Saturday, February 20, 2021

HAZEL (BAB 1)

 




HAZEL Adilla binti Bahrain.

33 tahun. 165cm.

Menetap di Prague sejak berumur 25 tahun.

Mempunyai penyakit asma sejak kecil.

Mempunyai ladang strawberi dan menjadi salah satu sumber eskport dan import terbesar di Eropah.

Alergik kucing dan udang. Tak suka makanan pedas bla bla bla…

 

Seriously? Info macam tu pun kita kena tahu jugak ke?” Azat bersandar dan berpeluk tubuh bila Chief Farouk menerangkan tentang anak Tuan Bahrain yang akan kembali semula ke Malaysia.

“Yang ni confirm akan memeningkan kepala, bro.” Jai di sebelah bersuara.

“Jadi yang dia balik sini apasal? Kenapa tak tinggal aje terus dekat Prague?” Azat ingin tahu.

“Aku dengar dia balik sebab harta. She’s taking over this company, bro.”

Azat tak hairan, orang kaya biasalah akan mewarisi harta ibu bapa. Tapi yang Azat tak faham, kenapa segalanya diserahkan pada anak perempuan Tuan Bahrain? Tuan Bahrain kan ada dua orang anak lelaki lagi. Selepas ini pasti akan berlaku perebutan harta di antara anak-anak Tuan Bahrain.

“Hazel is very sensitive. Contohnya dia hanya makan overnight oats yang dah disediakan selama lapan jam sebelum tu. Lebih dari lapan jam, dia takkan makan. Telur pulak kalau kena rebus lebih dari 9 minit 15 saat, she won’t eat.”

“WTF?” Azat dan Jai berkata serentak dan saling berpandangan bila dengar Chief Farouk menerangkan tentang Hazel.

“This one will really give us a serious headache, Chief.” Azat memberi komen. Selama ini mereka melindungi Tuan Bahrain yang tak banyak songeh dan cool saja. Tapi bila bakal berdepan dengan anak Tuan Bahrain yang level kayangan begini, dia tak yakin mereka akan dapat bertahan.

“Kita tak ada pilihan lain. Memandangkn Hazel adalah target utama kebanyakan musuh Tuan Bahrain, keselamatan oleh VIP team perlu diperketatkan.”

“Maksudnya kita perlukan lebih banyak manpower untuk jaga dia?” Jai bertanya.

Chief Farouk menggeleng. Dia bergerak ke arah Azat dan Jai.

“Kita perlukan A9 dan J8 untuk melindungi Hazel.”

Suasana di dalam lounge tiba-tiba menjadi riuh. Tubuh Azat automatik tegak. Jai di sebelah pula tak terkata. Hanya bersilih pandang dengan Azat dan Chief Farouk. Kenapa mesti mereka berdua yang ditugaskan untuk menjaga Hazel?

“Then how about Tuan Bahrain?” Azat masih tak percaya dengan apa yang baru didengarinya.

“Me and M3 will be with Tuan Bahrain.”

“Tapi Chief, kenapa….”

“We need the best men to protect her and both of you are the best ones that we have.” Chief Farouk memotong ayat Azat. Dia dah fikir tentang ini sejak Tuan Bahrain memaklumkan yang Hazel akan balik ke Malaysia.

Azat melepaskan keluhan. Ini bukanlah apa yang dia pernah bayangkan sepanjang kariernya. Mahu membantah, dia tahu Chief Farouk takkan dengar. Nak confront Tuan Bahrain sendiri, lagi payah sebab bagi Tuan Bahrain keselamatan Hazel adalah jauh lebih penting daripada keselamatan diri sendiri.

“Bila flight dia sampai?” Malas-malas Azat bertanya.

“Tengah hari ni. Pukul 12.30.”

Azat melepaskan keluhan. Kapal terbang dah nak landing lagi 3 jam sekarang baru nak bagitahu tentang Hazel. Dia bangun dari duduk dan memberi isyarat agar Jai ikut sekali. Kang lambat bising pula Hazel.

Be gentle to her. Dia dah bertahun tak balik Malaysia.”

“Whatever.” Azat tak ambil peduli dengan pesanan Chief Farouk. Dah tahu dia dan Jai jenis yang tak dengar cakap dan paling tak berperasaan, memang tak akanlah mereka berdua ‘be gentle’ segala dengan Hazel biarpun itu adalah anak bos besar.

 

*********


“WELCOME back to Malaysia, Cik Hazel.” Jai menyapa sebaik saja Hazel sampai. Terasa formal nak matey, dah gaya macam tengah menyambut kedatangan pelancong asing pun ada jugak. Senang sikit rasa hati bila Hazel mengangguk dan tersenyum nipis.

“J8 or A9?”

“J8.” Jai menjawab soalan Hazel. Agensi mereka mempunyai initial untuk setiap ejen peribadi. Itu adalah permintaan Chief Farouk sendiri. Toleh di sebelah, Azat diam tak cakap apa. Setakat mengangguk kepala saja.

Mata Hazel berkalih pada lelaki yang lagi seorang. Inilah kot A9, kononnya yang terbaik di agensi keselamatan. Untuk beberapa ketika pandangan mereka berdua bertaup dan bila Hazel tersenyum nipis, Azat tak bagi apa-apa respons. Memang dorang ni tak dibenarkan tersenyum waktu bekerja ke? J8 pun sama, riak serius aje.

“Kita balik rumah dulu, Cik Hazel. Tuan Bahrain tunggu dan….”

“Saya nak berjumpa dengan Hariz kejap. Bring me to him, please.”

Jai terdiam bila Hazel memotong ayatnya sebaik saja mereka masuk ke dalam kereta. Dari cermin pandang belakang, gadis itu dilihatnya membuang pandang ke luar. Suara Hazel perlahan tapi masih mampu didengari dengan jelas.

“Tuan Bahrain minta kami bawa awak balik terus.” Azat bersuara.

Bring me to Hariz, saya nak jenguk dia.”

Sekali lagi mata Azat dan Hazel bertaupan di sebalik cermin pandang belakang. Kali ini tajam pandangan mata Hazel dan suaranya kedengaran lebih tegas. Tanpa membantah, kereta yang dipandu Azat meluncur menuju ke destinasi yang Hazel maksudkan.

“No wonder everyone said you are so hard to deal with.”

Excuse me? Hazel menoleh semula. Di sebalik cermin, dia tengok muka Azat selamba gila tanpa rasa bersalah. Bercakap begitu seolah-olah dia ini bukanlah anak papanya.

“Are you talking about me?” Hazel tak puas hati.

“Errr, maaf Cik Hazel. A9 kadang-kadang tak sedar apa yang dia cakap. So sorry on his behalf.” Jai terpaksa cover line. Seriuslah dia rasa macam nak tolak Azat keluar dari kereta sekarang juga.

Hazel tak komen apa. Azat pula hanya tersenyum sinis. Baginya, dia hanya bertanggungjawab menjaga keselamatan Hazel. Lain dari itu dia tak kisah dan tak ambil peduli. Dia tak ada masalah pun sebenarnya tapi kalau awal-awal pun perangai Hazel dah jenis yang anti-clockwise dan tak reti dengar arahan, memang dia takkan bagi muka lah.

Sampai di tanah perkuburan, Azat dan Jai biarkan saja Hazel pergi sendiri ke kubur yang ingin Hazel lawati. Tak sedar bila pula Hazel mengenakan selendang berwarna hitam di kepala.

“Kau rasa dia betul-betul bunuh suami dia?” Jai buka topik hangat sementara menunggu. Dia menyertai Azat yang bersandar di bonet depan kereta.

“Tak pasti, bro tapi aku tak hairan kalau yang bunuh suami dia tu adalah dia sendiri. She already killed so many people.”

“Mungkin sebab tu lah dia pergi ke Prague. Aku dengar keluarga mentua dia pun tak suka dia. Harta Hariz, semua dia yang dapat.”

Azat menarik nafas dalam. Tak banyak sangat yang mereka berdua dengar tentang Hazel. Kisah hitam Hazel ini pun dorang korek dari Lila, PA Tuan Bahrain. Hazel memang terkenal dengan gelaran ‘the villain lady’ sejak dulu di kalangan musuh termasuklah musuh Tuan Bahrain sendiri. Kekejaman Hazel, plot yang Hazel susun untuk kepentingan diri sendiri tak mampu dihalang dan dibayangkan oleh sesiapa saja. Pendek kata, Hazel membunuh dan menjatuhkan orang lain di sekeliling untuk menjadi lebih kaya dan berharta.

“Muka cantik….memang cantik gila. Tapi….”

Ayat Azat berhenti di situ. Kalau lah semua yang mereka berdua dengar tentang Hazel itu adalah betul belaka, susah dia nak ‘brain’ kenapa wanita yang punya segalanya seperti Hazel masih terus tamak dan kejam?

“Jap, kes Hariz macam mana? At the end tutup macam tu aje?” Part itu Azat tak dengar sangat dari Lila tadi sebab dia bercakap dengan Chief Farouk di telefon.

Yup. Tu yang keluarga Hariz tak puas hati. Bayangkan dorang baru kahwin tiga bulan, tup tup mati dibunuh dalam tidur and she was there next to Hariz masa kejadian tu berlaku. What do you expect, bro?

Azat mengangguk saja. Mata masih melekat pada Hazel yang sedang duduk menghadap kubur Hariz tak jauh dari situ.

If she really killed her husband, then aku tak hairan ramai ahli keluarga Hariz yang akan aim dia bila dia dah balik KL ni.” Jai pandang Azat di sebelah.

Then kita dua akan busy wei...”

Damn! Sibuk menjaga keselamatan seorang pembunuh yang digeruni dan dibenci bukanlah satu perkara yang mudah.

Yang mereka berdua tak tahu, Hazel di hujung sana masih menangisi pemergian suami biarpun sudah bertahun-tahun berlalu. Hazel masih merindui. Bukan hatinya tak dapat menerima kenyataan yang Hariz sudah pergi meninggalkan dia, tapi serius….hati masih rindu….


p/s : Kalau tak aral melintang, HAZEL akan menjadi projek seterusnya. Most probably dalam bentuk e-book <3 If you like Hitman Series, then you will definately like HAZEL. Take care and stay safe! 

No comments:

Post a Comment