BAB
8
“STUDENTS, you may
be free.”
Yes!
Cepat-cepat Dara memasukkan buku ke dalam sling
bag. Inilah masa yang ditunggu-tunggu, pukul 2 petang aka kelas berakhir
untuk hari ini. Otak dah tepu dan dah tak sanggup mencerna bahasa Russia yang
dipelajari setiap hari di sini. Kalau setiap kali kuiz, dia lah yang mendapat
markah paling rendah. Tapi lantaklah, yang penting dia taklah blur tahap zero macam ketika mula sampai
di sini dulu.
“Babe, aku chow dulu. Nanti jumpa kat bilik.” Dara
menoleh pada Dian di sebelah. Dia dah siap pakai jaket sejuk segala, Dian baru
nak melilitkan skaf ke leher. Dian memang macam ni, ala-ala ‘take your own sweet time’.
“Orait. Jangan
lupa Molochnie Koktel aku.” Sempat
Dian mengingatkan tentang minuman coklat kegemaran.
Mereka berdua terpaksa berpecah hari ini, Dara ke
pasaraya Gastronam di seberang jalan dan Dian pula ke pasaraya Eropah yang jauh
sedikit untuk ke kedai khas yang menjual pelbagai jenis candy. Kalau nak cepat sikit kenalah pergi berasingan. Malam ini
mereka berdua ada plan yang hebat di
bilik. T.G.I.F kan...nak marathon drama Jepun bertajuk Team Medical Dragon sampai lebam. So kalau nak berjaga sampai ke
pagi kenalah ada stok makanan di tepi katil.
Sebaik saja melangkah keluar dari pintu utama universiti,
Dara tarik nafas dalam-dalam. Mak aii sejuknya, terasa macam ada stalagmite dan stalactite kat dalam hidung walaupun musim sejuk dah hampir
berakhir. Serius tak sabar untuk melihat
pemandangan hijau di mata, sekarang ni cuma timbunan salji saja yang memenuhi jalan.
Dengan penuh hati-hati Dara menyusun langkah meredah
jalan yang licin dan penuh dengan salji. Sepanjang musim sejuk ini tak pernah
walau sekali pun dia jatuh tergelincir, horror
kot kalau punggung jatuh terhempas di atas salji. Kira boleh pecah rekod sebab
semua rakan sekelas pernah jatuh bergolek macam nangka busuk.
“Dara!”
Oh, no! Spontan Dara melajukan
langkah. Suara yang amat dia kenali itu semakin mendekat. Langkahnya jadi tak teratur dan lapisan ais
di hadapan buat dia hilang imbangan badan. Oh
pleaselah jangan jatuh kat sini! Aku nak jadi juara bertahan ‘tak pernah
jatuh’ sepanjang tahun ni.
Zap!
Dara hilang imbangan bila lengannya disambar dari
belakang dan secara tak langsung menyelamatkan dia daripada tersungkur di atas
permukaan ais dan timbunan salji.
“Lain kali hati-hati. Nak cepat-cepat buat apa? Nak lari
dari saya?”
Say what?
Ternganga mulut Dara melihat tubuh tinggi di sebelahnya. Aladin ni angin ke apa
tiba-tiba main sembur aje siap dengan wajah yang serius dan berkerut. Lengan
kanannya masih digenggam Aladin erat.
“Errr..mmm..saya..”
Damn! Sejak
bila slurred speech kak oi? Dara
mengutuk diri sendiri. Tergagap tiba-tiba bila pandangan mata Aladin menikam ke
dalam anak matanya. Lagi jam bila Aladin mengangkat kening, isyarat menunggu
ayatnya yang tergantung.
“Nak beli ayam, takut kedai tutup.”
Serius Dara macam nak lempang pipi sendiri saat ayat itu
terpacul dari bibirnya. Apa logik kedai nak tutup sedangkan baru pukul 2 petang.
Melihat Aladin yang dah tergelak kecil, dia buat muka paling tebal di dunia.
Malu!
“Ingatkan nak lari dari saya.” Aladin melepaskan
genggaman tangannya bila tubuh Dara dah tegak dan stabil di sebelah. Tengok
gaya Dara tadi memang nak mengelak daripadanya tapi, semakin Dara menjauh
semakin dia nak menempel. Dia lagi suka kalau spesis ala-ala burung merpati
macam Dara.
Dara tersenyum lebar, lebih spesifik lagi senyuman yang
dibuat-buat. Langkah diatur menuju ke
jalan utama. Kali ini langkahnya lebih berhati-hati, kalau tergelincir kali
kedua confirm jatuh. Rasa tak selesa
bila Aladin sudah mula berjalan seiringan dengannya ditimbus bersama timbunan
salji. Kenalah berlagak biasa kalau tak nak dengar bunyi cengkerik bising bila awkward macam ni.
“Kek semalam macam mana? Sedap tak?”
Dara menoleh dengan
dahi yang berkerut. Beberapa saat kemudian, baru teringat kek coklat
yang Aladin berikan semalam.
“It was nice.”
Dara menjawab singkat. Nice la
sangat, elok aje kek tu kena letak kat dalam peti sejuk di dalam bilik. Kalau
Aladin tahu mesti mamat ni terjun dari tingkat 7 hostel.
Aladin senyum nipis. Dara takkan perlu masa beberapa saat
untuk menjawab soalannya kalau Dara tak menipu.
“Kek tu saya buat sendiri. Trust me, saya tak letak ubat pengasih kat dalam kek tu. You can just eat it, Dara.”
Dara terkedu. Damn!
Kantoi cik kak. Bila dijeling Aladin di sebelah, Aladin senyum nipis. Sorry....tapi hanya setakat di dalam
hati. Tak terluah di bibir Dara.
“Masih ada kat dalam fridge.
Nanti saya makan. Lain kali tak payah susah-susah. Kalau saya nak makan kek,
saya boleh beli sendiri. Kalau tak pun saya suruh awak buatkan.”
Say what?!
Kalau Dian dengar dia dah pandai buat lawak dengan Aladin, mesti Dian gelak
sampai tergolek jatuh dari Gunung Kilimanjaro.
Aladin ketawa. Nice
one, Dara!
“Rafael masih cari awak tak?” Tadi Aladin terserempak
dengan mamat dari Brazil tu. Kira musuh ketat lah jugak sebab dua-dua nak usha Dara tapi sampai sekarang belum
satu pun yang berjaya.
“Tak kacau sangat. Kalau nampak dia saya mengelak. I try to minimize my contact.” Dara
peluk tubuh. Seyes berapa suhu
sekarang ni. Nafas dah terasa sesak sedikit menahan sejuk. Jaket tebal macam ni
pun belum tentu boleh tahan.
“Good girl.”
“Jap. Jap.” Dara tiba-tiba berhenti di tepi jalan. Kaki
rasa macam tak larat untuk meneruskan langkah. Sejuk tahap speechless bak kata omputih. Dah tu time ni jugalah angin mula bertiup kencang. Bila musim sejuk sudah
hampir sampai ke penghujung, memang cuaca akan ‘kick’ sampai boleh buatkan sesiapa saja jatuh sakit.
“Kenapa awak?” Aladin turut berhenti. Lengan Dara
dipegang dan anak mata Dara dicari.
“Sejuk....” Bibir Dara dah bergetar-getar. Alahai apasal
tubuh tak kuat hari ni. Biasanya badan masih kebal lagi meredah angin yang
menambahkan kesejukan tubuh yang kurang berlemak.
“Jap.”
Aladin membuka skaf yang melilit di leher dan dililitkan
di leher Dara, sehingga menutupi mulut Dara. Skaf yang Dara pakai terlampau
nipis, tahulah dak nak masuk musim bunga tapi Russia tetap Russia. Cuaca
ekstrem macam ni mana boleh dibuat main.
Winter cap di
atas kepala juga dibuka dan disarungkan di kepala Dara. Alahai comel muka Dara,
boleh dibuat jadi model di depan Adidas outlet
yang kat Pushkinski Mall. Hidung pun dah merah mengalahkan Rudolp The Rednose
Raindeer.
“Lain kali pakai tebal sikit, Dara. You will never be able to get use with the weather here.”
Dara terdiam. Tak tahu nak bereaksi macam mana. Nak ucap
terima kasih tapi lidah kelu. Nak melawan pandangan Aladin pun tak mampu.
“Jom.”
Lengan Dara ditarik Aladin menyeberangi jalan. Fikiran
Dara dah ke lain. Dah tak pandang jalan raya yang agak sibuk kat depan
universiti ni. Matanya hanya melekat pada wajah Aladin di sebelah.
Kenapa baik sangat dengan aku? Hati Dian dah keluar
dengan andaian.
He loves me...
He loves me not...
Perasan kau cik kak!
“HAI. Dengan siapa? Sorang? Coffee time?”
Aladin senyum segaris. Tiga soalan sekaligus, mana satu
nak jawab dulu. Sasha yang berdiri di hadapan dipandang. Di sebelah Sasha ada
sorang lagi gadis, kawan Sasha lah tu.
“Dengan Dara. Dah nak balik hostel.”
“Owh..” Mulut Sasha berbentuk ‘o’. Sebenarnya pantang
dengar nama Dara Dahlia aka Didi. Budak junior
satu tahun tapi boleh tahan famous.
Semua orang kenal siapa Dara. Lelaki yang dia minat kat depan ni pun tak
terkecuali nak usha Dara.
Kalau nak ditimbang buruk baik Dara, lebih kurang saja
macam dia. Siapa cantik? Oh, of course
it’s me! Self esteem kena tinggi, kalau tak macam mana nak survive kat muka bumi ni.
“Then mana
dia?” Panjang leher Tasya mencari kelibat Dara.
“Al...biasa kalau beli pasta mana satu yang awak selalu
pilih?”
Panjang umur! Dara muncul di sebalik lorong pasta tak jauh
dari tempat mereka berdiri.
“Oh..sorry.”
Langkah Dara terhenti, hanya beberapa inci jauh dari Aladin. Bila tengok saja
muka Sasha, serius rasa nak muntah darah kat sini. Gedik yang teramatlah gedik
sungguh perempuan ni. Maaf, bukan dia nak buat musuh tapi dah nak buat macam
mana dia memang tak suka Sasha. Trip
senior sungguh!
“It’s okay, Dara.
Kita pilih sama-sama.” Langkah Dara terhenti bila lengannya dipaut Aladin.
Mata Tasya dah menyala. Kalau versi kartun dah keluar dah
asap dari kepala bila tengok kemesraan Aladin dan Dara.
“Chow dulu.”
Aladin senyum segaris. Lengan Dara ditarik menuju ke bahagian pasta.
“Jap. Jap.” Langkah Dara terhenti.
“What?”
“Sasha kekasih awak ke?”
“What?”
“I mean the way she
looked at you. Lenggok dia. Mesra alam tak hengat.”
Pecah ketawa Aladin. Lengan Dara dilepaskan. Dia mara
beberapa tapak lagi dan tunduk mencapai plastik pasta yang ada di situ.
“I smell jealousy
in you, Dara.” Aladin panggung kepala dan kenyit mata.
Urgh! Please
lah! Dara rolling eyes.
Tapi terus terang cakap, jauh di sudut hati....Dara
pendam saja sendiri.
p/s : Lama tak hadap laptop. Lama tak update rumah. Pendek kata, dah lama sangat. Enjoy reading and happy weekend!
Bila lah dapat peluk dijadikan buku
ReplyDeleteOk...sabar menanti KTD....
ReplyDeleteOoo sasha dari awal ku tak suke tuu
ReplyDeleteTxs forthe update.shasa nie memang suka aladdin ya.
ReplyDelete