“ Ladies and gentlemen, we are now
approaching Kuala Lumpur International Aiport where the local time is 10pm. At
this stage you should be in your seat with your seatbelt firmly, fastened.
Personal television screens, footrests, and seat tables must be stowed away and
all hand luggage stored either in the overhead lockers or under the seat in
front. Please ensure all electronic devices including laptop computers and and
computer games are turned off.”
Maya
tarik nafas panjang. Sudah tiga tahun berlalu. Dan hari ini dia akan
menjejakkan kaki ke tanah air sendiri. Dikerlingnya buah hati di sebelah yang
sedang nyenyak tidur. Kalau dulu dia pergi seorang, kini dia kembali
berdua.
Maya
bersandar pada belakang kerusi. Kenangan lama kembali menerpa.
**************
“
AWAK pasti ke nak pergi, Shaz?,” Air mata yang jatuh diseka Maya dengan hujung
jari. Hanya mampu memandang bila Syazwan menyusun pakaian ke dalam bagasi besar
di sudut bilik.
Syazwan
tersenyum kecil, mendekati dan membelai tubuh Maya.
“ Sorry, darling. I have to go.”
Maya
terdiam. Keputusan Syazwan muktamad.
Tiba
di lapangan terbang, Maya menangis sepuas hati. Berpelukan seakan tidak mahu
melepaskan tubuh Syazwan.
“
Shaz, saya nak ikut,” rayu Maya.
Syazwan
tersenyum. Payah nak pujuk Maya kalau
dah merengek macam budak kecil. Air mata Maya diseka dengan jemari kasarnya.
“
Study awak tak habis lagi, macam mana
nak ikut?” Bibir Syazwan mendarat di
pipi dan bibir Maya.“ Finish your study,
then balik Malaysia.”
Wajah
Maya dibelai penuh kasih. Maya apa lagi, memang menangis tidak berlagu.
“
Awak akan datang sini semula kan, Shaz?”
Senyuman
Syazwan semakin lebar.
“ Maybe.”
“Janji?”
“
Terpulang pada awak nak anggap sebagai janji atau tidak.” Mudah saja Syazwan
menjawab. Tak ubah macam tak ada perasaan langsung.
“ Take care, sweetheart. Be strong.” Buat
kali terakhir dua batang tubuh itu berpelukan lama sebelum Syazwan melangkah masuk ke dalam
balai berlepas.
“ Please turn your back, Shaz,”
Maya masih menaruh harapan. Kata orang, dia akan berpaling untuk kali kedua
jika benar dia cinta.
Namun
harapannya sia – sia. Syazwan pergi tanpa menoleh. Lelaki itu pergi
meninggalkan dia di bumi asing tanpa janji.
***************
LAMUNAN
Maya terhenti apabila dilihatnya para penumpang yang lain sudah mula berdiri
dan berlalu keluar. Tubuh Nadia digoncang perlahan.
“
Nad, wake up. Kita dah sampai.”
Nadia
membuka mata perlahan – lahan, menggeliat sambil menguap besar.
“
Dah sampai ke?,” tanya Nadia.
Maya
angguk kepala. Perlahan – lahan, tubuh kecil di sebelah didukungnya. Kasihan si
comel. Kecil – kecil sudah dibawanya terbang jauh. Rentak jantung Maya berubah
sebaik saja kaki melangkah keluar dari perut kapal terbang. Tidak sekata dan
tidak selesa.
“
Jangan risau sangat, Maya. You have me,
you have Mia,” ucap Nadia lembut.
Maya
menoleh. Nadia mengangguk kepala, memberikannya semangat. Betul, dia masih ada
Nadia Sulaiman. Teman baiknya sejak menjejakkan kaki di bumi Sheffield lagi.
Dan dia masih ada Mia Shaza, permata hati yang disayangi separuh mati.
Selesai
urusan imigresen, mereka bertiga berlalu untuk mengambil bagasi. Tubuh Mia yang
masih didukung Maya dibelai lembut. Tidak mahu anak kecil itu terbangun.
Matanya melilau melihat sekeliling. KLIA tidak banyak berubah, masih sama
seperti ketika dia meninggalkan Malaysia empat tahun yang lalu.
“
Tunggu sini dengan Mia. Biar aku aje yang ambil,” kata Nadia.
Maya menunduk mencari wajah Mia bila tubuh
kecil itu mula bergerak – gerak. Mia
sudah terbangun sambil memisat – misat matanya.
“
Anak mama dah bangun?,” tanya Maya.
Mia
angguk kepala dan merengek seakan mahu menangis.
“
Dah capai umah?,” tanya Mia pada
mamanya.
“
Belum lagi sayang. Tahan lagi sikit k, kejap lagi kita sampai,” pujuk Maya.
Patung
Angry Bird Mia dihulurkan pada Mia.
Jaket Esprit Mia disarungkan ke badan
si kecil. Pegangan Mia terlepas, menyebabkan anak patungnya bergolek jatuh di
atas lantai.
“
Mama, Angly Bird atuh.”
Angry Bird
Mia yang sudah mencium lantai.
“
Kenapa boleh jatuh? Mia buang ke?”
Laju
saja Mia geleng kepala sambil tayang muka tidak bersalah.
Maya menunduk mahu mencapai Angry Bird tetapi tubuh Mia yang masih didukungnya menyukarkan
pergerakan. Belum sempat Angry Bird dicapai, ada tangan yang
terlebih dahulu memintas. Maya dan Mia menoleh serentak. Susuk tubuh di depan
mata dipandang tanpa kedip.
“
Adik punya ke?,” tanya Syazwi.
Mia
angguk kepala. Tangan kecilnya dihulurkan, meminta semula anak patung
kesayangannya itu.
Patung
diserahkan Syazwi pada Mia. Sempat dia mencubit pipi si comel. Dengan sepasang
mata bundar, berbulu mata yang melentik dan rambut yang diikat dua. Serius
comel! Macam anak patung. Syazwi menoleh pula ke arah perempuan muda yang
mendukung tubuh si comel.
Gulp!
Muka!
Kalah – kalah muka anak patung Angry Bird.
Tiada senyuman langsung terukir di wajah cantik itu.
“
Cakap apa dekat uncle?,” kata Maya.
“ Thank you.”
Makin
lebar senyuman Syazwi bila anak comel itu tersenyum padanya. Tapi mamanya?
Macam singa betina. Mamalah kot sebab wajah si comel mirip wajah perempuan yang
berbaju putih di hadapannya ini.
“ Thanks.”
Melopong
mulut Syazwi. Menonong saja perempuan muda itu pergi bersama si comel. Kurang
asam. Boleh pulak dia blah dengan
muka iron face. Ucap thank you macam nak tak nak. Macam tak
ikhlas langsung.
Perempuan
memang begitu. Kalau dah cantik, sombong pun tak bertempat. Selesai mengambil
beg, Syazwi berlalu keluar. Sempat dia melambaikan tangan ke arah si comel yang
merenungnya dari tadi.
“ Jom.” Nadia muncul di sebelah Maya sambil menolak troli yang
penuh dengan bagasi.
Tubuh
Mia yang didukung Maya dipeluknya erat. Dia mesti kuat, tidak mahu lemah
secepat ini. Takut dan resah menjadi satu.
“
Nak balik mana ni? Rumah kau dulu ke atau rumah aku?,” tanya Nadia ketika
mereka beriringan keluar.
“
Aku perlu balik rumah aku dulu, Nad. Jumpa keluarga, itu yang paling penting.”
Nadia
sekadar mengangguk. Kasihan pula dengan Maya dan Mia. Hatinya kuat merasakan
yang dua beranak ini tidak akan diterima oleh keluarga Maya nanti.
“
Apa kata aku hantarkan. Kalau pakai limousine
malam – malam macam ni, bahaya.
Lagipun kalau kau tak jadi bermalam di rumah family kau malam ni, boleh terus pergi rumah aku,” cadang Nadia.
Maya
tersenyum nipis sambil menggelengkan kepala.
“
Tak payahlah, Nad. Aku tak nak susahkan kau lagi. Aku okey. If anything, I’ll call you later.”
Nadia
merengus. Maya memang tidak pernah
kurang degilnya.
“
Kau okey. Tapi ni, dia okey ke tak?,” kata Nadia lagi sambil mengusap kepala
Mia yang terlentok di dada mamanya.
Maya
diam seketika. Dia okey, bermakna Mia pun akan okey. Susah senangnya bersama si
comel kesayangannya itu.
“
Kau ni risau sangatlah, Nad. Jangan risau, aku akan cari kau kalau ada apa –
apa,” jawab Maya.
Tidak
kisahlah keluarganya akan menerimanya semula atau tidak. Yang penting, dia mahu
keluarganya melihat Mia. Nanti jika dihalau keluar, dia akan pergi. Jika
diterima semula, dia akan tinggal.
Nadia
hanya mampu memandang limousine yang
membawa Maya dan Mia. Typical Maya,
nak nasihat macam mana pun memang sudah nak masuk otak. Besar doanya, moga
tidak ada apa – apa yang buruk akan berlaku pada dua beranak itu.
*******************
MAYA
melihat ke sekeliling. Banglo yang tersergam di depan mata dipandang. Tentu
saja penghuninya masih belum tidur
sekarang ini biarpun jam di tangan sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Loceng
di tepi pagar besi itu ditekan. Sekali. Dua kali. Pintu pagar terbuka perlahan
– lahan.
“
Mama, dah capai?,” tanya Mia.
Maya
angguk kepala. Kakinya melangkah masuk ke dalam perkarangan banglo. Serius
takut dan gelisah! Tapi dikuatkannya juga semangat untuk berhadapan dengan mama
dan papa.
“
Maya!”
Makcik
Kiah, pembantu rumah mereka yang muncul di pintu utama meluru ke arah Maya dan
memeluk tubuh tinggi itu. Jatuh air matanya melihat Maya di depan mata. Apatah
lagi melihat anak kecil yang didukung Maya.
“
Ini ke Mia?”.
Soalan
Makcik Kiah dijawab Maya dengan anggukan kepala.
“
Salam nenek, sayang.”
Mia
menurut. Tangan tua itu diciumnya seperti mana yang diajar oleh mamanya selama
ini. Tinggal di negara asing tidak bermakna budaya sendiri tidak diterapkan ke
dalam diri Mia. Makin lebat air mata tua Makcik Kiah jatuh. Belum pun sempat
dia memeluk tubuh kecil itu, satu suara nyaring berteriak di belakang.
“
Apa lagi yang tercegat kat situ? Masuklah. Bukankah dah dibagitau yang Maya
jangan datang sini lagi?”
Fuh!
Pedas kata – kata mamanya sendiri. Maya berpaling, wajah mama yang dirindui itu
menyinga saja memandangnya. Dengan muka yang tebal seinci, dia melangkah masuk
ke dalam rumah. Suasana di dalam ruang tamu yang luas itu terasa menyesakkan.
Semua mata tertumpu mata Maya dan anak kecil yang sedang duduk di sofa. Ni
memang tak ubah macam pesalah yang menunggu untuk dihukum secukup rasa.
Arshad
merengus kasar. Kalau diikutkan hati, mahu saja dihalaunya Maya saat ini. Anak
yang betul – betul tak guna. Masih ada hati nak menjejakkan kaki ke rumah
walaupun sudah hitam wajahnya diconteng Maya dengan perbuatan lampau anak
sulungnya itu.
“
Kenapa datang sini? Duit yang papa bagi dulu tu dah habis ke?,” tanya Arshad
kasar.
Maya
tunduk. Semua kekuatannya dikumpul sebelum menjawab.
“
Maya nak bawak Mia jumpa atuk dan nenek dia,” jawab Maya lembut.
“
Siapa datuk dan nenek anak haram ni?! Bukan mama dan papa! Anak haram ni tak layak
nak jadi cucu kami!,” Arshad bersuara lantang.
Tubuh
Mia di sebelah mengecil dan menarik – narik baju mamanya. Takut. Maya tarik
nafas dalam. Dia bangun dan menatap tajam wajah bengis papanya.
“
Jangan hina Mia, papa. Mia anak Maya!”
Pandai
menjawab nampak. Menggelegak marah Arshad. Maya sekarang dah layak untuk masuk
kategori anak yang kurang ajar.
Pang!
Ringan
saja tangannya menampar pipi Maya. Semua yang ada di situ terdiam. Maya sendiri
jadi terkedu. Pedih di pipinya saat ini tidak dapat dibandingkan dengan pedih
di hati bila ditampar papa sendiri. Nampak sangat papa sudah benci padanya.
Nampak sangat papa tidak mahu dia kembali semula.
“
Jangan nak jejakkan kaki ke rumah ni lagi, Maya. Kami tak perlukan anak macam
Maya. Anak yang hanya tahu memalukan keluarga.”
Kata
– kata papa membuatkan Maya sedar di mana di mata papa. Saat itu juga, tubuh
Mia dicempung Maya dan berlalu keluar dari rumah. Untuk apa ditunggu lagi jika
dia sudah dihalau keluar.
“
Maya.”
Panggilan
adiknya dan Makcik Kiah tidak dipedulikan. Laju langkah kakinya bergerak ke
arah limousine yang masih setia
menunggu di luar.
“
Nak ke mana puan?”
“
Hotel terdekat,pakcik.”
Keluarnya
dia dari rumah besar itu, maka matilah sudah Maya Laila. Yang tinggal kini
hanyalah Mama Mia Shaza.
********************
SYAZWAN
memeluk erat pinggang gadis yang berbaju merah sendat di sebelahnya. Tasya
sudah separuh mabuk, mana nak sedar dunia lagi. Syazwan tersenyum lebar. Perempuan macam ni banyak kat luar sana tu.
Petik jari, sepuluh mari.
“ Room number 901, sir,”
kata pelayan tetamu di kaunter seraya menyerahkan kunci bilik kepada Syazwan.
“ Thanks.”
Sempat
dia mengenyitkan mata pada pelayan tetamu.
Huh! Dah nama pun Syazwan Imad, raja segala buaya. Kalau boleh, semua pun
mahu di ngap hidup – hidup. Sebaik
saja pintu lif terbuka, dipapahnya tubuh Tasya yang sudah meracau bukan – bukan.
Butang nombor 9 ditekannya.
“ Wait. Wait.”
Satu
suara dari luar cuba untuk menahan pintu lif. Tetapi belum sempat Syazwan
menahan, pintu lif sudah tertutup rapat.
“ Sorry,”
ucapnya sendiri dengan sengihan di bibir.
Maya
mengeluh berat. Terlepas lif! Dia menunduk memandang wajah Mia yang terpinga –
pinga. Kasihan Mia. Hampir terjatuh tubuh si kecil yang ditariknya semata –
mata mahu mengejar lif.
Butang
lif di sebelah ditekan. Butang nombor 9 ditekan Maya sebaik saja mereka berdua
melangkah masuk ke dalam perut lif. Nadia belum diberitahu lagi tentang reaksi
keluarganya pada dia dan Mia. Nanti – nantilah baru bagitau, tidak mahu Nadia
bersusah – payah untuknya. Nadia pun baru balik sepertinya, biarlah Nadia
menghabiskan masa dengan keluarga dahulu.
Sampai
di tingkat sembilan, pintu bilik bernombor 902 dicari sebelum kunci hotel
dimasukkan dan tombol pintu dipulas Maya.
“
Come, sayang.”
“
Mama, kita dah capai?,” tanya Mia
dengan tangannya yang masih dipimpin Maya.
“
Dah sayang.”
“Yea!!!”
Tubuh
kecil itu terkial – kial memanjat naik ke atas katil sebaik saja masuk ke dalam
bilik. Maya tergelak kecil. Kasihan Mia. Tidak tahu apa – apa. Di dalam bilik
sederhana besar inilah mereka berdua akan berteduh untuk beberapa hari
sementara mencari rumah sewa.
Ting tong!
Maya
bergegas dan membuka pintu. Pekerja hotel yang membawa beg – beg mereka berdua
dipelawa masuk.
Mia
turun dari katil dan berjalan ke arah pintu yang sedang terbuka luas. Terkejut
anak kecil itu saat melihat sesusuk tubuh tinggi sedang berdiri di pintu bilik
sebelah.
Syazwan
mengukir senyum. Dia bertinggung di depan Mia. Spontan tangannya naik mencubit pipi
tembam itu. Mia tersenyum, menyerlahkan lesung pipinya di sebelah kiri. Tergamam
Syazwan sesaat. Senyuman si kecil. Tak ubah macam si jantung hati.
“
Nama siapa?,” tanya Syazwan.
Tanpa
menjawab, Mia berlari masuk ke dalam bilik semula apabila mamanya memanggilnya
dari dalam.
Syazwan
berdiri semula. Masih terukir senyum di bibirnya. Memang sudah agak pekerja
hotel tersalah tekan nombor bilik. Berkali – kali loceng biliknya berbunyi.
Bila pintu dibuka, alih – alih rupanya pekerja
mahu ke bilik sebelah. Suara manja Tasya yang memanggilnya dari dalam
memaksanya untuk masuk semula ke dalam bilik.
**************
TELEVISYEN
di depan dipandang Maya kosong. Hanya mata saja yang menatap skrin, tetapi
fikirannya terbang melayang. Ditolehnya tubuh kecil Mia yang sudah berbungkus
selimut tebal di atas katil.
Kasihan
Mia. Letih sangat. Selepas makan malam tadi, Mia terus tertidur di atas
ribanya. Ipod sengaja di pasang dan
disumbatkan ke telinga. Bunyi bising dari bilik sebelah menganggu
ketenteramannnya.
Sekejap
bunyi ketawa, sekejap mengekeh, sekejap merengek lain macam. Tidaklah bising
sangat tapi masih mampu untuk menjengah gegendang telinganya. Tak senonoh okey!
Maya
bergerak ke arah balkoni bilik. Pemandangan di depan mata dihayati sepuas hati.
Pemandangan yang sudah lama tidak dilihatnya dan udara Kuala Lumpur yang sudah
lama tidak dihirupnya.
Fikirannya
kini hanya sarat dengan Mia. Jatuh simpatinya pada Mia. Apalah yang anak kecil
itu tahu selain dari bermain dan gembira. Apa agaknya yang terlukis di dalam
fikiran Mia bila mamanya ditampar di depan mata. Kemudian dihalau keluar dari
rumah sendiri tanpa disuruh kembali.
Argh!
Dia tidak mahu Mia kenal erti derita dan sengsara di dalam usia seawal ini.
Jalannya masih panjang. Mia masih perlukan dia. Syazwan? Entah, tiada berita sejak
Syazwan pulang dulu. Tapi di dalam hati
masih terselit rasa mengharap agar Syazwan kembali semula. Bukan Syazwan yang
dulu, tapi Syazwan yang baru.
Awaklah cinta pertama saya, dan awak jugalah
cinta terakhir saya. Dalam hati saya tiada istilah benci. Sebab cinta saya
melebihi segalanya. Bukti cinta yang
pernah kita milik dulu adalah anak kecil yang comel ini. Dan bila kita akan
bertemu lagi, jangan panggil saya Maya. Panggil saya Mama Mia Shaza.
Maya
berpaling mahu masuk ke dalam bilik.
Di
balkoni sebelah, Syazwan melangkah keluar. Hampir tercabut jantungnya melihat
sesusuk tubuh perempuan berbaju tidur paras lutut yang berwarna putih di
balkoni bilik sebelah.
Belum sempat dia mengamati wajah itu,
perempuan itu sudah membelakanginya dan masuk ke dalam bilik. Panjang lehernya
menjenguk tapi hampa. Sliding door
sudah ditutup rapat.
Terasa
sejuk tubuhnya yang tidak berbaju apabila disapa angin malam sambil membusng
pandang pada pemandangan bandaraya dari tingkat sembilan Sheraton Hotel. Habis
sebatang rokok dihisap, dia masuk semula ke dalam bilik.
Di atas katil terbaring sekujur tubuh yang
tidur dengan pulas. Syazwan tersengih sendiri. Baginya, mendapatkan perempuan
adalah semudah 123. Pilih saja yang mana mahu. Pakai sampai puas dan bila sudah
bosan, tukar dengan yang baru.
Dia mempunyai pakej yang lengkap. Yang
semua perempuan inginkan. Siapa yang tak nak? Syazwan duduk di atas sofa di
hujung bilik. Dia single? Agaklah.
Fikirannya menerawang jauh mengimbas kenangan
yang pernah dia tinggalkan dulu. Maya Laila. Nama yang secantik tuannya. Nama
yang dulu dipuja – puja oleh semua lelaki yang sebayanya. Dan dialah yang
paling berbangga dan bertuah bila mendapat gadis yang digilai ramai itu.
Segalanya adalah sempurna tentang Maya
Laila. Setakat ini, gadis itulah yang paling sempurna di antara perempuan – perempuan
yang pernah bersamanya.
Rindukah dia? Ya, dia rindu Maya Laila.
Tiga tahun berlalu, dan hingga kini dia masih belum menemui perempuan sehebat,
sebaik dan secantik Maya Laila.
Tanpa dia sedari, Mayalah yang menghuni
bilik sebelah. Bersama anak mereka berdua yang dia sendiri tahu kewujudannya.
p/s : emy repost balik MMS yang dah kena shuffled upside down ;) thank you so much and big hug everyone! :)
Good.
ReplyDeletewill be waiting :)
Hai ano...
Delete;) thank u so much for reading! big hug!
rombak mcm mana la nie..syaza n syazwan x jdi bcerai ke or still syaza n syazwi..cpat2 la update..x sbar nie
ReplyDeleteHai ciknie...
Delete;) akak akan update dua hari sekali k ;) hugsss!
errkk..emy cpt2 laa bes kn cite ni..xsabo da nk tau ending ni.. =)
ReplyDeleteHai Raihan...
Delete;) nanti akan udpate selang dua hari k ;) hugsss!
ada perubahan keh????
ReplyDeleteHai rnie...
Delete;) thank u so much for reading! hugsss!
hugs for cik emy...will u finish d story???
ReplyDeleteHai zoora...
Delete;) it was already finished the first time i posted it few months ago babe ;) hugsss!
buat baru punya n3 ke.
ReplyDeleteHai baby mio...
Delete;) jalan cerita masih sama babe. tapi ada kena tambah depan belakang kiri kanan :) hugsss!
best gila kot.. hehe
ReplyDeleteHai Ruunna...
Delete;) tunggu next entry k! ;) hugsss!
Emy dear,
ReplyDeleteThanks for this new n3 baru MMS. Rindu kat Mia comel yang rambut bertocang dua n Hot papa Syazwan. heheheee...
Luv you as always dear...
Hai has laling...
Deletengeee ;) I miss them too has! sangat2 rindu! sama2 kita tunggu k ;) love u more. big hugsss!
first bab dh wat akak sakit hati kat syazwan yg tk langsung reti nk mehghargai kaum HAWA.tk ubah cam pampers pakai buang jer istilah HAWA kat Syazwan u pasti sesal syazwan....pasti sori dek teremo..best..
ReplyDeletehai kak norihan...
Delete;) wahaaa first bab dah sakit hati kat syazwan ye? ;) ya dia salah dari awal, dan tanpa sedar pilihan yang salah tu buat dia menyesal :) hugsss!
Hai Emy
ReplyDeleteBig thanks sbb sudi reshuffel balik citer ni
K sal sgt hargai..
the last time baca,nanges la sbb ending x spt dihrpkan..especially knp besfren leh kawen pulak ngan syazwan..bila ms bcinta..
ms part Nadia melirik manja shazwan tu mmg x leh accept,adakah Nadia yg jenis mcm tu..maknanya dia x sebaik mcm maya sangkakan..
lps tu ada part syazwan bdebar tgk Nadia sedangkan dia br just tido ngan Maya..
Hope this time MMS will be better
Tq Emy..k sal enjoy MMS last time cuma I just dont like the ending..
hai kak Sal...
Delete;) and big thanks to u sebab sudi baca lagi and beri semangat selama ni kak sal :)
emy pulak yang sedih baca komen kak sal kat atas tu ;p jangan sedih k, things happen for a reason both for maya ansa syazwan. nadia memang kawan yang baik sebenarnya kak sal, dia banyak tolong maya :) hope nanti kak sal baca dengan penuh emosi dan terima nadia k ;) hugsss!
mmg best..harap2 dpt baca n3 yg lain jgak...
ReplyDeletecoz dh bape kali try xdpt baca...u r the best emy!!!! ...
It's hard to come by educated people for this subject, but you sound like you know what you're talking about!
ReplyDeleteThanks
my blog post Http://Www.Itsabouttimemattsehgrindstone.Com
Hye emy, rasa inspired baca novel kitak. I hope I can be like you too. One day perhaps. 10 stars for this novel. Angau alu jak. hahaha. i really want to ask you something but i dont know how. :( cant wait to read the next novel.
ReplyDelete