Tuesday, March 12, 2013

Mama Mia Shaza 18


SYAZWI sekadar melihat dari jauh. Rasa kasihan pula pada Maya. Bagaikan terkial–kial mengedarkan broucher untuk diberikan kepada para pengunjung. Niat nak menolong ditolak jauh–jauh.
Sejak tembelang Maya pecah, minggu ini sudah masuk dua minggu dia tidak menegur Maya. Tegur pun setakat untuk membincangkan tentang Expo. Itupun boleh tahan teruk Maya dikenakan. Sediakan report satu hal. Nak promote lagi satu hal. Sekarang sesi jual, pun satu hal.
‘Kalau boleh, jual 5000 biji benih dalam masa tiga hari. Itu pun kalau awak mampu.’ Entah itu kata–kata perangsang atau cabaran untuk Maya.
Hmm..hari ni baru hari pertama Expo. Tengoklah macam mana jualan Maya nanti. Langkah kakinya diatur ke booth yang lain. Nak juga tengok syarikat lain jual apa.
“Biji benih ni hybrid ke?” Soalan yang menerjah telinga membuatkan Maya mendongak.
Oh tidak! Dah agak dah, suara yang dia kenal. Syazwan berdiri tegak di depan booth dengan senyuman lebar. Sempat tangan Syazwan mencapai broucher di atas meja. Belek–belek sekilas. Tak reti pun sebenarnya. Pasal kelapa sawit, tak minat. Matanya terarah semula pada Maya yang masih terkejut.
“Dah lunch?” Soalan kedua untuk si isteri bila soalan pertamanya tidak dilayan.
Maya buat–buat tak dengar. Mata beralih pada Suzana, rakan sekerja yang sibuk menerangkan tentang biji sawit kepada beberapa orang pengujung.
“Maya?”
Nak tak nak, Maya menoleh juga ke depan. Syazwan masih tercegat di tempat tadi.
“Jangan cari sampai sini boleh tak? Tak nampak ke saya tengah kerja?” Maya  bersuara geram tapi masih dengan nada perlahan.
Dia bukanlah staff kesayangan Syazwi. Nak keluar makan tengah hari ikut suka. Kalau dulu bolehlah kot Syazwi nak bertoleransi. Sekarang tak lagi. Siap kena tengking depan staff lain. Kena bagi killing stares. Belum tambah lagi dengan mulut–mulut sumbang yang tak reti nak berhenti mengutuk. Kalau bukan sebab nak cari makan, tak adanya dia nak bertahan. Angkat kaki blah terus.
“Takkan bos tak bagi break? Tak lama pun, Maya. There’s a cafeteria outside,” Syazwan masih tidak berputus asa.
Wajah Maya ditatap puas–puas. Rindu dengan wajah cantik yang masih setia menghuni hatinya. Bukan sekali dua dia datang menjenguk Maya. Di pejabat dan di rumah sewa Maya, semua dia terjah. Kadang – kadang hanya memandang dari jauh pun sudah membuatkan rindunya sedikit terubat.
“No.”
“Half an hour.” Syazwan masih mencuba.
“No.”
“Fiftteen minutes.” Masih tidak berputusa asa.
Maya mengeluh. Memanah mata Syazwan yang turut memandangnya. Typical Syazwan. Takkan pernah berputus asa. Mata Maya sempat toleh kiri kanan. Bayangan Syazwi tidak kelihatan. Lega. Takut kena cop curi tulang.
“Lepas waktu bekerja. Sekarang tak boleh,” jawab Maya akhirnya.
Syazwan mengalah. Mengangkat kaki meninggalkan Maya yang kembali melayan pengunjung yang datang. Takpe, sanggup tunggu petang nanti. Yang penting dapat keluar dan berbincang semula dengan Maya.
Perginya Syazwan, Maya tarik nafas lega. Bolehlah dia menjalankan tugas dengan tenang. Kalau tidak, memang dia tidak selesa. Apatah lagi, dia bukannya biasa dalam bidang tersebut.
Bagi menyahut cabaran Syazwi, Maya berusaha keras menarik pengunjung. Rasa malu sudah dibuang ke tepi.
Hampir tengahari, Syazwi muncul di booth. Entah ke mana lelaki itu menghilang sejak pagi tadi, maya tidak mahu ambil peduli.
“Pandai awak buat deal dengan pelanggan, Maya.” Syazwi bersuara dengan pandangan tajam. Silap hari bulan boleh pengsan dengan pandangan tersebut.
Maya diam tidak membalas. Apa lagi yang tidak kena dia sendiri tidak pasti tetapi dari pandangan Syazwi dia tahu ada sesuatu yang lelaki itu tidak setuju. Ketika Syazwi muncul tadi, dia sedang sibuk berurusan dengan pelanggan tetapi dia tahu lelaki itu mengikuti perbincangannya.
“Siapa bagi arahan suruh awak janji macam-macam dengan customer? Siapa yang nak ke kampung untuk promosi tu? Awak ke?” Suara Syazwan makin tegang.
Sorry, bos. Saya tak tahu yang kita tak tawarkan perkhidmatan macam tu,” jawab Maya lancar tapi perlahan saja.
Tadi bukan main hati  Maya meloncat gembira. Baru sehari expo, dia sudah hampir mencapai target yang diberi. Nampaknya, kalau dua hari lagi, dia boleh melebihi target.. Rasa sangat berbangga dengan diri sendiri. Elok–elok berbincang dengan pelanggan, dia siap bagi nombor telefon sendiri sekiranya ada pertanyaan lain.
Pelanggan mahu syarikat mereka melawat ke kawasan kampung dan membuat promosi. Tak semua pengusaha dapat turun ke Kuala Lumpur untuk mengunjungi Expo. Jadi tak banyak yang tahu tentang biji sawit hybrid. Dan dia? Angguk kepala kata setuju. Manalah dia tahu yang syarikat langsung tak nak. Haruslah bos besar di depannya ini meletup terus. Kalah letupan berapi Gunung Kilimanjaro.
“Sekarang siapa nak tanggung?”
Ceh! Sedap–sedap telinga Maya menyedut setiap soalan Syazwi.
“Patutnya awak tanya dulu saya. Bukannya main hentam,” sambung Syazwi dengan wajah yang merah.
Maya mengetap bibir. Macam mana saya nak tanya kalau batang hidung awak pun tak ada kat booth. Mahu saja mulut Maya menjawab.
“Pandai–pandai nak berjanji kosong. Next time please don’t act smart. This is not helping the company at all. Bla bla bla...
Fikiran Maya sudah ke lain. Hati terguris mendengar kata–kata Syazwi. Tak terdengar lagi ayat yang belakang–belakang. Buat sakit hati okey! Baru kaki mahu melangkah meninggalkan booth, Maya berpaling semula bila namanya dipanggil.
“Awak nak ke mana? Saya tak habis cakap lagi?” tanya Syazwi dengan kening berkerut.
Aik! Ingatkan kan dah habis ceramah. Yang panjang lebar tadi tu tak cukup ke? Ada sambungan lagi ke?
Sorry, bos. I thought you’re done. Saya nak balik boleh tak? Nak ambik Mia kat nursery.” Maya tahan sabar.
“Bukan awak ada suami ke? Suruhlah dia ambik. And you, discussion hasn’t finished yet.” Sinis Syazwan.
Oh my! Ni dah melebih dah ni. Maya menelan liur, mengumpul kekuatan untuk bersuara.
“Dah lambat ni, bos. Kesian anak saya nanti.” Masih berlembut Maya memohon simpati.
None of my business, Maya. Discussion tak habis lagi,” Syazwi masih mendesak.
Tiga orang staff lain hanya diam tanpa kata. Tak berani nak mencelah. Rasanya inilah kali pertama mereka melihat Syazwi benar–benar marah. Kesalahan Mama Mia tak sebesar mana pun sebenarnya. Kalau betul tak dapat pergi ke kampung yang dimaksudkan, telefon saja wakil kampung dan terangkan situasi sebenar. Tak faham kenapa bos besar nak marah melebih, macamlah syarikat akan jatuh bankrupt disebabkan oleh Mama Mia.
Maya diam beberapa saat. Layanan dingin Syazwi. Tengkingan Syazwi. Arahan Syazwi yang wajib dituruti. Sindiran Syazwi. Dia boleh terima. Tapi kalau soal Mia dipandang ringan? None of my business konon. Bos yang tak professional langsung. Apa kes nak campur adukkan hal peribadi dengan kerja? Dia tidak buta okey! Syazwi masih marah dengan kejadian tempoh hari.
“So should I stay?” tanya Maya.
Of course you should. Ni, semua staff tak balik lagi. Yang awak nak balik apasal? Expecting some special treatment from me?” sindir Syazwi.
Hoho! Maya terdiam. Ayat terakhir tu memang boleh blah.
“I quit, boss. Tomorrow morning expect a resignation letter from me,” kata Maya sebelum kaki melangkah meninggalkan dewan dengan hati yang pecah berderai. Sesabar mana pun dia, akan sampai juga satu tahap di mana dia rasa nak memberontak balik.
Syazwan. Ni semua lelaki tu punya pasal. Laju saja kereta Maya menghala ke lebuh raya. Dikuatkan juga hati supaya air mata tidak menitis. Kesian Mia. Pasti si comel tertunggu–tunggu. Nadia pula sibuk nak melayan client yang banyak songeh. Kata Nadia, malam karang baru dia balik.
Sampai di depan nursery,  Mia yang duduk di depan pintu berlari ke arah mamanya. Pipi tembam Mia dicium kiri kanan.
“Lama tunggu?”
Mia angguk kepala sambil tayang muncung itik, membuatkan Maya tergelak. Muncung Mia sebijik muncungnya jika merajuk!
“Mama, lapar.” Mia mengadu. Alahai kesian jantung hati! Maya dicengkam rasa bersalah.
“Mia nak makan apa sayang?” Maya usap kepala anaknya.
“Erm...metballs.”
Set! Sebelum kereta Maya meluncur laju, sempat dia kirim pesanan ringkas pada Syazwan memberitahu venue ditukar last minute. Si jantung hati nak makan meatballs, jadi KFC automatic terbatal. Ikea here we go!



     SYAZWAN bernyanyi–nyanyi kecil. Ngeee...hati berbunga–bunga bila mendapat SMS daripada Maya. Mia nak makan meatballs, bermakna Mia pun kena tapau sekali. Bolehlah dia berjumpa dengan dua orang sekali. Tak kisahlah nak pusing ke Kota Damansara dari Cheras. Bukan naik beca pun. Pakai kereta ikut highway, dah sampai Ikea.
Melihatkan kelibat Maya yang mendukung Mia, Syazwan mengatur duduk. Dari jauh dia mengukir senyum, tapi Maya? Iron face. Takpe. Abaikan. Dia akan buat Maya tersenyum.
“Hi, uncle.”
Mia menegur sambil melambai–lambai. Hoho! Hati makin kembang mekar melihat senyuman si comel.
Syazwan berdiri dan mencium pipi Mia. Seperti selalu bila bertemu orang yang lebih dewasa, Mia mencium tangan Syazwan.
Maya memang tak hairan kalau Mia mesra dengan Syazwan. Pertama, Mia memang mudah mesra. Kedua, Syazwan datang menjenguk Mia di nursery setiap hari. Nak menghalang, rasa kejam pulak. Takkan nak diikatnya kaki Syazwan atau ditukarnya Mia ke nursery lain.
Sorry, dah lama tunggu?” Maya melabuhkan duduk di hadapan dan Mia di sebelah.
“Baru lima minit,” jawab Syazwan. Walhal dah setengah jam.
Sorry for the last minute plan. Saya ikut menu apa Mia nak.”
Syazwan tersenyum lebar. Meatballs. Fried chicken wings. Semua menu pilihan Mia. Sudah dipesan awal–awal. Tinggal tunggu Maya dan Mia datang, then makan.
“Wahaaa! Meatballs.” Riangnya si comel!
Syazwan tak lekang senyuman dari tadi. Mata tak lepas memandang Mia yang melahap meatballs. Inilah kali  pertama mereka bertiga duduk semeja dan makan bersama. Terasa seperti satu keluarga yang sempurna pada pandangan mata–mata yang memandang.
She must be very hungry. Kenapa tak pesan suruh saya ambik Mia? Senang sikit,” Syazwan membuka kata.
Maya menjeling sekilas. Nak suruh Syazwan ambik apa kes? Selama ni dia uruskan seorang diri, okey je pun.
“Apa hal yang penting sangat sampai awak cari saya kat Expo?” tanya Maya sambil menyuap  meatball ke dalam mulut. Dia pun lapar sebenarnya, makan tengah hari tadi tak sempat. Booth banyak pengunjung. Syazwi pula macam sengaja tak nak bagi lunch break.
“Saya ada hal nak bincang. Pasal kita.” Syazwan bersuara tenang.
“Chicken wing.” Jari telunjuk si kecil menunding ke arah chicken wings yang belum terusik. Laju tangan Syazwan mencapai kepak ayam, dicarik–carik isinya dan diletakkan di atas pinggan Mia. Maya sekadar melihat. Mengingatkannya kepada Syazwi.
“Nah, for you too.” Isi ayam turut diletakkan di atas pinggan Maya.
Maya tersentak sedikit. Yang nak makan ayam adalah Mia, bukan Mama Mia. Tapi diambil dan disuapnya juga ke dalam mulut.
“Jangan rapat sangat dengan dia. Nanti dia terbiasa,” kata Maya cukup perlahan.
Syazwan mendongak. Mata Maya menjadi sasaran matanya.
“Bila awak nak kenalkan saya dengan Mia? I mean who I am?” soal Syazwan.
Ceh! Angan–angan besar nampak. Maya tersenyum sinis. Dulu bukan main tak nakkan Mia, sekarang terhegeh–hegeh nak mengaku sebagai Papa Mia.
“Shaz. Let me tell you one thing.”
“Jap. I tell you mine first. Saya nak ajak awak dan Mia pindah masuk rumah saya. Kita mulakan dari awal. Just the three of us.” Ayat Maya dipintas Syazwan. Muka bersungguh–sungguh meminta kata putus dari Maya.
Maya menghela nafas panjang. Wajah Syazwan ditatap dalam–dalam. Easy said than done, Shaz.
“I don’t think that’s gonna work out,” balas Maya.
“Kenapa pulak? Belum cuba belum tahu.”
“Because my heart is no longer in love with you.” Luah Maya senafas. Menipulah Maya, selagi boleh menipu.
Gedebuk! Rasa macam kena hempap batu. Rasa macam nak tercekik meatballs. Rasa macam nak rendam muka dalam air. Ternganga mulut Syazwan mendengar penjelasan Maya.
“Meaning?.” Syazwan buat–buat tak faham.
Maya tidak menjawab. Matanya jatuh pada Mia yang masih menjamah makanan di sebelah.
“Maya, what can I do to win back your heart?,” Syazwan tidak berputus asa. Jiak harus merayu, dia akan merayu.
“Win my trust and heart back, Shaz.”
Syazwan tersenyum nipis. Sempat tangannya dilunjurkan dan mengusap lembut kepala Mia di hadapan. Senyuman si comel padanya membuatkan senyuman Syazwan bertukar lebar.
“Challenge accepted,” jawab Syazwan.
“And not to forget. First cut is always the deepest,” pintas Maya.
Kali ini Syazwan terdiam. Faham dengan maksud tersirat Maya.
“Album kita, awak ada tengok tak?” Syazwan ubah topik.
Terangkat kening Maya. Soalan di luar jangkaan.
“Adalah jugak. Kadang–kadang masa dulu–dulu,” bohong Maya.
Sebenarnya, dia selalu tengok. Bila bersedih, dia tatap album mereka berdua. Bila rindukan Syazwan, dia tatap lagi album yang sama. Pendek kata dia tatap sentiasa, bukan kadang–kadang. Tapi tak pernah dibeleknya sampai habis. Sebab air mata pasti akan menitis di tengah–tengah album. Sudahnya dia tutup semula.
Syazwan tersenyum nipis. ‘You went through our album, means you saw it Maya.’  Bisik hati kecil syazwan.
How I wish I can change the current me,
Into the man you want me to be,
Wish that there could be any way for you and me to make another start,
To put some love back in you heart.

p/s : Enjoy reading my dear readers ;) expect to hold and hud MMS soon k..soon...soon :) Love you all loads and thank you so much for all the supports. Big hug everyone!

36 comments:

  1. Maya jgn lah buat mcm tuh ! Kesian syaz :( tp apakh yg ada di album itu ? Syaz ada bg Maya album ke ? Kt epsod brapa ek ?
    # wah ! Dh nk kuar lah ! Haha. Brapa gak ny hrga nvl nie emy ? Nk kna menabung nie. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai siti...

      ;) dia bagi harta karun yang tiada galang ganti dlm album tu :p MMS akan kuar hujung bulan ni babe, harga emy tak pasti sangat tapi rasanya takkan lebih rm25 kut sebab MMS nipis je :) thanks for your support! big hug!

      Delete
    2. Emy buat lah pre-order MMS :) hehe

      Delete
    3. Hai siti. U can pm me untuk pre-order k :)

      Delete
  2. Soon?!as in 1 month soon or 2 weeks soon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai dil adilah...

      ;) soon as in end of this month babe :) big hug!

      Delete
  3. Waa rindu cite nie...rase sudah brjanggut ku menunggu cite maya n syaz nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ano...

      ;) ku harap janggutmu akan dipotong kemas sbb penantian dah berakhir. MMS akan pub bulan ni ;) big hug!

      Delete
  4. biarle maya dgn syazwan.....hidup happy dgn mia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ano...

      ;) siapa pun pilihan maya, yang penting asalkan dapat buat ia happy kan ;) big hug!

      Delete
  5. Maya yg ego...ati kate syg tpi nafikan...huhu...
    Nk maya gan syazwan...x mau gan syazwi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ano...

      ;) MMS akan pub hujung bulan ni. Then kita sama2 tunggu maya decide nak syazwan ke syazwi k ;) big hug!

      Delete
  6. Ok dah siap marathon dr ep.1 smpai 18 siap bace dgn komen sume... Hint2 yg Emy bg tu mcm maya end up bukan dgn syazwan.. Ala sedih baru nak jadikan MMS dlm koleksi novel tp i hate sad ending.... Nak juga maya dgn syazwan... 1st hero always the best.., Huarggg Emy cukupla hidup realiti je yg ada sad ending, biarlah novel jd fairy tale.. *tetiba buat permintaan suka hati... Wlupun MMS mungkin tak termasuk dlm koleksi novel i nnt (berdasarkan endingnyalah ), tp ur story mmg best... Semua novel or cerpen mmg best. Keep it up.. Congrat and best of luck...

    -darlene ur silent reader-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai darlene...

      ;) do u know how happy i am getting a comment from one of my silent readers? ;) glad that u dah marathon MMS dari epi 1 lagi babe. Tapi a bit sedih kalau MMS tak jadi collection awak nanti. No harm, emy tak paksa but hopefully nanti one day MMS akan ada jugakkkk kat collection awak tu ;) thank u so much for the support all the while and enjoy reading my other pieces k. big hug!

      Delete
  7. nak dengan SYAZWAN.NO SYZWI.Please..im begging u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ano...

      ;) Syazwan dan Syazwi akan kuar hujung bulan ni. smileeeee please ;) big hug!

      Delete
  8. Emy dear,

    Rindu kat awak...MMS akan keluar hujung bulan ni. Great, let me be the first to congrat to you. Akhirnya berbaloi usaha Emy kan. Kalau dah rzeki, kat mana-2 pun akan ada. Can't wait to get the book in my hand. Always love you dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai has laling...

      ;) finally dear, MMS kuar jugak. Firstly, thank u so much for all the supports all the while. Has bagi semangat dari KB lagi, how can I forget all that laling. Hope we will meet one day. One day has! Love you more :) big hug!

      Delete
    2. I'm waiting for that day dear. Bila habis study nnt, touch down KL we meet somewhere. I pun x sabar-2 nak jpa you dear... :-)

      Delete
  9. Waaaaa best2...maya ni ego jgk! Tapi ok la tu sbb dlu syazana tu tinggal dia mcm tu ke! Haha jual mahal sket kasi syaz tu serik dh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai nursyafika...

      ;) nanti tengok ego maya ni bawa dia sampai ke mana :p big hug!

      Delete
  10. this book akan keluar publisher mana?nanti ada tak jual masa book fair ujung bulan 4 nanti?follow tanpa limit.skali terbaca cerita ni marathon bab 1-18 in just few hours :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak Salmiah...

      ;) MMS akan keluar under Lovenovel Publication kak. akan ada masa book fair nanti kalau x silap. Hope u enjoyed reading my other pieces as well, and not to forget MMS ye :) big hug!

      Delete
    2. yeay!nak tanya novel awak yg mana lagi kluar ye masa book fair nanti?nk buat list siap2 :D

      Delete
    3. MMS is my only piece that will be published kak sal :)

      Delete
    4. alright :)

      later ada buku lain yang publish dont forget to announce ;)

      Delete
  11. Replies
    1. Hai Ruunna...

      :) glad u llike it babe. big hug!

      Delete
  12. Salam my dear Emy far over the sea yet feel so near at heart! Finally managed to get the chance marathon from the beginning. The comments made me wondering the story line... There had been updated version?

    My! My! Sesungguhnya am thrilled to lay my eyes on the last word of the printed version. Whether it gonna be to my expectation or not, let the reasons laid behind it be the judge. Semua berhak untuk bahagia kan dan bahagia itu persepsinya berbeza kan? Like I said, either it be the elder SAWI (according to Mia) or younger SHAZ,the reasons behind the decision made by MAMA MIA that am looking forward to. No matter what, MIA gonna get 2 papas though 1 would end-up be the 'uncle papa'. Keep exploring dear and sharing!

    ~BIG HUGS~
    Lily Puteh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Lily Puteh...

      ;) glad that u had the chance to marathon from the very beginning babe. MMS has been published in the blog last year, this is the updated version or should i say the 'touched-up' version :p

      MMS will soon be published hopefully at the end of this month dear, dont miss the chance to grab one and enjoy reading their journey of love k :) *semua orang berhak untuk bahagia dan bahagia itu persepsinya berbeza... i like this sentence :)

      enjoy reading my other pieces babe and thanks a million for your support k ;) big hug!

      Delete
  13. im so excited 2 read dis book...hope epy ending n nk Syazwan + Maya....plezzz sis.im fal in love wth dis u story....

    arap2 blh baca bnyak lg novel akak nt hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai lulu lu...

      ;) glad u like MMS babe. please fall for them cos each of them has their own stories to be read ;) thanks a million for ur support! big hug!

      Delete
  14. Bestt! Nak tanya nama penulis kat buku MMS ape? Penerbitan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ano...

      :) glad u like MMS babe! nama penulis masih Emy Roberto di buku dan MMS adalah di bawah penerbitan Lovenovel Publication. big hug!

      Delete
  15. Assalam really2 nak tanya pasal love novel publication, sy br je menulis and alhamdulillah dpt emel menyatakan ada yg berminat..katanya dr love novel publication..tapi camana sy nak pastkkan mmndangkan kami berhubung mlli emel je..tu pon sy dah kena suruh hantar novel sy ke emelnya..kalau awak dulu camana?klo boleh bagi emel lg bagus sbb sy boleh bagitau nama emel yg menrekruit sy tu hehhe..thanks before :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ano...

      :) LNP memang berhubung melalui dan wassap dengan sa, so asalkan sentiasa up to date dgn LNP i think it should be fine. awak boleh semak page LNP atau PM mana2 admin LNP untuk confirmation k :) awak boleh contact Kak Alida Jusoh atau Kak Kemboja Puteh melalui FB nanti :) big hug!

      Delete