Thursday, October 24, 2013

Jangan Benci Cintaku (JBC) 11

SEKEJAP tersenyum. Sekejap angguk kepala. Sekejap bercakap sepatah dua menjawab setiap soalan yang diajukan padanya. Rafeeqa rasa kekok sedikit. Ingatkan tak banyak saudara mara Shahrizal yang ada. Biasanya hanya ada keluarga terdekat saja. Tapi malam ini....mak oi! Tang berapa generasi semua yang hadir ni? Sampaikan hampir penuh kawasan kediaman mertuanya.

            Mata Rafeeqa melilau mencari kelibat Shahrizal. Tadi bukan main kata nak berkepit macam belangkas, tapi sekarang bayang-bayang pun dah tak nampak.

            “Tak ada plan nak timang cahaya mata ke?”

            Rafeeqa maniskan muka pada Lina. Tak ada soalan lain ke yang nak ditanya cik kak?

            “Setakat ni belum ada plan lagi. Mungkin dalam dua tiga tahun lagi,” Rafeeqa jawab terus-terang.
Hello...rumahtangga mereka berdua belum tentu kekal lama okey sebab Husna nak potong line. Nak ada anak apanya. Lagipun nak ada anak langsung tidak terdapat di dalam perancangan jangka pendek.

“Cepat-cepatlah beranak. Anak tu pengerat hubungan suami sendiri. Lebih-lebih lagi bila hubungan suami isteri tak berapa nak stabil.”

Amboi, menyindir ke apa sepupu Shahrizal yang sorang ni. Mulut spesis Joyah memang macam tu, kerja asyik nak ‘smashed’ orang. Rafeeqa mengatur duduknya di atas buaian.

“Tengoklah nanti. Saya dengan Shah belum rancang apa-apa lagi,” Rafeeqa menjawab sopan. Tak mainlah nak ‘smashed’ balik, nanti tak pandai habis sesi yang tak elok itu.

Best ke belajar di luar negara sampai awak sanggup tinggalkan Shahrizal?”

Doii...makin menyembur nampak. Lina dah mengangkat sebelah kening ala-ala Ziana Zain. Ni lah salah satu sebab kenapa Rafeeqa kurang gemar bercerita dengan Lina. Kalau tak menyindir, menyembur. Itu aje yang Lina pandai buat.

“Saya pergi jauh sebab nak belajar, nak kejar cita-cita. Plus, I didn’t leave him. I just being away from him for few years.”

Istilah tu kena betul sedikit, jangan main hentam. Rasa macam nak cramp bibir Rafeeqa memberikan senyuman plastik. Mata masih lagi mencari-cari batang hidung Shahrizal.

“Tu. Nampak tak yang pakai baju biru tepi tiang sana tu? Azmi, suami Rosey. Sekarang pun rumahtangga dorang agak goyah sikit sebab Rosey main kayu tiga. Azmi pula...” Lina tukar topik bila dah tak ada modal nak kenakan Rafeeqa.

“Don’t mind if I go to the kitchen. Tekak haus.” Selamba Rafeeqa memotong ayat Lina.

Malas okey nak melayan orang yang suka bergosip. Tak padan dengan muka cantik Lina tapi mulut...Oh jangan lupa, Rafeeqa kan diva dan diva macam dia takkan berminat dengan sesi menganyam ketupat. Hal sendiri tak sesempurna mana ada hati nak  jaga tepi kain orang.

Sampai di dapur, Rafeeqa memeluk ibu mertuanya yang sibuk menyusun buah tembikai ke dalam piring besar di kaunter.

“Sedap chicken pie yang Fika buat. Lain kali lepak dengan Mummy kat sini, kita buat sama-sama ya.”

Rafeeqa tersenyum lebar. Ala..kalau bukan Mummy yang puji siapa lagi kan? Potluck satu keluarga, semua bawa masakan Melayu. Yang dia sorang saja yang tersesat bawa chicken pie. Memang ‘sedap’ telinga pekena meriam buluh Nek Pah. Tak sedaplah. Tak menariklah. Tak reti makanlah. Paling tak menahan Nek Pah kata dia tak pandai memasak.

Masakan Melayu memang dia tak reti. Paling expert pun dia pandai sediakan ayam ros sahaja. Tu resipi yang kacang tahap petik jari. Cuma masukkan ayam dan kicap pekat, bawang bagai tak payah sebab Damia kata ayam ros memang resipi orang malas. Tapi kalau masuk bab masakan barat, Rafeeqa Huda jangan cuba dilawan. Taraf sampai boleh jadi Chef  Hell’s Kitchen. Tapi tu la...masakan yang dia pandai buat tak kena dengan lidah Nek Pah yang Melayu tulen zaman Hang Tuah.

“Jangan ambik hati dengan apa yang Nek Pah cakap. Nanti-nanti dia okeylah tu, ya.”

Macam tau-tau aje Mummy yang dia ni berkecil hati dengan Nek Pah. Nek Pah memang tak sukakan dia, jadi istilah ‘nanti-nanti’ tu takkan wujud punya.

I’m okay, Mummy. No biggie. Siapa yang masak soto ayam tadi? Sedappp!”

Rafeeqa mengambil tempat di sebelah Mummy. Teringatkan soto ayam yang dihidangkan tadi, sampai dua kali Rafeeqa minta tambah. Sepotong tembikai dicapainya dan baru dimasukkan ke dalam mulut, suara di belakang buat Rafeeqa tersedak.

“Baca doa makan tak ada terus sumbat masuk dalam mulut. Pandai cari menantu, Zaidah.”

Uhuk! Oh my!

Dalam banyak-banyak tempat yang ada di dalam banglo besar ini, di dalam dapur jugalah Nek Pah muncul. Belakang Rafeeqa ditepuk-tepuk Zaidah. Kesian pada menantu kesayangan, kut tertelan biji tembikai.

“Shah mana?” Nek Pah duduk di atas kaunter.

Usia dah menjangkau 66 tahun, tapi Nek Pah ni rock. Baju checkers berlengan panjang yang dilipat naik hingga ke paras siku, dipadankan pula dengan anak tudung berwarna hitam. Tapi berkain sarung cap pokok kelapa. Ehem...bagi chan sikit kat Nek Pah at least tampak bergaya walau fashion disaster.

“Ada kat luar tengah sembang-sembang.” Rafeeqa confident ayam menjawab sedangkan dia sendiri pun tak tahu Shahrizal ke mana.

Niat yang masih nak makan buah tembikai terpaksa ditolak tepi. Serius dia takut kalau tengok muka Nek Pah yang garang ala-ala Queen Latifah.

“Lain kali masak sedap sikit. Yang Fika masak tu tak sedap.” Nek Pah tunjuk muka garang dengan isteri cucu kesayangan. Bukan tak sedap sebenarnya tapi dia tak reti makan. Biasalah tekak orang tua macam dia ni kalau bukan hidangan Melayu memang susah nak dihadam.

Nek Pah pandang Rafeeqa dari atas sampai bawah. Blouse longgar satin tanpa lengan yang berwarna merah. Siap dengan rantai mutiara dipakaikan di leher. Fesyen planet mana budak ni pakai? Nak kata tak cukup duit untuk beli baju yang cukup kain, tak juga.

Mata Nek Pah beralih pula pada benda bercorak polka dot di atas kepala Rafeeqa. Orang panggil apa...ha..headband! Macam tak sesuai pulak dah jadi isteri orang tapi masih pakai benda yang budak kecik biasa pakai.

Rafeeqa rasa tak selesa. Oh please lah, Nek Pah. Nak buat inspection bukan sekarang, kalau ditegur malu dia di depan sanak saudara Shahrizal yang lain yang turut ada di situ. Masih teringat ayat-ayat Nek Pah bila dia mula-mula menjadi isteri Shahrizal.

Rafeeqa tak sesuai dibuat isteri.
Rafeeqa tu kurang ajar sikit.
Rafeeqa tak sayang suami.
Rafeeqa cetek ilmu agama.

Gosh! Nasib dia jenis yang tahan kuat macam batu-bata. Kalau tak, dah lama dia bergaduh dengan Nek Pah sebab mulut terlebih meriam buluh. Agak-agak ni sekarang Nek Pah masih benci dia dalam-dalam macam dulu tak? Atau rasa benci tu dah kurang sikit?

“Fika, Nek Pah tanya tu.”

Alamak! Jauh kau terbang, Fika! Muka Rafeeqa blur. Matanya berlawan pandang dengan mata Mummy yang mengangkat kening berkali-kali tanda bagi isyarat. Bila beralih pula pada Nek Pah, muka Nek Pah tampak garang. Uhuk!

“Nek Pah tanya apa, Mummy?”

Mata Rafeeqa masih memandang Nek Pah tapi soalan diajukan pada Mummy. Secara tak langsung dia nak tanya Nek Pah lah tu.

“Nek Pah tanya, bila nak tambah ahli? One at least. Tak pun twins.” Mummy kenyit mata dengan muka teruja.

Ini bukan kali pertama Nek Pah tanya benda yang sama. Zaidah sendiri pun tak pernah dengar ura-ura anak dan menantu nak ada anak, terpaksa cover kata Rafeeqa tak bersedia sebab masih belajar. Bukan dia tak sedar perubahan di dalam perhubungan Rafeeqa dan Shahrizal tapi Zaidah tepis jauh-jauh perasaannya itu.

“Err...nanti Fika tanya Shah.”

Jawapan pendek tapi itu yang terbaik Rafeeqa dapat fikirkan. Gila nak cakap ‘Tak ada plan lagi sebab Shah ada awek baru’.

Mama dengan Papa rileks aje tak pernah tanya sebab tahu sangat perangai anak tunggal mereka ni macam mana. Sebab tu soalan Nek Pah dan Lina tadi dikategorikan sebagai soalan ‘Who wants to be a millionaire’.

Takut nak ‘ditembak’ dengan soalan seterusnya, Rafeeqa meminta diri untuk ke luar rumah. Konon nak mencari Shahrizal, nak minta kunci kereta sebab telefon bimbit tertinggal di dalam kereta. Lagi cepat keluar lagi bagus, taklah hati makin sakit kalau Nek Pah buka mulut lagi.

“Kan mak dah kata, budak Fika tu tak masuk kepala. Dulu kenapa tak ambik aje Auni jadi menantu? Heran mak.”

Langkah Rafeeqa terhenti separuh jalan. Baru saja beberapa langkah dia keluar, Nek Pah dah hentam Mummy. Tahulah dia bukan pilihan Nek Pah. Tahulah dia bukan Auni. Tahulah dia terkurang sana sini. Tapi perlukah kalau hal lama diungkit? Anggap ajelah Shahrizal dan Auni tak ada jodoh.

Rafeeqa menghela nafas berat. Mood nak beramah mesra dibuang ke laut. Berdiri di tepi tiang besar di bahagian belakang rumah, dia cuba mencari Shahrizal di celah saudara mara yang hadir.

“Sorang-sorang ke?”

Terkejut Rafeeqa bila ada suara menyapa di telinga. Toleh kanan, seorang lelaki berdiri di sebelahnya dengan senyuman buaya. Pengalaman berhadapan dengan lelaki spesis buaya sangat banyak, jadi tak susah nak menilai senyuman ‘mengorat’ si empunya badan.

Rafeeqa buat-buat tak dengar. Berpeluk tubuh dan masih berharap agar mata dapat scan kelibat Shahrizal di situ.

“Sorang-sorang ke?”

Oh soalan murah diajukan kali kedua! Rafeeqa kerling ke kanan. Tak pernah pulak tengok muka lelaki di sebelah ni. Mungkin saudara jauh Shahrizal.

“Tak. Saya tengah memasak dengan mak mertua.”

Ambik kau! Rafeeqa jawab sarkastik. Nasiblah kalau kena cakap sombong, dah dia memang tak ada mood nak buka cerita.

And by the way, I’m married to Shahrizal. Kenal tak? Yang tinggi lampai pakai T-shirt berwarna kuning tadi?” sambung Rafeeqa dengan senyuman yang dibuat-buat. Maaf, nak melayan lelaki bukan tersenarai di dalam favourite list dia.

Hampir mati senyuman buaya di sebelah. Liat minah ni. Melepas lah juga nak mengorat sedangkan yang di depannya ini adalah isteri orang. Nama apa...Shahrizal? Dia tak kena kalau saudara yang dah jauh.

Mata Rafeeqa terarah pada Shahrizal yang muncul dari pagar utama. Namun yang menarik perhatian Rafeeqa adalah gadis yang berada di sebelah suami. Cara bergurau dan bergelak ketawa, dia tahu Shahrizal rapat dengan si gadis. Rafeeqa amati betul-betul. Seketika kemudian....

“Damn....” Terpacul perkataan keramat dari bibir Rafeeqa secara tak sengaja.

Cemburu? Yeah!

Apa yang lelaki di sebelahnya ini tanya, Rafeeqa langsung tak dengar. Malah dia langsung tak pandang. Perlahan langkah kaki diatur menuju ke dapur semula. Auni. Panjang umur sepupu Shahrizal. Dia memang dah sedia tahu yang Shahrizal dan Auni rapat sejak kecil. Tapi takkan dah jadi suami orang pun masih tak ada boundary kot.

Kenapa tiba-tiba muncul di sebalik pagar utama rumah? Rafeeqa buat andaian yang bukan-bukan tapi dia tolak semua itu jauh-jauh. Tak nak berprasangka buruk dengan suami sendiri.

Tak jauh dari pintu dapur, Rafeeqa berkira-kira nak masuk ke tak. Kalau masuk, sedia kena hentam Nek Pah lagi. Kalau tak masuk, hati makin sakit melihat kemesraan Shahrizal dan Auni. Lama Rafeeqa statik.
Alaa...buat pekak aje. Tahan hati biar kebal sedikit. Rafeeqa melangkah masuk ke dalam dapur. Mummy dan Nek Pah dilihatnya masih duduk di tempat yang sama. Langkah kaki Rafeeqa berat. Jantung Rafeeqa terasa bagaikan terhenti. Otak rasa blur.

“Tapi mak...”

“Takkan kali ni pun tak nak dengar cakap mak. Fika dan Shah tu takkan ke mana. Rasanya jodoh mereka tak lama. Shah patutnya dapat cari isteri yang lebih baik. Tu la, pandai-pandai nak carikan jodoh untuk cucu mak. Sekarang apa nak  jadi?”

“Dua-dua masih muda lagi, mak. Nanti-nanti akan eloklah tu. Fika pun dah habis belajar, bolehlah tumpukan perhatian pada rumahtangga.”

“Nak tunggu sampai bila baru nak elok, Zai? Tak kesian ke dengan anak sendiri? Mata tua mak ni tengok Shah tu tak gembira tahu tak.”

Rafeeqa dah tak sanggup mendengar. Emosi yang tak stabil melihat kemesraan Shahrizal dan Auni tadi masih tak okey lagi, sekarang ditambah lagi dengan setiap butir bicara Mummy dan Nek Pah.

Dia bukanlah budak kecil yang tak dapat mentafsir maksud tersirat Nek Pah. Perkataan yang paling dia tak suka berlegar-legar di dalam benak fikiran.

Cerai.

Sampai hati Nek Pah. Jahat sangat ke dia ni sampai Nek Pah sanggup melihat rumahtangga dia dan Shahrizal runtuh?

I need my Shah!

Cepat-cepat Rafeeqa berlalu keluar dan mahu mendapatkan Shahrizal. Tapi langkah kaki terhenti tatkala melihat Shahrizal masih seronok bercerita dengan Auni di sebelah kolam renang. Rafeeqa kecewa sampai tak tahu nak bereaksi macam mana. Matanya melihat sekeliling. Sanak saudara Shahrizal semua tampak gembira. Tak macam dia yang sedang menahan air mata dari gugur sekarang ini.

Dalam itu, dia tersedar satu persamaan di antara semua yang hadir. Semua pun bertudung. Semua pun menutup aurat kecuali dia seorang. Mata Rafeeqa terarah pada badannya sendiri. Jeggings. Blouse satin longgar tanpa lengan.

Oh! Dah dapat agak! You are SO not their type, dear darling!

Dia tak sebaik mereka di sekeliling. Dia tak sesempurna semua yang ada. Harus Nek Pah tak pernah berkenan. Agaknya memang inilah sikap typical manusia. Mudah sangat menilai hanya berdasarkan sudut luaran. Semua yang sama jenis macam dia ni jahat ke? Tak layak dibuat isteri?

Rafeeqa tak mahu menunggu lama. Biarlah nanti Shahrizal nak cari ke tak. Tengok gaya sekarang pun macam Shahrizal dah lupa yang isteri dia turut ada di sini.

Berlalu ke sofa di ruang tamu, Rafeeqa mencapai tote bag miliknya. Langkah kaki? Selamba dia keluar menuju ke pagar utama. Family gathering begini bukanlah tempat untuk orang seperti dia.

Beberapa puluh meter sudah jauh meninggalkan rumah mertua, Rafeeqa mendongak memandang langit. Melihat bintang-bintang yang menghiasi langit gelap, dia berfikir sendiri. Andai dia ingin menjadi secantik bintang di hati semua yang tersayang di sekeliling, mampukah dia menghiasi hidup mereka dengan kehadiran dia di sisi? Dan tatkala melihat bulan yang menyinari malam, muncul soalan kedua di benak fikiran. Andai dia ingin menjadi seterang bulan di hati semua, mampukah dia menyinari di saat mereka hilang arah tuju dan hidup di dalam gelap?

Sebab jawapan ‘tidak’ lah dia berada di dalam situasi ini sekarang.

Oh, I am so not perfect!

Air mata yang ditahan tadi akhirnya jatuh juga. Rafeeqa percepatkan langkah. Air mata diseka dengan belakang tapak tangan.

Be strong, dear darling!

Tak tahu ke  mana hala tuju tapi harap-harap ada teksi yang akan lalu di jalan besar atau ERT menuju ke KL Sentral. Nak balik. Nak mandi air panas. Nak menangis puas-puas. Semakin lama, air mata Rafeeqa mengalir semakin laju seiring dengan langkah kakinya.

Pettt!

Rafeeqa terkejut. Bila dia berpaling, kereta yang berhenti betul-betul di belakangnya buat dia tegak macam patung.

“Where the heck do you wanna go?!”

Lidah Rafeeqa kelu. Apa nak jawab?


p/s : Patah hati bila Shah tak disukai but super happy to know that my dearies enjoyed reading sampai rasa nak smackdown shah ;) kita tunggu JBC sama-sama ya., soon dearies. Have a good rest and good night everyone. big hug! <3




20 comments:

  1. Yes. Hmm. Cepat kak nak tau ending dia. Dlm nvl lah.

    ReplyDelete
  2. Emy.... Awatlah kejam sgt n3 ni. Siannya kat fika. Dhlah laki main kayu 3, nenek plak cucuk jarum nk bg diorg bpisah.btimpa2 malang fika.... Mmg ptt shah kena smackdown....geramnyaaaaa

    ReplyDelete
  3. nanti2 kita pasti jatuh cinta kat syah, emy, pasti tu

    ReplyDelete
  4. my heart really goes to Feeqa... sedih pedih..marah...rasa terpinggir.. tak dipeduli..tak berharga...all in one... sedih bila baca last part tu...pasai bintang dan bulan...ah persetankan leluarga dan hubbynya syah... kalau rasa hati tidak mahu disakiti dengan begitu teruk...biarlah dia cool down dulu...lepak rumah mak bapak dia dan think it all over..abt the relationship yg semakin hambar ni.. kan... Apa perlu dipujuk dan berjanji sedangkan selalu memungkiri...kata kata shah...Apa perasaan Shah yg mengong tu lihat bila feeqa lari...dan bagaimana boleh mamat mengong tu tersedar yg feeqa bla macam gitu...

    ReplyDelete
  5. ohhh kesiannya dekat rafeeqa.. rasa nak sangat tengok shah tu jatuh terduduk.. biar dia rasa apa yg rafeeqa rasa..

    pengalaman lalu buat saya rasa sebak mengenangkan apa yg rafeeqa lalui skrg.. kenape shah xnak hargai apa yg dia dah ada?

    ReplyDelete
  6. Blh tak..blh tak.. Kalau pisahkan jelah mrk....kesian fika...mmg dia khilaf, to,,dia ada hati dan perasaan

    ReplyDelete
  7. oh my dear rafeeqa...pitty u,namun ingt lh kita nih tk kn sempurna dimata manusia...tp pasti kn kita sempurna disisi nyer dunai akhirat...berhijrah lh demi maruah mu demi agama mu demi hidup dn mati mu kerna cinta dn kasih pd nye...yg kekal didunia dn akhirat mu..biar didunia kita tk kecapi bahgia namun disana di janji kn syurga andai kita tergolong dikalangan hamba yg sentiasa dibawah redha nye.Insya ALLAH.

    ReplyDelete
  8. Org mmg ske judge dr luaran... brtabahlah feeqa... nk smackdown shah..nek pah skali pon ok gak

    ReplyDelete
  9. Darling tambah lah n3 dlm blog...sedey ni..geram btl la shah tu...cam nak kena belasah jer dia tu..

    ReplyDelete
  10. Darling pls la tmbah n3...sedey la kesian fika...geram kot kat shah tu..cam nak kena belasah je..x sabar da nak peluk JBC

    ReplyDelete
  11. Sob... sob...... sob.... cian fika, owh... Nek Pah. ... jgn la kejam, nanti kene smackdown heh heh heh
    Yanshi

    ReplyDelete
  12. Best.. Best.. Wah tak sabar nak tunggu ni.. Huhu

    ReplyDelete
  13. yeahhh...akhirnya menangis juga rafeeqa disbbkn nek pah tu...kesian rafeeqa...shah,husna dgn nek pah..rase nak humban tiga2 tu dlm laut

    ReplyDelete
  14. kch is raining dear...& it rained in my heart bila bace ending tu...tak leh huhuhu coz i only hve half an hour to browse thru...ahhhhh keja,keja,keja...dis wk was hell-of-a-week!!!! babai, muaaahhh

    ReplyDelete
  15. Rafeeqa mengada terlebih. Bila suami merayu jangan pergi, nak pergi jugak. Pergi rumah mertua, dah tahu nak jumpa neh pah, & sedara mara, pakailah baju elok sikit. She asked for it and she deserved it.

    ReplyDelete
  16. Alahai Emy, baru jek sejuk hati, ni panas balik nih grrrrr

    ReplyDelete
  17. Oh my... really touching... Why people always judge based on physical??? Hidayah can come in many way. Spatutnya nek sharusnya berdoa kpdNya spaya kurniakan hidayah bt Fiqa n hint Shah tuk bimbing Fiqa bukannya pisahkan mereka. Mungkin hidayah bt Fiqa tlewat ck fiqa tp dgn sokongan n galakan org skeliling dia mampu berubah.

    ReplyDelete