Sunday, October 20, 2013

Jangan Benci Cintaku (JBC) 10

            “YUHUUU!”

            Dushhh!

            “Rafeeqa. Behave, please.”

            Cermin mata Marc Jacobs yang tersarung cantik dibuka Shahrizal. Kakinya yang berlunjur di kerusi rehat basah terkena tempias air bila Rafeeqa selamba terjun masuk ke dalam kolam renang.



            Hari ni hari Sabtu. Selepas Subuh tadi, kira nak sambung tidur tapi Rafeeqa di sebelah dah merengek macam budak kecik minta temankan di kolam renang. Awal pagi dah berendam di dalam air, Rafeeqa ni manusia jelmaan ikan duyung ke?

            Tapi sekurang-kurangnya kolam renang sekarang dah ditukarkan menjadi indoor swimming pool. Tak susah pun nak menepati citarasa yang dia mahukan. Raff, kontraktor yang merupakan temannya sejak zaman sekolah yang tolong buatkan. Maaflah kalau nak biarkan saja Rafeeqa selamba itik berenang dengan bikini di dalam kolam renang yang terbuka. Dia tak nak Rafeeqa perasan jadi heroin Baywatch versi Malaysia.

            “Shah,  join jom. Syokkkk.”

 Rafeeqa berenang gaya kuak lentang. Terasa macam satu kolam renang ini dia yang punya. Pandai Shahrizal melengkapkan gaya hidup dia yang ala-ala Rich and Famous, lebih privasi dan ooh la la.

            “Later.” Shahrizal menolak.

            “Jual mahal konon.”

            Macam tak tahu gaya control macho suami sendiri. Apa kes pakai cermin mata di tempat tertutup begini? Pulak baca majalah Chloe. Rafeeqa berenang ke tepi kolam renang dan menyangkut di situ.

            “Jom. Jom. Jom. Pleaseeee....

Shahrizal memandang isteri di sebalik cermin mata. Jangan buat suara manja kalau tak nak kena terkam di tepi kolam.

            “Ni. Nak tegur awak. Setiap kali berenang tak payahlah nak jerit-jerit. Ya, I know you get excited but there’s a limit to it,” ujar Shahrizal.

Majalah Chloe diletakkan di atas meja bersebelahan kerusi. Serius dia tak faham dan tak berminat pun nak membaca sebenarnya  majalah kegemaran Rafeeqa ni.

            Dari awal pagi tadi Rafeeqa bising di dalam kolam. Sekejap menyanyi. Sekejap humming lagu. Sekejap ketawa mengekeh. Dia rasa terhibur dengan telatah comel isteri tapi telinga tak tahan menerima suara Rafeeqa yang berfrekuensi tinggi sepanjang pagi.

            Dahi Rafeeqa berkerut. Ada-ada aje yang encik La Tarzan tak puas hati.

            “Laa..awak pun apa kurangnya, Shah. La Tarzan alaf baru. Tiap pagi menjerit.” Rafeeqa memulangkan paku keras.

            “Mulut tu. Bila masa saya jerit-jerit?” Shahrizal tak puas hati. Rasa macam nak cubit mulut Rafeeqa yang memuncung ke depan. Isterinya itu masih bertenggek di tepi kolam renang.

            “Jangan buat tak mengaku, dear darling. Rafeeqa, match my tie and shirt. Rafeeqa, mana baju? Lambat dah ni. Rafeeqa, ikat necktie. Rafeeqa, mana slack? I’m late. Rafeeqa. Rafeeqa. Semua pun Rafeeqa. Annoying, okay. Annoying orange.” Rafeeqa mengajuk percakapan suami. Suara garaunya yang dibuat-buat membuatkan tawa Shahrizal pecah. Ketawa sampai hampir terjatuh dari kerusi.

            “You sounded exactly like me!” Shahrizal masih dengan sisa ketawa. Pandai Rafeeqa buat lawak pagai-pagi begini.

            Rafeeqa turut ketawa. Now you know! Memang tak sah kalau Shahrizal tak jadi La Tarzan di pagi hari. Dia kembali semula ke tengah kolam renang dan berenang gaya bebas sambil bernyanyi kecil.

            Rafeeqa dan air. Air dan Rafeeqa. Sejak kecil dia bagaikan tak dapat dipisahkan dengan air. Kalau dulu-kala, pernah juga dia bercita-cita mahu menjadi atlit perenang tapi Papa tak kasi. Belajar aje tinggi-tinggi baru boleh berjaya. Mentaliti Papa ni kadang-kadang tak betul.

            Siapa kata atlit tak boleh berjaya? Tak semestinya manusia hanya akan berjaya bila ada kelulusan yang tinggi. Nak berjaya ada banyak cara. Malah semua pun bermula dari bawah, tak ada kejayaan yang terus melonjak naik di tangga teratas.

            Agak-agak dulu kalau Papa galakkan dia mencuba nasib menjadi perenang, ada harapan tak dia menjadi hebat macam Rebecca Sonia atau Kornelia Ender? Tak pun macam Micheal Phelps yang menjadi perenang terbaik dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini? Ehem...jauh bermimpi!

            Dushh!

            Berterbangan angan-angan Rafeeqa bila Shahrizal terjun masuk menyertainya di kolam renang. Tadi kemain jual mahal. Rafeeqa mengukir senyum.

            “Come. I teach you something new.” Shahrizal kenyitkan mata. Hari ni mood bercintan-cintun dengan Rafeeqa naik satu anak tangga.

            Hal Husna? Dia semakin tak ambil kisah dan malas nak melayan karenah Husna yang semakin hari semakin menjadi-jadi dan menguji tahap kesabarannya. Bila dia tak menjawab panggilan Husna, mulalah Husna marah-marah. Husna banyak merengek. Banyak kompelin. Terlalu demanding. Berbeza dengan Rafeeqa. Jolly. Bubbly. Happy go lucky. Funny.

Alaa..baru sekarang dapat senaraikan kebaikan isteri sendiri?

Husna?

Rafeeqa?

Get a grip, bro!

            Rafeeqa mengangkat kening. Ni betul nak mengajar dia atau saja nak kenakan dia? Melihat Shahrizal menyelam masuk ke dalam air, Rafeeqa menyertai. Sempat mata mengerling ke arah kamera yang dipegang Shahrizal. Duh! Ni nak bergambar di dalam air ke? Aksi romantik? Seriously?!

            Selamba Shahrizal menekan punat kamera dan mengambil gambar candid Rafeeqa yang langsung tak bersedia. Jangan haraplah gambar yang diambil tadi cantik kalau dah muka dia macam tercekik M&M’s di dalam air. Seketika kemudian tangan kirinya dicapai Shahrizal. Belum sempat Shahrizal mengambil gambar mereka berdua bersama, Rafeeqa melepaskan genggaman tangan suami dan naik semula ke permukaan air. Mak oi...semput! Tercungap-cungap dia menarik nafas.

            “Sorry, Shah. Tak tahan.” Apa punya idea nak beromantika di dalam air?

            Shahrizal tergelak. Macam ni ke nak jadi atlit sukan air dulu? Setakat nak berendam beberapa saat di dalam air pun tak tahan. Spontan tangan naik membelai rambut Rafeeqa yang basah.

            “Nak cuba lagi tak?” soal Shahrizal.

            “Okey.”

            Kali kedua mencuba, pun Rafeeqa masih tak tahan. Rasanya tak sampai sepuluh saat pun dia menyelam. Melihat wajah Shahrizal yang macam dah merajuk, Rafeeqa tersengih.

            “Try lagi nak?” Rafeeqa mengajak.

            “Tak apa. Tak payah. Malas. Tak ada mood.”

Shahrizal berenang ke tepi dan memanjat keluar dari kolam renang. Nak beromantika d’amour dalam air pun susah. Rafeeqa sungguh potong stim. Bukan senang mood dia nak melonjak naik macam tadi. Kamera diletakkan di atas meja dan mencapai sehelai tuala di situ.

            Rafeeqa tahan senyum. Dia turut sama keluar dari kolam dan menuruti langkah Shahrizal. Pandai juga Shahrizal merajuk, ingatkan hati batu aje selama ni. Dia berdiri berpeluk tubuh di hadapan Shahrizal yang sedang mengelap badan dengan tuala.

 Tubuh tinggi lampai. Badan six pack abs. Biseps berketul macam bertulangkan besi. Ditambah pula dengan hanya memakai swimming trunk, mahu Rafeeqa tak terpukau dengan kesempurnaan suami sendiri. Patutlah Husna dok menempel macam pacat.

            Tuala yang dipegang Shahrizal dicapai Rafeeqa. Dilontarkan ke atas kerusi di tepi dan  tangan kanan suami digenggamnya erat. Rafeeqa berpusing-pusing di sekeliling Shahrizal, lagak macam menari dengan penuh elegan dan memukau. Hanya mengenakan set bikini bercorak harimau bintang, Shahrizal macam nak terkeluar darah dari hidung. Ciuman singgah di pipi Shahrizal, buat Shahrizal terdiam.

            Rafeeqa berpusing ke belakang, memakai robe di badan dan dengan penuh lenggok dia berlalu masuk ke dalam rumah. Sempat dia berpaling semula, melambaikan tangan dan mengenyitkan mata pada Shahrizal yang statik di tepi kolam. Shah...tak payah nak bergambar di dalam air kalau nak buat gaya romantik sebab saya semputttt...

            Shahrizal tersenyum juga akhirnya. Rafeeqa. Rafeeqa. Ada-ada aje. Kamera tadi dicapainya semula dan melihat setiap satu gambar Rafeeqa yang diambilnya di dalam air tadi buat senyuman Shahrizal semakin lebar sampai ke telinga.

            Sexy Rafeeqa!





            RAFEEQA buat-buat sibuk. Hos panjang dan baldi besar diletakkannya di tepi akuarium. Kira nak membersihkan akuarium yang terletak di sudut ruang tamu. Cantik Aqua, Pearl Arawana kesayangan berenang di dalam akuarium. Mula-mula dulu, bukan main Shahrizal bising. Tak nak ada haiwan peliharaan la, lagi pulak ikan. Kalau akuarium kotor siapa yang nak tukar air? Shahrizal memang angkat tangan surrender sebab malas tahap gaban.

            Harga Aqua tak usah cakap, memang buat Shahrizal meletup besar. Ikan setakat sebesar ibu jari tapi harga RM300? Gila? Hello...ni ikan berharga okey. Dah kira murah tu harga di bawah RM500. Belum kalau dia nak beli Red Arawana, pengsan Shahrizal. 

            “Rafeeqa, nak cuci akuarium bukan sekarang. Kan dah nak pergi ke rumah Mummy ni.” Shahrizal muncul di belakang dengan wajah segar.

            Mengenakan T-shirt berkolar Giordano berwarna kuning dengan jeans lusuh Levi’s, Shahrizal sudah bersedia untuk ke rumah orang tuanya. Malam ini ada family gathering, special sikit sebab Nek Pah datang dari kampung. Tapi Rafeeqa masih lagi dengan seluar pendek paras paha dan baby-T. Takkan nak pergi dengan pakaian begini? Terkeluar biji mata Nek Pah nanti.

            Rafeeqa berdehem. Tak berani nak berlawan pandang dengan Shahrizal yang sedang berdiri di sebelahnya, matanya dihalakan pada Aqua di dalam akuarium. Tak nak pergi boleh tak? Mula-mula memang dia beria-ia nak pergi tapi sebaik mendapat tahu Nek Pah ada sekali, Rafeeqa kecut perut.

            “Kesian Aqua, tak ada teman malam ni. Saya tak nak pergi, Shah. Bagitau Mummy saya sakit perut.” Macam tak logik pulak.

            “What?! Kenapa tiba-tiba ni?”

            Tubuh Rafeeqa dipusingkan Shahrizal supaya menghadapnya. Belakang tapak tangan menyentuh dahi isteri. Tak panas. Bukankah selama ni Rafeeqa teruja setiap kali bila mahu ke rumah Mummy?

            “Tadi awak semangat sangat masak untuk potluck. Ubah fikiran sebab apa ni, Rafeeqa?” Shahrizal bertanya tak puas hati.

            Habis berenang pagi tadi, Rafeeqa beria mengajak pergi membeli-belah. Nak masak chicken pie kata Rafeeqa untuk potluck malam ini. Dah elok-elok chicken pie siap dimasak dan tinggal nak dibawa ke rumah Mummy aje lagi. Tak logik sungguh alasan kata tak nak tinggalkan Aqua keseorangan. Macam tak biasa buat macam tu.

            Rafeeqa diam. Mata menala ke kiri, kemudian ke kanan dan akhir sekali ke atas siling sebab tahu sangat yang mata Shahrizal sedang memanah.

            “Ada Nek Pah. Saya takut.”

            Laaa...Shahrizal sembunyi senyum. Pipi Rafeeqa dicubit perlahan. Nek Pah memang tersenarai di dalam senarai manusia paling garang dan menakutkan bagi Rafeeqa. Sejak mula berkahwin lagi Nek Pah tak berkenan dengan Rafeeqa.

            Uptown girl. Diva. Gaya hidup Rich and Famous. Tolong sikit Nek Pah suka ciri-ciri yang begitu. Nak jadi perempuan Melayu terakhir? That is so NOT Rafeeqa. Pakai kain batik pun tak pandai, macam mana nak jadi kesukaan Nek Pah.

            “Nek Pah tak makan orang, Rafeeqa. Come. Get dressed and we’ll go together,” Shahrizal memujuk isteri.

            “Tak nak.”

            “Rafeeqa.” Suara Shahrizal sedikit tegas.

            “Shah...please...awak aje yang pergi. Saya janji saya duduk diam-diam dalam rumah ni. Saya takut. Seriously.

Rafeeqa memaut lengan Shahrizal dan melentokkan kepalanya di bahu Shahrizal. Gaya manja-manja sikit supaya Shahrizal cair hati, bersetuju dengan kehendak dia.

            Dah berapa lama dia tak berjumpa dengan Nek Pah? Bertahun-tahun okey. Bukan sebab tak suka tapi serius dia takut. Mulut Nek Pah macam meriam buluh. Ada saja yang tak kena di mata Nek Pah, mulalah nak menembak sampai cuping telinga rasa macam nak tercabut.

            “Rafeeqa. Naik atas, mandi dan bersiap atau awak nak saya dukung dan mandikan awak?”

            Hish! Spontan kepala mendongak memandang wajah Shahrizal yang berubah tegang macam singa. Okey. Okey. Lebih baik dia menurut sebelum Shahrizal hilang sabar.

            Dalam terpaksa, Rafeeqa menaiki anak tangga satu persatu. Langkah kakinya perlahan mengalahkan siput, sengaja dihentaknya kaki dan diheretnya house slippers berbentuk kepala katak berwarna hijau yang dipakainya. Itu tanda protes okey.

            “Awak ada 20 minit.”

            Rafeeqa menjeling di sebalik tangga. Ingat dia mandi kerbau ke? Mana nak berendam lagi. Mana nak sabun badan lagi. Mana nak mask muka lagi. Hish!

            Oh my night, I’m so dead! Rafeeqa jerit di dalam hati.

            Bila Rafeeqa hilang dari pandangan, Shahrizal ketawa kecil. Kalau Rafeeqa merajuk atau memprotes, memang tak sah kalau tak buat gaya macam budak kecik. Tak padan dengan umur yang dah masuk 23 tahun. Laaa..jangan risau la. Dia takkan biarkan telinga Rafeeqa ‘dicuci’ oleh Nek Pah malam ini.



p/s : Have a good rest and good night everyone! And for all the support, thank u soooo much! Love you all loads and big hug! <3

17 comments:

  1. cik emy.. mcm biasa.. tahniah.. terbaik dri writer..

    hope cpat dpt entry bru.. hehehehehe

    mlm nie telinga feeqa mmg kena basuh cukup2 ker?....

    Q : novel ni nanti blh beli dkt kedai buku ke?.. saya xsuka beli on9

    p/s : akhir sekali, tahniah cik writer yer (harap betul la cik 2)

    ReplyDelete
  2. tahniah cik writer... mcm biasa hasil yang terbaik dri emy

    mlm nie feeqa kena basuh cukup2 ker....?...

    Q : novel ni blh beli kedai buku ker... sory, saya xsuka beli buku on9.. hehehehehehe

    p/s : tahniah, gud job... nak mtk cepat2 dapat n3 bru.. hehehe

    ReplyDelete
  3. N3 mlm ni x bikin shah kena kutuk. Slmt dia haha. Nmpk gaya dah ada bunga2 syg kat bini.syoh syoh husna p main jauh:*)...

    ReplyDelete
  4. Oh my..i love this couple so much..suka sangat this story emy. Thank u ;)

    ReplyDelete
  5. weee....comey jer . . .next please ....ngeee

    ReplyDelete
  6. suke2...harap2 la shah jdi prince charming utk rafeeqa mlm ni..

    ReplyDelete
  7. thank you emy!!!, i love you ! hehe

    ReplyDelete
  8. entry kali ni tak panas ati, lega. Tq Emy. Akak boleh tidur dengan aman

    ReplyDelete
  9. ahay makin berdebar2 , tambah nek pah yang garang ah rafeqa, siap terkena terkam nek pah, laaa emy mcm mana cerita sexy yang terkena cium bontot dia, syah tak tahu ke? Tak marah ke? Haikal hilang macam tu je?

    ReplyDelete
  10. ahay makin berdebar2 , tambah nek pah yang garang ah rafeqa, siap terkena terkam nek pah, laaa emy mcm mana cerita sexy yang terkena cium bontot dia, syah tak tahu ke? Tak marah ke? Haikal hilang macam tu je?

    ReplyDelete
  11. Hope Nek Pah akan sukakan Rafeeqa yg skrg..Thanks Emy coz N3 kali ni x buat saya berendam air mata..hati rasa berbunga2 aje baca.. ♥♥♥

    ReplyDelete
  12. Suka suka suka... La la la, seb baek Shah tak buat hal dlm entry nie.

    Yanshi

    ReplyDelete