HUSNA menyuapkan aiskrim ke dalam mulut. Dipandangnya sang
kekasih di depan mata, hati dihiasi rama-rama. Namun bila dipandangnya Azwan di
sebelah kekasih hati, rama-rama terbang lari.
Tiang traffic light.
Tiang lampu.
Padan untuk menggambarkan Azwan yang tiba-tiba muncul di
dalam sesi ‘dating’ dia dan
Shahrizal. Niat mengajak Shahrizal makan aiskrim Tutti Frutti sebab nak main
suap-suap. Tapi kalau dah ada tiang lampau aka tiang traffic light pun menyibuk sekali, suap diri sendiri ajelah
jadinya.
“Shah...”
“Nak lagi ke?”
Husna geleng kepala dan tersengih. Suka sangat kalau
Shahrizal beri perhatian lebih begini. Walaupun setiap hari berjumpa, tapi
perasaan rindu tak pernah terlerai. Padan sangatlah Shahrizal ajak berkahwin,
boleh berkepit 24 jam.
Kita kahwin cepat. Itu kata Shahrizal. Tapi itu rancangan
dulu, masa isteri Shahrizal belum balik ke Malaysia lagi. Sekarang? Shahrizal
kata tangguhkan dulu, biar hal rumahtangga settle
cara baik. Settle cara baik okey
lagi, tapi jangan sampai jatuh hati semula pada isteri yang Shahrizal.
“Shah..”
“Hmm..” Shahrizal angkat muka. Sempat hujung bibir Husna
dilap dengan tisu, makan aiskrim pun macam budak kecil.
Azwan di sebelah rasa meluat. Dah ada isteri tapi lovey dovey dengan perempuan lain apa cerita,
bro?
“Husna nak perfume Elizabeth
Arden, yang limited edition punya. 5th Avenue NYC.”
Shahrizal tersenyum. Baki aiskrim dihabiskan dan
bersandar pada belakang kerusi.
“As you wish,
dear.”
Ceh! Azwan rasa macam nak muntah
hijau. Dengan Husna bukan main sedap
mulut, panggilan ‘Shah’ dan ‘Husna’. Tak pun ‘dear’ atau ‘sayang’. Dengan Rafeeqa setakat ‘awak’ dan ‘saya’. Shahrizal
ni dah mabuk laut kot sampai angau sangat dengan Husna. Ni sekarang
terang-terang Husna tengah ‘hisap’ duit sikit pun Shahrizal tak sedar.
Tak padan berbaju kurung dan berselendang
di kepala. Selendang main belit-belit macam bungkus nasi lemak mana manis.
Lainlah kalau lilit elok-elok macam tudung bawal ke. Lagi satu, gaya Husna yang
manja sangatlah tak bertempat. Sengaja panggil Shahrizal dengan lenggok
suara yang dibuat-buat, geli Azwan.
Entah apalah yang baiknya Husna di
mata Shahrizal...
“Bro,
jangan lupa nanti Fika minta ambilkan dekat Alamanda.”
Potong stim?
You
don’t say!
Memang pun. Sengaja Azwan
mengingatkan Shahrizal tentang plan yang
sepatutnya petang nanti. Jangan pula nak melencong temankan Husna pergi cari perfume apa entah.
Shahrizal tersedak air liur sendiri.
Muka Husna bertukar cemberut.
“At
what time?” Shahrizal toleh Azwan di sebelah. Buat-buat lupa.
“Around
6, after your working hours. In fact, dia ajak kau dinner sekali. Tak ingat ke?”
Azwan buat tak layan bila Husna di
depan bagi pandangan maut. Lantaklah, dia jadi tiang lampu ni pun sebab sengaja
nak mengganggu temujanji Shahrizal dan Husna. Apalah sangat kesalahan dia yang
setakat mengganggu pasangan kekasih, berbanding Husna yang mengganggu pasangan
suami isteri.
“Shah, dia masih contact Shah lagi ke?” Husna mengelap
mulut dengan tisu.
Tak banyak yang dia tahu tentang
isteri Shahrizal sebenarnya. Setakat tahu nama dan tempat belajar, itu saja.
Tinggal kat mana, tengah buat apa sekarang. Semua tu dia tak pernah tanya.
“Masih. So-so.”
Shahrizal terpaksa menipu. Husna tak
tahu yang dia dan Rafeeqa masih tinggal sebumbung. Pelan-pelan, ada masa yang
sesuai nanti dia akan terangkan pada Husna.
Azwan di sebelah tersenyum sinis.
Pandai buat pandailah cover. Dah
beribu kali dia ingatkan supaya jangan main kayu tiga, tapi Shahrizal tak
dengar. Jangan lidah berbelit sebab terpaksa bagi alasan yang berbelit-belit
sudah.
Dia kasihankan Rafeeqa. Ikut logik,
isteri mana yang masih cool macam
Rafeeqa kalau suami nak ceraikan dan ada pengganti baru? Bukan cerai-berai tu
perkara baik pun. Dari luaran, gaya Rafeeqa tampak ‘I will survive!’ tapi di dalam hati Rafeeqa kut sebenarnya ‘I’m so wanna die’.
Shahrizal patutnya fikirkan semula.
Selama ni elok aje rumahtangga dia dan Rafeeqa tapi bila Husna muncul, Rafeeqa
ditolak tepi. Kalau nak disenaraikan segala salah Rafeeqa yang lama, tak adalah
seteruk mana pun. Lagipun Rafeeqa masih mentah, biasalah tu bila perangai
sesekali macam keluar tanduk di kepala. Pula, Rafeeqa pergi jauh untuk belajar.
Bukannya nak bertapa untuk transform
jadi Lady Gaga. Dan yang sebetulnya, Shahrizal patut bimbing Rafeeqa supaya
menjadi isteri yang baik dan diingini, bukannya main cerai-berai.
“Wan.”
Lamunan Azwan terhenti, Shahrizal
memandangnya dengan dahi berkerut.
“Dengar tak ni?”
“Apa dia?”
“Kau balik pejabat sendiri, nah
kunci kereta. Aku temankan Husna cari perfume
kejap.”
“Bro,
dah dekat jam 5 ni. Fika minta ambikkan
dan dinner sekali, remember?” Azwan mengingatkan sekali
lagi.
“Kalau tak sempat, kau temankan
Rafeeqa.”
Bahu Azwan ditepuk Shahrizal
perlahan. Selamba saja meninggalkan teman baiknya di Tutti Frutti. Azwan
melepaskan keluhan. Kunci kereta Shahrizal dipandang kosong. Macam tak ada guna
saja dia jadi tiang lampu hari ini, rancangan Shahrizal dan Husna tetap
‘jalan’. Lagi sakit hati bila Husna tayang senyuman sinis. Kalau dah Shahrizal
berpesan begitu, bermaksud soal mengambil Rafeeqa diserahkan 100% padanya.
Laju Azwan menghantar WhatsApp ke nombor Rafeeqa.
Azwan : Fika, where are you at? Alamanda ke?
Rafeeqa : Yup. Why? Nak join kami dinner? Boleh aje.
Azwan terdiam. Kasihan pada Rafeeqa.
Dalam keadaan serba salah, terpaksa juga dia berterus-terang.
Azwan : Shah busy, I will come and fetch you.
Rafeeqa : La..ye ke? Okay. Will wait for you then.
Lama Azwan merenung skrin telefon. Okey
Rafeeqa tu sebenarnya tak okey. Dalam otak masih ligat berfikir macam mana nak
membantu menyelamatkan rumahtangga Shahrizal dan Rafeeqa. Kalaulah dia tahu
Shahrizal akan beralih cinta seperti sekarang, serius dia takkan mengundur diri
dulu.
Alahai...benda lama buat apa
dikenang. Dah memang dia dan Rafeeqa tak ada jodoh, nak buat macam mana.
SHAHRIZAL kerling di sisi. Husna
tayang muka merajuk. Pandang dia pun tak, dari tadi berpaling menghadap cermin
tingkap.
“Tak habis lagi dengan mogok?”
Husna tak menjawab. Shahrizal
sembunyi senyum. Pedal minyak ditekan bila lampu isyarat berwarna merah
bertukar hijau. Husna merajuk sebab dia tak nak buka mulut berbincang tentang
Rafeeqa. Hal di antara dia dengan Rafeeqa, tak payahlah nak libatkan Husna
sekali tapi kadang-kadang sesak juga bila Husna asyik nak bertanyakan hal yang
sama.
Rafeeqa tinggal di mana sekarang?
Bila nak ceraikan dia?
Parents
dah tahu ke?
Hal macam tu Husna tak payah tahu.
Nanti pandai-pandailah dia uruskan sendiri dengan keluarga mereka berdua. Yang
penting, Rafeeqa dah tahu penghujung rumahtangga yang tinggal nak menanti belah
saja lagi.
“Husna.”
Husna masih tak menjawab. Bila
tangannya dicapai Shahrizal, ditolaknya perlahan. Kalau Shahrizal pujuk mesti
dia cair, tak nak lah cair cepat sangat sedangkan baru tak lama mana pun dia
merajuk.
“Shah tak sayang Husna.”
Kalau Shahrizal sayang, mesti
Shahrizal ikut semua apa yang dia cakapkan. Berterus-terang dengan keluarga
Rafeeqa. Ceraikan Rafeeqa. Kahwin dengan dia. Habis cerita. Ni tak, Shahrizal
main tangguh. Nak tangguhnya sampai bila?
Dia dan Shahrizal sama umur, 29
tahun. Tapi dia perempuan, Shahrizal lelaki. Untuk lelaki kalau solo sampai
lebih 30 tahun pun ‘no hal’ kata
orang, masih umph. Kalau yang dah
macam dia, orang tua kata andartu nanti. Mak dan ayah pula dah bising sebab
masih berkepit dengan Shahrizal tapi masih tak masuk meminang lagi. Setakat
jumpa ayah cakap ‘Pakcik, saya nak kahwin dengan Husna’ mana cukup. Ayah nak
ikut adat, uruskan satu persatu.
“Laa..bukan macam tu.” Shahrizal
kerling sekilas Husna di sebelah.
“Bagi Shah masa dulu. Takkan nak
nikah kat sempadan,” sambung Shahrizal. Saja nak buat lawak.
“Hish!” Husna hentak kaki gaya
budak-budak tak dapat coklat.
Shahrizal tergelak kecil. Lengan
Husna dicapai lagi, kali ini Husna biarkan saja. Hati dah cair dengan sentuhan
lembut sang kekasih.
“Do
you love me?” Husna pandang Shahrizal di sebelah.
“I
do.”
“Really
love me?”
“Really
do.”
Kembang semangkuk Husna bila soalannya
dijawab dengan jawapan yang memang dia sedia tahu. Pandangannya dihalakan ke
hadapan. Genggaman tangan Shahrizal dibalas.
“I
love you too.”
Ya, dia sayangkan Shahrizal lebih
daripada nyawanya sendiri. Bunyi macam ‘over’
tapi memang hati dah terpaut lama dengan Shahrizal Hayrat. Siapa yang tuduh dia
perampas memang tak logik. Dia dan Shahrizal sama-sama jatuh cinta bila
rumahtangga Shahrizal dah goyah. Lagipun, penyebab utama rumahtangga Shahrizal
goyah adalah bukan dia tapi isteri Shahrizal sendiri...nama apa? Rafeeqa Huda.
Lepas ni jangan salahkan dia pulak, salah Rafeeqa sendiri sebab tak
pandai jaga hati suami. Andai dia Rafeeqa, dia sayang dan cinta sepenuh hati
lelaki macam Shahrizal ni. Mana nak cari yang ‘perfecto’ macam Shahrizal? Tenung mata Shahrizal pun dah buat hati
cair, belum lagi dengan senyuman ‘power’
yang sah buat hati dia jatuh bergolek.
“Dia tahu Shah dah ada Husna kan?”
“Hmm..”
“Ha, kalau gitu lagi senang hal Shah dengan dia settle. Rasanya dia takkan terasa, dia tak sayang Shah pun macam
Husna sayang Shah.”
Shahrizal terdiam, tersentak
sedikit. Yang sebetulnya, dia sendiri tak pasti hati dan perasaan Rafeeqa.
Dialog ‘I love you’ memang tak pernah
terpacul di bibir Rafeeqa, perasaan isteri susah untuk ditebak.
Dia sayang kau, Shah?
Tak kot.
Jadi kenapa dia sedih bila kau nak
kahwin lain?
Entah.
Dia sayang kau lah tu...
Damn!
Shahrizal dah naik serabut bila
fikiran dan hati berperang sesama sendiri. Ya, kalau dari luaran dan tingkah
laku memang Rafeeqa tampak macam tak kisah. Kalau dia nak berpisah hari ni juga
pasti Rafeeqa main angguk kepala dengan muka diva. Tapi dalam hati Rafeeqa tak
ada siapa yang tahu. Kot Rafeeqa sedih? Kot Rafeeqa patah hati? Kot Rafeeqa
bawa diri?
RAFFEQA menyuapkan fries ke dalam mulut. Niat nak makan
malam dengan Shahrizal di Chilli’s terbatal. Bila Azwan yang datang, dia minta
singgah di Burger King. Pesan Whopper Jr dengan fries, tapau balik rumah. Takkan nak duduk melepak dengan Azwan di
Burger King, tak padan dah jadi isteri orang tapi duduk berdua dengan lelaki
lain.
Jam yang berbentuk aiskrim di
dinding dapur dikerling Rafeeqa sekilas. Dah pukul 10 malam, bayang-bayang
Shahrizal masih muncul lagi. Bercanda ria dengan Husna mana nak ingat orang
rumah macam dia ni.
Tak sedar keluhan lemah terkeluar
dari bibir Rafeeqa. Burger yang masih tak bersentuh dibiarkan saja di atas
meja, dah tak lalu nak makan. Ada suami tapi ‘forever alone’, makan malam sorang-sorang. Ikutkan hati memang dia
rasa nak menangis tapi dia sedaya upaya menahan gelodak hati.
Dia kan Rafeeqa yang diva!
Kembali ke ruang tamu, Rafeeqa
berbaring di atas sofa sambil menatap siling. Tertanya-tanya di dalam hati
sendiri, masih adakah peluang untuk dia dan Shahrizal berbaik semula? Yang dia
nampak harapan memang tak ada. Lagi satu, macam mana nak maklumkan pada kedua
orang tua mereka berdua nanti? Mahu tak meletup Papa dengan Daddy. Mama dan
Mummy pasti kecewa sampai lebam mata sebab menangis.
Bila ditanya pada Azwan petang tadi
tentang Shahrizal dan Husna, tak banyak yang Azwan ceritakan padanya. Husna dan
Shahrizal kerja di dalam satu bangunan yang sama. Minat sama minat. Suka sama
suka. Declared jadi BFGF (Boyfriend Girlfriend). Patutlah
dia dibuang ke tepi. Shahrizal lebih bahagia melayari alam BFGF bersama Husna
berbanding alam ‘hubby wifey’ bersama
dia.
Baru mata mahu terlelap, Rafeeqa
sedikit terkejut bila pintu utama dibuka. Shahrizal muncul dengan senyuman lebar.
Rafeeqa sekadar mengangkat kepala sedikit, membalas dengan senyuman nipis dan merebahkan
semula kepala di atas sofa. Senyum lebar-lebar tu bukan untuk dia, tapi sebab
hati Shahrizal gembira dapat bermadu kasih dengan Husna sampai ke tengah malam
tanpa gangguan daripadanya. Nak ‘calling-calling’
bertanya Shahrizal di mana bla bla bla
tak payahlah, sendiri kena faham.
“Tadi makan dengan Azwan kat mana?”
Kaki Rafeeqa yang berlunjur ditolak Shahrizal sedikit. Elok dia labuhkan
punggung di situ walhal sofa di sebelah kosong.
“Tak makan dengan dia pun, take away je. Tak ada selera. Sore throat.” Tanya soalan macam tak
kisah isteri keluar dengan sesiapa pun.
Shahrizal menoleh. Muka Rafeeqa
tampak macam tak ada perasaan tapi nada suara tu macam patah hati. Rasa
bersalah memang ada tapi Shahrizal biarkan saja.
“Sorry.
Saya ada hal tadi. Ada...”
“It’s
okay. Ni, saya ada hal nak bagitau
ni.” Ayat Shahrizal dipintas Rafeeqa.
Dari berbaring, Rafeeqa bangun dan duduk
dengan kaki berlipat menghadap Shahrizal. Malas nak dengar Shahrizal mereka-reka
cerita kata sibuk dengan kerja, macam dia tak tahu encik suami bercanda ria.
“Wait.
Wait. Makan apa sampai sore throat?
Chocolate overload?”
Rafeeqa tersengih, buat-buat
terbatuk. Sore throat apanya, dia
main kelentong sebab nak potong ayat Shahrizal.
“Esok saya ada interview.”
Mata mereka berdua bertaupan.
Shahrizal tenang mendengar, menanti ayat seterusnya. Lima saat berlalu, Rafeeqa
masih belum menyambung kata.
“Rafeeqa.”
Rafeeqa berdehem, buat-buat sore thorat lagi. Bab nak temuduga di
mana ni payah nak bagitau, kang
Shahrizal angin.
“Kat office Uncle Jay.”
“What?!
No. No. No.”
Dah ku agak. Kan dah meletup dah
gunung berapi Shahrizal. Pantang dengar nama Uncle Jay dan Irwan encik La
Tarzan ni. Rafeeqa pandang saja wajah tegang Shahrizal yang bersandar di sofa.
“Nak interview sana buat apa? Macamlah Papa tak ada syarikat sendiri.”
Shahrizal merengus.
“Saya dah janji dengan Uncle Jay,
Shah. Tolong dia kejap sementara tunggu Ila balik.” Rafeeqa bernada memujuk.
Dah lama dah pun berjanji dengan Uncle Jay sebab adik Irwan tak habis belajar
lagi.
“Janji boleh dichapatilah, Rafeeqa.
Cakap aje dengan Uncle Jay yang awak tak nak, dia okey punya.”
Rafeeqa mengeluh. Payah nak
berbincang dengan Shahrizal kalau dah marah macam ni. Shahrizal kan dah tak
sayangkan dia lagi, buat apa nak gelabah kalau dia bekerja di bawah satu
bumbung dengan Irwan sekalipun.
Cemburu?
Masih sayang?
Jangan berangan, Rafeeqa!
Hujung bantal dipintal-pintal
Rafeeqa dengan jemari runcingnya. Sesekali menjeling Shahrizal yang tayang muka
singa di sebelah.
“Habis tu degree saya nak buat apa? Buat bungkus nasi lemak?” Perlahan suara
Rafeeqa.
“Rafeeqa.”
Haish! Memang tak ada chan kalau muka singa Shahrizal berubah
jadi muka Hulk berwarna hijau.
“Dengar, Rafeeqa. Bagitau Uncle Jay
awak ubah fikiran. Janji ke tak itu belakang kira. Macam tak ada tempat lain
nak kerja. Susah-susah, kerja aje tempat saya.”
“Tapi janji tu, Shah. Tak manis
kalau saya mungkir janji.”
“Just
screw it, Rafeeqa. Promise is just a promise, it shall not be fulfilled if you
can’t make it.”
Rafeeqa terdiam. Mudah Shahrizal
mengambil ringan, seolah-olah janji hanyalah ayat yang boleh ditarik balik begitu
saja sedangkan harapan sudah diberikan pada pihak yang lagi satu.
Rafeeqa tatap wajah Shahrizal lama.
Kalau dulu Shahrizal penyabar orangnya, kini tidak lagi. Sikit-sikit nak
melenting, sikit-sikit nak marah.
Manusia berubah, Rafeeqa! Same goes to your dear hubby.
“Janji tak semestinya ditepati pun.”
Suara Shahrizal kendur bila wajah
Rafeeqa dilihatnya berubah mendung. Tak sengaja meninggikan suara tadi tapi
serius dia tak setuju dengan idea Rafeeqa nak bekerja dengan Uncle Jay. Duduk
lima tahun di Sunderland dengan Irwan pun tak puas lagi ke?
Rafeeqa tunduk. Mendalam maksud ayat
Shahrizal tu. Secara tak langsung buat hati Rafeeqa terguris dalam diam.
“Bagi awak semua janji tak perlu
ditepati ke?”
“Depends.”
“Macam mana dengan janji suci yang
awak lafazkan masa akad nikah kita dulu? Tak perlu ditepati jugak ke?”
Giliran Shahrizal pula terdiam.
Rafeeqa tersenyum nipis.
“I
guess I know the answer, Shah.”
Hati Rafeeqa hancur berderai.
Shahrizal tergamam.
p/s : Weekend mode is on dearies! Enjoy ur moments with your loved ones ya. So sorry emy masih tak reply comments, masa masih cemburu :( And dearies, never stop reading my pieces ya walaupun emy tahu banyak yang dah allergik dengan most of my endings :p Love you all loads! <3
emy...akak tunggu versi cetak,cpt cikit ye
ReplyDeleteSedeyyyyyyy..... Shahrizal ko mmg kejam sob sob sob.
ReplyDeletesedih la plak...husna tu mcm jahat je
ReplyDeleteEmy tiz is my 3rd reading jbc i like fika n shah pair
Deleteterasa macam nak nanges
ReplyDeletesob sob.. no, x pernah jemu lagi emy. :)
ReplyDeleteSedih...tp tabahnya dia....
ReplyDelete*crying*
ReplyDeleterasa nk nagis gak :( apa lah shah nie~~ husna tuh gak yg dia nk
ReplyDeleteakak suka masa feeqa tanya mamat sengal tu pasai janji..akad nikah yg perlukah dikotakan ..ambik ko..macam nak high 5 ngan feeqa pulak...kena sebijik...sudah sudahlah nak mengatur hidup feea sekarang..sedangkan dia sendiri telah memungkiri banyak janji janji nya ngan feeqa..tetapi feeqa cool saja...bagi akak ..biarlah feeqa pergi dari hidupnya..kalau dirinya feeqa kini mmg tidak diperlukan lagi..kalau dia hanya melihat Husna...bagi akak feeqa just go and buat apa yg you hendak..bukan you nak memikat si Irwan tu pun..hanya berkerja..mencari pengalaman dan knowledge..lagi pun hubby you kan nak ceraikan you..jadi perlulah you buat sesuatu untuk diri you dari mengharap suami awak yg tidak berguna tu..there a lot more men out there yg better off dari suami poyo you tu..akak rasa you mesti move on...bukan dia sahaja lelaki yg ada didunia ini..belajarlah untuk melupai suami awak yg tidak berguna tu..kerana dalam hati dia mmg tiada diri awak lagi...
ReplyDeletelike :)
Deletesalam cik ida...kite high 5 ngan cik ida...tu la, bila kat ujung tu, i was, like...chet shah! wats wrong with u bro! nak lepas, lepas laa...jgn la nak buat caring-mering lak dah...all d way sokong fika kat sini coz buat tamparan-invisible kat si poyo tu...wuld really like to see fika move on with her OWN life...alahai cik emy...u buat i emo lak.....BEST DEAR!!!
Deletekak emy
ReplyDeletebla lar nk publish nie??
dah x sbar2 nie
saluut dngan fika, umur pun msh 23 ye fiqa,tp kedewasa an dia,patut di acungi jempol! ! Ha ah betul fiqa tak payah dengar syah kmplen fiqa kena kerja tau tak , sebab takut bila2 masa syah, file kan talak, n syah jangan pula awak menyesal pabila aswan masuk line ,
ReplyDeletesedey!!!!!!!!!! meleleh air mata baca n3 kali ni.....huhuhu.....cpt sambung.......
ReplyDeleteBAGUS SAYA SOKONG AKAK IDA....
ReplyDeleteKak Emy..I like to read this story damn much..x sabar tahu kesudahan...tolonglah "happy ending" kan cerita ni..x sanggup nak rasa kesedihan hati Rafeeqa dah..
ReplyDeletejika cinta fiqa dibenci oleh shah...jadi fiqa mesti lpskan shah.tak guna bersama dgn org yg x mghargai mcm shah tu.
ReplyDeletehuhu..hopefully ending kali ni terbaik punyer... shahrizal ngan rafeeqa.. no husna
ReplyDeletehusna dah tua bangka berbanding rafeqa,tapi perangai rafeqa lg dewasa! ! ! Nak tau macam mana la ye pabila dia oradmg bertemu,adakah husna menyindir feqa,atau sebaliknya sebap,biasa lah kalau calon istri ke 2 ni,berlagak sikit,tp feqa diva muda & bergetah pula tu ,terima kah pabila di hentam ngan husna tu! Aaaakh nak cepat2 sambung cik emy.
ReplyDeleteSob sob sob...... Shah memang tak patut. Feeqa jgn cepat mengalah. Perbaiki khilaf lampau semampu mungkin. Andai tak boleh juga. Ingatla In Sha Allah kerana niat yg suci Feeqa bertemu kebahagiaan jua....... Emy... no worries. Sy suka semua citer awak. Sad ending kadangkala menyedarkan kita tentang realiti kehidupan. Cuma... ramai pembaca suka dibuai kepada keindahan dan penghujung yang manis. Thumbs up.
ReplyDelete