Sunday, June 10, 2018

SYAWAL PERTAMA (PART 3)




AMRI terbangun bila tubuh terasa sangat sejuk. Dan bila pembaringan di sebelah diraba, Juju tak ada. Pasti dah bangun menyediakan makanan untuk bersahur. Matanya automatik pejam celik pejam celik merenung siling di atas.
Ramadhan ke-24. Tak terasa dah hampir tiga minggu dia tinggal di sini bersama Juju. So-called nak datang untuk bincang tentang kesudahan hubungan mereka berdua, tapi sampai sekarang dia masih tak ada ‘kekuatan’ untuk pergi dari rumah ini.

Apa yang Juju sedang buat?
Apa yang Juju masak?
Apa yang Juju sediakan?

Dia bangun dan langkah kaki diatur ke tingkat bawah, niat mahu menemani dan menolong Juju yang pasti saja sibuk bertarung di dapur.
“Hai, masak apa?”
Juju menoleh pada suara yang menyapa. Bibirnya mengukir senyuman nipis. Tangan kembali lincah menumbuk bawang dan cili di dalam lesung batu.
 “Semua yang awak suka.” Menu sahur hari ini la grande sedikit. Nasi goreng kampung. Ayam goreng. Ulam dengan sambal belacan. Kalau ada lebih boleh simpan dalam peti sejuk, petang nanti boleh tambah buat berbuka puasa.
“Rajin awak bangun awal. Hari-hari masak sedap.” Amri mengambil tempat di sebelah. Sepanjang Ramadhan dengan Juju, dia rasa bahagia. Cukup makan. Puas makan. Kenyang makan. Berbeza kalau bila bersama dengan Shila.
I’m doing this for you. Kalau saya sorang, minum nestum dengan bread pun dah cukup.” Kira okey lagi ni Amri sudi makan apa yang dia sediakan. Dulu Amri langsung tak sentuh. Kata dia tak pandai memasak dan segala komen negatif dia telan dengan hati terbuka.
Uhuk! Amri tersedak air liur sendiri. ‘Saya sorang’ tu deep sangat maksudnya. Biarpun riak Juju selamba tapi dia tahu ada terselit rasa sedih di hati sang isteri. Bertahun-tahun dia pergi, sekarang baru ingat jalan pulang ke rumah. Kalau perempuan lain, mungkin dia takkan diterima pun. Tapi Juju sedikit pun tak ada rasa marah padanya. Juju layan dia selayaknya macam isteri layan suami.
Dia? Jangan tanya sebab layanan dia pada Juju sebelum ini adalah vice versa. Yang dia pentingkan cuma Shila.
“Juju, niat saya datang setelah lama menghilang…saya nak bincang tentang hubungan kita.”
Juju sabar mendengar. Sambal yang sudah siap diletakkan ke dalam mangkuk kecil. Moga hati lebih kuat kali ini. Entah kenapalah Amri nak bincang masa nak bersahur, masa tengah sibuk sediakan makanan.
“Kita perlu saling melupakan. Kita perlu…”
I know. Saya dah lama belajar untuk melupakan. Awak pergi tanpa jejak. Awak tinggalkan saya sebab orang lain. Awak ketepikan hak saya. Saya dah belajar untuk hidup tanpa semua tu.” Juju senyum.
Tak payah buka mukadimah panjang sangat, cakap aje terus terang dia lebih faham. Dan bila Amri terdiam dia tahu Amri terasa dengan kata-katanya.
“Dia apa khabar?” Juju bertanya. Nak sebut nama, dia takut dia tiba-tiba emosi dengan air mata berjuraian. Kira okeylah tu panggilan ‘dia’ berbanding ‘betina’ yang pernah dilontarkan oleh si dia pada dirinya dulu.
Tekak Amri terasa pahit. Soalan yang pendek tapi susah untuk dijawab. Dia tahu walau Juju tampak kebal di luar, sang isteri sebenarnya terluka teruk.
“She is doing good.” Pendek saja jawapan Amri. Nak bagitau yang Shila paksa dia datang berjumpa dengan Juju? Nak bagitau yang Shila paksa dia untuk pilih di antara dua wanita yang dia cintai? 

‘Jangan cari I balik selagi you tak settle hal you dengan betina tu. I tak nak bermadu. You know that!

Sampai sekarang dia tak balik mencari Shila sebab niat memang tak nak balik pun. Berada dekat dengan Juju terasa lebih mendamaikan.
Shila dan Juju. Dua wanita yang menjadi isterinya tapi dua-dua mempunyai watak yang berbeza. Shila yang terlalu manja dan pentingkan diri sendiri. Juju pula adalah vice versa. Sangat menghormatinya sebagai seorang suami dan tak pernah memburukkan Shila walau teruk macam mana pun impak kehadiran Shila dalam hubungan mereka berdua. Malah Juju sedikit pun tak berdendam. Ada dua isteri tapi langsung tak dapat berlaku adil. Yang dia lebihkan adalah Shila. Yang dia selalu menangkan adalah Shila. Rasanya dia adalah antara suami yang paling teruk kat atas muka bumi ni.
“Raya tahun ni balik mana? Kampung dia atau Lenggeng?” Nak juga Juju tahu. Kalau dia, tak pernah walau sekali pun dia berhari raya di kampung halaman Amri di Negeri Sembilan. Ye lah, beraya bersama Amri pun tak pernah takkan tiba-tiba terjah kampung mertua. Dia cuma datang menjenguk mertua pada hujung minggu biasa. Takut terserempak dengan Amri dan Shila di sana, itulah perkara yang paling dia tak nak.
Lama Amri pandang wajah cantik Juju. Makin lama dia tengok, hati terasa damai. Wajah Juju tampak sangat tenang. Bersih. Tak ada rupa macam isteri yang nak bunuh suami langsung walaupun dosanya pada Juju setinggi gunung.
“Saya nak beraya dengan awak.”
Juju terkejut. Matanya membulat dan telinga didekatkan pada Amri kot dia tersalah dengar.
“Saya nak beraya dengan awak tahun ni.” Amri ulang ayat yang sama. Dua pasang mata itu bertaupan. Lama. Tak ada suara yang terkeluar dari bibir masing-masing hingga akhirnya Juju mengukir senyuman nipis.
“Mungkin doa saya selama ini akan termabul. Beraya bersama awak. Ramadhan pertama. Syawal pertama.”
Deep! Double deep! Amri tak terkata. Tubuh Juju dibawa rapat ke dada dan dipeluknya erat. Triple deep! Air mata lelakinya hampir menitis. Dia kini keliru dengan diri sendiri. Juju mungkin akan dapat hidup tanpa dia. Tapi bagaimana dengan dia? Andai ikatan ini terlerai dan Juju betul-betul tiada dari hidupnya, mampukah dia melalui hari-harinya tanpa Juju di sisi?

Dear husband,
It’s more than just Eid wish.


p/s : Maaf saya lama tak bersiaran dan update pun lambat. Cerpen ini akan habis sebelum Raya ya :) Lepas Raya kita hadap projek lain. Moga terhibur dengan kisah Juju dan Amri. Love loadsss! 


No comments:

Post a Comment