BAB
5
DARA membuka matanya. Masih terasa berat tapi dipaksa
juga dibuka. Toleh sekeliling, sunyi sepi. Mana Dian? Pukul berapa ni? Aku ada
kelas ke tak? Kepala Dara terasa pening sedikit bila soalan-soalan bertandang
di fikiran. Telefon bimbit di bawah bantal dicapai. Pukul 6.30 petang. Nasib
baik bukan pagi. Lost track sekejap
sebab baru bangun tidur.
Dara tarik comforter
naik, menutupi separuh daripada wajahnya. Masih nak tidur. Namun pintu bilik
yang dibuka memaksa Dara membuka mata semula.
“Babe, bangun.
Aku masak sedap hari ni. Your favourite.”
Dian muncul dengan wajah segar.
Mata Dara mengecil. Baru lepas mandi la ni, elok aje
tuala berlilit di atas kepala Dian.
“Lagi lima minit.” Tubuh Dara dah melengkung gaya ulat
gonggok di sebalik comforter. Sejuk
begini memang timing yang sesuai
untuk sambung tidur sampai ke pagi.
“Buruk perangai. Bangun. Bangun. Tak bagus anak dara tidur
sampai malam.” Kaki Dara di sebalik comforter
dipukul Dian perlahan berkali-kali.
Habis
kelas tadi, elok Dara berbungkus di atas katil sampai sekarang. Dara macam nak
jatuh sakit, sebab tu Dian bersemangat memasak ikan bawal masak cili pedas.
Dara memilih sikit. Kalau masak sup ayam Dara tak nak. Katanya, asyik-asyik
minum sup aje kalau sakit. Tak menyelerakan langsung.
Dara
menggeliat malas. Kepala yang terasa berdenyut-denyut dan pening sedikit diabaikan.
“I miss home, babe.”
Suara Dara serak.
Rindu
masakan Mama.
Rindu
suasana di rumah yang sangat ‘heaven’.
Rindu
kehidupan ‘stress-free’ di rumah.
“Ya,
I know. Lagi 7 bulan kita balik
Malaysia. So jangan berangan banyak. Back to reality.” Dian di hadapan meja
solek menjawab.
Dia
pun rindukan tanah air juga. Kadang-kadang homesick
sampai meleleh air mata. Tapi hati dan perasaan kena kuat bila jauh dari
keluarga. Pernah juga terfikir, kenapalah MARA hantar jauh-jauh ke Russia untuk
belajar. Kenapa bukan di tanah air atau negara yang dekat sedikit? Okey, fikir
positif aje boleh tak? At least,
mereka berdua adalah yang terpilih dan semakin jauh merantau, semakin banyak
pengalaman.
“Mandi
cepat. Then kita makan. Ikan bawal
yang aku masak power habis, confirm kau suka.” Dian senyum. Tuala di
atas kepala dibuka. Hair dryer di
atas meja dicapai untuk keringkan rambut.
Dara
paksa diri untuk bangun. Beratnya kepala. Manalah tau kot lepas mandi sakit
kepala rasa elok sikit. Tuala yang tergantung di belakang pintu dicapai.
“Tadi
lepas kau mandi ada orang pakai bilik mandi tak?” Tu soalan wajib Dara.
“Nope.”
Saja
nak tahu sebab dia malas nak bertembung dengan jiran sebelah. Pintu bilik
dibuka. Toleh bilik sebelah, tertutup rapat. Suara Aladin dan Sanjay saja yang
kedengaran, biasalah selalu buat konsert petang begini. Line clear. Dara menuju ke bilik air.
Kenapa
shower foam kosong?
Kenapa
syampu tinggal sedikit saja lagi?
Kenapa
colgate ni kat tempat lain pulak?
Dara
naik bengang. Mood yang tak berapa elok makin hair wire. Seriously, jiran aku dah melebih!
COUNTRY roads, take me home,
To the place I belong....
Biasanya
lagu hard rock yang dinyanyikan,
paling tak pun pop rock. Sanjay
sengaja pilih country songs hari ni,
nak ubah selera sikit. Bersemangat Sanjay menyanyi sambil memetik gitar.
Aladin yang duduk menghadap laptop pun turut
serta. Sambil menyanyi, sambil mencari key gitar yang sesuai untuk lagu pilihan
seterusnya di dalam internet.
“Bro, lepas ni Bee Gees nak?” Aladin
pandang Sanjay sekilas.
“On aje.”
Okey
set! Lagu ‘Alone’ is next on the line.
Sebaik saja Sanjay habis menyanyi, jeritan di luar bilik buat kedua-duanya
terkejut.
“Allll!”
Aladin
dan Sanjay menoleh serentak ke arah pintu yang terbuka luas. Dara tegak di muka
pintu dengan wajah tak puas hati.
“Awak pakai shower
foam saya lagi kan?” suara Dara tegang.
Botol Dove
di tangan ditunjukkan pada Aladin. Tinggal sedikit saja lagi. Mustahil
Clara dan Jane di bilik seberang yang pakai walaupun mereka tinggal satu unit.
“Sorry, girl.”
Aladin tersenyum.
Nak
cover kata tak pun tak dapat, baik
mengaku saja. Kang makin angin Dara lagi susah.
Dara
tarik nafas dalam. Itu aje? Setakat dua patah perkataan? Jiran aku ni
memanglah. Silap hari bulan kalau masih buat perangai macam ni, serius dia
kompelin dengan ketua pelajar Malaysia. Tak pun pindah keluar aje terus, lagi
senang. Tak tahu macam mana Clara dan Jane di bilik seberang boleh tinggal satu
unit dengan orang kuat ‘leech’ macam
ni. Tanpa sepatah kata, Dara berpaling mahu keluar.
“Err..Didi.”
Gerak tangan Dara terhenti bila Sanjay memanggil namanya.
“What?”
Sanjay yang sedang bersandar pada dinding tersenyum
sumbing.
“I use that too.
But all the while I didn’t know it was yours.” Sanjay mengaku.
Aladin menoleh ke arah Sanjay. Kena sampuk hantu air ke
apa tiba-tiba buat pengakuan berani mati ni? Kalau nasib tak baik confirm Dara
lempar muka mereka berdua dengan selipar di depan bilik.
Dara pejam mata dengan bibir yang diketap. Jiran-jiran mereng ni memang nak kena!
“Saya nak pindah!”
Berdentum pintu bilik dihempas Dara. Sanjay dan Aladin
berpandangan sesama sendiri. Dua-dua geleng kepala. Nak pindah keluar? No! No!
“Bro, cannot be!” Aladin
melompat turun dari kerusi. Kakinya hampir tersadung di permaidani bilik.
“Dara. Wait. Wait!”
Aladin melangkah laju menyaingi Dara yang sudah menghilang.
“Dian, kita pindah. Aku tak tahan tinggal sini. Seyes aku tak tahan.” Dara meradang di
bilik sebelah.
Dia terduduk di atas katil sambil menghentak kakinya ke
lantai. Tak sedar air mata menitis ke pipi. Serius tak tahan tinggal dengan
jiran psycho begini. Dalam beberapa bulan ini dia masih mampu bersabar. Tapi
hari ni kena pula dengan mood baru bangun tidur yang tak berapa ‘hidup’,
confirm meletup teruk. Ikut hati dia nak lempang sorang-sorang, bagi berpusing
sikit otak jiran yang tak berapa betul.
“Chill, babe.
Apa kejadian?” Dian terkejut. Elok aje duduk menghadap Full House di depan laptop, Dara masuk ke dalam bilik kata nak
pindah keluar.
“Pasal jiran sebelah lagi ke?” sambung Dian. Kalau Dian
panas begini, cuma ada dua kemungkinan.
1. Jiran sebelah buat hal.
2. Makcik cleaner
bising kata mereka tak pandai jaga kebersihan.
Belum sempat Dara menjawab, pintu dikuak kasar dari luar.
Tengok tu, Aladin main redah masuk begitu saja.
“Dara, sorry. Sorry.
Nanti saya ganti baru.” Aladin angkat kedua-dua belah tangan tanda mengaku
bersalah.
Pertama kali melihat Dara mengalirkan air mata. Mesti
Dara sakit hati tahap tak tahu nak cakap apa dengan dia dan Sanjay. Rasanya
Dara menangis bukan sebab sebotol syampu yang harganya tak mahal mana tu, tapi dah
tak tahan dengan perangainya dan Sanjay.
“Tak payah!” Suara Dara makin serak. Nak pujuk dial ah
tu, nak ambik hati si gadis yang dah hancur berkecai ni.
“Sorry, Dara.
Takkan sampai nak pindah keluar.” Aladin mara ke hadapan.
Nak pujuk kata ‘jangan pindah keluar, nanti
saya rindu’ tapi tak terkeluar dari bibir. Ingin dipujuk Dara yang duduk di
atas katil. Tangan kanannya mahu mencapai bahu Dara. Namun Dara bertindak pantas. Botol syampu Dove yang masih di
tangan dilemparkan, betul-betul mengenai kepala Aladin.
“Ouch!” Aladin
mengaduh. Tangannya menggosok-gosok kepala yang sakit.
“What the....?”
Dian melopong. Mata dikelip berkali-kali. Pertama kali tengok drama di antara
Dara dan Aladin.
“Give me half an
hour, Dara. Saya ganti baru,” Aladin masih tidak berputus asa. Sekejap saja
tubuh Aladin hilang di sebalik muka pintu.
Dear Dara, please
don’t go....
ALADIN tarik nafas dalam. Syampu Dove di tangan kiri. Ros
merah di tangan kanan. Nak ketuk ke tak? Nak masuk ke tak? Aladin berperang
dengan perasaan sendiri. Kalau masuk, ada kebarangkalian botol losyen akan
mengenai kepalanya. Kalau tak ketuk, kebarangkalian untuk ‘kehilangan’ Dara
amatlah tinggi.
Lantaklah! Kena hentam ke tak belakang cerita. Yang
penting dia mesti mencuba. Belum sempat Aladin mengetuk pintu, daun pintu bilik
dikuak dari dalam. Muncul Dian dengan mask bertempek di muka, buat Aladin
sedikit terkejut. Ingat geisha mana entah.
“Dara mana?” Aladin bertanya.
“Shh...she’s about
to sleep.” Jari telunjuk Dian singgah di bibir. Namun dia bagi juga laluan
untuk Aladin masuk. Nak pujuk Dara lah ni.
Aladin melangkah masuk. Tubuh Dara berbungkus comforter
di atas katil. Botol syampu dan ros merah diletakkan di atas meja Dara.
“Dara...”
Dara yang baru nak terlelap membuka mata semula namun tak
lama bila kepala terasa semakin berat. Nak halau Aladin, tak larat pula. Nak
melayan lagilah tak larat. Dia biarkan saja bila Aladin duduk di atas katil
berdekatan kakinya.
“I bought you Dove
and roses as an apology.”
Dara tak menjawab. Nak minta maaf tak perlukan semua itu.
Asalkan hati ikhlas cukuplah. And ya,
dia tak minat bunga ros.
“Saya minta maaf untuk semua salah saya. Anything that make you feel uncomfortable
and annoyed you all the while.” Aladin tunduk dengan kedua-dua belah
tangannya diletakkan di atas paha.
“I promise not to
make you angry anymore cos I don’t wanna lose good neighbours like you and Dian.”
Aladin telan liur.
“Will never smoke
in the toilet. Will never use your toiletries without your permission. Will
never make noise after midgnight. I can even make thousands of promises to
you.” Makin berjela ayat Aladin.
Apa saja yang Dara minta, dia akan tunaikan. Jangan guna
bilik air di unit mereka pun dia sanggup. Unit sebelah kan ada bilik air juga.
Asalkan Dara dan Dian tak pindah keluar.
“Kalau awak dan Dian pindah keluar....” Ayat Aladin
terhenti. Dia angkat kepala, memandang Dian yang turut memandangnya.
“It will make a big
difference to me...” sambung Aladin. Riak wajah Dian yang seolah ingin tahu
lebih banyak diabaikan.
Bila
ditoleh Dara di atas katil, tubuh di sebalik comforter itu masih tak berkutik. Dah tidur ke? Kalau Dara dah
bermimpi sampai ke bulan, kiranya sia-sia dia bercakap panjang lebar. Nak
mengaku mencintai pun jangan berangan.
Dia
toleh semula Dian yang berdiri di sebelah. Dian jungkit bahu, tak pasti samaada
Dara mendengar atau dah sampai landing di bulan.
Aladin bangun, berdiri menghadap katil Dara. Seminit
berlalu, tubuh Dara masih seperti tadi.Tak bergerak langsung. Okey, sah tidur!
“A guy will go after the girl he loves, Dara. Sleep
well.” Aladin tepuk lembut tubuh Dara sebelum dia keluar dari bilik.
Dara di sebalik comforter
terdiam. Tak susah mentafsir maksud ayat Aladin. Dan mustahil dia tersalah
dengar ayat keramat begitu.
Dian melopong. Hanya lambaian tangan saja yang mengiringi
Aladin keluar.
“Babe, I think he
likes you,” Dian bernada perlahan.
Kepala Dara muncul di sebalik comforter.
He loves me. He
loves me not.
He loves me!
p/2 : Love is in the airrrrr.......??? ;) Sorry minggu ni tak update banyak sebab hectic sampai tak hengat dunia. And postcall syndrome masih bersisa, lagging tahap gaban. Hope you all enjoyed reading dearies! Oh how I wish saya boleh peluk KTD dalam bentuk hardcopy jugak. Locve loads! Next time saya bagi resipi sup ayam AL ya ;)
Ooohh me too.want to.hug KTD in hard copy emy
ReplyDeleteKipidap.... nak gak peluk KTD..
ReplyDeletenak jugak XD
ReplyDeletenice one. keep it on
ReplyDelete