Sunday, May 3, 2020

Kiss Of 14 Days (Final)

FINAL
KITA nak cakap lagi ke fasal kindness is not a trend anymore?”
Soalan Amir buat Dahlia rasa tertampar. Tak adalah dia teruk macam itu sekali. Dia cuma tak sukalah kalau Amir terlajak baik dengan semua orang sebab kalau dah macam tu, kat tang mana spesialnya dia? Boleh ke nak capai relationship goal yang Amir dambakan tu?
You be you. Ookay...” Dahlia mengalah. Rasanya tu bukan masalah besar dalam hubungan mereka. Dia sahaja yang salah mentafsir dan masih mentafsir rasa hati sendiri.
“Sure?”
“100%.”
Dahlia tak nak tergolong dalam kategori ‘FOOLISH’. Bak kata pepatah Inggeris,
only a fool mistakes kindness for weakness,
and kindness is obviously
Amir Dzikry’s superpower too.

DAHLIA menjeling telefon bimbit di atas meja. Tak ada tanda pun Mr Spicy nak telefon. Semalam selamat bersahur kemain lagi. Kalau mesej daripada MKN yang tiba-tiba masuk tengah sahur macam ni memang dia hangin.
MKN, satu-satunya ‘orang’ yang tak pilih kasih dalam mengamalkan konsep #kitajagakita. Rasanya satu Malaysia MKN akan hantar mesej peringatan.
Overnight oat ditelan penuh keterpaksaan sekadar buat syarat untuk kutip pahala bersahur. Biasanya kurma 3 biji sahaja dah cukup bagi Dahlia.
Semalaman dia berfikir akan hala tuju dia dengan Amir. Nak-nak selepas mendengar tazkirah online dengan ayah malam tadi. Praktis norma baharu, walaupun berjauhan tetap boleh berhubung dan ahli keluarga dan mendengar nasihat daripada seorang ayah seakan menghidupkan malamnya yang sepi. Dulu tiada istilah malam yang sepi untuk introvert sepertinya tapi sejak dia mula pandai merindu, terasa kesunyian lebih mencengkam.
Teringat nasihat ayah. Pahala puasa ni hanya Allah yang mampu ukur. Sincerity kita terhadap amalan puasa kita tangible, tapi hanya di mata Dia.
‘Susahlah kalau awak nak bagi sincerity saya ni tangible.’
Bukan Dahlia nak fokus dengan ilmu yang ayah bagi tapi sibuk nak relate dengan ayat-ayat cinta Amir. Memang dah tahap parah sebenarnya Dahlia. Nak mengaku payah.

Ayah: Konsep puasa ialah takwa dan tawakal sebab amalan kita hanya untuk Dia. Buat kerana iman dan takwa dan tawakal dengan penerimaan Dia dengan ibadah kita.
Daniel: Ayah, konsep puasa dah macam sama dengan situasi pandemik sekarang.
Mak: Maksud Daniel persamaan daripada segi mental, fizikal dan rohani?

Dahlia nampak Daniel angguk tanda mengiakan jawapan mak. Mujur line Internet clear aje malam ni. Tak da lagging bila bercakap. Bukan macam dua malam lepas yang mental rasanya bila buat group video call.

Dahlia: Kalau yang Kak Ngah faham ya lah. Puasa kena 30 hari. Kenapa bukan satu hari? Sebab kena ulang-ulang amalan untuk dapatkan consistency. Macam flatten the curve. Norma baharu yang perlu dibuat dengan konsisten. 14 hari RMO tu umpama melatih diri sendiri agar terbiasa dengan semua amalan ni selain sebab tempoh inkubasi virus tu.

Dania: Kak Long setuju. Sambung lagilah RMO kat Malaysia tu. Belum lagi stabil. Orang cakap kena berusaha untuk melawan Covid-19.

Dahlia angguk. Tak selalu kakak sulungnya yang menetap di Australia rajin nak join online video call ni. Maklumlah beza masa taklah melampau sangat setakat Malaysia – Sydney tapi Dania Ameena mempunyai keluarga yang lebih menuntut perhatian. Anak bongsu baru 3 tahun kot. Masa ayah pilih nak bagi tazkirah dah masuk waktu tidur anak Kak Long kat sana.

Ayah: Betul, Kak Long. Orang cakap dah berusaha jangan lupa berdoa agar tak tergolong dalam manusia yang sombong.

Macam biasa, hal-hal berat yang dibincangkan akan ditutup dengan lawak sengal daripada Daniel tapi malam tadi Daniel dengan selamba berterus-terang di hadapan ahli keluarga yang dia dah ada someone.
Fokus bukan kepada Daniel tapi semua fokus kepada Dahlia. Takut sangat Daniel langkah bendul. Dah ada kaki, langkah ajelah. Dia pun rasanya memang dah ada tapi belum lagi sampai tahap nak mengaku.
Dahlia menaip sesuatu di skrin telefon bimbit dan butang send ditekan.
Baby step.


WhatsApp berbunyi.
Dahlia: Tak bangun sahur ke?
AMIR yang sedang minum susu kurma senyum sampai ke telinga. Nampak dah ada pembaharuan sejak kes dia prank Dahlia dengan public declaration dan sesi kindness is not a trend anymore. Kelakar bila diingat balik momen tu.
“Dah kenapa tercegat depan pintu?” Adriana yang baru sampai di hadapan rumah menegur Dahlia.
“Sedara you ni. I rasa dia mabuk ubat.”
Adriana angkat bahu tanda malas nak masuk campur dan melangkah masuk apabila Amir menggamit.
Dahi Dahlia berkerut. Seakan faham concern Dahlia, Amir berkata, “Saya bagi dia masuk sebab dia nak pinjam iron dan awak ada kat sini.”
“I tak pernah masuk rumah ni kalau berdua ya. Biasa satu keturunan ada baru I masuk.” Adriana angkat tangan dan menghilang ke bilik belakang.
Dahlia speechless. Bukan apa, beria-ria kedua-duanya nak menerangkan keadaan. Teruk sangat ke tahap judgemental dia selama ini? Lagi satu, nak iron baju nak pergi mana? Nak pergi kerja? Pekerjaan Adriana tergolong dalam kategori essential ke? Atau sekadar ambil bungkusan Foodpanda kat bawah? Duh!
Amir menggamit Dahlia masuk.
Dahlia geleng.
“Awak nak saya bawa laptop ni ke sana?”
“Okey, tunggu.” Dahlia cepat-cepat menghampiri Amir. Seriuslah tadi tu public declaration depan orang. Siapa? Budak pejabat dia ke? Duh…memang tak tahu malu mamat ni. Pipi Dahlia sekarang merah menahan malu dengan pengakuan Amir di hadapan group members hang out meeting.
“Tengok sini. Ini ada butang off kamera. Ada butang off mikrofon.”
“Jeeezzzzz….”
Amir tergelak apabila Dahlia terus bangun nak meluru keluar tapi sempat Dahlia u-turn dan masuk dapur. Selamba, Dahlia ambil bungkusan makanan dan disalin ke pinggan. Sumbat microwave 10 saat. Melilau cari sudu kemudian pinggan ditatang bersama segelas air kosong dan diletakkan di hadapannya.
“Makan.”
Peh! Macam ni punya garang nak bagi bakal suami makan.

AMIR tekan loceng Speedmart.
Dahlia hulur tangan.
“List?”
“Tak ada list pun hari ni. Tadi dengar? Sambung lagi.”
Dahlia angguk. Dasar extrovert. Dapat berita RMO kena sambung macam dapat berita kematian.
“Kan syarat dah longgar sikit. Memang patut untuk kebaikan bersama.” Dahlia melangkah keluar pintu dan berdiri di hadapan Amir. Malas nak buka grill. Cakap aje depan-depan macam ni dengan jarak semeter. Norma baharu.
Rambut Amir makin panjang nampaknya. Dahlia membandingkan dengan saat pertama kali mereka bersua.
“Dah terawih?”
Amir angguk.
Tengok wajah kusut Amir, dah rasa macam obligation pula nak kena menghiburkan hati dia.
“Damien cakap terima kasih sebab selalu jenguk Uncle Tobias. Nanti habis kuarantin baru boleh jumpa.”
Amir angguk lagi. Dahlia ketap bibir.
“Dia ada send video menarik. Jom tengok.” Dahlia bergegas masuk ke dalam dan keluar semula dengan telefon bimbit di tangan siap Youtube dah terpasang.
“Foo Fighters.” Amir bersuara.
Yep.” Dahlia angguk. Telefon bimbitnya dihulurkan kepada Amir.
“Amazing.” Amir terhibur dengan muzik video Learn to Fly.
“Masa saya tengok pun kagum sangat. The scene of 1000 musicians sang and played musical instruments together was just superb!
Bersinar mata Dahlia bercerita. Paling penting Damien kongsikan sebab konsert tersebut berlangsung di Itali. Seramai 1000 pemuzik berkumpul, masing-masing bawa gitar, drum, speaker, mikrofon dan nyanyi serentak di tengah-tengah padang. Bayangkanlah macam mana meriahnya suasana. Ingat senang nak bagi serentak.
Dalam keadaan Itali dilanda pandemik dengan kadar ketiga tertinggi di dunia, melihat video begini mengundang sebak.
“Forza Italia, you will get through this.”
Amir terhibur dan berdoa dalam hati agar keadaan di seluruh dunia bertambah baik. Tak kira negara, agama dan bangsa. Semuanya diuji tanpa pilih kasih dan kita semua harus bersatu hati untuk menentang virus Covid -19.
“Kalau dorang berkumpul sekarang dan semua yang positif Covid -19 boleh bagi nama Kluster Foo Fighters.” Dahlia melawak.
Dahlia Adeeba era RMO. Yang boleh bercakap lebih daripada tiga patah perkataan dan selesa berdua (Read: Hanya dengan Amir Dzikry).
“Fasa 4 ni menakutkan. Macam longgar sikit tapi tanggungjawab besar.” Amir tayang kembali wajah risau.
“Betul. Nanti sia-sia pengorbanan frontliners selama tiga fasa ni. Dorang ni dah macam Knight in Shining Suit. 14 days after another. Nak tunggu flatten the curve jadi kenyataan memang seksa tapi bermula fasa ke 4 ni kalau semua orang be your own knight in your own suit maksud semua orang do their own part in battling the virus, semua akan jadi kenyataan. Kita akan menang.” Panjang lebar pula Dahlia bercakap. Memang boleh dapat gelaran Dahlia the Wordsmith.
I'm looking to the sky to save me
Looking for a sign of life
Looking for something help me burn out bright

Amir melagukan separuh lirik lagu Learn to Fly sambil menghulurkan kembali telefon bimbit Dahlia.
Beberapa saat suasana sepi seketika.
“Dahlia Adeeba, do you love me?”
Eh, bulan puasa ni tapi dia nak juga tanya. Niat hati bukan nak bercinta tak ada hala tuju. Dia memang nak memperisterikan Dahlia. Dia tak sabar nak kenalkan Dahlia dengan ahli keluarganya.
Sambung lagi RMO fasa 4 ni kalau apa pun tarak, boleh buat anxiety level dia mencanak. Nak berkurung lagi dalam rumah, ulang-alik Speedmart tapi tak ada jawapan pasti, sampai bila? Sampai RMO fasa ke seratus? Lenggok Dahlia yang makin mesra pun tak mampu buat hati dia tenteram. Dia nak kan kepastian.
Dahlia senyum.
Bulan mulia ni. Tak kan nak jawab I love you 3000 macam kanak-kanak Ribena. Penat ayah tazkirah konsep beriman ni ialah konsep worldview cara kita membesarkan Allah. Terkesan sangat dan Dahlia faham konsepnya kita sayangkan Allah dan beribadat sehingga yakin something real will happen (Read: syurga dan neraka) bukannya konsep meaningless I love you sesama manusia.

Dahlia: Do you know what does it means that Allah SWT is closer to you than your jugular vein?
Amir: Macam pernah dengar.
Dahlia: It means that He knows, He awares, sees and hears all the things inside of you. He knows what you are about to say before you utter a word.
Amir senyum.
Deep.
Then, you don’t have to say you love me, baby.

Hikayat AD – DA
2020

TAMAT



To satisfy your curiosity readers;
PART 1: Rin Ahmad
PART 2: Farah Husain
PART 3: Emy Roberto
PART 4: Rin Ahmad
PART 5: Farah Husain
PART 6: Farah Husain
PART 7: Emy Roberto
PART 8: Emy Roberto
PART 9: Rin Ahmad
FINAL: Rin Ahmad

Special words
17th March 2020, 9.03 pm:
We should write a short story; KISS of 14 Days.
Hahaha…jom…jom!
The rest is history.

Rin Ahmad – Million thanks to FH & ER. You guys are amazing. Pass baton sehari – sehari is no joke but pheww! We managed this well.
Alhamdulillah.
For all readers, you are the reason and will always be the reason who lift up the authors’ spirit. Thank you.

Farah Husain - Let me tell you a secret. I’ve been wanting to do this collaboration for quite a while. #mybucketlist
 Tapi segan yang amat nak buka mulut. So imagine my surprise (baca: happy tak hengat!) bila RA slide a DM : We should write Kiss of 14 Days.
Oh, yes!
So thank you Rin for sliding that DM a few weeks ago. Thank you Emy sebab sudi collab with us. The three of us have different style of writing but alhamdulillah, we managed to write together till the end. Thank you; Pelepak Karya Lepak, ER Lovelies and my amazing Escapism readers for the support.
For every word that we write, we hope you gain something out of it. Yang baik, jadikan amalan. Yang buruk, jadikan sempadan. Thank you again for being with us since the 1st Ramadan.

Emy Roberto: It started with 'jom-tulis-cerita-pendek', sekarang tak terasa cerita dah habis. Thank you so much Kak RA and Kak FH. You both are so cool despite my delay updates tiap kali when the batton is with me.
To all readers, terima kasih sebab sudi singgah ke platform kami dan hope you all enjoy reading dari awal sampai akhir bab. And ya, this short story is dedicated to all of you lovelies!




No comments:

Post a Comment