia berharap Eva memahami isi hatinya dan mencintainya sepenuh jiwa raga, seperti mana dia mencintai Eva.

Eva mengetap bibir. Air matanya menitis semakin laju. Badannya berpaling menghadap Shark. Wajahnya disembamkan ke dada Shark dan tubuh tinggi itu dipeluk seerat yang mungkin.

“I love you. So much.” 

Shark tersenyum. Pelukan di tubuh eva dikemaskan lagi. Air mata hampir menitis mendengar ungkapan cinta oleh Eva.

“I love you too. So much,” balas Shark.

Perlahan-lahan tubuh Eva dibawa menari, perlahan mengikut rentaknya. Dan bibir nipis itu mula menyanyikan lagu kegemarannya.

Baby, I’m dancing in the dark with you between my arms,
Barefoot on the grass, listening to our favourite song,
When you said you looked a mess, I whispered underneath my breath,
But you heard it, darling, you look perfect tonight....

Bagi seorang Shakira Jayden, gaya hidupnya mungkin lebih kepada gaya barat. Mungkin dipenuhi dengan kegelapan dan memang tak seharusnya dicontohi oleh sesiapa. Tapi dia tak pernah kisah semua itu. Baginya, asalkan dia bahagia dan ganggu hidup orang lain sudah cukup memadai. Dan cinta pada Eva melengkapkan hidupnya yang selama ini terasa seperti kekurangan.

Namun bagi seorang Eva Chandra pula adalah vice versa. Dalam diam dia menghadap Shark akan menjadi seorang suami dan ayah kepada anak-anak mereka berdua satu hari nanti. Sekaligus membimbing hidup masing-masing yang sudah tersasar jauh.






p/s : Jangan kecam saya. Jangan pandang cerita lama, sebab cerita lama tu penuh dosa. Saya sedang menyiapkan Di Antara Semua Bintang dan moga kita berjumpa di versi cetak ;) Terima kasih di atas sokongan. Love loads! 

Monday, October 9, 2017

Dear Sam ( Bab 6 )




UHUK! Uhuk!

Sam terbangun bila terdengar bunyi bising di dalam bilik air. Pembaringan di sebelah diraba. Bella dah tak ada. Jam di atas meja kecil bersebelahan katil diamati. Awal gila Bella bangun sedangkan baru pukul empat pagi. Biasanya Bella adalah yang paling liat kalau bab bangun pagi.

Uhuk! Uhuk!

Tubuh Sam automatik duduk di atas katil.  Pintu bilik air dillihatnya sedia terbuka.

“Bella. Are you okay?” Langkah kaki diatur laju menuju ke bilik air bila Bella tak menjawab.

“Awak okey tak ni?” Belakang Bella yang sedang membongkok di hadapan sinki diurut.

“Muntah dari tadi. Pening-pening. Tak selesa.” Bila Bella mengangkat wajahnya, dia sendiri terkejut. Mak aiii pucat macam jembalang air. Dia cuba untuk senyum pada Sam.

“Kenapa tak bangunkan saya? Dah berapa kali awak muntah? Ada cirit birit tak? Demam?” Spontan tubuh Bella dipalingkan menghadapnya. Dahi tak juga panas.

Otak berputar ligat. Nak kata keracunan makanan, tak adalah makan benda pelik-pelik aka bizarre food untuk makan malam tadi. Bella cuma hadap pancake coklat di DipnDip. Sebelum tidur Bella minum susu. Itu aje.

Bella geleng kepala. Satu soalan pun tak berjawab. Dia sandarkan tubuh ke dada Sam.

“Saya nak tidur.” Suara Bella perlahan.

Sekejap saja, tubuh isteri didukung Sam ke atas katil. Tubuh Bella ditutup dengan comforter dan dia mengambil tempat di sebelah.

“Kita pergi hospital ya.” Sam memujuk.

Bella geleng kepala. “Emergency Department adalah untuk kes kecemasan. Kes macam saya, esok pun boleh tunggu.”

Lagipun nanti pukul sembilan pagi bukalah klinik Dr Siti. Dia masih boleh tunggu sampai pagi. Dan Bella sendiri tak sedar bila dia terlena semula.

Buka saja mata pagi itu, wajah comel Ara di depan mata.

“Pagi, Mama.” Ara cium pipi Bella.

“Good morning, sweetheart.”

Kalau sakit teruk macam mana tu, pasti akan melayang jauh bila wajah comel Ara muncul di depan mata macam sekarang. Ara adalah pengubat bagi segalanya untuk Bella.

“Mana Papa?” Suara Bella serak.

“I’m here.”

Aik? Bila pulak dia muncul kat sebelah kiri. Bella senyum. Berseri-seri muka Sam dengan senyuman lebar sampai telinga.

“Tak kerja?” Bella cuba bangun tapi kepala yang berat memaksanya untuk baring semula.

“Jangan risau tentang saya. Work can wait because you are more important.”

Adoyaiiii....pagi-pagi dah melting dengar ayat Sam. Bella sengih sendiri. Kalau versi kartun mesti muka dia dah bertukar jadi tomato yang merah.

“Mama sakit. Hari ni Ara kemas rumah. Papa tolong Ara kan?” Petah mulut Ara bercakap. Elok aje duduk bersila sambil menyilang tangan di sebelah.

Sam dan Bella sama-sama tergelak. Iya kan aje ayat si anak. Sam mencapai mug di atas meja.

“Nah, minum ni.”

Muka Bella berkerut. Ginseng zaman mana ni? Dapat dilihat dengan jelas potongan halia terapung-apung di dalam mug.

“Untuk apa ni?” Dahi Bella berkerut.

“Minum. Supaya awak tak muntah lagi.”

“Boleh percaya ke?” Bella ragu-ragu.

Sam tergelak.

“Minum ajelah. Dulu kalau tiap kali hangover saya minum teh halia. Memang berkesan.”

Seketika kemudian, dua-dua terdiam.

Hangover? Sam cekau cerita zaman dinasour? Bella tak bereaksi. Dia capai mug di tangan Sam dan dihirup perlahan.

“Bella, sorry. I didn’t mean....”

“Tak apa. Thanks anyway.” Bella memintas.

Damn!

Super damn!

Sam nak luku kepala sendiri. Dah tahu Bella sensitif kalau masuk cerita lama, yang kau sebut jugak perkataan ‘hangover’ tu apasal? Memang mencari bala.

“Tak sedap pun.” Wajah Bella asam. Rasa teh memang ke laut, ke hulu tak ke hilir pun tak. Tapi dia paksa juga minum sampai habis. Nak cuba juga mana tahu teori Sam boleh diguna pakai.

“Nanti saya buatkan lagi.” Mug bertukar tangan dan diletakkan Sam di atas meja.

“Tak payah. Tak nak. Dan takkan minum lagi.”

“Bella.” Sam bagi pandangan tajam.

“Tak nak. Awak juga yang ajar saya untuk cakap tidak atau tak nak kalau saya tak suka kan?”

Fuh! Triple damn! Kena sebijik dari Bella dan Sam akhirnya diam, tak nak paksa lebih. Nanti Bella angin lagi teruk.

“Papa, jom minum susu.” Ara memecah rasa janggal di antara mereka berdua. Sam menurut saja. Anak kecil macam Ara mana tahu apa-apa. Kalau boleh dia dan Bella langsung tak nak Ara tahu kalau setiap kali mereka berdua berselisih faham.

“Sorry again. I love you.” Ciuman hinggap di pipi Bella sebelum Sam dan Ara menghilang ke tingkat bawah.

Mata Bella terkebil-kebil memandang siling. Entah kenapalah emo sangat dia sejak akhir-akhir ni. Mudah terasa. Sensitif. Mudah ambik hati. Nak kata datang bulan, dia tak pernah begini sebelum atau semasa datang haid.

Dengan langkah yang berat dia menuju ke bilik air. Rasa bersalah sebenarnya sebab semua hal Ara terpaksa diuruskan oleh Sam. Nak buatkan susu Ara pun Sam yang tolong. Lama Bella berdiri di hadapan cermin.

Tak ada mood.
Tak ada selera makan.
Tekak tak selesa.
Badan lemah semacam.

Haih....dah nak jatuh sakit kot. Bila Bella tunduk mahu mencuci muka, titisan darah yang tiba-tiba menitis di sinki buat dia terkejut. Spontan dia mengangkat semula wajahnya.

“Damn!” Darah yang mengalir keluar dari hidung kirinya dilap.

Kau dah kenapa Bella?

Bella terdiam....




SORRY. I LOVE YOU.

Bella sengih sendiri membaca kad kecil yang diselitkan bersama jambangan bunga yang diletakkan di atas meja. Pandai juga Sam pujuk dengan bunga.

“You like them?”

Bella sedikit terkejut. Sam sudah elok duduk di atas kerusi di island table dengan senyuman.

“Siapa yang tak suka bunga?” Bella cuba jual mahal. Malu nak tunjuk muka riak teruja dapat bunga ros berwarna merah jambu. Ikut hati dia nak lompat bintang sebab gembira tahap petala.

Sam ketawa kuat. Bella....Bella...sekurang-kurangnya Bella dah kembali ceria dan dah tak muntah macam awal pagi tadi. Dia puas pujuk Bella untuk ke klinik tapi Bella tolak mentah-mentah. Nak paksa pun tak boleh jugak, nanti Bella lancarkan mogok.

“Mana Ara?” Bella bertanya sebab kat ruang tamu sunyi aje.

“Tidur.”

Patutlah rumah tak riuh, anak patung bergerak dah tidur. Lincah tangan Bella memindahkan jambangan bunga ke dalam pasu kaca di atas island table.

“Thanks, Sam.” Bella tak lekang dengan senyuman.

“Anything for you, sweetheart.”

Chewah! Makin berbunga hati Bella. Akhir-akhir ni mulut Sam manis. Ya lah, jenis macam Sam jarang-jarang nak jiwang.

“At least awak tak petik bunga ros saya yang kat depan tu.”

Ayat selamba Bella buat tawa Sam pecah, malah lebih kuat berbanding tadi. Pandai Bella kenakan dia.

“Bella.”

“Hmm.”

“Give me your hand.”

Bella hulurkan tangan kanan. Terasa macam di awang-awangan bila tangannya dikucup Sam sebelum digenggam erat.

“Saya cintakan awak sampai bila-bila. Saya tak pandai jadi romantik. Pergi candle light dinner. Heavenly trip. Atau bagi ayat-ayat cinta macam yang awak biasa tengok kat tv. Saya tak pandai semua tu. Tapi saya betul-betul cintakan awak.” Suara Sam bersahaja.

“Sorry if any of my words had hurting you today. But always remember that my past has nothing to do with you. Awak dan Ara adalah kehidupan saya sekarang. Sampai bila-bila.” Tangan Bella sekali lagi dicium Sam penuh kasih.

Oh my....kenapa air mata rasa macam nak terkeluar? Bella senyum, terharu dengan kata-kata Sam. Percayalah, Sam jarang meluahkan perasaan macam sekarang. Tanpa dia sedar, air mata gembira menitis namun Sam terlebih dahulu menyeka sebelum dia.

“Tak faham dengan perempuan. Benda yang tak sedih pun boleh menangis.”

Bella tergelak bila Sam komen. Ni air mata gembira okey, bukan air mata sedih.

“Tunggu sini jap.”

Sam keluar ke ruang tamu dan kembali semula dengan gitar di tangan.

Yes! Inilah part yang Bella suka tentang Sam. Asal free sikit, Sam main gitar. Asal melepak kat dapur begini, Sam main gitar.

“Lagu apa yang awak nak?” Sam mencari key yang sesuai.

“Hmmm...cinta terindah.” Bella sangat suka lagu tu. Lagu kegemaran dulu, kini dan selamanya.
Set! Sam kenyit mata.

Jujur saja ku tak mampu,
Hilangkan wajahmu di hatiku,
Mesti malam mengganggu,
Hilangkan senyummu di mataku,
Ku sadari aku cinta padamu....
Bella menongkat dagu di island table. Matanya sedikit pun tak terlepas dari memandang wajah Sam yang menyanyi khas untuknya.

Jujur saja ku tak mampu,
Tuk pergi menjauh darimu,
Mesti hatiku ragu,
Kau tak disampingku setiap waktu,
Ku sadari aku cinta padamu...

Bersemangat Sam menyanyi khas untuk isteri yang tersayang. Dan air mata Bella jatuh lagi. Terharu gila!

Dear Sam,
Saya pun akan cintakan awak sampai bila-bila...


p/s : Kita jumpa Dear Sam di Sungai Petani Sabtu ini (12/10/17);) PM saya atak Kak Ayu Dzulkarnain untuk pembelian. Love loads!



Thursday, October 5, 2017

DEAR SAM (BAB 5)



KALAU dulu aktiviti mingguan Bella dan teman baiknya, Aida adalah menyukat seluruh shopping mall tak kira kaki lenguh ke kejang ke atau yang sewaktu dengannya. Tak pun mereka berdua duduk lepak di mana-mana kedai makan yang ada dan mencuci mata melihat gelagat manusia sekeliling. Kalau difikirkan betul-betul, aktiviti mereka berdua sangatlah tak berfaedah. Tapi sekarang dah jadi anti clockwise.

Cari barangan bayi.
Survey stroller bayi.
Nak compare harga botol susu kedai ni dengan kedai tu.
Nak survey botol susu mana yang lebih bagus.
Nak cari pinggan bayi yang sesuai.
And the list will never have its full stop...

Lagi-lagi dengan keadaan Aida yang sedang mengandungkan anak pertama sekarang. Semangat gila nak pergi cari barangan bayi walaupun kaki bengkak. Tak kena dengan kandungan yang sudah mencapai enam bulan.

“Babe, mana yang lebih okey? Yang ni ke yang ni?”

Mata Bella terarah pada baby cot yang ditunjukkan oleh Aida. Mak aii mak buyung ni....

“Tak kisahlah kau nak ambik yang mana pun. Beza yang ni dengan yang tu, yang ni ada kelambu kecil. Tapi boleh aje kalau kau nak pasang sendiri. Lagipun yang tak ada kelambu lebih murah.” Bella layankan saja Aida yang tak pernah pudar semangat untuk mencari barangan bayi. Patutnya Aida ajak sang suami untuk pergi shopping bersama, bukan dia dan Ara. Ara siap tidur sampai terlentok kepala di dalam stroller.

“Tapi yang ni lebih cantik kan?” Aida tunjuk baby cot yang ada kelambu.

“Eh hello, kau nak cari yang selesa untuk bayi bukannya yang paling cantik.”

“Okay, fine. Hujung minggu ni aku ambik yng ni.” Aida mengalah. Tak tanya kena marah, tanya pun kena marah. Angin sangat Bella hari ni, biasanya kalau dah nak datang bulan pun tak adalah moody sangat. Nanti bila ada masa free sikit nak ajak Azmad, suami tersayang untuk beli aje terus.

“Kau okey tak ni?” Aida bertanya bila langkah kaki diatur keluar dari kedai Anakku.

“Haih....”

“Kau dah kenapa? Angin tak ada ribut tak ada tiba-tiba mengeluh.” Aida pelik. Ni mesti ada yang tak kena di rumah.

“Aku pelik dengan perangai Sam akhir-akhir ni. Asal telefon berbunyi dia tak angkat. Aku perasan nombor tu adalah nombor yang sama.”

“Then kau tak tanya dia siapa?”

“Aku tanya, tapi dia kata jangan ambik peduli. Lama-lama orang tu takkan telefon lagi.”

Risau juga kalau dia balik-balik tanya soalan yang sama, bengang pula Sam. Pernah terniat nak return call nombor yang sama dengan menggunakan telefonnya tapi takut mencari bala. Manalah tahu Sam berhutang dengan along. Shushh...shushh...pergi jauh-jauh segala andaian tak baik.

“Lain kali kau jawab aje. Manalah tau....” Aida pandang Bella di sebelah. Sempat dia panajngkan leher menjenguk Ara di sebalik stroller. Si comel masih lena lagi.

“Susan?” Suara Bella perlahan.

Aida angguk kepala.

“Choiiiii! Kau jangan macam-macam, wei.” Worst case scenario paling teruk abad ini lah tu kalau Susan muncul semula. Takkan tak serik lagi lepas kejadian kena tiaw dengan Sam tiga tahun lalu.

“Lagipun dah tiga tahun babe....tiga tahun. Takkan dia masih nak cari Sam.” Bella menyedapkan hati sendiri. C’mon lah, kalah cinta Romeo dan Juliet kalau macam tu. Lain lah kalau Susan memang jenis yang muka tembok dan tak tahu malu masih nak menagih cinta lama.

“You never know. Perempuan macam tu...susah nak cakap.” Aida bukan nak takutkan Bella, tapi dia cuma bagi kemungkinan yang ada.

Susan yang bitchy.
Susan perosak rumahtangga orang.
Susan yang sombong tak bertempat.
Susan yang tak sedar diri.

Serius, dia tak nampak pun apa yang baiknya Susan. Yang ada semua vibe yang negatif.

Singgah di depan kedai Emporio Armani, Bella ajak masuk tapi Aida geleng kepala.

“Aku tunggu dengan Ara kat depan ni aje. Penat. Kaki aku dah sakit.”

“Ceh! Alasan. Tadi jalan-jalan tak sakit pulak.”

Aida sengih. Dia duduk di kerusi tak jauh dari situ. Malas tahap petala kalau nak temankan Bella masuk ke tempat macam tu. Kadang-kadang niat Bella setakat nak cari neck tie tapi boleh sampai sejam kat dalam kedai. Cari neck tie macam nak cari harta karun. Lama gila.

“Kau nak masuk buat apa?” Aida bertanya sebelum Bella masuk. Jangan cakap nak beli neck tie lagi.

“Nak cari neck tie untuk Sam.”

Aduh! Told you! Minah ni tak ada kerja lain. Obsess dengan neck tie ke apa. Entah-entah penuh satu almari dengan neck tie Sam kat rumah sana. Tak habis pakai semua pun kot dalam setahun.

Baru Bella nak melangkah ke arah tali leher, matanya tertancap pada susuk tubuh perempuan yang berada di situ. Biarpun dari sisi tepi, tapi dia cukup kenal dengan tubuh tinggi itu.

Susan? Like seriously? Memang panjang umur minah ni!
Langkah kaki Bella terhenti. Nak pergi ke tak? Nak pergi tak?
Kalau pergi, bersedia ajelah untuk perang mulut dengan Susan.
Kalau tak pergi, tak jadilah niat nak belikan tali leher baru untuk Sam.

Susan dilihatnya turut memilih tali leher yang ada di situ, siap senyum sorang-sorang lagi. Tanpa menunggu lama, Bella berlalu keluar. Jangan cari nahas kalau tak nak berlaku perang dunia ketiga di antara dia dan Susan.

“Aik?  Cepatnya.” Aida yang setia di kerusi luar terkejut. Tak sampai seminit pun Bella masuk. Tak sempat pun dia nak berehat kat kerusi panjang ni.

“Jom kita gerak. Ada Susan kat dalam.”

“Hah?! Serius??” Aida macam tak percaya. Baru tadi sebut nama minah tu, takkan sekarang betul-betul muncul. Panjang umur gila!

“Jom. Aku tak nak terserempak dengan dia.” Stroller Ara sudah ditolak Bella. Langkah kaki diatur perlahan yang boleh supaya Aida dapat menyaingi langkahnya.

“I thought she lost in some random planet and never get her way back to Earth?” Aida masih tak percaya.

“I know right....” Bella sendiri terkejut.

Dalam banyak-banyak tempat dan banyak-banyak manusia, Susan jugalah yang dia jumpa kat pusat beli belah yang besar ni. dan jauh di sudut hati, Bella sudah mula rasa tak selesa.




SAM panjangkan leher di sebalik laptop. Suasana bilik tidur yang sunyi buat dia rasa pelik. Biasanya petah aje mulut Bella bercerita. Sampai mulut berbuih pun Bella masih tak berhenti bercerita.

“Bella.”

“Hurm?” Bella yang sedang baring meniarap mengangkat muka.

“Are you okay?”

“Okey je.” Suara Bella tak bermaya. Dari tadi belek majalah Escape tapi tak ada satu pun yang menarik hatinya.

“Sure?”

Bella senyum nipis dan angguk kepala. Tak payah risaulah, dia okey aje. Cuma hari ni penat sedikit. Meredah kesesakan lalu lintas satu hal. Nak bersabar dengan karenah pengguna jalan raya pun satu hal. Betul-betul buat dia penat secara fizikal dan mental.

“Sam.”

“Hmmm?” Mata Sam kembali betumpu pada laptop.

“Saya ada hal nak bagitau.”

“Apa dia?”

Saya belanja banyak sangat.

Saya ada beli barang online tapi barang tu sampai sekarang tak sampai.

Saya nak mandi laut. Jom pergi bercuti.

Itu adalah antara ‘hal nak bagitau’ bagi seorang Nabila Hussein dan Sam dah cukup masak dengan semua itu.

“Hari ni saya terserempak dengan Susan.”

Oh! Semua sangkaan Sam meleset jatuh ke dalam kerak bumi. Di sebalik skrin laptop di atas meja, dia cuba berlagak tenang. Kalau dia tunjuk muka terkejut atau buat-buat cool, confirm Bella dapat hidu sesuatu yang terjadi dan memang dia tak nak kongsikan dengan isteri.

“Then? Dia ada kacau awak?”

“Tak. I left before she saw me.”

“Okeylah kalau macam tu. Kalau dia ganggu awak dan Ara, let me know.”

Bella panjangkan leher tapi masih tak nampak riak wajah Sam di sebalik laptop.

Nak tanya ke tak...
Nak tanya ke tak...
Ke nak diam-diam aje...

“Sam.”

“Hmm?”

“Dia ada cari awak tak?” Bella bertanya juga. As usual, curiosity is far beyond everything, dear darling!

Melihat Sam tiba-tiba bangun dan menuju ke arahnya, jantung Bella automatik laju. Matilanak...kalau Sam mengamuk rentung dia kena goreng sampai tercabut telinga. Namun tekaan Bella meleset bila Sam meniarap di sebelah.

“Kalau dia cari saya pun, hati saya cuma ada awak. Dan kita ada Ara. Itu dah cukup. She came in between us once, and I won't let it happen the second time.” Bibir Sam singgah di dahi Bella. Lama.

“Saya sayangkan awak dan Ara. Sampai bila-bila,” sambung Sam. Rambut Bella diusap lembut.

Yuhuuuuu! Dalam hati ada banyak rama-rama. Bella bahagia dengar luahan Sam dan dia tahu sang cinta ikhlas dengan setiap kata-katanya.

Dan bila bibir Sam menjalar ke seluruh wajahnya, dia terbang ke awan tinggi. Hilang semua resah tentang Susan. Hilang semua insecurity di hati.

Dear Sam,
 Saya sayang awak juga. Sampai bila-bila...



p/s : Dear Sam will be meeting you soon. So soon :) Terima kasih yang tak terhingga atas semua sokongan selama ini! Love loads! 

Thursday, September 28, 2017

Dear Sam (Bab 4)

BAB 4


SAM, jangan lupa singgah beli susu Ara. Dah nak habis.

Sam tersenyum sendiri. Lama dia pandang skrin telefon bimbit. Pesanan WhatsApp yang dikirim Bella padanya buat otak yang serabut dengan hal kerja rasa ringan seketika. Lebih-lebih lagi melihat gambar yang dikirim Bella. Gambar Bella dan Ara yang berposing di dapur dengan muka comot yang penuh dengan tepung.

Sam : Ni projek apa pulak? Carrot cake lagi?
Bella : Please lah. Jangan menyindir boleh tak. Tengah buat banana cake. Ngeeee....
Sam : When I’m back, I’m hoping to see banana cake on the table.
Bella : Challenge accepted. 
Sam : Jangan kek hangus macam hari tu sudah.
Bella : Sam! *angryface

Sam tergelak. Seronok menyakat Bella. Dalam Bella yang mudah terasa, Bella sebenarnya jenis yang tak ambil hati sangat. Bella kan bubbly, sentiasa happy go lucky. Kalau dia marah macam naga berapi pun Bella hanya akan merajuk berhari-hari, lepas tu sejuk balik. Tak adalah sampai membawa diri dengan beg pakaian segala meninggalkan dia seorang diri di rumah sampai berminggu-minggu.

Sam : Kirim salam peluk cium untuk Ara. Love you both.
Bella : Ara aje? Untuk Mama dia tak ada ke?
Sam : Mama dia tak payah.
Bella : Ceh! *menyesaltanya

Sam tergelak lagi. Bella...Bella...you are really one of a kind. Mana nak cari perempuan macam Bella kat dunia ni.

Sam menumpukan perhatian semula pada kerja. Hari ni kira nak balik awal sedikit sebab esok hari Sabtu. T.G.I.F kan, sesiapun pun teringin nak balik awal. Kalau dulu, T.G.I.F dia dan Bella adalah melepak di kedai makan. Tak pun pergi tengok wayang walaupun tak ada cerita yang menarik. Tapi sekarang dah lain. Kalau dah nama ada anak, buatlah gaya ada anak.

Pergi makan aiskrim.
Pergi makan pancake.
Pergi kawasan khas budak-budak kat shopping mall.

Banyak lagi yang dia dan Bella lakukan untuk menghabiskan masa bersama Ara. Kini, segala yang mereka berdua lakukan adalah demi Ara.

Beberapa ketika kemudian, telefon bimbit Sam bergetar lagi. Ni mesti Bella lagi, mungkin nak update hasil carrot cake. Namun tekaan Sam meleset bila nombor yang tak dikenali tertera di skrin telefon.

Anonymous : Hi Sam. How are you?

Sam tak terus menjawab. Kira nak tengok profile picture tuan punya nombor tapi yang ada cuma gambar Spongebob. Ni mesti peminat kartun pelik yang berwarna kuning tu.

Anonymous : I miss you....

Ah, sudah! Spongebob mana pulak yang rindu aku ni wei? Berkerut dahi Sam. Ni mesti kes salah nombor. Dia abaikan saja. Baru saja telefon bimbit diletakkan di atas meja, benda alah tu bergetar lagi.

Anonymous : Takkan dah lupakan I. It’s Susan here.

What the f....? Tubuh Sam automatik tegak. Bertahun-tahun tak ada khabar berita Susan, kenapa baru hari ni muncul lagi? Hati Sam dah tak sedap.

Sam : Stay away from me and my family.

Memang balasan yang sangatlah tak mesra alam tapi Sam tak ada pilihan lain. Firasat hati merasakan yang Susan hanya muncul semula untuk mengganggu keluarganya. Beberapa minit menunggu, Susan tak membalas.  Tapi Sam tahu, niat Susan tak berhenti sampai di situ saja. Andai Susan datang mengganggu semula, dia tahu apa yang dia akan lakukan pada bekas kekasihnya itu.



“YEAHHHH! Papa dah sampai!”

Tubuh kecil Ara menerpa ke arah Sam. Pipi si comel dicium penuh kasih dan didukung menuju ke dapur. Lebar senyuman Bella yang menunggu di island table.

“Banana cake is ready!” Bella tepuk tangan. Bangga dengan pencapaiannya dan Ara. Sepanjang hari bertarung di dapur, akhirnya kek pisang itu menjadi juga. Makin lebar senyuman bila ciuman Sam hinggap di pipinya.

“Not bad.” Sam memuji. Cukuplah puji dengan dua patah perkataan. Kalau puji lebih nanti hidung Bella terlebih kembang.

At least tak hangus,” sambung Sam selamba.

“Sam!” Bella tunjuk muncung itik. Tak sah kalau tak perli dia. Sekurang-kurangnya challenge accepted okey!

“Papa cubalah. Sedap!” Ara tunduk mencapai kek yang sudah dipotong dan disuap ke dalam mulut Sam yang masih mendukungnya.

“Hmmm...sedap! Ara yang buat ke?” Memang sedap! Tak manis sangat, tapi rasa pisang tu kuat. Dia beralih pandang pula pada Bella di sebelah. Comel aje Bella menongkat dagu di island table.

“Ara dengan Mama yang buat.”Ara senyum.

“Wow. Mama pun pandai buat kek rupanya.” Sam kenyit mata.

Ceh! Perli lagi. Bella tak tahu nak bereaksi macam mana. Dia hanya mampu mengukir senyum. Ada saja point Sam untuk menyakatnya.

“I love you.” Sam berbisik ke telinga Bella.

I know right. Kalau tak awak takkan perli saya 24 jam.” Senyuman Bella semakin lebar.

Sam ketawa. Cis! Kena pulak dengan Bella.

“Mana susu Ara?” Bella hulurkan tangan. Jangan cakap Sam lupa pulak. Bila Sam membulatkan mata, mata Bella automatik mengecil. Kan dah cakap, Sam mesti lupa punya. Sebab tu bila masuk tadi pun selamba aje Sam bawa tangan kosong.

Sorry, saya lupa. Nanti kita keluar beli sama-sama.” Sam betul-betul terlupa. Bergegas nak balik punya pasal, benda penting macam tu pun dia boleh lupa.

“Terpaksalah awak belanja saya dan Ara makan malam ni.” Kening Bella terangkat. Ara yang masih didukung Sam sedap aje melahap kek pisang untuk kali yang entah keberapa.

“As you wish.”

Bella senyum lagi. Dalam hati dah tumbuh bunga. Baru saja tubuh Ara nak bertukar tangan untuk didukung Bella, telefon bimbit di dalam poket seluar Sam berbunyi.

“Tolong ambik jap.”

Bella menyeluk poket seluar Sam dan nombor yang tertera buat dahinya berkerut. Nombor yang sangatlah tak dikenali.

“Jangan jawab. Biarkan aje.”

Oh okey. Kalau Sam tak suruh jawab, dia on aje. Manalah tahu hal di tempat kerja yang memang Sam tak nak layan kalau dah sampai ke rumah macam sekarang.

“Awak pun sama jugak. Kalau ada nombor yang dikenali telefon, jangan jawab.” Nada suara Sam adalah lebih kepada memberi arahan.

Bella angguk macam burung belatuk. Malas nak bertanya lebih kalau dah muka Sam berubah serius. Namun bila nombor yang sama menelefon untuk kali kedua sewaktu mereka bertiga beriringan naik ke tingkat atas, mulut Bella gatal juga bertanya.

“Siapa tu sebenarnya? Jawablah, mana tahu penting.” Bella tak sedap hati.

“Nothing is more important than the time I spend with you and Ara, Bella.”

Fuiyoooo...Bella senyum sendiri. Ayat Sam simple saja tapi amat bermakna untuknya. Ni kalau Sam ulang ayat yang sama setiap hari boleh kencing manis dia.

Tanpa dia sedari, Sam sebenarnya gelisah namun cuba untuk berlagak tenang. Kalau dah berkali-kali Susan telefon pada hari yang sama bermakna memang bukan petanda yang baik. Dia bimbang kalau Susan datang mencari Bella dan Ara kalau Susan tak dapat apa yang dia inginkan.

Tak payah tanya Susan, Sam tahu apa tujuan Susan muncul semula.

Cinta lama?
Kekasih lama?
Kenangan lama?

Whatever ‘lama’ we call it, past is past. Dan Sam takkan pandang ke belakang untuk kejar yang lama kalau kehidupannya sekarang dan masa depannya adalah Bella dan Ara.


p/s : Untuk yang dah ada Dear Bella, saya khaskan Dear Sam. Maaf lama tak update sebab saya bertapa lama sangat. Kalau ada rezeki, kita jumpa Dear Sam dalam versi cetak ya. Love loads! Terima kasih sebab masih setia hingga ke saat ini ;) 



Sunday, August 27, 2017

Dear Sam (BAB 3)




ARA. Catch! Catch!

Fini, jangan cabut bunga tu! 

Kenapa semua berkerumun kat sini? Budak-budak main kat sebelah sana, jauh sikit dari tempat panggang ni.

Tina, bak sini botol susu. Jangan buang dalam parit la sayang oiiii.

Bella hanya mampu menggelengkan kepala. Hari ini suasana rumah riuh sebab Sam jemput sanak saudara terdekat datang ke rumah. Saja nak bagi rumah bising sedikit. Lagipun dah lama tak berkumpul ramai-ramai. Tapi bila dah berkumpul macam ni, pening pula kepala dengan macam-macam ragam anak-anak kecil yang bebas berlari ke sana ke mari. Siap dengan bunga Japanese rose kesayangan pun jadi sasaran, kena cabut dengan selambanya.

“Bella, kenapa bunga ros kat luar tu tak banyak bunga macam dulu? Macam tak subur Mommy tengok.”

Burrr! Bella yang sedang meneguk Sunkist di dalam gelas tersedak. Haiyaaaa soalan mak mertua jugalah paling menang.

“Bella petik bunga ros tu, Mommy. Lepas tu letak dalam balang kaca. Buat hiasan dan wangi rumah.” Bella sengih.

Oh please lah! Rasa bersalah terpaksa berbohong dengan mak mertua. Kalau Mommy tahu itu semua kerja Sam mesti Mommy pengsan. Sam petik hampir semua bunga ros kesayangan dua hari lalu semata-mata sebab nak hias dinding bilik mereka berdua. Lepas tu selamba ayam Sam tabur kelopak bunga ros di lantai. Nak minta maaf punya pasal, Sam cekau bunga ros dia kat halaman rumah. Beli aje kat kedai  bunga tak boleh ke? Cheapskate tahap tak tahu nak cakap apa lah suami kesayangan dia tu.

“Lain kali biarkan aje. Biat hiasan laman rumah memang cantik. Sayang kalau petik macam tu. Lama-lama pokok bunga tu kecik hati. Ros lain sikit Bella, kena sayang lebih. Kalau tak dia takkan bagi keluar bunga.”

Pulak dah! Teori planet mana Mommy korek bagi ceramah kat dia petang-petang macam ni. Bunga ros pun ada pantang jugak ke? Yang dia tahu cuma siram cukup air, bila bagi baja jangan banyak sangat dan cuaca mesti sesuai. Pantang larang dari planet lain memang dia tak tahu. Bila dia beralih pandang pada Sam yang seronok makan jagung bakar, Sam senyum dan jungkit bahu. Huh! ‘Trip’ muka tak bersalah sebab petik bunga ros dialah tu.

“Bila Ara nak dapat adik baru?”

Suara Mak Ngah yang tiba-tiba muncul di dapur sejak entah bila buat Bella rasa macam nak menjerit. Boleh tak jangan tanya soalan puaka macam tu. Dulu masa dia dan Sam belum ada anak, soalan standard yang dia kena adalah ‘bila nak ada anak?’ Sekarang bila dah ada anak sorang, muncul pula soalan puaka yang kedua macam tu.

“Belum ada rezeki lagi, Mak Ngah.” Sam menjawab bagi pihak Bella.

Sekarang Bella buat-buat sibuk memotong tembikai. Tolonglah jangan tanya soalan macam tu. Tuan punya badan macam dia kecik hati okey bila ditanya begitu. Rezeki tu semua di tangan Tuhan, dia bukan nujum mak belalang yang boleh tahu bila Ara akan ada adik.

“Biarlah. Nanti kalau ada rezeki adalah tu. Kan Bella?”

Bella tersenyum lebar pada Nenek. Nenek jugalah penyelamat keadaan. Walaupun muka Nenek garang dan banyak cakap, tapi Nenek adalah yang paling sporting di dalam keluarga Sam. Berumur 76 tahun tapi masih berjiwa muda.

“Cuma kalau Tiara ada adik nanti, bagi nama yang cantik sikit.”  Sempat Nenek berpesan hingga Bella dan Sam berpandangan sesama sendiri.

“Contohnya?” Sam nak juga tahu.

“Letak la Aina ke. Ayu ke. Tini ke. Bukan jenis yang susah nak sebut macam mana Tiara tu.”

Meledak ketawa Sam dan Bella. Mommy dan Mak Ngah juga turut tergelak sama. Nenek memang, sangat anti nama yang jarang di dengar. Nama Tiara tu okey apa. Aliya Tiara. Senang dan mudah untuk diingati. Part mana yang Nenek tak suka serius tak tahu.

“Untung Sam dapat isteri macam Bella. Kreatif. Susun buah tembikai pun ada gaya.” Sempat Nenek memuji Bella di sebelah.

“Huh? Kreatif?” Sam macam tak percaya. Nenek puji salah orang ke apa? Takkan sebab pandai susun buah tembikai atas piring pun dah kena cop kreatif. Dia pun pandai susun buah jugak, malah lebih kemas lagi dari Bella. Dia tengok hidung Bella dah kembang kempis bila kena puji.

“Nek, belum lagi tengok kalau dia duduk kat rumah dengan Ara masa Sam pergi kerja. Kemas gila rumah ni. Susunan kat dalam rumah selalu bertukar.” Sam kenyit mata pada Bella.

Excuse me? Mata Bella membulat besar. Cantik sungguh ayat perli awak, encik suami. Isi tersirat ayat Sam tu hanya dia saja yang tahu.

“Pilihan Mommy kan terbaik. Mana nak cari menantu yang macam Bella.” Mommy menyampuk.

Bella tersengih. Ala, dulu Sam bukan pilih dia pun. Tiga tahun berkahwin atas dasar saling memerlukan dan bukan atas dasar cinta. Sam pernah kata, cinta tak penting.

‘Kita tunaikan tangggungjwab masing-masing. We need each other to please each other. That’s al. Love per say, I won’t believe in that.’

Itu ayat Sam yang dulu. Sekarang Sam dah berubah. Sam dah jatuh cinta pada dia. Bagi Sam, dia adalah wanita paling dicintai dan dia adalah yang paling bertuah di dunia. Dan hingga ke hari ini, Bella tak pernah berhenti mengucapkan syukur untuk itu.

“Bella, dengar tak ni?”

Suara Nenek yang betul-betul di cuping telinga buat bahu Bella terangkat. Serius tak dengar apa yang Nenek cakap.

“Sam, isteri Sam memang suka mengelamun ke? Petanda tak bagus tu. Nanti ada masa Nenek bawak jumpa Siti Zubaidah kat kampung minta urut.”

Pecah ketawa Sam. Apa kaitan mengelamun dengan berurut Nenek? Agaklah sikit walau nak berubat cara kampung sekalipun. Termenung aje pun, bukan kena sampuk bunian.

“Dia memang macam tu lah, Nek. Tak payah risau. Kadang-kadang dia  mengelamun sampai bulan. Tapi kalau dia sampai bulan mesti dia ajak Sam sekali.” Sam kenyit mata lagi pada Bella.

Oh m geeee.....meremang bulu roma Bella tengok senyuman gatal sang suami. Siap kenyit mata macam nak minta ketuk dengan chopping board. Tapi akhirnya dia melepaskan tawa juga. Hanya dia saja yang faham maksud tersirat ‘sampai bulan’ itu.

Dear Sam,
I love you till bits! 



p/s : Sorry dah lama tak update. Saya back to back oncall, baru hari ni dapat duduk hadap laptop. Have a great week ahead. Love till bits!




Thursday, August 17, 2017

Dear Sam (Bab 2)





            SAM membuka pintu bilik sebelah. Dua tubuh yang disayangi tidur dengan pulas di atas katil. Dia melangkah masuk perlahan-lahan. Sempat dia naikkan suhu penghawa dingin. Gila sejuk, kebal juga Bella dan Ara tidur dengan gaya bebas, comforter pun dah ditendang entah ke mana.

            Rindu.

            Itu adalah perkataan yang boleh menggambarkan rasa hatinya kini. Rindu pada sang isteri dan anak.

            Bella yang bubbly. Bella yang sentiasa murah dengan senyuman. Bella yang lazy bump. Ya! Bella yang sentiasa lazy bump.

            Ara yang comel. Ara yang perangai sebijik macam Bella. Yang happy go lucky. Yang kuat ketawa. Yang sentiasa menghiburkan hati.

            Dua tiga hari ni Bella dan Ara tak berapa nak rapat dengan dia. Bila dia balik kerja, Bella dan Ara buat-buat sibuk berkebun kat belakang rumah. Tak pun ‘trip’ rajin menggembur tanah dalam pasu bunga kat luar rumah. Makan malam pun tak seceria dulu.

            Tepuk dada sendirilah, bro. Bella dan Ara jadi ‘kecut’ dan tak mesra alam macam biasa sejak kes ‘rumah macam tongkang pecah’ tempoh hari. Sam tahu dia salah. Masalah kerja punya pasal, dia lepaskan pada Bella dan Ara di rumah. Memang tak patut dicontohi oleh suami di luar sana.

            Sam tunduk mencium pipi Ara. Dia tersenyum sendiri. Ara memang comel. Sebijik macam Bella. Rambut Ara yang kerinting dibelai. Sesuai sangat Ara diberi nama ‘anak patung bergerak’ oleh saudara mara lain. Dia membetulkan comforter ke tubuh Ara sebelum dia mendekati Bella.

            Tubuh Bella didukung penuh hati-hati menuju ke bilik mereka berdua. Bella memang jenis yang tidur mati, kalau bom meletup kat sebelah telinga pun belum tentu Bella terbangun.

            Di bilik mereka berdua, tubuh Bella dibaringkan di atas katil dan Sam mengambil tempat di sebelah.

            “Bella darling. Bangun.”

            Sam tersenyum sendiri. Kan dah cakap, memang Bella jenis yang susah nak bangun. Berkali-kali dia mencuba dan siap meniup wajah Bella sekuat yang boleh, barulah Bella membuka mata perlahan-lahan.

            “Huh....” Dalam keadaan cahaya yang samar-samar, dahi Bella berkerut. Wajah yang tersenyum betul-betul di hadapannya dipandang dengan blur.

            “Awak dah kenapa?” Suara Bella serak. Tengah mimpi kot ni. Rindu sangat dengan Sam sampai bila terbangun tengah malam pun wajah Sam juga yang memenuhi ruang mata.

            Sam tergelak. Hancur harapan nak dengar Bella sebut ‘I miss you’ bila dia di depan mata. Bibir Bella menjadi sasaran.

            “Jom, bangun kejap.” Tubuh Bella ditepuk perlahan.

            Dahi Bella berkerut. “Nak ke mana?”

            Please lah jangan cakap Sam ajak pergi jogging awal pagi. Bersenam awal pagi adalah ibarat mimpi ngeri bagi Bella. Dah ada anak sorang pun takkan Sam masih nak paksa dia berjogging macam zaman masih berdua. Gila punya kerja!

            “Bangun dulu. Open your eyes and look around you.” Sam bersemangat, dalam erti kata lain dia nak paksa Bella bangun walaupun mata Bella berat mengalahkan lesung batu.

            “Hish...” Like seriously? Suami pilihan mama dan papa kat sebelah ni memang suka paksa aku. Kes jealous kot tengok aku tidur sampai tak ingat dunia.

            Dalam terpaksa, Bella buka mata luas-luas dan memerhati sekeliling. Dia terdiam beberapa ketika.

            Kelopak bunga bertaburan di atas lantai. Di dinding ada kuntuman bunga ros yang disusun disusun berbentuk hati. Satu persatu satu perkataan di dinding dibacanya.

            I’M SORRY. LOVE YOU, BELLA.

            Bella ulang baca untuk kali yang ke sepuluh. Dia kelip mata berkali-kali. Memang tak salah baca, babe.

            “I’m sorry. Love you so much.”

            Suara Sam yang begitu dekat di telinganya buat Bella makin blur. Bila dia menoleh, senyuman Sam melebar sampai telinga. Spontan tangan kiri naik menyentuk dahi suami. Mana tahu Sam demam. Tak pun kena rasuk jembalang laut.

            “Tak demam pun.” Bella bercakap sendiri. Dia makin blur bila ketawa Sam pecah.

            “You are not dreaming and I’m really sorry. For real.” Sam kenyit mata. Hidung Bella dicuit lembut. Dia buat semua ni ikhlas. Nak meminta maaf dari awal lagi tapi susah sangat sebab Bella dan Ara berkepit dua puluh empat jam. Kalau nak minta maaf depan Ara tak boleh pulak nak buat gaya romatik. Jadi terpaksalah kejutkan Bella tengah malam macam sekarang.

            Satu saat...
            Tiga saat...
            Lima saat...

            “I think I’m dreaming.” Bella baring semula sambil menutup mata. Kalau ni mimpi, baik dia tidur balik. Kalau tak bangun-bangun sampai dua tiga hari pun tak apa. Mana pernah Sam buat begini. Mana pernah Sam pujuk dengan ayat ‘fancy-romantic-melting’ yang boleh buat dia melayang sampai awan.

            Aik? Macam tu aje? Sam tak tahu nak cakap apa. Dia mendekat dan tiup semula wajah Bella. Bila Bella buat-buat tidur mati, dia cubit pipi Bella.

            “Ouch! Sam!”

            “I told you, you’re not dreaming.” Dah kena cubit sampai lebam baru tahu.

            “Betul ni?” Mata Bella terbuka lebih luas berbanding tadi. Kali ni memang dia percaya dia tak bermimpi. Melihat Sam angguk kepala dan tersenyum lebih lebar, Bella speechless.

            Bila Sam mendekatkan wajah dan bibirnya menjadi sasaran Sam, Bella terasa macam terbang di awan tinggi. Hilang segala rasa rajuk dan marah dan kecewa atau yang sewaktu dengannya sejak beberapa hari lalu.

            Dear Sam,
            You can really win my heart!
           


p/s : Ooh la la...esok Jumaat ;) Siapa pernah baca dan menghayati Dear Bella, I'm sure you will like Dear Sam. Best fiends for life; husband and wife. Thats the best sentence to describe their journey of marriage. And ya...you will like Sam's full name ;) Love loads!