TUBUH
Rafeeqa bergerak-gerak di sebalik comforter,
terbangun bila terdengar bunyi pancuran air di bilik mandi. Matanya terpejam
semula bila kantuknya masih tak tertahan. Sejuk-sejuk begini memang sesuai nak
sambung tidur sampai mata lebam.
“Rafeeqa,
wake up. Nak tidur sampai bila ni?”
Rafeeqa
yang baru nak terlelap semula membuka mata perlahan-lahan, walau berat tapi
dipaksa juga. Shahrizal yang berdiri di sisi katil memandangnya tepat. Tangan
kiri Shahrizal naik di pinggang, tangan kanan pula mengelap rambut basah dengan
tuala kecil.
“Saya
kat mana ni?” Serak suara Rafeeqa. Mata hanya separuh saja yang terbuka.
“Bilik
kita.”
Mata Rafeeqa mengecil. Keningnya berkerut,
otak cuba memproses kejadian semalam. Hujan lebat. Fredie Kruger. Nightmare on Elm Street. Ju-On. Duduk di
depan pintu sampai terlelap. Pagi ni terbaring elok di atas katil?
Oh!
Rafeeqa tepuk perlahan dahi sendiri. Bibirnya mengukir senyuman nipis. Sayang
juga Shahrizal padanya.
“Thanks, Shah.”
Rafeeqa kenyit mata, buat Shahrizal senyum segaris.
Rafeeqa.
Ada-ada saja. Shahrizal bergerak ke arah almari, sempat tangan mencapai remote dan menutup penghawa dingin.
“Lain
kali jangan tidur depan pintu. And ya,
what made you slept in front of the door in the first place?” Shahrizal
berpaling semula menghadap Rafeeqa yang masih berbungkus di sebalik comforter. Hanya kepala saja yang
kelihatan.
“Hujan,”
perlahan suara Rafeeqa.
Shahrizal
sembunyi senyum. Dah agak dah!
“Fredie
Kruger. Ju-On. Semua datang malam tadi?” Shahrizal memerli.
Rafeeqa
diam. Mata dah main kelip-kelip macam kucing minta kesian di atas katil. Pecah ketawa Shahrizal. Dah masak sangat
dengan perangai Rafeeqa. Tengok cerita seram memang nombor satu tapi bila dah
hujan di malam hari Rafeeqalah yang paling pengecut.
“Saya
ketuk pintu banyak kali tapi awak tak buka. Saya tunggu sampai....tertidur.”
Shahrizal
yang baru nak menyarungkan kemeja di badan menoleh. Blur kejap.
“Bila
masa awak ketuk pintu?” tanya Shahrizal. Kemeja yang sudah tersarung di tubuh
dibutangkan satu-persatu.
Semalaman
dia menyiapkan kerja sampai badan tercabut skru. Tak mahu Rafeeqa tidur seorang
diri di bilik sebelah, dia berniat nak menjenguk tapi terkejut tahap gaban bila
buka saja pintu, tubuh Rafeeqa melurut jatuh. Dah jadi penunggu pintu rupanya.
“I did knock on the door, Shah.
Thousands of times.” Agak hyperbola ayat Rafeeeqa.
Berkerut
kening Shahrizal. La..harus dia tak dengar. Earphones
terpasang full-blast semalam. Habit yang satu itu memang sejak dulu
lagi, asal buat kerja earphones akan
disumbat elok di telinga walau hujan kuat macam
mana sekalipun.
Shahrizal
merapat. Rasa bersalah pula. Dia tenung muka Rafeeqa lama. Bangun pagi dengan
rambut serabai macam mana pun, Rafeeqa masih tampak cantik. Buat dia terbuai
seketika.
“Lain
kali jangan pandai-pandai tidur kat bilik sebelah. Saya cuma suruh awak alihkan
pakaian aje, bukannya pindah sekali.”
Tangan
Shahrizal yang baru nak membelai rambut Rafeeqa yang masih berbaring terhenti
separuh jalan. Berdehem dan berpura-pura melipat hujung lengan baju. Tak nak
manjakan sangat Rafeeqa, nanti makin Rafeeqa nak menempel. Lagi susah dia nak
lepaskan.
Rafeeqa
mengangkat kening. Salah dengar ke? Bibir nipis miliknya mengukir senyum. Hati
bunga-bunga. Riang ria. Shahrizal taklah sekejam mana, tak sanggup nak tidur
berasingan.
“Does it mean that I get back my Superman?”
Rafeeqa
sudah duduk bersandar di birai katil dengan senyman yang masih lebar.
Shahrizal
tak menjawab. Laju dia berpakaian lengkap dan tadaa...bersedia untuk pergi
bekerja. Ni la masalah kalau berbuat baik dengan Rafeeqa, bimbang jika Rafeeqa
menaruh harapan untuk hubungan mereka berdua kembali pulih.
Duh!
Bimbang dengan harapan Rafeeqa atau bimbang dengan perasaan sendiri?
Blehh....
Senyuman
Rafeeqa pudar. Dah lupa ke dia sekarang ni tinggal nak dilepaskan saja lagi,
jadi celah mana dia dapat encik Superman dia balik? At least you get him back for the time being Rafeeqa. Dia pujuk
diri sendiri.
“Jalan
dulu. Ada client nak datang awal pagi
ni.” Shahrizal mencapai briefcase di
atas meja di sudut bilik.
“Wait. Wait. Let me make breakfast
for you.”
Terkial-kial
Rafeeqa turun dari katil. Sempat stretching
kiri kanan depan belakang badannya yang terasa sedikit lenguh. Barangkali malam
tadi salah posisi tidur.
Terbeliak
mata Shahrizal. Ni tengah stretching
ke tengah buat gaya ala-ala menari di dance
pole? Baru tersedar gaun tidur yang dipakai Rafeeqa tembus sampai ke dalam.
Semalam tak pula perasan sebab otak dah lambat pick-up selepas menyiapkan kerja yang bertimbun.
“Rafeeqa,
baju tu...” Shahrizal berdehem.
Tak
pandai susun ayat. Kalau dia kata yang dia terseksa bila tengok tubuh seksi si
isteri, pasti Rafeeqa gelak sampai tergolek. Jangan sampai dia terkam pagi-pagi
begini. Pula dia dah lama tak membelai dan dibelai oleh Rafeeqa.
De’! So much of ‘I don’t love you,
Fika’ tapi terliur juga.
Rafeeqa
pandang tepat wajah Shahrizal, sebelum pandangan jatuh pada tubuh sendiri yang
dibaluti gaun tidur La Perla yang dirembatnya di Italy hujung tahun lepas. Baru
dia nak bertanya, Shahrizal menyambung kata.
“Lain
kali pakai baju kelawar, tak pun pajamas.” Shahrizal berlawak walau muka serius
macam nak meletup.
Ternganga
mulut Rafeeqa. Kepala Shahrizal terhantuk di sinki bilik mandi ke? Pajamas?
Baju kelawar?
Oh, please!
Gaun
tidur yang seksi nak mampuih macam ni
memang baju rasmi Rafeeqa untuk tidur malam. Memang dari dulu lagi pun, takkan
Shahrizal dah hilang ingatan? Dia kan diva, jadi fesyen dan penampilan yang
menarik takkan pernah berpisah dari seorang Rafeeqa Huda walau sewaktu tidur
sekalipun. Baju kelawar tu fesyen Mama, tak nak lah! Pajamas tu pula fesyen dia
masa zaman budak sekolah, tak padan dengan dia sekarang.
Rafeeqa
sembunyi senyum.
I know what you’re thinking,
Mister!
Hanya pandangan mata saja yang menghantar
Shahrizal yang sudah menghilang di sebalik pintu. Kata dah tak cinta, tapi
kenapa masih ‘goyah’, Shah?
“Shah,
tak nak breakfast ke?” laung Rafeeqa.
“Dah
lambat,” Shahrizal di tingkat bawah menjawab.
“Balik
awal tak? Dinner sama-sama.”
“See first. I might be coming back
late.”
Rafeeqa
hampa.
“Rafeeqa!”
“What?”
Kepala Rafeeqa sudah terjengul keluar di pintu bilik tidur.
“Jangan
buka pintu kalau orang yang tak dikenali datang,” Shahrizal di bawah sana
berpesan.
“Orait.”
“Tukar
baju tu sebelum tukang kebun datang.”
“Orait.”
Rafeeqa
Huda dan Shahrizal Hayrat. Pagi-pagi dah macam Tarzan & Jane.
“WHAT?! He really said that?!”
Membuntang mata Damia. Apa yang Rafeeqa beritahu sekarang buat hati menggelegak
tinggal nak meletup saja lagi.
Rafeeqa
angguk kepala dan menghirup Mocha Ice
Blended di hadapan. Wajah Rafeeqa tampak sedikit mendung.
“OMGeeee...”
Damia tak tahu nak cakap apa. Tangan kanan mengipas-ngipas wajahnya yang terasa
panas walaupun Full House dipasang
penghawa dingin.
Serius
dia rasa macam nak bagi Shahrizal penampar sebijik,
biar bagi otak bergegar sedikit supaya tersedar. Rafeeqa baru balik dari
Sunderland dengan hati gembira bukan main, boleh pulak Shahrizal keluar statement
kata dah berpunya dan nak berkahwin baru. Habis tu Rafeeqa nak letak kat mana? Jadi
tiang rumah?
“Melampau
doh!” Damia bersandar di belakang
kerusi dan berpeluk tubuh. Patutlah Rafeeqa mengajak untuk membeli akuarium dan
ikan-ikan hari ini. Tengah berduka lara rupanya.
“Shah
memang nak kena dengan aku.”
Rafeeqa
tergelak kecil mendengar omelan Damia. Apa yang Damia boleh buat? Paling tak
pun cuma berleter dan typical Shahrizal,
takkan dengar punya. Ni baru Damia tahu Shahrizal nak berkahwin lain. Belum
lagi tahu kisah Shahrizal yang nak berpisah bla
bla bla..berbahasa dengan dia pun dah tak ada panggilan manja macam
dulu-dulu...haih!
“Pernah
jumpa tak perempuan tu? Cantik tak? Nama siapa?” Damia bertanya laju.
“I think I saw her once if that was
really her.”
Teringat pada perempuan yang selamba masuk ke dalam
pejabat Shahrizal dua hari lalu. Fikir logik, takkan pekerja Shahrizal selamba landing di atas kerusi Shahrizal dengan
gaya ‘like a boss’.
“Husna. Her name is Husna,”
sambung Rafeeqa.
Damia
mencebik. Nama tu cantik okey, tapi disebabkan perangai perempuan yang bernama
Husna ni agak kureng automatik nama
tu jadi hodoh. Ye la, kalau baik takkan menempel dengan suami orang. Dalam otak
Damia sekarang ada dua kemungkinan yang buatkan timbul isu ‘kekasih gelap’ ini.
1.
Shahrizal buat-buat lupa status yang sedang dia pegang dan berlagak macam ‘hot-single-one’.
2.
Perempuan yang bernama Husna tu tak kisah walau apa status Shahrizal, yang
penting dapat menempel.
“Kalau
aku adalah kau, aku mengamuk wei. Ada
ke nak berkahwin baru? Macam sorang tak cukup. Alergik aku kalau poligami.”
Damia masih tak habis dengan amarahnya.
Poligami.
Dengar perkataan pun Damia dah cukup alergik. Bukan dia nak mempersoalkan sunah
Nabi yang satu itu, tapi lelaki zaman sekarang bukan boleh diharap pun. Kalau
tak mampu berlaku adil baik lupakan aje. Lelaki zaman sekarang adalah lebih
kepada nafsu semata-mata. Laaa..pendek kata, kononnya nak sangat mengikut sunah
Nabi tapi sembahyang lima waktu pun tak ‘pass’
lagi.
Rafeeqa
pandang wajah Damia. Dia tarik nafas dalam sebelum bersuara.
“It’s not even a polygamy, babe.
Choose only one, and the one not chosen will be me.”
Tekak Rafeeqa rasa perit. Itulah yang Shahrizal pernah katakan beberapa hari
lalu.
“What?!!”
Damia terjerit. Mata-mata sekeliling yang memandang tak dipedulikan. Terkejut
tahap ‘terkezut’. Bermaksud kemungkinan yang kedua lah ni!
Rafeeqa
tunduk. Nak salahkan Shahrizal 100%, tak adil juga bagi Rafeeqa. Punca
Shahrizal berpaling kasih adalah disebabkan oleh dia sendiri yang tak pandai
melayan suami. Lebih tepat lagi, dia memang tak pernah menjadi seorang isteri
yang baik untuk suami.
Perkahwinan
mereka berdua adalah atas aturan keluarga, jadi memang Rafeeqa tak pernah
mencintai apatah lagi nak menganggap
Shahrizal sebagai seorang suami yang disayangi. Berkahwin bila usianya baru
mencecah 18 tahun, tak logik sungguh idea Papa dan Mama. Sengaja dia memilih
untuk belajar jauh sampai ke Sunderland sebab mahu mengelakkan diri dari
Shahrizal.
Bila
Shahrizal datang melawat, dia buat de’.
Layan tak layan, acuh tak acuh. Kiranya memang Shahrizal banyak bersabar
sepanjang dia menjadi isteri. Ye la, bila dah tak dihargai harus cinta
Shahrizal goyah. Lagi pula berjumpa dengan perempuan yang sepuluh kali lebih
baik daripadanya.
Sekarang
kes Rafeeqa ni adalah nasi yang dah jadi bubur. Terlambat jatuh cinta.
Terlambat untuk kembali semula. Malah terlambat untuk menjadi isteri yang
terbaik.
“Too much, wei. Too much.”
Damia geleng kepala berkali-kali. Sedih mendengar ayat Rafeeqa, tak dapat
bayangkan perasaan Rafeeqa sekarang. Kalau dia, entah-entah dah menangis air
mata darah.
“Aku
bingung, Mia. Aku tak tahu nak buat apa. Nak react macam mana,” Rafeeqa meluahkan perasaan.
Dia
bukan jenis yang duduk membatu dan menangis sampai mata lebam. Nak meratapi
nasib sedih dan menjadi lemah? Itu bukanlah Rafeeqa Huda. Nak menangis pun
jarang-jarang, paling tak pun dia duduk termenung jauh. Lagi satu, kalau
Rafeeqa yang dulu nak buang rasa sedih dan tension
itu clubbing adalah yang terbaik.
Tapi kini? Dah lama dia buang semua tabiat buruk.
Damia
terdiam. Dia sendiri jadi buntu. Parah rupanya kemelut rumahtangga Rafeeqa dan
Shahrizal yang disangkanya aman damai.
-Shahrizal
tak pernah lagi datang melawat sewaktu tahun terakhir Rafeeqa di Sunderland.
-Shahrizal
tak datang untuk majlis graduasi mereka berdua.
-Shahrizal
tak pernah lagi nak Skype atau Viber
call.
-Shahrizal
tak pernah lagi ‘menconteng’ wall di Facebook Rafeeqa.
Selama
ini memang Damia pernah tertanya semua itu tapi sengaja tak nak buka mulut
bertanya pada Rafeeqa, risau Rafeeqa fikirkan yang bukan-bukan macam dia. Dah
terjawab dah pun, itu sebab Shahrizal sudah berpunya yang baru.
Satu
saja perkataan yang Damia mampu komen.
Damn!
RAFEEQA
menjinjing beg plastik di tangan. Balik melepak dengan Damia, sempat dia
singgah di kedai mamak bila teringatkan Shahrizal yang suka makan tosai.
Langkah kakinya diatur kemas menuju ke arah pintu utama bangunan pejabat
Shahrizal. Saja dia datang mengejut, bagi kejutan pada Shahrizal.
Sedih?
Yeah.
Kecewa?
Harus.
Tapi semua itu ditolak tepi. Yang dia perlu
buat sekarang adalah memikat semula hati Shahrizal. Ikut nasihat Damia.
Make him fall for you!
Dia kan masih isteri
yang sah, Husna tu hanya watak sampingan. Setakat kekasih gelap aje, kalau dia
pandai menghadapi situasi ‘Suamiku dah ada pengganti’ ni senang saja nak tolak
Husna ke tepi. Dia kan diva!
Baru
kaki melangkah masuk ke dalam lobi, mata Rafeeqa menala pada pasangan yang
sedang berdiri di depan pintu lift. Shahrizal bergelak ketawa dengan perempuan
yang sama dilihatnya di pejabat Shahrizal. Husna ke tu? Should be!
Hati
Rafeeqa yang baru sahaja kental dan kuat dengan kata-kata perangsang diri
sendiri dan Damia tadi serta-merta hancur. Kemesraan Shahrizal dan kekasih
gelap buat Rafeeqa terguris dan terkaku di situ. Pandangannya jatuh pada beg
plastik di tangan.
Tosai?
Nahhh...just go back, dear darling.
Rafeeqa
berpaling mahu berlalu pergi, menurut kata hati. Shahrizal dah kenyang makan
tengah hari dengan sang kekasih, jadi setakat tosai dia ni kut Shahrizal tak
pandang pun.
Am I late?
Yes you are dear darling!
Cermin
mata hitam Max Mara yang disangkutkan di atas kepala dipakaikan semula. Berlalu
dengan penuh elegan dan confident
walau dia diselami rasa sedih, itulah Rafeeqa Huda.
Azwan
yang berdiri di depan pintu utama dari tadi hanya memandang. Rafeeqa dah berada
di dunianya sendiri, sampaikan dia yang tercegat di pintu lobi pun Rafeeqa tak
perasan. Matanya menala pada Shahrizal dan Husna di depan sana. Sungguh dia
rasa macam nak tumbuk muka Shahrizal!
p/s : Hope you enjoyed reading dearies! Have a good rest and big hug everyone! :)
kesian nya kt fika
ReplyDeletejahat lar shahrizal nie
husna pun
huhu
sedehhhh. versi syazwan imad perempuan ni. :)
ReplyDeleteEiiii ay geram je dgn shahrizal tu....go rafeeqa. I vote 4 u. Walau apapun dia suami u. Ala husna takde ape2 pun lagi. Selagi belum lepas buat all out to win him back ...wink2
ReplyDeleteArrgghhhhhhhhhhh......rs nk lempang deras2 si mamat tiga suku bnama shahrizal x pun benamkn muka dalam kolam bg lemas. X bole blah tul, cpt sgt bpaling tadah.cian rafeeqa
ReplyDeleteomo siannya rafeeka....
ReplyDeletesiannya rafeeka....tu lah dlu shah nk dia buat bodo...tapi ttp sian kat dia...shah kejam//
ReplyDeleteee.. benci la kat syahrizal ni, lelaki xpandai nak setia..
ReplyDeleteWaaaaa.... I pun nak join Azwan, nak tumbuk Shah laju laju....bagi tempeleng sampai sepuluh das. Nak kahwin ngan husna pun, kahwinlah. tapi jangan buat isteri macam tak wujud.
ReplyDeleteapalaaa sharizal ni... x baik laaa
ReplyDeletesian fika...u go fika!!! rebut balik shah..
memang kejam pun isteri pergi belajar aje pun boleh pasang baru.
ReplyDeleteperlu kah sharizal berbuat begitu..menjumpai Husna..dan berterusan melukai hati feeqa.. lihatlah dan carilah dalam diri sendiri adakah nama feeqa telah lenyap dari dalam hati..minda dan adakah disebabkan perbuatan feeqa yg lampau telah membuatkan dirinya mahu membalas akan setiap perilaku feeqa...dan sebenarnya ia menyintai feeqa sepenuh hati..just wonder kalau feeqa telantar dikaki hospital..bagaimana ya perasaan mamat sengal tu...
ReplyDeleteemy.. nak lagii
ReplyDeleteWujudkn pakwe bru utk rafeeka.biar pdn muka shah
ReplyDeleteSpeechless rasa nak belasah aje muka mamat tu cukup-cukup, tinggalkan aje feeqa...tak pun ngan azwan je hahah biar bernanah mata shah tengok
ReplyDeleteSpeechless....rasa nak smash muka mamat tu huh.... Tinggalkan aje feeqa orang dah tak nak...tak pun ngan Azwan aje biar bernanah mata shah...hahaha
ReplyDelete