Monday, September 9, 2019

HITMAN II (BAB 2)



DARI jauh Aylin melambaikan tangan. Senyum sampai telinga bila tengok Pug datang dengan bagasi sederhana besarnya.
“Thank you, Pug!”
Terharu pula Pug sanggup bawa pakaiannya yang masih tertinggal di rumah agam berhantu. Masa dia keluar tempoh hari, dia cuma bawa separuh daripada barang-barangnya. Penat juga Hana tolong sumbat masuk apa yang ada tadi, kalau tengok agak-agak bagasi dia yang Pug angkut tu macam separuh daripada berat badan dia.
No hal. How are you? Sihat?”
“Sihat. Ada sore throat sikit tapi lepas makan aiskrim nanti, okeylah.”
Pug gelak. Dia mana lupa ajaran Aylin. Bila demam, makan aiskrim. Bila sakit tekak, makan aiskrim. Aiskrim berada di tangga teratas dalam senarai ubat bagi Aylin.
“Saya belanja aiskrim, jom.” Pug baik hati hari ini walaupun gaji lama lagi.
It’s okay. Lain kali kalau nak minta belanja saya roger.”
And please roger masa sihat, bukan masa sakit.”
Aylin tergelak. Dia jeling Jess di sebelah. Tadi mulut bukan main bising, sekarang diam pulak. Tak payahlah buat-buat scroll Instagram tengok perkembangan terbaru David Beckham. Ketara sangat nak mengelak.
“Pug, Jess. Jess, Pug.” Aylin buka mulut. Nak tunggu Pug dan Jess memperkenalkan diri masing-masing memang taklah.
“Hi.”
Dua-dua bersuara serentak. Jess tersenyum lebar. Telefon dimasukkan ke dalam sling bag. Kau tunggu, Aylin…kau tunggu. Tahu sangat apa rancangan dalam fikiran Aylin yang kononnya nak carikan lelaki yang sesuai untuk dia. Selalu dia dan Pug setakat pandang-pandang, jeling-jeling. Kalau Hi Hi Bye Bye atau saling berbalas senyum jangan haraplah.
Nice meeting you. Lain kali kalau Aylin ajak makan aiskrim awak ikutlah sekali.” Alang-alang menyeluk perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan! Senyuman Pug lebar gila sampai ke telinga.
Ahaks! Aylin tersengih. Pandai juga Pug ‘poke’ biarpun tak susun ayat pick up line yang manis mengalahkan madu. Dia bukanlah tukang cari jodoh tapi dah selalu sangat Pug jadi bayang-bayangnya selama ini, dia tahu pandangan mata Pug bukan hanya setakat ‘touch and go’ pada Jess.
Jess angguk saja. Nak ajak keluar makan terus punnnnn boleh!
“Ferit apa khabar?” Maaflah, Alyin tak dapat menahan diri dari bertanyakan tentang Ferit. Baru seminggu tak berjumpa, dia dah rindu separuh mati. Belum lagi tiga bulan….tiga tahun…haih!
Pug tak menjawab. Macam mana nak susun ayat yang Ferit dah balik semula pada Ferit yang lama? Yang workaholic. Yang ikut cakap Uncle Jay. Yang ‘membersihkan’ kegiatan Uncle Jay. Dan Ferit yang seolah-olah hilang arah. Nak bagitahu part Ferit yang kadang-kadang duduk menghadap kolam renang dan tak tidur sampai ke pagi? Nak menggambarkan wajah Ferit yang dah mula serabut dengan jambang? Walaupun Ferit tak tunjuk sangat, tapi dia tahu Ferit pun pasti terfikirkan tentang Aylin.
“I bet he wants you to hunt for me,” sambung Aylin.
“Dia suruh bawa awak pergi ladang kuda kalau dah berjaya jumpa awak.”
“Tempat tu lah paling sesuai untuk bunuh saya kot. Humban masuk hutan pun tak ada orang dapat cari.”
Pug serba salah sama ada nak jawab dan menyangkal ayat Aylin atau diam saja. Jess di sebelah pun terdiam.
Sis, awak pasti nak buat semua ni tanpa Ferit?” Pug pandang wajah Aylin. Ya lah, nak membuktikan yang Jay Jazley bersalah bukan senang. Bayangkan bila dengan musuh-musuh selama ini pun Jay tak pernah tumpas. Silap hari bulan Aylin terpaksa korbankan diri sendiri.
Aylin mengangguk. “Nothing will change. I will still do it on my own.”
Dia takkan melibatkan Ferit sebab dia tak nak Ferit menjadi pembunuh bapa sendiri.


“AWAK dah makan?”
“Tak lapar.”
“Dietlah tu. Nak minum jus?”
It’s okay. Tak haus.”
“Makan buah lah kalau macam tu.”
“Aylin...”
“Jap, saya sambung ayat awak. Aylin, you talk too much.” Aylin tersenyum. Tipulah cakap kalau tak ingat ayat trademark Ferit untuk jenis mulut bising macam dia.
“No one talk to me as much as you before.”
Of course lah. Mana ada orang berani, berdiri dekat dengan awak pun orang kena fikir tiga puluh empat kali kot,” Aylin mencebik.
Then kenapa awak tak takut?”
“Entah. Maybe because I’m too used to the beast inside of you.” Selamba Aylin menjawab dengan muka tak bersalah. Siap jungkit bahu bila Ferit pandang dia semacam.
“Janganlah marah. You should at least learn to accept jokes. Nanti manalah tahu kalau saya tak ada, awak rindu pulak mulut puaka saya ni.” Aylin sengih.



************


FERIT meraup wajahnya dan bersandar di belakang sofa. Kenangan bersama Aylin muncul setiap kali bila dia duduk berseorangan begini. Sejak Aylin pergi seminggu yang lalu, dia dah tak duduk di rumah keluarga. Apartment kecil yang Aylin tak suka inilah tempat dia tinggal sekarang. Kalau tak pun dia pergi ke rumah di estet kandang kuda. Menyendiri macam dulu adalah lebih tenang daripada menahan ragam ahli keluarga yang masih tak puas hati dengan apa yang telah menimpa papa.
Bezanya ruang ini sunyi sepi. Tak ada suara Aylin bertanyakan macam-macam. Tak ada bunyi pintu ‘panic room’ dibuka atau ditutup banyak kali sebab tak ada Aylin yang suka merajuk dan jadikan bilik itu sebagai bilik mogok. Tak ada penghibur hati yang suka bercerita tentang zaman kanak-kanak dan segala impian ‘fairytales’ Aylin yang acah-acah nak jadi puteri raja.
Betullah cakap Aylin. Bila isterinya itu dah tak ada, dia rindukan suasana riuh di dalam rumah. Betapa dia ingin melupakan Aylin, hati tetap merindu. Betapa dia ingin membenci, perasaan cinta terasa semakin mendalam. Rasa marah yang membuak-buak pun dah lama lenyap, dia cuma inginkan penjelasan daripada Aylin.
“Where are you, Aylin?” Ferit bercakap sendiri. Dia dah tak tahu mana lagi nak cari Aylin. Tadi pergi berjumpa dengan Jess, satu hapak dia tak dapat korek dari teman baik Aylin itu. Selamba Jess geleng kepala, tak pun jungkit bahu. Nampak sangat tak nak dia tahu di mana Aylin.
Ting! Tong!
Ferit terkejut loceng pintu berbunyi. Dia bingkas bangun dan menuju ke pintu. Tinggi harapannya, minta-minta Aylin dah tak ada tempat lain nak pergi dan kembali semula padanya. Namun saat pintu apartment dibuka, harapan Ferit jatuh menjunam ke dalam gaung.
“Apahal ni?”
Sorry, bro. Dia paksa aku bawak dia datang sini. Kalau tak dia nak terjun dekat jambatan.” Tyco rasa bersalah melihat wajah marah Ferit. Dia diarahkan oleh Aunty Zen untuk bawa Dell pulang dari The Sky tapi Dell minta dibawa ke sini. Siap buka pintu kereta dia masa tengah lalu jambatan kot. Ikut hati dia nak biarkan saja Dell terjun jambatan tapi matilah dia kalau keluar berita tubuh Dell terapung di laut tiga hari kemudian.
“Hai, Ferit. Nak tumpang malam ni.” Dell tanpa rasa malu meredah masuk. Bahu Ferit dilanggarnya selamba. Kalau mabuk macam tulah, jalan pun tak berapa nak betul.
“Bawak dia balik. Aku tak nak dia….”
Why? Can I just stay with you here? Isteri you kan tak ada.” Dell menyampuk. Mata melilau melihat sekeliling apartment Ferit. Dulu pernahlah dia datang ke sini dua tiga kali. Tapi lepas tu memang Ferit tak bagi masuk langsung.
Ferit menahan sabar. Dia masih berdiri bercekak pinggang di depan pintu. Tak sempat dia menahan Dell yang dah duduk di atas katil. Lagak buat macam rumah sendiri pula. Dell siap menanggalkan dua butang teratas blouse sendat di tubuh sepupunya itu sambil lagak mengipas wajah sendiri dengan tangan. Konon panaslah dekat sini. Godalah dia dengan tubuh montok macam tu sekalipun, kalau salah angin dia takkan bawa naik ke bulan. Dia humban aje ke bawah terus.
“Kau nak keluar sendiri atau aku heret kau keluar?”
Tyco menahan liur. Suara Ferit dah semakin tinggi. Logiklah, siapa yang tak marah kalau kena ganggu tengah malam begini. Tengok muka Ferit yang serabut pun dah tahu mood Ferit adalah mood hantu nak mengamuk. Melihat Dell tersenyum sinis di atas katil, meremang bulu Tyco. Kalau Ferit mengamuk, lebam juga muka minah tu Ferit kerjakan nanti.
“Ceh. Ada orang datang nak temankan you tidur, you tak nak. Isteri you lari ikut lelaki lain pun you masih nak tunggu dia.”
“Dell! Keluar dari sini! Jangan sampai aku bunuh kau!”
Matilah! Tyco tak terkata bila Ferit mengacukan pistol ke arah Dell. Kalau keluar pistol segala bermaksud Ferit bukan main-main. Laju saja dia menerpa ke arah Dell di katil dan merentap tubuh gadis itu.
“Hey, lepaslah!”
“Keluar sebelum jadi arwah dekat sini. Saya takut tak dapat jawab Aunty Zen nanti.” Keras suara Tyco. Rontaan Dell tak dipedulikan. Patutnya biarkan saja Dell terjun dari jambatan tadi.
“Teach her some lesson so that she learns to be less bitchy.” Ferit letak pistol di atas meja. Dia bukannya suka sangat menggunakan kekerasan tapi kalau dah kepala batu macam Dell, terpaksa juga dia tunjuk jahat.
Tyco anggukkan saja. Faham sangat maksud Ferit. ‘Teach her some lesson’ tu minta tinggalkan aje Dell dekat tepi jalan. Biarlah kena bunuh ke, kena bantai sampai rabak ke, pandai-pandailah Dell cari jalan untuk balik. Tapi Tyco tak sampai hati, dia bukan level Ferit Joe lagi.
Bila Tyco dan Dell menghilang, pintu dihempas Ferit kasar. Pistol di atas meja tadi dicapai dan dihempas pula ke lantai. Sakit hati dengar ayat Dell. Tak terfikir pun Aylin lari ikut lelaki lain aka Zack sebab cinta lama tu Aylin dah tanam masuk gaung.
“I must find you back, Aylin….” Ferit mendepakan tangan di atas meja. Sumpah dia akan cari Aylin sampai ke hujung dunia. Selagi bergelar isterinya, Aylin takkan dapat pergi jauh daripada dia.



 p/s : HITMAN II akan keluar pada bulan hadapan (Oktober 2019) dan pre-order akan dibuka bermula 25 September nanti. Stay tuned lalings! 



No comments:

Post a Comment