Karya : Rin Ahmad
Terbitan : Kaki Novel
USD adalah antara novel terbaik yang pernah saya miliki. Cerita
ni memang saya follow dari mula di
blog penulis lagi. Bila baca saya memang dah tertarik. Why the because? Sebab jalan cerita mudah dan tak cliché. Kisah di antara Nur Lisa dan
Syed Azri sejak zaman belajar namun terputus di tengah jalan bila Nur Lisa
memilih untuk ke jalan yang lurus, manakala Syed Azri pula masih di jalan yang bengkok
tanpa cahaya.
Kisah
seperti Syed Azri dan Nur Lisa banyak terjadi di dalam realiti. Bukan saja di
luar negara, malah di Malaysia pun ada yaw!
Bercintan-cintun tanpa sedar di mana had limit perhubungan itu, tak kenal apa
yang patut dan apa yang tak patut. Terus-terang cakap saya tertarik dengan gaya
penulisan yang santai dan mudah untuk difahami, tak ada bunga-bunga kekwa yang
boleh buatkan saya naik pening atau mereng.
Bila penulis mengimbas semula kenangan lama Syed Azri dan
Nur Lisa di Germany, saya disuapkan dengan pengetahuan tentang negara Bavaria itu. Tentang budaya, keadaan di sana, bahasa yang buatkan lidah berbelit dan
tentang Hitler sendiri. Seriously penulis
berjaya membuatkan setiap watak dan suasana di dalam USD ‘hidup’.
USD betul-betul terkesan di hati saya : sedih, menangis
air bah, geram, kecewa, tersentuh, berfikir. Dan yang terpenting sekali,
biarpun novel ini tak tebal tapi mesej yang disampaikan sarat dan padat. Sekaligus
membuatkan saya beringat dengan diri sendiri.
Adakah kau
mencintai ‘cinta’ atau mencintai Pencipta ‘cinta’? Mesej yang ingin
disampaikan oleh penulis amat jelas biarpun tidak menggunakan ayat-ayat yang ‘Ooh la la’atau ‘Adedeh’.
Seorang Nur Lisa : Walau dah berubah baik macam mana pun
kita di masa sekarang, manusia di sekeliling lebih suka menilai kita
berdasarkan siapa kita dan dosa yang pernah kita lakukan di zaman dinasour. Inilah
situasi yang dihadapi oleh Nur Lisa. Kalau orang luar yang menilai kira okey
lagi bolehlah kot tutup sebelah mata, tapi bila suami sendiri pun menilai
begitu...Tapi Nur Lisa tak mudah mengalah dan tetap tabah! Letak diri sendiri
di tempat Nur Lisa, mungkin saja kita tak sekuat Nur Lisa.
Seorang Syed Azri : Ego yang terlampau tinggi mencecah
langit, sesuai untuk menggambarkan ego Azri. Namun egonya tumbang pada kasih
seorang isteri sehebat Nur Lisa yang telah menunjukkannya ke jalan yang benar
dengan gaya Nur Lisa yang tersendiri.
Part ni
membuatkan air mata saya menitis : ‘Saat Nur Lisa merintih menadah tangan di
atas sejadah, hatinya dihimpit pilu. Perit apabila mengenangkan harapan Nur
Lisa yang menggunung. Sebagai isteri, Nur Lisa hanya mampu berdoa tapi dia yang
kena berusaha.’ *Selebihnya sila dapatkan USD di pasaran kalau tak baca
lagi.
Untuk membaca USD memang memerlukan konsentrasi yang
tinggi terutama bila masuk bahagian flashbacks.
Baca dengan santai sebab bahasa penulis sangatlah sempoi. Jangan stress bagai,
nanti tak ada feel.
Letak diri kita di dalam keadaan Nur Lisa, mampukah kita
menolak cinta dan bertabah demi cinta pada Pencipta? Menjadi seperti Nur Lisa
memang tak mudah, tapi tak mustahil.
Letak diri kita di dalam keadaan Syed Azri, mampukah kita
melenyapkan ego yang cuba membutakan hati tentang kebenaran yang ditunjukkan
oleh Pencipta?
Tahniah buat penulis atas kejayaan buku pertama ini. Memang
berbaloi USD merentas lautan dalam walau dah lunyai. Looking forward for your next awesome piece, KL!
Hi emy
ReplyDeletelev reading this review ... awesome!
Hai kak Meen...
Delete;) USD will always stuck in me, baca sampai lunyai nanti balik beli yang brand new!
caya lah emy betok.....
ReplyDeletesaranghae..mrs jijie..wink wink
Hai mrs. jijie...
Delete;) ngeeeee~~~~ tak kipas, fair and square kan kan kan! baca ikut hati, bukan gaya speedy gonzales ;)
yeahhh,mmg btol pun..novel ni mmg best giler!!..i baca smpai lunyai sbb sgt2 dah jatuh cinta.heheheee,skrang nih pon dok dgr The Verve n The beatles jer-angau doh!!...tahniah n TERIMA KASIH to KL-awak mmg berbakat,wlaupon xtrlalu sempurna but ttp awesome(to me lar)..seriously,xsaba tggu novel awak yg lain..
ReplyDeleteHai arasniery...
Delete;) totally agree with u. KL punya pieces setakat ni tak ada yang menghampakan. dan banyak2 hero KL, Azri is in my top list ;) waiting for her other pieces to be published too!
baru je hbis bca nvl nih..
ReplyDeleteBEST2
sweet mula2.. and heroin dpt hidayah.. BEST
kna bca dngan teliti.. bru blh memahami and paham ayat2 dia.. BEST
Hai Ruunna...
Delete;) yup, baca dengan 100% concentration dan tanpa rasa tension bagai ;)
It's enormous that you are getting ideas from this post as well as from our discussion made at this place.
ReplyDeleteMy web page :: ikea furniture assembly service
awesome
ReplyDeleteHai amirah...
Delete;) USD is awesome just the way it is :)
USD mmg best n terbaik..
ReplyDeleteTapi karya awak pun best..wait for next part mama mia shaza..
xoxo
Hai farra...
Delete;) USD lain dari yang lain tak bukan yang biasa2 kan <3 once u grab MMS nanti, enjoy reading babe and thank you so much for ur support! big hug!
yeah...luv this novel very much....awesome...
ReplyDeleteUSD memang best. So happened saya singgah blog penulis dan mula membaca USD di sana walaupun banyak part yang telah di padam. Bila jumpa buku USD terus beli dan baca buku ni tak boleh nak skip pages otherwise, tak faham jalan cerita dia.
ReplyDeleteUSD memang best. Terjumpa USD sebab singgah blog penulis. Masa tu dah banyak part di remove from the post. Because of that, terus cari buku USD and I have no regret about purchasing the book. One thing about the book, tak boleh nak skip pages else tak paham jalan cerita. And yes, Rin Ahmad did a good job.
ReplyDelete