Tuesday, May 10, 2016

Ku Tunggu Dudamu (KTD) 6

BAB 6





Kursk 2006...

            DARA menjenguk ke luar tingkap. Salji di luar sana masih turun dengan lebat. Baru pukul 5 petang dah gelap. Dah tu pukul 8 pagi baru nak terang. Kalau rutin hidup macam beruang seronok juga. Bila musim sejuk begini berhibernasi adalah aktiviti utama.
            “Babe, kau dah ready ke belum?”
           




Dara toleh belakang bila suara Dian menegur. Fuh! Macam naik juling mata tengok pakaian yang dipakai Dian.

            “Dian, kau salah tema ke apa? Ni bukan Halloween la.”

            “C’mon, ni pun okey apa. Costume jugak kan. Angel in disguise.”

            Dian berpusing di hadapan Dara dengan kostum yang baru dibeli. Padanlah pakai kostum fairy girl yang berwarna putih. Skirt kembang macam nak pergi menari ballet dengan leggings berwarna putih. Siap ada hairband berwarna pink di atas kepala. 

            “Ini bukan Halloween babe, this is foam party. Kalau orang gelakkan kau nanti jangan cari aku,” ujar Dara.

            Setakat pakai baby-t dengan jeans macam dia cukuplah. Kang tak pasal-pasal Dian kena cop salah tema di kelab.

            “Fine. Five minutes.” Dian berpaling pergi.

            Ketawa tengok muka monyok Dian yang berlalu keluar. Sepuluh minit kemudian dia muncul dengan baby-t dengan jeans, simple macam pakaian Dara. Rambut yang panjang diikat tinggi.

            “That’s it! Sweet. Baju Halloween kau tu simpan untuk hari lain. Baju extra ada bawa tak?” Dara mencapai backpack Nike di atas meja. Faham-faham sajalah foam party, pasti pakaian akan basah kena simbah dengan buih-buih  sabun kat kelab tu nanti.

            “Ada. Tapi aku malas nak bawa beg. Tumpang sekali dengan baju kau boleh tak?”

            “Letak je kat dalam ni. Ruang masih banyak lagi.” Dara membuka zip bag pack. Main sumbat masuk saja baju Dian ke dalam begnya.

            Skaf dah terlilit elok di leher. Winter coat dah tersarung di tubuh. Winter boots dan winter cap dah pakai. Dian dan Dara sempat selfie di hadapan cermin besar di belakang pintu bilik. Langkah diatur keluar dari bilik.

            “Agak-agak kita balik pukul berapa?” Dian kerling jam di tangan. Dah pukul 9 malam. Parti akan bermula sejam dari sekarang. Tapi saja nak datang awal sedikit, tak payahlah beratur lama untuk masuk nanti.

            “Paling awal 2 pagi. Paling lambat 5 pagi,” jawab Dara.

            Jarang juga mereka berdua pergi ke kelab. Kalau pergi pun hanya bila ada special event yang buat mereka berdua tertarik. Foam party pun batchmates yang ajak. Tahun lepas tak join sekali sebab masih noob, tak berani pun nak melangkah masuk ke kelab. Biasalah tahun pertama memang kecut perut.

            Dara melangkah keluar dari bilik. Pintu bilik sebelah yang terbuka buat kepala berpaling. Aladin yang baru nak keluar statik di depan pintu.

            “Hai.” Aladin senyum pada Dian yang  berdiri di belakang Dara. Saja tak menyapa Dara yang muka ‘stunt’ macam tengok putera katak bertukar hensem.

            “Hai. Foam party jugak ke?” Lebar senyuman Dian.

            “Yup. Kita pergi sekali la. We go in a bunch, it’s more safer and fun,” jawab Aladin.

            Bercakap dengan Dian tapi mata masih melekat pada Dara yang tunduk membelek telefon. Secara tak langsung nak ajak Dara sekali. Terus-terang cakap sejak kes kena hentam dengan botol syampu Dove tahun lepas dia dah tak ‘ganggu’ Dara. Setakat Hi Bye lepas tu buat hal masing-masing.

            Dara memang jenis yang ‘susah nak dapat’, kategori yang paling payah. Nak kata Dara jual mahal tak juga, sombong lagilah tak. Cuma Dara mungkin dah memang tak ‘ngam’ dengannya sejak awal lagi.

            “Sure, why not. Nanti kalau balik adalah teman aku dengan Didi.” Dian senyum lebar. Lengan Dara disikunya.

            “Babe, kau dengar tak ni?” tanya Dian.

            Jangan buat-buat pekak di depan bilik macam ni. Apa entah yang  Dara belek di dalam telefon tu, takkan dok cari nombor telefon di dalam directory.

            “Dengar. Aku on aje. Anything.” Pendek jawapan Dara.

            Tak adalah teruja nak pergi sekali dengan Aladin dan Sanjay. Tapi kira ada benefit jugak, ada ‘bodyguard’ nak temankan sampai ke Matrix Club. Dara bawa langkah keluar dari unit. Kalau boleh nak elakkan ‘eye contact’ dengan Aladin. Mata coklat tu boleh buat dia angau so baik menjauh.

            “Didi, darling. Hey! Where are you going?”

            Ah, sudah! Langkah Dara mati. Dengar aje suara omputih dari negara bola sepak panggil nama dah buat separuh dari niat untuk ke form party terbatal. Dara pandang belakang. Bagi senyuman plastik sebijik.

            “Out for dinner.”  Kalau cakap pergi parti confirm mamat ni nak ikut.

            “Now? At this hour?” Rafael kerling jam di tangan. Nak ikut jugak boleh tak? Baru nak buka mulut, Aladin muncul di sebelah dengan muka serius.

            “She’s going out with me,” Aladin menyampuk.

            Toleh wajah Dara di sebelah, confident Dara angguk kepala. Rafael dah tayang muka ikan masin di hadapan. Lantaklah kau nak patah hati ke tak bro, jangan cuba usha gadis Malaysia lagi-lagi kalau Dara Dahlia. Dia tahu Dara tak pandang wajah kacak lelaki Brazil ini. La, kalau dia pun Dara macam tak pandang apatah lagi stok muka hidung mancung macam Rafael.

            “Too bad, darling. Maybe next time I should ask you out for dinner earlier before someone does.”

            Tu ayat nak perli aku ke? Aladin masih dengan wajah serius. Macam semua perempuan pun Rafael panggil dengan gelaran ‘darling’.

            Dara senyum saja dan lambaikan tangan sebelum menyaingi langkah Sanjay dan Dian yang sudah agak jauh di hadapan. Sengaja aje Dian, saja tak nak tolong dia tersepit di situ. Lengan Aladin ditarik sekali.

            “You owe me dinner for that.” Aladin berbisik ke telinga Dara.

            Pandang sekilas wajah Aladin, lelaki itu tersenyum lebar. Dara jungkit bahu. Tengoklah macam mana. Sekurang-kurangnya dah terlepas dah Rafael seketika. Jangan aje terjumpa di Matrix nanti, sah Rafael buat kecoh.

            “Dara, can we start a new one?”

            Dara jeling. Keningnya terangkat. Tak faham. Langkahnya terhenti bila lengannya dipaut Aladin. Mereka berdua berdiri menghadap sesama sendiri.

            “Friends. Then more than just friends. I mean moving one step forward each time.”

            Aladin telan liur sendiri. Tak pandai susun ayat cantik ajak Dara bercintan cintun. Kalau Dara dah tahap ambik medic, takkan ayat senang macam tu Dara tak faham.

            “Erk!”

            Apasal tiba-tiba bisu ni? Bibir bergerak-gerak tapi suara tak keluar. Nak jawab apa? Setahun kenal Aladin, tak terlintas untuk melangkah setapak lebih daripada jiran sebelah bilik.

            “I’ve never been in love, Al.” Macam nak sembunyi dalam tangki air. Sejak bila dah pandai panggil nama pendek Aladin macam tu.

            “We have plenty of time for that.” Lengan Dara  masih dipegang kejap.

            Kalau melepas dengan Dara putih mata Aladin. Siapa tak kenal Dara Dahlia. Banyak yang cuba tapi hati Dara kebal, tak ada yang mampu memikat hati. Kalau tak, mustahil Dara masih solo sampai sekarang. Kiranya dia melangkah setapak lebih berani sekarang. Dia tak perlu tempah restoran mewah untuk Dara dan hadiahkan satu lori bunga sebab dia tahu Dara tak suka semua itu. 
‘Propose’ di koridor asrama macam ni pun jadilah. Yang penting Dara faham isi tersirat di hati.

            “Dara...”

            Kalau diam begini yang buat Aladin tak sedap hati.

            Dara senyum nipis. Lengannya ditarik lembut dari pegangan Aladin.

            “Kita dah lambat. Foam party dah nak start.” Dara tersenyum nipis dan melangkah pergi.

            Damn! Aladin menyaingi langkah Dara. She is a cactus, she really is!




            FAR away, the ship is taking me far away...
            Far away from the memories,
            Of the people who care if  I love or die...

            Aladin duduk di meja di sudut kelab. Layan lagu Starlight setelah penat menari di dance floor. Tak selesa pula pakai baju basah begini. Dah nama pun foam party, takkan keluar dari kelab dengan baju kering macam tadi.

            “Bro, ada nampak Dara tak?” Aladin bertanya bila Sanjay mengambil tempat di sebelah.

            Elok aje Dara di depan mata tadi, sekarang tak tahu menghilang ke mana. Batang hidung Dian pun tak ada. Dua-dua ‘lesap’.

            “Who?” Sanjay blur. Suara terpaksa dikuatkan melawan lagu yang berkumandang di kelab. Beberapa saat kemudian Sanjay tepuk dahi sendiri. Terlupa Didi dan Dara adalah orang yang sama.

            “Didi kat bar. Duduk dengan Dian. Dah macam pening aku tengok. Keep an eye on her, bro. Rafael dah tahu dia ada kat sini,” jawab Sanjay.

            Kat universiti hanya Aladin sorang saja yang panggil jiran sebelah dengan nama Dara, yang lain panggil Didi. Tak tahu kenapa. Dia pun malas nak ambik port tanya banyak soalan pada Aladin.

            “Aku tau. Rafael mana pernah miss parti macam ni.” Air suam diteguk Aladin.

            Kepala dah pening lalat. Dah tak larat nak meneguk di sini, air suam aje penyelamat untuk kekal sober. Matanya menala pada bahagian bar yang tersembunyi sedikit di sudut kelab. Dari jauh dilihatnya Didi duduk mendagu. Tak lah nampak ‘hang’ sangat, masih boleh ‘on’ lagi.

            “Bro, aku gi sana jap.” Aladin angkat punggung. Baik cop satu meja dengan Dara dan Dian sebelum ada yang datang potong ‘line’.

            Sampai di meja tempat Dara duduk, Aladin mengambil tempat di kerusi kosong sebelah.

            “Alone?” Aladin senyum. Sempat mata toleh kiri kanan depan belakang, mana tau Rafael tiba-tiba muncul nak kacau daun.

            Dara senyum nipis.

            “Takkan tak nampak Dian baru bangun pergi toilet.” Balas Dara.

            Damn! Kenapalah aku bagi soalan Abuden macam ni. Aladin masih senyum. Pandangan dilontarkan ke dance floor yang basah dan dipenuhi buih di lantai.

            “Selalu ke datang sini?” Dara toleh Aladin sekilas.

            “Tak juga. So-so. Kalau bosan duduk hostel, tak buat apa-apa. Datang lepak kat sini. Tapi I prefer Celebrity. Lebih besar dan happening.”

            Dara angkat kening. Kelab Celebrity yang kat shopping mall Pushkin tu ke? Dia belum pernah ke sana. Tapi dengar kawan-kawan cakap kat sana memang ‘la grande’. Masuk kelab tak boleh ambik gambar. Kononnya nak menjaga kreativiti kelab supaya tak ‘leak out’ dengan kelab luar.

            “Kat sini pun best apa. Dekat dengan hostel. Convenient. Tak mahal sangat. Affordable for students.”

            Aladin tergelak kecil. Ayat Dara tu macam lucu pun ada. Convenient apa maksud Dara? Ingat ni macam convenient store ke? Tengok gaya Dara pun dah tahu Dara biasa pergi ke tempat macam ni. Pandai bawa diri. Tak adalah terhenjut-henjut di dance floor tak sedar dunia. Cool aje duduk kat meja sudut sambil cuci mata.

            “I didn’t know you’re this type of person, Dara.”

            “Meaning?” Mamat ni tengah menilai aku ke?

            “Out going type. I mean....”

            “Maksud awak sosial sangat la. Huh...judging people is not right, mister.” Dara potong ayat Aladin.

            “Tapi tak kisahlah orang nak cakap apa. Saya okey aje. As long as I know what am I doing and where’s my limit.” Dara menongkat dagu.

            She’s wild.

            Turun naik kelab. Minum arak.

            WTF? Setakat turun naik kelab dan minum sekali-sekali pun dah kena cop ‘wild’. Walhal pakaian dia tak pernah menjolok mata, keluar dengan mana-mana lelaki pun lagilah tak. Tatu di badan? No...kulit melepak ni buat apa nak ditempek tatu? Merokok? Sorry, tak berminat nak membakar paru-paru sendiri buat cari penyakit. Menari kat dance floor sana? Gosh! Dia datang ke sini untuk duduk melepak aje, bukan nak menari terkinja-kinja sampai habis bateri.

            Tapi dah hakikatnya pandangan manusia tentang gadis macam dia adalah sama. Liar dan tak sesuai untuk dijadikan teman. Whatever! Dia tak kisah dengan semua komen negatif, yang penting hidupnya tak terumbang ambing macam sesetengah pelajar yang lain.

            Aladin rapatkan kerusinya dengan kerusi Dara. Payah nak bercakap kalau muzik kuat bergema.

            “Dara, do you know that you’re attractive?”

            Muka Dara mono. Explain more, please. Jarang-jarang orang puji aku.

            Aladin berdehem. Gelas Dara di hadapan dicapai dan diteguk. Bila Dara bagi isyarat muka ‘that’s mine’, dia jungkit bahu. Minta sikit aje.

            Dara Dahlia. Tak tahu kenapa hati terpaut sejak kali pertama berjumpa dengan Dara. Bagi Aladin, nama yang unik. Seunik tuan punya badan. Kalau tengok dari luaran Dara macam gadis biasa. Pagi pergi kelas, petang balik dari kelas. Then pergi gym. Tak pun pergi zal main futsal. Memasak memang Dara tak expert la, tengok muka pun dah tahu. Kadang-kadang bila memasak kat dapur hostel, sayur pun boleh hangus. How the hell did it happen serius tak tahu.

            Tapi Dara ada tarikan tersendiri yang buat Aladin terpikat. Betullah kata hati sendiri, no words can describe what does love mean and how the hell you fall in love.

            “Just be what you are, Dara. When it’s about time for you to change, then change. Someone is in love with you, anyway.”

            Mata Dara kelip-kelip. Shakespears dari mana yang duduk kat depan dia ni? Satu ayat pun Dara tak faham. Puas perah otak untuk cuba memahami apa yang disampaikan oleh Aladin. Bila lengannya dipaut Aladin untuk ajak menari, Dara geleng kepala.

            “I don’t dance.”

            Oh! Aladin senyum. Lupa Dara tak pernah join menari kat depan tu. You’re really one of a kind, Dara!

            “Dara, just so you know. If anything happens, I’ll be the first one to be on your side.”

            Pendek kata....

            Dara, I’m in love with you.
            Dara, I can be by your side anytime you want me to.
            Dara, I can lead you through.

            Dara terdiam. Dia pandang wajah Aladin dalam-dalam. Baru faham ayat tersirat Aladin...

            Dear Al,
            Bukan semua nak perempuan yang baik-baik ke? Do I included in your ‘baik-baik’ list?
           

p/s : Yaaaa I know lama dah tak update. Sorry dearies, been very busy lately. Hope you all enjoyed reading and love loads! I wish to have KTD on my own too, atas rak buku...
           
                       

                        

1 comment:

  1. yeah a new episode...
    takpe take your time emy till end year will be better

    ReplyDelete