Tuesday, February 12, 2019

I'M NOT THE ONE (Bab Terakhir)




APA ending kita?

You choose, Bad. Me or her?

Bad meraup wajahnya. Apa nak jawab bila Leyla ajak berbincang. Kira okeylah ni Leyla berbincang cara baik dan bukannya bergaduh sampai pecah segala pinggan mangkuk kat dalam rumah ni.

Saya perlukan masa untuk berfikir, Leyla.Bad merenung ke dalam anak mata Leyla. Dia tahu Leyla kecewa. Kecewa yang menggunung dan sumpah dia sendiri rasa terguris. Bukan niat untuk melukai Leyla tapi.

Then pilih dia. Kalau awak berfikir nak menduakan saya, I will give you a big NO.Sengaja Leyla menekankan perkataan NO. Kalau Bad tak faham juga tak tahulah. Takkan dia nak terangkan dalam bahasa Jerman pula.

Bad terdiam. Baru dia nak mencapai lengan Leyla, ditepis Leyla perlahan. Macam mana nak terangkan pada Leyla yang dia hanya dapat memilih salah satu?

Saya minta maaf, Leyla.

Saya dah lama maafkan awak, even since the day you lied to me. Oncall. Busy di ward. Balik lambat. Kereta kena langgar. Semua tusaya tahu Bad. Tapi saya tutup mata dan maafkan awak.Berair mata Leyla. Minta-minta air mata sila jangan jatuh di depan Bad. Dia bukanlah sangat desperate nakkan sang suami sentiasa di sisi tapi dia sayangkan perkahwinan yang sudah lebih lapan tahun. Malah dia masih mencintai sepenuh hati. Cuma kalau Bad memilih untuk menduakan dia atau boleh hidup tanpa dia, then dia cuba terima dengan hati terbuka.

We had our ups and downs for the past eight years. Saya ingatkan awak bahagia hidup dengan saya. Tak sangka pula awak ada orang lain,sambung Leyla. Part tu serius dia tak dapat nak brain. Entah di mana silapnya dia dan pincangnya dia sebagai seorang isteri, dia tak tahu.

Leyla, please. Saya betul-betul bahagia dengan awak sana saya tak nak…” Bad mencapai tangan Leyla. Kali ini Leyla membiarkan saja.

Kalau awak bahagia, awak takkan cari makan dekat luar.Pedas gila ayat Leyla. Dia bukan bodoh sangat nak faham apa maksudnya kalau suami ada perempuan lain. Tapi part mana kurangnya dia, dia masih tak ada jawapan untuk itu. Tanya Bad banyak kali pun tak guna sebab Bad takkan jawab.

Im giving you another chance. Tinggalkan dia dan teruskan perkahwinan ini.Leyla tak perlukan ayat-ayat manis untuk memujuk hati yang lara. Dia hanya berharap agar Bad sedar silap sendiri dan takkan ulang lagi kesilapan yang sama.

Tapi andai Bad betul-betul pilih orang ketiga, apa yang dia nak bagitahu mama.?



******


BAD bingung. Fikirannya kosong. Serius tak tahu nak buat apa. Bila dia minta tolong kawan-kawan, rata-rata memihak pada Leyla. Dia pun tak boleh nak kata apa sebab dah tahu diri memang salah.

Still undecided? Jane muncul di sebelah. Masing-masing menala pandang ke arah pemandangan di depan mata. Pemandangan bangunan pencakar langit aje pun, kat KL ni mana nak cari pemandangan yang menghijau penuh dengan keindahan alam semulajadi untuk tenangkan fikiran.

Dia bagi saya pilihan. Its only either I choose her or you.

Jane tersenyum pahit. Dah agak dah. Logiklah kan, mana ada perempuan yang akan terima dengan hati terbuka bila suami ada kekasih lain?

Dan saya dah bagi awak pilihan. Either awak jadikan saya isteri kedua atau saya gugurkan kandungan dan confront dia sendiri.

BINGO!

Bad speechless. Hakikatnya dia tak ada pilihan lain.

1. Melepaskan Leyla pergi. Bermaksud dia akan kehilangan Leyla.
2. Melepaskan Jane pergi. Bermaksud dia akan turut kehilangan Leyla.



******


BAD duduk di sofa tak jauh dari katil. Mata hanya menala pada tubuh Leyla yang berbalut comforter. Tenang saja wajah isteri yang tidur dibuai mimpi. Rambut yang serabut di wajah Leyla langsung tak mencacatkan kecantikan yang dimiliki oleh Leyla.

Saya tak paksa awak untuk setia di sisi saya. But if you ask me, I would want you to stay beside me till the day I die. I considered you still remember your words the day we got married.

Mendalam ayat Leyla padanya sebelum tidur tadi. Leyla tak marah-marah apatah lagi meninggikan suara padanya. Tapi wajah Leyla yang tenang dan bersahaja itulah yang buat rasa bersalahnya semakin menggunung.

Dalam tenangnya Leyla, dia tahu Leyla kecewa teruk. Leyla tanya kenapa cintanya boleh beralih arah. Hakikatnya, cinta Bad tak pernah beralih arah. Dia masih mencintai Leyla seperti dulu. Tak pernah kurang langsung. Cuma cinta pada Jane wujud sebab dia sendiri yang membuka peluang Jane supaya mendekat dan memilikinya.

Bad bangun dan menyertai Leyla di atas katil. Tangan melingkari tubuh Leyla dari belakang. Haruman Leyla. Hangatnya tubuh Leyla. Dengkuran halus Leyla. Semuanya terasa menenangkan. Dan andai dia terpaksa lepaskan Leyla satu hari nanti, dia pasti akan merindui Leyla separuh mati.



*****


LEYLA meluru ke dalam bilik mandi. Dua tiga hari ni tak habis-habis dia muntah. Pening pun satu hal. Lepas tu hilang selera makan pun satu hal. Sampaikan dia terpaksa ambil MC hari ini untuk berehat di rumah.

Bad?

Bad kata dia oncall. Jadi kalau nak mengharapkan Bad ada di sisi memang taklah. Takkan dia suruh Bad tukar oncall dengan colleague yang lain, terasa macam mementingkan diri sendiri pulak.

Di hadapan sinki, Leyla memuntahkan isi perut. Rasa tekak yang mual beginilah yang dia paling tak suka. Makan maxolon pun tak jalan. Habis muntah, Leyla mengelap mulutnya. Kepala yang mula terasa pening memaksanya untuk berlalu keluar namun entah di mana silapnya, lantai yang agak licin menyebabkan Leyla tergelincir jatuh.

Fuh! Rasa oren okey bila punggungnya landing betul-betul di atas lantai. Baru dia nak bangun, di celah pahanya terasa seperti ada cecair panas. Rasa nak melompat jantung Leyla bila darah merah mengalir keluar.

Shit!


******

TOK! Tok!

Leyla buat tak layan. Pandangan menala ke luar tingkap.

Leyla sayang.

Leyla memejamkan mata. Entah kenapa dengar saja suara Bad, hati rasa semakin terluka. Buat pertama kali dalam hidup dia rasa dia tak dapat hidup lagi bersama Bad. Vice versa dengan perasaannya sebelum ini.

Leylahow are you?Suara Bad hampir tak terkeluar. Ikut hati dia nak peluk tubuh Leyla tapi dia tahu Leyla perlukan ruang sendiri. Dia nak minta maaf tapi dia tahu Leyla takkan terima dengan mudah.

Ima told me the news, sambung Bad. Teman rapat Leyla yang juga merupakan pakar sakit puan memaklumkan padanya yang Leyla keguguran. Rasa gelap dunianya seketika. Dia dan Leyla tak sempat pun berkongsi berita baik, mereka berdua terpaksa terima berita buruk pula. Lapan tahun menunggu, Leyla mengandung dan dalam sekelip mata, Leyla keguguran..

Air mata Leyla bertakung di tubir mata. Sedikit pun dia tak menoleh ke arah Bad. Sedih kehilangan zuriat yang dinanti satu hal, terluka dengan penipuan Bad pun satu hal. Bad tak oncall pun sebenarnyaBad bermalam di rumah perempuan itu

Saya tak boleh terima kesilapan kali kedua Bad. You betrayed our love story.Perlahan saja suara Leyla. Nak pujuk dan melutut agar bad setia di sisi memang taklah.

Leyla, please.Bad menghampiri tapi Leyla menjauh. Leyla langsung tak berpaling padanya.

I dont mind if you choose her over me. Lepaskan saya cara baik...Leyla tak minta banyak. Terpulanglah untuk Bad faham atau tak maksud tersiratnya. Kalau Bad masih perlukan dia, Bad akan tinggalkan perempuan itu. Kalau tak, Bad perlu lepaskan dia.

Baliklah. Saya nak bersendirian.Itu permintaan Leyla hari itu dan Bad turutkan saja. Sebaik saja pintu ditutup, air mata Leyla mengalir.

Damn! Betapa dia menahan dan cuba untuk kuat, dia lemah juga


********

- I will let you go for good, Leyla. Im so sorry.

Lama Leyla pandang skrin telefon. As expected, you choose her over me Bad. You choose her over your wife. You choose her over your own love story.

Dia tarik nafas dalam. Kuatlah wahai hati

Accept it. Flip your hair and move on, dear darling!

Leyla berjanji dalam hati dia takkan terima Bad sampai bila-bila. Biarpun dia maafkan Bad tapi pintu hatinya sudah tertutup untuk berkongsi hidup dengan lelaki itu.

Dia doakan Bad bahagia dengan pilihan barunya.

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintaku..
Takkan lagi ku bersamamu
Biarku simpan kenanganku bersamamu


*********

BAD memandang kosong skrin telefon bimbit di tangan. Tanpa sedar air matanya menitis. Dia terpaksa. Dia tak ada pilihan lain. Kehilangan Leyla buat separuh daripada nyawanya dibawa pergi
- Im going for long trip. Take care.

Nak tanya ke mana Leyla pergi, dia tahu Leyla perlukan ruang. Nak ikut Leyla sekali, macam mana dengan Jane? Dia sedar satu perkarasentiasa mencintai tak bermakna akan sentiasa memiliki
Maafkan saya, Leyla.


P/s : Dont hate me for this darlings! Cerpen pendek untuk meriahkan blog sebab dah lama bersarang. Apa ending bad dan Leyla? Bad. Leyla. Red. You choose! Nantikan Bintang Terbaik soon :) Love loads!


No comments:

Post a Comment