“SYUD.”
“I’m here.”
“Malam ni jangan tunggu, okey. Kira nak stay-stay dengan member.”
“Oh, okey.”
Hanya mata saja yang menghantar suami ke muka pintu
hinggalah tubuh tegap itu hilang dari pandangan. Syuhada mengeluh perlahan.
Malas nak fikir banyak-banyak, mata beralih semula pada skrin tv di hadapan
yang sedang menayangkan reality show
Beauty and the Geek.
Fadhullah. Syuhada. Mereka berdua berkahwin bukan atas
dasar cinta. Bukan juga atas pilihan keluarga. Tapi atas dasar yang tiada siapa
dapat sangka. Laaa..kisah mereka berdua Syuhada simpan untuk diri sendiri, tak
nak buka mulut jaja kisah di sebalik perkahwinan.
Bagi Syuhada, perkahwinan adalah satu ikatan yang suci.
Bagi Fadhullah?
Geek=Fadhullah?
Nahhhh...Perfecto= Fadhullah?
Yeaahh..Tapi sayang, perfecto itu
taklah se perfecto mana ...
Telefon bimbit di sebelah berbunyi, laju Syuhada menjawab
bila nama Mummy tertera di skrin.
“Mummyyyy..” Syuhada teruja sebaik salam Mummy dijawabnya
mesra.
“Prettyyyy.
Mummy rindu. Bila nak datang sini?”
Oh I miss you, too!
Syuhada tergelak. Suara Mummy di hujung sana sedikit kendur. Tahu sangat
dengan perasaan Mummy. Kalau baru seminggu tak singgah di rumah mertuanya itu,
mulalah Mummy bising mencari menantu kesayangan.
“Syud dan Fad sama-sama busy, Mummy. Syif pulak
tak sama. Rindu sangatlah ni ya. Syud
misssss you more.” Panjang ‘miss’
Syuhada, menggambarkan betapa dia rindukan ibu mertuanya itu.
Kalau nak dikira, tak jauh mana pun rumah mertua dengan
rumah mereka berdua. Tapi typical
Fadhullah, asal diajak berjela alasan encik suami. Nak pergi seorang, takut
pula kena ‘sound’ dengan Fadhullah.
“Laaa..mintaklah
cuti. Datang sini, temankan Mummy buat biskut. Kita cuba biskut makmur.”
“Haip! Lusa
Syud post-call. Syud singgah, kita
buat sama-sama, okey.”
“Lusa lama sangat. Datang petang ni. Kita berbuka kat
sini. Mummy banyak cerita nak kongsi.”
Syuhada tersenyum sendiri. Kalau dah Mummy pujuk
macam-macam, harus dia iyakan saja. Tahu aje Mummy nak update cerita apa. Tak puas
hati kenapa Dian disingkirkan dari The Apprentice. Tak puas hati kenapa jenayah
di Malaysia semakin hari semakin meningkat. Tak puas hati kenapa Hancock dengan
bekas isteri tak bersama di akhir cerita dan senarai terus panjang di belakang.
“Ajak Fad sekali, ye. Anak Mummy tu nak kena tarik
telinga baru datang sini.”
Syuhada tak menjawab. Macam mana nak ajak kalau dah
Fadhullah ada plan awal-awal dengan
member kerja? Lagi pulak puasa ikut
syif. Kalau terasa nak berpuasa, dia berpuasa. Kalau tak, memang taklah.
Dear Fad, that’s
what I call imperfection beneath your perfection.
Fadhullah = Perfecto
Fadhullah = Imperfecto
Hakikat itu terpaksa diterima oleh seorang isteri yang
setia dengan terbuka.
“NO, you can’t.”
“Pergi jumpa Mummy aje pun. Lagipun esok on-night.”
“Syud.”
Syuhada tenung mata suami yang memandangnya tajam. Kan
dah agak dah, Fadhullah pasti tak kasi. Setakat nak pergi berbuka puasa dengan
Mummy aje pun. Tahu diri takkan menang, Syuhada berpaling menaiki anak tangga.
Ingatkan Fadhullah balik awal sebab stay-stay
dengan member awal tadi dibatalkan. Nak mandi dan tukar pakaian rupanya.
“Syud.”
“Ya.” Syuhada berpaling.
Fadhullah dihimpit rasa bersalah. Muka isteri yang sudah
berubah mendung ditenung lama.
“Okay, boleh
pergi rumah Mummy. Tapi without me, will
you?”
“Tapi Mummy nak kita...”
“Either you go without me or you
don’t go at all, Syud.” Fadhullah memberikan dua pilihan
kepada isteri. Malas sebenarnya nak berjumpa Mummy. Daddy okey lagi, tak banyak
cakap. Mummy? Banyak sangat nasihat yang Mummy berikan sampai dia naik muak.
Dia dah besar panjang tapi Mummy masih melayannya macam budak berumur 10 tahun.
Lama-lama boleh ‘meletup’ sebab tak tahan. Mummy pun bukannya perfect sangat.
Syuhada berfikir lama. Nak pergi ke tak..pergi ke
tak...pergi ke tak...
“Okay, I’ll go
without you then.” Syuhada fikirkan tentang perasaan Mummy. Beria-ia Mummy
mengajak untuk berbuka puasa. Tapi apa kata Mummy kalau mereka berdua tak
datang? Sekurang-kurangnya dia datang tunjuk muka, jaga hati Mummy.
“Nanti apa saya nak jawab kalau Mummy tanya pasal awak?”
“Bagitau aje saya on-night.
Senang cerita.”
“Mummy sayang awak, Fad.”
“I don’t think so.
Pok pek tak habis. Belum masuk bab marah-marah. Kalau Mummy sayang, takkan
ada istilah marah.”
“Marah tandanya Mummy sayang. Mummy ambil berat. There is one saying. A mother’s arms are
made of tenderness and children sleep soundly in them.”
Fadhullah tergelak. Selamba dia melabuhkan duduk di atas
sofa dan mencapai remote tv. Syuhada ni pun lebih kurang macam Mummy. Pok pek bagi ceramah sayang bla bla malas dia nak melayan. Layan
CSI: Miami lagi bagus.
“Mana awak tahu marah Mummy tu tandanya sayang? You never had one before.”
Syuhada terkesima.
Fadhullah tersentak. Baru tersedar ayat yang diucapkan
membuatkan hati isteri terluka. Bila Fadhullah bangun dan berpaling mahu
memujuk si isteri, Syuhada mengangkat kaki menaiki anak tangga.
Syuhada terluka tapi bersabar adalah penawar terbaik.
Dear Fad, I have my
own imperfecto beneath my perfecto.
SYUHADA duduk di birai katil sambil menatap wajah suami
yang sedang tidur lena. Tangan naik membelai rambut suami. Hujung jari telunjuk
jatuh di hidung mancung Fadhullah. Bulu mata suami melentik mengalahkan bulu
mata dia yang sedang-sedang sahaja. Jari telunjuk jatuh pula pada bibir suami
yang sentiasa membuatkan dia tergoda.
Kisah perkahwinan mereka berdua barangkali seperti kisah
pasangan suami isteri yang lain dari mata kasar. Jatuh cinta. Bermadu kasih.
Berkahwin. Hidup bahagia. Tapi jalan cerita begitu tak boleh ‘pakai’ untuk
kisah mereka berdua.
Baru masuk tahun kedua di universiti, Syuhada hilang
‘punca’ bila papa kerugian lebih daripada separuh wang pelaburan. Dalam bisnes
kalau tersalah pilih rakan kongsi memang ditikam dari belakang lah alamatnya.
Kasihan pada papa, terumbang-ambing sampai buntu. Jalan terbaik? Syuhada nak
berhenti belajar. Separuh jalan pun separuh jalan, tapi apa nak buat dah duit
tak ada.
Di saat dia mahu berputus asa di saat akhir, Fadhullah
menawarkan pertolongan. Syarat senang sahaja.
‘Saya tanggung awak sampai tamat belajar. Tapi andai awak
nak balas budi, marry me. Be my wife and
that’s it.’
Macam kacang aje kan. Tapi alam perkahwinan tanpa rasa
cinta taklah sekacang yang disangka. Syuhada ke hulu, Fadhullah ke hilir dan vice versa. Apa nak jadi dengan
perkahwinan seperti itu?
Prinsip Fadhullah senang. I can buy anything with money.
Prinsip Syuhada pun senang. You can never buy love with money.
Sayang seorang ibu.
Sayang seorang isteri.
Fadhullah memiliki semua itu tapi sayangnya dia tak
menghargai. Jadi pendek kata, dia tak memiliki apa yang dia sudah miliki.
“Fad. Wake up.
Sahur.”
Tubuh Fadhullah bergerak-gerak sebelum mata yang masih
berat terbuka perlahan. Wajah cantik isteri menghiasi ruang mata.
“Malas.”
“Please.
Temankan saya. Saya masak sedap.”
“No, Syud.
Ngantuk.”
“Fad.” Syuhada masih memujuk.
“Next time, Syud.
Serius saya ngantuk.”
Syuhada mengalah lagi. Kalau dah Fadhullah menjawab ‘next time’ bermaksud hari ini encik
suami tak puasa lagi. Kalah orang datang bulan, dah masuk hari ke-20 bulan
Ramadhan boleh dikira berapa hari Fadhullah berpuasa. Imperfecto tahap bertanduk dua dah tu.
“Fad.” Syuhada mencuba untuk kali terakhir.
“Syud. Jangan paksa boleh tak?” Fadhullah membuka mata
semula. Jangan nak buat dia meletup awal pagi begini.
“Okay. Fine.”
Tak nak sudah!
“FAD. Raya nanti Mummy ajak balik kampung. Lama tak
merasa suasana kampung. You know, those
olden days Tok Pah used to force me to help her making rendang and kari
ayam. Rindu.” Syuhada rancak bercerita tentang kenangan lama dengan Tok Pah.
Tahun ni tak dapat beraya dengan papa dan Tok Pah, giliran keluarga belah suami
pula.
“Pandai ke awak buat?”
“Excuse me. Expert
okey isteri awak ni.”
Fadhullah tersenyum segaris. Muka Syuhada yang beria-ia
siap dengan muncung unta buat dia terhibur. Bersandar di belakang sofa,
tangannya didepakan di belakang.
“Awak pergilah. Saya izinkan. Saya tak minta off pun Raya nanti.”
What the?! Mata
Syuhada membulat besar. Apa kes tak apply
cuti Raya? Kena sampuk hantu Raya ke apa Fadhullah ni?
“Faddddd...mana boleh macam ni. Raya sekali setahun. Awak
ni kan...” Syuhada dah tak terkata. Nak apply
cuti tak susah mana. Inform dengan MO
yang in-charge, ketua akan aturkan
jadual yang baru. Kena sign. Hantar
ke pejabat. Lulus. Habis cerita. Apa yang Fadhullah tak boleh nak buat?
Don’t tell me...
Syuhada mengeluh kasar. Berdiri dan berpeluk tubuh
menghadap suami yang masih tayang muka selamba.
“Mummy akan kecik
hati, awak tahu tak. Anak dia makin hari makin tak ‘makan’. Jangan sebab hal
lama Mummy dulu awak dah jatuh benci dengan Mummy. Itu hal lama, Fad. Again I repeat, past is past. Never turn
back. Look forward what is in front of you. Full stop. End of story.”
Syuhada meletup juga akhirnya. Selama ni boleh lagi bersabar, tapi kalau hal
Raya pun Fadhullah ambil ringan harus dia rasa nak rendam muka suami di dalam
air akuarium.
Fadhullah bengang. Sejak bila isteri pandai meninggikan
suara? Dia bingkas bangun, menghadap tubuh Syuhada yang sedang memandangnya
tajam.
“Don’t you dare raise
up your voice, Syud.” Jari telunjuk Fadhullah singgah di bibir isteri.
BIbir diketap menahan marah.
“Sorry.”
Syuhada tunduk. Dia mengalah lagi. Sepanjang enam tahun perkahwinan mereka
berdua, ini kali pertama dia ‘kurang ajar’. Bila rasa marah menguasai diri, tak
pasal-pasal buat dosa pada suami. Papa dan Tok Pah tak pernah ajar untuk teriak
macam La Tarzan pada suami okey!
“Hal Mummy dengan saya, awak jangan masuk campur. Saya
benci Mummy ke. Saya sayang Mummy ke, there
is none of your business. Judging me is the thing that you shouldn’t do. Ya, I
know I’m not perfect but so do you.”
Ayat terakhir Fadhullah buat Syuhada terdiam. Air mata
yang hampir gugur ditahan.
Dear Fad, everyone
has their own imperfections.
SYUHADA kerling jam di dinding. Pukul 11 malam. Fadhullah
masih belum pulang sedangkan syif di hospital sudah lama habis. Nak menelefon
Fadhullah, dia tak nak dikata kepochi.
Nak menunggu pula, dia bagaikan tak sabar.
Sepotong kek yang berbentuk segitiga dipandang Syuhada
lama. Dia tersenyum sendiri. Hari ini hari jadi Fadhullah. Percaya atau tidak
sepanjang enam tahun perkahwinan mereka berdua, tak pernah pun hari jadi
masing-masing disambut. Sendiri kena faham lah, bila perkahwinan yang terbina hanyalah
atas dasar terhutang budi semata-mata dan tanpa rasa cinta, semua yang
berkaitan dengan hati dan perasaan pun janggal.
Pergaduhan kecil di antara mereka berdua beberapa hari
lalu Syuhada dah tak ambil peduli. Suami sendiri, tak salah jika dia mengalah.
Cinta pada suami sebenarnya sudah lama wujud. Cuma cinta itu hanya dari sebelah
pihak, dari pihak yang lagi satu memang tak payah mengharap lah. Perempuan yang
bagaikan ‘dibeli’ seperti dia sudah tentu Fadhullah takkan jatuh sayang.
Syuhada berpaling bila pesanan WhatsApp masuk ke telefon.
Syud, sleep early.
I’ll be late tonight. Sleep tight.
Syuhada kecewa. Lama menatap skrin telefon, akhirnya dia
letakkan semula telefon bimbit di atas sofa di sebelah. Kad hari jadi berbentuk
hati di atas meja dibuka.
Dear Fad,
May Allah bless you. Love you
always.
Your one and only wife,
Syud
Setitis air mata gugur, mengenai kad yang bertulis
tulisan Syuhada sendiri. Berlalu ke dalam dalam dapur, kek diletakkan semula di
dalam peti sejuk. Naik ke tingkat atas, kad tadi diletakkan di dalam laci
bersama lima kad hari jadi yang lain. Seperti tahun-tahun yang lalu, niat untuk
memberi kad pada suami tersayang dan meluahkan rasa cinta secara tidak langsung
tidak kesampaian.
FADHULLAH ketawa sendiri. Gelas di atas meja
dipusing-pusingkan sampai kepala sendiri pun naik pusing. Panggung kepala,
wajah teman-teman yang lain dilihatnya sudah berlapis. Duh! Dah tahu tak tahan
dengan Vodka, yang dia nak teguk juga apa cerita? Typical manusia. Bila hati dan naluri sudah dikuasai syaitan,
memang main ‘ngap’ aje minum. Mana nak fikir badan tu tahan ke tak.
“Bro, okey tak
ni? Kalau balik macam ni, confirm
kena ‘berus’ dengan Syud.” Ged di sebelah menepuk bahu Fadhullah. Mampus semua
nanti kalau Syuhada dapat tahu yang mereka semua hangout dengan cara tak betul begini.
Fadhullah ketawa lagi. Syuhada. Apa yang isterinya boleh
buat? Paling tak pun pandang dia lepas tu buat kerja sendiri. Macam mana nak
bahagia? Macam mana nak hidup sehaluan? Contoh terbaik, macam dia
sekarang. Jam dah nak dekat tengah malam
pun Syuhada tak telefon bertanyakan tentang dia. Tu tandanya isteri tak ambil port sebab tak sayang kot.
“Syud is fine. The
very okay the wife.” Bahasa Inggeris Fadhullah dah tunggang terbalik.
“Okey. Sekarang Syud okey ke tak belakang cerita. Tapi
kau ni. Okey tak drive balik rumah?
Jangan langgar tiang lampu sudah.”
Fadhullah tergelak lagi, lebih besar berbanding tadi.
Rasanya kalau dia jatuh ke dalam gaung sekalipun Syuhada takkan pernah kisah.
Pertama, siapa yang tak sayang bini?
Kedua, siapa yang tak pernah kisah pasal bini?
Ketiga, siapa yang tak pernah mahu hidup bahagia di
samping isteri?
Jawapan terbaik : Orang yang tak berakal. Dan Fadhullah
bukanlah tergolong di dalam orang sebegitu. Tapi sayang, cinta pada isteri
terpaksa dikubur jauh. Syuhada cantik di luar namun di dalam tak seindah mana.
“Syud never loved
me.” Suara Fadhullah macam orang yang patah hati.
“Mana kau tahu?”
“Dia tak pernah mengaku.”
“Kau ada mengaku tak?”
“Tak.”
“Not even once?”
“Not even once.”
“Laaaa..harus dia tak nak mengaku. You should start it first, then only she dares.”
Fadhullah tersenyum sinis. Dia ada tahap ego yang
tersendiri, tak pernah di dalam sejarah hidup seorang Fadhullah Ahmad dia
mengaku mencintai perempuan. Lebih-lebih lagi perempuan yang diangkat menjadi
isteri atas dasar ‘saja-saja’. Syuhada kering duit, dia pula terasa ingin memiliki. Ajak kahwin, senang
cerita.
“Today is my
birthday and it’s almost midnight yet she didn’t wish me, not to mention any
warm greetings through phone,” ucap Fadhullah pilu.
Sendiri tak faham dengan sikap isteri. Buat-buat tak
kisah atau betul-betul tak kisah? Lelaki seperti dia, rasanya memang tak layak
untuk diangkat menjadi suami oleh Syuhada. Jelingan isteri. Pandangan mata
isteri. Bagaikan menyindir dia yang serba kekurangan. Again, who would marry a jerk-two-horned-guy like me! Kalau bukan
sebab terpaksa, Syuhada takkan sanggup punya.
Baki vodka di dalam gelas diteguk Fadhullah rakus. Kepala
pusing-pusing pun dia dah tak ambil peduli.
Solat tak pernah cukup waktu.
Puasa tak pernah lengkap.
Mabuk sampai tak ingat dunia.
Dear wifey, I’m so
sorry for my imperfections. Fadhullah rasa rendah diri.
“NAH. Buka pakaian awak tu. Bau. Kalah bau najis.”
Fadhullah tunduk membisu. Kepala yang terasa berat buat
dia rasa macam nak muntah sekali lagi. Malu satu hal. Rasa dihina pun satu hal.
Tak sanggup nak pandang wajah Syuhada yang memandangnya dengan pandangan jelik.
Serius malam tadi satu hapak pun dia tak ingat. Bangun aje pagi dah terlantar
elok di atas lantai di depan ruang rehat.
“Ambiklah. Lagi
cepat awak mandi lagi cepat saya nak bersihkan muntah awak.” Huluran tuala yang
dihulurkan Syuhada masih tak bersambut. Sudahnya dia letakkan di atas sofa.
Marah. Geram. Rasa nak tampar muka suami sendiri. Tapi
Syuhada banyakkan bersabar. Tang
hantu celah mana yang merasuk Fadhullah sampai lupa dunia begini? Bulan
Ramadhan adalah bulan yang mulia. Yang sebetulnya menambah pahala, bukan
menambah dosa macam Fadhullah.
Mabuk
di bulan puasa, sah ada dua tanduk tumbuh di atas kepala Fadhullah. Fadhullah
dah tak pandai bezakan mana dosa mana pahala. Main redah ikut suka, padanlah
sangat perangai macam tu kalau memang nak menambah dosa yang dah
bertimbun-timbun. Andai dipanggil pergi bila-bila masa, sah tak sempat nak
bertaubat.
Adakalanya
Syuhada rasa berputus asa dengan perkahwinan mereka berdua. Dia sendiri masih terumbang-ambing di dalam hal
agama tapi suami yang diharapkan untuk membimbing pula patut dibuang ke laut
dalam.
Berbalah
sekarang bukan masa yang sesuai. Hati cuba bersabar walau rasa nak smackdown
Fadhullah. Syuhada menyusun langkah ke arah dapur. Niat mahu menyediakan teh
panas untuk Fadhullah yang hangover tahap gaban.
“Syud. Talking bout how imperfect I
am...I admit that but so do you. We are both imperfect.”
Langkah
Syuhada terhenti. Suara Fadhullah perlahan saja namun mampu membuatkan cuping
telinga rasa nak tercabut dan detak jantung rasa nak berhenti.
Fadhullah
gagahkan diri untuk bangun. Melangkah ke arah Syuhada dan berdiri betul-betul
di depan tubuh tinggi itu. Dua mata itu bertaup lama.
“Awak
jijik dengan saya. Nak tengok saya pun awak macam nak tak nak. Kalau nak
dibandingkan siapa lebih jijik, rasanya awak lebih tahu.” Mata Fadhullah
bertukar merah.
Syuhada
terdiam. Matanya terasa kabur.
“I can never forget how disgusted
you were on our first night, Syud. Whoever the guy was, he was lucky. More
lucky than me.” Fadhullah dekatkan bibirnya ke telinga
isteri.
“I’m not perfect either, nobody is
perfect anyway. But you, Syuhada are perfectly imperfect,”
bisik Fadhullah perlahan.
Gugur
air mata Syuhada. Nak menjawab, hanya bibir saja yang bergetar-getar. Melihat riak
muka suami yang seolah-olah mengejek, dia rasa terhina.
So sorry dear Fad....
FADHULLAH
AHMAD bukan jejaka pujaan satu Malaya. Tapi kalau nak kata jejaka pujaan zaman
universiti dulu boleh lah. Duit banyak. Otak geliga. Muka market. Tak ada yang kurang. Sekali pandang memang perempuan akan
jerit ‘Oh gosh!’
Meminati
Syuhada sejak zaman universiti sudah pasti tapi kalau nak usha memang dia tak pernah mencuba. Kut kena reject mana nak letak muka. Lagi pula ego yang tinggi melangit
menolak soal hati dan perasaan jauh ke laut dalam.
Belajar
di dalam satu batch, tapi masing-masing setakat Hi Bye. Tang celah mana dia
mendapat keberanian untuk menyunting Syuhada menjadi isteri, Tuhan saja yang
tahu. Mahu Daddy dan Mummy tak terkejut. Ye la, kut anak bujang kesayangan
kahwin ekspress sebab terbuntingkan anak perempuan orang.
Jauh
di sudut hati memang nak menolong sebenarnya. Datang jauh-jauh ke Russia
belajar tinggi-tinggi tapi hangkang separuh jalan tak ke rugi aje? Lagipun
keinginan hati untuk memiliki Syuhada amat tinggi. Yang dia ingin buktikan
adalah wang boleh membeli segalanya.
Money can buy everything. Everything
can be bought with money.
Tapi
prinsip dia jatuh berguling bila Syuhada menyangkal.
Money can’t buy everything. You can
never buy love with money. Bla bla...
Selama
ini mana pernah dia bertanyakan tentang kisah lama isteri. Nak dikongsikan
bersama orang lain jauh sekali, tak mahu membuka aib isteri sendiri. Syuhada
tidak suci. Apa kes? What the fudge? What
the fish? Dia lelaki typical yang
walau panjang macam mana pun tanduk di atas kepala, di akhir cerita pasti
inginkan perempuan yang baik-baik untuk dibuat isteri. Tapi Syuhada?
Sigh...
Syuhada
ke hulu. Dia ke hilir. Syuhada ke kiri. Dia ke kanan. Enam tahun berkahwin
hubungan mereka berdua tak pernah naik satu tangga, mono dari awal sampai
akhir. Tinggal berdua. Tidur sekatil. Dimanjakan dan memanjakan sesama sendiri,
mustahil rasa cinta yang terpendam tak pandai kembang mekar.
Namun
sejak akhir-akhir ini hubungan mereka berdua bagaiakan retak menanti belah.
Bukan sebab orang ketiga atau pasang sayap extra,
tapi mereka berdua sudah semakin tidak sehaluan. Adakalanya memendam rasa
adalah lebih baik daripada meluahkan. Guess what, it worked dear darling Syud!
NURUL
SYUHADA bagaikan burung merpati. The very
the friendly tapi bila ingin digapai dia cabut lari. Hal lama dia dah tak
ambil kisah. Itu buatkan dia lebih kuat dan bersabar dengan dugaan yang sudah
tersurat untuk seorang perempuan seperti dia. Mama lari ikut lelaki lain,
meninggalkan dia dan papa. Papa tanpa kasih sayang seorang isteri dan dia tanpa
kasih sayang seorang mama.
Jangan
pernah mempertikaikan kenapa dia sudah tidak suci lagi. Hati terluka dalam bila
setelah bertahun berkahwin, buat pertama kalinya Fadhullah menghina isteri
sendiri. Selama ini Fadhullah tak pernah tanya apa cerita bla bla dan dia juga tidak pernah bersedia untuk menceritakan kisah
lama yang memang takkan terpadam sampai bila-bila.
Kalau
dah suami kata dia jijik, apa yang dia mampu katakan. Nak membela diri? Tak
payahlah..nanti pergaduhan semakin lama semakin parah. Menyelami hati seorang
suami seperti Fadhullah tidak mudah, nak ditebak pun susah.
La...senang
cerita. Fadhullah tak sayang dia..
“MALAM
ni on-night?”
“Ya.
Awak?”
“On-night juga. Farid minta tukar.”
“Okay.”
Perbualan
seharian mereka berdua hanya berkisarkan tentang kerja. Syif sama ke tak sama
ke, tak ada beza. Bekerja di satu hospital tapi kereta asing-asing. Boleh
begitu? Mummy dah makin susah hati dengan perkahwinan yang on-off begini.
‘Mummy nak cucu. Sunyi. Lagipun
anak tu boleh merapatkan hubungan Syud dan Fad.’
Tak
nak bagi harapan tinggi pada Mummy. Mereka berdua tak pernah bincangkan soal
anak, jadi anggap saja tak ada siapa yang nak.
Bersiap
mahu pergi bekerja, Syuhada menaiki anak tangga menuju ke bilik tidur mereka
berdua. Alamatnya berbuka puasa di hospital lagi malam ini seperti hari-hari
biasa. Tinggal lima hari saja lagi untuk menyambut Hari Raya, tapi masih belum
ada tanda-tanda Fadhullah menukar fikiran untuk mengikut dia dan Mummy serta
Daddy balik beraya di kampung. Mereng sungguh, habis tu tinggal di sini seorang
diri semasa Hari Raya nanti apa kes? Nak jadi forever alone la kut....
Telefon
suami yang berbunyi di atas meja kecil bersebelahan katil menarik perhatian
Syuhada. Pesanan Viber yang diterima suami buat Syuhada terdiam.
Fad, meet you tonight. XOXO. Love!
Hugs!.
Siapa
Jenny? Syuhada terduduk di atas katil. Takkan sebab hubungan mereka berdua yang
tak stabil buat Fadhullah mencari lain di luar? Laa..tak payah hairanlah.
Fadhullah dah hina dia. Kiranya dah tiba masa Fadhullah bosan dengan isteri
seperti dia. Duh! Menyesal kepochi
nak tengok privasi suami sendiri di dalam telefon.
“Syud.”
Pandangan
Syuhada menala pada pintu bilik. Muka cantik yang sudah berubah mendung itu
tidak dapat disembunyikan.
“Nanti
nak pergi kerja sama tak? Erm..boleh berbuka sekali..I mean saya boleh temankan awak berbuka hari ni.”
Terhantuk
kepala di dinding ke atau mimpi dikejar hantu laut Fadhullah tiba-tiba keluar
dengan idea nak beramah mesra dengan isteri? Tipulah kalau dia kata yang dia
tak rasa bersalah bila menghina isteri yang sepatutnya dipandang tinggi itu.
Melihatkan telefon bimbitnya yang dipegang isteri, Fadhullah berdehem. Buat-buat jadi Mat Cool. Muka
Syuhada yang langsung tak teruja, dia dah dapat mengagak. Jenny lagi!
“Syud. Are you okay with my plan?” Fadhullah
mendekat namun Syuhada menjarakkan diri.
“Siapa
dia, Fad?” Syuhada beranikan diri bertanya dan menentang panahan mata suami.
“Answer me. Are you okay with my
plan? Either it’s a yeas or no.” Fadhullah tak
pedulikan soalan Syuhada. Dah sekarang ni dia mahu cuba memujuk hati isteri
yang luka parah, jangan cuba nak buat dia berasap kepala pula.
“No.”
Syuhada berlalu ke bilik air. Sensitif tak bertempat sungguh dia akhir-akhir
ini. Sikit-sikit nak menangis, sikit-sikit nak merah hidung.
“Fine!”
Mendengar
pintu bilik ditutup kasar, tubuh Syuhada melurut jatuh di lantai dan dia
bersandar lemah di belakang pintu.
Dear Fad, I hate being ignored.
Dear Syud, I hate being judged.
HARI
ini hari terakhir berhempas pulas di wad sebelum cuti Hari Raya. Syuhada
termenung di meja kaunter. Tengah tunggu HO yang datang gantikan syif untuk pass over, sempat juga dia menyemak nak
bermain Candy Crush di telefon.
Crush. Crush. Crush.
Perkataan yang pendek sahaja tapi banyak maknanya bagi seorang Nurul Syuhada.
Crush =
Patah hati
Crush
= Kecewa
Crush
= Terluka
Crush =
Hati ditumbuk lumat
Beberapa
hari ini dia dan Fadhullah sama-sama berat mulut untuk memulakan bicara.
Fadhullah buat gaya tak kisah, dia pun boleh buat gaya ‘Like I care’. Nak berkomunikasi pun pakai peti sejuk di dalam
dapur. Tulis apa yang ingin disampaikan, kemudian lekat memo pad di peti sejuk. Mudah aje tapi betapa susahnya menghadapi
hari-hari seperti itu. Fadhullah ni
susah sikit, dah sakitkan hati dia secukup rasa memang tak ada harapanlah nak
meminta maaf. Lagak macam orang yang tak bersalah pula.
Telefon
di dalam poket white coat dicapai Syuhada. Laju tangan menghantar pesanan
WhatsApp kepada suami.
Fad, I’m going back with Mummy and
Daddy tonight. Sure you don’t wanna join?
Kasihan
pada Mummy. Beria-ia mahu anak tunggal lelakinya itu turut serta tapi Fadhullah
tetap Fadhullah, ego tahap walawei.
Setakat nak simpan di dalam hati rasa sakit hati dengan Mummy tu, tak payahlah.
Buat tambah dosa aje.
Mummy
pernah curang dengan Daddy tapi sekurang-kurangnya Mummy sedar kesilapan
sendiri dan memohon maaf menyesali
semuanya.
Siapa
yang tak pernah buat silap?
Siapa
yang bersih sangat dari dosa?
Tak
ada siapa kerana semua manusia di dunia ini adalah pendosa. Tapi Fadhullah mana
faham. Yang dia nak, Mummy perfecto
sangat sampaikan buat silap pun Fadhullah terus cop Mummy adalah ibu yang
paling teruk di dunia. Typical Fadhullah..hates being judged but he can judge
anyone!
Pesanan
WhatsApp Syuhada dibalas.
No, it’s okay. I’m not joining.
Safe trip malam nanti.
Syuhada
mengeluh lemah. Dah tak mampu untuk memujuk Fadhullah. Nanti apa kata rakan
sekerja yang lain di hospital? Isteri balik bercuti tapi suami selamba ayam
kerja di Hari Raya. Memang dah nasib lah kalau kepincangan rumatangga mereka
berdua dapat dihidu oleh orang luar.
Fad...please. Think about Mummy at
least.
No forcing. No judging. Remember?
Okay, sorry. Meeting up before our
trip tonight. Boleh?
Kat mana sekarang? Masih kat wad?
Ya, kat PAC.
Syuhada
morning shift, Fadhullah on-night. Bila dia balik ke rumah nanti, pasti
Fadhullah sudah meninggalkan rumah untuk ke hospital. Sekurang-kurangnya nak
juga dia berjumpa dengan Fadhullah. Sedih okey. Ini kali pertama mereka berdua
beraya berasingan.
Sorry, can’t make it. Take care
nanti.
Syuhada
kecewa. Lama dia menatap skrin telefon. Huhu...Fadhullah memang berhati kebal.
Tak kesian ke dengan Mummy? Tak kesian ke dengan dia sendiri? Takkan tak dapat
baca hint yang isteri ni akan rindukan suami yang jauh di mata.
Haish! That blunt Fadhullah!
MASUK
ke dalam rumah. Sunyi. Melangkah ke dalam dapur. Sunyi. Naik ke bilik tidur di
tingkat atas. Pun sunyi. Fadhullah rebahkan badan di atas katil. Rasa lain pula
tanpa Syuhada di rumah.
Menyesal
tidak bertemu dengan Syuhada sebelum isterinya itu balik ke kampung malam tadi.
Ni kata orang, menyesal sekarang pun dah tak guna. Syuhada dah layan blues di
kampung dengan Mummy dan Daddy. Dia di sini sorang-sorang macam pungguk
rindukan bulan. Pungguk adalah dia, Syuhada adalah bulan.
Sepanjang
enam tahun perkahwinan mereka berdua, inilah kali pertama masing-masing
berjauhan dari sesama sendiri. Rindu pada Syuhada dah tak boleh dibendung.
Padan dengan muka sendiri, jual mahal tak nak ikut serta tapi sekarang apa yang
dia rasa? Rasa oren okey!
Fadhullah
sedikit terkejut bila Azan berkumandang di seluruh bilik. Baru teringat yang
Syuhada tak pernah biarkan PC di sudut bilik tidur ditutup. Cukup masa, Azan
akan berkumandang mengingatkan hamba seperti mereka berdua untuk menunaikan
kewajipan. Yang sebetulnya, meningatkan Syuhada seorang sebab dia yang dah
masuk air ni susah nak dipimpin untuk ke jalan yang lurus.
Bilakah
hamba seperti dia akan tersedar dari keseronokan duniawi?
Bilakah
hamba seperti dia akan kembali ke jalan yang terang?
Bilakah
hamba seperti dia akan dapat menjadi ketua keluarga yang baik?
Fadhullah
melepaskan keluhan. Jawapan untuk semua itu dia sendiri pun tak pasti, kut
sebab itu Syuhada tak pernah ambil kisah tentang rumahtangga mereka berdua. Kut
Syuhada mengharap untuk dilepaskan oleh suami seperti dia. Kut Syuhada akan
lebih bahagia andai rumahtangga mereka berdua berakhir dengan perpisahan.
Banyak
sangat ‘kut’, Fadhullah rasa takut. Andai satu hari nanti jodoh mereka berdua
tidak panjang...
SELESAI
makan malam, Fadhullah berbaring berbantalkan lengan sendiri di atas katil.
Rasa macam hidup solo pulak, setakat Maggi aje perut tak kenyang mana. Lagi pulak doktor macam dia memang anti Maggi, lainlah
kalau desperado macam situasi dia
sekarang ini.
Hati
terasa sayu tiba-tiba. Lagi dua hari nak beraya dia ‘bijak’ sangat sampai tak
minta cuti. Tak pernah dibuat orang bekerja di hari yang mulia. Tangan kanan
Fadhullah mencapai telefon di sebelah dan dibelek kosong.
Nak
WhatsApp ke tak..nak WhatsApp ke tak...
Hi, enjoying your cuti?
Walaupun
pendek, namun dia hantar juga pada Syuhada. Terbayang-bayang wajah isteri yang
seronok bermain bunga api seperti tahun-tahun
yang lalu.
Fad, nak main bunga api. Sebatang
aje.
Fad, one more please.
Fad, syokkk..nak lagi.
Fad, join me. Seriously syokkk.
Fadhullah
tersenyum sendiri. Syuhada yang cantik. Syuhada yang tampak comel setiap kali
bila marah. Syuhada yang playful. Syuhada yang serius.
Duh!
Angau dengan isteri sendiri. Laju Fadhullah membaca WhatsApp yang dibalas
Syuhada.
Salam. So far so awesome. Wish you
were here. Ada teman nak main bunga api.
Fadhullah
tergelak kecil. Kan dah agak dah, Syuhada dengan bunga api memang tak dapat
dipisahkan bila tiba musim Raya.
Lonely.
Pathetic? Yeah!
Tapi Fadhullah tolak tepi. Pendek tapi bermakna pesanan WhatsApp dia tu!
Now you know.
Bztttt!
Kan dah kena ‘smashed’ dengan Syuhada secara halus. Malu pula Fadhullah
tiba-tiba.
Yea...you’re right, Syud. Money
can’t buy everything.
Fadhullah
kalah juga. Mengakui betapa salahnya prinsip dia yang patut direndam di dalam
air masin itu.
Dia
tidak dapat memiliki cinta Syuhada walau dia menanggung pelajaran Syuhada
sampai ke peringkat tertinggi sekalipun.
Dia
tidak dapat memiliki cinta Syuhada walau duit yang dimiliki adalah setinggi
gunung.
Balasan
yang diterima dari Syuhada buat Fadhullah terdiam lama.
Money can’t buy happiness as well.
Fadhullah
tewas dengan ego sendiri. Sekarang baru kepala yang keras itu terhantuk. WhatsApp
Syuhada tidak dibalas. Lama dia menatap siling putih, mata kedip-kedip dengan
hati rindu. Pusing ke kiri, haruman Syuhada menusuk hidung. Pusing ke kanan pun
begitu juga.
Haish!
Nak cakap yang dia rindu, dia rasa malu. Nanti Syuhada gelak sampai jatuh
bergolek. Laa..gelak okey lagi. Kalau disindir macam mana?
Fadhullah
bangun, menuju ke arah almari pakaian di hujung bilik. Barangkali sedikit saja
pakaian yang Syuhada bawa untuk beraya. Baju Melayu milik Fadhullah tergantung
elok di penyangkut baju. Huhu..teringat dua bulan yang lalu beria-ia Syuhada
mengajak untuk menempah baju Melayu sebab nak tempah last minute, memang kirim salam.
Manusia berebut nak memburu tukang jahit. Tema Raya tahun ini Syuhada cadangkan
warna maroon. Dia on aje, lagipun maroon tersenarai di dalam senarai warna kegemaran.
Satu
persatu laci almari dibuka Fadhullah, dia menarik nafas lega. Sah Syuhada tak
lama di kampung sebab pakaian Syuhada masih tersusun elok. Hari Raya ketiga
nanti baru Syuhada balik ke sini semula. Parah okey kalau Syuhada berlama di
kampung. Lagi parah bila otak tadi mencerna situasi pelik-pelik. Syuhada nak
pindah terus. Syuhada nak berpisah. Syuhada tak nak balik ke sini semula.
Hishhhhh...
Laci paling bawah dibuka Fadhullah. Gatal
tangan nak melihat koleksi pakaian ‘kecik-kecik’
isteri. Macam pervert tapi lantaklah,
tak salah kalau nak jadi pervert dengan
isteri sendiri.
Fadhullah
tersenyum sendiri. Pakaian ‘kecik-kecik’
Syuhada comel-comel. Tengok banyak kali sebelum ini pun dia tak pernah jemu,
sentiasa tertarik dengan kecantikan isteri.
“Apa
ni?” Fadhullah bercakap sendiri tatkala tangan menyentuh kad berwarna merah di
sebalik pakaian ‘kecik-kecik’
Syuhada.
Kad
berbentuk hati...ada enam kesemuanya...jantung Fadhullah berdetak laju. Isteri
ada affair ke? Mamat mana yang bagi
ni?
Bila
dibaca satu persatu kandungan kad, Fadhullah rasa macam nak pengsan!
SYUHADA
duduk menongkat dagu di atas meja di depan rumah. Seronok dia melihat anak-anak
jiran sebelah rumah bermain bunga api. Rasa macam nak join tapi Mummy kata
jangan perasan nak jadi budak kecik macam
semalam.
Esok
Hari Raya. Syuhada mendongak memandang bulan. Cantik. Ada kerlipan
bintang-bintang menambahkan kecantikan alam di waktu malam. Jam di tangan
dikerlingnya sekilas. Sudah pukul 12 tengah malam tapi suasana di kampung masih
riuh.
Hmm...apa
agaknya yang Fadhullah buat sekarang? Buat air liur basi? Atau sedang berhempas
pulas di A&E yang tak ubah macam medan perang bila tiba musim perayaan
begini? Kasihan? Nahhhh...rasa nak cakap ‘Padan muka’. Yang pandai-pandai tak
nak minta cuti Raya apasal?
Berjauhan
dari Fadhullah, Syuhada rasa ‘kosong’. Tak ada teman yang mendengar dia
bercerita apa-apa entah. Tak ada yang nak temankan dia tidur malam. Agaknya
inilah kata orang...bila dah jauh baru nak mencari.
Telefon
di tangan dipandang Syuhada. Hari ini telefon bimbit sunyi. Encik suami tak
WhatsApp. Viber pun tak. WeChat pun tak. Huhu...Jenny tu siapa dia tak kenal,
nama pun tak pernah dengar sebelum ini tapi agaknya makhluk bernama Jenny
itulah yang menemani suami sekarang ini. Tu yang Fadhullah langsung tak ‘menyapa’
di telefon.
Macam
mana nak minta maaf dari suami esok? Bertelefon? Advanced sungguh. Skype? Lagi advanced.
Pintu suka hati Doraemon? How I wish! Nak bersalam dengan
Fadhullah. Nak minta maaf dengan Fadhullah. Nak peluk Fadhullah. Huhu...
Maaf
mungkin dia bukanlah isteri yang Fadhullah idamkan.
Maaf
dia sungguh tak mampu membuatkan suami jatuh sayang pada isteri seperti dia.
Maaf
kerana dia jijik seperti yang dikatakan oleh suami. Bukan pinta dia untuk
menjadi mangsa rogol di usia muda.
Pettt!
Pettt!
Terkejut
my heart! Syuhada mengurut dada. Kereta yang berhenti di hadapan rumah buat dia
menggaru kepala yang tidak gatal di sebalik tudung. SA 201. Biar betik...Fadhullah??
Melihat
Fadhullah keluar dari perut kereta, Syuhada bingkas bangun. Mimpi ke realiti
ni? Takkan pintu suka hati Doraemon betul-betul wujud.
“Fad...”
“Syud...”
Belum
sempat berbuat apa-apa, tubuh tinggi Syuhada sudah berada di dalam dakapan
suami. Dahi dan pipinya dicium berkali-kali. Oh okey. Ini bukan mimpi. Tapi apa
mimpi Fadhullah speedy Gonzales dari KL ke Tanjung Malim malam-malam buta?
“Why didn’t you tell me that you
love me? Why didn’t you, Syud? Why didn’t you?”
Merah mata Fadhullah. Pipi isteri diusap dengan kedua-dua belah tangan. Serius dia
tak sangka Syuhada memendam rasa selama ini.
Syuhada
terkedu. Oh okey. Dari mana tahu, encik suami?
“Err..err..” Syuhada
kehilangan kata. Rasa malu bila isi hati dah kantoi begini.
“Just so you know, I fell for you
not because of the your wealth but because you’re my one and only husband, Fad.”
Syuhada mengaku depan-depan. Dah kantoi
tu ‘lajak’ aje terus. Tak payah lagi dipendam.
Fadhullah
terkesima. Tubuh isteri dipeluk sekali lagi, kali ini lebih erat berbanding
tadi. Terharu tahap tak tahu nak cakap apa.
“Six freaking years, Syud. Why did
you just keep it to yourself?” Bergetar suara
Fadhullah.
“Rather than to confess to someone
who doesn’t love us, it’s better to just keep it to ourselves.”
Pekebende
punya philosophy ni sayang? Dahi
Fadhullah berkerut. Confident kemain muka
Syuhada menuturkan teori luar alam. Ehem...dia pun menggunakan teori yang sama
juga, teori yang patut ditimbus jauh ke dalam kerak bumi.
“Siapa
cakap saya tak cinta? Siapa cakap saya tak sayang?” Mata Fadhullah memanah mata
Syuhada.
Syuhada
terkejut. Mata kedip-kedip macam tak percaya.
“Ja...ja..jadi..Jenny?”
“She’s nobody, Syud. Kan dah bagitau hari tu.”
“Then hating me for not being
imperfect inside?”
“Shhhh....I’m so sorry for that. Past is
past. Saya tak patut ungkit. Saya sayang awak. Cintakan awak. You being perfectly imperfect? Saya
tarik balik statement tu.” Bibir
Fadhullah singgah di dahi isteri lama.
Lidah
Syuhada kelu. Telinga macam tak percaya dengan apa yang didengari.
You love me? You love me not? You
do love me!
Mummy
keluar dan berdiri di depan pintu. Menunduk sedikit melihat dua batang tubuh
yang berpeluk dan saling bermaafan di luar sana. Kereta macam
kenal...Fadhullah! Mummy berlalu masuk semula dengan senyuman lebar. Biarlah
anak dan menantu dengan sesi ‘jejak kasih yang hilang’. Dia tak nak kacau daun.
“Bang,
ada Kuch Kuch Hota Hai di luar. Esok Raya!”
Daddy
termangu. Tak faham dengan dua baris ayat isteri yang tergantung.
Dan
di luar sana, Syuhada menyalami tangan suami sekali lagi dan tunduk mencium
tangan kasar itu.
“Maaf
di atas segala silap salah saya selama ini, Fad. Me being perfectly imperfect, maafkan saya.”
Menitis
air mata Fadhullah. Isteri yang setia dan sebaik Syuhada, di mana kan ku cari
ganti. Terasa sangat berdosa dan jahat bila menghina isteri tak lama dulu.
Jijik? Duh! Perkataan yang dia sendiri tak suka!
“Masuk,
jom. Mummy tentu happy.” Syuhada
menarik lengan suami untuk masuk ke dalam rumah.
“Mummy
okey ke dengan anak dia yang degil tahap batu bata ni?”
Syuhada
tergelak kecil.
“Ibu
mana yang tak sayang anak, Fad? Come.”
“Jap.
Macam mana boleh dapat cuti last minute
ni? Don’t tell me you took EL,” sambung
Syuhada.
Fadhullah
tersengih. Dah tak ada jalan lain, terpaksa dia mengambil emergency leave. Nasib baik ada member lain boleh tolong back-up, jadi tak susah hati nak
tinggalkan A&E untuk sehari dua.
Fadhullah.
Syuhada. Enam tahun bersama baru meluahkan hati dan perasaan masing-masing.
Macam mana boleh bertahan selama itu? Dah dua-dua jalan asing-asing. Sorang
terlampau kurang confident, yang lagi
sorang terlampau ego. Ya, enam tahun itu lama tapi sekurang-kurangnya masih
belum terlambat untuk mengukir cinta terindah.
“Fad..tentang
saya dan kisah lama saya...”
“Awak
sendiri cakap, past is past kan? Jadi jangan ungkit lagi, Syud.” Fadhullah
memintas ayat Syuhada bila mata baru saja mahu terlelap. Memandu dari Kuala
Lumpur ke Tanjung Malim mahu badan tak tercabut skru.
Syuhada
tak jadi menyambung kata. One fine day,
you will know dear Fad. Syuhada pejamkan mata dan mengeratkan pelukan di
tubuh suami.
Dear Fadhullah, we are all sinners
and trust me no one is perfect. Hoping that one
day you will realize how wasted and sinful a sinner is and by the time
you get back on track to pray to Him and ask for forgiveness, you will realize
how lucky you are for the chance you have to repent all your sins.
I hate misjudged.
I hate misunderstanding.
Means I hate Fad? Nahhhh...
Hope you all enjoyed reading
dearies. Perfectly Imperfect adalah cerpen pendek santai dan simple untuk Raya
dan kalau ada yang seronok membaca, I can smile over that. Tapi kalau
tergantung macam rasa nak smcakdown emy, I can only tersengih-sengih. Hehe..
Sempena Hari Raya, sepuluh jari emy susun dan maaf dari hujung rambut sampai
hujung kaki andai ada tersalah atau tersalah kasar bahasa selama ini. Will reply all the comments in a while dearies :) Raya mode is on! Malay delicacies are waiting
for me. Have a blessed Raya dearies and may He bless! Love you all loads!
waaaaaa...... xsabar nak tunggu next part..
ReplyDeleteemy, upload cepat yer... tpi sedih la citer nie... kesian kat syuhada...
nak nagis dh nie..
apa pon tahniah cik writer
Hai fatiah...
Delete:) hows ur masuk hutan punya kerja? dah lama settled ke? yang ni tak payah sediakan tisu, air mata takkan keluar ;p big hug!
dh keluar dh.... tahniah emy.. sntiasa berikan crita yg terbaik
Deletegud luck
best2
ReplyDeleteHai Ruunna...
Delete:) hope u really enjoyed. big hug!
Wah....nie betul2 membakar nie...emmm takkan 6 thn memendam rasa..
ReplyDelete.
Hai sj....
Delete:) 6 tahun pejam celik pejam celik tak lama kut untuk syud dgn fad :p big hug!
thank you emy! miss your writing. salam ramadhan. =)
ReplyDeleteHai gerau...
Delete:) hope u enjoyed reading babe! have a blessed Ramadhan. big hug!
best....plez smbung emy...
ReplyDeleteHai ano...
Delete:) moga sambungan tak buat expectation jatuh ke dalam gaung ya :p big hug!
btl2 membakar nie
ReplyDeletecpt kak emy..
ape sebenarnya berlaku..
Hai nurfarah...
Delete:) sorry for the lateness babe and ya, enjoy reading! big hug!
Dear cik penulis memang leeeee berjaya membakar jiwa dan raga sy huhu
ReplyDeleteKenapa laaaa dia org jadi cam gini miss communication n ego yg tinggi memang membunuh huhuhu apa apa pun semua cerita Emy sangat leeee menarik tertarik gebabom
No more mati mati tak mo sedih sedih nak raya ni huhuhu
Hai kak noorliyana...
Delete:) kiranya alergik la ni ye cerpen semua pun meleleh air mata ;p no worries kak, ni cerpen santai. sempena hari ya tak payah cuci habuk di mata. moga terhibur and have a blessed Raya. Big hug!
Dear Emy.... kurang romantic la pulak cite ni.... suka bab happy ending tapi macam kurang garam tawar...... ada sambung lagi tak? Hehehe
DeleteMasalah komunikasi betullah depa berdua ni. Ish, rasa nak luku jer..
ReplyDeleteErr, hai Emy. Hope everything goes well ya? Lama tak merapu-meraban sama-sama. :p
Hai Hajar...
Delete:) i miss olden days too Hajar! lepak kat blog KL sambil buat bising. have a blessed Raya! Big hug!
Setuju dengan comment di atas. Let there be a happy ending barulah sesuai dgn raya. Tak mo lah cerai berai or someone terminally please
ReplyDeleteHai nana...
Delete:) I'm sure u will smile and tarik nafas lega nana. Ending tak payah pakai tisu kali ni ;p Have a blessed Raya! miss u and big hug!
apa sebenarnya berlaku..seakan ada miscommunication diantara mereka berdua...biarlah ramadan kali ini meleraikan masalah merekas ini..
ReplyDeleteHai kak idA...
Delete:) dah dapat senyum sampai ke telinga tak dengan ending? Hope u enjoyed reading walau cerpen simple la bamba kak. Have a blessed Raya. Big hug!
Hi Emy
ReplyDeletei enjoy reading this cerpen
waiting for the final part.
thanks
Hai kak meen...
Delete:) Enjoyed talking to u after for so long! Hopefully u enjoy the ending ya. Much love and big hug! Raya is on the wayyyyy
masing2 xnak mengaku sebab ego so...
ReplyDeleteHai rahsia hatiku...
Delete:) ego takkan membawa ke mana buti i hope u enjoy reading till the last words :) big hug!
best...nk lg yer...
ReplyDeleteHai kak norihan....
Delete:) moga terhibur dengan full version ya. Have a blessed Raya and big hug!
alah dah abis, penasaran tahap dewa la emy, apa dah jd kat syu n apa ntar yg bkal terjadi ye. Ah tension tension
ReplyDeleteHai nani...
Delete:) jangan tension tension, nanti tak pasal2 nani bakar blog emy ;p hope u enjoy the full version dear. Have a blessed Raya and big hug!
BEST SAMBUNG PLEASE.
ReplyDeleteHai Baby Mio...
Delete:) Apa macam full version? boleh buat senyum sampai telinga tak :) Have a blessed Raya and big hug!
best2....cepat la sambung....xsabar nk baca cite nie.....
ReplyDeletebest2......cepat smbg tau....xsabar nk baca
ReplyDeleteHai emyliana...
Delete:) your first three words are same as mine. Enjoy reading the full version ya! big hug!
Besttt sesangat. SAmbung please
ReplyDeleteHai aryssa...
Delete:) moga sambungan penuh tak menghampakan ya :) have a blessed Raya and big hug!
nk lagi..:D
ReplyDeleteHai arifuka...
Delete:) Enjoy reading full version and have a blessed Raya. Big hug!
Nak sambungan plsss
ReplyDeleteHai ano...
Delete:) enjoy reading sambungan syud dan fad ya :) big hug!
Wehuuuuu best gilerr nk lagiiii
ReplyDeleteHai nursyafika...
Delete:) enjoy it till the last word ya! Have a blessed Raya and big hug!
Kcik hati syud fad kta mcm tuh. Hailah. Kesian syud~
ReplyDeleteHai siti...
Delete:) exam mcm mana? dah boleh goyang kaki tak? Hope u enjoy reading the full version. big hug!
Thumbs up emy! Best! Mcm sllu :) cpt cpt smbung JPL ^^ and Slmt Hari Raya!!!
Delete*blom blh goyang kaki. Jd studnt ACCA mmg exam je manjang :( hbs satu, exam satu lg
PI santai dan hopefully u read it with santai feeling as well :) klu x ada aral melintang JPL akan smbg lepas raya ya :) have a blessed Raya as well , babe!
DeleteHai Emy..spt slalu..terbaek sis. Sapen wak asa maca tek...ingtkn nya duak mok brpisah. Mujur sik..hihihi
ReplyDeleteTeruskan berkarya sis.
»Leen«
Hai Leen..
Delete:) pa cita deng? Dah abis molah kek lapis ka? Cerpen kali tok x nyuci mata so hope ktk enjo maca nya :) have a blessed Raya leen :) big hug!
Ohhhh maiiiiii.. Mujur xde scene yg buat cucI mata. Finally hepi ending, I like... Tq emy... Take care
ReplyDeleteHai kak arzalif...
Delete:) kali ni blh tarik nafas lega sampai habis cerita kan :) have a blessed Raya kak ton! Take care too ya. Big hug!
hai emy. miss you :)
ReplyDeleteyes. cerpen ni takde meleleh air mata bagai. tapi part si fad ni jumpa kad tu dah boleh buat tersengih sampai meleleh air liur la. gosh! euw! hahaha!
btw, selamat menikmati lemang ketupat rendang dan kuih raya, emy! xx
Hai biskut makmur...
Delete:) miss u too! Nama ni emy ingat sbb biskut makmur is one of my fav biscuits :) agak2 kalau fad x jumpa kad sampai akhir kut blog ni kena bakar :p and u too babe, enjoy ur celebration ya! Big hug!
Superb!!!!
ReplyDeleteHai kak ayu...
Delete:) and for the support, thanks! Have a blesses Raya. Big hug!
best giler.. masuk office yg ni dulu sy baca, kerja masuk laci dulu.. hehe..
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA sis..
Salam Emy dear...
ReplyDeleteBaru berpeluang jenguk blog u. Dah lama tak kesini disebabkan tuntutan kerja. Has terlalu sibuk sikit sebulan 2 ni. By the way, dh lama nak komen pasal MMS baru skrg berpeluang. First of all nak ckp thanks sbb dh ubah sikit ending part dia. Xde lagi part airmata sedih tp part air mata gembira. Akhirnya Maya n Syazwan kembali bersama setelah hampir setahun berpisah.
Emy dear,
Sempena menjelang hari lebaran yang bakal tiba beberapa hari lagi, Has nak ucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. Knowing u were at Rusia, so raya kat sana for this year only tau!. Hopefully next year, Emy dapat beraya dikampong halaman pula. And All the best for your final semester dear...
With love n big hugs.. Has :-)
6 thn okey..nasib baik sedar sblm lg teruk..
ReplyDeleteish2..tp nk tau kisah syud sblm2 ni
Hi emy! love all your writing..thank you for the this raya cerpen..Selamat Hari Raya Aidilfitri! looking forward to more of your creative thought
ReplyDeleteDear emy,
ReplyDeleteThank you for the update..love all your writing and looking forward to own all your creative thought..Selamat Hari Raya Aidilfitri :)
Amy dearest,
ReplyDeletethe story is as sweet as you. Looking forward for the other parts..
wwarrghhh.. best... mmg sgt sakit bila memendam rasa hati... ;)
ReplyDeleteGood job writer.. i really enjoy and make me wanna cry..lol~
ReplyDeleteNice one writer...:)
ReplyDeletebest..
ReplyDelete