“RAFEEQA!”
“What?”
“Naik
kejap.”
Rafeeqa
yang seronok melayan History Channel di tv mengangkat punggung malas. Langkah
kaki diatur sangat perlahan menaiki anak tangga sambil kepala masih berpaling
ke arah tv. Sejarah tentang Cleopatra dan Egypt menarik perhatiannya, sayang
kalau terlepas walaupun nanti boleh tengok semula.
“Rafeeqa!”
“Coming! Coming!”
Rafeeqa
tayang muka tak puas hati. Apa yang penting sangat sampai Shahrizal tak boleh
nak bersabar. Langkah kakinya diatur laju.
“Apa
dia?” Rafeeqa berdiri di depan pintu yang sudah sedia terbuka.
“Come here.”
Tangan kanan Shahrizal melambai ke arah Rafeeqa.
Rafeeqa
bergerak mendekati Shahrizal yang berdiri tegak di depan pintu almari. Mata
memandang sekilas tubuh Shahrizal yang hanya berbalut tuala paras pinggang. Dah
setahun tak menjamah pemandangan ala-ala
Incredible Hulk dengan six pack abs
yang buat mata melekat dengan hanya sekali pandang. Dengan suami sendiri tak
salah kalau dia nak pandang sampai mata terbeliak sekalipun.
“Apa
semua ni?”
“My clothes. Why?”
“Jadi
saya punya awak letak kat mana?”
“Ni.
Ni. Ni.”
Satu persatu kemeja yang bergantung di dalam
almari dibelek Rafeeqa. Mestilah pakaian dia yang paling banyak tapi
hello...pakaian Shahrizal masih tergantung cantik di tempat asal. Tak ubah apa-apa
pun.
Lengan
isteri ditarik Shahrizal ke bahagian laci. Dibuka satu-persatu. Kebanyakannya
didominasi oleh pakaian isteri. Seluar kecik
berwarna-warni. Seluar kecik dia
kena campak mana entah.
“Where are all my boxers?”
Shahrizal bertanya dengan suara ketat. Dari tadi tak jumpa. Baru lepas mandi
dengan hanya bertuala separas pinggang dan rambut yang masih basah, sejuk doh!
Berkerut
kening Rafeeqa. Dia tunduk dan membuka laci paling bawah.
“Ni,
ada je pun. Saya tak tukar banyak, Shah. You
know, my clothes are a lot and I don’t think this wardrobe is enough for both
of us,” Boxer dihulurkan pada
suami. Tu ayat nak bagi hint suruh
belikan almari yang lebih besar. Tak pun walk-in
wardrobe terus.
“Awak
alihkan dulu semua pakaian ni boleh tak? Gantung kat bilik sebelah.”
Ayat
Shahrizal buatkan mata Rafeeqa membulat. Selamba saja wajah suami yang mono
sambil menyarungkan baju ke badan.
“Kenapa
pulak?”
Penat
doh susun cantik-cantik sepanjang
hari. Takkan sebab almari sesak sikit pun pakaian dah kena ‘halau’. Namun dengan
pandangan tajam Shahrizal sudah cukup buat Rafeeqa tak berani membuka mulut. Rafeeqa
merungut di dalam hati. Nak guna kuasa veto sangatlah tak bertempat.
“Fine!”
Zap! Zap Zap! Laju
saja tangan Rafeeqa mencapai pakaiannya yang tergantung.
Tahulah
rumahtangga mereka berdua sekarang goyah semacam, tapi takkan sampai nak
menghalau dia ke bilik sebelah. Dah bertukar jadi pasangan ‘mind our own business’ ke apa ni? Tadi okey aje pun angin
Shahrizal ketika mereka berdua duduk melepak di kedai mamak.
“Bawak yang tu aje. Yang lain biar sini.”
Tangan Rafeeqa yang mahu mencapai pakaian kecik
di dalam laci ditahan Shahrizal perlahan.
Bila kelibat Rafeeqa sudah menghilang di
sebalik pintu, Shahrizal tersenyum. Muncung, kalah itik! Saja nak menyakat
Rafeeqa di malam hari. Esok lusa dia alihkan semula pakaian Rafeeqa ke sini.
Bukan apa, nampak semak sangat bila pakaian terlampau padat tergantung di dalam
almari.
Knowing
Rafeeqa, baju Rafeeqa seorang mengalahkan baju dua orang. Dan Rafeeqa main sumbat,
tak reti nak susun elok-elok. Mata Shahrizal tak tahan kalau kekemasan almari
tak mencapai tahap yang diinginya. Patutnya bilik kecil di sebelah disambungkan
dengan bilik utama ini, buat jadi walk-in
wardrobe. Dia faham isi tersirat yang cuba disampaikan oleh Rafeeqa, cuma
dia buat-buat de’ tak layan.
“Dah
gantung elok-elok?” ringan mulut Shahrizal bertanya bila Rafeeqa masuk semula
dengan muka masam.
Rafeeqa
buat-buat tak dengar. I’m so not in the
mood to bla bla bla, Shah! Anak
patung The Smurf kesayangan di atas katil dicapai dan tanpa berpaling ke arah
Shahrizal yang memandangnya pelik, Rafeeqa melangkah keluar semula dari bilik.
“Tak
nak tidur dengan saya, sudah. I have my
Smurf!” kata Rafeeqa.
Shahrizal
terdiam sejenak. Yang dia suruh Rafeeqa buat cuma alihkan pakaian, bukan tidur
di bilik sebelah. Bukan tadi masa di kedai mamak Rafeeqa kata rindu sangat ke
sampai kata malam ni tak nak tidur, nak berborak dengan dia sampai ke pagi.
Niat mahu memujuk isteri ditepis jauh-jauh.
Kalau dulu bolehlah dia pujuk dengan ayat-ayat manis. Tapi sekarang lovey dovey mode dah off. Cinta untuk Rafeeqa dah tak sedalam
dulu. Dalam erti kata lain sudah lama pudar sejak kehadiran Husna.
Dia
masih belum berbincang lebih dalam tentang ke mana hala tuju perkahwinan mereka
berdua dengan Rafeeqa. Tapi rasanya Rafeeqa faham dengan kehendak hatinya yang
hanya mahu memilih satu sahaja. Janji dengan Husna mahu berkahwin terpaksa
ditangguhkan dulu.
‘Husna
tak nak bermadu, Shah. Tak naklah kongsi-kongsi.’
‘Rafeeqa
pun rasanya tak nak.’
‘Padanlah
tu. Let her go and take me instead.’
Ayat
Husna pagi tadi agak kejam juga pada pendengarannya. Tapi dia tutup sebelah
mata, beranggapan mungkin Husna terlebih emosi. Goyah bila kepulangan Rafeeqa
menjadi jurang di dalam perhubungan mereka berdua. Kalau Husna tahu yang dia
dan Rafeeqa masih tinggal sebumbung, harus Husna meletup.
Not in a good term doesn’t mean
that we have to live separately!
Itu
peringatan untuk diri sendiri. Rafeeqa masih tanggunjawabnya yang sah. Dia
bukan jenis yang lepas tangan dan biarkan Rafeeqa tinggal di rumah orang tua.
Nanti-nanti pandailah dia buka mulut pada Husna.
Pajama pant
berwarna putih dan T-shirt nipis
Lacoste tersarung cantik di tubuh tegap Shahrizal. Perlahan-lahan dia menuruni
tangga. Sedikit lega bila Rafeeqa dilihatnya duduk menghadap tv dengan muka
tanpa perasaan. Sekurang-kurangnya Rafeeqa tak mogok memerap di dalam bilik
sebelah.
“Tengok
cerita apa?” Shahrizal mengambil tempat di sebelah Rafeeqa.
“Tengok
sendirilah.”
Kalau
dah Anthony Bourdain tengah seronok bila kaki diurut-urut di salah satu pusat
refleksologi di Bukit Bintang, takkan nama rancangan ‘Amazing Race’. Again, I’m not in the mood to bla bla bla Shah!
Rafeeqa berkata sendiri di dalam hati.
“Pass me the remote control.”
Oh
tidak! Laju tangan Rafeeqa mencapai remote
tv di atas meja dan disembunyikan di bawah bantal yang dipeluknya. Jangan
berangan nak tukar ke ESPN Channel kalau Anthony Bourdain ‘on the go’.
“Rafeeqa.”
“Only for tonight, Shah. Anthony Bourdain
tengah jalan-jalan di Malaysia. Jarang-jarang ni. Please.”
Sejarah
tentang Cleopatra dan Egypt baru saja habis, sekarang Rafeeqa cuba memancing minat
Shahrizal untuk menonton Travel &
Living Channel kegemarannya. Selain memperkenalkan tempat-tempat yang
menarik di setiap negara, ada juga diperkenalkan aktiviti-aktiviti dan makanan
yang menjadi tumpuan. Sambil-sambil tu bolehlah dia survey negara mana nak pergi dan apa nak buat. Masuk check-list, kemudian tunggu masa nak
terbang saja lagi.
“Real Madrid and...”
“Shah,
malam ni aje.”
Shahrizal
tergelak bila Rafeeqa tayang muka Pussy Cat dengan mata kelip-kelip. Serius
comel! Dan demi isteri, dia mengalah juga. Masing-masing diam, hanya mata saja
yang masih melekat pada skrin tv.
“Dah
berapa lama kenal dia?” Rafeeqa membuka kata.
Tak
ada topik lain?
Nak
provoke pergaduhan?
Bagi
Shahrizal meletup?
Itu
bukan motifnya untuk bertanya. Niat sebenar ingin mengenali perempuan yang
mencuri hati Shahrizal sewaktu ketiadaannya. Pasti lebih hebat dari seorang Rafeeqa
Huda. Up dan lebih tip-top daripadanya.
“Kenapa
tiba-tiba tanya?” Soalan Rafeeqa tak dijawab Shahrizal. Dia menukar posisi
duduk dan menghadap isteri.
Dia
dan Husna kenal hampir setahun yang lalu. Pejabatnya di tingkat 15, pejabat
Husna pula di tingkat 7. Setiap hari bertembung di lift, setakat Hi Bye hinggalah mereka berdua rapat
seperti sekarang. Untuk mengakhiri hubungan di jinjang pelamin adalah di atas
kehendak Shahrizal sendiri. Dan silapnya, dia membuat keputusan tanpa
memikirkan perasaan Rafeeqa yang mungkin akan terluka.
“Ya, I admit I’m the one at wrong
Rafeeqa.” Shahrizal mengaku salah sendiri.
Rafeeqa
di sebelah hanya diam sahaja. Rasa macam nak menjerit. Macam nak menangis.
Macam nak lari jauh-jauh. Tapi masalah takkan selesai andai dia melarikan diri
dari kenyataan.
“Bila
nak berkahwin?” tanya Rafeeqa perlahan.
De’!
Soalan yang kedengaran janggal untuk diajukan pada suami sendiri.
It’s aching slowly inside me, dear
Shah.
“Saya
tangguhkan dulu. Banyak kena settle.”
Rafeeqa
mengangguk faham. Dia sekarang buat-buat cool
walhal rasa macam nak rendam muka sendiri di dalam tab mandi. Sudah hilangkah
perasaan cinta Shahrizal padanya kini?
Rafeeqa menoleh ke sisi, bertaup mata dengan mata Shahrizal. Nak tanya
ke tak. Nak tanya ke tak...
“Shah, then how bout us?”
Rafeeqa tanya juga soalan yang dia sendiri tahu jawapannya.
Lepas
ni pasti dia akan dibuang jauh-jauh. Tak ada lagi berdua-duaan dengan Shahrizal
sambil menonton tv macam sekarang. Tak ada lagi gaduh-gaduh manja sambil tayang
muka kucing. Tak ada lagi bertekak macam Tarzan & Jane di pagi hari.
Ala..dia aje yang rindukan semua ni nanti. Shahrizal takkan ingat punya.
Rafeeqa diulit sedih tiba-tiba.
Shahrizal
diam. Hanya sekadar membalas pandangan mata Rafeeqa. Tak sampai hati pula nak
berbincang malam ini. Riak wajah Rafeeqa sedikit sayu, mata Rafeeqa jelas
menggambarkan rasa sedih. Bab inilah yang dia lemah setiap kali berhadapan
dengan Rafeeqa.
Kalau
dah tak cinta kenapa masih mengambil berat tentang Rafeeqa?
Kalau
dah tak sayang kenapa diri diulit rasa bersalah melihat sinar mata Rafeeqa
berubah pudar?
Tanya
soalan jawab sendirilah, bro.
Shahrizal
mendekat dan mencapai remote control
yang disembunyikan Rafeeqa di sebalik bantal yang dipeluk. Soalan Rafeeqa tadi dibiarkan
sepi.
“El Classico malam ni, I can’t miss the match.”
Rafeeqa
tunduk. Kalau Shahrizal tukar topik macam ni bermaksud jawapan Shahrizal adalah
seperti yang dia jangkakan di dalam hati. Shahrizal mana nak simpan isteri
macam dia. Yang ‘kurang’ segalanya. Dah dapat cari yang lebih baik, harus yang
stok diva macam dia dibuang ke tepi ye tak?
Buah
strawberi buat pelaga,
Orang
dah tak sudi nak buat macam mana.
Rafeeqa
tarik nafas dalam, cuba menahan emosi yang sudah terganggu. Tak nak lah
menangis sampai banjir satu rumah di depan Shahrizal. Dia tak nak dianggap
lemah atau dikatakan sengaja minta kesian.
Dia adalah Rafeeqa, yang keras di luar dan keras jugalah di dalam.
Tak
nak duduk dengan Shahrizal tanpa kata di ruang rehat, Rafeeqa meminta diri
untuk ke tingkat atas. Nak emo sorang-sorang
dalam bilik, tak pun telefon Damia minta tips untuk tenangkan diri. Baru nak
melangkah pergi, Shahrizal menahan.
“Temankan
saya kejap, kejap pun jadi.” Lengan Rafeeqa dicapai Shahrizal namun ditepis
Rafeeqa lembut.
“Ngantuk, Shah. Letih sangat hari ni.”
“You said you miss talking to me, nak
borak sampai ke pagi.”
Rafeeqa
tersenyum nipis dan geleng kepala.
“Not today, I’m so damn tired.”
Yang
sebetulnya, I’m so damn sad! Rafeeqa
berlalu menaiki anak tangga. Bila di anak tangga pertama, langkahnya terhenti.
Berpatah balik semula dan berdiri di depan Shahrizal yang mendongak
memandangnya tenang.
“Shah,
ada satu yang saya nak minta dari awak.”
“Apa
dia? Nak minta kena dodoi?”
Rafeeqa
tergelak kecil. Teringat dulu-dulu kalau tak dapat tidur Shahrizal lah yang
akan dodoikan dia. Sekarang? Nampak gaya kenalah berdikari untuk mendodoikan
diri sendiri supaya tak tercari-cari Shahrizal satu hari nanti.
Rafeeqa
duduk berlutut di depan Shahrizal, mencapai tangan kasar lelaki itu dan
menggenggamnya erat.
“Rafeeqa.”
Shahrizal terkejut. Badannya yang tadi bersandar di belakang sofa terus tegak.
“Janji
dengan saya, Shah. Selagi awak tak lepaskan saya, bagi saya peluang untuk hidup
gembira dengan awak. Treat me like your
wife like how we used to be. Not to mention about falling in love with me once
more, but at least make me happy even if it’s only for a while.”
Shahrizal
terpana. Lembut suara Rafeeqa dan ayat mengharap Rafeeqa buat lidah Shahrizal
kelu.
“Janji
dengan saya, please.” Rafeeqa
mencapai jari kelingking Shahrizal, nak twinky
promise dengan encik suami. Selagi kita bergelar suami isteri, saya nak
jadi isteri yang paling gembira, Shah.
Shahrizal
terkedu. Ayat Rafeeqa begitu mendalam maksudnya dan inilah pertama kali Rafeeqa
menyebut tentang soal gembira dan bahagia serta statusnya sebagai isteri di
hadapannya. Dalam tak sedar, pintu hati yang dihuni Husna selama ini diketuk
semula oleh isteri sendiri.
Losing Fika? Serve you right.
Losing Husna? Serve you right, too.
Choose one and let go the other
one.
RAFEEQA
terbangun bila dentuman guruh kuat di luar sana. Patutlah sejuk mencucuk sampai
ke tulang, hujan tersangatlah lebat. Ditambah pula dengan penghawa dingin
dengan suhu yang ‘full blast’ sejak
awal malam tadi.
Badan
Rafeeqa mengiring ke kiri, baru nak melelapkan mata Rafeeqa kecut perut.
Terpandangkan bayang-bayang pokok yang bergoyang di sebalik langsir buat dia
naik takut. Dalam kepala dah terbayang pokok bertukar menjadi raksasa yang
seolah-olah menggapai tangan padanya. Dah tu, muncul pula bayangan Fredie
Kruger di dalam kepala Rafeeqa. Filem Nightmare
On Elm Street adalah salah satu daripada filem seram yang dia suka walaupun
menakutkan tahap ‘siot’.
Sepantas
kilat Rafeeqa melompat turun dari katil, The Smurf yang dipeluk dari tadi
dicampak ke atas lantai dan dia berlari ke bilik sebelah. Diketuknya
berkali-kali tapi tiada respons dari Shahrizal di dalam sana.
“Shah.
Shah. Buka pintu ni, Shah.” Suara Rafeeqa sedikit bergetar. Takut okey!
Beberapa
minit berlalu, pintu bilik masih tertutup rapat. Rafeeqa dah hampir berputus
asa. Takkan Shahrizal tidur mati kat dalam tu. Ni dah ketuk macam orang pukul
kompang pun tak dengar jugak ke? Nak
kembali semula ke bilik, Rafeeqa takut. Tang
tetiba Fredie Kruger betul-betul muncul di tepi katil pengsan dia.
Sudahnya
Rafeeqa duduk bersandar di pintu dengan mata melilau melihat sekeliling.
Pandangannya jatuh pula pada tangga tidak jauh dari situ. Imaginasi semakin
melebih-lebih, bayangan Ju-On merangkak menaiki tangga buat ketakutan Rafeeqa
naik dua kali ganda. Badan sudah mula terketar-ketar dan kesejukan.
“Shah.
Buka pintu ni, Shah,” Rafeeqa merintih sendiri. Dalam otak cuma ada dua
kemungkinan kenapa Shahrizal tak buka pintu.
1.
Sebab dah tidur sampai ke Pluto, kalau ada bom meletup sekalipun mana nak
dengar dah.
2.
Shahrizal sengaja tak nak buka pintu sebab dah tak nak tidur sebilik dengannya.
Kalau
sebabnya adalah kemungkinan yang kedua, serius Rafeeqa sedih tahap maksima.
Sesekali mata Rafeeqa terpejam rapat dan kedua-dua belah tangan menutup telinga
bila guruh berdentum.
“Shah.”
Sudah berpuluh kali nama Shahrizal disebut Rafeeqa. Di dalam hati masih
mengharap agar Shahrizal membuka pintu dan menenangkan dia yang semakin takut.
Namun, Rafeeqa hampa...
p/s : Miss me not dearies! Hope u enjoyed reading JBC 10. Thanks a bunch pada yang menyokong Kisah Dari Hati keluaran Idea Kreatif and have a good day ahead! Big hug and love you all loads!
sedehnya....cian kat refeeqa.....
ReplyDeleteaduhai shah... bukalah pintu tu..
ReplyDeleteSedey ok.. Feeling meeling saya taw Cik writer..
ReplyDeletewargh.. cik emy nak nangis dh nie... sedih, nape feqa kena layan mcm 2.... walau dh bca yg lama dulu, tpi tetp nk nangis...
ReplyDeletetahniah cik emy.... go..go... baca dulu sebelum smbung buat kejer
sedih giler rasanya..kalau kita ditempat feeqa ni...seorg suami yg telah out out of love..bagaimana mungkin lapsenya hanya setahun suami sudah mencari lain..untuk mengisi kekosongan ..bagaimana pula dirinya yg pergi untuk menimba ilmu..dan balik dengan penuh semangat untuk berjumpa hunny nya ..adakah ini caranya seorg suami menerima kepulangannya..macam nak tibai aja mamat sengal tu..
ReplyDeletecedih laa emy.. nak lagii
ReplyDeleteCedih laaa Emy.. nak lagi
ReplyDeleteOMG sedih nya...
ReplyDeletecedih laa emy.. nak lagii
ReplyDeletenangisss.....
ReplyDeletesedih sangat smpai nangis2
ReplyDelete