“BELLA. Ara.”
Bella dan Ara yang sibuk di dapur berpandangan sesama
sendiri.
“Ara! Macam mana ni?” Bella pandang si anak yang memegang
roller di tangan kanan.
“O o....” Mulut comel Ara automatik berbentuk ‘O’ dan
seketika kemudian, si kecil dan mamanya beralih pandang pada suara garau di
pintu dapur.
“Tengah buat apa ni?” Nak terkeluar biji mata Sam. Serius
aku salah masuk rumah ke atau ni memang dapur rumah aku?
Island table
penuh dengan tepung. Di sinki sana bertimbun pinggan mangkuk yang kotor. Di
hadapannya pula tubuh isteri dan anak yang statik tak bergerak memandangnya.
Muka Bella macam tertelan kapur.
Muka Ara macam muka anak patung bergerak yang comot. Siap
ada kesan tepung di hidung.
“Bella, what is
going on?” Sam menapak ke hadapan. Tali leher dilonggarkan. Pening doh
tengok suasana dapur yang ‘mesra alam’ macam ni.
“Mama nak ajar Ara buat kek.” Suara Ara perlahan saja.
“Buat kek takkan sampai hancur satu dapur?” Wajah Sam
berkerut. Pandangan tajam dihalakan pada Bella yang tersenyum nipis sambil
tunjuk tanda ‘peace’ dengan tangan
kanan. Dia pandang pula Ara di sebelah. Si anak pun ikut tanda ‘peace’ yang sama, macam mama dia. Duh!
“We’re trying to
bake carrot cake.” Bella masih dengan senyuman nipis. Habislah aku, confirm kena goreng sampai hangus lepas
ni. Sam memang pantang kalau tengok rumah berselerak. Silap hari bulan dia
dikerah jadi buruh kasar untuk bersihkan satu rumah.
“So where’s the
carrot cake?” Sam tak nampak pun kek kat dalam dapur ni.
“Tak menjadi. Hangus.” Bella senyum sampai telinga.
Matilanak....Sam pandang dia macam nak makan dia hidup-hidup.
Sam mengurut belakang tengkuk. Mana aku nak mula? Takkan
nak marah depan anak.
“Ara, keluar kejap sayang. Nanti mama datang.” Bella
macam faham isi hati Sam. Si comel tak membantah. Bila dia turunkan Ara di
kerusi, anak kecil itu berjalan keluar dari dapur. Kesian Ara, mesti si anak
takut dengan Sam sampai nak peluk Sam macam biasa pun tak berani.
“What is this,
Bella? C’mon lah. Awak tahu kan Ara masih kecik lagi. Awak ajak dia buat
semua ni bla bla bla....”
Nah....kan aku dah agak. Confirm aku kena goreng sampai hangus dengan suami aku yang tengah
marah sekarang ni. Macam tak biasa. Asal salah sikit, mesti Sam bising. Takkan
dah lupa typical Sam, yang berleter
mengalahkan perempuan.
“Awak dengar tak ni?”
Suara Sam yang sedikit tinggi mengejutkan Bella. Bella
angguk kepala walhal satu haram dia tak dengar apa yang Sam bebelkan.
“Kemas semua ni. Bila saya turun nanti, saya nak tengok
dapur yang bersih.” Suara Sam tegang tak usah cakap.
Bella mengeluh bila tubuh Sam sudah menghilang. Ingat dia
robot ke? Petik jari aje semua kat dapur tersusun rapi, macam tu? Haih...apalah
nasib.
Dalam hati, Bella terluka. Takkan Sam tak ingat hari ni
hari apa. Niat dia baik kot nak buatkan kek lobak sempena Hari Wanita Sedunia.
8 Mac setiap tahun adalah hari untuk meraikan semua
wanita di dunia. Semangat tahap petala dia ajak Ara buat kek, konon nak makan
untuk dessert macam nanti. Tapi lain pula yang jadi. Dia tak diraikan,
sebaliknya kena marah.
Huhu....ikut hati dia nak nangis sampai banjir satu
rumah. Tapi dia cuba tepis segala rasa kecewa dan terluka. Mungkin Sam
penat...mungkin Sam stress dari tempat kerja. Sebab tu marah sampai keluar aura
naga berapi petang ni. Bertabahlah wahai hati...nanti-nanti okeylah mood Sam
tu.
“Bella.”
Aik? Boleh pulak Sam muncul balik kat depan pintu dapur.
Tadi kata nak naik siap tunjuk muka stress macam tak ingat dunia.
“What?” Bella beriak
selamba.
“Kat luar tu pun sama. Please lah, kat luar tu ruang tamu ke ruang terbiar? Macam tiga
tahun tak ada penghuni. Berselerak. Lepas saya mandi, saya nak semua kemas.”
Say what?
Membuntang mata Bella. Belum sempat dia nak tunjuk protes, Sam sudah
menghilang. Tak faham wei, Sam ingat bini dia ni robot yang super cekap ke?
Dear Sam,
Boleh tak kalau awak tak angin sekali-sekala walau rumah
serabut macam tongkang pecah sekalipun?
p/s : Yaaaaa I miss Dear Bella, so here comes Dear Sam! ;) On hold dulu Cik Bintang sebab tak berkesempatan nak tengok hujan meteor *nangislanak....Thanks for the support! Enjoy reading <3
No comments:
Post a Comment