Monday, May 11, 2020

BINTANG TERBAIK (Bab 3)




Fontana De Trevi. 
7pm Msia time. 

Leyla menguntum senyum. Dah berpuluh kali baca apa yang ditulis oleh Red di sapu tangan Calvin Klein, setiap kali itu jugalah dia sengih sendiri. Kalau orang sekeliling pandang dia sekilas, dia mungkin nampak sebijik macam orang yang tengah angau sorang-sorang. Ingatkan dia saja yang nak ajak berjumpa di Fontana Dr Trevi. Teringat semula peristiwa semalam sebelum dia menaiki pesawat, sempat Red menariknya keluar dari barisan yang panjang semata-mata nak menconteng di atas sapu tangan.
“Jangan lupa temu janji kita. I’m already attracted to you, Leyla. Don’t tell me this is the last time we met.
Padanlah nama pun Red, dah macam nama ketua dewa cinta dari planet mana entah. Bila berterus-terang begitu dia tak rasa Red menggatal atau yang sewaktu dengannya. Dia lebih suka jenis yang straight to the point dan bukannya manis mulut tapi satu hapak tak jalan.
Pesanan WhatsApp yang masuk ke telefon menarik perhatian Leyla yang sudah jauh mengelamun.

-I miss you.

“Haih...jauh-jauh aku pergi pun dia masih cari aku.” Leyla bercakap sendiri. Telefon bimbit dimasukkan ke dalam sling bag. Pesanan Bad langsung tak dibalas. Malas sebenarnya nak memikirkan tentang dia dan Bad.
Leyla. Bad. Merpati dua sejoli. Samson dan Delilah. Gelaran tu semua dah tak boleh diguna pakai disebabkan oleh cinta yang kini retak menanti belah. Macam mana nak mulakan cerita dan dengan siapa dia nak meluahkan pun, serius tak tahu. Jadi dia
memilih untuk ‘forgive and forget’ serta ‘leave and move on’. Tak mudah tapi dia akan cuba.
Pandangan menala pada air pancutan yang besar dan cantik di depan mata. Fontana De Trevi adalah tarikan pelancong seluruh dunia termasuklah dia. Pendek kata kalau tak datang ke sini bermaksud percutian ke Itali tak ‘lengkap’. Melihat para pengunjung yang sibuk mengambil gambar dan melontar duit syiling ke dalam kolam besar itu, Leyla terasa nak ikut sekali. 
Toss your coin. Your wish will come true. 
Itulah ayat trademark untuk pengunjung di sini dan Leyla ikut saja. Siap tutup mata dan membelakangi salah satu ikon di Rome itu. 
“Saya nak lupakan cinta lama. Saya nak bahagia. Saya nak bebas dan dilepaskan pergi.” Berderet-deret permintaan Leyla sebelum duit syiling dilontarkan ke kolam di belakangnya. Tak percaya pun sebenarnya tapi saja nak ikut trend pengunjung di sini.
“I hope that you will forget your ex too.”
“Opss! Oh myyyyyy.…” Terkejut punya pasal, Leyla membuka mata.
“Hai. Lama tak jumpa.” Jarak Red hanya beberapa inci saja dari Leyla. Boleh tahan Leyla melatah. Kalau melatah sambil peluk dia lagi bagus rasanya.
“I…I thought we just met yesterday.” Leyla masih mampu tersenyum biarpun suara gugup.
“Dua puluh empat tak jumpa. Kira lamalah tu.” Red kenyit mata.
Melting!
Cair!
Terbang di awan tinggi!
Describe lah dengan perkataan yang macam mana pun, Leyla tak kisah. Aci cakap dia cukup tertarik pada Red dan rasa sangat selesa walaupun tempoh perkenalan mereka berdua baru sekejap.
“Nah. Pakai ni. Macam mana boleh keluar tak pakai skaf?” Skaf yang berlilit di leher Red bertukar tempat. Leyla terkejut bila dia lilitkan ke leher Leyla tapi dia tahu Leyla tak mampu menolak.
“Cuaca sejuk. Angin kuat. You should wear your scarf and more thicker clothes bukan cardigan macam ni aje. Nak jaket saya sekali?”
Laju Leyla menggeleng bila Red sudah mahu membuka jaket di tubuh. Automatik fikiran menerawang teringatkan Bad yang dia kenal lebih sepuluh tahun lalu. Asal ada angin sejuk sikit pun Bad dah balut tubuh dia macam sedang menghadap musim sejuk di Siberia. Sikap mengambil berat itulah yang buat dia masih rindu pada yang lama.
“Mana Jay?” Mata Leyla mencari teman baik Red. Kata pergi country hoping bersama, takkan sampai Rome terus berpecah dan bawa haluan masing-masing.
“Ada aje kat sini. Takkan rindu Jay pulak. Yang kat depan ni tak rindu?” Red menjawab. Jay pergi cari tandas terdekat. Timing salah nak buang air kat tengah bandar macam ni.
Pecah tawa Leyla. Please lah, tanya aje pun bukan nak ajak Jay couple terus. Mereka berdua menjauh sedikit bila bahagian depan air pancutan itu mula digerumuni oleh para pelancong.
“Thanks for coming.” Leyla memeluk tubuh. Angin yang sedikit kuat buat tubuhnya mula terasa sejuk. Mereka berdua duduk tak jauh dari situ.
“Saya jenis yang tak mungkir janji. Dan kalau saya dah suka, saya akan suka sampai bila-bila.”
Leyla terdiam seketika. Bibir masih mampu menguntum senyum nipis biarpun fikiran kini mula mentafsir maksud Red. Suka as in dah jatuh cinta atau suka as in sekadar selesa dengannya? Kalau Red sudah jatuh cinta bermakna mereka berdua kini berada di paksi yang salah.
“Jap. Nah.” Sapu tangan dari dalam sling bag dipulangkan pada Red tapi ditolak Red.
“Pulangkan hanya bila saya minta. You might need that in case kalau awak nak nangis, bersin, lap mulut atau nak buat apa saja.”
Belum sempat Leyla menjawab, seorang lelaki yang tak jauh dari tempat mereka berdua melompat masuk ke dalam kolam air pancut itu dan menyebabkan beberapa orang di situ basah terkena tempias air termasuklah mereka berdua.
Come closer to me. Apa kes masuk dekat dalam tu? Gila ke apa.” Red menarik tubuh Leyla agar dekat dengannya. Ikut hati dia nak lempang muka lelaki itu yang sedang ketawa sambil ditarik keluar dari dalam kolam oleh pengawal yang ada di situ. Apa faedah menganggu para pengunjung yang ada di situ serius dia tak faham. Wajah Leyla yang basah sedikit dilap dengan sapu tangan yang dipegang Leyla. Tindakan yang betul-betul spontan.
“Leyla, awak okey tak ni?” Pipi Leyla dipaut Red dan dia menunduk mencari anak mata Leyla yang hanya terdiam. Sempat juga mata melilau ke seluruh tubuh Leyle kot ada tempat lain yang Leyla rasa tak selesa.
“Errr…tak…tak….saya okey.” Oh gosh! Kalau sampai tergagap memang dia sangatlah tak okey. Tindakan Red terlampau cepat hinggakan dia nak menolak pun tak sempat. Ditambah lagi dengan jarak mereka berdua yang sangat dekat buat Leyla statik tak bergerak.
Bro, chill bro. Go slow.” Muncul Jay dengan aiskrim gelato di tangan. Risau juga tengok macam Red akan cium Leyla bila-bila masa. Baru berjumpa kali ketiga takkan hari ni dah nak rembat bibir Leyla. Cerita esok lusa pun tak tahu lagi. Kalau hari-hari layan Leyla macam ni, silap hari bulan Leyla lemas di dalam pelukan Red. Typical Red, aura teman baiknya itu mampu buat mana-mana perempuan cair sampai tak ingat dunia. Harapnya Leyla ni jenis yang kebal sedikit.  
Pandangan mata Red sedikit pun tak lari dari wajah Leyla. Pipi Leyla masih dipaut macam tadi. Dia makin menunduk dan mendekat hingga akhirnya Leyla bersuara.
“Sorry, I think we need to keep our distance.” Mohon jangan terbabas dengan Red yang mampu buat dia goyah. Kalau dia ‘menyerah’ habis dia.
Red senyum. Pautannya dilepaskan dan dia menjauh sedikit. Sapu tangan diletakkan semula ke dalam sling bag Leyla. Nak minta maaf dengan Leyla sebab terlalu ‘touchy’? Tak, dia takkan minta maaf. Bagi Red, itu tak salah. Kalau dah namanya sayang, apa pun tak salah. Malah kalau bab agama memang seorang Fareed Jazley amat pincang dan jenis yang tak pernah kisah.
“Kau pulak makan gelato sorang-sorang apasal?” Jay di sebelah dipandang. Bukan tadi pergi tandas ke? Sedap makan sampai tak ajak sekali.
Huh? Jay malas nak layan. Dia yang baru datang ni pun kena marah. Tak kongsi kena marah. Tak belikan sekali pun kena marah. Berlambak gerai gelato di sepanjang jalan ke sini tadi, manalah dia nak melepaskan peluang mencuba sekali.
“Nak makan gelato?” Red beralih semula pada Leyla yang masih statik macam tadi.
“Red, kejap. Ada hal saya nak bagitau.” Leyla divert hal lain. Dia mesti berterus-terang sebelum mereka berdua ‘pergi’ lebih jauh.
You have the whole trip for that. Jom. Kalau awak tak nak makan pun, at least temankan saya.” Red hulurkan tangan.
Satu saat.
Tiga saat.
Lima saat.
Sepuluh saat.
Huluran tangan Red akhirnya bersambut dan senyuman Red semakin melebar. Nak kata dia dah jatuh cinta dengan Leyla? Ya. Nak kata Leyla sudah mula mendapat tempat di hatinya dan menggantikan nama Eva? Ya. Nak kata Leyla yang diinginkan sekarang? Ya.




LEYLA menongkat dagu di atas meja. Dia bukanlah penggemar aiskrim, setakat makan sedikit dah cukup. Selebihnya dia berikan pada Red di hadapan. Jay pula duduk di meja sebelah, saja nak bagi dia dan Red berdua di sini.
“Nak cuba?” Red hulurkan sudu kecil tapi Leyla menolak. Perisa mint dengan vanila yang Red sedang makan sekarang, dia tak minat. Paling common pun dia makan perisa coklat aje.
“Tell me more about you,” pinta Leyla. Dia ingin tahu lebih dekat tentang Red. Percaya atau tidak, Red berjaya buat dia lupa tentang masalahnya dengan Bad walau perkenalan mereka berdua baru sekejap.
“Mana satu yang awak nak tahu? In general pasal saya atau apa sebab saya putus cinta dan datang jauh-jauh ke sini?”
“Both.”
Red senyum dan tanpa dia sedar senyuman itulah yang buat Leyla semakin tertarik dengannya.
“Saya ada seorang adik perempuan yang sekarang tinggal dengan ibu bapa saya. Saya pulak tinggal dengan Jay. Don’t get me wrong. Bromance is our thing but we are still straight.
Pecah tawa Leyla. Tahap bromance tu dia tak nak tahu, cukup sekadar tahu Red dan Jay berkawan baik.
“Lagi?” Leyla menumpukan semula perhatian.
As I told you before, saya pergi bercuti jauh-jauh ni sebab baru putus cinta. Kecewalah jugak tapi tak apalah, kecewa in a good way. At least she ended up with someone that loves her so much.”
“Kenapa awak tak rebut aje dia?” Leyla tak faham part ‘kecewa-in-a-good-way’. kalau dah nama pun kecewa, mana lagi nak ‘good way’nya.
Red tersenyum lagi. Senang cakap tapi susah nak dibuat, Leyla.
“Takkan saya nak paksa dia untuk terima saya. Lelaki tu ada extra point because he was her previous ex. Plus saya dan lelaki tu kawan baik. So it’s a win-win situation, dorang bahagia. Saya pun gembira. Kecewa kejap tak apa, dah okey dah pun. Lagipun dah jumpa awak. I’m more than happy.” Red bagi ayat tersirat.
Leyla terdiam. Mata beralih pada gelato Red yang sudah habis. Sekarang giliran gelatonya yang dimakan Red. Red dan dia lebih kurang sama saja sebenarnya. Mengalah demi yang tersayang tapi situasinya berbeza sedikit. Red hadir di antara dua loved birds yang dimaksudkan. Dia pula adalah milik Bad yang hakiki tetapi orang ketiga hadir di antara mereka berdua. Yet, you lose dear darling! Sebab Bad pilih orang ketiga berbanding dia.
“Awak macam mana pula?”
Bila soalan diajukan padanya, Leyla tak menjawab. Dia senyum dan kemudian melarikan pandangan ke arah Jay di meja sebelah. Jay di dalam dunianya sendiri. Melilau melihat sekeliling. Sesekali ambik gambar dengan telefon bimbitnya. Sedikit pun tak perasan yang dia sedang memerhati.
“Cerita saya complicated.”
I told you, you have the whole journey to tell me. Saya akan temankan awak sepanjang percutian awak. Italy. Czech. Germany. Sampailah awak balik Malaysia.”
See! Betapa nekadnya Red dengan niat nak ‘usha’ Leyla. Biarpun Jay buat-buat sibuk, tapi dia masih dapat mendengar setiap butir bicara Red dan Leyla. Dia menyokong dalam diam. Kalau nak minta restu dia sekali pun tak ada masalah. Dia kasihankan Red yang parah bila kecewa teruk dulu tapi rasanya ada hikmah kenapa Red perlu melalui semua itu. Kiranya yang sesuai untuk Red setakat ini adalah Leyla.
“Serius?” Leyla macam tak percaya.
Dah set dalam kepala percutian kali ini adalah solo trip dan sebab itu dia tak bawa teman baiknya Jess ikut sekali. Konon sebab mahu ada ruang sendiri sebelum dia terima keputusan Bad tentang arah tuju hubungan mereka berdua.
“Saya tak pernah main-main, darling.”
Ah, sudah! Dia mula lagi. Setiap kali bila kena panggil ‘darling’ Leyla tak tahu nak bereaksi macam mana. Sudahnya dia senyum saja dan menjungkitkan bahu.
“Saya tak kisah.” Itu jawapan paling selamat yang Leyla dapat berikan. Sejujurnya dia rasa gembira. Dapat kawan baru. Dapat pengalaman baru. Cinta baru? Follow the flow ajelah, babe bak kata Jess padanya sebelum dia bercuti ke sini tempoh hari.
Habis makan gelato, mereka bertiga membawa langkah menuju ke Spanish Steps. Jay kata tak jauh, berjalan kaki pun boleh sampai. Confidence level Jay yang tinggi melangit tu tak ada sesiapa pun dapat lawan. Dengan peta Rome di tangan dan lagak macam dah kenal sangat dengan bandar yang penuh bersejarah ini, Red dan Leyla ikutkan saja. Baru bererapa langkah keluar dari kedai gelato, Leyla terkejut bila bunyi loceng yang kuat dan terasa begitu dengannya. Dalam sekelip mata tubuhnya ditarik Red ke dalam pelukan dan ketika itulah sebuah basikal melintas di sebelah.
“Hati-hati. Tengok kiri kanan dulu.” Suara Red perlahan tapi serius. Nasib baik dia cepat, kalau tak payah juga nak bawa Leyla ke hospital kalau dilanggar basikal dan cedera di celah badan.
Leyla terkaku.
Jay speechless.
“Thank you. Sorry.” Berterabur perkataan Leyla sama seperti fikirannya. Terima kasih sebab selamatkan dia dan maaf sebab buat Red risaukan dia. Bila dia mendongak, wajah Red tampak tegang dan risau pada masa yang sama.
Come. Awak kat sebelah sini.” Tubuh Leyla dibawa ke sebelah kanannya. Tangan mendarat di bahu Leyla dan tak mahu dilepaskan. Malah dibawa lebih dekat padanya.
So-called tak ‘touchy’ sana sini? Semua tu boleh sumbat masuk longkang Leyla oi. Sepanjang perjalanan, tak banyak bicara di antara mereka berdua. Sesekali dia menoleh pada Red di sebelah.
Sesiapa pun akan tertarik pada personaliti Red. Bersahaja tapi sangat mengambil berat, membuatkan dia terasa begitu dilindungi dan selamat.
“Red.”
“Hmmm….”
“Thank you.”
Red senyum. Bila pandangan mereka bertaup, dia mengenyitkan mata. Ikut hati yang tak berapa betul, dia nak cium dan peluk sampai tak mahu dilepaskan. Tapi dia masih ingat pesan Jay. Go slow, bro. Leyla takkan lari ke mana-mana dan Leyla akan sentiasa bersamanya.
Jay di belakang tak tahu nak komen apa. Betapa ‘feeling’ Red dan Leyla di hadapan sampaikan dia di belakang pun tak dipedulikan. Agaknya memang inilah sebab kenapa dia perlu ikut Red untuk country hoping kali ini. Jadi tiang lampu tak bertauliah. Tapi dia tak kisah. Kalau Red melampaui batas, dia ada untuk mengingatkan. Kalau Red kecewa lagi, dia ada untuk menemani. 



p/s : Kalau tak ada aral melintang, order untuk Bintang Terbaik akan dibuka selepas Raya <3 Jangan ketinggalan tau! Love loads! 

No comments:

Post a Comment