SYAZWAN
membiarkan saja tubuhnya disirami air. Sebelah tangannya berpaut pada dinding
dengan kepala yang menunduk. Lama dia begitu, sampaikan hujung jari dan kaki
sudah berkedut sedikit. Kalau otak berserabut dengan tubuh yang letih macam nak
tercabut segala skru, mandi dalam keadaan beginilah yang wajib untuk seorang
Syazwan Imad.
Maya.
Mia. Maya. Mia. Maya. Mia.
Dua
nama yang berselang – seli di fikiran Syazwan. Boleh dikatakan sudah melekat di
hatinya. Dia taklah sekuat mana biarpun
hanya sekadar melihat dari jauh.
Budak
kecil yang dilihatnya di hotel lebih seminggu lalu. Mia Shaza. Dan perempuan
yang dilihatnya berdiri di balkoni bilik sebelah. Maya Laila.
Budak
kecil yang ditemaninya melihat anak – anak patung di sebalik cermin kaca kedai.
Mia Shaza. Dan mama yang budak kecil itu maksudkan. Maya Laila.
Syazwan
pejam mata. Jatuh juga air mata lelakinya. Maya rupanya masih menunggunya
selama ini. Tetapi dia? Masih tersesat dengan jalan yang dipilihnya sendiri.
Takkan nak jumpa Maya dalam keadaan dia masih belum bersedia seperti dulu. Ini
bukanlah seperti yang dirancangnya.
“ I love you both,” ucap
Syazwan sendiri.
Dia
tidak kuat. Sungguh! Bagilah dia sedikit masa lagi.
Selesai
mandi, Syazwan bersiap dan mencapai kunci kereta. Fikiran berserabut
mengalahkan menteri. Kereta yang dipandu menghala ke jalan besar. Nak telefon
Tiara, rasa malas. Mood tak ada nak
layan perempuan gedik ketika ini.Tasya? Dah buang ke laut dalam.
Zouk!
Itu saja yang ingin ditujunya.
Langkah
kaki Syazwan terhenti di depan kelab. Berkira – kira mahu menukar keputusan.
Shaz! Where have you been? Lama tak
jumpa.
Malam ni boleh I ikut you balik tak?
Kalau you nak, I boleh stay terus
di apartment you.
Hoho!
Syazwan berpatah balik ke kereta. Soalan – soalan begitu haruslah dielakkan
jika moodnya hilang. Last resort! Rumah mama dan papa.
**************
MAYA
memandang Syazwi dan Mia di hadapannya. Sekejap saja anaknya itu sudah mesra
dengan Syazwi. Ya lah, Mia si anak patung bergeraknya mudah mesra dengan
sesiapa saja. Dikerlingnya Nadia di sebelah. Tak ada nak buat gaya control ayu, selamba saja meratah ayam KFC di hadapan Syazwi. Patutlah single sampai sekarang, tak ada lelaki
yang berani nak usha.
Cadang
nak ajak pergi Ikea tapi dua – dua malas memandu. Lalu saja KFC, Mia tunjuk cermin kereta kata nak
makan ayam goreng. Dan di antara banyak – banyak orang, dengan Syazwi jugalah
mereka bertiga terserempak. Jadi dengan penuh berbesar hati Syazwi pun join makan sekaki.
“
Nak lagi?,” tanya Syazwi pada anak Mia yang seronok mengunyah cebisan ayam.
Mia
angguk kepala.
Isi
ayam dicarik – carik Syazwi kecil dan diletakkan di atas pinggan Mia. Seronok
benar dia melayan anak comel itu. Sesekali disuapnya isi ayam ke dalam mulut
Mia. Terasa macam jadi seorang ayah sekejap.
“ Water, please.”
Sebelum
sempat Maya mengambil air yang dipinta Mia, Syazwi terlebih dahulu mencapainya.
Milo ais diberikan pada Mia, dengan tangannya yang masih memegang bekas yang
sama. Tangan budak – budak tak kuat, takut terjatuh dari pegangan Mia.
“
Minum pelan –pelan sayang,” tegur Maya
pada Mia yang rakus menyedut air dari straw.
Mia
tersenyum. Kepalanya dianggukkan, faham dengan teguran mamanya.
“ Uncle Sawi, chicken,”
pinta Mia dengan jari telunjuknya menunding ke arah ayam. Walhal masih banyak
lagi cebisan – cebisan ayam di atas pinggan yang belum dimakan. Matanya lebih
tertarik dengan ketulan ayam yang besar dan tidak terusik di hadapan mamanya.
Burrrrrr!
Tersembur
air dari mulut Nadia. Terhambur ketawa Maya.
“ Sorry. Sorry.”
Meja
yang basah dilap Nadia. Mulutnya juga turut dilap. Nasib tidak tersembur Syazwi
yang duduk betul – betul di hadapannya, percuma saja sayur sawi kena siram air.
Naya!
“
Why? Apa jadi?,” tanya Syazwi hairan
sambil mata memandang Nadia dan Maya silih berganti. Mata – mata di sekeliling
bertumpu pada meja mereka berempat. Mana tidak, ketawa Maya dan Nadia tak ubah
macam benda berbaju putih yang terbang – terbang atas atap dalam cerita hantu.
Mia
di sebelah juga turut ketawa melihat Aunty
Nadia yang ketawa sampai terbatuk – batuk.
Oh si comel yang tidak tahu apa – apa.
“
Mia, siapa nama uncle ni?,” tanya
Nadia pada Mia yang menggaru kepalanya, membuatkan rambut yang diikat dua jadi
senget sebelah.
“
Uncle Sawi.”
Pecah
berderai ketawa mereka bertiga. Mia juga turut ketawa sambil bertepuk tangan.
“
Comelnya!”
Pipi
Mia dicubit Syazwi geram.
“
Kau dengar tu Maya. Boleh – boleh anak kau panggil dia sawi,” kata Nadia. Keluar
air mata. Thanks to Mia, dia ketawa
banyak sangat!
“
Not Uncle Sawi, sayang. Uncle Syazzzz...wi,” kata Maya dengan
sisa ketawa.
“
Uncle Shaaaa...wi,” Mia menurut penuh semangat.
Pecah
lagi ketawa mereka bertiga memenuhi ruang restoran segera itu. Mia pula makin
seronok sambil bertepuk tangan siap tersenyum lebar menampakkan barisan giginya
yang tersusun cantik.
“
Sorry, Shaz. Lawak sangat.” Tangan
kanan Maya naik memegang perut yang sudah mula sakit.
Nadia
tak usah nak cakap. Kalau boleh, mahu saja dia ketawa bergolek – golek di atas
lantai. Ketawa seorang minah yang memang no
mercy kata orang.
“
Muka punya hensem macam ni, selamba aje Mia panggil sawi,” bisik Nadia ke
telinga Nadia.
“ Innocentnya
dia. She’s damn cute,” Pipi Mia
dicubit Syazwi berkali – kali. Agak – agak kalau dia culik anak Maya ni semalam
dua jadi anak patung kat rumah dia, Maya bagi tak?
“
Mia, stop making jokes. Finish your
chicken k, sayang.”
Mia
angguk kepala sambil tersenyum. Arahan mamanya dipatuhi. Perlahan – lahan si
kecil mengunyah daging ayam yang sudah dicarik Syazwi.
“ She looks exactly like you,”
kata Syazwi. Bertaup seketika matanya dengan mata Maya.
“
Mestilah. Dah nama pun anak Maya, takkan macam muka saya pulak,” Nadia tiba –
tiba menyampuk siap tayang muka selamba.
Syazwi
dan Maya sama – sama tergelak. Nadia memang. Lawak yang tak seberapa pun nak
tunjuk kat orang.
“
Ada iras papa dia tak?,” tanya Syazwi.
Sengaja?
Yup! Nak korek sedikit info tentang
papa Mia. Kalau dah meninggal dunia, haruslah dia bersimpati. Kalau dah
bercerai? Memang itulah lelaki paling bodoh. Tapi kalau memang tak pernah ada
papa yang sah? Okey, itu belakang cerita.
Maya
tersenyum dan matanya beralih pada Mia. ‘Eye
smile’ Mia Sebijik Syazwan!
“
Tak ada. Dia mirip mama dia.” Bohong diri sendiri ke Maya? Pleaselah!
Nadia
di sebelah sekadar diam. Berpura – pura menyedut Milo Ice dari straw, dah
habis pun sebenarnya.
Syazwi
sekadar mengangguk. Tidak mahu bertanya lebih.
Papa Mia mana?
Mia kenal tak papa dia?
Takkan
nak tanya soalan begitu. Silap hari bulan Maya tercekik tulang ayam mendengar
soalan cepumasnya. Tak pun kena hempuk Nadia dengan botol sos cili Thai di atas
meja.
“
Mama, done,” mulut si comel
memberitahu mamanya.
Maya
bangun dari kerusi dan mendukung tubuh Mia. Kaki menghala ke arah sinki di
sudut restoran. Comot sangat muka Mia, cebisan ayam boleh melekat sampai ke
rambut. Tangan tak usah nak cerita, berminyak habis.
“
Dah lama kenal Maya?,” tanya Syazwi pada Nadia.
Awkward tiba
– tiba bila mereka berdua saja yang ditinggalkan di meja. Baru beberapa kali
berjumpa. Itupun setakat Hi Bye,
sembang panjang memang tak pernah.
Nadia
angguk kepala. Tubuhnya bersandar pada belakang kerusi. Dah kenyang, perut pun
rasa penuh buncit semacam. Jarang – jarang dia dan Maya makan di tempat begini.
Nak jaga badan, kenalah makan makanan yang berkhasiat ye tak? Esok pagi harus
pergi jogging.
“
Dari zaman uni lagi,” jawab Nadia.
“
Jadi awak kenallah papa Mia?”
Dah
agak dah! Nadia menjeling sekilas. Tak berani tanya Maya depan – depan, dia
yang dijadikan tempat untuk mengorek cerita.
“
Kenal,” jawab Nadia pendek.
Cakap
terus terang lebih baik dari menipu. Dia kalau menipu memang epic fail. Muka keras dengan hidung
kembang kuncup. Sangat ketara okey! Syazwan Imad siapa yang tak kenal masa
zaman universiti dulu. Antara spesis homosapien
yang pantang tengok perempuan bergetah dan berdahi licin.
Syazwi angguk kepala. Cukup setakat itu
saja. Tidak mahu bertanya lebih. Nanti kena cop kepochi. Haish, lagi satu soalan!
“
Dah berpisah ke?”
Soalan terakhir Syazwi tidak dijawab Nadia.
Soalan begini patutnya tanya Maya, bukan dia. Berpisah ke tak, Maya saja yang
berhak menjawab. Bab ni dia kalau boleh dia tak nak sentuh langsung. Semua
cerita di sebalik tabir Maya, hanya dia saja yang tahu. Dan sebagai teman baik
Maya, disimpannya saja di dalam memori. Tak jaja dengan sesiapapun, termasuklah
Syazwi Imad yang tiba – tiba banyak tanya di hadapannya ini.
“ One
little two little three little fingers, four little five little six little
fingers, seven little eight little nine little fingers, ten little fingers have
I.”
Riang
saja suara Mia menyanyi sambil bertepuk tangan. Bila sudah didudukkan semula di
tempat tadi, selamba saja Mia mengelap tangannya yang masih basah ke baju
Syazwi.
“ Mia! Don’t do that!”
Mak
singa menjegilkan mata. Mia tersenyum dan menoleh ke sisi.
“ Sorry, uncle. Joking.”
Berderai
ketawa Syazwi. Mia memang mencuit hati!
*********
LANGIT
gelap malam ini. Tanpa bintang. Prediction.
Hujan akan turun. Maya berpaling dan menjenguk ke dalam bilik. Jantung hati
sudah terlena. Letih sangat agaknya mengekeh sepanjang malam dengan Syazwi dan
Nadia.
Mia
Shaza. Dengan sesiapa pun mudah mesra. Baru kenal Syazwi sudah pandai minta
didukung. Lepas ni mesti minta teddy
baru, Barbie, cinnamon bun. Dan senarai akan terus panjang ke belakang.
Telefon
Maya di atas meja kecil di sebelah berbunyi. Laju saja tangannya mencapai, takut
tidur Mia terganggu. Berkerut dahi Maya. Patutlah malam ni mendung. Petanda
Syazwan hantar sms.
I’m sorry, Maya.
Maya
tersenyum nipis. Syazwan kalau bab minta maaf memang payah. Sekarang ni apa
kes?
Meeting Mia?
Mana
tahu Syazwan mengubah fikiran. Takkan dengan anak sendiri pun tak nak jumpa
macam hari tu? Kira yang ini satu lagi peluang
untuk Syazwan.
Sorry, Maya. Not now.
Maya
kecewa. Habis tu bila Shaz? Lama Maya diam merenung skrin telefon di depan mata.
Jawapan seorang Syazwan Imad, macam dia tak biasa. Not now bermaksud tak nak jumpalah tu. Hati Maya tercalar lagi.
Then let me go, Shaz. For good.
Syazwan
takkan pernah bersedia. Jadi lepaskan saja dia dan Mia.
*************
SYAZWAN
meraup wajahnya. Duduk seorang diri di gazebo
mama sambil merenung langit. Gelap. Bulan pun tak nampak. Tak nak jumpa
sekarang tak bermaksud tak nak jumpa terus Maya. Dia perlukan masa. Lepaskan
Maya? Tak akan!
“
Anak mama duduk sorang – sorang malam ni. Tak ada teman ke?”
Muncul
Rafaniah di belakang dengan dua mug
di tangan. Syazwan mengukir senyum. Faham sangat dengan sindiran halus mama.
Datang rumah mama dan papa hanya bila dia bosan tahap gaban.
“
Mama, mama ada cucu.”
Membulat
mata Rafaniah. Salah dengar ke apa? Cucu datang dari celah mana?
“
Bila masa?,” tanya Rafaniah.
Syazwan
bangun dan bergerak ke arah tiang gazebo.
Bersandar di situ dengan gaya santai.
“
Dah lama dah. Umur dia tiga tahun, not exactly but almost.”
Rafaniah
geleng kepala. Syazwan buat lawak selalu tak menjadi. Sama macam sekarang. Tak
lucu langsung wahai anak mama!
“ Lame joke, my boy.”
“
Seriuslah, mama,” Syazwan berpaling menghadap mamanya.
Wajah
si anak ditatap Rafaniah. Tenang saja. Tak ada aura bergurau.
“
Mama nak jumpa kalau betul ada.” Dalam hati sudah mula berdebar. Jangan cakap Syazwan
ada kekasih gelap sampai mengandung pulak. Yang tu dia tak dapat terima. Anak dengan
Maya Laila ke?
Syazwan
angguk kepala. Orait!
p /s : So sorry Ku Tunggu Dudamu (KTD) dan Tanpa Limit (TL) kena hold dulu sebab minggu ni minggu sibuk sedunia k :) hope you guys enjoyed reading and thank you so much! Big hug everyone!
nk lgi!!nk sawan nk sawiii!!!!hahaha...mia pun..comelnye dia
ReplyDeleteHai ano...
Delete;) glad u like it! pilih satu saja, Maya tak dapat pilih dua2 ;) hugsss!
mmg comel lh mia neh..pastu pandai lh plak wat lawak....uncle sawi...hehe but cian kat mia yg berpapa tp still tk bersedia!!!jgn bile dh sedia but terlewat plak bile mama mia lak yg dh hilang perasaan.......
ReplyDeleteHai kak norihan...
Delete;) mia wonder kid tu kak. lepas sorry lambat reply! busy tahap gaban akhir2 ni :( glad u like it and thank u so much for reading k! hugsss!
alahai omeyy lah mia. Btw bestlah akak novel ni ;D
ReplyDeleteHai ano...
Delete;) glad u like it! jgn lupa sambungan seterusnya k ;) hugsss!
ok emy...
ReplyDeletei can see the difference here...
tq n gud job!
kalau boleh takmo maya cerai ngn shaz dia..
biarlah kat reality life je ade sad ending...
takmo sad ending kat alam maya ni...hoho
tapi, sekali sekala tu takde salahnya la...
jz hoping happy ending from this story...:)
Hai dinda...
Delete;)welcome and thanks to u too babe! ngeee~~~jangan bakar blog ni k, jalan cerita masih sama lagi tapi ada sambungan ;) hugsss!
best2
ReplyDeleteHai ruunna...
Delete;) thanks! hugsss!
oh dlu mcam, tak ada ya syazwan bilang ke mama dia, lau dia ada anak, oh dah di perbaharuikah?
ReplyDeleteHai ano...
Delete;) MMS kena revamp sikit. so there are some changes ups and downs, hence ada mama syazwan kali ni ;) hugsss!
Mmm reading it the 1st time... Dorg kawin ke dulu?
ReplyDeleteHai wardati..
Delete;) Enjoy ur reading bout the journey of love k. big hug!