Tuesday, December 4, 2012

Mama Mia Shaza 6


SYAZWAN membiarkan saja tubuhnya disirami air. Sebelah tangannya berpaut pada dinding dengan kepala yang menunduk. Lama dia begitu, sampaikan hujung jari dan kaki sudah berkedut sedikit. Kalau otak berserabut dengan tubuh yang letih macam nak tercabut segala skru, mandi dalam keadaan beginilah yang wajib untuk seorang Syazwan Imad.

Maya. Mia. Maya. Mia. Maya. Mia.

Dua nama yang berselang – seli di fikiran Syazwan. Boleh dikatakan sudah melekat di hatinya.  Dia taklah sekuat mana biarpun hanya sekadar melihat dari jauh.

Budak kecil yang dilihatnya di hotel lebih seminggu lalu. Mia Shaza. Dan perempuan yang dilihatnya berdiri di balkoni bilik sebelah. Maya Laila.

Budak kecil yang ditemaninya melihat anak – anak patung di sebalik cermin kaca kedai. Mia Shaza. Dan mama yang budak kecil itu maksudkan. Maya Laila.

Syazwan pejam mata. Jatuh juga air mata lelakinya. Maya rupanya masih menunggunya selama ini. Tetapi dia? Masih tersesat dengan jalan yang dipilihnya sendiri. Takkan nak jumpa Maya dalam keadaan dia masih belum bersedia seperti dulu. Ini bukanlah seperti yang dirancangnya.

 “ I love you both,” ucap Syazwan sendiri.

Dia tidak kuat. Sungguh! Bagilah dia sedikit masa lagi.

Selesai mandi, Syazwan bersiap dan mencapai kunci kereta. Fikiran berserabut mengalahkan menteri. Kereta yang dipandu menghala ke jalan besar. Nak telefon Tiara, rasa malas. Mood tak ada nak layan perempuan gedik ketika ini.Tasya? Dah buang ke laut dalam.

Zouk! Itu saja yang ingin ditujunya.

Langkah kaki Syazwan terhenti di depan kelab. Berkira – kira mahu menukar keputusan.


Shaz! Where have you been? Lama tak jumpa.

Malam ni boleh I  ikut you balik tak?

Kalau you nak, I boleh stay terus di apartment you.


Hoho! Syazwan berpatah balik ke kereta. Soalan – soalan begitu haruslah dielakkan jika moodnya hilang. Last resort! Rumah mama dan papa.

 **************

MAYA memandang Syazwi dan Mia di hadapannya. Sekejap saja anaknya itu sudah mesra dengan Syazwi. Ya lah, Mia si anak patung bergeraknya mudah mesra dengan sesiapa saja. Dikerlingnya Nadia di sebelah. Tak ada nak buat gaya control ayu, selamba saja meratah ayam KFC di hadapan Syazwi. Patutlah single sampai sekarang, tak ada lelaki yang berani nak usha.

Cadang nak ajak pergi Ikea tapi dua – dua malas memandu. Lalu saja KFC, Mia tunjuk cermin kereta kata nak makan ayam goreng. Dan di antara banyak – banyak orang, dengan Syazwi jugalah mereka bertiga terserempak. Jadi dengan penuh berbesar hati Syazwi pun join makan sekaki.

“ Nak lagi?,” tanya Syazwi pada anak Mia yang seronok mengunyah cebisan ayam.

Mia angguk kepala.

Isi ayam dicarik – carik Syazwi kecil dan diletakkan di atas pinggan Mia. Seronok benar dia melayan anak comel itu. Sesekali disuapnya isi ayam ke dalam mulut Mia. Terasa macam jadi seorang ayah sekejap.

“ Water, please.”

Sebelum sempat Maya mengambil air yang dipinta Mia, Syazwi terlebih dahulu mencapainya. Milo ais diberikan pada Mia, dengan tangannya yang masih memegang bekas yang sama. Tangan budak – budak tak kuat, takut terjatuh dari pegangan Mia.

“ Minum pelan –pelan sayang,”  tegur Maya pada Mia yang rakus menyedut air dari straw.

Mia tersenyum. Kepalanya dianggukkan, faham dengan teguran mamanya.

“ Uncle Sawi, chicken,” pinta Mia dengan jari telunjuknya menunding ke arah ayam. Walhal masih banyak lagi cebisan – cebisan ayam di atas pinggan yang belum dimakan. Matanya lebih tertarik dengan ketulan ayam yang besar dan tidak terusik di hadapan mamanya.

Burrrrrr!

Tersembur air dari mulut Nadia. Terhambur ketawa Maya.

“ Sorry. Sorry.”

Meja yang basah dilap Nadia. Mulutnya juga turut dilap. Nasib tidak tersembur Syazwi yang duduk betul – betul di hadapannya, percuma saja sayur sawi kena siram air. Naya!

Why? Apa jadi?,” tanya Syazwi hairan sambil mata memandang Nadia dan Maya silih berganti. Mata – mata di sekeliling bertumpu pada meja mereka berempat. Mana tidak, ketawa Maya dan Nadia tak ubah macam benda berbaju putih yang terbang – terbang atas atap dalam cerita hantu.

Mia di sebelah juga turut ketawa melihat Aunty Nadia yang ketawa  sampai terbatuk – batuk. Oh si comel yang tidak tahu apa – apa.

“ Mia, siapa nama uncle ni?,” tanya Nadia pada Mia yang menggaru kepalanya, membuatkan rambut yang diikat dua jadi senget sebelah.

Uncle Sawi.”

Pecah berderai ketawa mereka bertiga. Mia juga turut ketawa sambil bertepuk tangan.

“ Comelnya!”

Pipi Mia dicubit Syazwi geram.

“ Kau dengar tu Maya. Boleh – boleh anak kau panggil dia sawi,” kata Nadia. Keluar air mata. Thanks to Mia, dia ketawa banyak sangat!

Not Uncle Sawi, sayang. Uncle Syazzzz...wi,” kata Maya dengan sisa ketawa.

Uncle Shaaaa...wi,” Mia menurut  penuh semangat.

Pecah lagi ketawa mereka bertiga memenuhi ruang restoran segera itu. Mia pula makin seronok sambil bertepuk tangan siap tersenyum lebar menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

Sorry, Shaz. Lawak sangat.” Tangan kanan Maya naik memegang perut yang sudah mula sakit.

Nadia tak usah nak cakap. Kalau boleh, mahu saja dia ketawa bergolek – golek di atas lantai. Ketawa seorang minah yang memang no mercy kata orang.

“ Muka punya hensem macam ni, selamba aje Mia panggil sawi,” bisik Nadia ke telinga Nadia.

 “ Innocentnya dia. She’s damn cute,” Pipi Mia dicubit Syazwi berkali – kali. Agak – agak kalau dia culik anak Maya ni semalam dua jadi anak patung kat rumah dia, Maya bagi tak?

Mia, stop making jokes. Finish your chicken k, sayang.”

Mia angguk kepala sambil tersenyum. Arahan mamanya dipatuhi. Perlahan – lahan si kecil mengunyah daging ayam yang sudah dicarik Syazwi.

“ She looks exactly like you,” kata Syazwi. Bertaup seketika matanya dengan mata Maya.

“ Mestilah. Dah nama pun anak Maya, takkan macam muka saya pulak,” Nadia tiba – tiba menyampuk siap tayang muka selamba.

Syazwi dan Maya sama – sama tergelak. Nadia memang. Lawak yang tak seberapa pun nak tunjuk kat orang.

“ Ada iras papa dia tak?,” tanya Syazwi.

Sengaja? Yup! Nak korek sedikit info tentang papa Mia. Kalau dah meninggal dunia, haruslah dia bersimpati. Kalau dah bercerai? Memang itulah lelaki paling bodoh. Tapi kalau memang tak pernah ada papa yang sah? Okey, itu belakang cerita.

Maya tersenyum dan matanya beralih pada Mia. ‘Eye smile’ Mia Sebijik Syazwan!

“ Tak ada. Dia mirip mama dia.” Bohong diri sendiri ke Maya? Pleaselah!

Nadia di sebelah sekadar diam. Berpura – pura menyedut Milo Ice dari straw, dah habis pun sebenarnya.

Syazwi sekadar mengangguk. Tidak mahu bertanya lebih.


Papa Mia mana?

Mia kenal tak papa dia?


Takkan nak tanya soalan begitu. Silap hari bulan Maya tercekik tulang ayam mendengar soalan cepumasnya. Tak pun kena hempuk Nadia dengan botol sos cili Thai di atas meja.

“ Mama, done,” mulut si comel memberitahu mamanya.

Maya bangun dari kerusi dan mendukung tubuh Mia. Kaki menghala ke arah sinki di sudut restoran. Comot sangat muka Mia, cebisan ayam boleh melekat sampai ke rambut. Tangan tak usah nak cerita, berminyak habis.

“ Dah lama kenal Maya?,” tanya Syazwi pada Nadia.

Awkward tiba – tiba bila mereka berdua saja yang ditinggalkan di meja. Baru beberapa kali berjumpa. Itupun setakat Hi Bye, sembang panjang memang tak pernah.

Nadia angguk kepala. Tubuhnya bersandar pada belakang kerusi. Dah kenyang, perut pun rasa penuh buncit semacam. Jarang – jarang dia dan Maya makan di tempat begini. Nak jaga badan, kenalah makan makanan yang berkhasiat ye tak? Esok pagi harus pergi jogging.

“ Dari zaman uni lagi,” jawab Nadia.

“ Jadi awak kenallah papa Mia?”

Dah agak dah! Nadia menjeling sekilas. Tak berani tanya Maya depan – depan, dia yang dijadikan tempat untuk mengorek cerita.

“ Kenal,”  jawab Nadia pendek.

Cakap terus terang lebih baik dari menipu. Dia kalau menipu memang epic fail. Muka keras dengan hidung kembang kuncup. Sangat ketara okey! Syazwan Imad siapa yang tak kenal masa zaman universiti dulu. Antara spesis homosapien yang pantang tengok perempuan bergetah dan berdahi licin.

     Syazwi angguk kepala. Cukup setakat itu saja. Tidak mahu bertanya lebih. Nanti kena cop kepochi. Haish, lagi satu soalan!

     “ Dah berpisah ke?”

     Soalan terakhir Syazwi tidak dijawab Nadia. Soalan begini patutnya tanya Maya, bukan dia. Berpisah ke tak, Maya saja yang berhak menjawab. Bab ni dia kalau boleh dia tak nak sentuh langsung. Semua cerita di sebalik tabir Maya, hanya dia saja yang tahu. Dan sebagai teman baik Maya, disimpannya saja di dalam memori. Tak jaja dengan sesiapapun, termasuklah Syazwi Imad yang tiba – tiba banyak tanya di hadapannya ini.

     “ One little two little three little fingers, four little five little six little fingers, seven little eight little nine little fingers, ten little fingers have I.”

Riang saja suara Mia menyanyi sambil bertepuk tangan. Bila sudah didudukkan semula di tempat tadi, selamba saja Mia mengelap tangannya yang masih basah ke baju Syazwi.

“ Mia! Don’t do that!”

Mak singa menjegilkan mata. Mia tersenyum dan menoleh ke sisi.

“ Sorry, uncle. Joking.”

Berderai ketawa Syazwi. Mia memang mencuit hati!

********* 

LANGIT gelap malam ini. Tanpa bintang. Prediction. Hujan akan turun. Maya berpaling dan menjenguk ke dalam bilik. Jantung hati sudah terlena. Letih sangat agaknya mengekeh sepanjang malam dengan Syazwi dan Nadia.

Mia Shaza. Dengan sesiapa pun mudah mesra. Baru kenal Syazwi sudah pandai minta didukung. Lepas ni mesti minta teddy baru, Barbie, cinnamon bun. Dan senarai akan terus panjang ke belakang.

Telefon Maya di atas meja kecil di sebelah berbunyi. Laju saja tangannya mencapai, takut tidur Mia terganggu. Berkerut dahi Maya. Patutlah malam ni mendung. Petanda Syazwan hantar sms.
    

I’m sorry, Maya.


Maya tersenyum nipis. Syazwan kalau bab minta maaf memang payah. Sekarang ni apa kes?


Meeting Mia?


Mana tahu Syazwan mengubah fikiran. Takkan dengan anak sendiri pun tak nak jumpa macam hari tu?  Kira yang ini satu lagi peluang untuk Syazwan.

    
Sorry, Maya. Not now.


Maya kecewa. Habis tu bila Shaz? Lama Maya diam merenung skrin telefon di depan mata. Jawapan seorang Syazwan Imad, macam dia tak biasa. Not now bermaksud tak nak jumpalah tu. Hati Maya tercalar lagi.


Then let me go, Shaz. For good.


Syazwan takkan pernah bersedia. Jadi lepaskan saja dia dan Mia.

 *************

SYAZWAN meraup wajahnya. Duduk seorang diri di gazebo mama sambil merenung langit. Gelap. Bulan pun tak nampak. Tak nak jumpa sekarang tak bermaksud tak nak jumpa terus Maya. Dia perlukan masa. Lepaskan Maya? Tak akan!

“ Anak mama duduk sorang – sorang malam ni. Tak ada teman ke?”

Muncul Rafaniah di belakang dengan dua mug di tangan. Syazwan mengukir senyum. Faham sangat dengan sindiran halus mama. Datang rumah mama dan papa hanya bila dia bosan tahap gaban.

“ Mama, mama ada cucu.”

Membulat mata Rafaniah. Salah dengar ke apa? Cucu datang dari celah mana?

“ Bila masa?,” tanya Rafaniah.

Syazwan bangun dan bergerak ke arah tiang gazebo. Bersandar di situ dengan gaya santai.

“ Dah lama dah. Umur dia tiga tahun,  not exactly but almost.”

Rafaniah geleng kepala. Syazwan buat lawak selalu tak menjadi. Sama macam sekarang. Tak lucu langsung wahai anak mama!

“ Lame joke, my boy.”

“ Seriuslah, mama,” Syazwan berpaling menghadap mamanya.

Wajah si anak ditatap Rafaniah. Tenang saja. Tak ada aura bergurau.

“ Mama nak jumpa kalau betul ada.” Dalam hati sudah mula berdebar. Jangan cakap Syazwan ada kekasih gelap sampai mengandung pulak. Yang tu dia tak dapat terima. Anak dengan Maya Laila ke?

Syazwan angguk kepala. Orait!


p /s : So sorry Ku Tunggu Dudamu (KTD) dan Tanpa Limit (TL) kena hold dulu sebab minggu ni minggu sibuk sedunia k :) hope you guys enjoyed reading and thank you so much! Big hug everyone!

14 comments:

  1. nk lgi!!nk sawan nk sawiii!!!!hahaha...mia pun..comelnye dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ano...

      ;) glad u like it! pilih satu saja, Maya tak dapat pilih dua2 ;) hugsss!

      Delete
  2. mmg comel lh mia neh..pastu pandai lh plak wat lawak....uncle sawi...hehe but cian kat mia yg berpapa tp still tk bersedia!!!jgn bile dh sedia but terlewat plak bile mama mia lak yg dh hilang perasaan.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak norihan...

      ;) mia wonder kid tu kak. lepas sorry lambat reply! busy tahap gaban akhir2 ni :( glad u like it and thank u so much for reading k! hugsss!

      Delete
  3. alahai omeyy lah mia. Btw bestlah akak novel ni ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ano...

      ;) glad u like it! jgn lupa sambungan seterusnya k ;) hugsss!

      Delete
  4. ok emy...
    i can see the difference here...
    tq n gud job!
    kalau boleh takmo maya cerai ngn shaz dia..
    biarlah kat reality life je ade sad ending...
    takmo sad ending kat alam maya ni...hoho
    tapi, sekali sekala tu takde salahnya la...
    jz hoping happy ending from this story...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai dinda...

      ;)welcome and thanks to u too babe! ngeee~~~jangan bakar blog ni k, jalan cerita masih sama lagi tapi ada sambungan ;) hugsss!

      Delete
  5. oh dlu mcam, tak ada ya syazwan bilang ke mama dia, lau dia ada anak, oh dah di perbaharuikah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ano...

      ;) MMS kena revamp sikit. so there are some changes ups and downs, hence ada mama syazwan kali ni ;) hugsss!

      Delete
  6. Mmm reading it the 1st time... Dorg kawin ke dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai wardati..

      ;) Enjoy ur reading bout the journey of love k. big hug!

      Delete