Friday, May 15, 2020

Bintang Terbaik (Bab 4)




WHERE are you? Miss you so much.
Jawablah at least, please. Saya risaukan awak.
Saya tak nak kehilangan awak. Come back, darling.
Rindu awak. Sangat-sangat rindu.
I feel empty without you.

Bertubi-tubi pesanan WhatsApp oleh Bad, tapi tak satu pun yang dibalas Leyla. Dia setakat baca, lepas tu telefon bimbit diletakkan semula di tepi. Apalah erti semua ungkapan rindu dan cinta kalau Bad menduakan dia. Dulu bukan main Bad tabur dengan janji-janji ‘cinta sampai mati’.

‘Awaklah satu-satunya yang saya cinta’.
‘Saya nak hidup mati dengan awak’.
‘Saya setia pada yang satu. Dan yang satu itu adalah awak’.

Tanpa sedar, air mata Leyla menitis. Bila diingatkan semula kenangan bersama Bad, semuanya sangat indah. Hanya satu saja yang tak indah dan itulah yang membuatkan dia terluka teruk. Dia pun pernah berjanji untuk sehidup semati dengan Bad. Siap twinky promise dan tak pernah walau sekali pun dia lupa.

‘Janji dengan saya yang awak takkan perempuan lain selain saya.’
‘Saya janji. My one and only Leyla.’

Kalau one and only kenapa ada perempuan lain di antara mereka berdua? Part itulah yang Leyla rasa tak boleh nak ‘brain’. Di mana silapnya selama hidup bersama Bad serius dia tak tahu. Bad anggap dia macam permaisuri hati, layanan Bad semua tip top. Tapi tup tup dah ada orang lain.
Semua perkataan maki muncul di dalam fikiran Leyla. Betapa dia kecewa dengan Bad, sakit hatinya jadi berganda sebab masih ada sisa rindu untuk Bad. Betapa dia ingin melupakan, dia benci bila masih terselit nama Bad di dalam hatinya.
Semakin lama air matanya semakin laju. Bukan dia lemah tapi terlalu banyak kenangan indah berbanding yang pahit sepanjang dia bersama Bad dan itulah yang dia betul-betul rindu.
“Hujan pagi-pagi ni sebab rindu Malaysia atau rindu cinta lama?” Muncul Red di sebelah. Sapu tangan dihulurkan pada Leyla.
“Macam mana awak boleh masuk?” Huluran Red disambut dan cepat-cepat Leyla mengelap air mata. Dia melarikan wajah ke sisi. Terkejut sebenarnya bila Red tiba-tiba muncul.
“Perkara pertama yang saya nak buat pagi ni adalah nak tengok awak. Tak tahu pula hari ni hujan turun.” Kedua-dua belah tangan Red menyeluk poket seluar. Kira nak bangunkan Leyla awal, nak ajak bersarapan di kafe bawah. Timing tak sesuai pula bila Leyla berendam air mata. Jangan tanya macam mana dia boleh masuk ke bilik Leyla sebab Fareed Jazley memang boleh apa saja dan dia tahu Leyla takkan marah.  Dari gaya Leyla menangis, ini bukan kes homesick atau rindukan tanah air.
“Sorry, not a good day to begin with.” Leyla senyum. Ni dah masuk dua kali Red bagi sapu tangan padanya. Isu hidung dan mata yang merah dia tolak tepi, senyuman tu penting untuk buktikan yang dia okey. Tapi bila pandangan Red bertumpu padanya, dia melarikan semula wajahnya ke lain.
“Siapa dia, Leyla? Kenapa awak boleh terluka sampai macam ni?” Red perlu tahu. Mungkin perkenalan mereka berdua masih tak cukup lama untuk dia korek segala cerita tentang Leyla. Tapi dia tak boleh berdiam diri dan sekadar memerhati. Perempuan secantik Leyla dengan personaliti yang menarik dan dikagumi oleh mana-mana lelaki, mangkuk hayun manalah yang buat bintang indah begini kecewa.
Air mata Leyla menitis lagi. Ini yang dia paling tak suka, asal ada yang bersimpati pasti air matanya sangat murah. Pulak emosional habis pagi ini tak tahu kenapa. Berkali-kali dia mengelap air mata.
“Apa yang awak akan buat kalau orang yang awak cinta ada hubungan dengan orang lain?”
Red terdiam. Soalan ‘masuk gaung’ jugalah yang Leyla tanya awal pagi begini padanya. Dia berdehem. Tangan kanan naik mengurut belakang tengkuk sendiri. Dia pun pernah melalui fasa yang sama. Fasa di mana Delilah menduakan dia dan masih tak mengaku salah yang dibuat. Trust me Leyla, it was like shit!
“Siapa perempuan tu?” Red jawab dengan soalan lain. Dia mendekat, cuba untuk mencari anak mata Leyla tapi Leyla masih mengelak.
“Tak tahu. Don’t know. Don’t care. All I care about was only me and him.” Bergetar suara Leyla.
Red melepaskan keluhan. Tak tahu nak mulakan dari mana. Nak pujuk? Dia tak pandai susun ayat cantik. Nak comfort? Bukan kepakaran dia. Nak peluk? Risau nanti Leyla tolak dia jatuh dari balkoni bilik di tingkat tiga ini.
“Ceritakan pada saya. Saya sedia mendengar.” Dia bukan penasihat yang baik, tapi dia sanggup mendengar sampai Leyla lebam bercerita. Dalam beberapa hari ni Leyla asyik main tarik tali setiap kali dia bertanyakan tentang kisah cinta Leyla. Dia pastikan hari ini Leyla takkan dapat mengelak lagi.
“I got hurt. I got hurt so badly.” Air mata Leyla semakin laju. Hopeless. Helpess. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan tentang perasaannya sekarang.
Tak ada siapa yang dapat membantu.
Tak ada siapa yang faham betapa terlukanya dia.
Tak ada siapa yang mahu mengubati lukanya.
Saat tubuhnya melurut jatuh, Red pantas menyambar dan membawanya ke dalam pelukan.
“Shhhh….” Kepala Leyla diusap lembut dan pelukan pada tubuh tinggi itu semakin erat. Red tahu berat matanya yang memandang, berat lagi bahu Leyla yang memikul rasa sakit di hati. Bila tengok Leyla menangis macam tak berlagu pun dia dah dapat agak betapa dalamnya luka Leyla. Malah mungkin lebih teruk daripada lukanya yang setakat putus cinta dengan Eva tak lama dulu.
“Saya nak benci dia sampai mati tapi saya tak mampu. Saya betul-betul tak mampu dan saya tak dapat lupakan dia sepenuhnya.” Tenggelam timbul suara Leyla yang menyembamkan wajahnya di dada Red. Emo sangat hari ini mungkin sebab lambakan pesanan WhatsApp yang Bad kirimkan dan percaya atau tidak, tahun lepas pada tarikh yang sama dengan hari ini Bad mengaku dia ada perempuan lain selain dia. Bezanya tahun ini dia menangis berteman dan tahun lepas, dia menangis seorang diri tanpa sesiapa di sisi.
Red menarik nafas panjang. Ini memang masuk kes parah sebab tangisan Leyla semakin kuat. Penghuni di bangunan bersebelahan dengan hotel ini pasti tertanya apa ke jadah dia dan Leyla sedang buat sampai Leyla menangis teruk di balkoni begini.
“Then just cry as mush as you want.” Dia biarkan saja Leyla menangis sampai lebam mata. Sesekali ciuman hinggap di kepala Leyla dengan harapan pelukan dan ciumannya dapat meredakan tangisan Leyla yang macam tak berpenghujung.
Siapa yang menghancurkan hati Leyla?
Siapa yang menduakan Leyla?
Siapa yang memilih untuk meninggalkan Leyla?
Terlalu banyak ‘siapa’ dan soalan yang ingin Red tanya. Andai hubungan Leyla dan lelaki itu terputus sebab tiada lagi rasa cinta, dia akan bersimpati dengan Leyla. Tapi kalau hubungan terputus sebab orang ketiga, Leyla tak payah buang air mata untuk orang yang tak berguna. Lepas tu dia akan pastikan yang dia mampu mengubah  kisah duka Leyla menjadi kisah cinta yang paling agung.

MATA Jay bersilih ganti pada dua orang di hadapan. Leyla yang sudah nyenyak tidur sambil berbungkus selimut dan Red yang duduk di sebelah Leyla dari tadi.
Bro, dah lama dia tidur?”
“Shhhh…”
Pulak dah. Dia tanya soalan pun tak boleh. Bukan bising pun, nada suara mengalahkan suara semut manalah mengganggu tidur Leyla. Jay mendekat dan duduk di atas lantai. Tubuhnya disandarkan di belakang katil.
“Apa yang sebenarnya terjadi pada Leyla?” Jay bertanya dengan suara yang teramatlah perlahan. Risau juga dia tadi bila Red tak muncul-muncul selepas ke bilik Leyla. Bila dia datang, Leyla dah dibuai mimpi di atas katil. Panik tak usah cakap, ingatkan Red ‘sambar’ Leyla sampai terlelap di atas katil. Tapi bila tengok pakaian Red masih lengkap seperti sebelum dia keluar tadi, rasa risau dibuang jauh. Ya lah, Red kadang-kadang susah ditafsir. Biarpun bintang amat berharga, prinsip ‘no-one-night-stand’ Red tu boleh goyah juga bila ada bintang secantik Leyla.
“Panjang cerita, bro.”
Then pendekkan cerita. Aku nak dengar.” Jay mengatur duduk. Sekarang berdepan dengan Red yang masih di atas katil. Sedap aje buat bilik Leyla ni macam bilik sendiri. Harap-harap bila Leyla bangun nanti tak ada di antara mereka berdua keluar dari bilik ini dengan lebam di badan atau patah tulang pinggul.
“Haih….”
Dahi Jay berkerut. Dia suruh buka cerita, Red pula mengeluh macam ada masalah paling besar di dunia.
“Aku nak minta tolong kau.” Red tak menjawab soalan tadi.
“Apa dia?”
“Tolong aku siasat siapa sebenarnya Leyla.”
Membulat mata Jay. Permintaan luar alam apakah ini. Jarak Rome dengan Kuala Lumpur beribu batu, takkan tak boleh tunggu sampai balik baru nak tahu semuanya tentang Leyla.
“Kenapa tiba-tiba, bro? Kita datang jauh macam ni nak….”
“Kau nak tolong kau ke tak? Kalau tak, aku minta tolong Shark.”
Jay tunjuk muka tak puas hati. Dahlah potong ayat dia, nak suruh Shark yang sibuk honeymoon sekarang tu apa cerita?
Fine, aku tolong. Tapi urgent sangat ke sampai….”
“Sangat urgent. Aku nak tahu semua tentang Leyla sampailah dia keluar dari Malaysia.” Red meraup wajahnya. Pandangan ditala semula pada Leyla yang masih terlena. Sedikit pun tak terganggu dengan suara mereka berdua yang tenggelam timbul.
“Bagi aku masa. Nanti aku contact Chad atau Joe. Tak pun Ah Beng.”
Jay banyak kabel dan antena yang panjang. Kalau nak upah orang untuk korek segala cerita zaman nenek moyang, Jay adalah orang yang boleh dipercayai. Dia serius tak tahu apa yang terjadi sebelum masuk ke sini tadi, tapi kalau Red sampai minta tolong ke tahap itu bermakna ada perkara yang dia tak tahu.
“Red.”
Red mengangkat kening tanda isyarat bertanya ‘kenapa’. Lepas ni mesti mulut Jay keluar dengan soalan macam bertih jagung.
“Kau dah jatuh cinta dengan dia, kan?” Pandangan Jay beralih pada Leyla.
Red angguk kepala tanpa berselindung. Tak dapat dinafikan. Perkenalan ini mungkin singkat. Baru beberapa kali berjumpa Leyla, dia dah dapat pengganti nama Eva di hati. Dia sendiri macam tak percaya tapi dia tak dapat menidakkan perasaan sendiri.
Then don’t let her go. Aku akan tolong kau dan aku harap kau takkan kecewa lagi macam dulu.”
Jay pun tak tahu apa-apa tentang Leyla tapi hati kuat merasakan Leyla mungkin jenis macam Eva. Yang pernah kecewa dan dihantui cerita lama. Yang hidupnya masih kabur dan tak pasti di mana hala tuju. Andai tekaannya betul, agaknya memang Red tak bernasib baik kalau bab bercinta.
“Aku takkan lepaskan dia.” Ayat Red pendek tapi dia bercakap penuh yakin. Kalau dah masuk kategori bintang, nak jentik pun dia tak sanggup apatah lagi untuk melukai hati yang sudah sedia terluka.
‘Jangan sakiti hati mana-mana perempuan sebab Red tak pernah sakiti hati mama.’
Ayat power mama tu sampai mati dia takkan lupa. Agaknya betullah kata orang, lelaki akan layan perempuan yang mereka sayang seperti mana mereka layan wanita teragung yang bergelar ibu.
Bagi Red….
Wanita adalah lebih berharga dari berlian atau permata,
Wanita adalah anugerah terindah…
Dan wanita layak disanjung tinggi sepanjang hayat mereka…


p/s : Sorry dearies minggu ni sunyi sikit due to my hectic schedule. Get ready, this one is coming out soon! Love loads! 

No comments:

Post a Comment