Monday, July 10, 2017

Di Antara Semua Bintang (BAB 10)







GULP!

Nashrah menelan liur. Habislah aku kali ni. Pandangannya bersilih ganti dengan Shark dan Eva. Eva di sebelah kiri. Shark di sebelah kanan. Dia pula di tengah-tengah jadi tiang lampu. Serius suasana terasa amat tegang. Cengkerik pun tak berani lalu.

“Err...babe. Aku kat dalam ya. Takut ayam hangus.” Dan sekejap saja Nashrah sudah menghilang ke belakang rumah sebelum sempat Eva membuka mulut.

S.E.R.A.M.

Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan situasi sekarang. Dia tak sampai hati nak menghalau Shark dari rumah sebelum Eva sampai. Dia pula tak berani nak berterus-terang dengan Eva. Kalau Eva tahu Shark ada di sini, sumpah Eva takkan pulang ke rumah malam ini.

“Ya Tuhan, mintak-mintaklah jangan ada apa-apa yang buruk terjadi kat dalam tu.” Nashrah sempat menadah tangan.  Manalah tahu Shark keluarkan pistol dari poket, lepas tu ugut Eva untuk mengikutnya pulang ke rumah. Tak pun, Eva siap dengan pisau dapur nak halau Shark sebelum ada yang menjadi arwah.

Hish! Shush! Shush! Silalah pergi segala imaginasi yang bukan-bukan.

Dan di dalam sana, suasana masih hening. Satu patah perkataan pun tak terkeluar dari mulut Eva dan Shark. Masing-masing diam. Hanya pandangan mata saja yang bersabung.

“How are you?” 

Eva tarik nafas dalam. Dah lama tak dengar suara Shark. Lama yang teramat lama...wajah Shark tampak tenang. Aura naga Shark belum keluar lagi.

“Macam mana awak dapar cari rumah ni?” Soalan Shark dijawab dengan soalan oleh Eva. Dia berdiri berpeluk tubuh, cuba menenangkan hati yang terasa seperti dilanggar garuda. Sedih. Rindu. Dia tak tahu nak bereaksi macam mana. Menyesal pula tak lepak sampai ke pagi dengan Red di atas bukit. Kalau tak, dia takkan berjumpa dengan Shark malam ini.

Shark masih tenang. Dia menapak selangkah ke hadapan, ingin lebih dekat dengan Eva. Tapi bila Eva mengundurkan diri, dia tak terus melangkah. Dua tahun...dua tahun tak bersua muka dengan Eva hinggalah ke hari ini. Perasaan rindu dan cintanya membuak-buak. Ikut hati, dia nak peluk Eva. Dia nak cium sepuas hati. Dia nak peluk sampai ke sudah.

“Saya datang nak ajak awak balik.”

“Rumah saya kat sini.”

“Eva...”

Eva menelan liur. Dah lama tak dengar Shark panggil nama dia. Oh hati sila jangan goyah!

“Ikut saya balik. Kita mulakan hidup baru.” Shark masih cuba memujuk. Dia nekad untuk bawa Eva balik malam ini juga.

Eva senyum sinis. Dia pandang wajah Shark tajam. Walau dalam hati sebenarnya sudah hampir cair sebab perasan rindu hampir menguasai diri.

“Hidup baru? Macam dulu? Yang tak ada tujuan hidup? Yang tak ada penghujung yang saya  nak?” Suara Eva bergetar.

Sungguh. Hidup dengan Shark adalah apa yang diimpikan oleh kebanyakan wanita di dunia. Dilimpahi kemewahan. Gelak ketawa. Gembira tak sudah. Tapi bagi Eva, apalah gunanya hubungan cinta yang terjalin jika tak berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan? Dia inginkan sebuah keluarga. Berkahwin dengan Shark. Melahirkan anak-anak untuk Shark. Tapi Shark? Shark tak pernah ambil serius semua itu. Bagi Shark, asalkan dia ada di sisi dan mereka berdua hidup bahagia pun sudah cukup. Berkahwin? Mungkin bagi seorang Shakir Jayden, perkataan itu tak pernah ada dalam kamus hidup.

“Kalau niat awak nak ajak saya balik ke rumah atas bukit tu hari ni, baik awak balik. Kalau awak heret saya sekalipun saya takkan ikut,” Eva menyambung. Be firm, dear lady! Be firm! Dalam hati bukan main lagi memberikan semangat untuk diri sendiri supaya tak ‘tersungkur’ di depan Shark.

Terdengar keluhan berat lelaki itu. Rentak jantung Eva berubah bila Shark semakin mendekat. Nak berundur lagi, di belakang adalah dinding. Nak jerit minta tolong Nashrah, entah-entah minah tu tak dengar pun dari belakang rumah. Sedap kot meratah ayam panggang yang kononnya tadi hampir hangus.

“I’m bringing you home. For good.” 

Oh mai..suara inilah yang menggetarkan jiwanya dulu kala, malah hingga kini pun dia hampir tak mampu melawan pandangan mata Shark. Bila Shark menyeluk saku seluar yang dipakai, tempo jantung Eva berubah 360 darjah. Matilah...agak-agak kalau Shark keluarkan senjata apa entah dari poket tu memang mati dia.

Pistol.
Pisau lipat.
Formalin.

Habislah kau Eva. Shark memang jenis yang tak boleh diduga. Namun bila tangan yang menyeluk poket seluar itu menghulurkan kotak kecil berwarna merah, Eva terkedu.

“Marry me. I’m coming to bring you back for good.” Shark ulang ayat tadi. Dah jumpa macam ni takkan dia nak lepaskan Eva. Malah dia tak pernah lepaskan Eva. Eva yang pilih jalan untuk meninggalkan dia tanpa sebab yang kukuh.

“Saya nak kita hidup macam dulu. Tapi kali ini sebagai isteri saya yang sah.”

There you go! Eva speechless. Kalau nak menggambarkan wajahnya sekarang, kalah-kalah orang yang tertelan katak. Tak susah untuk meneka apa isi di dalam kotak kecil berwarna merah yang masih di tangan Shark.

Kalaulah ini mimpi...adakah dia memilih untuk terus sedar dari mimpi atau biarkan saja sampai tak bangun-bangun?

“Shark...saya...”

“Yes or no? I only want one of those two.” 

Eva tak tahu nak jawab apa. Kalau nak bagi jawapan sekarang memang boleh masuk kategori ‘terjun laut’. Terkejut dengan kehadiran Shark di depan mata hari ini satu hal. Nak menjawab soalan paling susah di dunia tu pun satu hal.

“Saya tak boleh jawab sekarang, Shark....”

You had two years to think about this. Dan saya tak tahu apa sebab awak tinggalkan saya. Kalau pun saya ada buat salah, bagi saya peluang untuk pulihkan keadaan. Forgive. Forget. Let me fix things right. Then start a new chapter. With me.” Shark sangat mengharap.

Kalau dulu memang dia sakit hati bila ditinggalkan tanpa sebab. Tapi untuk membenci Eva, memang tak lah. Malah bila berjauhan membuatkan rindunya pada Eva menggunung dan rindu itulah yang buat dia menjejaki Eva hingga ke hari ini.

Beberapa saat berlalu....Eva tak menjawab dan diam itulah yang buat hati Shark tak keruan. Jangan cakap cinta Eva dah hilang. Jangan cakap Eva dah jatuh cinta pada Red. Ya...Red! Damn! 


Dan bila Eva geleng kepala perlahan-lahan, hati Red hancur berkecai. Sungguh itu bukanlah jawapan yang dia inginkan. Dia tak pernah terfikir cinta dan lamarannya ditolak Eva.

“Kita takkan dapat hidup bersama macam dulu. Trust me, it won’t be the same, Shark.”

Damn! 
Double damn!
Triple damn! 

Which part of us is not the same, dear Eva. 

Shark mendekat. Dia tahu Eva takkan ada ruang untuk menapak ke belakang. Tangan kiri naik menyentuh pipi Eva. S.E.R.I.U.S. Ikut hati dia nak peluk dan cium Eva. Dan kata hati akhirnya dituruti juga...

Tubuh Eva dibawa ke dalam pelukan. Semakin lama semakin erat. Haruman Eva. Kehangatan tubuh Eva. Ketenangan yang dirasai bila dekat dengan Eva.

“I miss you....” Ya! Dia rindukan Eva. Hampir menitis air mata Shark tapi ditahannya. Kotak merah digenggam erat. Kalau betul Eva menolak lamarannya, apa yang nak dibuat dengan cincin kat dalam kotak kecil ni? Buang ke laut dalam? Tanam kat belakang rumah? Atau simpan saja dalam laci sampai Eva datang semula padanya.

Oh hati....jangan goyah. Eva membatukan diri. Pelukan Shark tidak dibalas biar pun dalam hati dia nak jerit kuat-kuat ‘serius-saya-pun-rindu’. Kenangan bersama Shark masih segar di ingatan. Percayalah, hidup bersama Shark adalah impiannya satu ketika dulu. Ulang balik...satu ketika dulu. Tapi sekarang tak lagi.

“Kadang-kadang kita tak perlukan alasan untuk pergi. So I guess you don’t have to know what was the reason I left you , Shark.”

Triple damn! 
Shitty damn! 

Bila Eva meleraikan pelukan Shark, dua mata itu kembali bertaupan. Lama.

“I can’t see my future in your eyes, Shark.” Eva tahu ayat itu amat menyakitkan hati Shark, malah turut menyakitkan dia yang  tak pasti apa keputusan terbaik untuk mereka berdua kini.

Shark tak terkata. Ayat Eva buat dia lagi tersentap. Entah nak bereaksi macam mana.

“Saya bagi awak masa. Fikir masak-masak. Kalau awak pilih untuk hidup dengan saya, let me know. Tapi kalau awak pilih Red...please let me know too.” Kalau Shark nak heret atau culik Eva malam ini untuk mengikutnya pulang, memang tak ada masalah. Dia tahu dia boleh buat apa saja. Tapi Shark tak mahu memaksa. Bimbang kalau semakin Eva dipaksa, Eva akan semakin benci padanya.

Eva tak terkata. Nak tanya macam mana Shark tahu tentang Red pun tak mampu, tak ada ayat yang terkeluar dari mulutnya.

“Awak tahu mana nak cari saya. Dan saya yakin awak masih ingat jalan untuk ke rumah atas bukit.” Dahi Eva dicium dan pada masa yang sama, kotak merah dimasukkan semula ke dalam poket seluar.

Dan sebaik saja Shark menghilang di pintu utama, tubuh Eva melurut jatuh. Dengan air mata sekali jatuh membasahi wajahnya.

Kenapa perlu hadir semula, Shark? Adakah untuk mengubati luka atau menambahkan garam ke dalam luka yang sedia ada?

Dear me, 
Be strong! 

Dan kenangan bersama Shark kini muncul semula....



p/s : Sorry dah lama tak update. Saya on leave, so dengan laptop sekali on leave ;) Moga terhibur dengan Cik Bintang. I'm trying my best to have it done before my own dateline. Love loads!

No comments:

Post a Comment