Saturday, January 12, 2019

JANGAN BENCI CINTAKU 2 (BAB 3)




SAMPAI bila, harus ku bertanya…
Firasat hatimu, yang terus membisu…
Segala dendamku…
Kini telah menjadi bebanan jiwa…
Saat kau mencari pengganti cinta…

Feeling habis Rafeeqa menyanyikan lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar. Tone deaf tak apa, yang penting keyakinan diri tu perlu ada. Bosan menunggu Damia punya pasal, sempat juga berkaraoke beberapa lagu di dalam kereta.

“Makcik bawang Holland ni pergi tandas ke cuci tandas sekali?” Rafeeqa mengerling ke arah jam di skrin kereta. Dah hampir lima belas minit Damia menghilang, lama gila.

Tok! Tok! Tok!

Cermin kereta yang diketuk dari luar buat Rafeeqa terkejut. Dan terkejutnya jadi dua kali ganda bila yang mengetuk adalah cerita lama Shahrizal. Oh m gee….Husna! Ulang balik, Husna! Rafeeqa cuma ada dua pilihan sekarang.

1. Turunkan cermin kereta.
2. Buat tak layan dan blah tinggalkan Damia sekali yang masih tak muncul dari tadi.

Akhirnya variant nombor satu yang dipilih. Serius sebaik cermin kereta diturunkan dan bila kedua-duanya bertentangan mata, Rafeeqa tak tahu nak beriak macam mana. Senyum sampai ke telinga, memang taklah. Nak bagi bitch look pun tak sampai hati. Sudahnya dia tayang muka mono.

“Hai.” Dengan tone suara Rafeeqa sekali mono. Dah lama tak jumpa Husna, dan hari ini muka Husna masih sama macam dulu.

“Hai. Sorry. Saya ingatkan Shah.” Suara Husna hampir tak terkeluar. Malu tak usah cakap, kalau boleh dia nak sembunyi muka sendiri di bawah bantal. Apalah punya gatal tangan nak ketuk cermin kereta Shahrizal. Sumpah kalau dia tahu Rafeeqa yang pandu kereta Shahrizal, dia takkan terhegeh-hegeh untuk berbuat begitu.

“It’s okay.” Pendek gila respons Rafeeqa. Nak tak nak terpaksa juga dia tersenyum nipis biarpun tak seikhlas mana. Nampak sangat riak wajah Husna berubah dari teruja menjadi speechless. Mahu tak terdiam sebab orang yang diharapkan bukanlah di depan mata.

“Awak apa khabar?” Husna sekadar bertanya. Nak cover line tersalah orang kenalah mesra alam. Bertahun-tahun tak berjumpa dengan Rafeeqa, hari ini bila bersua muka perasaan awkward tu tak tahu macam mana nak digambarkan. Nak bersembunyi, dah terlambat. Nak bertekak dan serang Rafeeqa macam dulu? Memang taklah. Rasanya semua orang tak patut kenang lagi cerita lama yang membuktikan khilaf masing-masing dan tak akan ada sesiapa yang akan ulang silap yang sama.

“Baik. Awak apa khabar?” Terasa skema bertanyakan soalan yang sama tapi Rafeeqa tak tahu nak tanya apa lagi.

“Sihat. Errr…saya gerak dulu ya. Nanti sampaikan salam saya pada Damia sekali.” Husna melambaikan tangan sebelum beredar pergi. Bukan setakat bermanis mulut tapi dia ikhlas dengan setiap yang dia cakapkan tadi.

Bermusuh? Tak akan.
Balas dendam? Tak akan.

Cuma kisah dulu membuatkan masing-masing rasa kekok dan wujudnya ‘boundary’ tapi serius, niat Husna bukan lagi untuk menjadi perampas dan menghancurkan rumahtangga Shahrizal dan Rafeeqa.

“Yuhuu! Dah siap! Sorry babe, lambat. Aku tunggu kakak cleaner tu bersihkan toilet sebab kotor sikit.”

Entah bila Damia muncul di tempat duduk sebelah, Rafeeqa tak perasan.

“Siapa yang kau tengok?” Mata Damia turut terarah sama di bahagian tempat letak kereta di hadapan sana. Tak pasti Rafeeqa tengok siapa. Pada masa yang sama botol air dicapai dan minuman diteguknya perlahan.

“Aku jumpa Husna.” Rafeeqa menjawab bila Husna sudah hilang dari pandangan mata.

Burrrrr!

Damia di sebelah terbatuk-batuk. Tisu di dashboard dicapai.

“Sorry babe. Which Husna?!” Mohon telinga salah dengar.

“Husna yang dulu tu lah. Mana ada Husna lain yang kita kenal.”

Damia terbatuk lagi. Memang tak salah dengarlah namanya tu. Tubuhnya automatik berpaling menghadap Rafeeqa yang tak ada riak terkejut langsung.

“Kenapa dia jumpa kau? Macam mana dia tahu kau ada kat sini? Apa yang dia cakap? Dia ada cari Shah tak? Kau jawab apa dekat dia?”

Rolling eyes. Padan sangat minah sebelah ni dapat gelaran makcik bawang Holland. Soalan yang keluar macam bertih jagung dari mulut Damia, tak ada satu pun yang sempat dijawab Rafeeqa.

“Dia ingat Shah yang drive kereta ni. Kalau dia tahu aku kat dalam ni, of course dia takkan tegur pun.” Rafeeqa menyandarkan tubuhnya di kerusi. Otak ligat membuat segala andaian yang ada.

What?! B…B…but…t…then…apa respons kau?”

“Sejak bila kau gagap macam ni? Chill, babe. Jangan fikir negatif sangat boleh tak? Kau memang alergik nama Husna kan? Dengar nama Husna pun kau dah gelabah ayam.”

Of course lah wei. Dengan semua yang dia dah buat pada rumahtangga kau dengan Shah, kau ingat aku senang nak lupakan?”

Ah, sudah. Dia yang ditimpa masalah dulu, Damia pula yang kena tempias tahap kena langgar garuda.

“Jangan risaulah. Dia takkan berani kacau aku dengan Shah lagi. Aku yakin.” Rafeeqa membuang pandang semula ke luar tingkap. Sekadar nak menyedapkan hati sendiri, dan hakikatnya dia sendiri tak yakin.

Husna.
Shah.

Automatik kepala Rafeeqa naik pening bila dua nama itu muncul di benak fikiran Rafeeqa. Betapa dia tak nak berfikiran negatif, dia tak dapat mengelak dari perasaan ‘insecure’ yang kini menghantuinya.

Serius, kisah silam Shah memang berhantu!



*************




KELUAR saja dari perut kereta, berkerut kening Shahrizal melihat Rafeeqa yang tekun mencuci keretanya di depan rumah.

“Fika, tengah buat apa ni?” Shahrizal mendekat.

“Masak sambal. Nak tolong?”

Haish! Shahrizal meraup wajahnya. Rasa macam nak ketuk kepala sendiri pun ada juga. Mulut sedap sangat tanya soalkan Abuden macam tu apa cerita? Dan bila Rafeeqa masih buat tak layan, bahu isterinya dipaut perlahan.

“Fika. Jap. Kenapa rajin tiba-tiba ni?” Shahrizal makin pelik. Tak pernah Rafeeqa kerah tenaga cuci kereta waktu petang begini. Span. Baldi dengan sabun penuh buih. Hos. Cukup segala perkakas! Siap pakai headband polka dot di atas kepala. Mesti Rafeeqa selamba ayam ambik headband Latisha.

“Saja nak exercise.” Pendek saja jawapan Rafeeqa. Semakin bersemangat pula  dia bila tengok buih sabun yang banyak.

“Tak yoga hari ni?”

Rafeeqa menjeling. Saja nak trigger rasa geram dia agaknya encik suami kat sebelah ni. Bila dia yoga, kena cop menjalankan upcara memuja rumput. Bila dia tunjuk rajin macam sekarang, kena query tahap petala.

“Lepas ni, awak jual kereta ni. Saya tak nak.” Rafeeqa mengelap peluh di dahi.

“Aik, kenapa pula? Dia gigit awak masa awak driving?”

“Shah, I’m serious.” Muncung Rafeeqa dah panjang. Tengah serius okey, bukan masa yang sesuai untuk buat lawak suam-suam kuku macam tu.

“Okey. Okey. Tapi kenapa?” Shahrizal angkat kedua belah tangan tanda surrender. Kalau dia masih menyakat juga, silap hari bulan malam ni dia makan telur rebus saja.

“I just don’t like it.” Span dilontarkan Rafeeqa ke dalam baldi.

Berkerut kening Shahrizal. Pandangan bersilih ganti dengan keretanya dan wajah cemberut Rafeeqa. Tak pernah-pernah Rafeeqa tak suka kereta kat depan mata ni. Selalunya pujian Rafeeqa melambung tinggi.

Sexy.
Lawa.
Stylo.

Sampai kadang-kadang Rafeeqa sengaja pakai kereta dia, alasan sebab nak tukar feel. Sama macam pagi ini tadi, Rafeeqa sendiri yang beria nak pandu.

“Something is not right somewhere, Fika.”

Rafeeqa buat tak dengar. Hos panjang dicapai untuk membilas kereta yang sudah dipenuhi sabun.

“Fika, please.” Shahrizal tak puas hati. Dia paut lengan Rafeeqa sekali lagi dan kali ini tubuh isteri dipalingkan supaya menghadapnya.

“Bagitau saya apa yang terjadi hari ni. This is not the usual you. Not my usual diva.”

Beberapa saat berlalu hingga akhirnya Rafeeqa membuka mulut.

“Saya terserempak dengan Husna hari ni.”

Terangkat kening Shahrizal. Terus terang cakap dengar nama Husna pun dia rasa lain macam. Bukan sebab rindu atau teringin nak jumpa bekas kekasih lama tapi nama itu mengingatkan dia tentang semua dosa yang telah dia lakukan pada Rafeeqa.

“Dekat mana?” Shahrizal ingin tahu. Yang dia tahu, lepas Izwan dan Husna berpisah tak ada lagi berita tentang Husna.

Dulu macam tak percaya pun ada juga bila Irwan bercinta dengan Husna. Betapa Izwan tak suka dan alergik dengan nama Husna, Husna jugalah yang menjadi pilihan teman baiknya itu. Tapi jodoh Husna dan Irwan tak lama. Masing-masing membawa haluan sendiri dan bila dia tanya kenapa, Irwan tak komen banyak. Mungkin dah memang bukan jodoh, itu kata Irwan.

“Tak kisahlah dekat mana pun, tapi dia masih ingat kereta ni. Kalau dia ingat kereta ni, bermaksud dia masih ingat awak.”

“Fika.” Perlahan suara Shahrizal cuba memujuk.

“I thought we don’t wanna talk about this anymore,” sambung Shahrizal. Dia pimpin tangan Rafeeqa ke kerusi rehat tak jauh dari situ. Kereta tu nanti-nanti pun dia boleh sambung cuci.

“Kita main Q & A nak?” Shahrizal pancing mood Rafeeqa. Serius dia dah tak tahu macam mana nak meyakinkan Rafeeqa yang cinta dulu, kini dan selamanya adalah isterinya itu.

Rafeeqa angguk kepala. Soal ‘tak-keruan-bila-jumpa-Husna’ dia tolak tepi.

“Siapa isteri saya?” Shahrizal ajukan soalan pertama.

“Rafeeqa Huda.”

“Siapa soulmate saya?”

“Rafeeqa Huda.”

“Siapa teman bergaduh saya?”

“Idan, Tisha and me.”

Tawa Shahrizal pecah. Bila Rafeeqa turut ketawa, separuh darinya terasa lega.

“Siapa diva kegemaran saya?”

“Rafeeqa Huda.” Rafeeqa kenyit mata dan sekali lagi tawa Shahrizal pecah.

“Siapa yang akan temankan saya sampai saya tua?”

“Rafeeqa Huda.”

Tangan isteri dicapai Shahrizal dan dibawa ke bibirnya. Lama.

“Awak dah tahu semua jawapan tu, apa lagi yang awak risaukan? We belong to each other. And there will be no one else between us.” Rambut Rafeeqa diusap perlahan.

“Dulu pun awak cakap macam tu juga, tapi tup tup pasang lain.” Rafeeqa bukan tak percaya, tapi dia tak berapa yakin. Lelaki biasalah, janji macam-macam tapi akhirnya ke laut juga.

“Okey. Okey. Fine. Maybe that time I was drunk. Jatuh cinta pada orang yang salah but trust me, I regret all of that. Saya tak nak kehilangan awak untuk kali kedua.”

Dia tahu dia salah.
Dia yang cari penyakit.
Dia yang pasang dua.
Dia yang tak menghargai.

Tapi itu semua cerita lama. Manusia buat salah tapi manusia juga perlu peluang kedua dan berubah.

Rafeeqa tarik nafas dalam. Genggaman tangan Shahrizal dibalas dan mata Shahrizal ditatap dalam-dalam.

Sorry. Saya tak bermaksud apa-apa cuma bila dia muncul semula, saya rasa macam tak cukup kuat. Saya takut berulang kali kedua.”

“Shhhh…takkan berulang lagi kali kedua.” Jari telunjuk Shahrizal singgah di bibir Rafeeqa.

Curang lagi? Tak akan! Menduakan Rafeeqa macam dulu sudah tak ada dalam senarai ‘apa-nak-buat’ dalam hidupnya.

“It’s possible to build a better and stronger married life after some has cheated. Sorry but we will be okay, Fika.” Tubuh Rafeeqa dibawa Shahrizal ke dalam pelukan. Serius dia tak tahu macam mana nak meyakinkan Rafeeqa betapa menyesalnya dia dengan apa yang telah terjadi dulu.

Rafeeqa langsung tak bersuara. Hanya pelukan saja dibalasnya. Terus terang cakap, dia sudah lama memaafkan Shahrizal. Cuma sesekali perasaan kecewa itu akan muncul tanpa dipinta. Betullah kata mama, dia perlukan masa untuk melupakan.

“Shah, even if you hire a hitman to kill me…I will still forgive you. I just need time to heal.”

Damn!

Betapa ‘deep’ ayat Rafeeqa buat Shahrizal terdiam tanpa kata. Mendalam maksud Rafeeqa dan untuk lelaki yang banyak bersalah macam dia, rasanya tak layak untuk isteri sebaik Rafeeqa.

Walau seribu kali maaf pun, ia takkan mampu mengubah apa yang telah terjadi. Tapi dia yakin dia mampu ubah jalan cerita mereka berdua menjadi lebih menarik.

We have our own fairytales, Fika…



p/s : Sorry for my long moment of silence, mother in law wasn't well and admitted to hospital recently. Jangan Benci Cintaku 2 akan keluar hopefully by this year :) Untuk yang ingin memiliki karya saya yang lain, saya masih ada stok untuk : 

1. Jangan Benci Cintaku 
2. Biarkan Pergi 
3. Di Antara Semua Bintang 

Boleh PM untuk order :) Hope you all enjoyed reading this entry. Jangan risau, JBC2 tak klise I promise. Love and hugs! 

No comments:

Post a Comment