Thursday, September 19, 2013

Jangan Benci Cintaku (JBC) Prolog



“FIKA.”

            Rafeeqa buat-buat tak dengar. Selamba tangan memasukkan pakaian ke dalam bagasi besar. Dalam otak dah terbayang-bayang suasana Sunderland.

            Hidup di perantauan. Empat musim yang cantik. Suasana yang amat berbeza dari tanah air sendiri. Jauh dari keluarga dan Shahrizal. Semua itu adalah pakej yang buat  Rafeeqa gembira tahap infiniti. Jadi segala pujukan Shahrizal dah tak terdengar di telinganya yang kebal. Dia takkan berubah fikiran, lagi cepat terbang jauh lagi bagus.

            “Fika.”

            “What?”Acuh tak acuh Rafeeqa menjawab. Dipandangnya sekilas Shahrizal yang sedang baring meniarap di atas katil. Monyok saja wajah tampan sang suami.

            “Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar,” Shahrizal masih cuba memujuk si isteri.

            Giler nak berjauhan selama lima tahun dari Rafeeqa.Tak pandang wajah Rafeeqa selama sehari pun tak betah, inikan pula bertahun-tahun. Mana tahan yaw!

            “Tak nak. Saya dah janji dengan Damia,” Rafeeqa menjawab perlahan.

            “Then how about me?”

            “You still can survive without me, Shah.”

            Shahrizal mengeluh hampa. Kalau boleh dia rasa macam nak ikat Rafeeqa dan sembunyikan di dalam almari tiga hari tiga malam supaya Rafeeqa batalkan saja rancangan untuk sambung belajar di luar negara. Macamlah tak ada universiti kat Malaysia ni yang menawarkan pengajian yang sama.

            “Kalau saya tak dapat survive macam mana?” Shahrizal masih mencuba nasib. Dari meniarap, dia bangun dan duduk bersila di atas katil.

            “Nonsense.”

            Memang kejam rasanya menjawab soalan suami dengan jawapan yang tak berapa sopan begitu. Tapi Rafeeqa tetap Rafeeqa, apa saja yang diingininya takkan dapat dihalang oleh Shahrizal. Patutnya Shahrizal berputus asa saja, tak payah nak susun ayat berbunga untuk memujuknya mengubah fikiran.

            A NO is a always a NO Shah.

            Bibir Rafeeqa mengukir senyum segaris. Berpuas hati dengan pakaian yang sudah tersusun elok di dalam bagasi, zip ditutup dan dikunci. Okey. Kalau boleh malam ini juga dia nak terbang. Tapi bersabarlah hati, esok bumi Malaysia akan ditinggalkan juga.

            “Awak juga yang kata saya boleh buat apa saja saya nak, Shah. Mana tahu bila dah sama-sama jauh nanti saya akan sayang awak lebih dan rindu awak lebih.”

            Ayat Rafeeqa buatkan Shahrizal kalah. Kalau itu yang Rafeeqa pinta, dia hanya iyakan saja. Rafeeqa pergi tak lama, nanti-nanti Rafeeqa akan balik juga. Itulah ayat Shahrizal untuk pujuk diri sendiri di dalam hati.
           
            To let you go is the hardest thing to do, Fika.




p/s : As i told before, syukur JBC akan ke versi cetak dalam tahun ni :) JBC was my second piece in the blog and kena touched-up balik untuk berada di atas rak bersama dengan Mama Mia Shaza (MMS) :) Oh I miss Shah Jehan and Sophie juga tapi kita bagi laluan untuk si abang overtake dulu then only Tanpa Limit (TL) keluar ya :) Love you all loads and big hug everyone! 

10 comments:

  1. Tahniah utk kak Emy! *tepuk2tgn2* Tak sabar nak peluk JBC . big hug !

    -fz-

    ReplyDelete
  2. Thats great. Tahniah, x sabar nk beli. Da beli MMS. Best...... KTD akan ke versi cetak juga? Kalu gitu jgn lupa inform.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pn nk KTD jugk... sngt2.. walaupn da bace sampai ending dulu tp rindu dara n aladin... please emy syg! hehhe

      Delete
  3. wah, keluar tahun ni jugk? boleh lah beli nanti. tak sbr rasanya. btw TAHNIAH!! ^_^

    ReplyDelete
  4. Congratulations Dr. Emy...:) x sabar nak baca kisah sedih Fika dan kesengalan Shah...

    Kak Fiza

    ReplyDelete