Friday, October 11, 2013

Jangan Benci Cintaku (JBC) 6



            HUSNA menyuapkan aiskrim ke dalam mulut. Dipandangnya sang kekasih di depan mata, hati dihiasi rama-rama. Namun bila dipandangnya Azwan di sebelah kekasih hati, rama-rama terbang lari.

            Tiang traffic light.

            Tiang lampu.

            Padan untuk menggambarkan Azwan yang tiba-tiba muncul di dalam sesi ‘dating’ dia dan Shahrizal. Niat mengajak Shahrizal makan aiskrim Tutti Frutti sebab nak main suap-suap. Tapi kalau dah ada tiang lampau aka tiang traffic light pun menyibuk sekali, suap diri sendiri ajelah jadinya.

            “Shah...”

            “Nak lagi ke?”

            Husna geleng kepala dan tersengih. Suka sangat kalau Shahrizal beri perhatian lebih begini. Walaupun setiap hari berjumpa, tapi perasaan rindu tak pernah terlerai. Padan sangatlah Shahrizal ajak berkahwin, boleh berkepit 24 jam.

            Kita kahwin cepat. Itu kata Shahrizal. Tapi itu rancangan dulu, masa isteri Shahrizal belum balik ke Malaysia lagi. Sekarang? Shahrizal kata tangguhkan dulu, biar hal rumahtangga settle cara baik. Settle cara baik okey lagi, tapi jangan sampai jatuh hati semula pada isteri yang Shahrizal.

            “Shah..”

            “Hmm..” Shahrizal angkat muka. Sempat hujung bibir Husna dilap dengan tisu, makan aiskrim pun macam budak kecil.

            Azwan di sebelah rasa meluat. Dah ada isteri tapi lovey dovey dengan perempuan lain apa cerita, bro?

            “Husna nak perfume Elizabeth Arden, yang limited edition punya. 5th Avenue NYC.”

            Shahrizal tersenyum. Baki aiskrim dihabiskan dan bersandar pada belakang kerusi.

            “As you wish, dear.”

            Ceh! Azwan rasa macam nak muntah hijau.  Dengan Husna bukan main sedap mulut, panggilan ‘Shah’ dan ‘Husna’. Tak pun ‘dear’ atau ‘sayang’. Dengan Rafeeqa setakat ‘awak’ dan ‘saya’. Shahrizal ni dah mabuk laut kot sampai angau sangat dengan Husna. Ni sekarang terang-terang Husna tengah ‘hisap’ duit sikit pun Shahrizal tak sedar.

            Tak padan berbaju kurung dan berselendang di kepala. Selendang main belit-belit macam bungkus nasi lemak mana manis. Lainlah kalau lilit elok-elok macam tudung bawal ke. Lagi satu, gaya Husna yang manja sangatlah tak bertempat. Sengaja panggil Shahrizal dengan lenggok suara  yang dibuat-buat, geli Azwan.

            Entah apalah yang baiknya Husna di mata Shahrizal...

            “Bro, jangan lupa nanti Fika minta ambilkan dekat Alamanda.”

            Potong stim?

            You don’t say!

            Memang pun. Sengaja Azwan mengingatkan Shahrizal tentang plan yang sepatutnya petang nanti. Jangan pula nak melencong temankan Husna pergi cari perfume apa entah.

            Shahrizal tersedak air liur sendiri.

            Muka Husna bertukar cemberut.

            “At what time?” Shahrizal toleh Azwan di sebelah. Buat-buat lupa.

            “Around 6, after your working hours. In fact, dia ajak kau dinner sekali. Tak ingat ke?”

            Azwan buat tak layan bila Husna di depan bagi pandangan maut. Lantaklah, dia jadi tiang lampu ni pun sebab sengaja nak mengganggu temujanji Shahrizal dan Husna. Apalah sangat kesalahan dia yang setakat mengganggu pasangan kekasih, berbanding Husna yang mengganggu pasangan suami isteri.

            “Shah, dia masih contact Shah lagi ke?” Husna mengelap mulut dengan tisu.

            Tak banyak yang dia tahu tentang isteri Shahrizal sebenarnya. Setakat tahu nama dan tempat belajar, itu saja. Tinggal kat mana, tengah buat apa sekarang. Semua tu dia tak pernah tanya.

            “Masih. So-so.”

            Shahrizal terpaksa menipu. Husna tak tahu yang dia dan Rafeeqa masih tinggal sebumbung. Pelan-pelan, ada masa yang sesuai nanti dia akan terangkan pada Husna.

            Azwan di sebelah tersenyum sinis. Pandai buat pandailah cover. Dah beribu kali dia ingatkan supaya jangan main kayu tiga, tapi Shahrizal tak dengar. Jangan lidah berbelit sebab terpaksa bagi alasan yang berbelit-belit sudah.

            Dia kasihankan Rafeeqa. Ikut logik, isteri mana yang masih cool macam Rafeeqa kalau suami nak ceraikan dan ada pengganti baru? Bukan cerai-berai tu perkara baik pun. Dari luaran, gaya Rafeeqa tampak ‘I will survive!’ tapi di dalam hati Rafeeqa kut sebenarnya ‘I’m so wanna die’.

            Shahrizal patutnya fikirkan semula. Selama ni elok aje rumahtangga dia dan Rafeeqa tapi bila Husna muncul, Rafeeqa ditolak tepi. Kalau nak disenaraikan segala salah Rafeeqa yang lama, tak adalah seteruk mana pun. Lagipun Rafeeqa masih mentah, biasalah tu bila perangai sesekali macam keluar tanduk di kepala. Pula, Rafeeqa pergi jauh untuk belajar. Bukannya nak bertapa untuk transform jadi Lady Gaga. Dan yang sebetulnya, Shahrizal patut bimbing Rafeeqa supaya menjadi isteri yang baik dan diingini, bukannya main cerai-berai.

            “Wan.”

            Lamunan Azwan terhenti, Shahrizal memandangnya dengan dahi berkerut.

            “Dengar tak ni?”

            “Apa dia?”

            “Kau balik pejabat sendiri, nah kunci kereta. Aku temankan Husna cari perfume kejap.”

            “Bro, dah dekat jam 5 ni. Fika minta ambikkan dan dinner sekali, remember?” Azwan mengingatkan sekali lagi.

            “Kalau tak sempat, kau temankan Rafeeqa.”

            Bahu Azwan ditepuk Shahrizal perlahan. Selamba saja meninggalkan teman baiknya di Tutti Frutti. Azwan melepaskan keluhan. Kunci kereta Shahrizal dipandang kosong. Macam tak ada guna saja dia jadi tiang lampu hari ini, rancangan Shahrizal dan Husna tetap ‘jalan’. Lagi sakit hati bila Husna tayang senyuman sinis. Kalau dah Shahrizal berpesan begitu, bermaksud soal mengambil Rafeeqa diserahkan 100% padanya.

            Laju Azwan menghantar WhatsApp ke nombor Rafeeqa.

            Azwan : Fika, where are you at? Alamanda ke?
            Rafeeqa : Yup. Why? Nak join kami dinner? Boleh aje.

            Azwan terdiam. Kasihan pada Rafeeqa. Dalam keadaan serba salah, terpaksa juga dia berterus-terang.

            Azwan : Shah busy, I will come and fetch you.
            Rafeeqa : La..ye ke? Okay. Will wait for you then.

            Lama Azwan merenung skrin telefon. Okey Rafeeqa tu sebenarnya tak okey. Dalam otak masih ligat berfikir macam mana nak membantu menyelamatkan rumahtangga Shahrizal dan Rafeeqa. Kalaulah dia tahu Shahrizal akan beralih cinta seperti sekarang, serius dia takkan mengundur diri dulu.

            Alahai...benda lama buat apa dikenang. Dah memang dia dan Rafeeqa tak ada jodoh, nak buat macam mana.





            SHAHRIZAL kerling di sisi. Husna tayang muka merajuk. Pandang dia pun tak, dari tadi berpaling menghadap cermin tingkap.

            “Tak habis lagi dengan mogok?”

            Husna tak menjawab. Shahrizal sembunyi senyum. Pedal minyak ditekan bila lampu isyarat berwarna merah bertukar hijau. Husna merajuk sebab dia tak nak buka mulut berbincang tentang Rafeeqa. Hal di antara dia dengan Rafeeqa, tak payahlah nak libatkan Husna sekali tapi kadang-kadang sesak juga bila Husna asyik nak bertanyakan hal yang sama.

            Rafeeqa tinggal di mana sekarang?

            Bila nak ceraikan dia?

            Parents dah tahu ke?

            Hal macam tu Husna tak payah tahu. Nanti pandai-pandailah dia uruskan sendiri dengan keluarga mereka berdua. Yang penting, Rafeeqa dah tahu penghujung rumahtangga yang tinggal nak menanti belah saja lagi.

            “Husna.”

            Husna masih tak menjawab. Bila tangannya dicapai Shahrizal, ditolaknya perlahan. Kalau Shahrizal pujuk mesti dia cair, tak nak lah cair cepat sangat sedangkan baru tak lama mana pun dia merajuk.

            “Shah tak sayang Husna.”

            Kalau Shahrizal sayang, mesti Shahrizal ikut semua apa yang dia cakapkan. Berterus-terang dengan keluarga Rafeeqa. Ceraikan Rafeeqa. Kahwin dengan dia. Habis cerita. Ni tak, Shahrizal main tangguh. Nak tangguhnya sampai bila?

            Dia dan Shahrizal sama umur, 29 tahun. Tapi dia perempuan, Shahrizal lelaki. Untuk lelaki kalau solo sampai lebih 30 tahun pun ‘no hal’ kata orang, masih umph. Kalau yang dah macam dia, orang tua kata andartu nanti. Mak dan ayah pula dah bising sebab masih berkepit dengan Shahrizal tapi masih tak masuk meminang lagi. Setakat jumpa ayah cakap ‘Pakcik, saya nak kahwin dengan Husna’ mana cukup. Ayah nak ikut adat, uruskan satu persatu.

            “Laa..bukan macam tu.” Shahrizal kerling sekilas Husna di sebelah.

            “Bagi Shah masa dulu. Takkan nak nikah kat sempadan,” sambung Shahrizal. Saja nak buat lawak.

            “Hish!” Husna hentak kaki gaya budak-budak tak dapat coklat.

            Shahrizal tergelak kecil. Lengan Husna dicapai lagi, kali ini Husna biarkan saja. Hati dah cair dengan sentuhan lembut sang kekasih.

            “Do you love me?” Husna pandang Shahrizal di sebelah.

            “I do.”

            “Really love me?”

            “Really do.”

            Kembang semangkuk Husna bila soalannya dijawab dengan jawapan yang memang dia sedia tahu. Pandangannya dihalakan ke hadapan. Genggaman tangan Shahrizal dibalas.

            “I love you too.”

            Ya, dia sayangkan Shahrizal lebih daripada nyawanya sendiri. Bunyi macam ‘over’ tapi memang hati dah terpaut lama dengan Shahrizal Hayrat. Siapa yang tuduh dia perampas memang tak logik. Dia dan Shahrizal sama-sama jatuh cinta bila rumahtangga Shahrizal dah goyah. Lagipun, penyebab utama rumahtangga Shahrizal goyah adalah bukan dia tapi isteri Shahrizal sendiri...nama apa? Rafeeqa Huda.

            Lepas ni jangan salahkan dia pulak, salah Rafeeqa sendiri sebab tak pandai jaga hati suami. Andai dia Rafeeqa, dia sayang dan cinta sepenuh hati lelaki macam Shahrizal ni. Mana nak cari yang ‘perfecto’ macam Shahrizal? Tenung mata Shahrizal pun dah buat hati cair, belum lagi dengan senyuman ‘power’ yang sah buat hati dia jatuh bergolek.

            “Dia tahu Shah dah ada Husna kan?”

            “Hmm..”

            “Ha, kalau gitu lagi senang hal Shah dengan dia settle. Rasanya dia takkan terasa, dia tak sayang Shah pun macam Husna sayang Shah.”

            Shahrizal terdiam, tersentak sedikit. Yang sebetulnya, dia sendiri tak pasti hati dan perasaan Rafeeqa. Dialog ‘I love you’ memang tak pernah terpacul di bibir Rafeeqa, perasaan isteri susah untuk ditebak.

            Dia sayang kau, Shah?

            Tak kot.

            Jadi kenapa dia sedih bila kau nak kahwin lain?

            Entah.

            Dia sayang kau lah tu...

            Damn!


            Shahrizal dah naik serabut bila fikiran dan hati berperang sesama sendiri. Ya, kalau dari luaran dan tingkah laku memang Rafeeqa tampak macam tak kisah. Kalau dia nak berpisah hari ni juga pasti Rafeeqa main angguk kepala dengan muka diva. Tapi dalam hati Rafeeqa tak ada siapa yang tahu. Kot Rafeeqa sedih? Kot Rafeeqa patah hati? Kot Rafeeqa bawa diri?





            RAFFEQA menyuapkan fries ke dalam mulut. Niat nak makan malam dengan Shahrizal di Chilli’s terbatal. Bila Azwan yang datang, dia minta singgah di Burger King. Pesan Whopper Jr dengan fries, tapau balik rumah. Takkan nak duduk melepak dengan Azwan di Burger King, tak padan dah jadi isteri orang tapi duduk berdua dengan lelaki lain.

            Jam yang berbentuk aiskrim di dinding dapur dikerling Rafeeqa sekilas. Dah pukul 10 malam, bayang-bayang Shahrizal masih muncul lagi. Bercanda ria dengan Husna mana nak ingat orang rumah macam dia ni.

            Tak sedar keluhan lemah terkeluar dari bibir Rafeeqa. Burger yang masih tak bersentuh dibiarkan saja di atas meja, dah tak lalu nak makan. Ada suami tapi ‘forever alone’, makan malam sorang-sorang. Ikutkan hati memang dia rasa nak menangis tapi dia sedaya upaya menahan gelodak hati.

            Dia kan Rafeeqa yang diva!

            Kembali ke ruang tamu, Rafeeqa berbaring di atas sofa sambil menatap siling. Tertanya-tanya di dalam hati sendiri, masih adakah peluang untuk dia dan Shahrizal berbaik semula? Yang dia nampak harapan memang tak ada. Lagi satu, macam mana nak maklumkan pada kedua orang tua mereka berdua nanti? Mahu tak meletup Papa dengan Daddy. Mama dan Mummy pasti kecewa sampai lebam mata sebab menangis.

            Bila ditanya pada Azwan petang tadi tentang Shahrizal dan Husna, tak banyak yang Azwan ceritakan padanya. Husna dan Shahrizal kerja di dalam satu bangunan yang sama. Minat sama minat. Suka sama suka. Declared jadi BFGF (Boyfriend Girlfriend). Patutlah dia dibuang ke tepi. Shahrizal lebih bahagia melayari alam BFGF bersama Husna berbanding alam ‘hubby wifey’ bersama dia.

            Baru mata mahu terlelap, Rafeeqa sedikit terkejut bila pintu utama dibuka. Shahrizal muncul dengan senyuman lebar. Rafeeqa sekadar mengangkat kepala sedikit, membalas dengan senyuman nipis dan merebahkan semula kepala di atas sofa. Senyum lebar-lebar tu bukan untuk dia, tapi sebab hati Shahrizal gembira dapat bermadu kasih dengan Husna sampai ke tengah malam tanpa gangguan daripadanya. Nak ‘calling-calling’ bertanya Shahrizal di mana bla bla bla tak payahlah, sendiri kena faham.

            “Tadi makan dengan Azwan kat mana?” Kaki Rafeeqa yang berlunjur ditolak Shahrizal sedikit. Elok dia labuhkan punggung di situ walhal sofa di sebelah kosong.

            “Tak makan dengan dia pun, take away je. Tak ada selera. Sore throat.” Tanya soalan macam tak kisah isteri keluar dengan sesiapa pun.

            Shahrizal menoleh. Muka Rafeeqa tampak macam tak ada perasaan tapi nada suara tu macam patah hati. Rasa bersalah memang ada tapi Shahrizal biarkan saja.

            “Sorry. Saya ada hal tadi. Ada...”

            “It’s okay. Ni, saya ada hal nak bagitau ni.” Ayat Shahrizal dipintas Rafeeqa.

             Dari berbaring, Rafeeqa bangun dan duduk dengan kaki berlipat menghadap Shahrizal. Malas nak dengar Shahrizal mereka-reka cerita kata sibuk dengan kerja, macam dia tak tahu encik suami bercanda ria.

            “Wait. Wait. Makan apa sampai sore throat? Chocolate overload?

            Rafeeqa tersengih, buat-buat terbatuk. Sore throat apanya, dia main kelentong sebab nak potong ayat Shahrizal.

            “Esok saya ada interview.”

            Mata mereka berdua bertaupan. Shahrizal tenang mendengar, menanti ayat seterusnya. Lima saat berlalu, Rafeeqa masih belum menyambung kata.

            “Rafeeqa.”

            Rafeeqa berdehem, buat-buat sore thorat lagi. Bab nak temuduga di mana ni payah nak bagitau, kang Shahrizal angin.

            “Kat office Uncle Jay.”

            “What?! No. No. No.”

            Dah ku agak. Kan dah meletup dah gunung berapi Shahrizal. Pantang dengar nama Uncle Jay dan Irwan encik La Tarzan ni. Rafeeqa pandang saja wajah tegang Shahrizal yang bersandar di sofa.

            “Nak interview sana buat apa? Macamlah Papa tak ada syarikat sendiri.” Shahrizal merengus.

            “Saya dah janji dengan Uncle Jay, Shah. Tolong dia kejap sementara tunggu Ila balik.” Rafeeqa bernada memujuk. Dah lama dah pun berjanji dengan Uncle Jay sebab adik Irwan tak habis belajar lagi.

            “Janji boleh dichapatilah, Rafeeqa. Cakap aje dengan Uncle Jay yang awak tak nak, dia okey punya.”

            Rafeeqa mengeluh. Payah nak berbincang dengan Shahrizal kalau dah marah macam ni. Shahrizal kan dah tak sayangkan dia lagi, buat apa nak gelabah kalau dia bekerja di bawah satu bumbung dengan Irwan sekalipun.

            Cemburu?

            Masih sayang?

            Jangan berangan, Rafeeqa!

            Hujung bantal dipintal-pintal Rafeeqa dengan jemari runcingnya. Sesekali menjeling Shahrizal yang tayang muka singa di sebelah.

            “Habis tu degree saya nak buat apa? Buat bungkus nasi lemak?” Perlahan suara Rafeeqa.

            “Rafeeqa.”

            Haish! Memang tak ada chan kalau muka singa Shahrizal berubah jadi muka Hulk berwarna hijau.

            “Dengar, Rafeeqa. Bagitau Uncle Jay awak ubah fikiran. Janji ke tak itu belakang kira. Macam tak ada tempat lain nak kerja. Susah-susah, kerja aje tempat saya.”

            “Tapi janji tu, Shah. Tak manis kalau saya mungkir janji.”

            “Just screw it, Rafeeqa. Promise is just a promise, it shall not be fulfilled if you can’t make it.”

            Rafeeqa terdiam. Mudah Shahrizal mengambil ringan, seolah-olah janji hanyalah ayat yang boleh ditarik balik begitu saja sedangkan harapan sudah diberikan pada pihak yang lagi satu.

            Rafeeqa tatap wajah Shahrizal lama. Kalau dulu Shahrizal penyabar orangnya, kini tidak lagi. Sikit-sikit nak melenting, sikit-sikit nak marah.

            Manusia berubah, Rafeeqa! Same goes to your dear hubby.

            “Janji tak semestinya ditepati pun.” Suara  Shahrizal kendur bila wajah Rafeeqa dilihatnya berubah mendung. Tak sengaja meninggikan suara tadi tapi serius dia tak setuju dengan idea Rafeeqa nak bekerja dengan Uncle Jay. Duduk lima tahun di Sunderland dengan Irwan pun tak puas lagi ke?

            Rafeeqa tunduk. Mendalam maksud ayat Shahrizal tu. Secara tak langsung buat hati Rafeeqa terguris dalam diam.

            “Bagi awak semua janji tak perlu ditepati ke?”

            “Depends.”

            “Macam mana dengan janji suci yang awak lafazkan masa akad nikah kita dulu? Tak perlu ditepati jugak ke?”

            Giliran Shahrizal pula terdiam.

            Rafeeqa tersenyum nipis.

            “I guess I know the answer, Shah.”

            Hati Rafeeqa hancur berderai.

            Shahrizal tergamam.




p/s : Weekend mode is on dearies! Enjoy ur moments with your loved ones ya. So sorry emy masih tak reply comments, masa masih cemburu :( And dearies, never stop reading my pieces ya walaupun emy tahu banyak yang dah allergik dengan most of my endings :p Love you all loads! <3

21 comments:

  1. emy...akak tunggu versi cetak,cpt cikit ye

    ReplyDelete
  2. Sedeyyyyyyy..... Shahrizal ko mmg kejam sob sob sob.

    ReplyDelete
  3. sedih la plak...husna tu mcm jahat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emy tiz is my 3rd reading jbc i like fika n shah pair

      Delete
  4. terasa macam nak nanges

    ReplyDelete
  5. sob sob.. no, x pernah jemu lagi emy. :)

    ReplyDelete
  6. Sedih...tp tabahnya dia....

    ReplyDelete
  7. rasa nk nagis gak :( apa lah shah nie~~ husna tuh gak yg dia nk

    ReplyDelete
  8. akak suka masa feeqa tanya mamat sengal tu pasai janji..akad nikah yg perlukah dikotakan ..ambik ko..macam nak high 5 ngan feeqa pulak...kena sebijik...sudah sudahlah nak mengatur hidup feea sekarang..sedangkan dia sendiri telah memungkiri banyak janji janji nya ngan feeqa..tetapi feeqa cool saja...bagi akak ..biarlah feeqa pergi dari hidupnya..kalau dirinya feeqa kini mmg tidak diperlukan lagi..kalau dia hanya melihat Husna...bagi akak feeqa just go and buat apa yg you hendak..bukan you nak memikat si Irwan tu pun..hanya berkerja..mencari pengalaman dan knowledge..lagi pun hubby you kan nak ceraikan you..jadi perlulah you buat sesuatu untuk diri you dari mengharap suami awak yg tidak berguna tu..there a lot more men out there yg better off dari suami poyo you tu..akak rasa you mesti move on...bukan dia sahaja lelaki yg ada didunia ini..belajarlah untuk melupai suami awak yg tidak berguna tu..kerana dalam hati dia mmg tiada diri awak lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam cik ida...kite high 5 ngan cik ida...tu la, bila kat ujung tu, i was, like...chet shah! wats wrong with u bro! nak lepas, lepas laa...jgn la nak buat caring-mering lak dah...all d way sokong fika kat sini coz buat tamparan-invisible kat si poyo tu...wuld really like to see fika move on with her OWN life...alahai cik emy...u buat i emo lak.....BEST DEAR!!!

      Delete
  9. kak emy
    bla lar nk publish nie??
    dah x sbar2 nie

    ReplyDelete
  10. saluut dngan fika, umur pun msh 23 ye fiqa,tp kedewasa an dia,patut di acungi jempol! ! Ha ah betul fiqa tak payah dengar syah kmplen fiqa kena kerja tau tak , sebab takut bila2 masa syah, file kan talak, n syah jangan pula awak menyesal pabila aswan masuk line ,

    ReplyDelete
  11. sedey!!!!!!!!!! meleleh air mata baca n3 kali ni.....huhuhu.....cpt sambung.......

    ReplyDelete
  12. Kak Emy..I like to read this story damn much..x sabar tahu kesudahan...tolonglah "happy ending" kan cerita ni..x sanggup nak rasa kesedihan hati Rafeeqa dah..

    ReplyDelete
  13. jika cinta fiqa dibenci oleh shah...jadi fiqa mesti lpskan shah.tak guna bersama dgn org yg x mghargai mcm shah tu.

    ReplyDelete
  14. huhu..hopefully ending kali ni terbaik punyer... shahrizal ngan rafeeqa.. no husna

    ReplyDelete
  15. husna dah tua bangka berbanding rafeqa,tapi perangai rafeqa lg dewasa! ! ! Nak tau macam mana la ye pabila dia oradmg bertemu,adakah husna menyindir feqa,atau sebaliknya sebap,biasa lah kalau calon istri ke 2 ni,berlagak sikit,tp feqa diva muda & bergetah pula tu ,terima kah pabila di hentam ngan husna tu! Aaaakh nak cepat2 sambung cik emy.

    ReplyDelete
  16. Sob sob sob...... Shah memang tak patut. Feeqa jgn cepat mengalah. Perbaiki khilaf lampau semampu mungkin. Andai tak boleh juga. Ingatla In Sha Allah kerana niat yg suci Feeqa bertemu kebahagiaan jua....... Emy... no worries. Sy suka semua citer awak. Sad ending kadangkala menyedarkan kita tentang realiti kehidupan. Cuma... ramai pembaca suka dibuai kepada keindahan dan penghujung yang manis. Thumbs up.

    ReplyDelete