Friday, October 4, 2013

Jangan Benci Cintaku (JBC) 4



TUBUH Rafeeqa bergerak-gerak di sebalik comforter, terbangun bila terdengar bunyi pancuran air di bilik mandi. Matanya terpejam semula bila kantuknya masih tak tertahan. Sejuk-sejuk begini memang sesuai nak sambung tidur sampai mata lebam.

“Rafeeqa, wake up. Nak tidur sampai bila ni?”

Rafeeqa yang baru nak terlelap semula membuka mata perlahan-lahan, walau berat tapi dipaksa juga. Shahrizal yang berdiri di sisi katil memandangnya tepat. Tangan kiri Shahrizal naik di pinggang, tangan kanan pula mengelap rambut basah dengan tuala kecil.

“Saya kat mana ni?” Serak suara Rafeeqa. Mata hanya separuh saja yang terbuka.

“Bilik kita.”

 Mata Rafeeqa mengecil. Keningnya berkerut, otak cuba memproses kejadian semalam. Hujan lebat. Fredie Kruger. Nightmare on Elm Street. Ju-On. Duduk di depan pintu sampai terlelap. Pagi ni terbaring elok di atas katil?

Oh! Rafeeqa tepuk perlahan dahi sendiri. Bibirnya mengukir senyuman nipis. Sayang juga Shahrizal padanya.

“Thanks, Shah.” Rafeeqa kenyit mata, buat Shahrizal senyum segaris.

Rafeeqa. Ada-ada saja. Shahrizal bergerak ke arah almari, sempat tangan mencapai remote dan menutup penghawa dingin.

“Lain kali jangan tidur depan pintu. And ya, what made you slept in front of the door in the first place?” Shahrizal berpaling semula menghadap Rafeeqa yang masih berbungkus di sebalik comforter. Hanya kepala saja yang kelihatan.

“Hujan,” perlahan suara Rafeeqa.

Shahrizal sembunyi senyum. Dah agak dah!

“Fredie Kruger. Ju-On. Semua datang malam tadi?” Shahrizal memerli.

Rafeeqa diam. Mata dah main kelip-kelip macam kucing minta kesian di atas katil. Pecah ketawa Shahrizal. Dah masak sangat dengan perangai Rafeeqa. Tengok cerita seram memang nombor satu tapi bila dah hujan di malam hari Rafeeqalah yang paling pengecut.

“Saya ketuk pintu banyak kali tapi awak tak buka. Saya tunggu sampai....tertidur.”

Shahrizal yang baru nak menyarungkan kemeja di badan menoleh. Blur kejap.

“Bila masa awak ketuk pintu?” tanya Shahrizal. Kemeja yang sudah tersarung di tubuh dibutangkan satu-persatu.

Semalaman dia menyiapkan kerja sampai badan tercabut skru. Tak mahu Rafeeqa tidur seorang diri di bilik sebelah, dia berniat nak menjenguk tapi terkejut tahap gaban bila buka saja pintu, tubuh Rafeeqa melurut jatuh. Dah jadi penunggu pintu rupanya.

“I did knock on the door, Shah. Thousands of times.” Agak hyperbola ayat Rafeeeqa.

Berkerut kening Shahrizal. La..harus dia tak dengar. Earphones terpasang full-blast semalam. Habit yang satu itu memang sejak dulu lagi, asal buat kerja earphones akan disumbat elok di telinga walau hujan kuat macam  mana sekalipun.

Shahrizal merapat. Rasa bersalah pula. Dia tenung muka Rafeeqa lama. Bangun pagi dengan rambut serabai macam mana pun, Rafeeqa masih tampak cantik. Buat dia terbuai seketika.

“Lain kali jangan pandai-pandai tidur kat bilik sebelah. Saya cuma suruh awak alihkan pakaian aje, bukannya pindah sekali.”

Tangan Shahrizal yang baru nak membelai rambut Rafeeqa yang masih berbaring terhenti separuh jalan. Berdehem dan berpura-pura melipat hujung lengan baju. Tak nak manjakan sangat Rafeeqa, nanti makin Rafeeqa nak menempel. Lagi susah dia nak lepaskan.

Rafeeqa mengangkat kening. Salah dengar ke? Bibir nipis miliknya mengukir senyum. Hati bunga-bunga. Riang ria. Shahrizal taklah sekejam mana, tak sanggup nak tidur berasingan.

“Does it mean that I get back my Superman?” Rafeeqa sudah duduk bersandar di birai katil dengan senyman yang masih lebar.

Shahrizal tak menjawab. Laju dia berpakaian lengkap dan tadaa...bersedia untuk pergi bekerja. Ni la masalah kalau berbuat baik dengan Rafeeqa, bimbang jika Rafeeqa menaruh harapan untuk hubungan mereka berdua kembali pulih.

Duh! Bimbang dengan harapan Rafeeqa atau bimbang dengan perasaan sendiri?

Blehh....

Senyuman Rafeeqa pudar. Dah lupa ke dia sekarang ni tinggal nak dilepaskan saja lagi, jadi celah mana dia dapat encik Superman dia balik? At least you get him back for the time being Rafeeqa. Dia pujuk diri sendiri.

“Jalan dulu. Ada client nak datang awal pagi ni.” Shahrizal mencapai briefcase di atas meja di sudut bilik.

“Wait. Wait. Let me make breakfast for you.”

Terkial-kial Rafeeqa turun dari katil. Sempat stretching kiri kanan depan belakang badannya yang terasa sedikit lenguh. Barangkali malam tadi salah posisi tidur.

Terbeliak mata Shahrizal. Ni tengah stretching ke tengah buat gaya ala-ala menari di dance pole? Baru tersedar gaun tidur yang dipakai Rafeeqa tembus sampai ke dalam. Semalam tak pula perasan sebab otak dah lambat pick-up selepas menyiapkan kerja yang bertimbun.

“Rafeeqa, baju tu...” Shahrizal berdehem.

Tak pandai susun ayat. Kalau dia kata yang dia terseksa bila tengok tubuh seksi si isteri, pasti Rafeeqa gelak sampai tergolek. Jangan sampai dia terkam pagi-pagi begini. Pula dia dah lama tak membelai dan dibelai oleh Rafeeqa.

De’! So much of ‘I don’t love you, Fika’ tapi terliur juga.

Rafeeqa pandang tepat wajah Shahrizal, sebelum pandangan jatuh pada tubuh sendiri yang dibaluti gaun tidur La Perla yang dirembatnya di Italy hujung tahun lepas. Baru dia nak bertanya, Shahrizal menyambung kata.

“Lain kali pakai baju kelawar, tak pun pajamas.” Shahrizal berlawak walau muka serius macam nak meletup.

Ternganga mulut Rafeeqa. Kepala Shahrizal terhantuk di sinki bilik mandi ke? Pajamas? Baju kelawar?

Oh, please!

Gaun tidur yang seksi nak mampuih macam ni memang baju rasmi Rafeeqa untuk tidur malam. Memang dari dulu lagi pun, takkan Shahrizal dah hilang ingatan? Dia kan diva, jadi fesyen dan penampilan yang menarik takkan pernah berpisah dari seorang Rafeeqa Huda walau sewaktu tidur sekalipun. Baju kelawar tu fesyen Mama, tak nak lah! Pajamas tu pula fesyen dia masa zaman budak sekolah, tak padan dengan dia sekarang.

Rafeeqa sembunyi senyum.

I know what you’re thinking, Mister!

 Hanya pandangan mata saja yang menghantar Shahrizal yang sudah menghilang di sebalik pintu. Kata dah tak cinta, tapi kenapa masih ‘goyah’, Shah?

“Shah, tak nak breakfast ke?” laung Rafeeqa.

“Dah lambat,” Shahrizal di tingkat bawah menjawab.

“Balik awal tak? Dinner sama-sama.”

“See first. I might be coming back late.”

Rafeeqa hampa.

“Rafeeqa!”

“What?” Kepala Rafeeqa sudah terjengul keluar di pintu bilik tidur.

“Jangan buka pintu kalau orang yang tak dikenali datang,” Shahrizal di bawah sana berpesan.

“Orait.”

“Tukar baju tu sebelum tukang kebun datang.”

“Orait.”

Rafeeqa Huda dan Shahrizal Hayrat. Pagi-pagi dah macam Tarzan & Jane.




“WHAT?! He really said that?!” Membuntang mata Damia. Apa yang Rafeeqa beritahu sekarang buat hati menggelegak tinggal nak meletup saja lagi.

Rafeeqa angguk kepala dan menghirup Mocha Ice Blended di hadapan. Wajah Rafeeqa tampak sedikit mendung.

“OMGeeee...” Damia tak tahu nak cakap apa. Tangan kanan mengipas-ngipas wajahnya yang terasa panas walaupun Full House dipasang penghawa dingin.

Serius dia rasa macam nak bagi Shahrizal penampar sebijik, biar bagi otak bergegar sedikit supaya tersedar. Rafeeqa baru balik dari Sunderland dengan hati gembira bukan main, boleh pulak Shahrizal keluar statement kata dah berpunya dan nak berkahwin baru. Habis tu Rafeeqa nak letak kat mana? Jadi tiang rumah?

“Melampau doh!” Damia bersandar di belakang kerusi dan berpeluk tubuh. Patutlah Rafeeqa mengajak untuk membeli akuarium dan ikan-ikan hari ini. Tengah berduka lara rupanya.

“Shah memang nak kena dengan aku.”

Rafeeqa tergelak kecil mendengar omelan Damia. Apa yang Damia boleh buat? Paling tak pun cuma berleter dan typical Shahrizal, takkan dengar punya. Ni baru Damia tahu Shahrizal nak berkahwin lain. Belum lagi tahu kisah Shahrizal yang nak berpisah bla bla bla..berbahasa dengan dia pun dah tak ada panggilan manja macam dulu-dulu...haih!

“Pernah jumpa tak perempuan tu? Cantik tak? Nama siapa?” Damia bertanya laju.

“I think I saw her once if that was really her.”

Teringat  pada perempuan yang selamba masuk ke dalam pejabat Shahrizal dua hari lalu. Fikir logik, takkan pekerja Shahrizal selamba landing di atas kerusi Shahrizal dengan gaya ‘like a boss’.

“Husna. Her name is Husna,” sambung Rafeeqa.

Damia mencebik. Nama tu cantik okey, tapi disebabkan perangai perempuan yang bernama Husna ni agak kureng automatik nama tu jadi hodoh. Ye la, kalau baik takkan menempel dengan suami orang. Dalam otak Damia sekarang ada dua kemungkinan yang buatkan timbul isu ‘kekasih gelap’ ini.

1. Shahrizal buat-buat lupa status yang sedang dia pegang dan berlagak macam ‘hot-single-one’.

2. Perempuan yang bernama Husna tu tak kisah walau apa status Shahrizal, yang penting dapat menempel.

“Kalau aku adalah kau, aku mengamuk wei. Ada ke nak berkahwin baru? Macam sorang tak cukup. Alergik aku kalau poligami.” Damia masih tak habis dengan amarahnya.

Poligami. Dengar perkataan pun Damia dah cukup alergik. Bukan dia nak mempersoalkan sunah Nabi yang satu itu, tapi lelaki zaman sekarang bukan boleh diharap pun. Kalau tak mampu berlaku adil baik lupakan aje. Lelaki zaman sekarang adalah lebih kepada nafsu semata-mata. Laaa..pendek kata, kononnya nak sangat mengikut sunah Nabi tapi sembahyang lima waktu pun tak ‘pass’ lagi.

Rafeeqa pandang wajah Damia. Dia tarik nafas dalam sebelum bersuara.

“It’s not even a polygamy, babe. Choose only one, and the one not chosen will be me.” Tekak Rafeeqa rasa perit. Itulah yang Shahrizal pernah katakan beberapa hari lalu.

“What?!!” Damia terjerit. Mata-mata sekeliling yang memandang tak dipedulikan. Terkejut tahap ‘terkezut’. Bermaksud  kemungkinan yang kedua lah ni!

Rafeeqa tunduk. Nak salahkan Shahrizal 100%, tak adil juga bagi Rafeeqa. Punca Shahrizal berpaling kasih adalah disebabkan oleh dia sendiri yang tak pandai melayan suami. Lebih tepat lagi, dia memang tak pernah menjadi seorang isteri yang baik untuk suami.

Perkahwinan mereka berdua adalah atas aturan keluarga, jadi memang Rafeeqa tak pernah mencintai apatah lagi nak  menganggap Shahrizal sebagai seorang suami yang disayangi. Berkahwin bila usianya baru mencecah 18 tahun, tak logik sungguh idea Papa dan Mama. Sengaja dia memilih untuk belajar jauh sampai ke Sunderland sebab mahu mengelakkan diri dari Shahrizal.

Bila Shahrizal datang melawat, dia buat de’. Layan tak layan, acuh tak acuh. Kiranya memang Shahrizal banyak bersabar sepanjang dia menjadi isteri. Ye la, bila dah tak dihargai harus cinta Shahrizal goyah. Lagi pula berjumpa dengan perempuan yang sepuluh kali lebih baik daripadanya.

Sekarang kes Rafeeqa ni adalah nasi yang dah jadi bubur. Terlambat jatuh cinta. Terlambat untuk kembali semula. Malah terlambat untuk menjadi isteri yang terbaik.

“Too much, wei. Too much.” Damia geleng kepala berkali-kali. Sedih mendengar ayat Rafeeqa, tak dapat bayangkan perasaan Rafeeqa sekarang. Kalau dia, entah-entah dah menangis air mata darah.

“Aku bingung, Mia. Aku tak tahu nak buat apa. Nak react macam mana,” Rafeeqa meluahkan perasaan.

Dia bukan jenis yang duduk membatu dan menangis sampai mata lebam. Nak meratapi nasib sedih dan menjadi lemah? Itu bukanlah Rafeeqa Huda. Nak menangis pun jarang-jarang, paling tak pun dia duduk termenung jauh. Lagi satu, kalau Rafeeqa yang dulu nak buang rasa sedih dan tension itu clubbing adalah yang terbaik. Tapi kini? Dah lama dia buang semua tabiat buruk.

Damia terdiam. Dia sendiri jadi buntu. Parah rupanya kemelut rumahtangga Rafeeqa dan Shahrizal yang disangkanya aman damai.


-Shahrizal tak pernah lagi datang melawat sewaktu tahun terakhir Rafeeqa di Sunderland.
-Shahrizal tak datang untuk majlis graduasi mereka berdua.
-Shahrizal tak pernah lagi nak Skype atau Viber call.
-Shahrizal tak pernah lagi ‘menconteng’ wall di Facebook Rafeeqa.


Selama ini memang Damia pernah tertanya semua itu tapi sengaja tak nak buka mulut bertanya pada Rafeeqa, risau Rafeeqa fikirkan yang bukan-bukan macam dia. Dah terjawab dah pun, itu sebab Shahrizal sudah berpunya yang baru.

Satu saja perkataan yang Damia mampu komen.

Damn!




RAFEEQA menjinjing beg plastik di tangan. Balik melepak dengan Damia, sempat dia singgah di kedai mamak bila teringatkan Shahrizal yang suka makan tosai. Langkah kakinya diatur kemas menuju ke arah pintu utama bangunan pejabat Shahrizal. Saja dia datang mengejut, bagi kejutan pada Shahrizal.

Sedih?
Yeah.
Kecewa?
 Harus.

 Tapi semua itu ditolak tepi. Yang dia perlu buat sekarang adalah memikat semula hati Shahrizal. Ikut nasihat Damia.

Make him fall for you!

 Dia kan masih isteri yang sah, Husna tu hanya watak sampingan. Setakat kekasih gelap aje, kalau dia pandai menghadapi situasi ‘Suamiku dah ada pengganti’ ni senang saja nak tolak Husna ke tepi. Dia kan diva!

Baru kaki melangkah masuk ke dalam lobi, mata Rafeeqa menala pada pasangan yang sedang berdiri di depan pintu lift. Shahrizal bergelak ketawa dengan perempuan yang sama dilihatnya di pejabat Shahrizal. Husna ke tu? Should be!

Hati Rafeeqa yang baru sahaja kental dan kuat dengan kata-kata perangsang diri sendiri dan Damia tadi serta-merta hancur. Kemesraan Shahrizal dan kekasih gelap buat Rafeeqa terguris dan terkaku di situ. Pandangannya jatuh pada beg plastik di tangan.

Tosai?

Nahhh...just go back, dear darling.

Rafeeqa berpaling mahu berlalu pergi, menurut kata hati. Shahrizal dah kenyang makan tengah hari dengan sang kekasih, jadi setakat tosai dia ni kut Shahrizal tak pandang pun.

Am I late?

Yes you are dear darling!

Cermin mata hitam Max Mara yang disangkutkan di atas kepala dipakaikan semula. Berlalu dengan penuh elegan dan confident walau dia diselami rasa sedih, itulah Rafeeqa Huda.


Azwan yang berdiri di depan pintu utama dari tadi hanya memandang. Rafeeqa dah berada di dunianya sendiri, sampaikan dia yang tercegat di pintu lobi pun Rafeeqa tak perasan. Matanya menala pada Shahrizal dan Husna di depan sana. Sungguh dia rasa macam nak tumbuk muka Shahrizal!


p/s : Hope you enjoyed reading dearies! Have a good rest and big hug everyone! :) 

15 comments:

  1. kesian nya kt fika
    jahat lar shahrizal nie
    husna pun
    huhu

    ReplyDelete
  2. sedehhhh. versi syazwan imad perempuan ni. :)

    ReplyDelete
  3. Eiiii ay geram je dgn shahrizal tu....go rafeeqa. I vote 4 u. Walau apapun dia suami u. Ala husna takde ape2 pun lagi. Selagi belum lepas buat all out to win him back ...wink2

    ReplyDelete
  4. Arrgghhhhhhhhhhh......rs nk lempang deras2 si mamat tiga suku bnama shahrizal x pun benamkn muka dalam kolam bg lemas. X bole blah tul, cpt sgt bpaling tadah.cian rafeeqa

    ReplyDelete
  5. siannya rafeeka....tu lah dlu shah nk dia buat bodo...tapi ttp sian kat dia...shah kejam//

    ReplyDelete
  6. ee.. benci la kat syahrizal ni, lelaki xpandai nak setia..

    ReplyDelete
  7. Waaaaa.... I pun nak join Azwan, nak tumbuk Shah laju laju....bagi tempeleng sampai sepuluh das. Nak kahwin ngan husna pun, kahwinlah. tapi jangan buat isteri macam tak wujud.

    ReplyDelete
  8. apalaaa sharizal ni... x baik laaa
    sian fika...u go fika!!! rebut balik shah..

    ReplyDelete
  9. memang kejam pun isteri pergi belajar aje pun boleh pasang baru.

    ReplyDelete
  10. perlu kah sharizal berbuat begitu..menjumpai Husna..dan berterusan melukai hati feeqa.. lihatlah dan carilah dalam diri sendiri adakah nama feeqa telah lenyap dari dalam hati..minda dan adakah disebabkan perbuatan feeqa yg lampau telah membuatkan dirinya mahu membalas akan setiap perilaku feeqa...dan sebenarnya ia menyintai feeqa sepenuh hati..just wonder kalau feeqa telantar dikaki hospital..bagaimana ya perasaan mamat sengal tu...

    ReplyDelete
  11. Wujudkn pakwe bru utk rafeeka.biar pdn muka shah

    ReplyDelete
  12. Speechless rasa nak belasah aje muka mamat tu cukup-cukup, tinggalkan aje feeqa...tak pun ngan azwan je hahah biar bernanah mata shah tengok

    ReplyDelete
  13. Speechless....rasa nak smash muka mamat tu huh.... Tinggalkan aje feeqa orang dah tak nak...tak pun ngan Azwan aje biar bernanah mata shah...hahaha

    ReplyDelete