AZWAN
bersandar di belakang kerusi. Tiba-tiba rasa bosan pula. Duduk semeja dengan
Shahrizal tapi Shahrizal macam berada di dunia sendiri. Tersengih-sengih.
Belek-belek telefon bimbit. Gelak sorang-sorang. Apa kes mamat ni?
“Nak makan tak ni? Kalau tak, aku blah.”
Shahrizal panggung kepala. Berdehem
dan mengatur duduk. Tak sedar dia syok sendiri walhal teman baiknya setia
menunggu dengan perut lapar. Mata menala pada kueh tiaw goreng special di depan mata. Aik?
“Sejak bila ada kat sini?” Shahrizal
tunjuk makanan di atas meja.
“Lima minit yang lalu.”
“Laaa...kenapa tak bagitau aku?”
“I’ve
been calling your names ten times tapi kau buat de’.” Geram Azwan. Malas kalau orang
angau macam Shahrizal. Setakat nak angau dengan Husna tu tak payahlah syok
sendiri.
Habis saja doa makan, kuew tiaw
goreng dihalap Azwan rakus. Lapar, bro!
“It’s
Rafeeqa. WhatsApp dengan aku, nak ajak Wechat
tapi aku tak nak.”
Uhuk! Uhuk! Azwan tercekik kuew tiaw
goreng. Say what?! Bulat matanya
memandang Shahrizal yang sudah ketawa besar.
“Ra..Ra,.Rafeeqa? Bini kau?”
Putus-putus ayat Azwan. Air limau ais dihirup rakus.
“Ada berapa orang Rafeeqa yang jadi
bini aku?” Shahrizal masih dengan sisa ketawa.
Ingat dia pandai syok sendiri dengan
Husna saja ke? Kalau Husna, hantar ayat-ayat jiwang. Tapi Rafeeqa?
‘Shah, pinggang saya sakit. Maybe salah tidur.’
‘Shah,
miss you sooo much. Can’t concentrate during the meeting’.
‘Shah,
ice-cream tonight? We share the same cup. Ngeee...’
‘Shah, weekend ni pergi night walk
nak? Only you and me.’
Setiap WhatsApp yang Rafeeqa hantar
buat Shahrizal tak kering gusi. That
bubbly and cheeky Rafeeqa! Hari ini dia tak menghantar dan mengambil Rafeeqa dari kerja.
Hari pertama bekerja, bersemangat Rafeeqa nak pakai kereta baru. Teruja tahap
gaban, semalam kemain berposing di depan
kereta gaya ala-ala Christina Aguilera. Siap tukar profile pic di Facbook lagi.
Rafeeqa...Rafeeqa...satu di dalam
sejuta kot perempuan macam ni...
“Jadi dah buat keputusan la ni kan?
Rafeeqa tetap di sisi, Husna tolak tepi.” Azwan tersengih.
Kan ku dah cakap. Mustahil Shahrizal
dapat lepaskan isteri macam Rafeeqa. Tang
mana cinta Shahrizal boleh goyah disebabkan oleh Husna, yang tu dia tak
faham.
Shahrizal tak menjawab. Selamba
menyuapkan makanan ke dalam mulut. Tak dapat komen banyak. Setakat ni, dalam
dia geram dengan Rafeeqa dia rasa bahagia setiap kali menghabiskan masa bersama
Rafeeqa. Di antara rasa tanggungjawab dan cinta pada isteri yang ada
tanda-tanda untuk memekar kembali, dia sendiri keliru.
Kot Rafeeqa sebenarnya masih
menganggap dia sebagai teman macam dulu. Hubungan intim mereka berdua, memang
tak pernah ada masalah. Masing-masing suka dibelai dan membelai. Tapi adakah
Rafeeqa merelakan semua itu atas rasa cinta dan hormat pada suami atau hanyalah
untuk memenuhi keinginan nafsu?
I
love you.
Saya sayang awak.
Nak dengar ayat-ayat cinta dari
bibir Rafeeqa? Tak payah beranganlah, bro!
Paling tak pun hanya setakat ‘I miss you’.
Lagi pula Rafeeqa macam tak sedih atau frust
menonggeng bila dia ada Husna. Hanya ketika pertama kali dia mengaku sudah
berpunya saja Rafeeqa pernah menangis. Selain dari itu memang tak adalah. Nak tanya Rafeeqa tentang hati dan perasaan,
susah sangat.
‘Why
the because’?
I have my own pride.
“Kau let go aje lah Husna tu, Shah. Kerja asyik nak leech kau, aku yang tak tahan.”
“She’s
not that kind la, bro. She’s a nice woman.”
“Nice
it seems.”
Bosan kadang-kadang Azwan nak buka
cerita tentang Husna ni dengan Shahrizal. Terang tang-tang Husna ni kerja dia cukur duit Shahrizal, tapi Shahrizal
tak percaya. Dulu minta benda kecik,
setakat kain baju kurung dan yang seangkatan. Sekarang dah naik standard, siap minta belikan perfume bagai, belum lagi masuk bab
Shahrizal tanggung semua bil telefon. Yang terbaru, minta belikan set ‘Black Pearl’ yang terkenal di Sabah.
Tak heran la kalau Husna minta
belikan rumah lepas ni.
Nak hentak kepala Shahrizal di
dinding sikit, bagi sedar dari cinta yang buta tak bertempat dia tu. Ada saja
‘modal’ Shahrizal untuk pertahankan Husna. Lantak kau la, Shah! Lepas ni jangan
nangis air mata darah kalau poket dah
kering.
“Kalau aku adalah kau, serius isteri
macam Rafeeqa tu aku tak...”
Telefon bimbit Shahrizal di atas
meja berbunyi. Senyum mereng macam
tu, sah Husna yang telefon! Azwan merengus, ayatnya tinggal separuh jalan.
Buat-buat pekakkan telinga saja bila Shahrizal seolah memujuk sang kekasih yang
merajuk di hujung sana.
Mengingati semula kisah zaman cinta
monyet, terselit sedikit rasa kecewa dengan diri sendiri di hati Azwan. Dia
kenal Rafeeqa dah lama. Keluarga saling mengenali, belajar satu sekolah dan
jarak rumah dari satu sama lain pula tak jauh. Kalau dah tahu Shahrizal ni
suami yang tak boleh diharap, patutnya dia mengaku di hati ada Rafeeqa, kot
Rafeeqa terima dia.
Wake
up, bro! Past is past, it is no more to be remembered.
“Dia cakap apa?” Azwan berbasa-basi
walhal sebenarnya ‘ada aku kisah’.
“Ajak keluar makan malam ni.”
Kekasih hati dah merajuk besar,
takkan Shahrizal nak biarkan saja. Nanti kalau meletup, dengan Azwan sekali pun
boleh kena tempias.
Azwan senyum sinis. Kalau dia, dia
buat tak kisah. Shahrizal dan Husna bukannya ada ikatan sah pun, boleh aje nak dump sebelum terlambat. Tapi Shahrizal
degil. Buta hati. Macam nak kena wachaaa...
RAFEEQA menekup mulut di dalam
kereta. Mata melihat di sebalik cermin pandang belakang dan cermin sisi. BMW
kat belakang tu. Macam mana nak handle?
Bila pemandu BMW keluar dari kereta, jantung Rafeeqa berubah rentak. Habislah
kali ni.
Tok! Tok!
Cermin kereta diturunkan Rafeeqa,
tersengih di sebalik cermin mata hitam yang dipakainya.
“Sorry...so
so sorryyyy...” Rafeeqa buat gaya ‘itchy’.
Dah desperado sangat takut kena
teriak di tepi jalan.
Berkesan okey! Muka pemilik BMW yag
tadinya tegang berubah 360 darjah, tersenyum sampai ke telinga. Boleh tahan!
Sempat Rafeeqa puji di dalam hati.
Keluar dari kereta, Rafeeqa terus
bergerak ke bahagian belakang kereta. OMGeee..my
Sexy! Belakang Yaris dah kemek sedikit. Dikerlingnya BMW biru tua, tercalar
sikit aje. Biarpun hanya tercalar sikit, tapi kalau tuan punya kereta minta spray satu kereta? Gila! Macam mana nak
minta duit dari Shahrizal?
Okey. Kalau ikut undang-undang jalan raya,
Rafeeqa tak salah apa-apa. Yang melanggar bontot
kereta yang bersalah. Tapi kalau ikut logik, Rafeeqa yang salah. Dah tahu
kereta banyak tapi nak juga pandu laju. Bila brek mengejut aje, kan dah kena ‘dum’dari belakang.
“Jadi macam mana sekarang?” Lelaki
tinggi lampai yang berkemeja biru berbelang putih itu memandang Rafeeqa dengan
pandangan redup dan tersenyum lebar.
Rafeeqa membalas senyuman. Apa
soalan tanya macam tu? Patutnya dia yang
dilanggar yang tanya. Cermin mata hitam disangkutkan di atas kepala. Sekali
imbas, tuan punya kereta ini tampak baik. Tak ada nak marah-marah.
“Errr...sorry...”
Lelaki ‘boleh tahan’ itu ketawa.
Lucu dengan tingkah Rafeeqa yang tayang muka innocent dan tak bersalah. Dia yang sepatutnya meminta maaf, dah
dia syok langgar dari belakang.
“Haikal.
And you?” Haikal perkenalkan diri. Soal kereta ditolak ke tepi sekejap.
“Damia..” Tak apa pinjam nama Damia
sekali sekala. Bukan nak perasan tapi ketara sangat gaya Haikal di hadapannya
ini macam nak mencuba nasib.
“Cantik nama. Macam tuan punya.”
Haikah kenyit mata.
Ceh,
bro! Di tepi jalan raya di depan Giant Hypermall pun sempat nak usha, dah tu pula jalan jadi jammed disebabkan mereka berdua.
“Kereta baru ni. Hari ni first day saya pakai.” Wajah Rafeeqa
mendung. Kasihan Sexy! Kalau Shahrizal tahu, mengamuk nanti La Tarzan tu.
“Sorry,
my bad pretty. Tak sempat nak brek, hence
I banged on yours. Erm..minta phone
number boleh tak? Saya tanggung semua nanti.” Haikal tak main tengking,
walau tadi dia rasa macam nak sembur kaw-kaw
pemandu kereta di hadapan.
“It’s
okay. Ni nak masuk workshop aje
kan? Tak ada prosedur yang complicated
sangat kan? Plus, this car is not under my name.” Resah juga Rafeeqa. Nama
pemilik belum ditukar lagi.
“Siapa punya kereta ni?”
“It’s
still under my husband’s name.”
“Oh!” Haikal menyimpul senyum,
tunduk sambil menggelengkan kepala.
Melepas lagi. Kira nak mencuba nasib tadi.
“Jangan risau, all will be fine. Ni pun first
time saya accident jugak. I
thought I hit on the right person, rupanya
dah ada suami.”
Rafeeqa tergelak. Cincin berlian
bermata satu di jari manisnya ditunjukkan pada Haikal. Sorry, mister! I’m married!
Berbincang dengan Haikal tak lama. Tak
payah takut la Haikal nak menipu ke tak. Dah nama pun bawa BMW, mana ada
kedekut nak menanggung semua kerosakan. Beberapa kali dia menghubungi
Shahrizal, panggilan masih tak berangkat. Rafeeqa hampa. Kira nak bagitau Shahrizal kejadian yang tak
disangka ini.
Rafeeqa
: Shah, are you there? Pick up the
phone. Ada benda penting nak bagitau awak.
Seminit
berlalu, WhatsApp Rafeeqa tak
berbalas. Ke mana Shah ni? Tengok status online
aje pun. Dahlah Haikal di depan ni macam tak pandai balik. Tak ada hal lah
kalau nak tinggalkan dia di tepi jalan sini, kejap aje pun. Lepas telefon
Shahrizal pandailah dia balik. Seksyen 13 Shah Alam ni banyak orang, sekarang pick hours.
Baru Rafeeqa melarikan pandangan
dari skrin telefon bimbit, kereta Infiniti M yang baru lalu buat Rafeeqa
terpana.
SH 111. Nombor plat yang dia sangat
kenal. Itu tarikh ulangtahun perkahwinan mereka berdua lebih lima tahun lalu.
Rafeeqa berpusing semula, menghadap Haikal yang bersandar di bonet kereta.
“Did
you talk to your husband?”
Rafeeqa tersenyum nipis dan
gelengkan kepala. Shahrizal tak jawab panggilan pun.
Shah...you
just broke my heart...
SAMSUNG S Note II di sebelah
berbunyi. Panjang tangan Rafeeqa mencapai. Panjang umur encik suami, tadi
terfikir di dalam otak mana perginya Shahrizal sampai dah pukul 9.30 malam pun
tak balik lagi.
Shahrizal
: Where about? Sorry didn’t reply you earlier. On the way balik sekarang ni.
Rafeeqa mencebik. WhatsApp yang dikirim berjam-jam yang
lalu, baru sekarang nak reply? ‘Advanced’
sungguh. Malas-malas dia membalas.
Rafeeqa
:
Kat umah. It’s okay. Drive safe.
Tak teruja pun hati nak menunggu
kepulangan Shahrizal. Hati remuk tak usah cakap, terpandangkan senyuman
Shahrizal dan betapa manjanya Husna di dalam kereta petang tadi serius dia rasa
nak muntah. Laaa..tak payah lah buat gaya patah hati kalau dah dari awal lagi
memang dah tahu dia sudah di tangga kedua, Husna tetap yang pertama.
“I’m
home.”
Rafeeqa terkejut sedikit. Lajunya
balik, bunyi kereta dia langsung tak dengar.
“Hi.”
Muka Rafeeqa mono sajaa. Tak ada mood nak
excited lebih-lebih.
Shahrizal labuhkan punggung di
sebelah Rafeeqa. Elok dia bersandar di belakang kerusi, tali leher dilonggarkan
sedikit. Toleh di sebelah, mata Rafeeqa tak lari dari skrin tv. Dalam letih
begini, menatap wajah Rafeeqa yang cantik boleh buat letih hilang.
Nak harapkan Rafeeqa mencapai
tangannya dan mencium penuh hormat? Shahrizal tersenyum nipis. Benda begini
takkan terjadi. Rafeeqa tak reti semua ini. Jangankan nak mencium tangan suami,
bagi salam pun Rafeeqa tak pernah. Dulu dia ajar dan bimbing Rafeeqa, tapi
isteri tak ambil kisah. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
“Apa yang awak nak bagitau? Sorry, tadi tak sedar awak telefon.
Busy sangat so I didn’t get to return your call.” Shahrizal masih menatap wajah
Rafeeqa.
“Tak ada apa pun. Cuma nak bagitau awak yang saya nak balik kerja.”
Rafeeqa buat-buat tak tahu.
Ni bukan sekali dua Shahrizal
berbohong. Cakap ajelah terus-terang, supaya sakit hati tu taklah seteruk sakit
hati ditipu. Malas dah nak buka cerita kereta kena ‘cium’ dari belakang. Bila
Rafeeqa toleh di sisi, mata Shahrizal merenungnya lembut. Faham dengan maksud
renungan suami, Rafeeqa berdehem. Berpura-pura mengatur kemas fringe rambut yang dipotong cantik.
“Mummy telefon tadi, kata ada
makan-makan kat rumah hujung minggu ni. Kita pergi, ya? Kak Sha pun ada
sekali.” Rafeeqa tayang senyuman lebar bagi menutup rasa gelabah di hati.
Renungan Shahrizal buat dia makin tak keruan.
“Hmmm..” Muka Shahrizal semakin
dekat.
“It’s
kinda potluck, Mummy nak merasa masakan anak menantu.” Rentak jantung
Rafeeqa dah semakin laju.
“Hmmm...”
“Mummy kata dia rindu kita.”
“Hmmm..”
“Mummy kata....”
Tak habis ayat Rafeeqa bila bibir
Shahrizal bertaut dengan bibirnya. Sentuhan halus dari suami buat Rafeeqa lupa
rajuk dan marah yang menguasai diri sejak petang tadi. Membelai dan dibelai.
Adakah masing-masing hanya ingin memenuhi dua perkara itu tanpa rasa cinta?
Rafeeqa tersenyum di dalam belaian.
Dia rela kerana rasa dibelai dan membelai itu dipenuhi dengan rasa cinta dan
sayang pada suami.
Regardless
you feel the same or vice versa, my love is in the air dear Shah!
“Cari
masa yang sesuai, kita pergi bercuti,” Shahrizal berbisik perlahan ke telinga
Rafeeqa.
Say
what?! Yippie! Hati Rafeeqa bersorak riang.
p/s : Kalau tak ada aral melintang, kita peluk JBC soon ya dearies *cross fingers. JBC akan stop soon, hence don't be sad and silalah rindu-rinduan ya till we meet them :) And for the support all the while regardless yang dah lama atau yg baru kenal emy, thank u so much dearies! Bug me anytime kat inbox atau email, I might be late in replying but I will surely reply :) Last but not least, I love you all and big hug everyone! Have a good rest and good night :)
Sure do..ckupla utk bln ni
ReplyDeletePeluk bulan dpn??? Ohhhh shah ko mmg kan. Blik dr jumpa awek main wayang ngn bini plak. Moga pcutian nnti bkl ubah shah si kasanova....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletenext month? oh yeah!!
ReplyDeletepergh..panas nya hati akak baca e3 ni... masih lagi main kayu 3 dan kecurangan nya makin menjadi jadi.. apa salahnya kalau cakap ngan feeqa ai berongeng ngan Husna tadi... dan sudah jelas ai dengan U hanya memenuhi tanggung jawab..sebagai suami .. alahai feeqa pls wake up from yr dreams hoping that yr hubby will wake up from his angau..looks like ..ur r d one will get seriously hurt in d end... Feeqa ..feeqa..dah tahu..kini..u dah jatuh no. 2 dan dah tak penting lagi buat dirinya..mengapa masih setia.. nak we all ramai ramai kasi takzirah kat U ke.. akak ingat Haikal tu akan usha lebih tapi..hampas.. ye la..bini org kan..akan nak berlebih lebih pulak..ye dak..
ReplyDeleteTapi seriously ..bila nak sedar dan sayangkan diri sendiri.. cuba test ..buat pura pura ada affair dengan org lain..tgk.. reaksi hubby sengal tu.. kalau tidak ada reaksi..akak rasa sudah sampai masanya..untuk melepaskan impian utk hidup bersama kerana kenyataan mmg menyakitkan..hey girl..he is not d only living soul in this world..chill la... cari lain...
erm... emy, sedihnya... kesia fiqa.. husna 2 mmg layak la bagi penampor jer terus
ReplyDeletetahniah emy, citer yg sntiasa di tunggu
Q: novel yg diterbitkn nanti blh ka beli dkat kedai buku
syah, hiiish lelaki macam ni la ,di luar nak kat husna, dalam rumah pun nak belai feqa, ish benci benci benci ngan syah, ,emy watak husna hidupkan lah biar lebih berwarna,
ReplyDeleteArghhh.. i hate shah ! Grrrr ><
ReplyDeleteLuv u tooo....
ReplyDeleteOoo..under IKP ke? Kembar dgn kak sofi?
soon yea..soo can't wait to hold the book!
ReplyDeleteyay!! can't wait to hold it!!
ReplyDeleteyes.. emy nak watak husna tu lebih menyerlah..bukan hanya tunggu and terima jer apa yang terjadi. watak feeqa tu perlu banyak expressive untuk membuktikan kita ni kuat. lagipun kumbang bukan sekuntum.
ReplyDeleteyeaaaa..boleh peluk beliau!!xlama lagi tu bilekah???hee
ReplyDeletewhy do I feel Feeqa is not going to get a good news during their holiday?
ReplyDeletewhy do I have the feeling Feeqa will get bad news from Syah during their holiday?
ReplyDeletex sabar tunggu bulan depan.
ReplyDeletehuhu.. benci ar shahrizal ni...
ReplyDeletewah..x sabar nak baca full story ♥
ReplyDeletekau denganya seakan ku tak tau, jujurlah sayang aku tak mengapa, biar semua jelas tak berbeda,jika nanti aku yang harus pergi ku terima walau sakit hati, , , by republik
ReplyDelete"SANDIWARA CINTA"......nani comel ♥♥♥
ReplyDeletetau tak syah husna bukan muhrim awak, yang awak pegang lengan dia apasal,? Hiskh nak ketuk kepala syahrizal biar sedar diri. Kasian kat rafeqa,seperti tempat menyalurkan nafsu syah saja. Emy, , nak lagi, sambung n3 seterusnya ya
ReplyDeleteSoon..... Wah tak sabar plak rasanya..... Terima kasih Emy.
ReplyDeleteEmy dah buat nobel ke cerpen ni ?
ReplyDelete