“YUHUUU!”
Dushhh!
“Rafeeqa. Behave,
please.”
Cermin mata Marc Jacobs yang tersarung cantik dibuka
Shahrizal. Kakinya yang berlunjur di kerusi rehat basah terkena tempias air
bila Rafeeqa selamba terjun masuk ke dalam kolam renang.
Hari ni hari Sabtu. Selepas Subuh tadi, kira nak sambung
tidur tapi Rafeeqa di sebelah dah merengek macam budak kecik minta temankan di kolam renang. Awal pagi dah berendam di
dalam air, Rafeeqa ni manusia jelmaan ikan duyung ke?
Tapi sekurang-kurangnya kolam renang sekarang dah
ditukarkan menjadi indoor swimming pool.
Tak susah pun nak menepati citarasa yang dia mahukan. Raff, kontraktor yang
merupakan temannya sejak zaman sekolah yang tolong buatkan. Maaflah kalau nak
biarkan saja Rafeeqa selamba itik berenang dengan bikini di dalam kolam renang yang
terbuka. Dia tak nak Rafeeqa perasan jadi heroin Baywatch versi Malaysia.
“Shah, join jom. Syokkkk.”
Rafeeqa berenang gaya kuak lentang. Terasa
macam satu kolam renang ini dia yang punya. Pandai Shahrizal melengkapkan gaya
hidup dia yang ala-ala Rich and Famous,
lebih privasi dan ooh la la.
“Later.” Shahrizal
menolak.
“Jual mahal konon.”
Macam tak tahu gaya control
macho suami sendiri. Apa kes pakai cermin mata di tempat tertutup begini? Pulak baca majalah Chloe. Rafeeqa
berenang ke tepi kolam renang dan menyangkut di situ.
“Jom. Jom. Jom. Pleaseeee....”
Shahrizal
memandang isteri di sebalik cermin mata. Jangan buat suara manja kalau tak nak
kena terkam di tepi kolam.
“Ni. Nak tegur awak. Setiap kali berenang tak payahlah
nak jerit-jerit. Ya, I know you get
excited but there’s a limit to it,” ujar Shahrizal.
Majalah
Chloe diletakkan di atas meja bersebelahan kerusi. Serius dia tak faham dan tak
berminat pun nak membaca sebenarnya
majalah kegemaran Rafeeqa ni.
Dari awal pagi tadi Rafeeqa bising di dalam kolam.
Sekejap menyanyi. Sekejap humming
lagu. Sekejap ketawa mengekeh. Dia rasa terhibur dengan telatah comel isteri
tapi telinga tak tahan menerima suara Rafeeqa yang berfrekuensi tinggi
sepanjang pagi.
Dahi Rafeeqa berkerut. Ada-ada aje yang encik La Tarzan
tak puas hati.
“Laa..awak pun apa kurangnya, Shah. La Tarzan alaf baru.
Tiap pagi menjerit.” Rafeeqa memulangkan paku keras.
“Mulut tu. Bila masa saya jerit-jerit?” Shahrizal tak
puas hati. Rasa macam nak cubit mulut Rafeeqa yang memuncung ke depan.
Isterinya itu masih bertenggek di tepi kolam renang.
“Jangan buat tak mengaku, dear darling. Rafeeqa, match
my tie and shirt. Rafeeqa, mana baju? Lambat dah ni. Rafeeqa, ikat necktie. Rafeeqa, mana slack? I’m late. Rafeeqa. Rafeeqa. Semua
pun Rafeeqa. Annoying, okay. Annoying orange.” Rafeeqa mengajuk
percakapan suami. Suara garaunya yang dibuat-buat membuatkan tawa Shahrizal
pecah. Ketawa sampai hampir terjatuh dari kerusi.
“You sounded
exactly like me!” Shahrizal masih dengan sisa ketawa. Pandai Rafeeqa buat
lawak pagai-pagi begini.
Rafeeqa turut ketawa. Now
you know! Memang tak sah kalau Shahrizal tak jadi La Tarzan di pagi hari.
Dia kembali semula ke tengah kolam renang dan berenang gaya bebas sambil
bernyanyi kecil.
Rafeeqa dan air. Air dan Rafeeqa. Sejak kecil dia
bagaikan tak dapat dipisahkan dengan air. Kalau dulu-kala, pernah juga dia
bercita-cita mahu menjadi atlit perenang tapi Papa tak kasi. Belajar aje
tinggi-tinggi baru boleh berjaya. Mentaliti Papa ni kadang-kadang tak betul.
Siapa kata atlit tak boleh berjaya? Tak semestinya
manusia hanya akan berjaya bila ada kelulusan yang tinggi. Nak berjaya ada
banyak cara. Malah semua pun bermula dari bawah, tak ada kejayaan yang terus
melonjak naik di tangga teratas.
Agak-agak dulu kalau Papa galakkan dia mencuba nasib menjadi
perenang, ada harapan tak dia menjadi hebat macam Rebecca Sonia atau Kornelia
Ender? Tak pun macam Micheal Phelps yang menjadi perenang terbaik dunia sejak
beberapa tahun kebelakangan ini? Ehem...jauh bermimpi!
Dushh!
Berterbangan angan-angan Rafeeqa bila Shahrizal terjun
masuk menyertainya di kolam renang. Tadi kemain
jual mahal. Rafeeqa mengukir senyum.
“Come. I teach you
something new.” Shahrizal kenyitkan mata. Hari ni mood bercintan-cintun dengan Rafeeqa naik satu anak tangga.
Hal Husna? Dia semakin tak ambil kisah dan malas nak
melayan karenah Husna yang semakin hari semakin menjadi-jadi dan menguji tahap
kesabarannya. Bila dia tak menjawab panggilan Husna, mulalah Husna marah-marah.
Husna banyak merengek. Banyak kompelin. Terlalu demanding. Berbeza dengan Rafeeqa. Jolly. Bubbly. Happy go lucky. Funny.
Alaa..baru
sekarang dapat senaraikan kebaikan isteri sendiri?
Husna?
Rafeeqa?
Get a grip, bro!
Rafeeqa mengangkat kening. Ni betul nak mengajar dia atau
saja nak kenakan dia? Melihat Shahrizal menyelam masuk ke dalam air, Rafeeqa
menyertai. Sempat mata mengerling ke arah kamera yang dipegang Shahrizal. Duh!
Ni nak bergambar di dalam air ke? Aksi romantik? Seriously?!
Selamba Shahrizal menekan punat kamera dan mengambil
gambar candid Rafeeqa yang langsung
tak bersedia. Jangan haraplah gambar yang diambil tadi cantik kalau dah muka
dia macam tercekik M&M’s di dalam air. Seketika kemudian tangan kirinya
dicapai Shahrizal. Belum sempat Shahrizal mengambil gambar mereka berdua
bersama, Rafeeqa melepaskan genggaman tangan suami dan naik semula ke permukaan
air. Mak oi...semput! Tercungap-cungap dia menarik nafas.
“Sorry, Shah.
Tak tahan.” Apa punya idea nak beromantika di dalam air?
Shahrizal tergelak. Macam ni ke nak jadi atlit sukan air
dulu? Setakat nak berendam beberapa saat di dalam air pun tak tahan. Spontan
tangan naik membelai rambut Rafeeqa yang basah.
“Nak cuba lagi tak?” soal Shahrizal.
“Okey.”
Kali kedua mencuba, pun Rafeeqa masih tak tahan. Rasanya tak
sampai sepuluh saat pun dia menyelam. Melihat wajah Shahrizal yang macam dah
merajuk, Rafeeqa tersengih.
“Try lagi nak?”
Rafeeqa mengajak.
“Tak apa. Tak payah. Malas. Tak ada mood.”
Shahrizal
berenang ke tepi dan memanjat keluar dari kolam renang. Nak beromantika d’amour dalam air pun susah.
Rafeeqa sungguh potong stim. Bukan senang mood
dia nak melonjak naik macam tadi. Kamera diletakkan di atas meja dan mencapai
sehelai tuala di situ.
Rafeeqa tahan senyum. Dia turut sama keluar dari kolam
dan menuruti langkah Shahrizal. Pandai juga Shahrizal merajuk, ingatkan hati
batu aje selama ni. Dia berdiri berpeluk tubuh di hadapan Shahrizal yang sedang
mengelap badan dengan tuala.
Tubuh tinggi lampai. Badan six pack abs. Biseps berketul macam
bertulangkan besi. Ditambah pula dengan hanya memakai swimming trunk, mahu Rafeeqa tak terpukau dengan kesempurnaan suami
sendiri. Patutlah Husna dok menempel
macam pacat.
Tuala yang dipegang Shahrizal dicapai Rafeeqa.
Dilontarkan ke atas kerusi di tepi dan
tangan kanan suami digenggamnya erat. Rafeeqa berpusing-pusing di
sekeliling Shahrizal, lagak macam menari dengan penuh elegan dan memukau. Hanya
mengenakan set bikini bercorak harimau bintang, Shahrizal macam nak terkeluar
darah dari hidung. Ciuman singgah di pipi Shahrizal, buat Shahrizal terdiam.
Rafeeqa berpusing ke belakang, memakai robe di badan dan
dengan penuh lenggok dia berlalu masuk ke dalam rumah. Sempat dia berpaling
semula, melambaikan tangan dan mengenyitkan mata pada Shahrizal yang statik di
tepi kolam. Shah...tak payah nak bergambar di dalam air kalau nak buat gaya
romantik sebab saya semputttt...
Shahrizal tersenyum juga akhirnya. Rafeeqa. Rafeeqa.
Ada-ada aje. Kamera tadi dicapainya semula dan melihat setiap satu gambar
Rafeeqa yang diambilnya di dalam air tadi buat senyuman Shahrizal semakin lebar
sampai ke telinga.
Sexy Rafeeqa!
RAFEEQA buat-buat sibuk. Hos panjang dan baldi besar
diletakkannya di tepi akuarium. Kira nak membersihkan akuarium yang terletak di
sudut ruang tamu. Cantik Aqua, Pearl Arawana kesayangan berenang di dalam
akuarium. Mula-mula dulu, bukan main Shahrizal bising. Tak nak ada haiwan
peliharaan la, lagi pulak ikan. Kalau
akuarium kotor siapa yang nak tukar air? Shahrizal memang angkat tangan surrender sebab malas tahap gaban.
Harga Aqua tak usah cakap, memang buat Shahrizal meletup
besar. Ikan setakat sebesar ibu jari tapi harga RM300? Gila? Hello...ni ikan berharga okey. Dah kira
murah tu harga di bawah RM500. Belum kalau dia nak beli Red Arawana, pengsan
Shahrizal.
“Rafeeqa, nak cuci akuarium bukan sekarang. Kan dah nak
pergi ke rumah Mummy ni.” Shahrizal muncul di belakang dengan wajah segar.
Mengenakan T-shirt berkolar Giordano berwarna kuning
dengan jeans lusuh Levi’s, Shahrizal sudah bersedia untuk ke rumah orang
tuanya. Malam ini ada family gathering,
special sikit sebab Nek Pah datang dari kampung. Tapi Rafeeqa masih lagi
dengan seluar pendek paras paha dan baby-T. Takkan nak pergi dengan pakaian
begini? Terkeluar biji mata Nek Pah nanti.
Rafeeqa berdehem. Tak berani nak berlawan pandang dengan
Shahrizal yang sedang berdiri di sebelahnya, matanya dihalakan pada Aqua di
dalam akuarium. Tak nak pergi boleh tak? Mula-mula memang dia beria-ia nak
pergi tapi sebaik mendapat tahu Nek Pah ada sekali, Rafeeqa kecut perut.
“Kesian Aqua, tak ada teman malam ni. Saya tak nak pergi,
Shah. Bagitau Mummy saya sakit
perut.” Macam tak logik pulak.
“What?! Kenapa
tiba-tiba ni?”
Tubuh Rafeeqa dipusingkan Shahrizal supaya menghadapnya.
Belakang tapak tangan menyentuh dahi isteri. Tak panas. Bukankah selama ni
Rafeeqa teruja setiap kali bila mahu ke rumah Mummy?
“Tadi awak semangat sangat masak untuk potluck. Ubah fikiran sebab apa ni,
Rafeeqa?” Shahrizal bertanya tak puas hati.
Habis berenang pagi tadi, Rafeeqa beria mengajak pergi
membeli-belah. Nak masak chicken pie kata
Rafeeqa untuk potluck malam ini. Dah
elok-elok chicken pie siap dimasak
dan tinggal nak dibawa ke rumah Mummy aje lagi. Tak logik sungguh alasan kata
tak nak tinggalkan Aqua keseorangan. Macam tak biasa buat macam tu.
Rafeeqa diam. Mata menala ke kiri, kemudian ke kanan dan
akhir sekali ke atas siling sebab tahu sangat yang mata Shahrizal sedang
memanah.
“Ada Nek Pah. Saya takut.”
Laaa...Shahrizal sembunyi senyum. Pipi Rafeeqa dicubit
perlahan. Nek Pah memang tersenarai di dalam senarai manusia paling garang dan
menakutkan bagi Rafeeqa. Sejak mula berkahwin lagi Nek Pah tak berkenan dengan
Rafeeqa.
Uptown girl.
Diva. Gaya hidup Rich and Famous.
Tolong sikit Nek Pah suka ciri-ciri yang begitu. Nak jadi perempuan Melayu
terakhir? That is so NOT Rafeeqa.
Pakai kain batik pun tak pandai, macam mana nak jadi kesukaan Nek Pah.
“Nek Pah tak makan orang, Rafeeqa. Come. Get dressed and we’ll go together,” Shahrizal memujuk isteri.
“Tak nak.”
“Rafeeqa.” Suara Shahrizal sedikit tegas.
“Shah...please...awak
aje yang pergi. Saya janji saya duduk diam-diam dalam rumah ni. Saya takut. Seriously.”
Rafeeqa
memaut lengan Shahrizal dan melentokkan kepalanya di bahu Shahrizal. Gaya
manja-manja sikit supaya Shahrizal cair hati, bersetuju dengan kehendak dia.
Dah berapa lama dia tak berjumpa dengan Nek Pah?
Bertahun-tahun okey. Bukan sebab tak suka tapi serius dia takut. Mulut Nek Pah
macam meriam buluh. Ada saja yang tak kena di mata Nek Pah, mulalah nak
menembak sampai cuping telinga rasa macam nak tercabut.
“Rafeeqa. Naik atas, mandi dan bersiap atau awak nak saya
dukung dan mandikan awak?”
Hish! Spontan kepala mendongak memandang wajah Shahrizal
yang berubah tegang macam singa. Okey. Okey. Lebih baik dia menurut sebelum
Shahrizal hilang sabar.
Dalam terpaksa, Rafeeqa menaiki anak tangga satu persatu.
Langkah kakinya perlahan mengalahkan siput, sengaja dihentaknya kaki dan
diheretnya house slippers berbentuk
kepala katak berwarna hijau yang dipakainya. Itu tanda protes okey.
“Awak ada 20 minit.”
Rafeeqa menjeling di sebalik tangga. Ingat dia mandi
kerbau ke? Mana nak berendam lagi. Mana nak sabun badan lagi. Mana nak mask muka lagi. Hish!
Oh my night, I’m so
dead! Rafeeqa jerit di dalam hati.
Bila Rafeeqa hilang dari pandangan, Shahrizal ketawa
kecil. Kalau Rafeeqa merajuk atau memprotes, memang tak sah kalau tak buat gaya
macam budak kecik. Tak padan dengan
umur yang dah masuk 23 tahun. Laaa..jangan risau la. Dia takkan biarkan telinga
Rafeeqa ‘dicuci’ oleh Nek Pah malam ini.
p/s : Have a good rest and good night everyone! And for all the support, thank u soooo much! Love you all loads and big hug! <3
ohsem :D
ReplyDeletecik emy.. mcm biasa.. tahniah.. terbaik dri writer..
ReplyDeletehope cpat dpt entry bru.. hehehehehe
mlm nie telinga feeqa mmg kena basuh cukup2 ker?....
Q : novel ni nanti blh beli dkt kedai buku ke?.. saya xsuka beli on9
p/s : akhir sekali, tahniah cik writer yer (harap betul la cik 2)
tahniah cik writer... mcm biasa hasil yang terbaik dri emy
ReplyDeletemlm nie feeqa kena basuh cukup2 ker....?...
Q : novel ni blh beli kedai buku ker... sory, saya xsuka beli buku on9.. hehehehehehe
p/s : tahniah, gud job... nak mtk cepat2 dapat n3 bru.. hehehe
N3 mlm ni x bikin shah kena kutuk. Slmt dia haha. Nmpk gaya dah ada bunga2 syg kat bini.syoh syoh husna p main jauh:*)...
ReplyDeleteOh my..i love this couple so much..suka sangat this story emy. Thank u ;)
ReplyDeleteweee....comey jer . . .next please ....ngeee
ReplyDeletesuke2...harap2 la shah jdi prince charming utk rafeeqa mlm ni..
ReplyDeletebest2 kak emy
ReplyDeletethank you emy!!!, i love you ! hehe
ReplyDeleteentry kali ni tak panas ati, lega. Tq Emy. Akak boleh tidur dengan aman
ReplyDeleteahay makin berdebar2 , tambah nek pah yang garang ah rafeqa, siap terkena terkam nek pah, laaa emy mcm mana cerita sexy yang terkena cium bontot dia, syah tak tahu ke? Tak marah ke? Haikal hilang macam tu je?
ReplyDeleteahay makin berdebar2 , tambah nek pah yang garang ah rafeqa, siap terkena terkam nek pah, laaa emy mcm mana cerita sexy yang terkena cium bontot dia, syah tak tahu ke? Tak marah ke? Haikal hilang macam tu je?
ReplyDeleteI lOve it..
ReplyDeleteHope Nek Pah akan sukakan Rafeeqa yg skrg..Thanks Emy coz N3 kali ni x buat saya berendam air mata..hati rasa berbunga2 aje baca.. ♥♥♥
ReplyDeleteshah tinggal2 je husna 2..
ReplyDeleteSuka suka suka... La la la, seb baek Shah tak buat hal dlm entry nie.
ReplyDeleteYanshi