Thursday, April 30, 2020

Kiss Of 14 Days (Part 4)

Part 4
LAMA Dahlia berdiri melihat gelagat Amir dari jauh. Kejap sauk poket seluar kiri, lepas tu kanan pula. Kemudian poket belakang pula. Beg plastik di tangan pun gigih diselongkarnya.
Disebabkan kebaikan yang ditabur Mr Spicy beberapa hari lepas, terasa pula nak beramah – mesra (Read: tanya soalan yang hanya ada tiga patah perkataan).
“Kunci hilang ke?”
“Oh, hai sweetie. Yes. Tercicir kot. Rasa tadi letak dalam poket ni hah.” Amir siap buat gaya. Waktu kritikal macam inilah boleh terjadi benda yang dia impikan iaitu sesi beramah mesra dengan jiran tetangga tapi bukan sekarang! Kunci hilang dan tengah sakit perut pula. Pakej betul wrong timing nya itu.

Ish, dia ni! Memang dasar sweet talker. My darling Dahlia la, sweetie la, brown eyes girl la. Spesifiklah sikit brown eyes girl yang nama Dahlia Adeeba. Mamat ni tak tahu agaknya 79% populasi manusia adalah berwarna coklat. Kalau cakap coklat cair siap ada darker shades keliling barulah Dahlia Adeeba jadi dia tak boleh nak layan sangat ayat manis Mr Spicy. Boleh syok sendiri jadinya nanti.

“Dahlia...missy...” Amir mengejutkan dia dengan menggunakan jari tengah dan ibu jari betul-betul di depan muka Dahlia. Ingat pandang tombol tajam macam tu boleh terbuka pintu ni?
“Oh...yes. Bye.”
Dahlia tersedar daripada lamunan. Setakat nak tegur dan berbasa – basi saja pun. Tak ada pun niat dalam hati nak tolong panggilkan locksmith bagai. Musim RMO macam ni lagilah, bukan kerja mudah nak dapatkan perkhidmatan non – essential.
Amir ketap bibir. Bye? Seriuslah minah ni. Level caring tahap hancur.
“Agak – agak awak kan, patut tak saya slow talk dengan tombol ni? Orang cakap communication is key.
Geezzz!” Dahlia gelengkan kepala. Terus dia berpaling nak menapak ke rumah sendiri. Sempat Amir buat lawak dalam keadaan macam ni? Kalau dia dah berpeluh dahi siap pakej anxiety.
“Dahlia, kalau saya tak boleh masuk rumah, saya tumpang rumah awak ya.”
Hell no! Saya sanggup slow talk dengan tombol pintu awak sampai esok pagi. Sampailah pintu tu terbuka.”
Dang! Dia tersedar dia dah bercakap tiga patah perkataan darab lima. Banyak tu! Patutlah Amir gelak bagai nak rak, siap perli.
“Oh, macam tu caranya nak dengar suara Miss Dahlia kita banyak sikit.” Maklumlah, kali terakhir dia dengar Dahlia banyak cakap sikit pun masa bercerita mengenai Uncle Tobias lepas tu tiap kali dia ‘men-Speedmart-kan’ rumah Dahlia, ayat balas si gadis cuma terhad kepada ‘Anything else? Enough? Okay. Sure.’
“Amir, hey! Kunci rumah you tadi termasuk dalam beg kertas I. Nasib I ingat unit rumah you yang mana satu.”
Dahlia – Amir serentak menoleh dan tanpa banyak bunyi, Dahlia angkat kaki.
Malas nak ambil port seraya seorang gadis manis melenggang ke arah mereka berdua. Kalau dia boleh kategorikan rupa paras dan gaya gadis manis ini, dengan mudah dia lontar ke kategori T20. Polish habis!
Sambil berjalan ke arah rumah sendiri, telinga macam supersonic mendengar perbualan Amir – Gadis T20.
Gadis T20: Thank you. Kalau you tak pinjamkan, susah I nak work from home.
Amir: Tak ada masalah.
Gadis T20: Patutlah you famous kat Indigo. Leila cakap semua orang suka you.
Amir: Eh, tak ada lah.
Gadis T20: Okey, yang penting I yang you baru kenal pun I dah rasa selesa sangat dengan you. You are a good listener. Boleh connect dengan I sangat. Rasa macam dah kenal lama.
Dahlia angkat sebelah telapak tangan ke telinga. Euwww! Nak angkat dua – dua buat tutup telinga kot over sangat pula. Sungguh tak sanggup dengar. Jadi, mulut manis, suka tolong orang, baik dengan semua makhluk dalam dunia ni memang genetik si Amirlah agaknya.
Dahlia meloloskan diri dan cepat – cepat dia menutup pintu dan bersandar di pintu. Entah kenapa ada satu rasa kurang senang yang muncul.
Dear heart, your job is to pump blood, please stop involved in everything.
Dahlia cuba menenangkan diri sendiri.
“Dahlia...Dahlia.”
“Oh, God!”
Bunyi ketukan dari luar yang  bertalu – talu dengan suara Amir yang terang memanggilnya buat dia tersentak. Tangan yang direhatkan di dada buat menenangkan diri terus bergerak ala – ala mengurut dada sendiri. Terkejut woi!
Anything?” Dahlia menjengah keluar. Muka je dia tadah. Badan masih di sebalik pintu.
“Tadi tu, just a friend. Baru kenal so basically hashtag kita jaga kita. Macam you dengan Uncle Tobias.”
“I see.” Dahlia tak pasti nak bereaksi macam mana. ‘I see’ kan ajelah. Gigih betul nak datang bagi penjelasan dah kenapa? Neigboring obligation, not!
Emm...I’m going out tomorrow. Kalau you tak nak keluar, I boleh tolong belikan. Nanti bagi list ya.” Amir agak speechless mendengar dua patah perkataan ‘I see’ tu. Semacam auranya!
No, thank you. You memang tak boleh tak keluar ke satu hari?”
Amir senyum dan tunduk.
“Sebelum RMO, rumah ni port I tidur je. Mostly masa I banyak kat luar. Weekend balik rumah parent so telling people like me who rarely spend time at home is like telling someone who has migraine ‘please be thankful that you have a head’. Datang ‘Speedmart’ ni pun dah boleh buat I bahagia tau.”
Dahlia kulum senyum. Simpati pun ada. Nak tergelak pun ada.
Quarantine for some people must be very hard.’
Hahahaha! Dia gelak sebenarnya dalam hati. Ada juga manusia yang tak reti nak duduk rumah. Tak mencapai moto rumahku syurgaku la nampaknya.
Okay.”
Nak jawab apa lagi selain daripada tu, Dahlia bukan wordsmith. Tak pandai dia nak ayat berbunga bagai. Ikutkan hati nak juga sound, duduk rumah diam – diam tu sekarang dah jadi tanggungjawab warga negara dah bukannya aktiviti untuk suri rumah dan introvert saja. Kalau berjuta lemon spesis macam Amir, bila masa nak putus rantaian Covid-19 ni? Duh!
Okay, saya balik dulu. Saya dengan Tisha tadi tu tak ada apa – apa tau. Just kita jaga kita.”
Dahlia buat muka ‘ada aku kesah’, angkat tangan babai dan terus tutup pintu. Nampak sangat konsep kita jaga kita tak sama definisinya kat sini.
Dahlia – Uncle Tobias : Tolong beli grocery untuk elderly
Amir – Tisha (Gadis T20) : Tolong selesaikan masalah psikologi awek (Read: You are a good listener. Uweeek)
Dahlia – Amir: Level Speedmart.
Betullah, keadilan dah tak wujud di dunia ini.


p/s : Sorry for my super late update. Minggu ni hectic sangat, dearies. But do enjoy reading hokayyy!

No comments:

Post a Comment