Friday, April 22, 2016

Ku Tunggu Dudamu (KTD) 5

BAB 5




            DARA membuka matanya. Masih terasa berat tapi dipaksa juga dibuka. Toleh sekeliling, sunyi sepi. Mana Dian? Pukul berapa ni? Aku ada kelas ke tak? Kepala Dara terasa pening sedikit bila soalan-soalan bertandang di fikiran. Telefon bimbit di bawah bantal dicapai. Pukul 6.30 petang. Nasib baik bukan pagi. Lost track sekejap sebab baru bangun tidur.

            Dara tarik comforter naik, menutupi separuh daripada wajahnya. Masih nak tidur. Namun pintu bilik yang dibuka memaksa Dara membuka mata semula.

            “Babe, bangun. Aku masak sedap hari ni. Your favourite.” Dian muncul dengan wajah segar.

            Mata Dara mengecil. Baru lepas mandi la ni, elok aje tuala berlilit di atas kepala Dian.

            “Lagi lima minit.” Tubuh Dara dah melengkung gaya ulat gonggok di sebalik comforter. Sejuk begini memang timing yang sesuai untuk sambung tidur sampai ke pagi.

            “Buruk perangai. Bangun. Bangun. Tak bagus anak dara tidur sampai malam.” Kaki Dara di sebalik comforter dipukul Dian  perlahan berkali-kali.

Habis kelas tadi, elok Dara berbungkus di atas katil sampai sekarang. Dara macam nak jatuh sakit, sebab tu Dian bersemangat memasak ikan bawal masak cili pedas. Dara memilih sikit. Kalau masak sup ayam Dara tak nak. Katanya, asyik-asyik minum sup aje kalau sakit. Tak menyelerakan langsung.

Dara menggeliat malas. Kepala yang terasa berdenyut-denyut dan pening sedikit diabaikan.

“I miss home, babe.” Suara Dara serak.

Rindu masakan Mama.
Rindu suasana di rumah yang sangat ‘heaven’.
Rindu kehidupan ‘stress-free’ di rumah.

“Ya, I know. Lagi 7 bulan kita balik Malaysia. So jangan berangan banyak. Back to reality.” Dian di hadapan meja solek menjawab.

Dia pun rindukan tanah air juga. Kadang-kadang homesick sampai meleleh air mata. Tapi hati dan perasaan kena kuat bila jauh dari keluarga. Pernah juga terfikir, kenapalah MARA hantar jauh-jauh ke Russia untuk belajar. Kenapa bukan di tanah air atau negara yang dekat sedikit? Okey, fikir positif aje boleh tak? At least, mereka berdua adalah yang terpilih dan semakin jauh merantau, semakin banyak pengalaman.

“Mandi cepat. Then kita makan. Ikan bawal yang aku masak power habis, confirm kau suka.” Dian senyum. Tuala di atas kepala dibuka. Hair dryer di atas meja dicapai untuk keringkan rambut.

Dara paksa diri untuk bangun. Beratnya kepala. Manalah tau kot lepas mandi sakit kepala rasa elok sikit. Tuala yang tergantung di belakang pintu dicapai.

“Tadi lepas kau mandi ada orang pakai bilik mandi tak?” Tu soalan wajib Dara.

“Nope.”

Saja nak tahu sebab dia malas nak bertembung dengan jiran sebelah. Pintu bilik dibuka. Toleh bilik sebelah, tertutup rapat. Suara Aladin dan Sanjay saja yang kedengaran, biasalah selalu buat konsert petang begini. Line clear. Dara menuju ke bilik air.

Kenapa shower foam kosong?
Kenapa syampu tinggal sedikit saja lagi?
Kenapa colgate ni kat tempat lain pulak?

Dara naik bengang. Mood yang tak berapa elok makin hair wire. Seriously, jiran aku dah melebih!




COUNTRY roads, take me home,
To the place I belong....

Biasanya lagu hard rock yang dinyanyikan, paling tak pun pop rock. Sanjay sengaja pilih country songs hari ni, nak ubah selera sikit. Bersemangat Sanjay menyanyi sambil memetik gitar.

 Aladin yang duduk menghadap laptop pun turut serta. Sambil menyanyi, sambil mencari key gitar yang sesuai untuk lagu pilihan seterusnya di dalam internet.

Bro, lepas ni Bee Gees nak?” Aladin pandang Sanjay sekilas.

On aje.”

Okey set! Lagu ‘Alone’ is next on the line. Sebaik saja Sanjay habis menyanyi, jeritan di luar bilik buat kedua-duanya terkejut.

“Allll!”

Aladin dan Sanjay menoleh serentak ke arah pintu yang terbuka luas. Dara tegak di muka pintu dengan wajah tak puas hati.

            “Awak pakai shower foam saya lagi kan?” suara Dara tegang.

 Botol Dove di tangan ditunjukkan pada Aladin. Tinggal sedikit saja lagi. Mustahil Clara dan Jane di bilik seberang yang pakai walaupun mereka tinggal satu unit.

            “Sorry, girl.” Aladin tersenyum.

Nak cover kata tak pun tak dapat, baik mengaku saja. Kang makin angin Dara lagi susah.

Dara tarik nafas dalam. Itu aje? Setakat dua patah perkataan? Jiran aku ni memanglah. Silap hari bulan kalau masih buat perangai macam ni, serius dia kompelin dengan ketua pelajar Malaysia. Tak pun pindah keluar aje terus, lagi senang. Tak tahu macam mana Clara dan Jane di bilik seberang boleh tinggal satu unit dengan orang kuat ‘leech’ macam ni. Tanpa sepatah kata, Dara berpaling mahu keluar.

            “Err..Didi.”

            Gerak tangan Dara terhenti bila Sanjay memanggil namanya.

            “What?”

            Sanjay yang sedang bersandar pada dinding tersenyum sumbing.

            “I use that too. But all the while I didn’t know it was yours.” Sanjay mengaku.

            Aladin menoleh ke arah Sanjay. Kena sampuk hantu air ke apa tiba-tiba buat pengakuan berani mati ni? Kalau nasib tak baik confirm Dara lempar muka mereka berdua dengan selipar di depan bilik.

            Dara pejam mata dengan bibir yang diketap. Jiran-jiran mereng ni memang nak kena!

            “Saya nak pindah!”

            Berdentum pintu bilik dihempas Dara. Sanjay dan Aladin berpandangan sesama sendiri. Dua-dua geleng kepala. Nak pindah keluar? No! No!

            “Bro, cannot be!” Aladin melompat turun dari kerusi. Kakinya hampir tersadung di permaidani bilik.

            “Dara. Wait. Wait!” Aladin melangkah laju menyaingi Dara yang sudah menghilang.

            “Dian, kita pindah. Aku tak tahan tinggal sini. Seyes aku tak tahan.” Dara meradang di bilik sebelah.

            Dia terduduk di atas katil sambil menghentak kakinya ke lantai. Tak sedar air mata menitis ke pipi. Serius tak tahan tinggal dengan jiran psycho begini. Dalam beberapa bulan ini dia masih mampu bersabar. Tapi hari ni kena pula dengan mood baru bangun tidur yang tak berapa ‘hidup’, confirm meletup teruk. Ikut hati dia nak lempang sorang-sorang, bagi berpusing sikit otak jiran yang tak berapa betul.

            “Chill, babe. Apa kejadian?” Dian terkejut. Elok aje duduk menghadap Full House di depan laptop, Dara masuk ke dalam bilik kata nak pindah keluar.

            “Pasal jiran sebelah lagi ke?” sambung Dian. Kalau Dian panas begini, cuma ada dua kemungkinan.

            1. Jiran sebelah buat hal.
            2. Makcik cleaner bising kata mereka tak pandai jaga kebersihan.

            Belum sempat Dara menjawab, pintu dikuak kasar dari luar. Tengok tu, Aladin main redah masuk begitu saja.

            “Dara, sorry. Sorry. Nanti saya ganti baru.” Aladin angkat kedua-dua belah tangan tanda mengaku bersalah.

            Pertama kali melihat Dara mengalirkan air mata. Mesti Dara sakit hati tahap tak tahu nak cakap apa dengan dia dan Sanjay. Rasanya Dara menangis bukan sebab sebotol syampu yang harganya tak mahal mana tu, tapi dah tak tahan dengan perangainya dan Sanjay.

            “Tak payah!” Suara Dara makin serak. Nak pujuk dial ah tu, nak ambik hati si gadis yang dah hancur berkecai ni.

            “Sorry, Dara. Takkan sampai nak pindah keluar.” Aladin mara ke hadapan.

 Nak pujuk kata ‘jangan pindah keluar, nanti saya rindu’ tapi tak terkeluar dari bibir. Ingin dipujuk Dara yang duduk di atas katil. Tangan kanannya mahu mencapai bahu Dara. Namun Dara bertindak  pantas. Botol syampu Dove yang masih di tangan dilemparkan, betul-betul mengenai kepala Aladin.

            “Ouch!” Aladin mengaduh. Tangannya menggosok-gosok kepala yang sakit.

            “What the....?” Dian melopong. Mata dikelip berkali-kali. Pertama kali tengok drama di antara Dara dan Aladin.

            “Give me half an hour, Dara. Saya ganti baru,” Aladin masih tidak berputus asa. Sekejap saja tubuh Aladin hilang di sebalik muka pintu.

            Dear Dara, please don’t go....




            ALADIN tarik nafas dalam. Syampu Dove di tangan kiri. Ros merah di tangan kanan. Nak ketuk ke tak? Nak masuk ke tak? Aladin berperang dengan perasaan sendiri. Kalau masuk, ada kebarangkalian botol losyen akan mengenai kepalanya. Kalau tak ketuk, kebarangkalian untuk ‘kehilangan’ Dara amatlah tinggi.

            Lantaklah! Kena hentam ke tak belakang cerita. Yang penting dia mesti mencuba. Belum sempat Aladin mengetuk pintu, daun pintu bilik dikuak dari dalam. Muncul Dian dengan mask bertempek di muka, buat Aladin sedikit terkejut. Ingat geisha mana entah.

            “Dara mana?” Aladin bertanya.

            “Shh...she’s about to sleep.” Jari telunjuk Dian singgah di bibir. Namun dia bagi juga laluan untuk Aladin masuk. Nak pujuk Dara lah ni.

            Aladin melangkah masuk. Tubuh Dara berbungkus comforter di atas katil. Botol syampu dan ros merah diletakkan di atas meja Dara.

            “Dara...”

            Dara yang baru nak terlelap membuka mata semula namun tak lama bila kepala terasa semakin berat. Nak halau Aladin, tak larat pula. Nak melayan lagilah tak larat. Dia biarkan saja bila Aladin duduk di atas katil berdekatan kakinya.

            “I bought you Dove and roses as an apology.”



            Dara tak menjawab. Nak minta maaf tak perlukan semua itu. Asalkan hati ikhlas cukuplah. And ya, dia tak minat bunga ros.

            “Saya minta maaf untuk semua salah saya. Anything that make you feel uncomfortable and annoyed you all the while.” Aladin tunduk dengan kedua-dua belah tangannya diletakkan di atas paha.

            “I promise not to make you angry anymore cos I don’t wanna lose good neighbours like you and Dian.” Aladin telan liur.

            “Will never smoke in the toilet. Will never use your toiletries without your permission. Will never make noise after midgnight. I can even make thousands of promises to you.” Makin berjela ayat Aladin.

            Apa saja yang Dara minta, dia akan tunaikan. Jangan guna bilik air di unit mereka pun dia sanggup. Unit sebelah kan ada bilik air juga. Asalkan Dara dan Dian tak pindah keluar.

            “Kalau awak dan Dian pindah keluar....” Ayat Aladin terhenti. Dia angkat kepala, memandang Dian yang turut memandangnya.

            “It will make a big difference to me...” sambung Aladin. Riak wajah Dian yang seolah ingin tahu lebih banyak diabaikan.

Bila ditoleh Dara di atas katil, tubuh di sebalik comforter itu masih tak berkutik. Dah tidur ke? Kalau Dara dah bermimpi sampai ke bulan, kiranya sia-sia dia bercakap panjang lebar. Nak mengaku mencintai pun jangan berangan.

Dia toleh semula Dian yang berdiri di sebelah. Dian jungkit bahu, tak pasti samaada Dara mendengar atau dah sampai landing di bulan.

            Aladin bangun, berdiri menghadap katil Dara. Seminit berlalu, tubuh Dara masih seperti tadi.Tak bergerak langsung. Okey, sah tidur!

            “A guy  will go after the girl he loves, Dara. Sleep well.” Aladin tepuk lembut tubuh Dara sebelum dia keluar dari bilik.

            Dara di sebalik comforter terdiam. Tak susah mentafsir maksud ayat Aladin. Dan mustahil dia tersalah dengar ayat keramat begitu.

            Dian melopong. Hanya lambaian tangan saja yang mengiringi Aladin keluar.

            “Babe, I think he likes you,” Dian bernada perlahan.

            Kepala Dara muncul di sebalik comforter.

            He loves me. He loves me not.

            He loves me!
           
           
p/2 : Love is in the airrrrr.......??? ;) Sorry minggu ni tak update banyak sebab hectic sampai tak hengat dunia. And postcall syndrome masih bersisa, lagging tahap gaban. Hope you all enjoyed reading dearies! Oh how I wish saya boleh peluk KTD dalam bentuk hardcopy jugak. Locve loads! Next time saya bagi resipi sup ayam AL ya ;) 


           

           
           




4 comments: