Sunday, March 3, 2013

Mama Mia Shaza 17



MAYA memandang kosong Chicken Chop di depan mata. Sedikit saja yang dijamahnya, langsung tak lapar. Dijeling sekilas lelaki di depan mata. Rasa nak tenyeh Syazwan. Nak buang ke laut dalam. Biar pupus terus.
     “Tak makan? Tak sedap ke?”
     Lamunan Maya terhenti bila disapa Syazwan. Malas nak menjawab, sekadar geleng kepala. Pisau dan garfu diletakkan di atas piring. Bersandar pada belakang kerusi sambil berpeluk tubuh. Tak lalu makan bila menghadap Syazwan di depan mata.
Syazwan masih sama seperti dulu. Mampu membuatkan jiwanya bergetar dan terasa seperti berada di awang–awangan. Pendek kata, rasa cintanya pada Syazwan masih ada. Tapi ditepisnya jauh–jauh supaya tidak terbuai lagi seperti dulu. Tambahan pula, sekarang nama Syazwi mula mengambil sedikit ruang di hatinya.
“Saya datang bukan nak makan. Nak bincang dengan awak,” jawab Maya.
Syazwan tersenyum lebar. Mulut masih penuh dengan Chicken Chop.
“Should I get mushroom soup for you?”
Maya geleng kepala. Dia memang tak ada selera.
“Chicken salad?” Syazwan masih cuba memujuk.
Maya geleng kepala lagi. Hoho! Teringat semula kenangan–kenangan lama, saat manis mereka bersama.
‘Mushroom soup is good for you, darling. Sejuk–sejuk macam ni ngam sangat minum sup panas.’ Syazwan yang sentiasa mengambil berat.
‘Today shall we try Western menu? Chicken Chop perhaps.’ Shazwan yang sentiasa mencipta kelainan.

Sudah bertahun–tahun berlalu, tetapi masih segar di ingatan. Sengaja ke apa? Syazwan memilih menu yang biasa dia suka. Nak kembalikan suasana dulu–dulu? Agaklah kot.
“Shaz, let us just separate. In a good way.”
Oh my! Syazwan hampir tersedak. Cepat–cepat Banana Milk Shake di atas meja dicapai dan dihirup rakus.
“Would you like to have Chocolate Brownie?”
Maya tarik nafas dalam. Geram bila Syazwan buat tak layan.
“Shaz, sampai bila nak.....”
“Or maybe you prefer the one that I used to bake for you.” Syazwan memintas ayat Maya. Hujung bibir dilap dengan napkin penuh sopan.
Kan dah cakap. Syazwan sengaja nak kembalikan nostalgia lama. Mata Maya dialihkan ke arah pasangan di meja sebelah bila matanya bertaup dengan mata encik suami. 
“Maya, pindah dengan saya nak tak? Saya akan jaga awak dengan Mia.”
Maya tersenyum sinis. Salah dengar ke?
“Mia tak perlukan papa macam awak. Yang tidak mampu membimbing keluarga sendiri,” bidas Maya, pedas
“Saya boleh berubah, Maya. People changed, so do I.” Syazwan tidak putus harap mencuba.
Maya diam. Tangan kanan naik menguis–nguis Chicken Chop dengan garfu. Syazwan kalau bercakap memang tak serupa bikin.
“Lelaki semalam tu siapa? Syazwi Ilman tu.” Soalan cepumas Syazwan untuk Maya.
“Kenapa dengan dahi awak? Terhantuk dinding ke?” Maya balas dengan soalan lain.
Syazwan tergelak. Maya pandai menukar topik. Dari tadi mereka berdua duduk di situ, tidak pula Maya bertanyakan dahinya yang bertampal. Dibiarkannya saja soalan Maya. Takkan nak buka mulut kata dia terlanggar tiang traffic light tengah malam? Nasib baik tak teruk.
“So I guess he must be someone special,” duga Syazwan.
“At least you know, Shaz. He is someone to me.”
Syazwan menyimpul senyuman plastik. Patutlah Maya minta untuk berpisah.
“So am I that late?” Syazwan sembunyi rasa di hati. Siapa yang tidak terasa jika isteri sendiri mengaku ada orang lain?
Anggukan kepala Maya membuatkan hati Syazwan tercalar sedikit. Wajah tanpa perasaan Maya ditatap.
“I won’t let you go, Maya. Even if I have to kneel down in front you, to beg you not to leave me.”
Pecah ketawa Maya. Puitisnya ayat encik suami!

TERMENUNG! Itulah kerja Syazwan sejak pulang bertemu Maya. Tidak bertah sendirian di kondo, dia memandu ke rumah mamanya.
“MALAM ni tak berteman lagi ke?”
Syazwan berpaling ke belakang. Muncul mama dengan dua biji mug di tangan seperti biasa.
“Mama perasan tak ada ikan yang mati?” tanya Syazwan.
Berkerut kening Rafaniah yang sudah melabuhkan duduk di sebelah Syazwan di gazebo kesayangannya, memandang Syazwan dengan pandangan pelik.
“Ikan mana?”
“Tu.” Syazwan memuncungkan mulut ke arah kolam ikan mama.
Rafaniah mengeluh. Ni mesti kes terlebih makan. Ikan emas bukan pandai berhenti makan walau perut dah kenyang. Malas mahu bangun dari tempat duduk, sudahnya dia sekadar panjangkan leher ke arah kolam kesayangan. Biarpun sedikit gelap, dapat dilihatnya bangkai seekor ikan terapung–apung di atas permukaan air.
“Esoklah suruh Pak Samad tolong bersihkan,” kata Rafaniah.
“Mama, nak tanya sikit.” Syazwan berpaling memandang wajah mamanya.
“Apa dia?” Rafaniah pelik dengan tingkah anak bujangnya.
“Am I that bad?”
Rafaniah terkedu. Soalan apa ni?
“Apa maksud Shaz?” tanya Rafaniah.
“Maya nak Shaz lepaskan dia,” berat saja mulut Syazwan menjawab. Malam ni nak heart–to–heart session dengan mama.
Lepaskan saya, Shaz. Selama ini memang saya tunggu awak, tapi sekarang tidak lagi. Saya rasa terluka. Plus, I think I’m falling for Syazwi bit by bit. Ayat yang diucapkan oleh Maya masih terngiang–ngiang di kepala. Sakit! Cukup menyakitkan.
“Setiap orang ada lebih dan kurang, baik dan buruk Shaz. No one is perfect.” Rafaniah melepaskan keluhan sebelum meneruskan kata.
“It’s not that you’re bad, but it’s because she already has somenone which is not you.”
Syazwan angguk kepala, faham dengan maksud mama. Exactly sama dengan alasan Maya. Dia melemparkan pandangan pada pokok–pokok bunga mama. Musim bunga ke? Semua kembang mekar, warna – warni pulak tu.
“Shaz nak tawan hati dia balik, mama,” kata Syazwan. Nekad!
“You may try, my son. But if she refuses, letting go is the best choice.”
Hoho! Mama pun berfikiran macam Maya ke? Atau semua perempuan berfikiran sama?
“Bila nak bawak cucu mama datang sini?” tanya Rafaniah sambil menghirup kopi panas. Esok Sabtu, bolehlah minum kopi. Nak bersengkang mata sikit, sudah lama tidak berborak dengan anak lelaki kesayangannya ini.
“Belum masa lagi, mama. Nanti kena fire dengan Maya, naya.”
Rafaniah tergelak. Pandai takut isteri rupanya si Syazwan. Selama ini, boleh pulak buat muka tak bersalah usung perempuan sana–sini.
“Mama belum pernah jumpa Maya. Ajaklah dia sekali,” kata Rafaniah lagi.
Dulu masa Syazwan berkahwin, dia dan suami tak dapat datang. Sibuk memanjang. Hinggakan tentang anak pun tak diambil kisah.
“Tak janji lagi, mama. But hopefully one fine day.

20 comments:

  1. huhu.. terbaik sngt.. ada beza dgn yg lma...

    tahniah cik writer... nak lagi yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai fatiah...

      ;) how are you babe? masih melencong jauh ke hutan lagi tak? glad u liked it so far babe. u have been with me since JBC lagi, so u know my MMS well enough too. tukar kat mana etc ;) *peluk ketat2! love!

      Delete
  2. cian shaz sob sob... jgn putus asa ek, teruskan berjuang. hai la maya ni, keras hati betul, punyala sdp chocolate brownie tp bole plak buat derk ekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak arzalif...

      ;) kak ton, weekend ni patut bertapa kat dapur try buat brownie. kut lebih sedap dari yang syazwan buat ;p big hug!

      Delete
  3. hrap2 yg ni endingnya lain dri yg lma...sangat tragis yg lma tu..tpi mnggalkan kesan yg mndlm kpd saya

    >>y<<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai y....

      ;) tak sangka MMS yang lama tinggalkan kesan yang dalam kepada awak, glad to hear that my piece really touched ur heart *peluk ketat2. nanti bila MMS dah kuar sa akan inform kat blog k. big hug!

      Delete
  4. hye,nak sgt klau endingnya nanti maya kekal dgn syazwan..tak pyh la cerai ya cik writer..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ano...

      ;) MMS nipis je, tak ada belit2 yang terlebih terbelit ;p nanti bila dah kuar versi cetak akan bagitau kat blog k ;) big hug!

      Delete
  5. Nak maya ngn syaz......plisssss emy! Takmo la dengan syazwi tu! Taknak la diorg cerai-berai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai nursyafika...

      ;) bila MMS dah kuar nanti akan inform kat sini k. again, MMS tak tebal mana so one thing i can guarantee, dia tak belit lebih ;p big hug!

      Delete
  6. .... kadang-kadang yang menyakitkan itu adalah kebahagian.... x semua kehidup kita indah... terpulang pada diri... kalau selama 3 tahun Syaz x mahu berubah bila nampak Maya dengan Syazwi baru nak beruabh itu namanya .... sendiri mahu ingattt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Kak Sue...

      ;) i like ur first and second sentences tu kak su. exactly describing MMS. nanti bila baca printed version mesti kak sue ingat tu...'x semua kehidupan kita indah' <---MMS versi lama dulu pun ayat ni jugak ;) big hug!

      Delete
  7. how i wish maya will be with syazwi
    like seriously, i fall for syazwi.. hee ;DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ano...

      ;) syazwi is the just awesome just the way he is kan ;) sebab tu maya pun boleh suka kut ;p big hug!

      Delete
  8. rindunya dkt maya.. bila nk kluar nvl ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Ruunna...

      ;) sendiri tak pasti tapi plg lambat mungkin mei :) big hug!

      Delete
  9. menang berbeza dgn yang lama...masih menunggu sambungan cerita kembali bercinta..bila ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai CNON...

      ;) glad u liked it! lepas ni kita tggu sama2 MMS kuar k ;) maksud awak kembalilah bahagia ke? LOL..tu jgn tggu k, emy dah buang ke laut dalam, anggap saja epic fail ;) big hug!

      Delete
  10. I tk nk dia dgn syazwi ! Plse syazwn jgn give up ! Hahaha.
    # Emy cpt2 publish kn buku MMS ! Nnt inform kami kay ;)
    Keep up !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai muti&#39...

      ;) ni kiranya team daddy la ni ye ;) you can PM me kat FB page tu babe untuk order MMS nanti k. Thank you so much for your support! Big hug!

      Delete