BAB 7
ULANG alik. Kiri kanan. Pusing-pusing. Macam-macam Dahlia buat tapi hati masih tak tenang. Berlegar-legar di depan CCU (Cardiac Care Unit) dari tadi sementara menunggu Amir keluar dari situ.
“Lama lagi ke?”
Dahlia semakin resah. Jari-jemari sendiri terasa sejuk. Entah apalah perkembangan Uncle Tobias dekat dalam tu.
“Sweetie.”
Dahlia menoleh ke arah pintu kaca CCU yang terbuka. Melihat Amir keluar dari situ, dia mendekat.
“How is he? Okey tak? Saya boleh masuk jenguk tak?”
Bertubi-tubi soalan kau Dahlia oi. Sampaikan Amir panggil dia ‘sweetie’ pun dia boleh buat tak tahu. Ya lah, risau dekat Uncle Tobias sekarang berada di tahap tertinggi. Dan ya, soalan ‘okey tak’ tu patutnya tak boleh diterima pakai. Kalau okey, Uncle Tobias takkan masuk hospital.
Intubated.
Currently on triple inotropes sebab tekanan darah rendah sangat.
Rasa macam nak pitam dengar apa yang Amir cakapkan. Lain daripada tu, dah tak masuk ke dalam pendengaran Dahlia. Tak sangka, baru beberapa ketika tak jumpa Uncle Tobias, hari ni dia dah terlantar di katil hospital akibat serangan jantung dan bertarung dengan hidup mati.
“So how? Will he make it through this time? Doktor cakap apa?”
Bertubi-tubi soalan Dahlia dengan suara yang hampir tak terkeluar.
Amir tak menjawab. Ikut hati dia nak peluk tubuh Dahlia untuk menenangkan si gadis yang sudah berair mata. Tapi…argh! Jangan buat-buat lupa mana halal mana haram, bro.
“Kita doakan dia, selebihnya kita serahkan pada Allah.”
Dahlia mengetap bibir seraya mengangguk. Air mata yang menitis diseka dengan hujung jari. Hilang rasa malu menangis depan Amir. Bukan soal hati tisu ke apa, tapi sedih gila terkenangkan Uncle Tobias.
“Come, I send you home. Esok kita datang balik.” Amir menghulurkan tangan namun beberapa saat kemudian, dia menarik tangannya semula dan menyeluk poket seluar. Takkan nak berpimpin tangan keluar dari sini dengan Dahlia.
Dahlia berlagak biasa walau debaran semakin terasa. Masing-masing beriringan dan sepanjang turun dari tingkat tujuh hinggalah ke lobi utama hospital, diam tak cakap apa. Sesekali Amir mencuri pandang Dahlia di sebelah. Dia dapat rasakan kesedihan Dahlia yang mungkin tak mampu Dahlia ungkapkan padanya.
“Hari tu dia minta saya belikan tomato paste tapi saya lupa. Then dia cakap tak apa, he will get it later on. Tapi later on nya….”
Tak habis ayat Dahlia. Lagi-lagi air mata semakin laju mengalir, damn! Sekarang bila fikir semula, rasa bersalah tak tanya balik Uncle Tobias masih nak minta dia belikan ke tak.
Amir diam. Nak comfort, dia bukan reti pun. Tapi sekurang-kurangnya dia setia di sisi dan setia mendengar.
“We keep him in prayers, pretty.” Itu saja ungkapan terbaik yang Amir mampu berikan. ‘Jangan sedih’, ‘all will be fine’, ‘he will make it through’. Dia tak cakap semua tu sebab itu hanyalah umpama memberikan harapan palsu pada mereka berdua.
Dahlia mengangguk. Ya, itu yang sebaiknya. Ingat Uncle Tobias dalam doa.
“Nak ke mana, Dahlia?”
Dahlia tersedar bila Amir menyebut namanya. Mask yang tadi dibuka sebab menangis dipakai semula. Melihat sekeliling, tak sedar mereka berdua sudah berada di tempat letak kereta. Sekarang berdiri di hadapan sebuah kereta berwarna hitam.
“Nak balik.”
“I send you home.”
“Tak apa, I can drive.”
“Awak datang sekali dengan Uncle Tobias dalam ambulans, remember?” Amir mendekat dan mencari anak mata Dahlia. Parah sangat dah Dahlia ni teringatkan Uncle Tobias.
Dahlia memejamkan mata. Double damn! Macam manalah dia boleh lupa. Melihat Amir bergerak ke arah pintu di tempat duduk sebelah pemandu, dia membuntuti dari belakang. Amir yang bukakan pintu, tutup pintu Amir jugak. Dahlia ucap terima kasih dalam hati saja. Fikirannya sekarang penuh dengan nama Uncle Tobias dan Damien. Amir cakap dia dah tolong maklumkan pada Damien. Tengok kalau Damien dapat balik ke sini ke tak. Haih…zaman pandemik macam ni jugalah perkara begini terjadi. Dugaan sungguh!
“Your seat belt, Dahlia.”
Beberapa saat kemudian, tak ada respons dari Dahlia. Pandangan menala ke luar sana. Amir menggaru kepala. Nak cakap suaranya perlahan, tak kot. Radio pun tak pasang lagi. Sunyi sepi. Tanpa amaran dia mendekat, tunduk sedikit dan menarik tali pinggang keledar Dahlia.
“Oh, goodness!”
Terkejut Dahlia bukan kepalang. Bila dia berpaling, wajah Amir hanya beberapa inci saja jaraknya daripada dia. Wangian tubuh Amir yang menusuk hidung membuatkan dia statik tak bergerak. Kalah dengan pandangan mata Amir, dia berkalih pandang pada tubuh sendiri yang sudah berlilit seat belt.
“You’re in your own world, sweetie.”
Klik!
And I helped you to fasten your seat belt.
Amir sempat mengenyitkan mata. Bukan niat mahu mengambil kesempatan, tapi Dahlia bagaikan ada magnet kuat yang menarik agar dia dekat pada gadis itu. Tak tahulah magnet ke bisikan syaitan untuk menggoda dia. Damn!
Dahlia menelan liur. Why, babe why? Jangan goyah. Remember awek T20? Dan awek supermodel tu?
Dan kemesraan Amir – nurse cantik di CCU sebentar tadi? Memang genetik yang boleh buat orang connect dengan kadar segera agaknya mamat ni. Dia memang stok baik dengan semua orang, cepat mesra dan Dahlia tau dia tak patut rasa begini.
He is simply Amir Dzikry, with his charming superpower.
And.
He already has someone else.
So hati yang bergetar segala tu, shhhhhhh!
“AMIR, dear….”
Ah, sudah! Baru fefeeling nak ucap terima kasih dekat Amir dan berbual lama sikit di lobi, awek supermodel muncul. Keturunan halimunan kot. Tadi tak nampak pun batang hidung, tiba-tiba sekarang ada di depan mata.
“How is he?” Adriana bertanya. Dia terkejut Amir cakap tolong hantarkan jiran ke hospital.
“So-so. Kenapa turun waktu macam ni? Bahaya tau.”
Dahlia malas nak dengar. Sempat dia melambaikan tangan pada pak cik guard yang tersenyum padanya di sebalik mask yang dipakai.
“I haus. Nak minum minuman sejuk.”
“Tak reti buat sendiri? Peti sejuk dekat rumah rosak ke?”
“Eeee! Mulut you ni!” Adriana memukul lembut bahu Amir. Kebetulan dia turun ke lobi nak pekena Milo sejuk dari vending machine. Memang gilalah namanya malam-malam macam ni berani turun sorang-sorang. Nak buat sendiri, tak ada ice cube dekat rumah. Alasan!
Tolonglah, tak payah manja-manja depan dia sangat. Hati ni dahlah sedih fikir pasal Uncle Tobias, sekarang terbakar bercampur kecewa pula tengok babak mesra alam Amir dan Adriana.
Tanpa menunggu lama, Dahlia menuju ke arah lif. Adriana yang tersenyum padanya pun dia tak layan. Entah kenapa, dia rasa kecewa gila.
Again, he’s just a neighbourly neighbour darling! Dia mengingatkan hati sendiri.
“Dahlia, wait. Whoa….serius you nak tinggal I kat bawah ni?”
Semakin laju langkah Dahlia. Dan belum sempat kaki menapak masuk ke dalam pintu lif yang terbuka, lengannya ditarik Amir.
“Please, don’t go.”
Amir memujuk. Melihat air mata Dahlia berair, dia terpana.
She isn’t crying for Uncle Tobias, bro!
p/s : Charming superpower tahap tak tahu nak cakap apa! Happy reading dearies. Syukurlah gigih semua nak siapkan dan update pun on track. Next? Wink!
No comments:
Post a Comment